Heraclius s inga byzantine

693 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
693
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
16
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Heraclius s inga byzantine

  1. 1. Heraclius : Singa Byzantine Oleh: Bro Muhamad Na’im (Jacknaim)608 M“TUANKU yang agung, hanya engkaulah yang layak untuk memerintah Byzantine.” Paderiyahudi itu menundukkan kepalanya untuk memberi hormat.Dengan penuh gagah perkasa, pahlawan agung itu melangkah mendada menuju ke takhta.Mukanya bengis dan ekor matanya tajam sekali. Si Yahudi itu tadi menundukkan kepalanyatanpa berani mendongak walau seinci. Si pahlawan agung duduk dengan megahnya di takhtaberhiaskan emas. Padangnya yang berlumuran darah di sandarkan di sisi kerusinya.Beberapa orang aristokrat masuk mengadap. Terdapat riak kegembiraan pada wajah mereka.“Tuan Heraclius, Selamat datang kami ucapkan. Sesungguhnya kami ternanti-nanti kedatangankamu. Tuan lah yang paling layak memerintah empayar Constaninople.”“Usahlah kamu terlampau memujiku. Aku hanyalah seorang pahlawan. Tidak lebih dari itu.”Sapa Heraclius.
  2. 2. “Usah begitu Tuan. Bukankah kau telah menafikan kesombongan Maharaja Phocas. Dia telahmensia-siakan kesetianmu. Kami senang sekali untuk melantikmu sebagai Maharaja kami.” Kataseorang aristokrat.“Betul tu Tuan. Tuan lah yang paling layak memayungi kami.” Paderi Yahudi berbicara setelahdiam sekian lama.“Usah kau menyampuk wahai si tua. Kau tidak layak berada di sini.” Seorang lagi aristokratmenjampuk.Heraclius mengusap rambutnya yang melabuhi bahunya. Dipintal-pintalnya rambut ikal nyayang bewarna keperang-perangan. Dia bangkit bangun seraya menjunjung pedangnya. “DemiTuhan, aku akan menjadikan Empayar ini sebagai sebuah empayar yang agung.”Dan ucapan Heraclius itu disambut dengan sorakan seisi istana. **********SELURUH Constantinople bergegar dengan berita kebangkitan seorang Maharaja baru yangakan memerintah kerajaan Byzantine. Rakyat jelata bertebaran di merata alam. Masing-masingheboh bercerita. Apakah maharaja baru ini akan menyelesaikan pelbagai masalah yang menimpanegara. Kebuluran! Serangan Parsi! Pemberontakan Yahudi! Tidak kurang juga masalahkemiskinan yang menghantui mereka. Penindasan golongan aristokrat amat membebankangolongan miskin.Selama tiga hari masyarakat Rom berpesta sempena penabalan Heraclius sebagai MaharajaByzantine. Mereka mabuk dengan tarian-tarian yang menggiurkan, piala-piala berisi wine merahmenjadi mainan yang amat syahdu. Ternyata mereka begitu alpa sekali.Pihak Gereja turut mengiktiraf penabalan Heraclius. Masing-masing sudah melupakan MaharajaPhocas yang dipancung. Bagi mereka, Heraclius dilihat sebagai satu figur baru untukmenyebarkan ajaran Paulus.Masyarakat Yahudi pula semakin bimbang. Adakah mereka akan turut merasai nasib yang samasewaktu mereka berada di bawah pemerintahan Phocas.Memang mereka adalah bangsaterbuang. Sejarah telah menyaksikan bahawa pada suatu masa dahulu mereka hanyalah golongan
  3. 3. hamba. Dilayan seperti anjing kurap oleh Bangsa Mesir. Nasib baiklah Mosses datang untukmenyelamatkan mereka. Dengan mukjizat kurniaan Allah, mereka berjaya merentasi Laut Merahyang terbelah akibat penangan tongkat ajaib Mosses.Tapi penentangan mereka terhadap Jesus telah meningkatkan lagi kebencian masyarakatterhadap mereka. Bilakah Messiah mereka akan datang untuk membawa mereka masuk keJurusalem? Mereka ternanti-nanti kehadiran Sang Penyelamat. Walaupun Jesus digelar sebagaiMessiah, tetapi mereka enggan menerimanya. Bagi mereka, Jesus hanyalah