Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

pekeliling sbpa pdrm

8,339 views

Published on

  • Be the first to comment

pekeliling sbpa pdrm

  1. 1. KERAJAAN MALAYSIAPEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2011PELAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM BAGI PERKHIDMATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
  2. 2. KANDUNGANBil. Perkara Muka Surat 1. KANDUNGAN i 2. SENARAI LAMPIRAN v 3. SENARAI JADUAL viii 4. TUJUAN 1 5. LATAR BELAKANG 1 6. GLOSARI ISTILAH 2 7. STRUKTUR PERKHIDMATAN 2 Kumpulan Perkhidmatan 2 Rasionalisasi Perkhidmatan 3 8. PENGGELARAN GRED GAJI 4 9. SKIM PERKHIDMATAN 5 Format Iklan Jawatan 5 Kedudukan Skim Perkhidmatan Jumud Sebelum SBPA 510. PEMBANGUNAN MODAL INSAN 5 Latihan Sektor Awam 5 Program Bersepadu Potensi Dan Kompetensi 611. SARAAN KETUA POLIS NEGARA 6 Gaji 6 Imbuhan Tetap, Elaun, Kemudahan Dan Bonus 7 Penilaian Prestasi 712. SARAAN KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI 8 Gaji 8 Prinsip Dan Kaedah Pemindahan Gaji Di Bawah SBPA 8 i
  3. 3. Bil. Perkara Muka Surat Tarikh Pergerakan Gaji 8 Kenaikan Gaji Tahunan 9 Kenaikan Gaji Tahunan 2012 10 Imbuhan Tetap, Elaun Dan Kemudahan 10 Penetapan Gaji Bagi Kenaikan Pangkat 10 Penilaian Prestasi 1113. SARAAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN 12 PROFESIONAL SERTA KUMPULAN PELAKSANA Gaji 12 Prinsip Pemindahan Gaji 12 Kaedah Pemindahan Gaji Dan Tarikh Pergerakan Gaji 13 Pergerakan Gaji Tahunan 14 Jadual Gaji Khas Untuk Penyandang 14 Pegawai Lantikan Kontrak (Contract of Service) 1514. IMBUHAN TETAP DAN ELAUN 15 Imbuhan Tetap Dan Elaun 15 Bayaran Insentif Yang Ditambatkan Kadar 1615. KEMUDAHAN 1616. SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN 16 Tempoh Percubaan 16 Program Transformasi Minda 17 Penilaian Prestasi 17 Pingat Perkhidmatan Cemerlang 1817. DASAR PEMISAH (EXIT POLICY) KUMPULAN 18 PENGURUSAN TERTINGGI, KUMPULAN PENGURUSAN PROFESIONAL SERTA KUMPULAN PELAKSANA ii
  4. 4. Bil. Perkara Muka Surat18. PERSARAAN DAN FAEDAH PERSARAAN KUMPULAN 18 PENGURUSAN TERTINGGI, KUMPULAN PENGURUSAN PROFESIONAL SERTA KUMPULAN PELAKSANA Umur Persaraan Paksa 60 Tahun 18 Kebolehalihan 19 Pembayaran Pencen Kepada Pesara Pilihan Diawalkan 19 Pengiraan Faedah Persaraan Bagi Persaraan Atas 19 Kehendak Kerajaan19. TAWARAN OPSYEN 20 Opsyen 20 Tempoh Opsyen 20 Opsyen Bagi Skim Perkhidmatan Yang Dikekalkan 20 Pegawai Yang Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan 21 Untuk Memasuki Skim Perkhidmatan Di Bawah SBPA Pegawai Yang Belum Memenuhi Syarat Skim 21 Perkhidmatan Untuk Memasuki Skim Perkhidmatan Di Bawah SBPA Opsyen Bagi Jawatan Jumud Sebelum Pelaksanaan 22 SBPA dan Dihapuskan Jawatan Pegawai Yang Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan Di 22 Bawah SBPA Pegawai Yang Belum Memenuhi Syarat Skim 22 Perkhidmatan Di Bawah SBPA Syarat-Syarat Opsyen 23 Pelaksanaan Opsyen 24 Pegawai Yang Belum Memenuhi Syarat Pertukaran Ke Skim 25 Perkhidmatan Baru Pegawai Yang Cuti Berkursus, Cuti Separuh Gaji Atau Cuti 26 Tanpa Gaji Dalam Tempoh Opsyen Opsyen Muktamad 26 iii
  5. 5. Bil. Perkara Muka Surat Pemakaian Kepada Pagawai Yang Tidak Bersetuju Menerima 26 SBPA20. TARIKH KUAT KUASA 2721. PEMAKAIAN 27 iv
  6. 6. SENARAI LAMPIRANBil. Perkara Muka Surat LAMPIRAN A A Glosari Istilah 1/1 LAMPIRAN BB1 Senarai Skim Perkhidmatan PDRM 1/16B2 Format Iklan Jawatan 1/1B3 Senarai Skim Perkhidmatan Yang Dijumudkan Sebelum Tarikh 1/1 Kuat Kuasa SBPA Dan Dihapuskan JawatannyaB4 Senarai Skim Perkhidmatan Yang Dikekalkan Di Bawah SBPA 1/1 LAMPIRAN CC1 Gaji Dan Kadar Bagi Imbuhan Tetap Jawatan Premier Dan 1/1 Imbuhan Perumahan Premier Serta Bantuan Pembantu RumahC2 Kelayakan Elaun, Kemudahan Dan Bonus Bagi Ketua Polis 1/5 NegaraC3 Jadual Gaji Minimum - Maksimum Bagi Kumpulan Pengurusan 1/1 Tertinggi PDRMC4 Jadual Pemindahan Gaji Bagi Menentukan Matagaji Baru Pegawai 1/1 Dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi PDRM Yang Menerima Opsyen SBPAC5 Contoh Kaedah Pelarasan Gaji Bagi Tarikh Pergerakan Gaji Yang 1/1 Sama Dengan Tarikh Kuat Kuasa SBPAC6 Contoh Kaedah Penetapan Gaji Bagi Tarikh Kenaikan Pangkat 1/1 Yang Sama Dengan Tarikh Kuat Kuasa SBPAC7 Contoh Pemberian Kenaikan Gaji Tahunan 1/1C8 Jadual Gaji Sebaris SBPA Bagi Skim Perkhidmatan Tetap 1/8C9 Jadual Gaji Sebaris SBPA Bagi Skim Perkhidmatan Jumud 1/3C10 Contoh Kaedah Pemindahan Gaji SSM Ke Gaji SBPA 1/14 v
  7. 7. Bil. Perkara Muka SuratC11 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji 1/25 Bagi Klasifikasi Perkhidmatan Polis Diraja MalaysiaC12 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji 1/4 Bagi Klasifikasi Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (Penyandang Yang Tidak Memenuhi Syarat) LAMPIRAN DD1 Senarai Imbuhan Tetap 1/1D2 Senarai Elaun 1/2 LAMPIRAN E E Senarai Kemudahan 1/3 LAMPIRAN F F Borang Opsyen Persaraan Paksa Opsyen Bagi Skim Perkhidmatan Yang Dikekalkan LAMPIRAN G Pegawai Yang Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan Untuk Memasuki Skim Perkhidmatan Di Bawah SBPAG1 Surat Tawaran Opsyen SBPAG2 Surat Akuan Oleh Pegawai Mengenai Penerimaan Surat Tawaran Opsyen SBPAG3 Borang Opsyen SBPAG4 Surat Akuan Oleh Ketua Jabatan Mengenai Penerimaan Borang Opsyen SBPA Daripada Pegawai LAMPIRAN H Pegawai Yang Belum Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan Untuk Memasuki Skim Perkhidmatan Di Bawah SBPA vi
  8. 8. Bil. PerkaraH1 Surat Tawaran Opsyen SBPAH2 Surat Akuan Oleh Pegawai Mengenai Penerimaan Surat Tawaran Opsyen SBPAH3 Borang Opsyen SBPAH4 Surat Akuan Oleh Ketua Jabatan Mengenai Penerimaan Borang Opsyen SBPA Daripada Pegawai Opsyen Bagi Jawatan Jumud Sebelum Pelaksanaan SBPA Dan Dihapuskan Jawatannya LAMPIRAN J Pegawai Yang Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan Di Bawah SBPAJ1 Surat Tawaran Opsyen SBPAJ2 Surat Akuan Oleh Pegawai Mengenai Penerimaan Surat Tawaran Opsyen SBPAJ3 Borang Opsyen SBPAJ4 Surat Akuan Oleh Ketua Jabatan Mengenai Penerimaan Borang Opsyen SBPA Daripada Pegawai LAMPIRAN K Pegawai Yang Belum Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan Di Bawah SBPAK1 Surat Tawaran Opsyen SBPAK2 Surat Akuan Oleh Pegawai Mengenai Penerimaan Surat Tawaran Opsyen SBPAK3 Borang Opsyen SBPAK4 Surat Akuan Oleh Ketua Jabatan Mengenai Penerimaan Borang Opsyen SBPA Daripada Pegawai vii
  9. 9. SENARAI JADUALBil. Perkara Muka Surat1. Kumpulan Perkhidmatan Dan Bidang Jawatan 32. Pangkat/ Gred Gaji PDRM 43. Peratusan Kenaikan Gaji Tahunan 9 viii
  10. 10. JPA.SARAAN 256/24/1-2 Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2011 PELAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM BAGI PERKHIDMATAN POLIS DIRAJA MALAYSIATUJUAN1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan Saraan BaruPerkhidmatan Awam (SBPA) bagi Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yangmelibatkan struktur perkhidmatan yang merangkumi skim perkhidmatan, syaratperkhidmatan, gaji, elaun, kemudahan, dan persaraan serta faedah persaraan.LATAR BELAKANG2. Bertunjangkan penyampaian perkhidmatan yang mana rakyat didahulukan danpencapaian diutamakan, maka inisiatif transformasi Perkhidmatan Awam akandilaksana melalui SBPA yang berpaksikan kepada kepimpinan dinamik,Perkhidmatan Awam kejat, perkhidmatan yang fleksibel, modal insan berkualiti dansaraan yang kompetitif. Ia mengganti Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang berkuatkuasa sejak tahun 2002.
