Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Manual Kualiti ISO 9001:2008

3,708 views

Published on

Published in: Business
  • Be the first to comment

Manual Kualiti ISO 9001:2008

  1. 1. Manual Kualiti AAA CompanyKod dokumen: M-422 Semakan: 0 Muka 1 dari 22Tuanpunya dokumen TT:Diluluskan oleh TT:Tarikh kuatkuasa Sejarah Semakan Semakan Borang Tarikh kuatkuasa Pindaan yang dibuat 0 Pengeluaran versi sulung.
  2. 2. Manual Kualiti AAA CompanyKod dokumen: M-422 Semakan: 0 Muka 2 dari 22 Daftar kandungan Klausa Tajuk Mukasurat - Kelulusan dokumen dan sejarah semakan 1 - Daftar kandungan 2 1 Tujuan dan skop pemakaian 3 2 Rujukan normatif 3 3 Istilah dan takrifan 3 4 Sistem pengurusan kualiti 3 5 Tanggungjawab pengurusan 6 6 Pengurusan sumber 9 7 Penghasilan produk 11 8 Pengukuran, analisis dan penambahbaikan 19Nota: Nombor klausa-klausa didalam Manual Kualiti ini adalah setara dengan nomborklausa-klausa yang digunapakai oleh Standard ISO 9001:2008.
  3. 3. Manual Kualiti AAA Company Kod dokumen: M-422 Semakan: 0 Muka 3 dari 221 Tujuan dan skop pemakaianSistem pengurusan kualiti AAA Company telah diwujudkan untuk a) menunjukkan keupayaannya menyediakan secara konsisten produk yang memenuhi keperluan pelanggan, serta keperluan berkanun dan peraturan yang digunapakai, dan b) meningkatkan kepuasan pelanggan melalui pemakaian sistem yang berkesan, termasuk proses penambahbaikan yang berterusan untuk sistem itu dan jaminan keakuran dengan keperluan pelanggan, serta keperluan berkanun dan peraturan yang diguna pakai.Sistem pengurusan kualiti AAA COMPANY ini memenuhi semua keperluan StandardAntarabangsa ISO 9001:2008. Ketidakpakaian pada mana-mana klausa 7 dan justifikasinyadinyatakan pada klausa-klausa tersebut.Skop sistem pengurusan kualiti AAA COMPANY merangkumi proses-proses penghasilanproduk berikut: a) b) c)2 Rujukan normatifISO 9000:2005 Quality management systems - Fundamentals and vocabulary3 Istilah dan takrifanBagi maksud dokumen ini, istilah dan takrifan yang diberikan dalam ISO 9000 digunapakai.Bagi istilah “produk” di mana-mana juga didapati, boleh juga bererti “perkhidmatan”, dimanasesuai.4 Sistem pengurusan kualiti4.1 Keperluan amAAA COMPANY telah mewujudkan, mendokumentasikan, melaksanakan danmenyelenggarakan sebuah sistem pengurusan kualiti dan secara berterusan menambahbaikkeberkesanannya selaras dengan keperluan Standard ISO 9001.Pada amnya, AAA COMPANY telah a) menentukan proses yang diperlukan untuk sistem pengurusan kualiti dan pemakaiannya dalam seluruh organisasinya, b) menentukan urutan dan saling tindakan proses itu, c) menentukan kriteria dan kaedah yang diperlukan bagi memastikan kedua-dua operasi dan kawalan proses ini berkesan,
  4. 4. Manual Kualiti AAA Company Kod dokumen: M-422 Semakan: 0 Muka 4 dari 22 d) memastikan terdapatnya sumber dan maklumat yang diperlukan bagi menyokong operasi dan pemantauan proses ini, e) memantau, mengukur jika berkenaan, dan menganalisis proses ini, dan f) senantiasa melaksanakan tindakan yang diperlukan bagi mencapai keputusan yang dirancang dan penambahbaikan yang berterusan bagi proses ini.Apabila memilih untuk menggunakan sumber luar (outsource) bagi melaksanakan mana-mana proses yang memberi kesan terhadap keakuran produk, AAA COMPANY memastikankawalan terhadap proses itu. Jenis dan takat kawalan terhadap proses yang disumber luarditentukan melalui prosedur pembelian.Proses yang diperlukan bagi sistem pengurusan kualiti AAA COMPANY merangkumi prosesbagi aktiviti pengurusan, penyediaan sumber, penghasilan produk, pengukuran, analisis danpenambahbaikan (lihat Rajah 1). Rajah 1 Penambahbaikan sistem pengurusan kualiti Aliran maklumat Tanggungjawab pengurusan (Klausa 5) Keperluan pelanggan Kepuasan pelanggan Aliran Pengukuran, maklumat Pengurusan analisis dan sumber penambahbaikan (Klausa 6) (Klausa 6) Input Penghasilan Ouput Produk Produk (Klausa 6)4.2 Keperluan pendokumenan4.2.1 Am
  5. 5. Manual Kualiti AAA Company Kod dokumen: M-422 Semakan: 0 Muka 5 dari 22Pendokumenan sistem pengurusan kualiti AAA COMPANY merangkumi a) Dasar Kualiti (DK-53), b) Daftar Objektif Kualiti (D-541), c) Manual Kualiti (M-422), d) prosedur dan rekod yang diperlukan oleh Standard ISO 9001:2008, dan e) dokumen, termasuk rekod, yang ditentukan oleh AAA COMPANY sebagai perlu bagi memastikan perancangan, operasi dan kawalan proses yang berkesan.4.2.2 Manual kualitiAAA COMPANY telah mewujudkan Manual Kualiti (M-422) bagi menyatakan a) skop sistem pengurusan kualiti, termasuk perincian kewajaran bagi apa-apa ketakmasukan, b) prosedur didokumentasikan yang telah diwujudkan bagi sistem pengurusan kualiti, atau rujukan mengenainya, dan c) huraian mengenai saling tindakan antara proses sistem pengurusan kualiti.4.2.3 Kawalan dokumenDokumen-dokumen yang diperlukan untuk sistem pengurusan kualiti AAA COMPANY adalahdikawal.Daftar Dokumen dan Daftar Dokumen Luaran menyenaraikan dokumen-dokumen yangdikawal.Prosedur Kawalan Dokumen (P-423) yang didokumentasikan telah diwujudkan bagimenetapkan kawalan yang diperlukan bagi a) meluluskan dokumen yang mencukupi keperluan sebelum dokumen itu dikeluarkan, b) menyemak dan mengemaskini menurut keperluan dan bagi meluluskan semula dokumen, c) memastikan perubahan dan status semakan terkini dokumen dikenal pasti, d) memastikan versi yang relevan bagi dokumen yang diguna pakai tersedia di tempat ia digunakan, e) memastikan dokumen sentiasa boleh dibaca dan mudah dikenal pasti, f) memastikan dokumen yang berasal dari luar dan yang ditentukan oleh organisasi sebagai perlu bagi perancangan dan operasi sistem pengurusan kualiti dikenal pasti serta pengedarannya dikawal, dan g) mencegah penggunaan dokumen yang sudah lapuk secara tidak sengaja, dan menggunakan tanda pengenalan yang sesuai jika dokumen itu dikekalkan untuk apa- apa maksud.4.2.4 Kawalan rekodRekod adalah bukti keakuran kepada keperluan dan pelaksanaan berkesan sistempengurusan kualiti AAA COMPANY.
