Model dan teori perkembangan k2

13,864 views

Published on

Published in: Education, Technology
3 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
13,864
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
7
Actions
Shares
0
Downloads
548
Comments
3
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Model dan teori perkembangan k2

  1. 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISKURSUS ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SHV 4193MODEL DAN TEORI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK OLEH: EN. KAMARUL AZMAN B. ABD. SALAM
  2. 2. Model-Model Kurikulum1. Family Center Model2. Portage Model3. Model Constructivist4. Model High Scope5. Montessori6. Model Multi-Cultural7. Mix-Age Classroom8. Model Inklusif Jowonio
  3. 3. Model-Model Kurikulum1. Model Projek2. Reggio Emilia3. Bank Street4. The Eriksonian Approach5. Child Care6. Analisis Tingkahlaku7. Frequency Count8. Educating The Young Thinker9. Model Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
  4. 4. CONTOH-CONTOH MODEL KURIKULUM(a) PORTAGE MODEL Konsep penglibatan keibubapaan Berpusatkan ibubapa mendidik anak-anak Home based program(b) MODEL CONSTRUCTIVIST Berasaskan teori J.Piaget Membina pengetahuan berdasarkan pengalaman(c) MODEL MONTESSORI Penerokaan kepada pesekitaran Melalui penggunaan sensori-deria Belajar melalui aktiviti bermain Belajar melalui fasa sensitive period (belajar bahasa tanpa pembelajaran formal)
  5. 5. CONTOH-CONTOH MODEL KURIKULUM(d) REGGIO EMILIA Berasaskan prinsip sosial konstruktivis spt. Piaget, Dewey, Montessori dan Vygotsky Melihat keistimewaan yang ada pada kanak-kanak Persekitaran fizikal dan pengurusan ruang amat penting Mendirikan sekolah berkeperluan khas(e) BANK STREET Penekanan kepada hubungan sosial(f) THE ERIKSONIAN APPROACH Psikososial stage; oral, anal, lokomotor… Melalui penggunaan sensori-deria Belajar melalui aktiviti bermain
  6. 6. CONTOH-CONTOH MODEL KURIKULUM(g) ANALISIS TINGKAHLAKU Berasaskan; prinsip tingkahlaku analisis tingkahlaku modifikasi tingkahlaku(h) EDUCATING THE YOUNG THINKER Pembelajaran berdasarkan pemikiran simbolik (Piaget,Kaplan) Kemahiran kanak-kanak dalam mengklasifikasikan konsep 2D/3D Membina pengetahuan berdasarkan pengalaman(i) MODEL PROJEK Projek based Peluang kepada kanak-kanak buat penyelidik
  7. 7. MODEL KURIKULUM PRASEKOLAH PERKEMBANGAN KANAK-KANAK • PERKEMBANGAN SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU BP • PEMBELAJARAN YANG MENGGEMBIRAKAN ABA • PENGALAMAN YANG BERMAKNA P • PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT • KECEKAPAN BERBAHASA DAN KOMUNIKASI • KEMAHIRAN BERFIKIR • BERAKHLAK MULIA DAN BERETIKA • BERKEYAKINAN DAN BERDISIPLIN • SIHAT DAN CERGAS • KREATIF, IMAGINATIF DAN EKSPRESIF BERSEDIA KE SEKOLAH
  8. 8. 8 Komunikasi • Penggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi secara verbal dan non verbal dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil Sains & Teknologi Kerohanian, Sikap & NilaiPenguasaan pengetahuan sains, Penghayatan amalan agama,kemahiran dan sikap saintifik kepercayaan, sikap dan nilaiPenguasaan pengetahuan dankemahiran matematikPenguasaan pengetahuan dan Insankemahiran berasaskan teknologi seimbang Kemanusiaan Penguasaan ilmu dan amalan tentang Fizikal & Estetika kemasyarakatan dan alam sekitar Perkembangan jasmani dan kesihatan setempat, negara dan global untuk kesejahteraan diri Penghayatan semangat patriotisme Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, dan perpaduan bakat dan apresiasi Keterampilan Diri Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum
