DIALOG ANTARA PROFESOR ATEIS DAN PELAJAR MUSLIM

608 views

Published on

http://www.islamic-invitation.com/book_details.php?bID=1415
DIALOG ANTARA
PROFESOR ATEIS
DAN
PELAJAR MUSLIM
Bahasa Melayu
Malay language
بهاس ملايو

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
608
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
25
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

DIALOG ANTARA PROFESOR ATEIS DAN PELAJAR MUSLIM

  1. 1. DIALOG ANTARAPROFESOR ATEIS DANPELAJAR MUSLIM
  2. 2. Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha PenyayangBerikut merupakan terjemahan sebuah buku berjudul "Siapa Yang Monyet?" untukmengesahkan kebenaran ajaran Islam mengenai asal-usul manusia. Ia merupakansatu buku panduan yang penting dan mustahak untuk semua orang yang mahumemahami konsep asal kewujudan manusia menurut sudut pandang Islam. Ia jugasesuai untuk semua pelajar.Senario berikut berlaku di sebuah institut pendidikan:"Mari saya jelaskan masalah sains dengan Tuhan ..." Profesor falsafah berfahamanateis itu berhenti sejenak di hadapan para pelajar, kemudian meminta seorangpelajar barunya berdiri. "Kamu seorang Muslim, benarkan wahai anak muda?""Ya, tuan.""Jadi, kamu percayakan Tuhan?""Tentu saja!""Adakah Tuhan itu baik?""Benar! Tuhan itu baik!""Adakah Tuhan itu Maha Kuasa? Dapatkah Tuhan melakukan apa sahaja?""Ya."Profesor tersebut tersenyum lebar dan berfikir sejenak."Ini untuk kamu: Katakan ada seseorang di sini yang sakit dan kamu mampumenyembuhkannya. Kamu dapat melakukannya. Adakah kamu akan membantudia? Adakah kamu akan cuba?""Ya, tuan, saya akan cuba.""Jadi, kamu seorang yang baik ...!""Saya tidak mengatakan begitu.""Mengapa tidak? Kamu sudi membantu seseorang yang sakit dan cacat jikamampu... Malah, kebanyakan daripada kita akan berbuat begitu jika mampu... tetapiTuhan tidak."[Tiada jawapan.]"Tuhan tidak, bukankah begitu? Saudara saya dulunya seorang Muslim yangmeninggal dunia akibat kanser meskipun dia berdoa kepada Tuhan untukmenyembuhkannya. Bagaimana Tuhan ini baik? Hmm? Dapat kamu jawab hal itu?"[Tiada jawapan.]Lelaki tua itu menunjukkan rasa simpati. "Tidak, kamu tidak dapat bukan?" 2
  3. 3. Profesor itu meminum seteguk air dari gelas di atas mejanya untuk memberi ruangkepada pelajar itu bertenang. Dalam falsafah, anda tidak perlu terburu-buru denganorang-orang baru."Mari mulakan sekali lagi, anak muda. Adakah Tuhan baik?""Err... Ya.""Adakah Syaitan baik?""Tidak.""Dari mana datangnya Syaitan?"Pelajar itu tergugup-gugup. "Dari... Tuhan...""Benar. Tuhan menciptakan Syaitan, bukankah begitu?"Lelaki tua mengusap rambutnya yang tipis dan mengalih pandangan kepada pelajarlain yang tersenyum puas."Tuan-tuan dan puan-puan, saya rasa kita akan alami banyak keseronokansemester ini."Dia berpaling semula kepada pelajar Muslim. "Beritahu saya, anak muda. Adakahwujud kejahatan di dunia ini?""Ya, tuan.""Kejahatan ada di mana-mana, bukan? Adakah Tuhan mencipta segala-galanya?""Ya.""Siapa yang menciptakan kejahatan?"[Tiada jawapan.]"Adakah penyakit di dunia ini? Kebejatan moral? Kebencian? Keburukan? Semuaperkara yang mengerikan – adakah semua itu wujud di dunia ini?"Pelajar Muslim hanya tunduk memandang kakinya. "Ya.""Siapa yang menciptakan mereka semua?"[Tiada jawapan.]Tiba-tiba profesor itu menjerit kepada para pelajar. "SIAPA YANG MENCIPTAKANMEREKA? TOLONG BERITAHU SAYA!" Profesor menghampiri dan merenungwajah pelajar Muslim tadi. Beliau bercakap dalam suara kecil dan perlahan, "Tuhanmenciptakan semua kejahatan, bukankah begitu anak muda?"[Tiada jawapan.] 3
  4. 4. Pelajar Muslim cuba untuk melawan pandangan profesor, tetapi gagal. Tiba-tibapensyarah tersebut melangkah ke hadapan kelas seperti harimau kumbang tuayang gagah.Pelajar di dalam kelas terpesona. "Beritahu saya ..." sambung beliau, "Bagaimanamungkin Tuhan ini baik jika Dia mencipta semua kejahatan sepanjang masa?"Profesor menghalakan tangannya ke sekeliling untuk melingkungi semua kejahatandunia."Semua kebencian, kekejaman, kesakitan, penyeksaan, semua kematian yang sia-sia dan keburukan, dan semua penderitaan yang dicipta oleh Tuhan baik ini ada diseluruh dunia – bukahkah begitu anak muda?"[Tiada jawapan.]"Tidakkah kamu melihatnya di semua tempat? Huh?" Profesor berhenti sejenak."Tidakkah kamu melihatnya?"Profesor menyondong ke muka pelajar Muslim dan berbisik, "Adakah Tuhan baik?"[Tiada jawapan.]"Adakah kamu percaya kepada Tuhan, anak muda?"Suara pelajar itu cuba menentangnya, namun dengan suara yang terputus-putus,"Ya profesor, saya percaya."Orang tua itu menggeleng sedih. "Sains mengatakan bahawa ada lima deria yangkamu gunakan untuk mengenal dan memerhati dunia di sekeliling kamu. Kamu tidakpernah melihat Tuhan, bukan?""Tidak, tuan. Saya tidak pernah melihat-Nya.""Jadi ceritakan jika kamu pernah mendengar Tuhan kamu?""Tidak, tuan. Saya tidak pernah.""Adakah kamu pernah menyentuh Tuhan kamu, merasa Tuhan kamu, ataumenghidu Tuhan kamu? Malah, apakah kamu ada apa-apa persepsi indera tentangTuhan kamu?"[Tiada Jawapan.]"Tolong jawab soalan saya.""Tidak, tuan. Saya khuatir tiada jawapan.""Kamu KHUATIR ... tiada jawapan?""Tiada, tuan.""Tapi, kamu masih percaya kepada-Nya?""Ya ..." 4