  6. 6. Manual Kualiti AAA Company Kod dokumen: M-422 Semakan: 0 Muka 6 dari 22Daftar Rekod (D-424) menyenaraikan rekod-rekod yang dikawal.AAA COMPANY telah mewujudkan Prosedur Kawalan Rekod (P-424) yang didokumentasikandemi menentukan kawalan yang diperlukan untuk mengenalpasti, menyimpan, menjaga,mendapatkan semula, menentukan tempoh pengekalan dan melupuskan rekod.Semua rekod-rekod yang dikawal sentiasa boleh dibaca, mudah dikenalpasti dan didapatkansemula.5 Tanggungjawab pengurusan5.1 Komitmen pengurusanPengurusan atasan AAA COMPANY amat komited terhadap pelaksanaan danpenyelenggaraan sistem pengurusan kualiti serta menambahbaik keberkesanannya secaraberterusan. Komitmen ini dicapai dengan a) berkomunikasi dengan organisasi mengenai kepentingan memenuhi keperluan pelanggan di samping memenuhi keperluan berkanun dan peraturan, b) mewujudkan Dasar Kualiti (DK-53), c) memastikan objektif kualiti diwujudkan, d) menjalankan kajian semula pengurusan, dan e) memastikan sumber disediakan.5.2 Fokus kepada pelangganPengurusan atasan sentiasa memastikan keperluan pelanggan ditentukan dan dipenuhidengan tujuan meningkatkan kepuasan pelanggan (lihat 7.2.1 dan 8.2.1).5.3 Dasar kualitiPengurusan atasan telah mewujudkan Dasar Kualiti (DK-53) yang a) sesuai dengan matlamat AAA COMPANY, b) menyatakan komitmen AAA COMPANY bagi mematuhi keperluan dan secara berterusan menambah baik keberkesanan sistem pengurusan kualiti, c) menyediakan satu rangka kerja bagi mewujudkan dan menyemak objektif kualiti, d) disampaikan dan difahami didalam organisasinya, dan e) disemak supaya sentiasa sesuai.Dasar Kualiti (DK-53) ini dipamerkan di setiap jabatan kerja demi memastikan semua wargakerjanya sentiasa maklum dan akur terhadap isi kandungannya.Dasar Kualiti ini dipamerkan juga di laman sesawang AAA COMPANY yang beralamat diwww.aaa.com.my sebagai makluman umum kepada semua pelanggan, pembekal dan lain-lain pihak yang berkenaan.5.4 Perancangan5.4.1 Objektif kualiti
  7. 7. Manual Kualiti AAA Company Kod dokumen: M-422 Semakan: 0 Muka 7 dari 22Pengurusan atasan AAA COMPANY memastikan objektif kualiti, termasuklah yang diperlukanuntuk keperluan produk diwujudkan pada fungsi dan aras yang relevan dalam organisasinya.Semua objektif kualiti boleh diukur dan konsisten dengan Dasar Kualiti (DK-53).Perbincangan, penentuan, pengukuran pencapaian dan semakan semula objektif kualitidilaksanakan didalam mesyuarat-mesyuarat Kajian Semula Pengurusan.Objektif-objektif kualiti didaftarkan didalam Daftar Objektif Kualiti (D-541).5.4.2 Perancangan sistem pengurusan kualitiPengurusan atasan AAA COMPANY memastikan a) perancangan sistem pengurusan kualiti dilaksanakan supaya memenuhi keperluan yang diberikan dalam 4.1, di samping memenuhi objektif kualiti, dan b) integriti sistem pengurusan kualiti dikekalkan apabila perubahan kepada sistem pengurusan kualiti dirancang dan dilaksanakan.Semua perancangan terhadap operasi dan perubahan yang diingini dibincangkan didalammesyuarat-mesyuarat Kajian Semula Pengurusan dan Jawatankuasa Sistem PengurusanKualiti sebelum dilaksanakan.5.5 Tanggungjawab, kuasa dan komunikasi5.5.1 Tanggungjawab dan kuasaPengurusan atasan AAA COMPANY telah memastikan tanggungjawab dan kuasa ditetapkandan disampaikan dalam organisasinya.Tanggungjawab dan kuasa ini dinyatakan dan dikawal melalui: a) Carta Organisasi (CO-551), b) Manual Jawatan (M-551), c) Manual Kualiti (M-422), d) Prosedur-prosedur yang didokumentasikan, dan e) Lain-lain dokumen yang berkenaan, jika ada.Jawatankuasa Sistem Pengurusan Kualiti AAA COMPANY dipengerusikan oleh WakilPengurusan dan dianggotai oleh semua pengurus jabatan.Bagi memastikan komitmen warga kerja AAA COMPANY yang berkenaan terhadap fungsidan tanggungjawab mereka terhadap sistem pengurusan kualiti AAA COMPANY, surat-suratpelantikan telah diwujudkan untuk pelantikan-pelantikan berikut: a) Wakil pengurusan, b) Ahli-ahli Jawatankuasa Sistem Pengurusan Kualiti, dan c) Juruaudit-juruaudit dalaman.