seorang tukang sihir.Sementara itu, Heraclius pula semakin berkobar-kobar untuk menaikkan kembali maruah Romyang semakin tercalar dek kerana kebiadaban Parsi. Tapi ternyata laluan itu tidak semudah yangdibayangkan. Peralihan kuasa tidak menjamin kesetiaan golongan-golongan kaisar yang sebelumini menumpahkan kesetiaan mereka kepada Maharaja Phocas. Perbuatannya memancung kepalaPhocas tentunya membangkitkan kemarahan orang kuat Phocas. Walaupun Tentera diRaja yangdipimpin menantu Phocas, Priscus memberikan laluan mudah kepadanya sewaktu dia memasukiConstantinople tetapi dia meramalkan yang itu hanyalah muslihat. Priscus hanya berpura-purauntuk menjamin keselamatannya. Lama –kelamaan dia akan bangkit untuk menuntut bela di ataskejatuhan kerajaan mereka. Heraclius tahu sangat bahawa Phocas sememangnya hebat dalammemastikan kesetiaan orang bawahan terhadapnya. **********Khosrau II telah menghantar utusan kepada Heraclius memintanya mengiktiraf kedudukannyasebagai pemerintah Persia. Heraclius pula semakin bimbang dengan perkembangan ini. Dia tahuyang Persia akan menjadi satu ancaman terhadap pemerintahannya.Heraclius tak kan sesekali tunduk pada Persia. Dia seorang pahlawan agung. Beratus ekor singatelah ditewaskan dalam kandang pertarungan Gladiator. Adakah dia perlu gentar pada manusiayang hanya pandai berbicara?Walubagaimanapun, baginda telah menghantar utusan untuk mengadakan perjanjian damaidengan Persia. Heraclius sedar yang kedua-dua belah pihak memerlukan masa untuk menambahkekuatan ketenteraan. Apatah lagi Eropah pada masa itu mengalami wabak penyakit yang telahmembunuh hampir 100 juta manusia. Tapi Persia bukanlah budak-budak yang boleh di buat main
  4. 4. sebegitu sahaja. Mereka yang telah biasa dibesarkan sebagai panglima Perang mempunyaisemangat juang yang tinggi.Perjanjian damai ditolak begitu sahaja oleh Persia. Raja Khosrau II tahu bahawa perjanjiandamai bererti menyerahkan kedaulatan mereka kepada Byzantine. Menyerah bukan sifat mereka.Ia hanya sesuai untuk golongan pengecut. Mereka ialah kaum pemuja api. Semangat apimenguasai tubuh mereka, bersedia untuk membakar apa-apa sahaja termasuklah keangkuhanByzantine. Akibatnya Persia menjadi semakin kuat. Mereka mula melebarkan pengaruh keSyiria. Setelah kerajaan Persia di rasakan stabil, mereka mula untuk menyelinap masuk secarabawah tanah bagi menguasai Rom secara diam. Konflik dalaman Rom yang masih belum selesaisemestinya akan dijadikan buah permainan mereka.Heraclius pula ternyata membuat kesilapan dalam membuat perhitungan. Dia sepatutnyamenamatkan konflik dalaman yang melanda dan juga menghapuskan terus Yahudi keranamereka sememangnya tikus yang sering menjadi makhluk perosak. Kesannya, Damascus telahjatuh ke tangan Persia pada tahun 613 dan diikuti pula dengan Jurusalem pada tahun berikutnya.Dua wilayah yang menjadi kebanggaan Rom akhirnya tewas ke tangab usuh. Tambahmemalukan ialah apabila Jurusalem yang merupakan kota suci buat pengikut kristian telahdirampas oleh golongan Majusi, si penyembah api. Ya! Jurusalem adalah tempat kelahiran NabiAllah Jesus yang mereka anggap sebagai Tuhan. Penaklukan Persia telah meranapkan GerejaSuci Sepulchre. Kebangkitan Persia seterusnya telah mengorak langkah hingga ke Afrika danmeranapkan Holy Cross kebanggaan Kristian.Bertahun lamanya masa yang di ambil oleh Heraclius untuk memulihkan kekuatan ketenteraanRom. Heraclius sememangnya seorang yang berwawasan tinggi. Hatinya mendidihmengenangkan tanah jajahannya dirampas begitu sahaja. Setelah berfikir panjang, dia telahmewujudkan pentadbiran secara wilayah yang mana setiap wilayah dikuasai oleh seorang kaisar.Setiap wilayah di jadikan kubu pertahanan. Pada tahun 628, Kerajaan Persia mula goyah kerana kematian Khosrau II. Semangattentera Rom pula menjadi semakin berkobar-kobar. Dengan diketuai sendiri oleh Heraclius,mereka mengangkat senjata untuk merampas kembali Jurusalem. Kebangkitan Rom inimenimbulkan ketakutan pada puak yahudi dari bangsa Tiberias dan Nazareth. Oleh yang
