Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

K2 SEJ SPM 2008

354 views

Published on

K2 SEJ SPM 2005-2015

Published in: Education
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

K2 SEJ SPM 2008

  1. 1. Bahagian A [40 markah] 1. Sistem demokrasi yang diamalkan di Athens lebih kurang 3000 tahun dahulu telah diwarisi oleh hampir semua negara di dunia pada hari ini. a) Apakah maksud demokrasi ? [1 markah] b) Nyatakan tiga ciri sistem pemerintahan demokrasi yang diamalkan di Athens. (i) (ii) (iii) [3 markah] c) Senaraikan dua buah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi pada hari ini. (i) (ii) [2 markah]
  2. 2. d) Sekiranya anda dilantik sebagai pemimpin di sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi, apakah ciri-ciri kepimpinan yang akan anda amalkan? (i) (ii) [2 markah] e) Pada pandangan anda, apakah kebaikan sistem pemerintahan demokrasi kepada sesebuah negara ? (i) (ii) [2 markah] 2. Jadual berikut menerangkan tentang Perjanjian Hudaibiyah. Tahun Peristiwa 628 Masihi bersamaan 6 Hijrah Perjanjian Hudaibiyah dimeterai a) Senaraikan dua pihak yang menandatangani perjanjian tersebut. (i) (ii) [2 markah]
  3. 3. b) Nyatakan dua peristiwa ke arah termeterainya perjanjian itu. (i) (ii) [2 markah] c) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kepentingan Perjanjian Hudaibiyah kepada perkembangan Islam ? (i) (ii) (iii) [3 markah] d) Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada Perjanjian Hudaibiyah demi memperkukuhkan perpaduan dan keamanan negara kita Malaysia. (i) (ii) (iii) [3 markah] 3. Pada 8 Februari 1946, Vyner Brooke telah mengisytiharkan penyerahan Sarawak kepada British. Pengisytiharan ini menimbulkan bantahan penduduk tempatan di Sarawak. a) Mengapakah Vyner Brooke bertindak sedemikian ? [1 markah]
  4. 4. b) Senaraikan dua persatuan yang menentang penyerahan Sarawak kepada British. (i) (ii) [2 markah] c) Mengapakah penduduk tempatan Sarawak menentang penyerahan itu ? (i) (ii) [2 markah] d) Bagaimanakah masyarakat tempatan menentang penyerahan tersebut ? (i) (ii) (iii) [3 markah]
  5. 5. e) Pada pandangan anda, mengapakah penentangan tersebut gagal ? (i) (ii) [2 markah] 4. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah ditubuhkan pada tahun 1945 apabila Liga Bangsa dibubarkan. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia telah menyertai PBB pada tahun 1957. a) Apakah matlamat Piagam PBB ? (i) (ii) [2 markah] b) Bagaimanakah Malaysia menbantu PBB menyelesaikan konflik antarabangsa ? (i) (ii) (iii) [3 markah]
  6. 6. c) Jelaskan manfaat keahlian Malaysia dalam PBB. (i) (ii) (iii) [3 markah] d) Pada pandangan anda, adakah PBB berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagai badan pengaman dunia ? Berikan alasan anda. (i) (ii) [2 markah]
  7. 7. Bahagian B [60 markah] 5. Pada sekitar tahun 3500 S.M., Tamadun Mesir Purba berkembang menjadi pusat tamadun awal dunia. (a) Pada pandangan anda, apakah keistimewaan masyarakat Mesir Purba yang menyumbang kepada kemunculan Mesir sebagai pusat tamadun awal dunia ? [8 markah] (b) Terangkan sumbangan Tamadun Mesir Purba kepada masyarakat dunia yang kekal hingga ke hari ini. [6 markah] (c) Kegemilangan sesuatu negara itu tidak akan dapat dinikmati oleh generasi akan datang sekiranya masyarakat kini tidak meninggalkan warisan serta khazanah bangsanya untuk dikagumi. Berdasarkan pemerhatian anda, apakah pencapaian Malaysia kini yang boleh menjadi kebanggaan generasi akan datang ? [6 markah] 6. Dari tahun 300 M. hingga 610 M., masyarakat Arab hidup pada zaman yang dikenali sebagai Zaman Jahiliah. (a) Mengapakah masyarakat pada zaman tersebut dikenali sebagai masyarakat Arab Jahiliah ? [4 markah] (b) Terangkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah. [10 markah] (c) Bagaimanakah pengamalan ciri-ciri kehidupan kehidupan masyarakat Arab Jahiliah menghalang pembentukan masyarakat bermoral ? [6 markah] 7. Penentangan masyarakat tempatan terhadap campur tangan British bertujuan untuk mempertahankan hak mereka daripada dicerobohi oleh kuasa luar. (a) Huraikan tindakan penjajah British yang membawa kepada penentangan tersebut. [6 markah] (b) Ceritakan tentang perjuangan tokoh-tokoh berikut menentang British : (i) Dol Said (Naning) [5 markah] (ii) Mat Salleh (Sabah) [5 markah] (c) Berikan empat cadangan kepada generasi muda hari ini supaya mereka menjadi warganegara Malaysia yang berupaya mempertahankan kedaulatan negara. [4 markah]
  8. 8. 8. Sebelum campur tangan British di Tanah Melayu, orang Melayu merupakan pengusaha perlombongan bijih timah sejak zaman-berzaman. (a) Jelaskan peranan pembesar Melayu dalam perusahaan perlombongan bijih timah pada abad ke-19. [4 markah] (b) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah pembesar Melayu tidak dapat meneruskan penguasaan mereka terhadap perusahaan perlombongan bijih timah ? [8 markah] (c) Apakah tindakan yang sepatutnya diambil oleh pembesar Melayu untuk memastikan mereka terus menguasai perusahaan perlombongan bijih timah pada masa itu ? [8 markah] 9. Dasar pembangunan ekonomi negara diperkenalkan untuk memenuhi keperluan ekonomi moden yang berteraskan perindustrian. (a) Jelaskan dasar-dasar pembangunan ekonomi berikut : (i) Dasar Pertanian Negara (DPN) [4 markah] (ii) Dasar Persyarikatan Malaysia [4 markah] (iii) Dasar Penswastaan [4 markah] (b) Berdasarkan pengetahuan anda, jelaskan kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan melalui dasar-dasar tersebut. [4 markah] (c) Jelaskan peranan generasi muda Malaysia dalam memajukan ekonomi negara. [4 markah]

×