  8. 8. Manual Kualiti AAA Company Kod dokumen: M-422 Semakan: 0 Muka 8 dari 225.5.2 Wakil pengurusanPengurusan atasan telah melantik seorang anggota pengurusannya yang, tanpa mengambilkira tanggungjawab yang lain, adalah bertanggungjawab dan mempunyai kuasa untuk a) memastikan proses yang diperlukan bagi sistem pengurusan kualiti diwujudkan, dilaksanakan dan diselenggarakan, b) melapor kepada pengurusan atasan tentang prestasi sistem pengurusan kualiti serta apa-apa keperluan untuk penambahbaikan, dan c) memastikan kesedaran mengenai keperluan pelanggan dalam seluruh organisasinya dipromosikan.Wakil Pengurusan juga bertanggungjawab terhadap perhubungan dengan pihak luar yangberkaitan dengan sistem pengurusan kualiti, seperti a) pelanggan-pelanggan, b) pembekal-pembekal, c) badan persijilan ISO 9001 yang dilantik, atau d) lain-lain pihak yang berkenaan, jika ada.5.5.3 Komunikasi dalamanPengurusan atasan AAA COMPANY telah memastikan proses komunikasi yang bersesuaiandiwujudkan dalam organisasinya, dan adanya komunikasi mengenai keberkesanan sistempengurusan kualiti.Jawatankuasa Sistem Pengurusan Kualiti mengadakan mesyuarat secara berkala untukmembincangkan hal-hal yang berkaitan dengan keberkesanan sistem pengurusan kualiti AAACOMPANY.Semua warga kerja AAA COMPANY termasuk para pembekal digalakkan untuk memberimaklumbalas tentang tahap keberkesanan sistem pengurusan kualiti AAA COMPANY melaluiBorang Maklumbalas Kualiti.Seterusnya, semua pengurus jabatan dikehendaki melaporkan sebarang bentuk ketakakuranyang berlaku, termasuk kemungkinan berlakunya ketakakuran kepada Wakil Pengurusan -rujuk Prosedur Tindakan Pembetulan (P-852) dan Prosedur Tindakan Pencegahan (P-853).5.6 Kajian semula pengurusan5.6.1 AmPada kala tahunan, pengurusan atasan AAA COMPANY mengadakan mesyuarat bersamaJawatankuasa Sistem Pengurusan Kualiti untuk mengkaji semula sistem pengurusan kualitibagi memastikan kesesuaian, kemampuan dan keberkesanannya yang berterusan.Kajian semula ini termasuk pentaksiran peluang bagi penambahbaikan serta keperluanperubahan pada sistem pengurusan kualiti, termasuk Dasar Kualiti (DK-53) dan objektifkualiti.
  9. 9. Manual Kualiti AAA Company Kod dokumen: M-422 Semakan: 0 Muka 9 dari 22Rekod-rekod kajian semula pengurusan adalah diselenggarakan (lihat 4.2.4).5.6.2 Input kajian semulaWakil Pengurusan berserta Jawatankuasa Sistem Pengurusan Kualiti bertanggungjawabuntuk menyediakan input-input untuk kajian semula pengurusan yang merangkumi a) keputusan audit, b) maklum balas pelanggan, c) prestasi proses dan keakuran produk, d) status tindakan pencegahan dan pembetulan, e) tindakan susulan daripada kajian semula pengurusan yang terdahulu, f) perubahan yang boleh memberi kesan kepada sistem pengurusan kualiti, dan g) cadangan bagi penambahbaikan.5.6.3 Output kajian semulaOutput kajian semula pengurusan merangkumi apa-apa keputusan dan tindakan yangberkaitan dengan a) penambahbaikan keberkesanan sistem pengurusan kualiti dan prosesnya, b) penambahbaikan produk yang berkaitan dengan keperluan pelanggan, dan c) keperluan sumber.6 Pengurusan sumber6.1 Penyediaan sumberAAA COMPANY telah menentukan dan menyediakan sumber yang diperlukan bagi a) melaksanakan dan menyelenggarakan sistem pengurusan kualiti serta menambahbaik keberkesanannya secara berterusan, dan b) meningkatkan kepuasan pelanggan dengan memenuhi keperluan pelanggan.6.2 Sumber manusia6.2.1 AmWarga kerja AAA COMPANY yang melaksanakan kerja yang memberi kesan kepadakeakuran terhadap keperluan produk adalah kompeten berdasarkan pendidikan, latihan,kemahiran dan pengalaman yang bersesuaian.6.2.2 Kekompetenan, latihan dan kesedaranBerdasarkan fungsi dan tanggungjawab jawatan yang telah ditentukan (lihat 5.5.1), AAACOMPANY melaksanakan penilaian prestasi kerja, analisis keperluan latihan dan penilaiankeberkesanan latihan untuk a) menentukan kekompetenan yang diperlukan oleh personel yang melaksanakan kerja yang mempengaruhi keakuran terhadap keperluan produk, dan