  9. 9. PERSPEKTIF ISLAM TEORI KECERDASAN PELBAGAITEORI INTERAKSI TEORI TINGKAH LAKU IDEA & PEMIKIRAN TEORI SOSIOBUDAYA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK TEORI KEMATANGANTEORI KECERDASAN EMOSI TEORI HUMANISTIK
  10. 10. TEORI TINGKAH LAKU• Pavlov - Teori Pavlov• Skinner - Teori Ransangan – Gerakbalas• Froebel - Perkembangan tingkah laku semasa bermain dari segi intelek, emosi, sosial dan fizikalTEORI KEMATANGAN/KOGNITIF• Rousseau - Kematangan semula jadi• Piaget - Kematangan mengikut peringkat umur (Perkembangan Kognitif)
  11. 11. PERPESPEKTIF ISLAM • Al- Quran • Hadith • Pemikir: Sayyidina Umar Al Khattab r.a. Imam Al Ghazali Ibnu Khaldun PERPESPEKTIF LAIN • Confucius
  12. 12. TEORI INTERAKSI• Dewey - Interaksi penting untuk pengalaman bermakna• Montessori - Interaksi diri dan persekitaran menggunakan deriaTEORI HUMANISTIK• Maslow - Hiraki keperluan kanak-kanak - Perlu memenuhi keperluan fisiologikal, rasa selamat, rasa kepunyaan dan rasa dihargaiTEORI SOSIOBUDAYA• Vygotsky - Kanak-kanak perlukan orang dewasa dalam perkembangan mereka - ZPD – Zone of Proximal Development - Scalffolding
  13. 13. TEORI KECERDASAN PELBAGAI• Gardner - 8 + 1 Kecerdasan Pelbagai - bahasa/linguistik - logika-matematik - visual/ruang - kinestetik - muzik - interpersonal - intrapersonal - naturalis - kerohanianTEORI KECERDASAN EMOSI• Goleman - memahami emosi sendiri dan orang lain - mengurus emosi sendiri dan kemahiran sosial
  14. 14. CONTOH; TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAKTeori Perkembangan Kognitif PiagetFitrah perkembangan kanak-kanak membina tahappemahaman terhadap persekitaran berdasarkan 4 tahapperkembangan kognitif. Manakala proses membinapemahaman pula amat berkait rapat dengan konsep‘Organisasi’ dan ‘Adaptasi’.Kanak-kanak bukan sekadar mengorganisasi segalapemerhatian dan pengalaman semata-mata, malahan turutmengadaptasikan pemikiran dengan memuatkan idea-ideabagi memperkukuhkan lagi pemahaman terhadap sesuatuperkara. Proses adaptasi akan berlaku dalam dua keadaan,iaitu ‘Proses Asimilasi’ dan ‘Proses Akomodasi’.
  15. 15. • Proses Asimilasi merujuk kepada proses penambahan maklumat baru atau memperkaya sturuktur kognitif sedia ada. Contoh, Zahra ternampak seekor burung dan menyebutnya sebagai burung. Dalam keadaan ini, asimilasi telah berlaku iaitu maklumat diserap melalui pandangan dan sebutan tanpa sebarang pengubah suaian.• Proses Akomodasi merujuk kepada proses pengubah suaian skemata sedia ada untuk memperoleh maklumat baru. Berdasarkan contoh di atas, pada hari yang lain, jika ibu Zahra terdengar Zahra menyebut kambing apabila ternampak burung, ibunya membaiki keadaan tersebut dengan mengatakan bahawa itu adalah burung kerana ia boleh terbang dan berkicau, tidak berkaki empat dan tidak berbadan besar.
  16. 16. Bila mana kanak-kanak memperoleh maklumat baru :-• Akan berlakunya ketidak seimbangan (disequilibrium) dalam pemikiran.• Bagi memperoleh semula keseimbangan (equilibrium), kanak-kanak perlu mengadaptasi dan mengorganisasi pada skemata (Struktur kognitif yang mengorganisasi dan menginterpretasi semua pengalaman kanak-kanak).