  11. 11. 3. Transformasi Perkhidmatan Awam adalah diperlukan untuk menjayakanagenda pembangunan negara yang termaktub di bawah Gagasan 1Malaysia, ProgramTransformasi Kerajaan, Model Baru Ekonomi, Rancangan Malaysia Kesepuluh daninisiatif-inisiatif pembangunan yang lain.GLOSARI ISTILAH4. Istilah yang digunakan dalam Pekeliling Perkhidmatan ini adalah seperti diLampiran A.STRUKTUR PERKHIDMATANKumpulan Perkhidmatan5. Struktur perkhidmatan di bawah SBPA adalah terbahagi kepada empat (4)kumpulan perkhidmatan iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi,Kumpulan Pengurusan dan Profesional, dan Kumpulan Pelaksana.6. Kumpulan Premier merupakan lapisan teratas dalam struktur PerkhidmatanAwam yang menyandang atau memegang strategic and key position. Bagi PDRM,jawatan Ketua Polis Negara adalah tergolong di bawah Kumpulan Premier.7. Kumpulan Pengurusan Tertinggi bagi perkhidmatan PDRM bermaksudJawatan Utama yang berperanan strategik menerajui jentera pengurusan organisasi. Dibawah SBPA, pangkat di bawah kelompok Jawatan Utama adalah terbahagi kepada: 7.1 Timbalan Ketua Polis Negara 7.2 Pesuruhjaya Kanan Polis 7.3 Pesuruhjaya Polis 7.4 Timbalan Pesuruhjaya Polis 2
  12. 12. 8. Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah dikekal dengan lapisan pangkatsebagaimana sedia ada.9. Bagi melonjakkan prestasi penyampaian Perkhidmatan Awam, KumpulanPengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional telah ditetapkanbidang jawatan masing-masing sebagaimana di dalam Jadual 1. Jadual 1: Kumpulan Perkhidmatan dan Bidang Jawatan Kumpulan Perkhidmatan Bidang Jawatan Pengurusan Tertinggi Strategik Strategik Pakar Bidang Khusus Pengurusan dan Profesional (Subject Matter Expert [SME]) Pengurusan dan Operasi10. Kumpulan Pelaksana diperkenal bagi menggantikan Kumpulan Sokongan.Lapisan pangkat bagi Kumpulan Pelaksana adalah mengikut kelayakan masukminimum seperti ditetapkan dalam skim perkhidmatan.Rasionalisasi Perkhidmatan11. Pelaksanaan Perkhidmatan Awam kejat memberi penekanan ke atas saiz danguna tenaga secara optimum. Kementerian/ Jabatan/ agensi termasuk perkhidmatanPDRM dikehendaki memberi tumpuan kepada fungsi utamanya bagi mengelakkanpertindihan fungsi antara satu dengan yang lain. Langkah penyesuaian saizPerkhidmatan Awam, penjajaran fungsi utama perkhidmatan, kajian pertindihanfungsi agensi, pengenalpastian perkhidmatan yang boleh dialih daya danperekayasaan proses kerja serta semakan skim perkhidmatan akan dilaksanakan. 3
  13. 13. PENGGELARAN GRED GAJI12. Penggelaran gred gaji dikemas kini selaras dengan pembentukan Jadual GajiSebaris (JGS) yang menggantikan Jadual Gaji Matriks (JGM). Dengan ini,penggelaran gred gaji baru PDRM adalah seperti di Jadual 2. Jadual 2 : Pangkat/ Gred Gaji PDRM Pangkat SSM SBPA Kumpulan Premier Ketua Polis Negara - Premier Kumpulan Pengurusan Tertinggi Ketua Polis Negara VUYA3 - Timbalan Ketua Polis Negara VUYA5 VUYA5 Pesuruhjaya Kanan Polis - VUYA6 Pesuruhjaya Polis VUYA6 VUYA6i Timbalan Pesuruhjaya Polis VUYA7 VUYA7 Kumpulan Pengurusan dan Profesional Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis YA24 YA20 Penolong Pesuruhjaya Polis YA22 YA18 Penguasa Polis YA20 YA16 Timbalan Penguasa Polis YA18 YA14 Penolong Penguasa Polis YA16 YA12 Inspektor YA13 YA11 Kumpulan Pelaksana Sub-Inspektor YA10 YA10 Sarjan Mejar YA8 YA8 Sarjan YA5/ YA6 YA6 Koperal YA4 YA4 Lans Koperal YA2 YA2 Konstabel YA1 YA1 Sub-Inspektor Orang Asli YP10 YP10 Sarjan Mejar Orang Asli YP8 YP8 Sarjan Orang Asli YP6 YP6 Koperal Orang Asli YP4 YP4 Lans Koperal Orang Asli YP2 YP2 Konstabel Orang Asli YP1 YP1 Sub-Inspektor Sokongan YT10 YT10 Sarjan Mejar Sokongan YT 8 YT 8 Sarjan Sokongan YT 6 YT 6 Koperal Sokongan YT 4 YT 4 Lans Koperal Sokongan YT 2 YT 2 Konstabel Sokongan YT 1 YT 1 4
  14. 14. SKIM PERKHIDMATAN13. Senarai skim perkhidmatan PDRM adalah seperti dalam Lampiran B1.Format Iklan Jawatan14. Pelantikan mulai 1 Januari 2012 hendaklah mengikut skim perkhidmatan barudi bawah SBPA. Format iklan jawatan hendaklah diasaskan kepada skimperkhidmatan berkenaan mengikut contoh seperti di Lampiran B2.Kedudukan Skim Perkhidmatan Jumud Sebelum SBPA15. Semua jawatan jumud sebelum SBPA akan dimansuhkan mengambil kirafungsi skim perkhidmatan berkenaan tidak lagi diperlukan. Walau bagaimanapun,penyandang jawatan jumud ini akan ditawarkan opsyen bertukar ke skimperkhidmatan berkuat kuasa di bawah SBPA. Senarai pertukaran jawatan jumud keskim perkhidmatan berkuat kuasa di bawah SBPA adalah seperti di Lampiran B3.16. Bagi pegawai dalam kategori ini yang tidak bersetuju menerima opsyen SBPA,pegawai di bawah Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akandibersarakan di bawah seksyen 6A(6) Akta Pencen 1980 (Akta 227) yang dibacabersama seksyen 10(5)(b) Akta 227. Manakala pegawai di bawah Skim Pencen akandibersarakan di bawah seksyen 10(5)(b) Akta 227.PEMBANGUNAN MODAL INSANLatihan Sektor Awam17. Pembangunan latihan berteraskan transformasi minda dan pengukuhankompetensi bagi membangunkan keupayaan intelektual, kemahiran dan sahsiah akandilaksanakan melalui strategi-strategi yang akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan darisemasa ke semasa. 5
  15. 15. Program Bersepadu Potensi Dan Kompetensi18. Program Bersepadu Potensi dan Kompetensi (PROSPEK) diperkenalkansebagai sistem baru penilaian kompetensi dan potensi pegawai yang lebih menyeluruhbagi menyandang jawatan di gred yang lebih tinggi. PROSPEK terdiri daripadaPenilaian Kompetensi dan Potensi (PKP) dan Pembangunan Kompetensi dan Potensi(BKP). PKP bertujuan untuk mengenal pasti kompetensi dan potensi pegawai,manakala BKP bertujuan membangun dan menilai kompetensi dan potensi pegawaiuntuk menyandang gred jawatan lebih tinggi.19. Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang terlibat denganpentadbiran, pengurusan dan penyeliaan perlu mengikuti PKP dan BKP sebelumdipertimbangkan kenaikan pangkat. Bagi pegawai yang tidak terlibat dengan tugas-tugas pentadbiran, pengurusan dan penyeliaan, pegawai akan dinilai melalui PKPsahaja.20. Pegawai Kumpulan Pelaksana disyaratkan melalui PKP untuk dinaikkanpangkat. Pegawai Kumpulan Pelaksana di gred lantikan yang berkhidmat 15 tahundan lebih boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat secara KUP tanpa PKP. Walaubagaimanapun, bagi kenaikan pangkat seterusnya pegawai dikehendaki melalui PKP.SARAAN KETUA POLIS NEGARAGaji21. Gaji Single Point adalah diperuntuk bagi jawatan Ketua Polis Negara (KPN) dibawah Kumpulan Premier seperti di Lampiran C1.22. Prestasi KPN perlu dinilai untuk menentukan kelestariannya bagi terusmenyandang jawatan dalam kumpulan ini serta pemberian bonus tahunan. 6
  16. 16. 23. Sekiranya pegawai bersetuju menerima opsyen bagi pakej saraan denganterma dan syarat Kumpulan Premier, pegawai diberi gaji, elaun dan kemudahanKumpulan Premier.24. Pada 1 Januari 2012, KPN yang sedang mengisi jawatan tersebut secarakontrak akan ditawar kontrak baru berdasarkan baki tempoh kontrak yang ada denganterma dan syarat yang ditetapkan dalam Panduan Mengenai Dasar Dan PelaksanaanUrusan Perlantikan Dan Perkhidmatan Pegawai Kumpulan Premier.Imbuhan Tetap, Elaun, Kemudahan Dan Bonus25. Imbuhan Tetap Perumahan, Bayaran Bantuan Menyelenggara Rumah,Imbuhan Tetap Keraian, Imbuhan Tetap Jawatan Utama dan Bantuan PembantuRumah kepada KPN adalah dikekalkan. Walau bagaimanapun, Imbuhan TetapKeraian dan Imbuhan Tetap Jawatan Utama digabungkan menjadi Imbuhan TetapJawatan Premier, manakala Imbuhan Tetap Perumahan dan Bayaran BantuanMenyelenggara Rumah digabungkan menjadi Imbuhan Perumahan Premier. Kadarbagi Imbuhan Tetap Jawatan Premier dan Imbuhan Perumahan Premier serta BantuanPembantu Rumah adalah seperti di Lampiran C1.26. Selain itu, peruntukan kelayakan elaun, kemudahan dan bonus bagi KPNadalah seperti di Lampiran C2.Penilaian Prestasi27. Pelaksanaan pengukuran prestasi bagi Kumpulan Premier adalah berdasarkanpengukuran berasaskan Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicators) danpenilaian prestasi khas oleh panel penilai atau kaedah lain yang ditentukan olehKerajaan dari semasa ke semasa. 7