  10. 10. Manual Kualiti AAA Company Kod dokumen: M-422 Semakan: 0 Muka 10 dari 22 b) menyediakan latihan atau mengambil tindakan lain demi mencapai kekompetenan yang diperlukan, dan c) menilai keberkesanan tindakan yang diambil.Dan untuk memastikan warga kerjanya sedar tentang kerelevanan dan kepentingan aktivitimereka serta bagaimana mereka menyumbang kepada pencapaian objektif kualiti, AAACOMPANY melaksanakan taklimat-taklimat kerja dan/atau kursus-kursus latihan yang sesuai.Sehubungan dengan itu, AAA COMPANY menyelenggarakan rekod yang bersesuaianmengenai pendidikan, latihan, kemahiran serta pengalaman warga kerjanya (lihat 4.2.4).6.3 PrasaranaAAA COMPANY telah menentukan, menyediakan dan menyelenggarakan prasarana yangdiperlukan bagi mencapai keakuran terhadap keperluan produk.Prasarana tersebut adalah seperti berikut: a) Bangunan dan ruang pejabat AAA COMPANY, b) Sistem penghawa dingin, c) Bekalan utiliti seperti elektrik, sistem penjana kuasa kecemasan dan air, d) Peralatan proses seperti perkakasan dan perisian, e) Laman sesawang www.AAA Company.org.my, dan f) Sistem komunikasi seperti telefon, faks, WIFI dan LAN.6.4 Persekitaran kerjaAAA COMPANY telah menentukan dan mengurus persekitaran kerja yang diperlukan sesuaidengan jenis aktiviti yang dijalankan demi mencapai keakuran terhadap keperluan produk.AAA COMPANY melaksanakan Program 5S untuk memastikan kebersihan dan keteraturanpersekitaran kerjanya sentiasa dapat dikekalkan.6.5 KewanganAAA COMPANY memastikan pengurusan kewangannya dapat memenuhi keperluanoperasinya demi menuhi keperluan pelanggan.Semua transaksi penerimaan dan pembayaran direkodkan didalam sistem perakaunan danseterusnya diaudit pada setiap tahun oleh juruaudit bebas.7 Penghasilan produk7.1 Perancangan penghasilan produkAAA COMPANY telah merancang dan membangunkan proses penghasilan produk berikut: a)Aliran proses penghasilan produk adalah seperti berikut:
  11. 11. Manual Kualiti AAA Company Kod dokumen: M-422 Semakan: 0 Muka 11 dari 22 Rajah 2 Pelanggan Aktiviti D Aktiviti A Aktiviti C Aktiviti BPerancangan penghasilan produk adalah konsisten dengan keperluan proses lain dalamsistem pengurusan kualiti (lihat 4.1).Dalam merancang penghasilan produk, AAA COMPANY telah menentukan perkara-perkarayang berikut, mengikut kesesuaiannya: a) objektif kualiti dan keperluan produk, b) keperluan mewujudkan proses dan dokumen, serta menyediakan sumber yang khusus untuk produk itu, c) penentusahan, pengesahan, pemantauan, pengukuran, pemeriksaan dan aktiviti ujian yang diperlukan khusus bagi produk itu serta kriteria bagi penerimaan produk, dan d) rekod yang diperlukan bagi menyediakan bukti yang proses penghasilan serta produk yang terhasil memenuhi keperluan (lihat 4.2.4).Output perancangan ini didokumentasikan didalam Pelan Kualiti (PL-71).7.2 Proses berkaitan pelanggan7.2.1 Penentuan keperluan berkaitan dengan produkAAA COMPANY telah menentukan a) keperluan yang ditetapkan oleh pelanggan termasuklah keperluan hantar serah serta aktiviti selepas hantar serah,
  12. 12. Manual Kualiti AAA Company Kod dokumen: M-422 Semakan: 0 Muka 12 dari 22 b) keperluan yang tidak dinyatakan oleh pelanggan tetapi adalah perlu bagi kegunaan yang ditetapkan atau yang dimaksudkan, jika hal itu diketahui, dan c) apa-apa keperluan tambahan yang difikirkan perlu.7.2.2 Semakan keperluan berkaitan dengan produkAAA COMPANY menyemak semula keperluan produk terhadap keperluan pelanggandan/atau perundangan.Semakan ini dijalankan sebelum AAA COMPANY memberikan komitmen untuk membekalkansesuatu produk kepada pelanggan-pelanggannya.AAA COMPANY memastikan a) keperluan produk ditetapkan, b) keperluan produk yang berbeza daripada yang dinyatakan terdahulu diselesaikan, dan c) organisasinya mempunyai keupayaan untuk memenuhi keperluan yang ditetapkan.Apabila ada keperluan produk yang diubah, AAA COMPANY akan memastikan warga kerjayang berkaitan dimaklumkan tentang perubahan tersebut melalui latihan dan taklimat yangsesuai.Rekod-rekod semakan dan tindakan yang berbangkit daripada semakan itu adalahdiselenggarakan (lihat 4.2.4).7.2.3 Komunikasi pelangganAAA COMPANY telah menentukan dan mengatur komunikasi yang berkesan denganpelanggan berkaitan dengan a) maklumat produk, b) pertanyaan, pengendalian kontrak atau pesanan, termasuk pindaannya, dan c) maklumbalas pelanggan, termasuk aduan daripada pelanggan.Maklumat produk dinyatakan pada laman sesawang www.aaa.com.my , dan dokumen yangbersabitan dengan kontrak jualan.Segala urusan berkenaan dengan pesanan pelanggan diuruskan oleh Jabatan Pemasaran.Aduan-aduan pelanggan direkodkan didalam Borang Aduan Pelanggan untuk tujuanpembetulan dan tindakan susulan yang sesuai.Kajiselidik tahunan dilaksanakan untuk mendapatkan maklumbalas dari pelanggan terhadaptahap perkhidmatan AAA COMPANY (lihat 8.2.1).7.3 Reka bentuk dan pembangunanKeseluruhan keperluan klausa ini yang telah ditentukan oleh Standard ISO 9001:2008 adalahtidak terpakai kerana AAA COMPANY tidak menjalankan apa-apa aktiviti berkaitan rekabentuk dan pembangunan produk.