  5. 5. "Itu perlukan KEYAKINAN!" Profesor berkenaan tersenyum kepada pelajarnya."Menurut aturan protokol yang empirik, boleh diuji dan dibuktikan, sains mengatakanbahawa Tuhan kamu tidak wujud. Apa pendapat kamu tentang hal itu, anak muda?Di mana Tuhan kamu sekarang?"[Pelajar itu membisu.]"Sila duduk!"[Pelajar Muslim itupun duduk, disentak dengan kekalahan yang nyata. Walaubagaimanapun, pertolongan Allah SWT dalam genggaman dan kemenangan pastidatang.]Seorang lagi Muslim yang memakai serban, berjanggut dan mudah dikenali sebagaiMuslim melalui pakaiannya, mengangkat tangan."Profesor, bolehkah saya menjelaskan kepada kelas?"Profesor menoleh dan tersenyum. "Ah! Seorang lagi Muslim barisan hadapan.Seorang fundamentalis, saya kira. Mari, mari, anak muda! Kongsikan sedikitkebijaksanaan kepada mereka!"Pemuda Muslim tidak menghiraukan sindiran profesor itu. Dia melihat ke sekitarkelas, menanti perhatian para pelajar lalu berpaling ke arah profesor."Tuan, tuan telah tunjukkan beberapa hal menarik. Dengan izin tuan, saya inginmenanganinya satu persatu. Subjek ini perlu ditangani secara logik dan saintifik,bukan secara emosi. Perkara pertama adalah doktrin asas tuan bahawa Tuhan tidakwujud. Oleh itu, alam semesta bermula dengan doktrin Big Bang dan manusiaakhirnya wujud melalui proses evolusi. Bukankah itu kepercayaan tuan, profesor?""Anak muda, itu tidak perlu dipersoalkan lagi. Ada bukti saintifik yang cukup untukperkara ini. Apa pendapat kamu?""Usah terburu-buru. Mari kita gunakan logik, fikiran dan hujah saintifik yang betul.Sebagai pengenalan, saya ingin mengatakan bahawa saya sengaja menggunakanperkataan doktrin kerana pada hakikatnya pendokong pseudo-sainsmempromosikan ateisme sebagai satu agama. Saya ada satu soalan untukprofesor. Kita ada jutaan bunga api, peluru dan bom di dunia ini. Pernahkah tuanmendengar mana-mana di antaranya yang meletup sendiri, atau adakah tuan akurbahawa meskipun ramuannya mungkin sudah wujud dalam satu bekas, namun satumekanisme diperlukan untuk mencetuskan letupan? Dua faktor perlu hadir:pertamanya, ramuan sukatan bahan yang betul dalam persekitaran yang sesuai,dan keduanya, seseorang perlu mencetuskan letupan tersebut, sama ada melaluisebatang mancis, ketukan pistol atau percikan elektrik. Misalannya, jika seseorangmengatakan bahawa dia ada peluru di tangannya dan ia meletus sendiri lalumembunuh seseorang yang duduk berdekatan, adakah ada saintis akan menerimakenyataan lucu sebegitu?""Sudah tentu tidak. Apa yang cuba kamu katakan?""Tentu saja, lalu jika tuan mahu kami percayakan Big Bang, bahawa satu letupanbesar tercetus sendiri tanpa ada yang ‘menarik picu’ atau ‘menyalakan mancis’ atau 5
  6. 6. ‘memercikkan elektrik’, jadi terangkan kepada kami kenapa letupan yang lebih keciltidak berlaku di seluruh dunia tanpa pengaruh luaran? Mana-mana tuntutan saintifikmestilah dapat diaplikasikan dalam hal lain untuk ia diterima pakai."Mulut profesor ternganga, namun tiada perkataan keluar."Kita juga tahu bahawa secara saintifik mustahil untuk zarah menciptakan dirinya.Meja kayu ini misalannya. Ia tidak wujud sendiri. Beberapa agen luaran harusmembuatnya. Malah kayu pun tidak wujud dengan sendirinya. Sedangkan benih pundatangnya dari beberapa sumber dan tidak dapat wujud dengan sendirinya.Bolehkah tuan jelaskan kepada kami bagaimana materi asal wujud – materi yangdinyatakan oleh pendokong pseudo-sains sebagai dicetus oleh letupan misteri BigBang untuk menghasilkan benda hidup pertama? Dan lagi, kenapa mereka gagalmenghasilkan semula fenomena ini di dalam makmal? Profesor, tuan pasti tahubahawa mana-mana hujah saintifik mestilah boleh diaplikasikan semula dalam hallain untuk ia dipercayai.""Anak muda, adalah naif untuk berfikir bahawa kita boleh melakukan perkara itu.Kita tiada akses untuk tenaga yang dilepaskan bersama Big Bang, jika ada pasti kitajuga mampu manghasilkan fenomena serupa.""Profesor, tuan belum beritahu kami siapa yang menyediakan ramuan asas letupan,dan tuan gagal jelaskan pada kami siapa sebenarnya yang menekan butang,menarik picu atau menyalakan percikan untuk Big Bang berlaku. Dari manakah asaltenaga raksasa yang tuan katakan ini? Mari, mari, profesor! Marilah kita bincangkansecara saintifik mengenainya. Ya, profesor, ia memerlukan KEYAKINAN yangbanyak dalam ajaran doktrin pendokong pseudo sains untuk mempercayai BigBang. Apakah tuan mengharapkan kami untuk membuang prinsip-prinsip saintifikyang betul dan percayakan semua keajaiban ini secara membuta-tuli atas namaprinsip-prinsip saintifik yang pasti?"