  5. 5. demikian, pemimpin mereka iaitu Benjamin telah mengambil keputusan untuk menyokongKerajaan Heraclius. Oleh yang demikian, mereka akhirnya berjaya menawan kembali KotaJurusalem menyebabkan orang yahudi bertempiaran lari menyelamatkan diri ke gua-gua danhutan di sekitar Mesir. **********DI keheningan pagi, Heraclius bangkit dari tidur dengan penuh kesedihan. Kesuraman pagimenambahkan lagi kesedihannya. Seorang pandeta datang untuk mengiburkannya.“Tuan, kenapa kau kelihatan sugul sahaja.Apakah kau tidak gembira berada di Jurusalem?”“Aku berasa sedih memikirkan kerajaan kita wahai pendeta.”“Kenapa Tuan? Bukankah kita telah menjadi kuasa ulung dunia. Persia sudah tidakmenggerunkan kita lagi. Jurusalem telah berjaya kita tawan kembali.”“Semalam aku memandang ke langit. Aku lihat ada satu bintang yang begitu terang cahayanya.Langsung tidak malap dan awan juga tidak mampu untuk menenggelakan cahayanya. Lantas akumendapat satu ramalan bahawa kerajaanku akan dijatuhkan oleh satu golongan umat yangberkhitan.”“Tuanku, bukankah kita telah hancurkan yahudi. Bukankah mereka sahaja yang berkhitan?”“Aku tidak pasti wahai pendeta. Aku bingung dengan ramalanku ini. Apakah kau ada jalanpenyelesaiannya?”“Tuan, inilah saat terbaik untuk kita meluaskan ajaran Paulus. Saatnya telah tiba untuk kitamengkristiankan seluruh alam ini. Kita kristiankan seluruh masyarakat Yahudi dan sekiranyamereka berdegil, maka kita bunuh sahaja mereka. Dengan itu, barulah kerajaan kita selamat.“Panggil lah semua kaisarku. Hantarkan lah juga utusan kepada saudaraku, Raja Dagobertsupaya mereka mulakan segera gerakan kristianisasi.“Aku menurut perintah mu wahai Tuan. Jesus pasti memberkati usaha ini.”“Aku hanya melakukannya untuk menyelamatkan kekuasaanku wahai pendeta.”
  6. 6. **********Kepada Heraclius, Pemerintah empayar Byzantine.Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,Ini adalah utusan daripada Muhammad, hamba Allah buat kamu.Assalamu’alaikum buat mereka yang berada di atas jalan kebenaran. Aku dengan ini menyerukamu untuk menganuti ajaran Islam. Kamu akan selamat sekiranya menjadi seorang Muslimdan Allah akan menggandakan segala kebaikan kamu. Dan sekiranya kamu menolak tawaranini, maka kamu akan menanggung dosa kerana membimbing penduduk naungan kamu denganjalan yang salah.Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidakada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kitapersekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yanglain sebagai tuhan selain Allah." Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka:"Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)."[3:64]Daripada Muhammad,Utusan Allah **********HERACLIUS menggenggam erat warkah yang baru diterimanya. Siapakah yang begitu tegarcuba untuk mencabarnya. Dia tidak memerlukan sesiapa untuk memastikan keselamatannya.Kerajaannya cudah cukup mantap sekali. Dahinya berpeluh. Ada manik-manik halus menitisdipipinya. Dia menyeka peluhnya. Kepalanya ligat memikirkan siapakah gerangannyaMuhammad yang dikatakan Utusan Allah. Bukankah Jesus sahajalah yang patut disembah.Apakah ada lagi Allah lain?