  13. 13. Manual Kualiti AAA Company Kod dokumen: M-422 Semakan: 0 Muka 13 dari 22Atau (pilih satu)7.3 Reka bentuk dan pembangunan7.3.1 Perancangan reka bentuk dan pembangunanAAA COMPANY telah merancang serta mengawal reka bentuk dan pembangunan produk.Semasa merancang reka bentuk serta pembangunan, AAA COMPANY menentukan a) tahap reka bentuk serta pembangunan, b) semakan, penentusahan dan pengesahan yang sesuai untuk setiap tahap reka bentuk dan pembangunan, dan c) tanggungjawab serta kuasa ke atas reka bentuk dan pembangunan.AAA COMPANY mengurus antara muka dalam kalangan kumpulan berlainan yang terlibatdalam reka bentuk dan pembangunan demi memastikan komunikasi yang berkesanserta penugasan tanggungjawab yang jelas.Output perancangan dikemaskinikan mengikut perkembangan reka bentuk danpembangunan.7.3.2 Input reka bentuk dan pembangunanInput yang berkaitan dengan keperluan produk telah ditentukan dan rekod diselenggarakan(lihat 4.2.4). Input ini termasuk a) keperluan fungsian dan prestasi, b) keperluan berkanun dan peraturan yang berkenaan, c) maklumat yang diperoleh daripada reka bentuk terdahulu yang serupa, jika berkenaan, dan d) keperluan lain yang penting bagi reka bentuk dan pembangunan.Input disemak supaya mencukupi keperluan. Keperluan adalah lengkap, jelas dan tidakberlawanan antara satu dengan yang lain.7.3.3 Output reka bentuk dan pembangunanOutput reka bentuk dan pembangunan adalah dalam bentuk yang sesuai bagi penentusahandengan input reka bentuk dan pembangunan serta hendaklah diluluskan sebelum pelepasan.Output reka bentuk dan pembangunan a) memenuhi keperluan input bagi reka bentuk dan pembangunan, b) menyediakan maklumat yang sesuai bagi penyediaan pembelian, pengeluaran dan perkhidmatan, c) mengandungi atau merujuk kriteria penerimaan produk, dan
  14. 14. Manual Kualiti AAA Company Kod dokumen: M-422 Semakan: 0 Muka 14 dari 22 d) menetapkan ciri-ciri penting produk untuk kegunaannya yang selamat dan sesuai.Maklumat untuk penyediaan pengeluaran dan perkhidmatan termasuk penerimaan mengenaipengekalan produk itu, jika sesuai.7.3.4 Semakan reka bentuk dan pembangunanPada tahap yang bersesuaian, semakan reka bentuk dan pembangunan yang sistematikdilaksanakan selaras dengan perancangan (lihat 7.3.1) bagi a) menilai keupayaan hasil reka bentuk dan pembangunan dalam memenuhi keperluan, dan b) mengenal pasti apa-apa masalah dan mencadangkan tindakan yang diperlukan.Peserta dalam semakan sedemikian adalah termasuk wakil fungsian yang berkaitan dengantahap reka bentuk dan pembangunan yang sedang disemak.Rekod hasil semakan dan apa-apa tindakan yang perlu adalah diselenggarakan (lihat 4.2.4).7.3.5 Penentusahan reka bentuk dan pembangunanPenentusahan dilaksanakan selaras dengan perancangan (lihat 7.3.1) bagi memastikanoutput reka bentuk dan pembangunan memenuhi keperluan input reka bentuk danpembangunan.Rekod keputusan penentusahan dan apa-apa tindakan yang diperlukan adalahdiselenggarakan (lihat 4.2.4).7.3.6 Pengesahan reka bentuk dan pembangunanPengesahan reka bentuk dan pembangunan dilaksanakan selaras dengan perancangan (lihat7.3.1) bagi memastikan produk yang dihasilkan mampu memenuhi keperluan pemakaianyang ditetapkan atau kegunaan yang dimaksudkan, jika hal itu diketahui.Jika boleh dilaksanakan, pengesahan diselesaikan sebelum hantar serah atau penggunaanproduk.Rekod keputusan pengesahan dan apa-apa tindakan yang diperlukan adalahdiselenggarakan (lihat 4.2.4).7.3.7 Kawalan perubahan reka bentuk dan pembangunanPerubahan reka bentuk dan pembangunan dikenal pasti dan rekod diselenggarakan.Perubahan itu disemak, ditentusahkan dan disahkan menurut kesesuaian, serta diluluskansebelum ia dilaksanakan.
  15. 15. Manual Kualiti AAA Company Kod dokumen: M-422 Semakan: 0 Muka 15 dari 22Semakan perubahan reka bentuk dan pembangunan adalah termasuk penilaian kesanperubahan terhadap bahagian juzuknya dan produk yang telah pun dihantar serah.Rekod hasil semakan perubahan serta apa-apa tindakan yang diperlukan adalahdiselenggarakan (lihat 4.2.4).7.4 Pembelian7.4.1 Proses pembelianAAA COMPANY memastikan produk yang dibeli memenuhi keperluan pembelian yangditetapkan. Jenis dan takat kawalan terhadap pembekal dan produk yang dibeli adalahbergantung pada kesan produk yang dibeli itu ke atas penghasilan produk atau produk akhir.AAA COMPANY menilai dan meluluskan setiap permohonan pembelian.AAA COMPANY menilai dan memilih pembekal berasaskan keupayaan merekamembekalkan produk selaras dengan keperluan teknikal dan bajet.Pembelian dibuat melalui kaedah pembelian terus (jika tiada sebutharga), penilaiansebutharga pembekal dan penilaian tawaran tender.Daftar Pembekal diselenggara bagi menyenaraikan pembekal-pembekal tetap dan prestasimereka dinilai pada setiap tahun.Kriteria penilaian prestasi pembekal-pembekal tetap dan penilaian semula mereka adalahberdasarkan Petunjuk Prestasi Utama (PPU) yang telah ditentukan.Rekod keputusan penilaian dan apa-apa tindakan yang diperlukan yang berbangkit daripadapenilaian itu adalah diselenggarakan (lihat 4.2.4).7.4.2 Maklumat pembelianAAA COMPANY memastikan keperluan pembelian yang mencukupi sebelum disampaikankepada pembekal.Setiap pesanan pembelian mengandungi maklumat pembelian yang memerihalkan produkyang hendak dibeli, termasuk (dimana sesuai) a) keperluan bagi kelulusan produk, prosedur, proses dan peralatan, b) keperluan bagi kelayakan personel, dan c) keperluan sistem pengurusan kualiti.7.4.3 Penentusahan produk yang dibeliAAA COMPANY melaksanakan pemeriksaan serta aktiviti lain yang diperlukan bagimemastikan produk yang dibeli memenuhi keperluan yang ditetapkan.