[Tiada jawapan.]"Profesor, jika tuan tidak keberatan, sekarang saya ingin menyentuh doktrin evolusiyang disebarkan oleh pendokong pseudo-sains. Sedarkah tuan bahawa tiada fosilyang mengaitkan keturunan manusia dengan beruk dan pencarian masih diteruskanuntuk ‘Rantaian yang Hilang’?""Ya, tetapi ada banyak bukti lain ...""Maaf mengganggu, profesor. Tuan mengakui tiada kaitan langsung. Tuan jugaharus akur bahawa tiada fosil membayangkan proses-proses peralihan daripadaberuk kepada manusia. Dan saya juga pasti tuan tahu tentang PembohonganPiltdown, profesor?""Piltdown ...? Piltdown ...?"“Biar saya ingatkan tuan, profesor. Beberapa fosil telah ditemui di satu tempatbernama Piltdown di England. Fosil-fosil tersebut menunjukkan semua ciri yangselama ini dicari oleh pendokong pseudo-sains dan ateisme sebagai ‘Rantaian yangHilang’ dalam rentetan evolusi. Seluruh dunia telah dipengaruhi supayamempercayainya, bahkan mereka yang skeptik juga terperdaya – sehinggalah lebihkurang 40 tahun kemudian, didapati bahawa seseorang daripada kumpulan saintistelah memalsukan fosil tersebut agar ia kelihatan seperti pautan yang hilang. Ia 6
  7. 7. adalah satu pembohongan besar, penipuan besar-besaran yang dipalsukan olehsaintis tuan untuk cuba meyakinkan dunia bahawa ateisme adalah benar danmanusia berasal daripada beruk! Jika tuan ingin pencerahan lanjut mengenainya,tuan boleh membaca karya Profesor Tobias dari Afrika Selatan berkenaan butiranpemalsuan."Muka profesor menjadi putih kelabu. Masih tiada komen."Berbicara tentang pemalsuan – profesor, tahukah tuan apa itu plagiarisme?Bolehkah tuan terangkan kepada kelas apa itu plagiarisme?"Profesor menjawab teragak-agak, "Plagiarisme ialah mengambil hasil kerja oranglain dan menyebarkannya sebagai hasil sendiri.""Tepat sekali. Terima kasih, profesor. Jika tuan berani melakukan sedikit kajian yangjujur dan benar, tuan akan dapati bahawa negara-negara Barat telah memplagiatsemua kerja-kerja saintifik SEBENAR umat Islam kemudian mengembang danmenyebarkannya sebagai penemuan sendiri, yang membawa kepada kemajuansains moden. Tuan tidak perlu percaya kata-kata saya. Hanya tulis kepada PusatPengajian Sains, Al-Humera, Muzzammil Manzil, Dodhpur, Aligarh, India, danmereka akan dengan senang hati menghantar semua tulisan berkenaan untukmembuktikan hal ini."Kini pelajar di dalam kelas memberi tumpuan penuh terhadap kata-kata pelajarMuslim dan mereka tergesa-gesa menulis alamat tersebut."Sekarang mari kita kembali kepada doktrin evolusi yang disemai oleh pendokongpseudo-sains di seluruh dunia. Intipati semua doktrin mereka adalah konsep pilihansemulajadi. Ini bermakna bahawa spesis menyesuaikan diri dengan perubahansecara morfologi dan fisiologi, lalu diwariskan kepada generasi berikutnya demikelangsungan hidup; manakala spesis yang tidak dapat menyesuaikan diri akanpupus. Contoh klasik adalah dinosaur tidak dapat bersaing dengan haiwan kecil dantangkas yang telah berkembang secara ‘ajaib’. Maka haiwan yang lebih besar danperlahan pupus, sementara haiwan yang lebih kecil terselamat. Sepanjang prosesevolusi juga, apa yang tidak berguna akan hilang, seperti ekor dan kuku, digantikandengan spesis tidak berekor yang bertangan untuk memegang, dan hasilnya adalahmanusia. Tuan pun berpegang kepada doktrin ini, bukankah begitu profesor?"Profesor tua itu tidak pasti mahu mengangguk atau tidak, kerana dia tidak pasti darisudut mana serangan seterusnya akan datang!"Mari, mari, profesor! Ini adalah asas doktrin evolusi yang ditanam oleh saintis tuanpada otak orang-orang yang tidak berwaspada. Mari kita cabar pseudo-sains inidengan sains sebenar. Profesor, adakah mana-mana saintis yang pernahmenghasilkan spesies hidupan baru di makmalnya dengan mengawal danmengubah persekitaran? Ingat, sains hanya boleh menerima sesuatu doktrin jika iadapat dibuktikan semula."[Tiada jawapan.]"Tentunya tidak, walaupun percubaan telah dibuat, pasti! Mari kita pergi selangkahke hadapan: Kita tahu bahawa orang-orang Yahudi menyunat anak lelaki merekatidak lama selepas kelahirannya. Kita juga tahu bahawa berkhatan telah diamalkanoleh mereka sejak zaman Nabi Ibrahim (Sejahtera ke atas baginda). Akibatnya, 7
  8. 8. corak penyakit tertentu telah berubah. Mana-mana anak lelaki dengankecenderungan pendarahan yang diwarisi akan mati akibat pendarahan danpenyakit ini tidak akan diwariskan kepada generasi akan datang. Tuan setuju,profesor?"Memikirkan bahawa ini adalah titik yang memihak kepada beliau, profesor tersebutmengangguk dengan semangat."Jadi, beritahu kami, profesor, selepas ribuan tahun menyunat semua bayi lelaki,kenapa kanak-kanak Yahudi tidak dilahirkan tanpa kulup? Walaupun keseluruhankulup tidak hilang, menurut doktrin pilihan semula jadi saintis tuan, seharusnyaterdapat beberapa tanda kulup yang semakin kecil! Tidakkah begitu, profesor? "Profesor hanya merenung kosong ke hadapan, tidak sedar apa yang melanda!"Profesor, adakah tuan mempunyai anak?"Sedikit lega dengan perubahan topik, profesor cuba mengumpul semulakeyakinannya. "Ya, ada. Dua lelaki dan seorang perempuan." Malah profesortersenyum apabila dia menyebut tentang anak-anaknya."Profesor, adakah tuan menyusukan mereka semasa mereka masih bayi?"Terkejut dengan soalan bodoh itu, profesor