Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Mercu Tanda Malaysia skrap

10,284 views

Published on

mercu tanda di negara kita Malaysia yang menjadi lambang kebanggaan. Ianya menjadi tanda negara kiata yang mempunyai identiti yang unik disebabkan rakyatnya yang berbilang kaum

Published in: Education
  • Sex in your area is here: ♥♥♥ http://bit.ly/2Q98JRS ♥♥♥
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Follow the link, new dating source: ❶❶❶ http://bit.ly/2Q98JRS ❶❶❶
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here

Mercu Tanda Malaysia skrap

  1. 1. MERCU TANDA NEGARA
  2. 2. KOTA A FAMOSA
  3. 3. A Famosa Merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain. Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka. Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.
  4. 4. MASJID SULTAN ABU BAKAR
  5. 5. Masjid Negeri Sultan Abu Bakar Masjid negeri Johor yang terletak diJohor Bahru. Masjid ini telah dibuka dengan rasminya oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar pada 1900. Masjid ini diberi nama Masjid Abu Bakar kerana mengambil sempena nama Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim yang telah menitahkan pembinaannya kira-kira dalam tahun 1892 dengan perbelanjaan lebih dari $400,000. Masjid yang dibangunkan di atas sebuah bukit kecil di tepi Selat Tebrau menghala ke Singapura ini mempunyai 4 buah menara yang menyerupai beberapa buah masjid di negara-negara Asia Barat terutamanya di Mesir. Menaranya berbentuk 2 tingkat bulat di atas dan empat persegi di bawah serta berkubah. Masjid ini boleh memuatkan kira-kira 3,000 umat Islam bersolat. Seni bentuk bangunan masjid ini telah direka oleh Tuan Haji Mohamed Arif bin Punak di bawah penguasaan jurutera Yang Berbahagia Dato' Yahya bin Awalluddin. Masjid ini juga merupakan mercutanda yang membuktikan bahawa jurutera-jurutera Melayu juga berkeupayaan membina bangunan-bangunan besar yang indah dan kukuh seperti di Eropah danTimur Tengah pada hujung abad ke-19.
  6. 6. Menara Kuala Lumpur Sebuah menara terletak 515 meter dari aras laut dengan ketinggian 421 meter. Menara Kuala Lumpur terletak di kemuncak Bukit Nanas 94 m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 1 Oktober 1996. Menara ini merupakan bangunan komunikasi ketujuh tertinggi di dunia.
  7. 7. MENARA BERKEMBAR PETRONAS ( KLCC )
  8. 8. Menara Petronas Direka oleh jurubina César Pelli dari Argentina ini, siap dibina pada tahun 1998 setelah menelan masa tujuh tahun sehingga menjadi bangunan tertinggi di dunia sewaktu disiapkan. Menara ini dibina di atas tapak lumba kuda Kuala Lumpur.Kedalaman batuan dasar menjadikan bangunan ini dibina pada tapak yang paling dalam di dunia. Tapak sedalam 120 meter itu memerlukan sejumlah konkrit yang berlebihan untuk dibina dalam masa 12 bulan oleh Bachy Soletanche. Menara setinggi 88 tingkat ini banyak dibuat daripada konkrit bertetulang dengan muka bangunan buatan keluli dan kaca yang direka untuk menyerupai motif kesenian Islam untuk mencerminkan agama Islam di Malaysia.[12] Satu lagi pengaruh seni Islam dalam bangunan ini ialah keratan rentas kedua- dua menara yang berbentuk Rub el Hizb, ditambah dengan bahagian bundar untuk memenuhi keperluan ruang pejabat.[13] Menara 1 dibina oleh konsortium Jepun yang dipimpin oleh Hazama Corporation manakala Menara 2 dibina oleh dua kontraktor Korea Selatan, iaitu Samsung C&T dan Kukdong Engineering & Construction. Jejantasnya pula disiapkan oleh Kukdong.
  9. 9. BANGUNAN CONDONG
  10. 10. MERCU TANDA PULAU LANGKAWI