  17. 17. 2 fakta utama perkembangan kognitif menurut Piaget iaitu :-• Mempunyai rasa ingin tahu• Aktif bergerak balas terhadap persekitaran mengikut kefahaman dan keupayaan mereka
  18. 18. PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF• 0-2 Tahun (Deria Motor) Kanak-kanak menggunakan deria motor dan lain-lain deria untuk meneroka dan memahami dunia persekitaran mereka• 2- 7 Tahun (Praoperasi) Kanak-kanak mengeksploitasi kemampuan mereka berfikir secara simbolik untuk menyelesaikan masalah tetapi pada tahap pemikiran yang masih tidak berdasarkan logik dan mudah berubah oleh persepsi yang berlainan.• 7 – 11 Tahun (Operasi Konkrit) Kanak-kanak memulakan zaman persekolahan formal dan menggunakan pemikiran logik dan konkrit untuk menyelesaikan masalah secara ‘Cuba Jaya’ (Trial and Error)• 12 Tahun ke Atas (Operasi Formal) Kanak-kanak berada di zon remaja yang membolehkan mereka berfikir secara abstrak, menggunakan konsep pemikiran hipotetikal dan kesan jangka panjang sesuatu situasi.
  19. 19. TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF VYGOTSKY Vygotsky memberi pandangan berkaitan konsep ‘Zon Perkembangan Proksimal’ (ZPD) iaitu :-• Kanak-kanak akan menjadi lebih berkemahiran jika diberi peluang terlibat secara aktif bersama ahli masyarakat yang lebih dewasa dan lebih matang. Ini membolehkan mereka lebih mahir memikirkan sesuatu dalam lingkaran budayanya.• Kanak-kanak yang terlibat dengan budaya masyarakat akan lebih mudah bergerak balas dengan persekitarannya dengan menggunakan pemikiran, peluang berbahasa dan berdialog.
  20. 20. • Kesempatan berada dalam budaya masyarakat akan membolehkan kanak-kanak berkomunikasi sesama sendiri dan berinteraksi dengan orang lain. Proses ini akan mengubah kapasiti mental yang menjadi asas kepada perkembangan proses kognitif yang lebih tinggi.• Kanak-kanak berpeluang mempelajari sesuatu kemahiran atau pembelajaran baru melalui bimbingan orang dewasa atau rakan yang lebih berkemahiran bagi membantu mereka mencapai tahap yang lebih optimum.
  21. 21. • Faktor ‘Scalffolding’ yang terdapat dalam ZPD menjadi agen perubahan kualiti berbentuk sokongan sosial dalam tempoh proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Orang dewasa membina ‘Scalffolding’ melalui panduan, arahan, bahasa badan, mimik muka dan sebagainya bagi membimbing kanak-kanak menguasai konsep asas pembelajaran yang lebih bermakna.• Faktor ‘Intersubjektiviti’ merupakan situasi di mana dua individu bermula dengan pemahaman yang berbeza mengenai sesuatu perkara yang sama tetapi akhirnya memperoleh pemahaman yang sama pada peringkat akhirnya.
  22. 22. Teori Perkembangan Emosi Erikson Teori Erikson terbina berdasarkan 5 prinsip utama :-• Manusia mempunyai persamaan terhadap keperluan asas• Perkembangan manusia adalah dipengaruhi oleh tindak balas terhadap keperluan-keperluan asas• Perkembangan manusia mempunyai tahap-tahap tertentu• Setiap tahap mempunyai konflik tersendiri dan konflik ini perlu ditangani sebelum individu tersebut beralih ke tahap berikut dengan jayanya• Kegagalan menangani konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap seterusnya
  23. 23. • Menurut Erikson, kanak-kanak akan melalui 8 tahap perkembangan sepanjang kehidupan mereka. Bagi mencapai tahap kesempurnaan psikososial yang positif, setiap tahap perlu ditangani oleh individu tersebut dengan jayanya. Seandainya krisis yang berlaku pada tahap tertentu tidak dapat ditangani, individu tersebut akan berhadapan dengan kegagalan sepanjang hayatnya.
  24. 24. Tahap Pertama – Percaya Lawan Tidak Percaya (0 – 18 Bulan)• Pada tahap ini perasaan percaya lawan tidak percaya mula terbentuk dalam diri bayi. Perasaan percaya terhadap orang lain dan persekitaran akan terbentuk jika bayi tersebut memperoleh penjagaan yang berkualiti daripada pengasuhnya, terutama ibunya sendiri. Andai penjagaan yang tidak sempurna kepada bayi, maka akan terbina perasaan tidak percaya kepada orang lain.• Sikap kepercayaan yang terbentuk akan memudahkan individu menangani masalah yang dihadapinya. Maka, kaedah penjagaan bayi yang berkualiti dalam keluarga mempunyai pengaruh yang besar terhadap emosi dan perasaan percaya dalam diri bayi.