menjadi malu."Soalan bodoh! Tentu saja tidak! Isteri saya yang menyusukan mereka.""Profesor, pernahkah saintis ateis menemui mana-mana lelaki yang menyusukanbayi?""Soalan bodoh lagi. Hanya perempuan yang menyusukan bayi.""Profesor, tanpa membogelkan tuan, saya pasti tuan ada dua puting, sama sepertilelaki lainnya. Mengapa ia tidak hilang disebabkan lebihan? Menurut doktrin pilihansemula jadi, perkara tidak berguna seperti puting pada lelaki seharusnya telahhilang sejak ribuan – jika bukan jutaan – tahun yang lalu! Profesor,” pelajar Muslimitu bersuara perlahan, dia tidak menjerit dan dia tidak memandang profesor, "Sayayakin bahawa berdasarkan hujah saintifik yang benar – dan bukan bersandarkanpseudo sains – tuan akan bersetuju bahawa doktrin evolusi hanyalah satulonggokan sampah?"Muka profesor berubah warna dan hanya mampu tergagap tidak berdaya.Pelajar Muslim memandang para pelajar dan memberi sedikit senyuman di bibirnya."Sebenarnya, seseorang boleh pergi lebih jauh dan mengatakan bahawa sesiapasaja yang percaya dia berasal dari beruk, pasti dia seekor monyet!"Beberapa detik diperlukan untuk kumpulan pelajar menangkap maksud jenakapelajar Muslim berkenaan, dan seketika kemudian gelak tawa mereka pun berderai.Apabila gelak ketawa para pelajar mula reda, pelajar Muslim menyambung. Sambilberpaling ke arah profesor, dia berkata, "Terlalu banyak lompang dalam doktrinevolusi yang bocor seperti ayak. Walau bagaimanapun, masa semakin suntuk –saya harus segera ke masjid untuk menunaikan solat – jadi kita tidak akan 8
  9. 9. berurusan dengan semua mitos itu sekarang. Mari kita pergi ke topik moral yangtuan bangkitkan. Namun sebelum itu, mari kita bincang kejadian tentang saudaratuan yang mati akibat kanser. Jika tuan kecewa kerana dia meninggal dunia, makatuan benar-benar bodoh. Hakikat bahawa manusia, sepertimana juga benda hidupyang lain pasti akan mati adalah fakta yang diketahui, ia dipercayai oleh semuaorang, tanpa mengira sama ada mereka percaya kepada Tuhan atau tidak, dantiada siapapun yang dapat menafikan proses kematian. Kedua, tuan tidak bolehbegitu naif untuk menolak proses penyakit - sama ada kanser atau mana-manapenyakit lain, atau kemalangan, dan lain-lain – sebagai tanda untuk proseskematian. Bantahan tuan berpunca daripada salah faham bahawa kebaikan adalahpengganti penderitaan, dan menyebabkan penderitaan adalah kejam. Jika begituprofesor, maka tuan terpaksa bersetuju bahawa orang paling kejam di dunia ialahsaintis penyelidik perubatan yang menggunakan haiwan untuk semua eksperimendahsyat mereka. Pasti tuan tahu beribu-ribu haiwan diseksa dalam pelbagai caradan diseksa demi membuktikan atau menyangkal tuntutan saintifik dan perubatantertentu? Tidakkah eksperimen ini kejam? Tuan masih dengan saya, profesor?"Profesor kelihatan agak tenat. Pelajar Muslim mendekati dan memberinya sedikit airuntuk diminum."Profesor, saya akan tanya tuan satu lagi soalan yang jelas. Tuan tahu bahawapeperiksaan – ujian diberikan kepada pelajar bagi membolehkan mereka untuk lulusdan dinaikkan ke gred seterusnya?"Profesor hanya mengangguk kepalanya."Seseorang pelajar perlu membuat pengorbanan tertentu, malah hidup jauh darirumah, demi ke sesebuah universiti atau kolej; dia terpaksa melupakan semuakeselesaan di rumah; dia dibebani dengan kerja; dia perlu mengorbankan masalapang dan tidur demi membuat persediaan menghadapi peperiksaan; kemudianberdepan dengan pelbagai soalan yang sukar untuk dijawab malah mungkin sajaditanya bertalu-talu dalam ujian lisan – dan dia tetap harus membayar institusitersebut untuk semua penyeksaan yang dilalui! Tuan tidak menganggap semua inikejam? Apakah seseorang profesor itu baik atas semua penderitaan mental danfizikal yang diletakkan terhadap pelajarnya?""Saya tidak faham maksud kamu. Tentunya pihak institusi dan profesor membantupelajar dengan meletakkan mereka dalam proses latihan demi melayakkan diri kedalam bidang-bidang tertentu. Hanya orang yang berfikiran singkat sahaja akanmembantah peperiksaan ke atas pelajar, tanpa mengira pengorbanan mereka."Pelajar Muslim menggeleng sedih. "Profesor, amat menakjubkan cara tuanmemahami keperluan ujian dan peperiksaan apabila tuan menetapkannya, tetapituan tidak dapat melihat kebijaksanaan yang sama apabila Allah SWT menetapkancubaan dan ujian untuk makhluk-Nya. Saudara tuan misalannya, jika dia bersabarterhadap kesakitannya lalu meninggal dalam iman, dia akan mendapat ganjaran disyurga atas semua penderitaan yang dilalui di dunia ini. Sehinggakan dia berharapmengalami penderitaan ratusan kali lagi agar ganjarannya lebih besar, balasan yangtidak pernah dilihat dan dibayangkan! Malang sekali, hanya orang yang berfikiransingkat’ – dan orang yang jahil – akan menolak ujian yang diberikan Tuhan, ingatbahawa ganjaran abadi menanti mereka yang berjaya." 9