  7. 7. Heraclius memanggil pendetanya untuk datang mengadap. Dia ingin sekali mengenaliMuhammad yang begitu berani itu.“Maafkan aku wahai Tuan. Adakah aku melakukan kesalahan sehingga engkau ingin bertemukusecara tergesa-gesa sekali.”“Aku ada hal yang amat penting untuk dibicarakan wahai pendeta.”“Pengetahuanku adalah cetek jika nak dibandingkan dengan Tuan. Bukankah Tuan menguasaisegala ilmu penilikan dan ramalan.”“Aku ingin mengetahui tentang Muhammad. Siapakah dia.”Si Paderi begitu terkejut sekali apabila mendengar pertanyaan itu. Dia telah lama mendengarberita-berita mengenai Muhammad dari paderi-paderi di Tanah Arab. Dia sendiri sudah jelasdengan Muhammad kerana banyak sekali perihalnya diceritakan di dalam Taurat dan Injil. Tapiada sesuatu yang dia tidak puas hati. Dia menjangkakan Muhammad itu lahir dari bangsa Israeltetapi hampa setelah baginda diturunkan dalam kalangan Bani Arab. Ya, Muhammad lahir darinasab Ishmael sedangkan bangsa mereka dari nasab Isaac.“Kenapa kau mendiamkan diri wahai Pendeta?”“Maafkan aku wahai Tuan. Aku sedang cuba mengingati siapakah Muhammad ini.”“Adakah kau mengetahuinya ataupun tidak?” sergah Heraclius.“Muhammad itu orang yang telah membawakan ajaran baru. Dia telah mempengaruhi pemikiranorang Arab. Katanya, Jesus hanyalah Nabi setaraf dengannya. Ini bertentangan dengan agamakita yang menganggap Jesus sebagai Tuhan. Dia sesat wahai Tuan.” Paderi itu cuba meniupkanangin permusuhan.“Jadi siapakah dia sekarang?”“Dia mengaku dirinya sebagai utusan Allah. Rasul terakhir yang menyambung tugas-tugas Jesus.Katanya, dia datang untuk melengkapkan Injil. Bahkan dia telah berjaya mempengaruhi Najasyi,Raja Ethopia. Masyarakat Arab telah menjadikannya sebagai seorang pemimpin. Dan kini diatelah memerintah Kerajaan Islam Madinah. Seluruh umat Arab bersatu di bawahnya.”