  17. 17. SARAAN KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGIGaji28. Jadual Gaji Minimum - Maksimum adalah diperuntuk untuk Jawatan Utama dibawah Kumpulan Pengurusan Tertinggi PDRM seperti di Lampiran C3.Prinsip Dan Kaedah Pemindahan Gaji Di Bawah SBPA29. Gaji pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi yang menerima opsyen SBPAakan dipindahkan kepada Jadual Gaji Minimum - Maksimum. Prinsip pemindahanadalah daripada matagaji akhir di gred gaji asal ke matagaji SBPA yang ditetapkandalam jadual pemindahan seperti di Lampiran C4.Tarikh Pergerakan Gaji30. Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) tahunan iaitu pada 1 Januari, 1 April, 1 Julaidan 1 Oktober adalah dikekalkan.31. Pemindahan gaji kepada Jadual Gaji Minimum - Maksimum tidak mengubahTPG pegawai kecuali bagi mereka yang berada di matagaji maksimum pada31 Disember 2011 akan diubah TPG kepada 1 Januari.32. Kaedah pemindahan gaji bagi pegawai yang TPG pada 1 Januari termasukpegawai yang dinyatakan di perenggan 31 di atas, gaji pegawai dipindahkan ke gajiSBPA mengikut prinsip di perenggan 29 di atas dan kemudian pegawai diberiKenaikan Gaji Tahunan. 8
  18. 18. 33. Bagi pegawai yang tarikh kenaikan pangkatnya pada 1 Januari 2012 hendaklahdiberi pemindahan gaji kepada gaji SBPA atas gred jawatan setara di SBPA terlebihdahulu, kemudian diberi Kenaikan Gaji Tahunan dan seterusnya ditetapkan gajipermulaan di gred kenaikan pangkat berdasarkan prinsip penetapan gaji kenaikanpangkat.34. Contoh kaedah pemindahan gaji di perenggan 32 dan 33 adalah sepertiberikut: 34.1 Pemindahan Gaji Bagi Pegawai Yang TPG Pada - Lampiran C5 1 Januari. 34.2 Pemindahan Gaji Bagi Pegawai Yang Tarikh - Lampiran C6 Kenaikan Pangkat Pada 1 Januari 2012.Kenaikan Gaji Tahunan35. Sejajar dengan tujuan untuk menjadikan pegawai berprestasi tinggi, konsepGaji Berasaskan Prestasi diperkenalkan di mana Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagiKumpulan Pengurusan Tertinggi ditetapkan mengikut pencapaian prestasi berdasarperatusan.36. KGT diberi kepada pegawai yang mencapai prestasi sekurang-kurangnyaMenepati Sasaran dengan kadar KGT di Jadual 3 tertakluk kepada gaji maksimumdalam Jadual Gaji Minimum - Maksimum. Jadual 3: Peratusan Kenaikan Gaji Tahunan Prestasi % KGT Melebihi Sasaran Secara Signifikan 15% daripada gaji (Significantly Exceed Target) Melebihi Sasaran 8% daripada gaji (Exceed Target) Menepati Sasaran 5% daripada gaji (On Target)37. Pegawai yang tidak menepati sasaran, tidak diberi KGT. 9
  19. 19. 38. Formula penentuan amaun KGT ialah: Amaun KGT = % KGT x Gaji Pokok Amaun KGT hendaklah dibundarkan kepada RM5.00 tertinggi terhampir.39. Contoh pemberian KGT adalah seperti di Lampiran C7.Kenaikan Gaji Tahunan 201240. KGT 2012 bagi pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi adalah pada kadar5% daripada gaji kecuali mereka yang berprestasi rendah.Imbuhan Tetap, Elaun Dan Kemudahan41. Pelaksanaan SBPA tidak mengubah pemberian Imbuhan Tetap, elaun dankemudahan yang sedang berkuat kuasa. Walau bagaimanapun, terdapat penetapan/pindaan seperti berikut: 41.1 pegawai berpangkat Pesuruhjaya Polis dan Pesuruhjaya Kanan Polis layak menikmati elaun dan kemudahan mengikut kelayakan Gred Utama B. 41.2 kadar bagi dua (2) bayaran insentif yang ditetap berdasarkan gaji pokok yang terpakai bagi PDRM iaitu Bayaran Insentif Pedalaman dan Bayaran Insentif Wilayah adalah ditambat pada kadar gaji bulan Disember 2011.Penetapan Gaji Bagi Kenaikan Pangkat42. Gaji yang diterima oleh seseorang pegawai yang dinaikkan pangkat hendaklahlebih tinggi daripada gaji akhir yang diterima dalam gred terdahulu. 10
  20. 20. 42.1 Jika gaji hakiki dalam gred/ pangkat terdahulu adalah kurang daripada gaji minimum dalam gred kenaikan pangkat dan perbezaan itu adalah sama atau lebih daripada 5% daripada gaji hakiki dalam gred/ pangkat terdahulu, pegawai itu hendaklah dibayar gaji minimum dalam gred kenaikan pangkat itu. 42.2 Jika gaji hakiki dalam gred/ pangkat terdahulu kurang daripada gaji minimum dalam gred kenaikan pangkat tetapi perbezaannya adalah kurang daripada 5% daripada gaji dalam gred terdahulu, pegawai itu hendaklah dibayar gaji di gred/ pangkat kenaikan pangkat yang sama dengan gaji hakiki ditambah 5% daripada gaji hakiki. 42.3 Jika gaji hakiki dalam gred/ pangkat terdahulu sama atau lebih lebih tinggi daripada gaji minimum dalam gred kenaikan pangkat, pegawai itu hendaklah dibayar gaji dengan penambahan 5% daripada gaji hakiki di gred/ pangkat terdahulu.43. Bagi kenaikan pangkat dari Penolong Kanan Pesuruhjaya ke KumpulanPengurusan Tertinggi, kaedah penetapan gaji kenaikan pangkat dikekalkan sepertimana prinsip yang sedang berkuat kuasa.Penilaian Prestasi44. Pengukuran prestasi bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi adalahmenggunakan pengukuran berasaskan Petunjuk Prestasi Utama (Key PerformanceIndicators) yang digabungkan dalam borang Laporan Penilaian Prestasi Tahunan(LNPT) atau kaedah lain yang ditentukan oleh Kerajaan. 11
  21. 21. SARAAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL SERTAKUMPULAN PELAKSANAGaji45. JGS adalah dibentuk bagi menggantikan JGM sedia ada yang terpakai bagiKumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana.46. Struktur JGS mempunyai ciri-ciri seperti berikut: 46.1 matagaji mengikut susunan Tangga (T) dalam sebaris bagi setiap gred gaji. 46.2 bilangan Tangga (T) yang sama di gred gaji yang sama dalam semua Klasifikasi Perkhidmatan. 46.3 kadar KGT yang sama bagi setiap gred yang setaraf dalam semua Klasifikasi Perkhidmatan dengan pola peningkatan KGT yang lebih baik berbanding gred lebih rendah.47. JGS bagi skim perkhidmatan tetap adalah seperti di Lampiran C8 manakalaJGS bagi skim perkhidmatan jumud adalah seperti di Lampiran C9.Prinsip Pemindahan Gaji48. Prinsip pemindahan gaji di bawah opsyen SBPA adalah daripada matagajiyang akhir diterima di gred gaji asal kepada matagaji yang sama atau tertinggiberhampiran dalam JGS, di mana perbezaannya tidak kurang daripada satu (1)Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal. 12
  22. 22. Kaedah Pemindahan Gaji Dan Tarikh Pergerakan Gaji49. Bagi maksud pemindahan gaji ke JGS pada 1 Januari 2012, pegawai diberikansatu Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepadaJGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapanadalah pada matagaji tertinggi berhampiran.50. Bagi pegawai yang berada di matagaji maksimum jadual gaji asal, pegawaidiberikan kuantum satu Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannyadipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiadamatagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.51. Pegawai yang tarikh kenaikan pangkatnya pada 1 Januari 2012 hendaklahdiberi pemindahan gaji dari matagaji di gred hakiki kepada matagaji di gred setaraSBPA terlebih dahulu dan seterusnya ditetapkan gaji permulaan di gred kenaikanpangkat berdasarkan prinsip kenaikan pangkat di atas gaji SBPA.52. Contoh kaedah pemindahan gaji di perenggan 49, 50, dan 51 adalah seperti diLampiran C10.53. Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) tahunan iaitu pada 1 Januari, 1 April, 1 Julaidan 1 Oktober adalah dikekalkan.54. Pemindahan JGM kepada JGS tidak mengubah TPG pegawai kecuali dalamkeadaan berikut: 54.1 pegawai yang telah berada di matagaji maksimum pada 31 Disember 2011 akan diubah TPG kepada 1 Januari. 54.2 pegawai yang terlibat dengan pemindahan gaji daripada dua (2) atau lebih matagaji JGM kepada satu (1) matagaji baru yang sama di JGS. TPG pegawai ditetapkan kepada TPG baru. 13
  23. 23. 55. Jadual pemindahan JGM kepada JGS dan penetapan TPG adalah sepertiberikut: 55.1 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh - Lampiran C11 Pergerakan Gaji Bagi Klasifikasi Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia. 55.2 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh - Lampiran C12 Pergerakan Gaji Bagi Klasifikasi Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (Penyandang Yang Tidak Memenuhi Syarat).Pergerakan Gaji Tahunan56. Di bawah SBPA hanya satu jenis Pergerakan Gaji Tahunan diberikan iaituPergerakan Gaji Biasa. Bagi pegawai yang tidak mencapai prestasi yang ditetapkantidak layak menerima pergerakan gaji. Pergerakan Gaji Tahunan bagi tahun 2012hendaklah diberi mengikut TPG yang telah ditetapkan seperti di perenggan 53, 54 dan55.Jadual Gaji Khas Untuk Penyandang57. Mulai pelaksanaan SBPA, tiada lagi Jadual Gaji KUP diwujudkan untukkes-kes kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan, pertukaran sementara, peminjaman,pertukaran tetap dan Peningkatan Secara Lantikan (PSL). Bagi kes-kes tersebut,penetapan/ tawaran gaji adalah tertakluk kepada gaji maksimum dalam Jadual GajiMinimum – Maksimum atau JGS di gred kenaikan pangkat/ gred yang ditawarkan.58. Bagi tujuan tawaran opsyen SBPA kepada pegawai yang berada di jadual gajiSSM secara Khas Untuk Penyandang (KUP), pemindahan gaji hendaklahdilaksanakan seperti mana pegawai yang berada di matagaji maksimum di bawahSSM mengikut prinsip-prinsip seperti di perenggan 48 dan 54.1. 14