  10. 10. "Syurga? Huh! Pernahkah kamu melihat syurga, menyentuh, menghidu, merasa,atau mendengarnya? Menurut hukum protokol yang empirik, boleh diuji dandibuktikan, sains mengatakan bahawa syurga kamu tidak wujud.""Kita juga akan bincangkan hal itu, insya-Allah. Mari kita teruskan. Beritahu sayaprofesor, adakah haba itu wujud?"Profesor itu kini tenang dan berasa lebih yakin. "Ya, haba wujud.”"Adakah sejuk wujud?""Ya, sejuk juga ada.""Tidak, tuan. Tidak ada!"Profesor hanya merenung kosong. Pelajar tersebut menjelaskan, "Tuan bolehmemiliki haba, lebih banyak haba atau sedikit haba, tiada haba di kutubbertentangan – tetapi kita tiada sesuatu yang dipanggil sejuk. Kita dapat capai 458darjah di bawah sifar, yang tiada haba, tetapi kita tidak dapat pergi lebih jauh lebihdaripada itu. Tidak ada sesuatu seperti sejuk, jika tidak, kita pasti mampu untukpergi lebih sejuk daripada 458 darjah di bawah sifar. Begini tuan, sejuk hanyalahsatu perkataan yang kita guna untuk menjelaskan ketiadaan haba. Kita tidak dapatmengukur kesejukan. Kita dapat menilai haba dalam unit terma kerana ia adalahtenaga. Sejuk bukanlah lawan haba, tetapi ketiadaan haba semata-mata."Sepi. Kedengaran bunyi pin terjatuh di dalam kelas.Pelajar Muslim menyambung. "Apakah kegelapan itu wujud, profesor?""Itu satu soalan bodoh, anak muda. Malam itu apa kalau bukan gelap? Apa yangkamu tahu...?""Jadi, tuan mengatakan kegelapan itu wujud?""Ya...""Salah lagi, tuan! Kegelapan bukan satu entiti – ia disebabkan oleh ketiadaan satuentiti. Ketiadaan cahaya. Seseorang boleh saja mempunyai cahaya yang samar,cahaya normal, cahaya terang atau cahaya memancar. Jika seseorang selaluketiadaan cahaya maka dia tiada apa-apa, dan ini dipanggil kegelapan, bukan?Itulah maksud yang kita guna untuk mentafsir perkataan tesebut. Pada hakikatnya,bukan gelap. Jika benar, seseorang pasti mampu mewujudkan kegelapan dalamcara positif dan membuat kegelapan lebih gelap serta menyimpannya di dalambekas. Bolehkah tuan mengisi balang dengan kegelapan yang lebih gelap untuksaya, profesor?""Boleh jelaskan pada kami maksud kamu, anak muda?""Ya, profesor. Maksud saya asas falsafah tuan tidak sempurna untuk dijadikanpermulaan, sekaligus kesimpulan tuan juga pasti akan salah. Tuan tidak saintifik,tapi pseudo-saintifik!"Profesor tua naik berang. "Tidak sempurna...? Berani kamu...!" 10
  11. 11. Pelajar Muslim itu tenang dan bersahaja, lalu dia bersuara lembut seolah-olahsedang bercakap dengan seorang anak kecil. "Tuan, boleh saya jelaskan maksudsaya?"Kumpulan pelajar menganggukkan kepala dengan penuh minat. Mereka memberitumpuan sepenuhnya. Profesor tiada pilihan selain bersetuju. "Jelaskan... oh,jelaskan..." Beliau melambaikan tangan acuh tak acuh dalam usahanya mencarikekuatan. Dia tiba-tiba berlembut sendiri. Semua pelajar senyap, menanti."Tuan berpegang pada prinsip dualiti,” jelas pelajar Muslim, “misalannya, adakehidupan dan kematian, dua entiti berbeza, Tuhan yang baik dan Tuhan yangjahat. Tuan melihat konsep Tuhan sebagai satu entiti yang terbatas, satu entiti yangdapat diukur. Tuan, sains sendiri tidak berupaya menjelaskan apa itu satupemikiran. Ia perlukan daya elektrik dan magnet, namun tidak pernah terlihat, hanyasedikit saja yang difahami. Melihat kematian sebagai lawan kehidupan bermaknajahil tentang hakikat bahawa kematian tidak dapat wujud sebagai satu entititersendiri. Kematian bukanlah lawan kehidupan, sebaliknya ketiadaan kehidupansemata-mata."Anak muda itu mengambil akhbar dari meja pelajar lain. "Ini ialah satu daripadatabloid paling menjijikkan yang diusahakan oleh negeri ini, profesor. Adakahkerosakan moral itu wujud?""Tentunya wujud. Lihat saja sekarang...""Salah lagi, tuan. Begini, tidak bermoral bermaksud ketidakhadiran moral. Wujudkahketidakadilan? Tidak, tuan. Ketidakadilan hanyalah bermakna ketiadaan keadilan.Wujudkah kejahatan?" Pelajar Muslim berhenti sejenak. "Bukankah jahat ituketiadaan kebaikan?"Muka profesor itu berubah merah. Beliau amat marah kerana terdiam sementara.Pelajar Muslim menyambung. "Jika wujud kejahatan di dunia ini, profesor – dan kitasemua setuju tentangnya – tentunya Tuhan melaksanakan beberapa kerja melaluiagen kejahatan. Apakah kerja yang dilakukan Tuhan itu? Allah SWT berfirmandalam surah Al-Anbiya’ ayat 35 dalam Al-Quran:Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengankesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu semuaakan dikembalikan.Islam mengajar bahawa kita dinilai untuk memilih yang baik di atas kejahatan.Mengenai soalan tuan tentang syaitan: Dari mana datangnya syaitan? Dan Tuhanmenciptakan syaitan, bukankah begitu? Disebutkan dalam Al-Quran bahawa syaitantidak menjadi jahat, tetapi selepas dia menolak perintah Allah dan menjadi musuhmanusia. Allah SWT berfirman dalam surah Ibrahim ayat 22:Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telahmenjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu akumungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasamempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan dirikamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat 11