  25. 25. Tahap Kedua – Autonomi Lawan Rasa Sangsi/Malu (18 Bulan-3 Tahun)• Kanak-kanak mula bergerak dan bertindak secara sendiri. Segala aktiviti asas kehidupannya seperti mandi, makan, berpakaian dan ke tandas telah mula dapat dilakukan oleh mereka sendiri. Tahap ini, kanak- kanak mula ingin melakukan sesuatu aktiviti secara bebas tanpa gangguan orang lain.• Keadaan ini merupakan detik permulaan bagi kanak- kanak membentuk rasa keyakinan diri. Keluarga perlu memberikan bimbingan dan tunjuk ajar bagi membantu kanak-kanak menyelesaikan konflik yang mereka hadapi.
  26. 26. Tahap 3 – Inisiatif Lawan Rasa Bersalah (3 – 6 Tahun)• Kanak-kanak lebih terdedah kepada cabaran kerana mereka mula berinteraksi dengan persekitaran yang lebih terbuka. Mereka bertindak dan meneroka bagi memenuhi keperluan intrinsik mereka yang sentiasa inginkan kelainan, baru dan mencabar. Mereka sering melakukan aktiviti di luar batas kemampuan seperti cuba membantu ibu membasuh pakaian dan memasak.• Pada tahap ini, perkembangan kognitif kanak-kanak telah mula meningkat. Kritikan negatif, hukuman dan dendaan menyebabkan timbul rasa bersalah dalam diri kanak-kanak dan tidak bermotivasi untuk meluaskan potensi dan bakat mereka. Ini akan mencetuskan masalah seperti suka bersendirian, tidak bersemangat dan takut untuk mencuba.
  27. 27. Tahap 4 – Industri Lawan Rendah Diri (6 -12 Tahun)• Kanak-kanak berada di alam persekolahan. Guru dan rakan sebaya mempunyai peranan dan pengaruh besar terhadap perkembangan mereka kerana sebahagian besar masa akan dihabiskan di sekolah. Pemikiran kanak-kanak pada tahap ini mula mencapai peringkat operasi konkrit , mampu membuat transformasi dan membentuk pertalian antara dua situasi melalui pemikiran logik.• Kanak-kanak pada tahap ini berminat kepada aktiviti jika bersesuaian dengan potensi dan kecenderungan mereka. Guru/ibu bapa berperanan membentuk dan membimbing kanak-kanak secara positif. Jika kritikan, kemarahan dan hukuman diberi tanpa penghargaan terhadap hasil kerja yang ditunjukkan, akan mengakibatkan timbul rasa rendah diri dan kurang yakin kepada kemampuan yang mereka miliki.
  28. 28. Tahap 5 – Indentiti Lawan Kekeliruan Peranan (12 - 20 tahun)• Tahap ini melibatkan remaja yang akan berusaha untuk mencari identiti dan persepsi diri mereka sendiri bagi memenuhi keperluan naluri mereka. Erikson berpandangan bahawa remaja akan sentiasa berusaha mencari dan mengenali diri mereka sendiri termasuk mencari kemungkinan teman hidup, peranan dalam keluarga dan masyarakat.• Konflik mencari dan mengenal diri sendiri akan menjadi kompleks bila remaja akan berhadapan dengan pelbagai pilihan yang akan menjadikan mereka lebih sukar untuk memilih. Kegagalan membuat pilihan, akan menganggu persepsi mereka terhadap peranan dan sumbangan yang boleh dimainkan dalam masyarakat.
  29. 29. Tahap 6 – Tahap Intimasi/Kemesraan Lawan Pengasingan Diri (20 - 40 tahun)• Tahap ini individu mula membentuk hubungan yang akrab terutama dengan rakan berlainan jantina, mula memikir teman hidup, percintaan dan perkahwinan.• Jika mereka gagal dalam membina hubungan yang akrab, gagal dalam percintaan atau perkahwinan, akan mula mengasingkan diri dan hidup dalam kesunyian.
  30. 30. Tahap 7 - Generativiti Lawan Pemusatan Kendiri (40 - 60 tahun)• Tahap ini, individu mula memikirkan isu-isu yang berhubung dengan kekeluargaan, mula memberi perhatian dan komitmen terhadap individu lain dan mula memberi sumbangan kepada masyarakat dan masa hadapan.• Individu yang berjaya mengatasi konflik pada tahap keakraban lawan pengasingan diri akan berusaha mencapai tahap generativiti, mempunyai pandangan positif dan berazam untuk berjaya secara optimum. Kehidupan akan menjadi lebih bermakna jika berjaya membentuk anak-anak menjadi orang berguna yang dapat memberi sumbangan kepada bangsa dan masyarakat.