  24. 24. 59. Ketua Jabatan hendaklah memohon Jadual Pemindahan Gaji daripada JabatanPerkhidmatan Awam (JPA) (Bahagian Saraan) bagi keadaan berikut: 59.1 pegawai yang gajinya tidak diperuntukkan dalam Jadual Pemindahan Gaji di Lampiran C11 dan Lampiran C12. 59.2 pegawai yang gajinya di bawah Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet 1976 (Laporan JKK 1976) dan Sistem Saraan Baru (SSB) yang menerima tawaran opsyen SBPA.Pegawai Lantikan Kontrak (Contract of Service)60. Pegawai lantikan kontrak (contract of service) akan diselaraskan gajinyamengikut kaedah pemindahan gaji SBPA. Kaedah ini tidak terpakai bagi KPN yangjawatannya dijadikan jawatan dalam Kumpulan Premier.IMBUHAN TETAP DAN ELAUNImbuhan Tetap Dan Elaun61. Prinsip, kadar dan syarat-syarat bayaran Imbuhan Tetap yang berkuat kuasadikekalkan di bawah SBPA.62. Syarat-syarat dan peraturan pelaksanaan Imbuhan Tetap tersebut hendaklahmerujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan, surat edaranatau surat pelaksanaan yang berkuat kuasa. Senarai Imbuhan Tetap adalah seperti diLampiran D1.63. Syarat-syarat dan peraturan pelaksanaan bagi elaun hendaklah merujuk kepadaPekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan, surat edaran atau suratpelaksanaan yang berkuat kuasa. Senarai elaun adalah seperti di Lampiran D2. 15
  25. 25. Bayaran Insentif Yang Ditambatkan Kadar64. Kadar bagi dua (2) bayaran insentif yang ditetap berdasarkan gaji pokok yangterpakai bagi PDRM iaitu Bayaran Insentif Pedalaman dan Bayaran Insentif Wilayahadalah ditambat pada kadar gaji bulan Disember 2011.KEMUDAHAN65. Kemudahan adalah diberi atas prinsip keistimewaan dan bukan merupakan hakseseorang pegawai. Ia boleh ditarik balik pada bila-bila masa jika perlu. Semuakemudahan yang berkuat kuasa dikekalkan.66. Syarat-syarat dan peraturan pelaksanaan kemudahan tersebut hendaklahmerujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan, surat edaranatau surat pelaksanaan yang berkuat kuasa. Senarai kemudahan adalah seperti diLampiran E.SYARAT-SYARAT PERKHIDMATANTempoh Percubaan67. Mulai tarikh kuat kuasa SBPA, calon yang dilantik secara tetap dikehendakiberkhidmat dalam tempoh percubaan antara enam (6) bulan hingga 24 bulan. Pegawaiboleh disahkan dalam perkhidmatan setelah melalui tempoh percubaan sekurang-kurangnya enam (6) bulan dan memenuhi syarat pengesahan lain yang ditetapkan.68. Pegawai yang masih tidak dapat disahkan dalam perkhidmatan setelah tamattempoh percubaan maksimum 24 bulan, boleh dilanjutkan tempoh percubaan tidakmelebihi tempoh satu (1) tahun. 16
  26. 26. 69. Bagi calon yang dilantik tetap tetapi belum disahkan dalam perkhidmatanmulai tarikh kuat kuasa SBPA dan bersetuju menerima SBPA, tempoh percubaan danpengesahan dalam perkhidmatan adalah seperti berikut: 69.1 pegawai boleh disahkan pada atau selepas tarikh kuat kuasa SBPA tertakluk telah berkhidmat dalam tempoh percubaan enam (6) bulan atau lebih dan memenuhi semua syarat pengesahan dalam perkhidmatan di bawah SSM. 69.2 pegawai yang telah berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 24 bulan atau lebih tetapi belum memenuhi syarat pengesahan dalam perkhidmatan, dibenar menghabiskan baki tempoh percubaan asal di bawah SSM atau baki tempoh yang dilanjutkan oleh Pihak Berkuasa Melantik dan pegawai boleh disahkan sekiranya telah memenuhi semua syarat pengesahan dalam perkhidmatan.Program Transformasi Minda70. Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan sebagai satu pendekatanuntuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awalpelantikan dalam Perkhidmatan Awam. Program ini dibentuk bagi membolehkanpegawai memahami falsafah dan prinsip pembentukan negara, sistem pentadbiranKerajaan dan peraturan-peraturan asas Perkhidmatan Awam serta pembentukan jatidiri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan. PTM menjadi salah satudaripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi.Penilaian Prestasi71. Sistem penilaian prestasi baru yang lebih menyeluruh diperkenalkan meliputipenggunaan kaedah pelbagai penilai (multi-rater), Petunjuk Prestasi Utama (KeyPerformance Indicators) dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang ditambahbaik. Sistem penilaian prestasi baru ini lebih inklusif, adil dan telus selaras dengankeperluan perkhidmatan dan mengandungi elemen baru kompetensi seperti ideainovatif dan kreatif serta sumbangan aktif pegawai di luar tugas rasmi. 17
  27. 27. 72. PDRM dibenarkan membuat pengubahsuaian terhadap komponen SistemPenilaian Prestasi baru selaras dengan peranan dan tugas perkhidmatan masing-masing tertakluk kepada kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.Pingat Perkhidmatan Cemerlang73. Selain daripada Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Pingat PerkhidmatanCemerlang diperkenalkan bagi mengiktiraf sumbangan pegawai yang melangkauikebiasaan kepada perkhidmatan, masyarakat dan negara.DASAR PEMISAH (EXIT POLICY) KUMPULAN PENGURUSANTERTINGGI, KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL SERTAKUMPULAN PELAKSANA74. Bagi memastikan kecemerlangan penyampaian Perkhidmatan Awam,Kerajaan memperkukuhkan dasar pemisah dengan mengambil tindakan tegas untukmengeluarkan pegawai berprestasi rendah dan bermasalah. Dasar ini jugamenyediakan laluan keluar bagi pegawai berprestasi yang tiada peluang kemajuankerjaya serta pegawai yang menghadapi masalah kesihatan yang menjejaskankeupayaannya untuk menjalankan tugas.PERSARAAN DAN FAEDAH PERSARAAN KUMPULAN PENGURUSANTERTINGGI, KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL SERTAKUMPULAN PELAKSANAUmur Persaraan Paksa 60 Tahun75. Bagi pegawai yang dilantik pada atau selepas 1 Januari 2012, umur persaraanpaksa adalah 60 tahun. Bagi pegawai yang kini tertakluk kepada umur persaraanpaksa 55 tahun, 56 tahun atau 58 tahun, pegawai akan ditawar opsyen melanjutkanperkhidmatan sehingga umur persaraan paksa 60 tahun. Borang opsyen pelanjutanumur persaraan paksa 60 tahun seperti di Lampiran F. 18
  28. 28. Kebolehalihan76. Selaras dengan hasrat untuk meningkatkan lagi mobiliti pegawai dalamperkhidmatan, Kerajaan bersetuju untuk memansuhkan dasar pelepasan dengan izindan menggantikannya dengan dasar pelepasan jawatan berkuat kuasa 1 Januari 2012.Pemansuhan dasar ini membolehkan tempoh perkhidmatan pegawai diambil kira bagitujuan perkiraan faedah persaraan dengan syarat pegawai dilantik semula dalamPerkhidmatan Awam.77. Dari segi pelaksanaan, pegawai perlu memaklumkan kepada Ketua Jabatansecara bertulis mengenai hasratnya untuk meninggalkan jawatan yang disandang bagitujuan menerima pelantikan baru dalam Perkhidmatan Awam. Pelepasan jawatantersebut akan berkuat kuasa mulai tarikh pegawai dilantik ke jawatan baru itu.Manakala, pegawai yang akan dilantik ke Perkhidmatan Awam Negeri, PihakBerkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan serta pegawai yang berhentidaripada Perkhidmatan Awam hendaklah meletak jawatan.78. Bagi pegawai yang melepaskan jawatan atau meletakkan jawatan dankemudiannya dilantik semula pada atau selepas 1 Januari 2012, tempoh perkhidmatanlepas yang terputus boleh dimasuk kira bagi maksud penghitungan faedah persaraan.Pembayaran Pencen Kepada Pesara Pilihan Diawalkan79. Pegawai yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991 dan kemudiannyabersara pilihan akan dibayar pencen apabila mencapai umur 55 tahun.Pengiraan Faedah Persaraan Bagi Persaraan Atas Kehendak Kerajaan80. Pegawai yang dikehendaki oleh Kerajaan untuk dibersarakan atas alasankepentingan negara atau demi kepentingan Perkhidmatan Awam diberi faedahpersaraan yang dikira berdasarkan tempoh perkhidmatan seolah-olah pegawai ituberkhidmat sehingga mencapai umur persaraan paksa yang terpakai baginya. 19
  29. 29. TAWARAN OPSYENOpsyen81. Opsyen hanya akan diberi kepada pegawai tetap yang sedang berkhidmat pada1 Januari 2012. Pegawai tetap adalah yang dilantik ke jawatan tetap termasuk yangdalam percubaan, tukar sementara dan peminjaman.82. Bagi pegawai yang bersara, meletak jawatan atau dibuang kerja berkuat kuasapada 1 Januari 2012 atau sebelumnya, opsyen tidak ditawarkan kerana pegawai tidaklagi berada dalam perkhidmatan pada 1 Januari 2012.Tempoh Opsyen83. Opsyen hendaklah dibuat dalam tempoh 15 hari mulai 16 Disember 2011hingga 30 Disember 2011.84. Tawaran opsyen kepada semua pegawai yang layak akan diuruskan olehpengurus sumber manusia Kementerian atau agensi masing-masing. Sekiranya PDRMmenyediakan aplikasi penawaran opsyen secara online, dokumen opsyen termasuksurat tawaran yang lengkap boleh dimuat turun daripada laman web PDRM. Adalahmenjadi tanggungjawab pegawai untuk mengisi pilihan opsyen sama ada menerimaatau tidak menerima opsyen dan menandatangani Borang Opsyen serta Surat AkuanPenerimaan Surat Tawaran Opsyen. Borang dan surat yang telah lengkap diisihendaklah dicetak dan dikembalikan kepada pengurus sumber manusia di Kementerianatau agensi masing-masing sebelum atau pada 30 Disember 2011.Opsyen Bagi Skim Perkhidmatan Yang Dikekalkan85. Bagi skim perkhidmatan yang dikekalkan di bawah SBPA, senarai skimperkhidmatan yang terlibat adalah seperti di Lampiran B4. Bagi pangkat PesuruhjayaPolis Gred VUYA6 di bawah SSM akan dipindahkan gajinya kepada VUYA6 dibawah SBPA. 20