  8. 8. “Pendeta, aku mahu kau bawa beberapa orang pengawal untuk memeriksa si pembawa utusanini. Pergi lihat samada pembawa utusan ini berkhitan ataupun tidak.”“Baik lah Tuan.” **********HERACLIUS duduk berdiam diri di kamarnya. Santapan tengah hari langsung tidakdisentuhnya. Dia memikirkan hal penyampai utusan tadi. Menurut pengawalnya, penyampaiutusan tadi telah dikhitankan kemaluannya. Si penyampai utusan tadi turut menyatakan bahawaOrang Arab juga berkhitan. Itulah yang menerobos pemikirannya, Mungkinkah bangsa itulahyang akan menjatuhkan kerajaannya. Muhammad pula telah menghantarkannya utusan agarmengikut ajaran Islam. Benarkah agama itu akan menyelamatkannya dan dapatkah ia melindungitakhtanya? Tapi, pendeta mengatakan bahawa Islam itu agama yang baru. Agama yangmenyimpang dari ajaran Jesus.Tapi bila direnungkan perkara ini secara dalamnya, ajaran ini hampir sama dengan ajaran Jesus.Heraclius cuba untuk mengingat kembali setiap susunan bait-bait dalam Injil. Tidak pernahdinyatakan bahawa Jesus itu Tuhan, bahkan sebaliknya Jesus itu hanyalah sebagai penyampai.Jesus sendiri pernah mengatakan bahawa akan ada penggantinya selepas ini. Apakah pendeta nyaberbohong?“Aku perlu tahu dengan lebih lanjut lagi mengenai ajaran Muhammad ini. Aku nyata kurangpengetahuan mengenainya.” Desus hati kecil Heraclius.Heraclius bangkit dari katilnya lalu mengenakan baju suteranya. Mahkota bertatahkan emas,lambang kekuasaannya dipakai lalu dia keluar dari bilik. Baginda berjalan menuju ke Mahkamahagung.Sesampainya di sana Baginda menitahkan agar pengawalnya mencari pedagang dari Tanah Arabuntuk berbicara. Pegawai tertinggi dan penterjemah turut dipanggil.Sementara itu, Abu Sufyan yang mengetui rombongan perdagangan ke Sham terkejut dengankedatangan pengawal di raja yang memintanya dan ahli rombongan menghadap Heraclius. Dia
  9. 9. mengira-ngira dalam kepalanya sekiranya ada kesalahan yang dilakukan oleh kafilahnyasepanjang mereka berada di Sham. Beliau bergegas mengemaskan segala barangan dagangan danmembontoti Pengawal ke mana sahaja dia melangkah.Sesampainya di sebuah bangunan yang tersergam indah, didapatinya Heraclius telah sediamenunggunya. Heraclius segera berucap dalam bahasa Yunani yang kurang difahaminya.Kemudian penterjemah bahasa mengatakan bahawa Heraclius ingin bertemu dengan orang yangpaling rapat dengan Muhammad yang mendakwa dirinya sebagai Rasul Allah“Akulah Abu Sufyan, ahli keluarga Muhammad dan akulah yang paling rapat dengannya.”AbuSufyan menapak beberapa langkah ke hadapan. Dia membongkokkan sedikit kepalanya tetapitidak menunduk seperti yang dilakukan oleh pengawal-pengawal yang lain. Dia teringat kata-kata Rasulullah bahawa Islam hanya tunduk pada perintah Allah semata-mata.“Si penterjemah bercakap sesuatu kepada Heraclius dan kelihatan mulut Heraclius terkumat-kamit mengatakan sesuatu kepada penterjemah itu. Seterusnya perbicaraan mereka menggunakansi Penterjemah sebagai orang tengah.“Heraclius ingin bertanyakan beberapa soalan kepadamu berkenaan Muhammad wahai AbuSufyan. Baginda juga telah menitahkan agar rombongan yang lain melaporkan kepadanyasekiranya kau berkata bohong.” Kata si Penterjemah“Demi Allah, aku tidak takut dituduh berbohong oleh ahli rombongan yang lain.” Ujar AbuSufyan dengan penuh beraninya.“Heraclius ingin tahu mengenai status keluarga Muhammad.” Ujar si penterjemah.“Dia kepunyaan keluarga yang paling kehormat dari kalangan Arab. Dia dari Bani Hasyim yangmenjaga keselamatan Kota Mekkah.” Balas Abu Sufyan.“Adakah ada dalam kalangan kamu yang mengaku dirinya sebagai Rasul selain Muhammad?”“Tidak ada, bahkan dialah satu-satunya yang mengaku dirinya sebagai Nabi.”“Apakah dia dari keturunan raja?” soal Heraclius lagi melalui Si Penterjemah.“Tidak.” Balas Abu Sufyan pendek.
