Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Laporan elektrik

23,995 views

Published on

laporan

Published in: Education
  • Be the first to comment

Laporan elektrik

  1. 1. ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 30631.0 PENGENALAN Pada 14 / 3 / 2013, kami telah melakukan amali untuk kursus Elektrik dan Elektronik ( VET 3036 ) untuk kali pertama. Amali pada kali ini berkaitan dengan litar pendawaian elektrik. Amali ini melibatkan litar pencahayaan dan litar kuasa jenis jejari. Kedua – dua litar ini merupakan sebahagian daripada litar akhir pengguna. Litar pencahayaan lazimnya digunakan untuk pemasangan litar lampu, kipas, loceng pintu dan jam elektrik. Kadaran bagi fius atau MCB bagi litar pencahayaan ialah 6 Ampere manakala saiz kabel yang digunakan ialah 1.5 mm. Terdapat enam jenis litar pencahayaan iaitu 1 suis mengawal 1 lampu, 1 suis mengawal 2 lampu, 2 suis mengawal 1 lampu, 2 suis mengawal 2 suis, suis perantaraan dan litar kipas. Litar kuasa pula lazimnya digunakan untuk pemasangan soket – soket keluaran ( socket outlet ). Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu pemasangan secara litar jejari dan juga litar gelang. Kadaran bagi fius atau MCB bagi litar kuasa jenis jejari ialah 16 Ampere ( maksimum 2 unit untuk 1 unit MCB ) manakala kadaran bagi saiz fius atau MCB bagi litar kuasa jenis gelang ialah 32 Ampere ( tiada had maksimum bagi 1 unit MCB ). Saiz kabel yang digunakan untuk kedua – dua jenis litar kuasa ini ialah 2.5 mm. 1
  2. 2. ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 30632.0 OBJEKTIF Laporan ini ditulis adalah untuk memenuhi keperluan kursus VET 3063 – Elektrik Dan Elektronik Sesi 2 2013/2014. Laporan ini meliputi tajuk pendawaian elektrik yang telah dibincangkan pada minggu ini dan langkah kerja bagi pendawaian ini. Terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai melalui penulisan laporan ini. Antaranya ialah: i. Pelajar boleh menyatakan maksud litar pendawaian dengan tepat. ii. Pelajar dapat menyatakan nama alatan, bahan dan komponen yang digunakan untuk litar pendawaian dengan tepat. iii. Pelajar boleh melakar dan membuat pendawaian litar kuasa dan litar cahaya dengan betul dan tepat. 2
  3. 3. ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 30633.0 BAHAN YANG DIGUNAKAN / PERALATAN / KOMPONEN 3.1 Komponen Elektrik Bil. Komponen Fungsi 1. Miniature Circuit Breaker ( MCB )  Memutuskan litar apabila berlakunya lebihan arus elektrik atau kerosakan. Ia tidak akan berfungsi sekiranya kerosakan tidak diperbaiki. 2. Earth Leakage Circuit Breaker ( ELCB )  Memutuskan bekalan elektrik secara automatik apabila berlakunya kebocoran arus atau litar pintas ke bumi. 3. Main Switch / DB / Suis Utama  Berfungsi untuk menyambung dan memutuskan bekalan elektrik serta mengawal arus berlebihan. 3
  4. 4. ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 30634. Plug 3 pin  Digunakan untuk menyambungkan perkakas elektrik ke soket dinding alir keluar.5. Soket  Berfungsi untuk menyediakan punca bekalan kuasa kepada alat / kelengkapan elektrik mudah alih.6. Suis + tapak  Merupakan sebuah peranti mekanikal yang berfungsi untuk menyambung dan memutuskan bekalan elektrik secara manual.7. Mentol + tapak ( pemegang lampu )  Lampu = memberikan cahaya dan menunjukkan bahawa litar yang dipasang betul dan ada arus elektrik mengalir di dalamnya.  Pemegang lampu = digunakan untuk memegang mentol atau lampu. 4