  30. 30. Pegawai Yang Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan Untuk MemasukiSkim Perkhidmatan Di Bawah SBPA85.1 Dokumen opsyen SBPA bagi kategori ini adalah seperti berikut: a. Surat Tawaran Opsyen SBPA. - Lampiran G1 b. Surat Akuan Oleh Pegawai Mengenai - Lampiran G2 Penerimaan Surat Tawaran Opsyen SBPA. c. Borang Opsyen SBPA. - Lampiran G3 d. Surat Akuan Oleh Ketua Jabatan Mengenai - Lampiran G4 Penerimaan Borang Opsyen SBPA Daripada Pegawai.85.2 Bagi pegawai dalam kategori ini yang tidak bersetuju menerima opsyen SBPA, pegawai akan kekal atas skim perkhidmatan asal serta tertakluk kepada terma dan syarat perkhidmatan sistem saraan yang terpakai bagi pegawai sebelum 1 Januari 2012.Pegawai Yang Belum Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan UntukMemasuki Skim Perkhidmatan Di Bawah SBPA85.3 Pegawai yang pernah ditawarkan opsyen tukar lantik dan bersetuju menerima skim perkhidmatan yang berkenaan di bawah SSM tetapi belum memenuhi syarat skim perkhidmatan yang ditetapkan pada masa itu akan diberi dokumen opsyen seperti berikut: a. Surat Tawaran Opsyen SBPA. - Lampiran H1 b. Surat Akuan Oleh Pegawai Mengenai - Lampiran H2 Penerimaan Surat Tawaran Opsyen SBPA. c. Borang Opsyen SBPA. - Lampiran H3 d. Surat Akuan Oleh Ketua Jabatan Mengenai - Lampiran H4 Penerimaan Borang Opsyen SBPA Daripada Pegawai. 21
  31. 31. 85.4 Bagi pegawai dalam kategori ini yang tidak bersetuju menerima opsyen SBPA, pegawai akan kekal atas skim perkhidmatan yang dipilih semasa urusan tukar lantik di bawah SSM, serta tertakluk kepada terma dan syarat perkhidmatan sistem saraan yang terpakai bagi pegawai sebelum 1 Januari 2012.Opsyen Bagi Jawatan Jumud Sebelum Pelaksanaan SBPA Dan DihapuskanJawatan86. Bagi skim perkhidmatan jumud sebelum SBPA serta dihapuskan jawatannyamengikut Pekeliling Perkhidmatan ini seperti di Lampiran B3, pegawai akanditukarkan ke skim perkhidmatan di bawah SBPA melalui opsyen SBPA. Pegawai Yang Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan Di bawah SBPA 86.1 Pegawai yang berada dalam skim perkhidmatan jumud dan memenuhi syarat skim perkhidmatan di bawah SBPA, dokumen opsyen ke skim perkhidmatan baru adalah seperti berikut: a. Surat Tawaran Opsyen SBPA. - Lampiran J1 b. Surat Akuan Oleh Pegawai Mengenai - Lampiran J2 Penerimaan Surat Tawaran Opsyen SBPA. c. Borang Opsyen SBPA. - Lampiran J3 d. Surat Akuan Oleh Ketua Jabatan - Lampiran J4 Mengenai Penerimaan Borang Opsyen SBPA Daripada Pegawai. Pegawai Yang Belum Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan Di Bawah SBPA 86.2 Pegawai yang berada dalam skim perkhidmatan jumud dan belum memenuhi syarat skim perkhidmatan di bawah SBPA, dokumen opsyen ke skim perkhidmatan baru adalah seperti berikut: 22
  32. 32. a. Surat Tawaran Opsyen SBPA. - Lampiran K1 b. Surat Akuan Oleh Pegawai Mengenai - Lampiran K2 Penerimaan Surat Tawaran Opsyen SBPA. c. Borang Opsyen SBPA. - Lampiran K3 d. Surat Akuan Oleh Ketua Jabatan - Lampiran K4 Mengenai Penerimaan Borang Opsyen SBPA Daripada Pegawai.87. Bagi pegawai dalam kategori ini yang tidak bersetuju menerima opsyen SBPA,pegawai di bawah Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akandibersarakan di bawah seksyen 6A(6) Akta Pencen 1980 (Akta 227) yang dibacabersama seksyen 10(5)(b) Akta 227. Manakala pegawai di bawah Skim Pencen akandibersarakan di bawah seksyen 10(5)(b) Akta 227.Syarat-Syarat Opsyen88. Opsyen hendaklah dibuat tanpa syarat. Pegawai disifatkan sebagai tidakbersetuju menerima opsyen SBPA sekiranya tidak membuat pilihan atau membuatpilihan secara tidak jelas (menanda di luar ruangan yang sepatutnya atau menanda dikedua-dua ruangan) atau dengan bersyarat atau dengan bantahan atau dengan pindaan.Pegawai juga disifatkan sebagai tidak bersetuju menerima opsyen SBPA jika tidakmengembalikan borang opsyen kepada Ketua Jabatan tanpa sebarang sebab yangmunasabah sebelum atau pada 30 Disember 2011.89. Opsyen yang ditawarkan kepada pegawai adalah berdasarkan kepada maklumatperkhidmatan dalam borang opsyen. Sekiranya maklumat yang dikemukakan tidaktepat dan menyebabkan tawaran yang salah diberikan, maka tawaran tersebuthendaklah dianggap tidak sah dan terbatal. Ketua Jabatan hendaklah memberikanborang opsyen baru kepada pegawai untuk membuat pemilihan danmenandatanganinya. 23
  33. 33. 90. Opsyen hendaklah dibuat oleh pegawai yang berkenaan. Sekiranya terbuktiterdapat pegawai lain yang membuat pilihan dan menanda tangan borang opsyen bagipihak pegawai yang berkenaan, pegawai yang menanda tangan borang opsyen bagipihak pegawai berkenaan boleh dikenakan tindakan tatatertib. Opsyen tersebuthendaklah dianggap tidak sah dan terbatal. Ketua Jabatan hendaklah memberikanborang opsyen baru kepada pegawai untuk membuat pemilihan danmenandatanganinya.Pelaksanaan Opsyen91. Pelaksanaan opsyen adalah seperti berikut: 91.1 bagi pegawai yang telah menerima opsyen ini dan kemudiannya meletak jawatan atau ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja sebelum 1 Januari 2012, maka tawaran ini adalah dengan sendirinya terbatal. 91.2 bagi pegawai yang ditahan kerja atau digantung kerja oleh Pihak Berkuasa Tatatertib sebelum 1 Januari 2012, apa-apa faedah yang layak diberi kepada pegawai akan diselaraskan dengan sewajarnya melainkan jika Pihak Berkuasa Tatatertib mengenakan hukuman buang kerja kepada pegawai yang berkuat kuasa sebelum 1 Januari 2012. 91.3 bagi pegawai yang dikenakan perintah tahanan, kediaman terhad, buang negeri, deportasi atau apa-apa bentuk perintah sekatan atau pengawasan sama ada dengan bon atau selainnya di bawah mana-mana undang- undang yang berkuat kuasa sebelum 1 Januari 2012, apa-apa faedah yang layak diberi akan diselaraskan dengan sewajarnya melainkan jika Pihak Berkuasa Tatatertib mengenakan hukuman buang kerja kepada pegawai yang berkuat kuasa sebelum 1 Januari 2012. 24
  34. 34. 91.4 bagi pegawai yang dibuktikan tidak menerima dokumen opsyen atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan, maka borang opsyen hendaklah diberi kepada pegawai walaupun tempoh opsyen telah tamat dengan syarat pegawai masih berkhidmat pada atau selepas 1 Januari 2012. Tempoh opsyen bagi pegawai berkenaan adalah 15 hari daripada tarikh pegawai menerima borang opsyen. 91.5 bagi pegawai yang belum membuat opsyen dan dalam tempoh opsyen itu pegawai sakit yang menyebabkan pegawai tidak berkeupayaan untuk membuat opsyen, tidak sedarkan diri atau koma dan pegawai kemudiannya meninggal dunia pada atau selepas 1 Januari 2012, pegawai adalah disifatkan sebagai telah menerima skim perkhidmatan serta terma dan syarat perkhidmatan SBPA. 91.6 bagi pegawai yang belum dan juga telah membuat opsyen tetapi telah meninggal dunia sebelum 1 Januari 2012, maka tawaran dan opsyen yang telah dibuat adalah dengan sendirinya terbatal. 91.7 bagi pegawai lantikan kontrak dan kaedah pelantikan bukan tetap yang lain tidak layak ditawarkan opsyen.Pegawai Yang Belum Memenuhi Syarat Pertukaran Ke Skim PerkhidmatanBaru92. Pegawai yang memiliki kelayakan seperti yang ditetapkan dalam skimperkhidmatan yang berkuat kuasa di bawah SBPA, layak ditukarkan ke skimperkhidmatan tersebut.93. Pegawai yang tidak memiliki kelayakan atau tidak memenuhi syarat yangditetapkan dalam skim perkhidmatan (bukan ikhtisas) yang berkuat kuasa di bawahSBPA, perlu memenuhi syarat tempoh pengalaman dalam jawatan yang disandangberdasarkan prinsip tempoh pengalaman menggantikan kelayakan akademik ataupenyandang perlu hadir dan lulus dengan jayanya kursus peralihan setara seperti yangditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan. 25