  16. 16. Manual Kualiti AAA Company Kod dokumen: M-422 Semakan: 0 Muka 16 dari 22Apabila AAA COMPANY berhasrat melaksanakan penentusahan di premis pembekal, ia akanmenyatakan perihal urusan penentusahan dan kaedah pelepasan produk yang dimaksudkandidalam pesanan pembeliannya.Jika ada produk yang dibeli didapati tidak menepati spesifikasi pesanan pembelian, AAACOMPANY akan menentukan tindakan kawalan dan susulan yang sesuai danmerekodkannya didalam Borang Pemeriksaan Pembelian.7.5 Pengeluaran dan penyediaan perkhidmatan7.5.1 Kawalan pengeluaran dan penyediaan perkhidmatanAAA COMPANY telah merancang dan melaksanakan kaedah-kaedah yang berkesan untukmemproses semua permohonan-permohonan yang diterima dari pelanggan-pelanggan dibawah keadaan terkawal (sila lihat 7.1).Keadaan terkawal itu termasuk a) adanya maklumat yang memerihalkan tentang syarat-syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh pelanggan, b) adanya arahan kerja untuk aktiviti-aktiviti pemprosesan semua jenis permohonan, c) penggunaan peralatan yang bersesuaian untuk menghasilkan produk, d) pelaksanaan pemantauan dan pengukuran produk, dan e) pelaksanaan pelepasan produk, aktiviti hantar serah dan selepas hantar serah produk.Kawalan-kawalan ini dinyatakan didalam Pelan Kualiti (PL-71).7.5.2 Pengesahan proses bagi pengeluaran dan penyediaan perkhidmatanAAA COMPANY mengesahkan apa-apa proses bagi pengeluaran dan penyediaanperkhidmatan jika output yang dihasilkan tidak dapat ditentusahkan melalui pemantauan ataupengukuran seterusnya dan akibatnya, kekurangan hanya dapat dilihat setelah produk itudigunakan atau perkhidmatan itu telah dilaksanakan.Pengesahan menunjukkan keupayaan proses ini mencapai keputusan yang dirancang.Aturan proses ini termasuklah, jika berkenaan, a) kriteria yang ditetapkan bagi semakan dan kelulusan proses, b) kelulusan peralatan dan kelayakan personel, c) penggunaan kaedah dan prosedur tertentu, d) keperluan rekod (lihat 4.2.4), dan e) pengesahan semula.7.5.3 Pengenalpastian dan kebolehkesananAAA COMPANY mengenal pasti produk melalui cara yang sesuai sepanjang penghasilanproduk itu.
  17. 17. Manual Kualiti AAA Company Kod dokumen: M-422 Semakan: 0 Muka 17 dari 22AAA COMPANY mengenal pasti status produk dari segi keperluan pemantauan danpengukuran sepanjang penghasilan produk.AAA COMPANY mengawal pengenalpastian unik bagi produk serta menyelenggarakan rekod(lihat 4.2.4).7.5.4 Harta pelangganAAA COMPANY memelihara semua harta pelanggan semasa harta itu di bawah kawalan dankegunaannya.AAA COMPANY mengenal pasti, menentusahkan, menjaga serta melindungi harta dan dataperibadi pelanggan yang disediakan untuk kegunaan atau untuk dimasukkan ke dalamproduk.Jika mana-mana harta atau data peribadi pelanggan hilang, rosak atau didapati tidak sesuaiuntuk digunakan, AAA COMPANY akan merekodkannya didalam Borang Harta Pelanggan(B-754) dan melaporkan hal ini kepada pelanggan dan menyelenggarakan rekod-rekod yangberkaitan (lihat 4.2.4).7.5.5 Pengekalan produkBagi memastikan keakuran terhadap keperluan, AAA COMPANY mengekalkan produksemasa pemprosesan dalaman dan semasa penghantarserahan produk ke destinasi yangdimaksudkan.Pengekalan termasuk pengenalpastian, pengendalian, pembungkusan, penyimpanan danpenjagaan.Pengekalan juga diguna pakai kepada bahagian juzuk produk.7.6 Kawalan peralatan pemantauan dan pengukuranKeseluruhan keperluan klausa ini yang telah ditentukan oleh Standard ISO 9001 adalah tidakterpakai terhadap operasi AAA COMPANY kerana ia tidak menggunakan apa-apa peralatanpemantauan dan pengukuran didalam proses penghasilan produk-produknya.ATAU (pilih satu)AAA COMPANY menentukan pemantauan dan pengukuran yang akan dijalankan sertaperalatan pemantauan dan pengukuran yang diperlukan bagi menyediakan bukti keakuranproduk kepada keperluan yang telah ditentukan.AAA COMPANY mewujudkan proses bagi memastikan pemantauan dan pengukuran bolehdijalankan dan dijalankan dengan cara yang tekal dengan keperluan pemantauan sertapengukuran.