  10. 10. “Adakah golongan bangsawan atau si miskin yang mengikut seruannya?”“Rata-rata pengikut Muhammad terdiri dari golongan miskin.”“Adakah pengikutnya bertambah dari sehari ke sehari?”“Ya Tuan. Mereka semakin bertambah dengan begitu banyaknya.”“Adakah mereka meninggalkan agama bawaan Muhammad setelah mereka menjadi pengikutkepada agama ini?”“Sehingga kini, tiada yang murtad.”“Wahai Abu Sufyan, adakah kau pernah sangsi akan kerasulannya. Dan pernahkah kaumerasakan bahawa Dia berbohong?”“Tidak sama sekali.”“Pernahkah dia melanggar janji-janji nya?”“Tidak pernah Tuan. Bahkan dia digelar Al Amin sebelum menjadi Rasul. Dia tidak pernahberbohong. Semua Kaum Arab mengetahuinya.”“Adakah kamu pernah berperang dengannya?”“Ya.”“Bagaimanakah keputusan peperangan itu?”“Kadang kala dia menang. Dan kadang kala, kami yang menang.“Adakah dia menyuruh kamu berbuat sesuatu?”“Ada Tuan. Dia menyuruh kami menyembah Tuhan yang Maha Esa. Hanya ada satu sahajaTuhan dan tiada yang lain. Baginda mengarahkan kami agar meninggalkan segala sembahannenek- moyang kami. Baginda menyuruh kami solat, bercakap benar, sentiasa mensucikan diridan baginda juga menyuruh kami berbuat baik di antara satu sama lain.”
  11. 11. Heraclius mendengar dengan teliti jawapan yang diberikan abu Sufyan. Kepalanya ligat mencariperkaitan di antara soalan yang ditanya dengan haq dan kebenaran Muhammad. Setelah berpuashati, dia mengangguk-anggukkan kepalanya lantas memanggil Si Penterjemah“ Heraclius telah membuat rumusan daripada soalannya wahai Abu Sufyan”“Suka sekali aku untuk mendengarnya.”“ Soalan pertama Heraclius adalah mengenai nasab keturunan Muhammad. Kamu menyatakanbahawa keturunannya adalah dari golongan yang terpuji. Sesungguhnya semua Rasul itu datangdari keluarga yang baik-baik. Dia bertanyakan kamu samada pernah ada yang mengaku sebagaiRasul sebelum Muhammad dan kamu mengatakan tidak. Sekiranya pernah ada yang mengakuRasul sebelumnya, nescaya Muhammad itu hanya mengikut perbuatan orang tersebut. Heracliusbertanya adakah keluarganya dari kalangan pemerintah dan raja dan kamu berkata tidak.Sekiranya ya, maka Muhammad tidak lain dan tidak bukan hanyalah mahu mengembalikantakhta kekuasaannya.”Si Penterjemah berhenti seketika. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Rombongan AbuSufyan tekun mendengar ucapan Heraclius yang disampaikan melalui Si Penterjemah itu.“Aku bertanya kalian, adakah ada orang yang pernah menuduhnya berbohong dan kaumengatakan tidak. Maka aku tertanya-tanya adakah orang ini akan berbohong mengenai Allah.Berkenaan dengan pengikutnya, kau mengatakan bahawa rata-rata mereka adalah dari golonganmiskin. Itulah yang berlaku pada Nabi-nabi sebelum ini yang mana pengikut mereka adalah darigolongan miskin. Kau mengatakan bahawa pengikutnya semakin bertambah. Dengan ini akuyakin bahawa inilah jalan kebenaran. Semua manusia akan akhirnya memeluk agama yangdibawa oleh Muhammad.Aku bertanya mengenai perihal pengikutnya, adakah yang meninggalkan agama ini setelahmenganutinya dan kau mengatakan tidak. Ini merupakan tanda kebenaran agama Muhammad.Sesungguhnya agama ini begitu berkesan sekali di hati mereka. Aku bertanya sekiranyaMuhammad pernah mengkhianati kamu dan kamu mengatakan tidak. Ini lah ciri-ciri seorangRasul, tidak akan mengkhianati pengikutnya.