  12. 12. menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan(perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku dengan-Nya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azabyang tidak terperi sakitnya.Profesor melawan. "Sebagai seorang saintis falsafah, saya tidak melihat perkara inimempunyai kaitan dengan mana-mana pilihan; sebagai seorang realis, saya benar-benar tidak mengiktiraf konsep Tuhan atau mana-mana faktor teologi sebagaisebahagian daripada persamaan duniawi, kerana Tuhan tidak dapat dilihat.""Saya sangka bahawa ketiadaan kod moral Tuhan mungkin salah satu fenomenapaling nyata berlaku," jawab pelajar Muslim."Surat khabar menjana berbilion dolar dengan melaporkannya setiap minggu.Profesor, tuan cuba menyalahkan kejahatan dunia ini di bahu Tuhan – pada Tuhanyang tuan tidak percaya – yang merupakan satu percanggahan nyata. Walaubagaimanapun, mari kita analisis siapa sebenarnya yang bertanggungjawabmenyebarkan kejahatan – mereka yang beriman dengan Tuhan, atau golonganyang tidak percaya? Kepercayaan asas yang dimiliki oleh seseoang Muslim adalahdibangkitkan pada Hari Pengadilan untuk menjawab semua tindakannya di dunia.Untuk setiap kebaikan yang dilakukan, dia akan mendapat ganjaran, dan setiapkejahatan yang telah dilakukan, dia akan bertanggungjawab. Setiap Muslim wajibpercaya bahawa dia bertanggungjawab untuk tindakannya dan tiada orang lain akanmenanggung bebannya di Hari Pengadilan. Konsep syurga sebagai ganjaran bagiorang-orang yang beriman dan neraka menjadi tempat tinggal golongan kafir, jugamerupakan satu kepercayaan asas, sepertimana juga kepercayaan bahawa orangIslam sekalipun akan diazab atas kesalahan mereka. Profesor, konsep-konsep inimenghentikan jutaan Muslim daripada melakukan kesalahan. Kita semua tahubahawa hukuman adalah penghalang jenayah yang kukuh. Tanpa konsep ini, kitatidak berupaya menjalankan urusan duniawi: denda, penalti, penjara adalahsebahagian daripada mana-mana sistem bertamadun. Di satu sudut lagi kita adasaintis ateis yang tidak meyakini konsep sebegini apabila ia dikaitkan dengan isu-isumoral. Tiada hari kiamat bagi mereka, tiada pertanggungjawapan, tiada ganjarandan tiada hukuman. Mesej kepada orang ramai cukup jelas, yakni jika kamu dapatmenerimanya maka kamu OK. Tiada apa yang perlu dibimbangkan’. Oleh keranamereka menyatakan tidak ada perkara seperti dosa – dosa, dalam konteks kita,ertinya melanggar hukum-hukum Tuhan – setiap individu bebas melakukan apasahaja yang diingini dan tiada tindakan boleh dilabelkan sebagai salah. Biar sayajelaskan begini: para saintis ateis berkeras bahawa Tuhan tidak wujud. Jika Diatidak wujud, maka Dia tidak boleh menetapkan hal yang benar dan perkara yangsalah – justeru itu dosa tidak wujud – dosa bermakna menentang ajaran Tuhan. Jadimanusia bebas membuat peraturan sendiri, kod moral sendiri. Maka lelakiberkahwin dengan lelaki, wanita berkahwin dengan wanita – yang menyebarkanAIDS dan penyakit lain adalah OK; perzinaan bukan lagi satu dosa selagi merekayang terlibat akur; sumbang mahram anak beranak juga tidak berdosa menurutlogik ateis selagi pihak yang terlibat bersetuju, melihat perzinaan sesama ahlikeluarga adalah satu dosa berdasarkan kod moral agama, sedangkan profesorsecara mutlak menyatakan bahawa dia ‘sama sekali tidak mengiktiraf konsep Tuhanatau faktor teologi lain sebagai sebahagian daripada faktor duniawi; membunuh bayidalam rahim ibu mereka adalah dibenarkan – ia bermaksud memberikan ‘hak’ yangdimiliki wanita; dan sebagainya. Senarai peraturan yang diluluskan oleh saintissosial pseudo-sains yang berfahaman ateis tidak berkesudahan. Tahap kecuranganintelek mereka adalah untuk meletakkan semua kebejatan moral dan kotoran padaTuhan! Mari kita lebih saintifik tentang keseluruhan isu ini, profesor. Ambil satu 12
  13. 13. kumpulan orang yang meyakini Tuhan – yang percaya kepada-Nya sebagaimanaDia wajib diimani – dan ambil sekumpulan lagi orang yang mengikut fahamanateistik tuan. Secara objektif, nilaikan siapa yang menyebarkan menyebarkankejahatan. Saya tidak bermaksud untuk menyukarkan keadaan, tetapi mana-manapemerhati yang tulus akan segera melihat bahawa pada hakikatnya, kelompokberiman kepada Tuhan yang menggunakan Hukum Allah Yang Maha Kuasasebagai kod moral mereka menyebarkan kebaikan; sedangkan orang-orang yangmembentuk peraturan moral relatif mereka sendiri sebenarnya golongan yangmenyebarkan kejahatan ke serata dunia."Pelajar Muslim berhenti untuk kenyataan penting tersebut dicerna. Mata pelajar didalam kelas terbuka luas setelah memahami hal ini dengan lebih jelas. Tiada siapayang pernah menjelaskan isu penting sebegini kepada mereka sebelumnya, hanyadisuap dengan hamburan cacian yang dilempar oleh media massa."Profesor, saya kagum tapi tidak terkejut pada sikap saintifik tuan terhadap moraliti.Saya kagum walaupun tuan percaya bahawa manusia berkembang daripada beruk,dia tidak akan berkelakuan seperti haiwan! Saya kagum walaupun tuan tidakpercaya pada malaikat, tuan mengharapkan manusia untuk