  35. 35. 94. Tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira hendaklah dalam perkhidmatantetap di skim perkhidmatan jawatan semasa yang disandang tidak termasuk tempohcuti tanpa gaji.Pegawai Yang Cuti Berkursus, Cuti Separuh Gaji Atau Cuti Tanpa Gaji DalamTempoh Opsyen95. Pegawai yang cuti berkursus, cuti separuh gaji atau cuti tanpa gaji, opsyenhendaklah ditawarkan oleh Ketua Jabatan terakhir pegawai bertugas/ ditempatkan.Opsyen Muktamad96. Opsyen yang dibuat oleh pegawai adalah muktamad.Pemakaian Kepada Pegawai Yang Tidak Bersetuju Menerima SBPA97. Perkara yang disenaraikan di bawah ini yang dijelaskan dalam PekelilingPerkhidmatan ini akan terpakai juga kepada pegawai yang tidak bersetuju menerimaSBPA: 97.1 Penjumudan Skim Perkhidmatan. 97.2 Bayaran Insentif Yang Ditambatkan Kadar. 97.3 Program Transformasi Minda. 97.4 Penilaian Prestasi. 97.5 Pingat Perkhidmatan Cemerlang. 97.6 Dasar Pemisah. 97.7 Umur Persaraan Paksa 60 Tahun. 97.8 Kebolehalihan. 97.9 Pembayaran Pencen Kepada Pesara Pilihan Diawalkan. 97.10 Pengiraan Faedah Persaraan Bagi Persaraan Atas Kehendak Kerajaan. 26
  36. 36. TARIKH KUAT KUASA98. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012.PEMAKAIAN99. Pekeliling Perkhidmatan ini hendaklah dibaca bersama dengan pekeliling-pekeliling lain yang berkaitan yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”(TAN SRI ABU BAKAR BIN HAJI ABDULLAH)Ketua Pengarah Perkhidmatan AwamMalaysiaJABATAN PERKHIDMATAN AWAMMALAYSIAPUTRAJAYA07 Disember 2011Setiausaha Suruhanjaya Pasukan PolisKetua Setiausaha Kementerian Dalam NegeriKetua Polis NegaraKetua Audit Negara 27
  37. 37. Lampiran AGLOSARI ISTILAH
  38. 38. Lampiran A GLOSARI ISTILAH“Klasifikasi Perkhidmatan” bermaksud pengkelasan perkhidmatan berdasarkan persamaanperanan, bidang, fungsi dan pengkhususan.“Kumpulan Perkhidmatan” bermaksud peringkat perkhidmatan mengikut keutamaanperanan iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusandan Profesional dan Kumpulan Pelaksana.“Matagaji” bermaksud amaun gaji tertentu yang terletak di sesuatu Jadual Gaji.“Peningkatan Secara Lantikan (PSL)” bermaksud pelantikan pegawai daripada kumpulanperkhidmatan yang rendah kepada kumpulan perkhidmatan yang lebih tinggi secarapelantikan baharu tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatanyang berkaitan. Terma PSL ini mengantikan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL).“Pergerakan Gaji Biasa” bermaksud pergerakan gaji daripada matagaji semasa ke matagajiberikutnya.“Skim Perkhidmatan” bermaksud terma dan syarat-syarat pelantikan, pengesahan dankenaikan pangkat bagi sesuatu jawatan dalam Perkhidmatan Awam. 1/1
  39. 39. Lampiran B1 SENARAI SKIMPERKHIDMATAN PDRM
  40. 40. Lampiran B1 SENARAI SKIM PERKHIDMATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA Klasifikasi Kod Skim Perkhidmatan Muka SuratPerkhidmatan YA Pegawai Kanan Polis 1 Gred YA11, YA12, YA14, YA16, YA18, YA20 YA Pegawai Rendah Polis dan Konstabel 6POLIS DIRAJA Gred YA1, YA2, YA4, YA6, YA8, YA10 MALAYSIA (Y) YP Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Orang Asli 11 Gred YP1, YP2, YP4, YP6, YP8, YP10 YT Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Sokongan 14 Gred YT1, YT2, YT4, YT6, YT8, YT10 1/1
  41. 41. Lampiran B1(a) PERBEKALAN UMUM SKIM PERKHIDMATANKLASIFIKASI : PERKHIDMATAN POLIS DIRAJA MALAYSIAKUMPULAN PERKHIDMATAN : SEMUA KUMPULAN PERKHIDMATANKEWARGANEGARAAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah seorang warganegara Malaysia.HAD UMUR 2. Calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.PENETAPAN GAJI 3. Suruhanjaya hendaklah menentukan gaji seseorang pegawaiPERMULAAN berdasarkan gaji permulaan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan.PENETAPAN GAJI 4. (a) Jika seseorang pegawai yang akan dilantik kali pertamaPERMULAAN memiliki pengalaman kerja yang relevan dengan bidangLEBIH TINGGI tugas jawatan yang akan disandangnya, pegawai itu boleh diberikan gaji permulaan yang lebih tinggi berdasarkan satu Pergerakan Gaji Biasa (PGB) bagi tiap-tiap genap satu tahun pengalaman kerja yang relevan itu, terhad kepada gaji maksimum di gred jawatan tersebut. Suruhanjaya mempunyai budi bicara untuk menentukan sebahagian atau sepenuhnya bilangan tahun pengalaman kerja yang relevan untuk diambil kira bagi menetapkan gaji permulaan lebih tinggi. Perbekalan 3 dan 4(a) adalah juga terpakai bagi pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan yang dilantik ke skim perkhidmatan yang lain dan pegawai yang dilantik dari kalangan pegawai yang meletak jawatan, pegawai yang bersara atau dibersarakan dan pegawai yang ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja. (b) Jika seseorang pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan kemudiannya dilantik ke jawatan dalam skim perkhidmatan yang lain, gaji permulaan pegawai itu adalah pada mata gaji lebih tinggi berhampiran yang perbezaannya tidak kurang daripada satu PGB atau amaun yang bersamaan dengan PGB dalam gred atau jawatan terdahulu, terhad di mata gaji maksimum jawatan baru.TEMPOH PERCUBAAN 5. Pegawai yang dilantik secara terus atau Peningkatan Secara Lantikan adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 6 hingga 24 bulan.LATIHAN 6. Pegawai boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.PROGRAM TRANSFORMASI 7. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir denganMINDA jayanya Program Transformasi Minda.PENGESAHAN DALAM 8. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatanPERKHIDMATAN apabila telah:- (a) memenuhi tempoh percubaan; (b) hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda; 1/2
  42. 42. (c) lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan, sekiranya disyaratkan oleh skim perkhidmatan; (d) memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan; dan (e) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.KEPERLUAN 9. Pegawai hendaklah memenuhi kompetensi dan potensi yangKOMPETENSI ditetapkan untuk kenaikan pangkat. 2/2
  43. 43. Lampiran B1(b) SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KANAN POLIS Perbekalan dalam skim perkhidmatan ini adalah terpakai dan hendaklah dibaca bersama dengan perbekalan-perbekalan lain yang ditetapkan dalam Perbekalan Umum Skim Perkhidmatan.KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN POLISKUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL PANGKAT GRED Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis YA20 Penolong Pesuruhjaya Polis YA18GRED GAJI/JAWATAN : Penguasa Polis YA16 Timbalan Penguasa Polis YA14 Penolong Penguasa Polis YA12 Inspektor Polis YA11TARIKH KUAT KUASA : 1 JANUARI 2012 SEMUA PERKARA YANG DISEBUT DALAM PERBEKALAN INI MEMPUNYAI MAKNA YANG SAMATAFSIRAN : DENGAN PERBEKALAN-PERBEKALAN DALAM AKTA POLIS 1967SYARAT LANTIKAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- (a) (i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA11: T1); atau (ii) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA11: T2); atau (iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA11: T2); atau (iv) Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA11: T2); atau 1 / 16
  44. 44. (v) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA11: T3); atau (vi) Ahli penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA11: T3); atau (vii) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA11: T4); atau (viii) Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA11: T4); atau (ix) Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang forensik, matematik atau perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA11: T5). [Senarai Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan di perenggan 5(a)(vi) hingga 5(a)(vii) di atas adalah seperti di Rujukan Y1](b) Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:- (i) tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa bersepatu; (ii) berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita; (iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26; (iv) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja); (v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap; (vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan (vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar. 2 / 16