  12. 12. Aku juga bertanyakan mengenai perintahnya terhadap kamu. Dan kamu mengatakan bahawaMuhammad menyuruh kamu menyembah Tuhan yang satu, tidak menyembah berhala-berhalaseperti yang dilakukan nenek-moyangmu, solat, berbuat baik, berkata benar dan sentiasamensucikan diri. Sekiranya apa yang kamu katakan itu benar, maka aku yakin suatu hari nanti,seluruh wilayah jajahanku akan berada di bawah naungan Islam.Sesungguhnya aku telah mengetahui perihal kebangkitan seorang Rasul melalui Kitab Injil tetapiaku tidak menyangka bahawa Baginda lahir dari kalangan kamu. Sekiranya aku mampumenemuinya nescaya aku akan berlari untuk menemuinya dan andai kata aku bersamanya, akusendiri yang akan membasuh kakinya.Seterusnya Heraclius membaca kembali warkah daripada Muhammad yang dihantar kepadanyamelalui Dihya oleh Gabenor Busra. Selesai membaca warkah itu, seluruh mahkamah dibayangisatu perasaan sayu. Kebanyakan dari mereka menangis. Melihatkan keadaan ini, Abu Sufyan danrombongannya meninggalkan tempat itu. **********HERACLIUS mengutus sepucuk surat kepada sahabatnya di Rom untuk bertanyakanpendapatnya mengenai Muhammad. Beberapa ketika kemudiannya dia menerima balasan suratitu yang membenarkan Muhammad sebagai seorang Rasul yang berada di atas jalan kebenaran.Rasul yang hadir untuk menyelesaikan tugas Jesus.Mendengarkan perkhabaran itu, Heraclius mengarahkan rakyatnya untuk berhimpun diperkarangan Istana. Setelah perkarangan istana dipenuhi dengan lautan manusia. Bagindamenitahkan pengawalnya untuk menutup satu-satunya pintu masuk ke perkarangan istana.Heraclius berucap. “Wahai penduduk Byzantine, sekiranya kejayaan yang kau inginkan bersamaKerajaanku, maka masuklah kamu sekalian ke dalam agama Islam.”Mendengarkan titah itu, kesemua penduduk bergegas lari ke Pintu tetapi mendapati bahawa pintuitu telah terkunci. Ketika itu, Heraclius menyedari bahawa rakyatnya membenci Islam. Dia putusharapan untuk membawa rakyatnya memeluk Islam.
  13. 13. Dia mengarahkan penduduk berhimpun semula. Dia mengatakan kepada pengikutnya bahawa ituhanyalah satu ujian untuk melihatkan kesetiaan rakyat terhadap agama kristian. Pada hakikatnya,menggambarkan kekecewaan seorang Maharaja yang telah mengakui keesaan Allah dankebenaran Muhammad. Bermula dari saat itu, Heraclius telah memperkenalkan satu pendekatanbaru kepada agama Kristian dengan memperkanalkan konsep Monotheism yang menyembahtuhan yang maha esa. Akan tetapi pendekatan ini tidak mendapat sambutan yang baik dalamkalangan masyarakat Byzantine. **********EMPAT tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, Rom telah berjaya dikalahkandengan penaklukan Syria oleh Khalid Al Walid melalui perang yang dinamakan Perang Yamruk.Berikutan itu, Heraclius telah berundur ke constantinople dan sedaya upaya menguatkanpertahanan untuk menyelamatkan Mesir dari kemaraan Tentera Islam.“Selamat tinggal Syiria, jajahanku yang penuh syahdu. Kerana kau sekarang sudah menjadimusuh kerajaan Rom.”- Heraclius.Walaubagamanapun, kekuatan tentera Islam mengatasi kekuatan Rom dan dalam lapanpertempuran yang diketuai oleh Singa Allah, Khalid Al Walid maka seluruh Rom dan Parsiberada di bawah kekuasaan Islam. Zaman Khalifah Ar Rasyidin menandakan kebangkitanTamadun Islam di mana dua pertiga dunia berada di bawah kekuasaan Islam. Dan ini ternyatamembuktikan ucapan dan kata-kata Heraclius. Sesungguhnya benarlah agama yang dibawaMuhammad itu datangnya dari Allah yang Esa. --TAMAT--

×