  5. 5. ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 30638. Kabel – L ( merah ), N ( hitam ), E ( hijau )  Untuk membuat pendawaian dalam litar dan perkakas elektrik.  Mengalirkan arus elektrik ke seluruh litar. kabel9. Copper Bar  Untuk mengalirkan arus elektrik di antara MCB 6 Ampere dan MCB 16 Ampere. 3.2 PeralatanBil. Peralatan Fungsi1. Paku Wiring  Digunakan untuk mengikat timah wiring yang digunakan dalam litar pendawaian. Paku wiring2. Timah Wiring  Digunakan untuk memegang beberapa jalur wayar di dalam satu kemasan. timah wiring 5
  6. 6. ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 30633. Tukul Warrington  Digunakan untuk membuat ketukan ringan.  Untuk mengetuk paku kecil seperti paku wiring.4. Cordless Drill  Digunakan untuk mengetatkan dan melonggarkan skru benam sendiri.  Digunakan juga untuk menebuk lubang kecil pada kayu dan kepingan logam dengan memasang mata gerudi pintal pada rahangnya.5. Pemutar Skru ( Screwdriver )  Pemutar skru rata = digunakan untuk memasang atau mengeluarkan skru yang kepalanya berbentuk alur.  Pemutar skru Philips = digunakan untuk memasang atau mengeluarkan skru yang kepalanya berbentuk palang.6. Pena Ujian ( Test pen )  Digunakan untuk menguji dan mengesan kebocoran arus elektrik dan wayar hidup.  Digunakan juga untuk mengetatkan dan melonggarkan skru kecil.7. Pembaris  Untuk mengukur kabel yang digunakan dalam litar.  Untuk mengukur dan membuat garisan pada papan litar pendawaian. 6
  7. 7. ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 30638. Penjalur Wayar ( Wire stripper )  Digunakan untuk memotong dan menjalur wayar.9. Kapur  Untuk melakar rajah skematik pendawaian elektrik pada papan.10. Playar Muncung Tirus  Digunakan untuk memegang benda kecil, membentuk dawai atau kaki komponen elektronik dan memotong dawai.11. Playar Gabung  Digunakan untuk kerja – kerja umum seperti memotong, memegang, mencengkam, membentuk dan membengkok.12. Pemotong sisi  Alat ini digunakan untuk memotong wayar dan memotong lebihan wayar pada punca tamatan. 7
  8. 8. ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 30634.0 LANGKAH KERJA KELAS AMALI UNTUK PENDAWAIAN ELEKTRIK LITAR KUASA DAN LITAR CAHAYA MASA PENERANGAN CATATAN SEBELUM 1. Memastikan peralatan yang akan digunakan  Semua pelajar berada berada dalam keadaan baik dan selamat. dalam kumpulan 2. Menyediakan peralatan, bahan dan komponen masing-masing. yang diperlukan. 3. Peralatan yang akan digunakan ialah pemutar skru, pemotong wayar, test pen, tukul, player, pembaris, kapur dan juga cordless drill. 4. Bahan-bahan yang akan digunakan ialah kabel 2.5mm untuk litar kuasa, 1.5mm untuk litar cahaya, paku, plat timah, skru dan skru Edison. 5. Manakala untuk komponen ialah MCB, ELCB, M.S, plug 3 pin, copper bar, socket dan base, switch dan base, ros siling, cable life, earth dan neutral. SEMASA 1. Melakar rajah pendawaian pada kotak  Pelajar membuat pendawaian (dinding) dengan menggunakan pendawaian litar. kapur. 8
  9. 9. ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 30632. Memotong kabel mengikut ukuran yang telah dikira.3. Kemudian memasang kabel (L) life, kabel (E) earth, dan kabel (N) neutral pada papan sistem pendawaian dengan menggunakan plat timah dan paku wiring.4. Seterusnya memasang base untuk soket, dan suis lampu serta ros siling untuk pemegang lampu. 9
  10. 10. ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 30635. Selepas memasang base dan ros siling, kabel disambung untuk dipasangkan pada terminal bagi litar cahaya dan litar kuasa.6. Kemudian memasang kotak agihan (DB) pada dinding pendawaian dengan menggunakan cordless drill.7. Semua kabel disambungkan pada terminal yang betul untuk memastikan litar kuasa MCB 16A dan litar cahaya MCB 6A iaitu dengan memasukkan kabel berwarna merah kepada terminal life, kabel E untuk terminal earth dan kabel neutral untuk terminal neutral.8. Kabel life dimasukkan pada M.S, kemudian dari M.S kabel life dimasukkan pada atas ELCB. Seterusnya kabel life keluar dari bawah ELCB dan dimasukkan pada atas ELCB dan keluar dibawah ELCB dan terus ke terminal neutral. Manakala kabel bumi dimasukkan terus pada 10