  31. 31. Tahap 8 - Kesepaduan Lawan Rasa Putus Asa (60 tahun ke atas)• Tahap ini adalah pengakhiran tahap dewasa. Individu pada tahap ini, mula membuat refleksi apa yang telah berlaku dalam kehidupan yang dilaluinya selama ini. Jika individu tersebut berjaya menangani konflik, pada tahap-tahap sebelumya, individu itu akan membentuk rasa kesepaduan dan kepuasan dalam dirinya.• Jika sebaliknya, kehidupannya dipenuhi dengan kekecewaan dan kegagalan pahit. Ini akan mewujudkan situasi rasa putus harapan dan penyesalan dalam diri individu tersebut.
  32. 32. TEORI PELBAGAI KECERDASAN GARDNER• Gardner berpandangan bahawa kecerdasan mempunyai kaitan dengan kebolehan individu untuk menyelesaikan masalah atau melakukan sesuatu hasil kerja berdasarkan skop budayanya sendiri seperti menghasilkan karya seni, mencipta lagu atau mengarang puisi.• Gardner tidak bersetuju bahawa individu boleh dikesan tahap kecerdasannya berdasarkan ujian seperti Ujian IQ. Beliau menyakini bahawa bukan hanya terdapat satu kaedah untuk menyelesaikan masalah atau konflik, tetapi melibatkan pelbagai cara di mana individu boleh menggunakan beberapa set proses kognitif untuk menyelesaikan masalah atau mengeluarkan sesuatu hasil.
  33. 33. Gardner mengklasifikasikan kecerdasan individu kepada beberapa 9 kategori, iaitu :-• Kecerdasan Bahasa-Verbal-Linguistik Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan, pembacaan dan penulisan dalam bahasa sendiri atau bahasa asing. Ini termasuklah kebolehan mengingat maklumat, meyakini orang lain, bercakap tentang bahasa itu sendiri, menghasilkan bahan bahasa, mengenal pasti perbezaan bahasa, susunan dan rima perkataan. Individu yang memiliki kecerdasan ini, boleh menguasai bahasa isyarat, mudah mempelajari bahasa asing, berkecenderungan berpuisi dan menghasilkan novel.
  34. 34. • Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini, ialah :- – Gemar bercerita – Gemar menulis – Mempunyai ingatan yang baik seperti mengingati bait puisi – Mengeja perkataan dengan mudah, cepat dan tepat – Suka membaca – Suka aktiviti permainan bahasa
  35. 35. • Kecerdasan Logika-Matematik Kebolehan menggunakan nombor dan mengira secara berkesan, berkebolehan mengemukakan pandangan secara induktif atau deduktif, mampu membuat jangkaan dan menyatakan sebab dan akibat, menghuraikan perkara-perkara yang abstrak serta dapat menganalisis sesuatu isu sebelum menyelesaikannya secara bersistematik.
  36. 36. • Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini, ialah :- – Mampu menyelesaikan masalah matematik dengan pantas – Berkecenderungan dalam komputer – Gemarkan permainan berstrategi seperti catur – Dapat menyatakan sebab dan akibat sesuatu peristiwa – Suka pada kerja-kerja yang melibatkan eksperimen
  37. 37. • Kecerdasan Visual-Ruang-Spatial Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik. Individu yang memiliki kecerdasan jenis ini mampu membuat kerja-kerja binaan, pengukuran dan kejuruteraan, serta menganalisis graf, peta dan carta.