  45. 45. dan (c) Lulus ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Ketua Perkhidmatan dari semasa ke semasa.SYARAT KELAYAKAN 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjekBAHASA MELAYU Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.SYARAT PENINGKATAN 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai RendahSECARA LANTIKAN Polis dan Konstabel adalah layak dipertimbangkan oleh SuruhanjayaDARIPADA PEGAWAI Pasukan Polis atau pihak yang diberi kuasa olehnya untukRENDAH POLIS DAN KONSTABEL peningkatan secara lantikan ke pangkat Inspektor Gred YA11, tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:- (a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(a) di atas; atau (ii) lulus Peperiksaan Khas. (b) diperakukan layak dan sesuai oleh Pegawai Memerintahnya; dan (c) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.PERMOHONAN UNTUK LANTIKAN 4. Permohonan untuk lantikan hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis atau pihak yang telah diberi kuasa olehnya.LATIHAN 5. (a) Inspektor Gred YA11 lantikan terus adalah dikehendaki mengikuti latihan selama tempoh yang ditentukan oleh Ketua Polis Negara dari semasa ke semasa. (b) Inspektor Gred YA11 yang memasuki perkhidmatan melalui peningkatan secara lantikan boleh dikecualikan daripada menjalani sama ada keseluruhan atau sebahagian daripada latihan yang ditetapkan mengikut budi bicara Ketua Polis Negara.GAGAL DALAM 6. Inspektor Gred YA11 lantikan terus yang gagal dalam latihannyaLATIHAN DAN boleh dipertimbangkan supaya tempoh latihannya dilanjutkan atauPENAMATAN LANTIKAN perakuan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis atau pihak yang telah diberi kuasa olehnya supaya perkhidmatannya ditamatkan.PROGRAM 7. Inspektor Gred YA11 dalam percubaan adalah dikehendaki hadirTRANSFORMASI MINDA/ dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus PeperiksaanPEPERIKSAAN Undang-undang Tinggi yang ditetapkan oleh Ketua Polis Negara.PENGESAHAN DALAM 8. Inspektor Gred YA11 yang dilantik adalah layak disahkan dalamPERKHIDMATAN perkhidmatan apabila telah:- (a) memenuhi tempoh percubaan; (b) hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus semua peperiksaan yang ditetapkan; dan (c) diperakukan layak dan sesuai oleh Pegawai Memerintahnya.KENAIKAN PANGKAT 9. Inspektor Gred YA11 yang dilantik adalah layak dipertimbangkanKE PANGKAT PENOLONG bagi kenaikan pangkat ke pangkat Penolong Penguasa Polis GredPENGUASA POLIS YA12 yang kosong apabila telah:-GRED YA12 3 / 16
  46. 46. (a) disahkan dalam perkhidmatan; (b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (d) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelakuannya oleh Pegawai Memerintahnya.KENAIKAN PANGKAT 10. Penolong Penguasa Polis Gred YA12 adalah layak dipertimbangkanKE PANGKAT bagi kenaikan pangkat ke pangkat Timbalan Penguasa Polis GredTIMBALAN PENGUASA YA14 yang kosong apabila telah:-POLIS GRED YA14 (a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (c) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelakuannya oleh Pegawai Memerintahnya.KENAIKAN PANGKAT 11. Timbalan Penguasa Polis Gred YA14 adalah layak dipertimbangkanKE PANGKAT PENGUASA bagi kenaikan pangkat ke pangkat Penguasa Polis Gred YA16 yangPOLIS GRED YA16 kosong apabila telah:- (a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (c) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelakuannya oleh Pegawai Memerintahnya.KENAIKAN PANGKAT 12. Penguasa Polis Gred YA16 adalah layak dipertimbangkan bagiKE PANGKAT PENOLONG kenaikan pangkat ke pangkat Penolong Pesuruhjaya Polis Gred YA18PESURUHJAYA POLIS yang kosong apabila telah:-GRED YA18 (a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (c) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelakuannya oleh Pegawai Memerintahnya.KENAIKAN PANGKAT 13. Penolong Pesuruhjaya Polis Gred YA18 adalah layakKE PANGKAT PENOLONG KANAN dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong KananPESURUHJAYA Pesuruhjaya Polis Gred YA20 yang kosong apabila telah:-POLIS GRED YA20 (a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (c) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelakuannya oleh Pegawai Memerintahnya.KENAIKAN PANGKAT 14. Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis Gred YA20 yang menunjukkanKE KUMPULAN kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkanPENGURUSAN TERTINGGI bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi. 4 / 16
  47. 47. Rujukan Y1 SENARAI BADAN PERAKAUNAN YANG DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN (i) Ahli Institut Akauntan Malaysia; (ii) Ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia; (iii) Ahli The Institute of Chartered Accountants in England and Wales; (iv) Ahli The Institute of Chartered Accountants in Ireland; (v) Ahli The Association of Chartered Certified Accountants (United Kingdom); (vi) Ahli The Institute of Chartered Accountants in Australia; (vii) Ahli The Australian Society of Certified Practicing Accountants; (viii) Ahli The Institute of Chartered Accountants of New Zealand; (ix) Ahli The Canadian Institute of Chartered Accountants; (x) Ahli The Chartered Institute of Management Accountants (United Kingdom); (xi) Ahli The Institute of Chartered Accountants of Scotlands; dan (xii) Ahli The Institute of Chartered Accountants of India.Nota : Senarai ini berdasarkan kepada pengiktirafan dan kelulusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) (tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa). 5 / 16
  48. 48. Lampiran B1(b)(i) SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI RENDAH POLIS DAN KONSTABEL Perbekalan di dalam skim perkhidmatan ini adalah terpakai dan hendaklah dibaca bersama dengan perbekalan-perbekalan lain yang ditetapkan di dalam Perbekalan Umum Skim Perkhidmatan.KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN POLISKUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU) PANGKAT GRED Sub-Inspektor YA10 Sarjan Mejar YA8GRED GAJI/JAWATAN : Sarjan YA6 Koperal YA4 Lans Koperal YA2 Konstabel YA1TARIKH KUAT KUASA : 1 JANUARI 2012 SEMUA PERKARA YANG DISEBUT DALAM PERBEKALAN INI MEMPUNYAI MAKNA YANG SAMATAFSIRAN : DENGAN PERBEKALAN-PERBEKALAN DALAM AKTA POLIS 1967SYARAT LANTIKAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN KONSTABEL (a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA1: T1). KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN SARJAN (b) (i) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA6: T1); atau (ii) Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA6: T2). (c) Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:- (i) tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa bersepatu; (ii) berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita; 6 / 16
  49. 49. (iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26; (iv) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja); (v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap; (vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan (vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar. (d) dan Lulus ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Ketua Perkhidmatan dari semasa ke semasa.SYARAT KELAYAKAN 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjekBAHASA MELAYU Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.SYARAT PENINGKATAN SECARA 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai RendahLANTIKAN DARIPADA PEGAWAI Polis dan Konstabel Orang Asli dan Pegawai Rendah Polis danRENDAH POLIS DAN KONSTABEL Konstabel Sokongan adalah layak dipertimbangkan oleh SuruhanjayaORANG ASLI DAN PEGAWAI Pasukan Polis atau pihak yang diberi kuasa olehnya untukRENDAH POLIS DAN KONSTABEL peningkatan secara lantikan ke pangkat Konstabel Gred YA1,SOKONGAN tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:- (a) (i) mempunyai kelayakan di Perenggan 1(a) di atas; atau (ii) lulus Peperiksaan Khas. (b) diperakukan layak dan sesuai oleh Pegawai Memerintahnya; dan (c) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.PERMOHONAN UNTUK LANTIKAN 4. Permohonan untuk lantikan hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis atau pihak yang telah diberi kuasa olehnya.PROGRAM TRANSFORMASI 5. (a) Konstabel Gred YA1/Sarjan Gred YA6 lantikan terus adalahMINDA/ LATIHAN dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan mengikuti latihan selama tempoh yang ditentukan oleh Ketua Polis Negara dari semasa ke semasa. (b) Konstabel Gred YA1 yang memasuki perkhidmatan melalui peningkatan secara lantikan atau Sarjan Gred YA6 yang dinaikkan pangkat melalui Perenggan 11(a) boleh dikecualikan daripada menjalani sama ada keseluruhan atau sebahagian daripada latihan yang ditetapkan mengikut budi bicara Ketua Polis Negara.GAGAL DALAM LATIHAN DAN 6. Konstabel Gred YA1/Sarjan Gred YA6 lantikan terus yang gagalPENAMATAN LANTIKAN dalam latihannya boleh dipertimbangkan supaya tempoh latihannya dilanjutkan atau perakuan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis atau pihak yang telah diberi kuasa olehnya supaya perkhidmatannya ditamatkan. 7 / 16