  11. 11. ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063 terminal bumi pada kotak suiz agihan.SELEPAS 1. Melakukan cubaan pada litar pendawaian kuasa  Semua pelajar dan litar cahaya. bekerjasama semasa 2. Langkah seterusnya, ialah pemerhatian menjalankan tugas. dilakukan pada litar untuk memastikan kabel yang dipasang disambung pada terminal yang betul. 3. Selepas pemerhatian dilakukan, suis, soket dan juga ros siling diskrukan supaya kelihatan lebih kemas dan teratur. 4. Selepas itu, sumber bekalan kuasa dibekalkan pada litar. 5. Test pen digunakan untuk mengetahui kehadiran bekalan kuasa elektrik pada litar. 11
  12. 12. ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 30636. M.S, ELCB, MCB16, MCB6 di hidupkan supaya bekalan kuasa masuk ke dalam keseluruhan litar.7. Kipas motor digunakan untuk menguji keberkesanan litar kuasa sama ada berfungsi ataupun tidak.8. Manakala, lampu (mentol) digunakan untuk litar cahaya dapat untuk memastikan ia boleh berfungsi atau tidak apabila suis di hidupkan. 12
  13. 13. ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063 9. Kesemua barang atau alatan yang telah digunakan disimpan semula di tempat asalnya kembali. 10. Mengemaskan bengkel dan membersihkan bengkel. 5.0 PERBINCANGAN Pada minggu ini kami perlu melakukan pemasangan sistem pendawaian asas bagi litarpencahayaan. Kami mengambil masa selama 4 jam 15 minit bagi menyiapkan satu set sistempendawaian ini. Masa yang sepatutnya diperuntukkan ialah dari pukul 2 hingga 5 petang.Antara masalah yang kami hadapi semasa melakukan pemasangan set sistem pendawaian iniialah:-  Ruang yang kami gunakan bagi pemasangan set sistem pendawaian ini adalah terhad. Hal ini, papan pemasangan pendawaian perlu dibahagi kepada dua kumpulan. Akibatnya terdapat beberapa komponen elektrik perlu diubah jaraknya bagi menjimatkan ruang. Disebabkan masalah ruang yang terhad, kumpulan kami mengambil masa yang lama untuk melukis rajah sistem pendawaian di papan pendawaian.  Terdapat juga masalah lain seperti kabel yang disambungkan adalah pendek. Hal ini, kami tidak melebihkan 5 cm bagi pemasangan lampu dan kotak agihan (distribution box). Perkara ini menyebabkan kami terpaksa mengubah distribution box dan lampu kepada tempat yang baru supaya memudahkan penyambungan.  Masa yang diperuntukkan untuk kelas amali kami ialah dari pukul 2 hingga 5 petang. Tetapi disebabkan kami mula lewat iaitu dalam pukul 3 petang maka penyambungan pendawaian kami berjaya disiapkan pada pukul 5.30 petang. Pada pukul 5.30 petang, kumpulan kami berjaya menyiapkan sistem pendawaian ini. Pn. Nurul Nazirah mula melakukan pemeriksaan pada sistem pendawaian kami. Beliau menggunakan test pen untuk menguji sama ada arus elektrik mengalir atau tidak di dalam litar pendawaian yang kami lakukan. Masalah yang kami hadapi semasa menguji sistem pendawaian kami ialah:- 13