  38. 38. • Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini, ialah :- – Gemar berangan dan berimaginasi – Berkebolehan mentafsir peta, rajah, graf dan carta – Gemarkan permainan seperti menyusun objek – Suka menyanyi dan aktiviti yang melibatkan muzik – Suka pada kerja-kerja seni terutama melukis
  39. 39. • Kecerdasan Kinestetik-Badan Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan perasaan, idea dan menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, keanjalan, kepantasan dan keseimbangan. Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini, ialah :- – Gemar pada sukan, rekreasi dan aktiviti mencabar – Gemar bergerak dan rasa cepat bosan bila duduk – Menggerakkan badan atau menyentuh objek lain bila bercakap – Suka pada aktiviti kemahiran seperti jahitan atau kraftangan – Pandai meniru karektor atau perlakuan orang lain
  40. 40. • Kecerdasan Muzik Kebolehan mengesan irama, nada, tempo, melodi dan rentak lagu serta bunyi-bunyian. Berkecenderungan kepada muzik, menghargai keindahan dan kedamaian serta suka bermain dengan perasaan. Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini, ialah :- – Gemar dan mampu bermain alat muzik – Senang mengingat dan menghafal melodi dan lirik lagu – Mudah mengenal pasti bentuk irama yang dimainkan – Sukakan muzik dan bunyi-bunyian ketika belajar – Suka mengisi masa yang ada dengan menyanyi
  41. 41. • Kecerdasan Interpersonal Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat dan hasrat orang lain. Ini termasuklah kemahiran bertindak dan berhubung secara berkesan dengan orang lain secara praktikal. Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini, ialah :- – Gemar berkomunikasi dan mempunyai ramai rakan – Mudah simpati dan amat memahami perasaan orang lain – Suka berkumpul bersama rakan-raka – Sukakan permainan secara berkumpulan – Pandai bersosial dan menyesuaikan diri dalam masyarakat
  42. 42. • Kecerdasan Intrapersonal Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kekurangan, hasrat dan kehendak. Ini termasuk kemahiran mengenal pasti persamaan atau perbezaan diri dengan orang lain, dapat membantu individu menangani perasaan, beradab sopan serta mampu mengawal kemarahan atau kesedihan diri. Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini, ialah :-• Mempunyai kebolehan untuk berdikari• Dapat memberikan pandangan yang konkrit• Gemarkan kesunyian dan bersendirian• Memiliki tahap keyakinan diri yang tinggi
  43. 43. Kecerdasan Naturalis Kebolehan mengenali dan mengklasifikasikan tumbuh- tumbuhan, galian dan haiwan termasuk rumput dan batuan serta beraneka flora dan fauna, kebolehan untuk mengenali artifak budaya berdasarkan pakaian dan makanan. Individu kategori ini amat menyintai keindahan alam semula jadi serta gemar meneroka hutan dan memelihara haiwan. Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini, ialah :-• Sukakan memelihara haiwan• Dapat mengenal pasti haiwan dan tumbuhan dengan cepat• Gemar mengumpulkan karangan laut• Minat menanam bunga dan menghias menggunakan bahan semula jadi seperti buluh, rotan dan akar.
  44. 44. • Kecerdasan Eksistensial / Kerohanian Individu yang memiliki kepekaan, kemampuan dan memberikan respons terhadap persoalan kewujudan dan kematian manusia, sensitif kepada permasalahan masyakat di sekitarnya, memiliki kecenderungan beragama dan sentiasa ingin mencari penyelesaian melalui pendekatan agama. Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini, ialah :-• Sensitif kepada keperluan masyarakat sekeliling• Gemar mengkaji hal-hal berkaitan agama• Gemar mendampingi diri dengan bahan berunsur agama• Cenderung kepada pemikiran falsafah dan kerohanian
  45. 45. TEORI KREATIVITI TORRANCE• Torrance berpandangan bahawa ‘Kreativiti Sempurna Kendiri’ dan ‘Kreativiti Bakat Istimewa’ adalah proses kreativiti yang menjadikan individu tersebut sensitif terhadap masalah, merasai kekurangan ilmu dan pengetahuan serta menghadapi keadaan yang tidak harmoni dalam diri.• Kreativiti Sempurna Kendiri mempunyai pertalian yang rapat dengan tahap kesihatan mental tetapi tidak ada hubungan dengan konsep ‘Genius’ dan ‘Bakat’.• Kreativiti Bakat Istimewa merupakan anugerah yang lahir daripada bakat semulajadi.
  46. 46. • Kreativiti di anggap sebagai satu kurniaan di mana seseorang itu mungkin memilikinya atau tidak. Namun kreativiti sebenarnya melibatkan kemahiran-kemahiran yang boleh diajar dan dipelajari.• Ini atas rasional bahawa walaupun seseorang itu memiliki bakat dan kreativiti semula jadi, tetapi jika tidak diberi peluang untuk berkembang, ianya akan pupus dan menjadi sia-sia.
