Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Pengenalan kepada pendidikan_pemulihan

1,761 views

Published on

  • Be the first to comment

Pengenalan kepada pendidikan_pemulihan

  1. 1. PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN PEMULIHANKursus ini membincangkan konsep, objektif dan sejarah pendidikan pemulihan, ciri-ciri murid pemulihan, pengurusan program pendidikan pemulihan, strategipelaksanaan program pendidikan pemulihan, khidmat sokongan, dan intervensi awalyang diperlukan serta program-program pemulihan yang dilaksanakan di Malaysiadan luar negaraHasil Pembelajaran 1. Menjelaskan definisi dan konsep pendidikan pemulihan. 2. Menghuraikan ciri-ciri dan punca-punca masalah murid pemulihan. 3. Membuat perbandingan murid-murid pemulihan dengan murid-murid normal, bermasalah pembelajaran dan disleksia. 4. Menjelaskan program-program pendidikan pemulihan yang dilaksanakan di sekolah-sekolah di Malaysia dan luar negara 5. Mengamalkan prinsisp dan peraturan yang sesuai dalam mengendalikan program pendidikan pemulihan. 1
  2. 2. TOPIK 1 Pendidikan PemulihanDalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan definisi dan konsep pendidikanpemulihan, amalan pendidikan pemulihan di Malaysia. Tajuk ini akanmembincangkan tentang rasional dan objektif pendidikan pemulihan, pelaksanaanprogram pendidikan pemulihan dan perbezaan antara pendidikan pemulihan khasdengan pendidikan pemulihan dalam darjah KBSR dan KSSRAnda juga akan didedahkan dengan sejarah perkembangan pendidikan pemulihanluar negara dan dalam negara mengenai projek khas, latihan guru, pelaksanaanprogram pendidikan pemulihan, arahan, dan surat-surat pekeliling berkaitanpendidikan pemulihanHASIL PEMBELAJARAN 1. Membincangkan definisi dan konsep pendidikan pemulihan. 2. Menjelaskan amalan pendidikan pemulihan khas di Malaysia. 3. Membezakan antara pendidikan pemulihan khas dengan pendidikan pemulihan dalam darjah KBSR dan KSSR 4. Membincangkan sejarah perkembangan pemulihan di dalam dan luar negara, ciri-ciri guru pendidikan pemulihan, latihan yang dilalui dan kemahiran yang perlu dikuasai oleh seorang guru pemulihan yang bertauliah 5. Menghuraikan konsep pelaksanaan program pendidikan pemulihan dan tatacara bagi mewujudkan kelas pemulihan di sekolah 2
  3. 3. 1.1 Asas Pendidikan Pemulihan1.1.1 Definisi dan konsep pendidikan pemulihan.1.1.1.1 Definisi Pendidikan PemulihanBerbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli pendidik barat dan tempatanmengenai takrifan pendidikan pemulihan. Secara lebih khusus, takrif pendidikanpemulihan itu telah diberi dengan pelbagai definisi, antaranya ialah :Menurut laporan yang bertajuk Asia and Pacific Programme ofEducationalInnovation for Development (1987) yang disediakan oleh Kementenian PendidikanMalaysia, pengajaran pemulihan ialah: a process in which children with learningproblems are given practical alternatives and effective approaches (programme) ineducation.Bahagian Sekolah-sekolah, Kementenian Pendidikan dalam pekelilingKP (BS) 8502I5IPKIJ1d. V (26) bertanikh 8 Januani 1986 telah mendefinisikanpengajaran pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasimasalah pemelajaran munid-munid lemah disekolah-sekolah rendah, khususnyaditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawahkelolaan guru-gunu pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini.Ini bermakna pengajaran pemulihan adalah satu proses pengajaran denganpendekatan yang lebih berkesan, praktikal bagi munid-munid yang menghadapimasalah pemelajaran. Pusat Perkembangan Kunikulum Kementerian PendidikanMalaysia (1984), dalam konteks KBSR Program Pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalahpemelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. 3