  18. 18. Manual Kualiti AAA Company Kod dokumen: M-422 Semakan: 0 Muka 18 dari 22Jika perlu bagi memastikan keputusan yang sah, peralatan pengukuran a) ditentukur atau ditentusahkan, atau kedua-duanya, pada jarak waktu yang ditetapkan, atau sebelum digunakan, dengan standard pengukuran yang boleh dikesan daripada standard pengukuran kebangsaan atau antarabangsa; jika standard sedemikian tidak a) wujud, asas yang digunakan bagi tentukuran atau penentusahan hendaklah direkodkan (lihat 4.2.4), b) dilaraskan atau dilaraskan semula apabila perlu, c) mempunyai pengenalpastian supaya status tentukurannya dapat ditentukan, d) dilindungi daripada pelarasan yang akan mentaksahkan keputusan pengukuran, e) dijaga daripada kerosakan dan kemerosotan semasa pengendalian, penyelenggaraan dan penyimpanan.Sebagai tambahan, AAA COMPANY mentaksir dan merekodkan kesahan keputusanpengukuran yang terdahulu apabila peralatan didapati tidak akur dengan keperluan.AAA COMPANY mengambil tindakan yang sesuai terhadap peralatan itu serta apa-apaproduk yang terlibat.Rekod keputusan tentukuran dan penentusahan adalah diselenggarakan (lihat 4.2.4).Apabila digunakan dalam pemantauan dan pengukuran keperluan yang ditetapkan,keupayaan perisian komputer bagi memenuhi pemakaian yang dimaksudkan adalahdisahkan. Aktiviti ini dijalankan sebelum pertama kali digunakan dan disahkan semula apabilaperlu.8 Pengukuran, analisis dan penambahbaikan8.1 AmAAA COMPANY merancang dan melaksanakan proses pemantauan, pengukuran, analisisserta penambahbaikan yang diperlukan bagi a) menunjukkan keakuran terhadap keperluan produk, b) memastikan keakuran terhadap sistem pengurusan kualiti, dan c) menambah baik keberkesanan sistem pengurusan kualiti secara berterusan.Hal ini termasuk penentuan kaedah yang digunapakai, yang merangkumi teknik statistik, dantakat penggunaannya.8.2 Pemantauan dan pengukuran8.2.1 Kepuasan pelangganSebagai salah satu daripada ukuran prestasi sistem pengurusan kualiti, AAA COMPANYmemantau maklumat berkaitan dengan tanggapan pelanggan sama ada atau tidak ia telahmemenuhi keperluan pelanggan.
  19. 19. Manual Kualiti AAA Company Kod dokumen: M-422 Semakan: 0 Muka 19 dari 22Kaedah yang telah ditentukan AAA COMPANY ialah melaksanakan kajiselidik terhadap tahapkepuasan pelanggan.Didalam Borang Kajiselidik Kepuasan Pelanggan (B-821) yang telah diwujudkan, pelanggan-pelanggan diminta untuk memberikan maklumbalas mereka secara kuantitatif terhadapaspek-aspek tertentu yang berkaitan dengan perkhidmatan AAA COMPANY termasuksebarang cadangan atau komen.Maklumbalas yang diterima seterusnya dianalisis untuk tujuan penambahbaikan.8.2.2 Audit dalamanAAA COMPANY menjalankan audit dalaman secara berkala bagi menentukan sama adaatau tidak sistem pengurusan kualiti a) akur dengan perancangan (lihat 7.1), keperluan Standard ISO 9001 serta keperluan sistem pengurusan kualiti yang telah diwujudkan, dan b) telah dilaksanakan dan diselenggarakan secara berkesan.Jadual Audit Dalaman (J-822) dirancang oleh Wakil Pengurusan bersama JawatankuasaSistem Pengurusan Kualiti setiap tahun dengan mengambil kira status dan kepentinganproses dan bidang yang hendak diaudit, di samping keputusan audit terdahulu.Kriteria, skop dan kekerapan audit dalaman ditentukan didalam dokumen tersebut.Bagi setiap audit dalaman yang dirancang, Pelan Audit (PL-822) diwujudkan untukmenentukan butiran-butiran khusus tentang audit yang akan dilaksanakan dandikomunikasikan kepada juruaudit yang dilantik dan ketua seksyen yang terbabit.Pemilihan juruaudit dan pelaksanaan audit dipastikan dapat menentukan keobjektifan dankesaksamaan proses audit. Oleh itu, juruaudit dipastikan tidak mengaudit kerjanya sendiri.Prosedur Audit Dalaman (P-822) yang didokumentasikan telah diwujudkan bagi menetapkantanggungjawab dan keperluan bagi perancangan dan pelaksanaan audit, pewujudan rekodserta pelaporan keputusan audit.Rekod audit dan keputusannya adalah diselenggarakan (lihat 4.2.4).Pengurusan yang bertanggungjawab terhadap proses yang diaudit bertanggungjawab untukmemastikan apa-apa pembetulan dan tindakan pembetulan yang diperlukan dibuat tanpaberlengah bagi menghapuskan ketakakuran yang dikesan serta puncanya.Aktiviti susulan adalah termasuk penentusahan tindakan yang diambil serta pelaporankeputusan penentusahan itu (lihat 8.5.2).8.2.3 Pemantauan dan pengukuran prosesAAA COMPANY menggunapakai kaedah Petunjuk Prestasi Utama (PPU) bagi tujuanpemantauan dan pengukuran prestasi proses-proses yang terdapat didalam sistempengurusan kualitinya.
  20. 20. Manual Kualiti AAA Company Kod dokumen: M-422 Semakan: 0 Muka 20 dari 22Daftar Petunjuk Prestasi Utama (D-823) diwujudkan untuk menentukan jenis-jenis PetunjukPrestasi Utama (PPU) yang dipantau dan diukur.Kaedah ini dapat menunjukkan tahap keupayaan sistem pengurusan kualiti AAA COMPANYuntuk mencapai keputusan yang dirancang. Apabila keputusan yang dirancang tidak tercapai,tindakan penambahbaikan akan diambil.Jawatankuasa Sistem Pengurusan Kualiti dipertanggungjawabkan untuk merancang kaedahyang berkesan untuk mengumpul dan merekodkan data-data Petunjuk Prestasi Utama (PPU).8.2.4 Pemantauan dan pengukuran produkAAA COMPANY memantau dan mengukur ciri-ciri produk bagi menentusahkan bahawakeperluan produk telah dicapai. Perkara ini dilaksanakan pada tahap yang bersesuaian dalamproses penghasilan produk selaras dengan perancangan (lihat 7.1).Bukti keakuran terhadap kriteria penerimaan dan rekod yang menunjukkan orang yangmembenarkan pelepasan produk bagi dihantar serah kepada pelanggan adalahdiselenggarakan (lihat 4.2.4).Pelepasan produk serta perkhidmatan kepada pelanggan tidak boleh diteruskan sehinggaperancangan yang diatur (lihat 7.1) telah selesai dilaksanakan dengan memuaskan,melainkan jika diluluskan sebaliknya oleh pihak berkuasa yang berkaitan dan, jika berkenaanoleh pelanggan.Proses ini dikawal melalui Pelan Kualiti (PL-71).8.3 Kawalan produk tak akurAAA COMPANY memastikan yang produk tak akur terhadap keperluan dikenalpasti dandikawal bagi mencegah penggunaan atau hantar serah yang tidak dimaksudkan.Prosedur Kawalan Produk Tak Akur (P-83) telah diwujudkan bagi menetapkan kaedahkawalan serta tanggungjawab dan kuasa yang berkaitan untuk mengendalikan produk takakur.AAA COMPANY mengurus produk tak akur dengan satu atau lebih daripada cara yangberikut dengan a) mengambil tindakan menghapuskan ketakakuran yang dikesan, b) membenarkan penggunaan, pelepasan atau penerimaannya di bawah konsesi oleh pihak berkuasa yang berkaitan dan, jika berkenaan, oleh pelanggan, c) mengambil tindakan menghalang penggunaan atau pemakaian asal yang dimaksudkan, d) mengambil tindakan yang bersesuaian dengan kesan, atau kesan yang mungkin timbul daripada ketakakuran apabila produk tak akur dikesan selepas dihantar serah atau penggunaannya dimulakan.