  50. 50. PENGESAHAN DALAM 7. Konstabel Gred YA1/Sarjan Gred YA6 yang dilantik adalah layakPERKHIDMATAN disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:- (a) memenuhi tempoh percubaan; (b) hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan latihan yang ditetapkan; dan (c) diperakukan layak dan sesuai oleh Pegawai Memerintahnya.KEMAJUAN SECARA 8. Konstabel Gred YA1 adalah layak dipertimbangkan untuk kemajuanTIME-BASED KE PANGKAT LANS ke pangkat Lans Koperal Gred YA2 secara time-based apabila telah:-KOPERAL GRED YA2 (a) disahkan dalam perkhidmatan; (b) berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun di pangkat Konstabel; dan (c) mendapat sokongan daripada Pegawai Memerintahnya.KENAIKAN PANGKAT 9. Lans Koperal Gred YA2 adalah layak dipertimbangkan untukKE PANGKAT KOPERAL kenaikan pangkat ke pangkat Koperal Gred YA4 yang kosong apabilaGRED YA4 telah:- (a) (i) lulus Peperiksaan Perkhidmatan (Peperiksaan Undang- undang Rendah); atau (ii) lulus peperiksaan ketukangan yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara; (Anggota-anggota yang memilih untuk berkhidmat terus dalam Cawangan Ketukangan tidak akan dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat untuk mengisi kekosongan bagi jawatan-jawatan di luar dari Cawangan Ketukangan. Walau bagaimanapun, sekiranya mereka ingin bertukar keluar dari Cawangan Ketukangan mereka dikehendaki terlebih dahulu lulus Peperiksaan Undang-undang Rendah). (b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (d) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakan untuk memegang jawatan lebih tinggi oleh Pegawai Memerintahnya.KENAIKAN PANGKAT 10. Lans Koperal Gred YA2 adalah layak dipertimbangkan untukSECARA TIME-BASED kenaikan pangkat ke pangkat Koperal Gred YA4 secara time-basedKE PANGKAT KOPERAL apabila telah:-GRED YA4 (a) berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di pangkat Lans Koperal; (b) (i) lulus Peperiksaan Perkhidmatan (Peperiksaan Undang- undang Rendah); atau (ii) lulus peperiksaan ketukangan yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara; 8 / 16
  51. 51. (Anggota-anggota yang memilih untuk berkhidmat terus dalam Cawangan Ketukangan tidak akan dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat untuk mengisi kekosongan bagi jawatan-jawatan di luar dari Cawangan Ketukangan. Walau bagaimanapun, sekiranya mereka ingin bertukar keluar dari Cawangan Ketukangan mereka dikehendaki terlebih dahulu lulus Peperiksaan Undang-undang Rendah). (c) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (d) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (e) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakan untuk memegang jawatan lebih tinggi oleh Pegawai Memerintahnya.KENAIKAN PANGKAT 11. (a) Konstabel Gred YA1 yang telah disahkan dalam perkhidmatanKE PANGKAT SARJAN atau Lans Koperal Gred YA2 adalah layak dipertimbangkanGRED YA6 untuk kenaikan pangkat ke pangkat Sarjan Gred YA6 yang kosong apabila telah:- (i) mempunyai kelayakan di Perenggan 1(b); (ii) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (iii) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (iv) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakan untuk memegang jawatan lebih tinggi oleh Pegawai Memerintahnya. (b) Koperal Gred YA4 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Sarjan Gred YA6 yang kosong apabila telah:- (i) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (ii) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (iii) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakan untuk memegang jawatan lebih tinggi oleh Pegawai Memerintahnya.KENAIKAN PANGKAT 12. Sarjan Gred YA6 yang telah disahkan dalam perkhidmatan adalahKE PANGKAT SARJAN layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat SarjanMEJAR GRED YA8 Mejar Gred YA8 yang kosong apabila telah:- (a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (c) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakan untuk memegang jawatan lebih tinggi oleh Pegawai Memerintahnya.KENAIKAN PANGKAT 13. Sarjan Mejar Gred YA8 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikanKE PANGKAT pangkat ke pangkat Sub-Inspektor Gred YA10 yang kosong apabilaSUB-INSPEKTOR telah:-GRED YA10 (a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan 9 / 16
  52. 52. (c) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakan untuk memegang jawatan lebih tinggi oleh Pegawai Memerintahnya.PEPERIKSAAN KHAS 14. Pegawai Rendah Polis dan Konstabel yang telah disahkan dalam perkhidmatannya dan telah lulus Peperiksaan Undang-undang Pertengahan boleh mengambil Peperiksaan Khas yang disyaratkan untuk lantikan ke jawatan Inspektor Gred YA11.PENINGKATAN SECARA 15. Pegawai Rendah Polis dan Konstabel yang menunjukkan kebolehanLANTIKAN KE PANGKAT yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan olehINSPEKTOR DALAM Suruhanjaya Pasukan Polis atau mana-mana pihak yang diberi kuasaPERKHIDMATAN olehnya untuk peningkatan secara lantikan ke pangkat Inspektor GredPEGAWAI KANAN POLIS YA11 yang kosong dalam perkhidmatan Pegawai Kanan Polis mengikut syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan. 10 / 16
  53. 53. Lampiran B1(b)(ii) SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI RENDAH POLIS DAN KONSTABEL ORANG ASLI Perbekalan dalam skim perkhidmatan ini adalah terpakai dan hendaklah dibaca bersama dengan perbekalan-perbekalan lain yang ditetapkan dalam Perbekalan Umum Skim Perkhidmatan.KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN POLIS DIRAJA MALAYSIAKUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA PANGKAT GRED Sub-Inspektor Polis Orang Asli YP10 Sarjan Mejar Polis Orang Asli YP8GRED GAJI/JAWATAN : Sarjan Polis Orang Asli YP6 Koperal Polis Orang Asli YP4 Lans Koperal Polis Orang Asli YP2 Konstabel Polis Orang Asli YP1TARIKH KUAT KUASA : 1 JANUARI 2012SYARAT LANTIKAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- (a) Warganegara Malaysia yang berasal dari kaum Orang Asli (mengikut tafsiran Akta Orang-orang Asli 1974); (b) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred YP1: T1). (c) Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:- (i) tinggi sekurang-kurangnya 1.52m; (ii) berat badan sekurang-kurangnya 47.6kg; (iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26; (iv) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan semasa menarik nafas 86sm; (v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap; (vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan (vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar. 11 / 16
  54. 54. dan (d) Lulus ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan dari semasa ke semasa.SYARAT KELAYAKAN 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjekBAHASA MELAYU Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.PERMOHONAN 3. Permohonan untuk lantikan hendaklah dikemukakan kepadaUNTUK LANTIKAN Suruhanjaya Pasukan Polis atau pihak yang telah diberi kuasa olehnya.LATIHAN 4. Konstabel Orang Asli Gred YP1 yang dilantik boleh dikehendaki mengikut latihan selama tempoh yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.PROGRAM TRANSFORMASI 5. Konstabel Orang Asli Gred YP1 dalam tempoh percubaan adalahMINDA/ PEPERIKSAAN dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.GAGAL DALAM LATIHAN DAN 6. Konstabel Orang Asli Gred YP1 dalam tempoh percubaan yang gagalPENAMATAN LANTIKAN dalam latihannya boleh dipertimbangkan supaya tempoh latihannya dilanjutkan atau perakuan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis atau pihak yang telah diberi kuasa olehnya supaya perkhidmatannya ditamatkan.PENGESAHAN DALAM 7. Konstabel Orang Asli Gred YP1 yang dilantik adalah layak disahkanPERKHIDMATAN dalam perkhidmatan apabila telah:- (a) memenuhi tempoh percubaan; (b) hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda; (c) tamat dengan jayanya latihan yang ditetapkan; dan (d) diperakukan layak dan sesuai oleh Pegawai Memerintahnya.KEMAJUAN SECARA TIME-BASED 8. Konstabel Orang Asli Gred YP1 adalah layak dipertimbangkan untukKE PANGKAT LANS KOPERAL kemajuan ke pangkat Lans Koperal Orang Asli Gred YP2 secara time-ORANG ASLI GRED YP2 based apabila telah:- (a) disahkan dalam perkhidmatan; (b) berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun di pangkat Konstabel Orang Asli; dan (c) mendapat sokongan daripada Pegawai Memerintahnya.KENAIKAN PANGKAT 9. Lans Koperal Orang Asli Gred YP2 adalah layak dipertimbangkanKE PANGKAT KOPERAL untuk kenaikan pangkat ke pangkat Koperal Orang Asli Gred YP4ORANG ASLI GRED YP4 yang kosong apabila telah:- (a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (c) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakan untuk memegang jawatan lebih tinggi oleh Pegawai Memerintahnya. 12 / 16

×