  4. 4. Mereka ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan danditentukan.Sharifah Alwiah Alsagoff (1983), mentakrifkan pendidikan pemulihan adalah satutindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yangmengalami kesukaran dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, dipusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yangdiasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus olehguru pemulihan.Bagi Ishak Haron dan Koh Boh Boon (1983), menegaskan bahawa pendidikanpemulihan ialah satu perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-keperluankanak-kanak yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran di sekolah-sekolahbiasa atau aliran perdana yang gagal menguasai kemahiran membaca, menulis danmengira.Koh (1979) dalam kertas kerjanya bersempena dengan Tahun Kanak-kanak 1979mendefinisikan pengajanan pemulihan sebagai pengajaran yang bertujuanmemulihkan kelemahan-kelemahan yang dikesan pada murid lambat dengan tujuanmeningkatkan taraf pencapaian mereka agar setaraf dengan pencapaian murid-murid normal.Sharifah (1979) pula mengatakan pengajaran pemulihan ialah pengajaran melaluipendekatan dan kaedah yang khusus untuk murid-murid yang terlalu lemah.Chua (1977), mendefinisikan pengajaran pemulihan sebagai satu pengajaran yangbertujuan untuk membantu murid yang lemah, melalui pendekatan perseorangandalam kelas yang kecil bilangan muridnya. Pengajaran ini menggunakan kurikulumyang diubahsuaikan dengan menitikberatkan perkara yang praktis dan latih tubi,tunjuk cara yang melibatkan kegiatan dan gerak kerja yang dimudahkan sertadisampaikan dengan teratur serta dikendalikan oleh kakitangan ikhtisas (profesional)yang terdiri daripada Guru Pemulihan dengan kerjasama doktor, pekerja sosial,pakarjiwa dan pihak-pihak lain yang berkaitan. Kesimpulan pengajaran pemulihanadalah sejenis pengajaran yang dijalankan untuk membantu murid-murid lambat 4
  5. 5. dalam pemelajaran disekolah agar mereka tidak terus ketinggalan dalam prosespendidikan disekolah dan dapat seiring dan setarafdengan rakan mereka yang lain..Albertwhite (1977), pula menyatakan bahawa pengajaran pemulihan ialah suatubentuk pengajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaanyang disertai oleh gangguan-gangguan emosi. Beliau menegaskan bahawa; ‘byremedial teaching is meant teaching which is based in a different diagnosis whichforms the basis for scientific remedial procedures’.Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan bagi United Kingdom (1975),mendefinisikan pengajaran pemulihan sebagai satu program pengajaran khas yangdirangka bagi memenuhi keperluan pendidikan bagi kanak-kanak yang menghadapimasalah pembelajaran dalam kalangan murid-murid di sekolah-sekolah biasa.Persatuan ini juga mengatakan pengajaran pemulihan sebagai tindakan khususyang diambil untuk mengatasi kesusahan dan segi pembelajaran dalam kelas khasdi sekolah biasa atau di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilandalam kumpulan yang diasingkan untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.Creber (1974), beliau mentakrifkan pengajaran pemulihan sama dengan pengajaranimbuhan. Menurut beliau, pemulihan kadangkala merupakan pengalaman-pengalaman yang tidak dinikmati oleh kanak-kanak yang tidak bernasib baik.Definisi di atas disokong pula Brennan (1974), yang mengatakan bahawapengajaran pemulihan ialah pengajaran untuk penyesuaian dan pembetulan bagimurid-murid yang didapati menghadapi masalah dalam pembelajaran. Menurutbeliau;‘Remedial education is regarded as the kind of education required to meet needswhich are the result of learning disabilities, that is learning failure which cannot beexplained by any reference to inadequacies in the pupils enviromental situation orlife experience’.Menurut Tansley (1967) pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yangmengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematis bagimembolehkan pengajaran pemulihan dijalankan dengan tersusun. 5
  6. 6. Menurut Pringle (1966), satu pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yangdiperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran sertaberkemahuan dan berkebolehan belajar melalui latihan yang sistematik dan dapatmemenuhi keperluan-keperluan merekaBerdasarkan Collins (1961), pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaranyang mengutamakan mata pelajaran asas. Malah beliau menegaskan pengajaran iniialah satu kaedah pengajaran yang istimewa bagi murid-murid yang gagal dalammata pelajaran asas di sekolah seperti membaca, menulis dan mengira. Collins telahmenyimpulkan pendidikan pemulihan sebagai; ‘special education treatmentofchildren found to befailing in the basic school subjects of reading, spelling andnumber’..Bagi Evans (1955) pula, pengajaran