  14. 14. ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063 Soket yang bernombor (2) tidak berfungsi dan lampu (mentol) tidak menyala. Hal ini disebabkan, lampu mentol tersebut telah terbakar manakala kabel Neutral (N) tidak disambungkan pada soket dengan kemas. Akibatnya sewaktu melakukan cubaan bagi litar pencahayaan dan kuasa ini, soket tidak berfungsi dengan baik. Salah seorang daripada kumpulan kami mula membetulkan soket berkenaan dan menukar lampu tersebut kepada lampu yang baru. Pada pukul 5.45 petang kami sekali lagi memanggil Pn. Nurul Nazirah untuk melakukan cubaan pada set litar pendawaian kami. Masalah yang kami hadapi pula ialah soket nombor 1 dan 2 tidak berfungsi. Pn. Nurul Nazirah sekali lagi membuka soket 1 bagi mengenal pasti masalah. Apabila soket dibuka, beliau dapati kabel N masih tidak disambungkan dengan baik pada terminal. Sekali lagi kumpulan kami terpaksa membaiki sambungan wayar tersebut. Pada pukul 6.00 petang kumpulan kami berjaya menyambungkan kabel pada soket berkenaan. Pn. Nurul Nazirah buat kali ke-3 menguji set litar pendawaian kami. Masalah yang kami hadapi selepas cubaan dilakukan ialah soket 2 masih tidak berfungsi. Pn. Nurul Nazirah sekali lagi membuka dan mendapati kabel N yang ada pada soket berkenaan tidak disambungkan dengan baik. Cadangan daripada Pn. Nurul Nazirah ialah menukar soket 2 itu kepada soket yang baru. Maka kumpulan kami sekali lagi terpaksa membetulkan semula soket 2 tersebut. Pada pukul 6.15 petang kumpulan kami berjaya menyiapkan pemasangan set litar pendawaian untuk kali yang ke-4. Pn. Nurul Nazirah, untuk kali yang ke-4 sekali lagi mula menguji set litar pendawaian yang kami lakukan. Pada kali ini, kesemua komponen yang kami pasang pada sistem pendawaian kami mula berfungsi dengan baik dan sempurna. Kumpulan kami mengambil masa yang lama untuk menyiapkan sistempendawaian ini, iaitu 4 jam 15 minit. Masa yang kami sepatutnya siap ialah padapukul 2 hingga 5 petang. Tetapi disebabkan pelbagai masalah teknikal yang kamihadapi menyebabkan, kumpulan kami mengambil masa yang panjang untuk selesaimelakukan amali sistem pendawaian. 14
  15. 15. ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 30636.0 RAJAH SKEMATIK DAN PENDAWAIAN (KUMPULAN) 15
  16. 16. ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 30637.0 RAJAH SKEMATIK DAN PENDAWAIAN (INDIVIDU) 16
  17. 17. ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063 17
  18. 18. ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063 18
  19. 19. ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063KESIMPULAN Sistem pendawaian yang kami pelajari ialah sistem pendawaian terbuka. Hal ini, sistem pendawaian ini tidak dilindungi oleh mana-mana penebat mahupun getah dan PVC. Sistem pendawaian ini adalah tidak selamat kerana terdedah dengan suasana luar dan mungkin membahayakan penghuni rumah tersebut. Terdapat banyak ilmu yang kumpulan kami peroleh melalui kelas amali pada kali ini iaitu antaranya kami mula mengetahui tentang komponen – komponen elektrik yang digunakan dalam sistem pendawaian ini. Sebagai contoh perlindungan arus. Terdapat 3 bentuk perlindungan arus yang disediakan pada unit pengguna dalam sistem pendawaian elektrik seperti litar pintas, arus berlebihan, kebocoran arus dan kilat. Suis utama (MS) merupakan pensuisan serta perlindungan daripada arus berlebihan. Pemutus litar bocor ke bumi atau dikenali sebagai (ELCB) tugasnya memutuskan litar jika berlaku kebocoran arus elektrik ke bumi. Bagi Fius elektrik (MCB) pula tugasnya memutuskan litar jika berlaku lebihan arus elektrik. Selain ketiga-tiga komponen ini terdapat banyak lagi komponen yang kami ketahui termasuk dengan fungsinya. Pemasangan sistem pendawaian perlu dilakukan dengan betul dan sempurna supaya pendawaian yang dipasang dapat berfungsi dengan baik. Ilmu yang kumpulan kami peroleh pada kelas amali pada kali ini dapat dimanfaatkan dengan sempurna dan baik serta diaplikasikan pada kehidupan seharian kita. 19
  20. 20. ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063LAMPIRAN RAJAH LITAR PENCAHAYAAN 20

×