  11. 11. Dataran Helang Merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau Langkawi, Malaysia. Ia merupakan patung helang setinggi 12 meter yang menggambarkan Lang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Kedudukan patung Lang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat di pulau ini. Rakyat tempatan mencatatkan helang sebagai satu simbol di mana nama langkawi berasal “Lang” adalah sama atau dikata singkatan “helang” manakala “kawi” bermaksud perang merah di zaman Melayu purba.
  12. 12. MASJID KRISTAL TERENGGANU
  13. 13. Masjid Kristal Merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelanconganTaman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu. Perasmian Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang Di- Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama- sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Februari 2008 jam 6.00 petang. Pembinaan Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik.
  14. 14. MERCU TANDA KELANTAN
  15. 15. MERCU TANDA PUTRAJAYA
  16. 16. JAMBATAN PULAU PINANG
  17. 17. Jambatan Pulau Pinang Merupakan jambatan yang terpanjang di Malaysiadan keempat terpanjang di Asia Tenggara. Jambatan mempunyai panjang kira-kira 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Jambatan ini menghubungkan Pulau Pinang di Lebuhraya Jelutong, Bayan Lepas dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai. Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel- penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.
  18. 18. KAMPUNG BUDAYA, SARAWAK
  19. 19. BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD
  20. 20. TUGU NEGARA
  21. 21. STESEN KERETA API KUALA LUMPUR
  22. 22. MEMORIAL PERISYTIHARAN KEMERDEKAAN
  23. 23. Tugu Negara Dikenali sebagai Tugu Negara Malaysiadisiapkan 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia I (1914- 1918), Perang Dunia II (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpurberhampiran dengan bangunan Parlimen. Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan. Dibina pada tahun 1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon.
  24. 24. Stesen Keretapi Kuala Lumpur Merupakan sebuah stesen kereta api yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Selepas siap dibina pada tahun 1910untuk menggantikan sebuah stesen yang lebih lama pada tapak yang sama, stesen ini pernah dijadikan hab kereta api di bandaraya ini bagi Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Bahasa Inggeris: Federated Malay States Railway) dan Keretapi Tanah Melayu, sebelum Kuala Lumpur Sentralmengambil alih banyak peranannya pada tahun 2001. Stesen ini terkenal dengan gaya pembinaannya, mempunyai campuran rekaan Barat dan Timur. Stesen ini terletak di Jalan Sultan Hishamuddin, dulu dikenali sebagai Victory Avenue, yang pernah merupakan sebahagian daripada Jalan Damansara. Stesen ini terletak berhampiran dengan Bangunan Kereta Api Tanah Melayuyang direka cipta dengan mirip, dan juga Masjid Negara dan Kompleks Dayabumi. Stesen LRT Pasar Seni terletak sejauh 400 meter, merentasiSungai Klang.
  25. 25. Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Terletak di Bandar Melaka dan berhampiran dengan kesan-kesan sejarah yang lain sepertiA Famosa dan replika Istana Kesultanan Melaka. Di hadapan memorial ini ialah Dataran Pahlawan. Bangunan ini dibina pada tahun 1911. Sebelum itu bangunan ini dikenali sebagai Kelab Melaka. Bangunan ini juga digunakan untuk kegiatan sosial oleh golongan atasan dan pegawai-pegawai kerajaan pada zaman penjajahan Inggeris. Setelah merdeka, kelab ini dibuka kepada orang ramai. Kemudian pada 31 Ogos 1985, bangunan ini dijadikan memorial yang memuatkan segala dokumen tentang kemerdekaan. Memorial ini ditubuhkan untuk mengambil dokumen tentang kemerdekaan negara. Selain itu, pameran di bangunan ini meliputi ZamanKesultanan Melayu Melaka hinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Barang-barang yang dipamerkan meliputi dokumen, gambar, peta, perjanjian, teks ucapan, pita rakaman, minit-minit mesyuarat, majalah, keratan akhbar dan bahan-bahan artifek yang berkaitan dengan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan.