pemulihan dianggap sebagai ‘the ambulance ofeducational system’. Oleh itu pengajaran ini tidak boleh diambil kira sebagai satupekerjaan atau pengajaran yang dilakukan secara mengejut, mendadak ataudigunakan pada waktu kecemasan sahaja. Pengajarannya perlu dirancang dandisusun dengan rapi berdasarkan aspek-aspek kelemahan munid.Menurut Blair (1956), pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yangbertujuan untuk membaharui teknik pengajaran dan pemelajaran untuk mengikissegala kebiasaan dan amalan yang tidak sesuai bagi murid-munid lambat. Selaindefinisi pendidik dan Barat, terdapatjuga definisi yang telah diubahsuaikan oleh ahlipendidik tempatan mengikut keperluan tempatan.1.1.1.2 Konsep Pendidikan PemulihanProgram Pendidikan Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah muridyang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiranasas membaca, menulis dan mengira sebagai kemahiran asas yang menjadi fokusKBSR. Ia memerlukan tindakan-tindakan pendidikan khas yang digunakan untukmemenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak murid-murid yang menghadapi 6
  7. 7. kesulitan terhadap kemahiran-kemahiran 3M. Murid-murid pemulihan menghadirikelas khas dalam sekolah biasa, atau kelas pemulihan khas secara sambilan, ataumenyertai kumpulan yang diundurkan dari kelas biasa untuk diajar oleh seorangguru pemulihan.(National Association for Remedial Education ‘NARE’ Great Britain -1977)Menurut Mat Nor Husin dan Jais Sahok 1990, konsep pendidikan pemulihan khasialah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid yang gagal di peringkat bilikdarjah kerana tidak menerima isi pelajaran seperti pencapaian rakan sebaya merekayang tidak bermasalah. Bersandarkan kepada pendapat tersebut pendidikanpemulihan khas dapat dirumuskan sebagai satu perkhidmatan yang diadakankhusus untuk murid–murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnyadalam menguasai satu-satu kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengirayang merupakan fokus utamadalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah” .Bagi Koh Boh Boon 1982, konsep pendidikan pemulihan adalah lebih terbatas yanglebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran.Iamelibatkan murid-murid lambat, iaitu mereka yang lembab dan gagal menguasaikemahiran-kemahiran yang diajar oleh guru dalam kelas biasa berbanding denganmurid-murid lain.Pendidikan pemulihan merupakan lanjutan daripada sebahagian pendidikanimbuhan. Ia dikenali juga sebagai ‘remedial education’ di dalam bahasa Inggeris iaitusuatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapimasalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja.Pendidikan pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatuyang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yangcacat.Pendidikan Pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaranyang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajardalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira. KonsepPemulihan KBSR ialah ia dilaksanakan dalam kelas biasa mengikut mata pelajaranyang tertentu. Kumpulan-kumpulan akan dibentuk dan murid yang menghadapi 7
  8. 8. masalah dalam kemahiran 3 M akan dibimbing dan dipulihkan bagi menguasaikemahiran tersebut. Murid-murid ini dibimbing dan dipulihkan oleh guru matapelajaran tersebut dengan mendapat khidmat nasihat daripada Guru PendidikanPemulihan Khas. (BukuPanduan Am KBSR - 1982)Pendidikan Pemulihan Khas berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa.Guru yang mengajar kelas pemulihan khas merupakan guru yang terlatih di institusiyang menyediakan kursus-kursus pendidikan pemulihan seperti di universiti, maktabperguruan mahu pun institut pendidikan guru sama ada dalam negara atau luarnegara. Hasilnya guru pemulihan khas mempunyai kepakaran yang khusus bagimengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang lemah.Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankanjuga menjurus kepada kelemahan murid. Keluasan kelas pemulihan khas adalahbergantung kepada kekosongan bilik darjah. Peringkat awal pelaksanaan ada kelaspemulihan khas hanya terdiri daripada satu ‘bay’ atau berada di lorong laluan. Tetapikini kelas pemulihan khas telah mengalami transformasi dan mempunyaikelengkapan yang terbaik bagi menghasilkan kelas yang kondusif yang mampumenjana perubahan kepada murid-murid pemulihan bagi mengatasi kelemahanmereka.Konsep pendidikan pemulihan khas seterusnya ialah pengajaran pemulihan adalahberdasarkan kepada diagnosis kelemahan dan kesulitan yang dihadapi oleh murid-murid tersebut. Sebelum mereka ditempatkan di kelas pendidikan pemulihan khasmereka akan mengikuti prosedur-prosedur seperti yang terdapat dalam carta alirpelaksanaan program pendidikan pemulihan khas seperti mengenal pasti muridyang menghadapi masalah pembelajaran dan membuat penilaian awal atas mereka.Pendekatan secara individu, misalnya mengadakan kelas khas yang kecil dankurikulum yang anjal yang boleh diubahsuai bagi membolehkan murid-murid inimenguasai kemahiran membaca, menulis.dan mengira. Dalam mengajar sesuatukemahiran , guru pendidikan pemulihan khas hendaklah mempermudahkan gerakkerja dalam proses pengajaran dan pembelajarannya supaya murid bolehmelaksanakannya, mendapat kepuasan dan menguasai kemahiran yang diajar. 8
  9. 9. Kurangkan masa untuk gerak kerja lain supaya murid yang lemah dapat diberiperhatian. Gunakan banyak latih tubi dan tunjuk cara.Latihan 1 Pada pendapat anda perlukah konsep pendidikan pemulihan khas dikaji semula agar ia sesuai dan dapat dilaksanakan di sekolah menengah. Bincangkan.1.1.1.3 Rasional dan objektif pendidikan pemulihan.Pengajaran pendidikan pemulihan khas adalah untuk memastikan semua muridTahap 1 menguasai kemahiran asas 3M seperti yang terdapat dalam buku GarisPanduan Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas, KementerianPelajaran Malaysia. Berdasarkan kepada buku garis panduan tersebut, ia lebihmenjurus kepada memenuhi keperluan murid-murid yang gagal mengikuti prosespengajaran dan pembelajaran dalam kelas biasa. Dalam erti kata lain semua muridTahap 1 harus dan mampu menguasai kemahiran asas iaitu membaca, menulis danmengira. Ini bermakna murid-murid Tahap 1 mesti mencapai kompetensi yangdisasarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Setelah menguasai kemahiran asas tersebut, murid-murid yang lemah ini dapatmeneruskan pembelajaran mereka di kelas biasa. Mereka akan bersaing denganrakan mereka bagi mencapai tahap kompetensi yang terbaik. Di dalam kelas biasaini mereka perlu dibantu oleh guru-guru mata pelajaran dan rakan sebaya merekabagi mengekalkan tahap pencapaian penguasaan kemahiran asas. Keupayaanmereka menguasai kemahiran asas 3 M akan mengurangkan kritikan masyarakatterhadap guru, pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia amnya.Selain daripada itu tujuan program pendidikan pemulihan khas adalah untukmembina keyakinan diri dan positif murid-murid pemulihan terhadap pembelajaran.Murid-murid pemulihan ini perlu diberi motivasi bagi meningkatkan keyakinan diriterhadap kebolehan dan bakat yang mereka miliki. Apabila keyakinan diri berjaya 9
  10. 10. ditingkatkan secara tidak langsung murid-murid pemulihan ini akan dapat mengatasimasalah penguasaan kemahiran asas seperti yang disasarkan oleh KementerianPelajaran Malaysia. Ia juga boleh menggalakkan perkembangan potensi dan minatmereka dalam pelajaran ke tahap yang lebih maju.Program pendidikan pemulihan khas juga bertujuan untuk mengurangkan bebananmasalah yang dihadapi oleh murid-murid lemah dengan bantuan guru dan pihak-pihak yang berkaitan seperti guru kelas, guru mata pelajaran, guru pemulhan khas,ibu bapa, dan komuniti setempat. Bebanan masalah yang dihadapi oleh muridpemulihan ini akan dapat diatasi seandainya setiap pihak mempunyai jaringankerjasama yang jitu antara satu sama lain dan memberi komitmen yang tinggi bagimencapai hasrat semua pihak.Melalui program pendidikan pemulihan khas murid-murid yang lemah jugaberpeluang untuk mendapat hak yang sama seperti yang dinikmati oleh rakan-rakansebaya dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial sama ada di dalam dan diluar bilik darjah. Kegagalan murid untuk turut serta dalam aktiviti sosial di sekolahmereka dengan sendirinya dapat di atasi setelah mereka melalui programpendidikan pemulihan khas di sekolah. Justeru itu murid-murid pemulihan ini akanmendapat layanan dan kemudahan yang sesuai dengan tahap kebolehan mentalmereka tanpa wujudnya kecurigaan dan kebimbangan oleh pihak-pihak tertentu.Hasrat pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga akan tercapai bagi mengatasimasalah disiplin yang ditimbulkan oleh murid-murid yang tercicir ini.Latihan 2: Ketika ini program pendidikan pemulihan khas tiada dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah dan ia perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah penguasaan kemahiran 3M. Beri ulasan anda terhadap rasionalnya program pendidikan pemulihan khas perlu dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah di Malaysia. 10