berkelakuan sepertimalaikat dengan kerelaannya sendiri, tanpa bantuan kod moral Ilahi. Saya tidakterkejut kerana pemikiran yacau sebegitu memang dijangkakan dari golongan yangmempecayai ajaran palsu ateisme!"Tepukan spontan bergema di dalam kelas."Kita sudah bincangkan tentang evolusi, professor. Pernahkan tuan memerhatikanevolusi dengan mata sendiri?"Profesor mengetap giginya, merenung para pelajar dengan senyap dan keras."Profesor, memandangkan tiada siapa pernah memerhatikan proses evolusi berlakudan tidak dapat membuktikan proses ini sebagai satu ikhtiar yang berterusan,bukankah tuan mengajar satu doktin – satu pegangan yang bocor seperti penyaringdan kurang penghargaan berbanding ajaran teologi lainnya? Ini adalah pseudo-sains, bukan sains, dan pendokongnya tidak lain hanyalah saintis yang jahil!"Profesor menjadi tidak keruan. "Kurang ajar!" Beliau tercungap-cungap danmundar-mandir di hadapan para pelajar, akhirnya berjaya mendapat mengawal diri."Demi perbincangan falsafah kita, saya akan maafkan kebiadapan kamu, anakmuda. Sekarang, kamu dah habis?" Desis profesor."Tuan, tuan tidak menerima etika moral Tuhan dalam melakukan kebenaran?""Saya percaya dalam apa yang ada – itulah sains.""Maafkan saya tuan, apa yang tuan yakini bukanlah sains, tetapi hanyalah psuedo-sains – dan psuedo-sains tuan juga tidak sempurna!""PSEUDO-SAINS...? TIDAK SEMPURNA...?" Profesor melihat seolah-olah akanterkena sawan. Kelas menjadi gempar. Pelajar Muslim tetap tenang dan bersahaja,kelihatan sedikit senyuman di wajahnya. 13
  14. 14. Apabila ketegangan mula reda, dia menyambung, "Perhatikan, profesor, SAINSSEBENAR adalah untuk mencari atuan dan rekaan yang diletakkan Pencipta alamsemesta ke dalam sistem perjalanan alam semesta, daripada mega sehinggalahkepada mikro, daripada yang dapat diukur kepada yang tidak dapat diukur. Pseudo-sains adalah agama ateis yang cuba menentang konsep ini dengan pemalsuan,manipulasi statistik, kebenaran yang tidak pasti dan lain-lain. Pseudo-sainsmendakwa satu tenaga mistik yang tidak dikenali – dewa palsu buatan sendiri –menyebabkan Big Bang lalu memulakan satu proses evolusi yang bertentangandengan kejadian sebenar. Golongan saintis ateis inilah yang cuba untukmenjustifikasikan kekarutan demi pembohongan melalui pemalsuan, ketidakpastiandan manipulasi data. Kebenaran pasti menang - kebenaran yang masuk akal yangdapat disimpulkan oleh sesiapapun, bahawa hanya ada satu Tuhan (Allah) YangMaha Pencipta seluruh alam semesta. Dia menciptakan keseluruhan sistem di manaseluruh alam semesta berjalan sejak azali. Mari kita kembali ke hal yang tuanbangkitkan pada pelajar tadi dan yang saya katakan akan saya tangani kemudian.Saya akan berikan tuan satu contoh yang dapat difahami semua orang: Adakahsesiapa di dalam kelas yang telah melihat udara, molekul oksigen, atom, otakprofesor?"Gelak ketawa berderai di dalam kelas."Ada sesiapa di sini yang pernah mendengar otak profesor, menyentuh, menghidu,atau merasanya?" Semua membisu. Pelajar Muslim menggelengkan kepadanya."Nampaknya tiada seorangpun di sini yang mempunyai apa-apa persepsi inderatentang otak profesor. Jadi, menurut aturan pseudo-sains yang empirik, boleh diujidan dibuktikan sebagaimana yang dikatakan oleh pofesor sendiri, SAYA DENGANINI MENGISYTIHARkAN bahawa profesor tiada otak!"Profesor tua terduduk di kerusinya. Kumpulan pelajar bersorak sekali lagi denganspontan.Pelajar Muslim menghampiri dan memberi profesor sedikit air. Seketika kemudian,beliau pulih. Beliau merenung para pelajar. "Penghinaan kamu langsung tidakmembuktikan kewujudan Tuhan."Pelajar Muslim menjawab, "Profesor, saya sangat terkejut. Saya kira tuan akanmengalah. Nampaknya tuan mahu lebih banyak hukuman."Dia berhenti sejenak, memerhatikan para pelajar dengan teliti sebelum memandangprofesor. Dengan keluhan berat dia berkata lagi kepada profesor. "Tuan, tuan adaorang tua – tuan ada ayah dan ibu?""Satu lagi soalan bodoh kamu. Jelas bahawa kita semua mempunyai ibu bapa.""Sabar, tuan. Apakah tuan pasti bahawa bapa tuan ialah bapa tuan yang sebenar,dan ibu tuan ialah ibu yang sebenar?"Profesor berang. "Tak masuk akal! TENTU SAJA, BAPA SAYA IALAH BAPA SAYADAN IBU SAYA IALAH IBU SAYA!" jeritnya.Pelajar Muslim berhenti. Semakin lama. Tiba-tiba timbul satu atmosfera ngeriapabila pelajar Muslim duduk di hujung kerusi. Dengan suara yang tenang danterkawal, dia berkata, "Buktikan kepada saya!" 14
