Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

K2 SEJ SPM 2009

695 views

Published on

K2 SEJ SPM 2005-2015

Published in: Education
  • Be the first to comment

K2 SEJ SPM 2009

  1. 1. Bahagian A [40 markah] 1. Rajah berikut berkaitan dengan sistem perundangan kerajaan Melayu di Tanah Melayu sebelum kedatangan penjajah Barat. a) Nyatakan dua undang-undang tidak bertulis. (i) (ii) [2 markah] b) Senaraikan dua undang-undang bertulis. (i) (ii) [2 markah] c) Beri dua bukti pengaruh Islam dalam sistem perundangan kerajaan Melayu. (i) (ii) [2 markah] Undang-Undang Kerajaan Melayu Undang-undang tidak bertulis Undang-undang bertulis
  2. 2. d) Apakah perkara yang terkandung dalam undang-undang kerajaan Melayu ? (i) (ii) [2 markah] e) Pada pandangan anda, apakah kepentingan undang-undang dalam kehidupan manusia? (i) (ii) [2 markah] 2. Jadual berikut berkaitan dengan Zaman Renaissance. Kurun Peristiwa Sejarah Ke-14 Zaman Renaissance bermula di Itali a) Apakah maksud Renaissance ? [1 markah] b) Mengapakah Zaman Renaissance bermula di Itali ? (i) (ii) [2 markah]
  3. 3. c) Senaraikan dua orang tokoh Renaissance di Itali. (i) (ii) [2 markah] d) Apakah kesan Zaman Renaissance ? (i) (ii) (iii) [3 markah] e) Pada pandangan anda, apakah iktibar yang boleh diperoleh daripada Zaman Renaissance untuk kemajuan negara dan bangsa Malaysia ? (i) (ii) [2 markah] 3. Rajah berikut berkaitan dengan kemunculan semangat nasionalisme di Asia Tenggara. Faktor Kemunculan Nasionalisme di Asia Tenggara Karya kesusasteraan X Sistem pendidikan Pengaruh luar Y
  4. 4. a) Apakah X dan Y ? X : Y : [2 markah] b) Bagaimanakah sistem pendidikan dapat membangkitkan semangat nasionalisme? (i) (ii) [2 markah] c) Senaraikan dua buah karya kesusasteraan yang membangkitkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara. (i) (ii) [2 markah] d) Nyatakan dua pengaruh luar yang mempengaruhi kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara. (i) (ii) [2 markah] e) Andaikan anda seorang pengerusi persatuan sejarah di sekolah. Cadangkan dua aktiviti persatuan yang boleh memperkukuh semangat nasionalisme dan patriotisme dalam kalangan warga sekolah anda. (i) (ii) [2 markah]
  5. 5. 4. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor atau Perlembagaan Negeri Johor telah diperkenalkan pada tahun 1895. a) Siapakah yang memperkenalkan undang-undang tubuh tersebut ? [1 markah] b) Apakah tujuan undang-undang tubuh tersebut diperkenalkan ? (i) (ii) [2 markah] c) Berdasarkan undang-undang tubuh tersebut, nyatakan dua syarat penabalan seorang sultan. (i) (ii) [3 markah] d) Nyatakan bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan berikut berdasarkan undang- undang tubuh tersebut. (i) Majlis Negeri : (ii) Jemaah Menteri : [2 markah]
  6. 6. e) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan perlembagaan kepada negara kita ? (i) (ii) (iii) [3 markah]
  7. 7. Bahagian B [60 markah] 5. (a) Terangkan faktor perkembangan : (i) Kerajaan agraria [6 markah] (ii) Kerajaan maritim [6 markah] (b) Buktikan bahawa kedua-dua kerajaan tersebut saling bergantungan atau saling melengkapi antara satu sama lain. [4 markah] (c) Berdasarkan pengkajian anda terhadap kedua-dua kerajaan tersebut, nyatakan iktibar yang boleh dijadikan panduan untuk mencapai kejayaan negara dan bangsa Malaysia. [4 markah] 6. Kerajaan Turki Uthmaniyah telah bermula pada sekitar awal abad ke-14 dan berakhir pada awal abad ke-20. (a) Jelaskan sejarah pembentukan kerajaan Turki Uthmaniyah. [5 markah] (b) Terangkan faktor kejayaan kerajaan Turki Uthmaniyah menyebarkan Islam ke benua Eropah. [10 markah] (c) Jelaskan iktibar yang boleh diperoleh daripada kejayaan kerajaan Turki Uthmaniyah untuk kegemilangan negara dan bangsa Malaysia. [5 markah] 7. Jadual berikut berkaitan dengan perkembangan politik di negara kita sebelum merdeka. Tarikh Peristiwa 1 Februari 1948 British membentuk Persekutuan Tanah Melayu (a) Terangkan faktor British mengambil tindakan di atas. [10 markah] (b) Jelaskan tuntutan orang Melayu semasa proses pembentukan persekutuan tersebut. [4 markah] (c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dalam pembentukan negara dan bangsa Malaysia ? [6 markah] 8. (a) Apakah maksud pakatan murni ? [2 markah] (b) Terangkan usaha penduduk pelbagai kaum mengadakan pakatan murni sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. [10 markah]
  8. 8. (c) Semangat kerjasama dan toleransi dalam pakatan murni perlu dihayati dan diamalkan oleh rakyat Malaysia. (i) Pada pendapat anda, mengapakah semangat tersebut perlu dihayati dan diamalkan ? [4 markah] (ii) Cadangkan empat cara untuk mengekalkan penghayatan dan pengamalan semangat tersebut oleh warga Malaysia. [4 markah] 9. Rajah berikut berkaitan dengan tahap perkembangan dasar luar Malaysia dari tahun 1957 hingga tahun 2003. (a) Jelaskan tentang dasar luar Malaysia pada tahap pertama. [8 markah] (b) Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah Malaysia mengamalkan dasar berkecuali mulai tahun 1970 ? [6 markah] (c) Bagaimanakah Malaysia melaksanakan dasar luar pada tahap ketiga ? [6 markah] 1957 1970 1981 2003 Tahap Pertama Tahap Kedua Tahap Ketiga (Pro-Barat) (Berkecuali) (Berkecuali dan Kepentingan Ekonomi)

×