  26. 26. PERDANA PUTRA
  27. 27. Perdana Putra Merupakan bangunan pejabat Perdana Menteri yang terletak kira-kira 50meter dari aras laut mengadap tasik Putrajaya. Ia mempunyai bangunan berdinding batu asli dengan atap hijau dan kubah berbentuk bebawang, dikelilingi oleh empat kubah lebih kecil membentuk mercu tanda di Putrajaya. Pembinaan bermula pada tahun 1997 dan disiapkan pada awal 1999. Bangunan ini pertama kali diduduki pada April 1999 selepas kesemua seksyen Jabatan Perdana Menteri berpindah dari Kuala Lumpur ke Putrajaya. Perdana Putra merupakan bangunan pejabat Perdana Menteri yang terletak kira-kira 50meter dari aras laut mengadap tasik Putrajaya. Ia mempunyai bangunan berdinding batu asli dengan atap hijau dan kubah berbentuk bebawang, dikelilingi oleh empat kubah lebih kecil membentuk mercu tanda di Putrajaya.
  28. 28. BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD
  29. 29. Bangunan Sultan Abdul Samad menjadi mercu tanda bandar rayaKuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul Samad, sempena nama Sultan Selangor pada masa ia mula dibina 1894. Di hadapan bangunan indah ini beberapa peristiwa sejarah berlaku. Di sinilah tempat di mana bendera Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan bendera Jalur Gemilang dikibarkan. Peristiwa ini menunjukkan berlalulah satu era dijajah kepada era masyarakat yang merdeka. Bangunan ini diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan dalam kategori Tapak Warisan pada 2007 oleh Jabatan Warisan Negara,Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia di bawah Akta 645.
  30. 30. BANGUNAN PARLIMEN, MALAYSIA
  31. 31. Bangunan Parlimen Malaysia Merupakan sebuah bangunan yang tersegam indah di bandar raya Kuala Lumpur, Malaysia dan merupakan simbol demokrasi berparlimen serta simbol perpaduan kerajaan persekutuan Malaysia. Lokasinya terletak berhampiran Tugu Peringatan Negara di Taman Tasik Perdana. Kompleks bangunan Parlimen ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sebuah bangunan utama 3 tingkat dan sebuah menara setinggi 17 tingkat. Bangunan utama 3 tingkat ini menempatkan dua buah dewan utama iaituDewan Rakyat dan Dewan Negara manakala sebuah menara setinggi 17 tingkat pula menempatkan pejabat pentadbiran, pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Yang di- Pertua Dewan Negara. Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, menyetujui cadangan pembinaan Parlimen pada Disember 1959. Kerja- kerja pembinaan disiapkan pada September 1962, dan perasmian bangunan Parlimen yang baru dijalankan oleh Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong yang ketiga, pada 21 November 1963. Pembinaan bangunan ini menelan kos perbelanjaan sebanyak RM18 juta.
  32. 32. BIL ISI KANDUNGAN 1. MENARA KUALA LUMPUR 2. MENARA BERKEMBAR PETRONAS (KLCC) 3. JAMBATAN PULAU PINANG 4. MASJID SULTAN ABU BAKAR 5. MASJID KRISTAL, TERENGGANU 7. DATARAN HELANG, PULAU LANGKAWI 8. KOTA A FAMOSA 9. TUGU NEGARA 10. STESEN KERETA API KUALA LUMPUR 11. MEMORIAL PERISYTIHARAN KEMERDEKAAN 12. BANGUNAN PARLIMEN MALAYSIA 13. BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD 14. PERDANA PUTRA
  33. 33. JUITA MAISARAH NUR ZUHAIRAH MOHAMAD SYAFIQ

×