  15. 15. Suasana menjadi tegang. Profesor tidak dapat mengawal diri. Keributan terpancar diwajahnya. "BERANI KAMU!" Beliau menjerit lebih kuat, betul-betul marah. "CUKUPDENGAN PENGHINAAN KAMU..! KELUAR DARI KELAS SAYA..! SAYA AKANLAPORKAN KAMU KEPADA REKTOR...!Para pelajar tergamam dengan peritiwa itu. Apakah profesor akan terkena sawanatau strok?Pelajar Muslim tetap di tempatnya, tidak tergugat. Sambil mengangkat tangan diamenghadap kepada para pelajar, meyakinkan mereka bahawa tiada apa-apa yangperlu dibimbangkan. Dia lalu memandang profesor dengan simpati. Satu tenagaumpama muncul dari pandangannya, diarahkan pada profesor. Profesor mengalihpandangan. Renungannya jatuh. Kemarahannya reda. Beliau terduduk kembali dikerusi dan memegang kepalanya.Selepas beberapa minit, pelajar Muslim bersuara dengan perlahan. "Profesor, sayatidak bermaksud bahawa ibu bapa tuan bukan orang tua tuan. Apa yang saya inginkatakan adalah tiada siapapun di dalam kelas ini, termasuk tuan dan saya dapatbuktikan bahawa ibubapa kita adalah orang tua kita atau tidak."Sepi."Ini kerana kita tidak menyaksikan persetubuhan ibu bapa semasa kita dihamili. Kitatiada waktu itu untuk mengenalpasti sperma siapa sebenarnya yang menyuburkanovum di dalam rahim ibu kita. Kami hanya mempercayai kata-kata ibu bapa kitabahawa mereka adalah orang tua kita. Kita anggap mereka jujur dan benar dalamhal itu. Kita tidak mempersoalkan integriti mereka. Dalam cara yang sama, anak-anak tuan harus mempercayai kata-kata tuan bahawa tuan ialah bapa mereka danisteri tuan benar-benar ibu mereka. Bukankah begitu, profesor?"Profesor mendongak kepalanya. Beliau memandang pelajar Muslim. Kemarahannyamula reda setelah dapat sedikit kefahaman. Kemarahan itu hilang. Denganperlahan-lahan dia mengulangi, "Kita percaya kata-kata ibu bapa kita... Kita percayakata-kata ibu bapa kita...""Ya, profesor. Terdapat banyak perkara yang perlu kita percaya berdasakanperkataan orang lain. Kewujudan udara, oksigen, molekul, atom, dan sebagainya.Jadi, apabila timbul persoalan mengenai perkara yang metafizik, melaluipenyelidikan saintifik sebenar kita tahu bahawa tiada manusia di dunia yang lebihjujur dan boleh dipercayai selain daripada mereka yang digelar Rasul. Kami sebagaiMuslim sedia mengorbankan kehidupan kami pada hakikat bahawa NabiMuhammad (Sejahtera dan salam ke atas baginda) mempunyai watak yang benar-benar sempurna. Baginda tidak pernah berbohong kepada sesiapa. Integriti beliaudikenali sehinggakan musuhnya turut menggelar baginda sebagai Al-Amin (yangJujur). Jika baginda bersabda bahawa Allah SWT itu wujud – dan kita percayaperkataan ibu bapa kita bahawa mereka adalah orang tua kita yang sebenar – makadalam semua keikhlasan dan kejujuran, kita wajib mempercayai baginda,sepertimana juga kita perlu mengimani perkara lain – kewujudan syurga dan neraka;kewujudan para malaikat; kedatangan hari kiamat; pertanggungjawapan terhadapsemua perbuatan kita di dunia ini; dan banyak konsep lainnya. Selain daripada halini, terdapat banyak petunjuk lain mengenai kewujudan Allah SWT. Wahyu terakhiryang dinamakan Al-Quran ada untuk dipelajari oleh sesiapapun. Ia mempunyaicabaran tertentu untuk mereka yang meragui. Cabaran-cabaran ini tidak dipenuhisejak 1400 tahun kewujudannya. Jika seseorang tidak bersedia untuk percaya 15
  16. 16. kepada Rasul (Sejahtera dan salam ke atas baginda) seperti baginda, maka adalahsatu kepura-puraan yang nyata untuk mempercayai perkataan saintis, yangdoktrinnya kerap berubah, apalagi percaya pada kata-kata ibu bapa kita.Berdasarkan bilangan tuntutan perundangan yang berlaku etiap tahun di mahkamahkita, di mana ibubapa mengabaikan tanggungjawab terhadap keturunan mereka,serta mengambil kira jumlah tak terkira bayi yang lahir hasil daripada pendermaansperma oleh lelaki asing, temasuklah hakikat bahawa banyak bayi diangkat sebagaianak sendiri oleh pasangan yang tiada anak, secara statistiknya wujud satu ruangkesilapan yang besar dalam tuntutan bahawa ibubapanya benar-benar orangtuanya.”Pelajar Muslim menyimpulkan sambil menghadap para pelajar. "Adalah menjadikewajipan setiap individu untuk belajar lebih lanjut mengenai Islam. Al-Quran adauntuk dipelajari oleh semua orang. Tulisan-tulisan juga cukup disediakan mengenaiIslam. Tugas saya untuk menyampaikan bahawa satu-satunya kebenaran adalahIslam. Tiada paksaan dalam beragama. Sesungguhnya telah jelas yang benar darijalan yang salah; dan sesiapa yang menolak sembahan palsu dan beriman kepadaTuhan, telah berpegang kepada tali teguh yang tidak akan putus; dan Allah MahaMendengar lagi Maha Mengetahui. Selain memaklumkan anda, juga menjadikewajipan saya menjemput anda semua untuk menyertai persaudaraan Islamdengan memeluk Islam. Allah ialah Pelindung orang-orang yang beriman, Diamengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada cahaya. Adapun orang-orangyang kafir, penolong mereka ialah taghut. Mereka dibawa daripada cahaya kepadakegelapan... Itulah ayat-ayat dari Al-Quran – Perkataan Yang Mahakuasa – yangtelah saya nyatakan kepada anda."Pelajar Muslim itu melirik jam di tangannya. "Profesor dan rakan pelajar sekalian,saya berterima kasih kerana memberi saya peluang untuk menjelaskan isu-isu inikepada anda semua. Maaf, saya perlu ke masjid untuk menunaikan solat.Sejahteralah orang-orang yang mendapat petunjuk." - TAMAT -Untuk bacaan lanjut mengenai Islam dan keruntuhan ateisme, sila lawati laman webberikut:www.islamic-message.netwww.islamic-invitation.comwww.islamgalaxy.comwww.islamgreen.comwww.waytoparadise.netwww.mercyforhumanity.com 16

×