  47. 47. • Ini mendorong seseorang itu mengenal pasti kesukaran yang wujud, mencari penyelesaian dengan membuat tekaan atau merangka hipotesis tentang kekurangan tersebut, menguji hipotesis dan melaporkan dapatan atau hasilan yang diperoleh. Melalui dapatan, maka kreativiti akan terbentuk dan seterusnya menghasilkan sesuatu yang lebih bermakna dan bernilai.• Torrance berpandangan bahawa ujian kepintaran IQ serta ujian kertas dan pensil tidak akan memberikan gambaran yang menyeluruh terhadap tahap kreativiti manusia. Ujian seperti ini hanya melihat perkembangan dari sudut pandangan yang sempit.
  48. 48. Kreativiti menurut Torrance berdasarkan ciri-ciri berikut :-• Kelancaran/Kefasihan/Kepetahan (Fluency) - Jumlah yang boleh diinterpretasi, bermakna dan idea yang bersesuaian untuk digeneralisasikan sebagai respons yang mendorong kepada kreativiti.• Kelenturan (Flexibility) – Jumlah perbezaan antara kategori yang bersesuaian dengan respons dalam proses menggambarkan kreativiti.• Keaslian (Originality) – Data yang menunjukkan kelainan atau keanehan terhadap perkara yang diuji.
  49. 49. • Penghuraian (Elaboration) – Jumlah terpeinci yang diperoleh daripada respons• Indeks Kreativiti (Creativity Index) – Pencapaian yang diperoleh untuk menggambarkan tahap kreativiti.• Kesamaran (Abstractness of Titles) – Tahap pemahaman responden terhadap tajuk atau perkara yang dikemukakan.• Rintangan/Halangan (Resistance to Closure) – Halangan untuk membuat kesimpulan terhadap tahap kreativiti.• Purata (Average) – Gambaran keseluruhan terhadap kreativiti yang ingin dikesan.
  50. 50. Jerome Bruner Beliau dilahirkan di New York pada 1 Oktober 1915. Merupakan seorang pakar psikologi Amerika dan pernah berkhidmat sebagai profesor di Universiti Havard dan Oxford.Pada keseluruhannya, Bruner juga sependapat dengan Piagettentang perkembangan kognitif kanak-kanak. Namun demikian,Bruner menambah kepada apa yang disampaikan oleh Piaget. Padapandangan Bruner, bahasa ada kaitan dengan perkembangankognitif kanak-kanak. Menurut beliau, perkembangan berfikirtidak mungkin berlaku tanpa bahasa. Maka perkembangankecekapan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh perhubungansosialnya dengan orang lain. Bruner (1966) telah mengenal pastitiga tema yang berkaitan perkembangan kognitif.
  51. 51. Jerome Bruneri. Tema pertama dikaitkan dengan cara bagaimana manusia mengurus dan mempamerkan pengalaman mereka. Beliau menerangkan bahawa kanak-kanak melalui tiga tahap iaitu enactive, iconic dan symbolic. Setiap daripada tahap ini membolehkan kanak-kanak mempamerkan cara yang unik.ii. Tema kedua dikaitkan dengan pengaruh budaya ke atas perkembangan. Beliau mengatakan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berkembang bukan sekadar pengaruh luar ke dalam tetapi juga pengaruh dari dalam ke luar.iii. Tema ketiga dikaitkan dengan perkembangan sejarah manusia. Beliau percaya bahawa manusia boleh menyesuaikan dirinya dengan persekitaran.
  52. 52. RUJUKANBruner, J. (1966). Studies in cognitive growth. New York: Wiley.Lev Semenovich Vygotsky www.massey.ac.nz/~Alock/virtual/project2.htrSlee, P.T. (2002). Child, adolescent and family development. Cambridge: Cambridge University Press.Steinberg, L & Meyer, R. (1995). Childhood. New York: McGraw-Hill.Inc.The Jean Piaget Archiveswww.unige.ch/piaget/presentg.htmVan Der Veer, R. (1986). Vygotsky’s developmental psychology, Psychological Reports, 59: 527-536.Vygotsky, L. (1988). Thought and Language. Cambridge: The MIT Press.Wood, D., Wood, H.A. & Middleton, D.J. (1978). An experimental evaluation of four face-to-face teaching strategies. International Journal of Behavioural Development 1: 131-147.

×