  21. 21. Manual Kualiti AAA Company Kod dokumen: M-422 Semakan: 0 Muka 21 dari 22Apabila produk tak akur dibetulkan, ia tertakluk kepada penentusahan semula bagimenunjukkan keakuran terhadap keperluan.Rekod mengenai perihal ketakakuran serta apa-apa tindakan seterusnya yang diambil,termasuk konsesi yang diperoleh, adalah diselenggarakan (lihat 4.2.4).8.4 Analisis dataAAA COMPANY menentukan, mengumpul dan menganalisis data yang bersesuaian bagimenunjukkan kesesuaian serta keberkesanan sistem pengurusan kualiti dan menilai jikapenambahbaikan keberkesanan sistem pengurusan kualiti yang berterusan dapatdilaksanakan.Data-data yang dianalisis terdiri daripada Petunjuk Prestasi Utama (PPU) yang dijana hasildaripada aktiviti-aktiviti pemantauan dan pengukuran berserta apa-apa data daripada sumberlain yang berkaitan, jika ada.Wakil Pengurusan adalah bertanggungjawab untuk menyediakan Laporan Petunjuk PrestasiUtama (PPU).Analisis data menyediakan maklumat berkaitan dengan a) kepuasan pelanggan (lihat 8.2.1), b) keakuran terhadap keperluan produk (lihat 8.2.4), c) ciri dan arah aliran proses dan produk, termasuklah peluang bagi tindakan pencegahan (lihat 8.2.3 dan 8.2.4), dan d) pembekal (lihat 7.4).Kaedah-kaedah analisis yang digunakan adalah seperti berikut, dimana sesuai: a) Carta garisan (Line Chart) digunakan untuk mengesan arah pergerakan (trend) data, b) Carta Bar/Pareto (Bar/Pareto Chart) digunakan untuk menganalisa komponen- komponen yang membentuk jumlah sesuatu nilai data yang dikumpul, c) Analisis SWOT (SWOT Analysis) digunakan untuk menganalisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman dalaman dan luaran berdasarkan data-data yang dikumpul, d) Purata (Mean) digunakan untuk menganalisis tahap prestasi pukul rata data-data yang dikumpul, e) Median digunakan untuk mengesan nilai prestasi yang betul-betul di tengah dari data- data yang dikumpul, f) Mod digunakan untuk mengesan nilai prestasi yang paling kerap muncul dari kalangan data-data yang dikumpul, g) Julat (Range) untuk mengesan saiz jurang di antara nilai-nilai yang terendah dan yang tertinggi dari kalangan data-data yang dikumpul, h) Analisis sebab dan akibat (Cause and Effect Analysis) digunakan untuk menganalisis sebab dan akibat sesuatu keadaan yang diwakili oleh data, i) Analisis risiko (Risk Analysis) digunakan untuk mengesan kemungkinan adanya risiko yang memerlukan tindakan pencegahan berdasarkan data-data yang dikumpul, dan
  22. 22. Manual Kualiti AAA Company Kod dokumen: M-422 Semakan: 0 Muka 22 dari 22 j) Lain-lain kaedah jika sesuai.8.5 Penambahbaikan8.5.1 Penambahbaikan berterusanAAA COMPANY secara berterusan menambah baik keberkesanan sistem pengurusan kualitimelalui penggunaan Dasar Kualiti (DK-53), objektif kualiti, keputusan audit, analisis data,tindakan pembetulan dan pencegahan serta kajian semula pengurusan.8.5.2 Tindakan pembetulanAAA COMPANY mengambil tindakan menghapuskan punca ketakakuran bagi mencegah iaberulang. Tindakan pembetulan yang dibuat adalah bersesuaian dengan kesan ketakakuranyang dihadapi.Prosedur Tindakan Pembetulan (P-852) didokumentasikan telah diwujudkan bagi menetapkankeperluan untuk a) semakan ketakakuran (termasuk aduan pelanggan), b) penentuan punca ketakakuran, c) penilaian keperluan untuk mengambil tindakan bagi memastikan ketakakuran tidak berulang, d) penentuan serta pelaksanaan tindakan yang diperlukan, e) rekod keputusan tindakan yang diambil (lihat 4.2.4), dan f) semakan keberkesanan tindakan pembetulan yang diambil.8.5.3 Tindakan pencegahanAAA COMPANY menentukan tindakan bagi menghapuskan punca penyebab ketakakuranyang mungkin timbul bagi mencegahnya daripada berlaku.Tindakan pencegahan yang dibuat adalah bersesuaian dengan kesan masalah yang mungkintimbul.Prosedur Tindakan Pencegahan (P-853) didokumentasikan telah diwujudkan bagimenetapkan keperluan untuk a) penentuan risiko ketakakuran yang mungkin timbul serta puncanya, b) penilaian keperluan untuk mengambil tindakan bagi mencegah berlakunya ketakakuran, c) penentuan dan pelaksanaan tindakan yang diperlukan, d) rekod hasil daripada tindakan yang diambil (lihat 4.2.4), dan e) semakan keberkesanan tindakan pencegahan yang diambil.

×