  11. 11. Sejarah Perkembangan Pemulihan1.2.1 Sejarah Pendidikan Pemulihan Luar Negara1.2.1.1 PL 94-142 dan IDEAProgram pendidikan pemulihan bermula di Amerika Syarikat setelah termaktubnya PL 94-142apabila seorang kanak-kanak autistik telah berjaya mendapat anugerah pelajar terbaik semasa disekolah rendah dan sekolah menengah. Kanak-kanak tersebut telah memasuki universiti danmemperolehi ijazah sarjana muda dan kini bekerja walaupun dianggap seorang yang berkelainanupaya. Kejayaan pelajar ini adalah hasil daripada kelulusan undang-undang pada tahun 70-an.Pada 29 Novermber 1975 Kongres AmerikaSyarikat telah meluluskanPublic Law 94-142 .Undang-undang ini menjamin bahawa setiap individu di antara umur 3 hingga 21 tahun akanmenerima pendidikan percuma dalam persekitaran yang tidak menghalang perkembanganintelek mereka. Undang-Undang ini memberi kuasa kepada 50 buah negeri di Amerika Syarikatdan pihak berkuasa tempatan melindungi hak serta memenuhi keperluan bayi, kanak-kanak danbelia berkeperluan khas serta keluarga mereka. Melalui undang-undang ini, kanak-kanak kelainanupaya atau berkeperluan khas dibenarkan belajar bersama dengan kanak-kanak normal ataubiasa. Sekiranya kelainan upaya kanak-kanak itu menyebabkan dia tidak menunjukkankemajuan dalam kelas biasa maka dia ditempatkan dalam kelas khas.Pada tahun 1990, Public Law 94 -142 diperluaskan dibawah akta dinamakan Individuals withDisabilities Education Act (IDEA). Undang-undang ini menunjukkan betapa penting hak orangkelainan upaya dilindungi.Antara yang ditekankan dalam undang-undang ini ialah:Penyediaan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Ini bermakna pendidikan kanak-kanak khas ini adalah percuma.Semuanya dibiayai oleh kerajaan yang mendapat hasil daripada sistem percukaian negara.. 11
  12. 12. Pendidikan bagi kanak-kanak berkeperluan khas dilaksanakan dalam persekitaran yang tidakmenghalangkan mereka untuk berkembang. Ini bermaksud tidak ada pengasingan sama adadalam bentuk sekolah atau kelas dalam pelaksanaan pendidikan khas. Kanak-kanakberkeperluan khas boleh belajar di dalam sekolah awam biasa dan di dalam kelas kanak-kanakbiasa. Pendidikan sebegini dikenali sebagai ³pendidikan inklusif´.Kanak-kanak berkeperluan khas dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasidalam penilaian pendidikan. Penilaian pendidikan dilaksanakan dalam pelbagai cara. Namundengan terlaksananya undang-undang ini, penilaian ke atas kanak-kanak berkeperluan khashendaklah mengambil kira ciri-ciri yang ada pada kanak-kanak berkeperluan khas dan hendaklahdisesuaikan dengan kecacatan ,kekurangan atau kelainan upaya mereka.Penglibatan ibu bapa amat penting dalam merancang dan menentukan perkembanganpendidikan setiap murid. Ini memberi ruang kepada ibu bapa yang mempunyai kanak-kanakberkeperluan khas untuk melibatkan diri dalam merancang dan menentukan perkembanganpendidikan untuk anak-anak mereka. Guru pendidikan khas dikehendaki menyediakanrancangan pendidikan individu bagi setiap murid berkepeluan khas dengan mengikut proseduryang ditetapkan. Ini membolehkan guru merancang objektif yang hendak dicapai oleh muridberkeperluan khas dalam satu jangka masa tertentu semasa kanak-kanak ini bersekolah denganmengambil kira potensi dan kelainan upaya seseorang kanak-kanak berkeperluan khas.. Konsepkolaborasi dalam pendidikan diamalkan iaitu satu konsep yang melibatkan pelbagai pihak ataupelbagai disiplin seperti ibu bapa, kaunselor, guru khas, pegawai kesihatan dan guru matapelajaran terlibat sama dalam merancang pendidikan murid-murid berkeperluan khas.Sebelum IDEA, ramai kanak-kanak tidak diberi peluang pendidikan. Pada tahun 1970, hanyaseorang daripada lima kanak –kanak kurang upaya berpeluang pergi ke sekolah. Kebanyakkannegeri-negeri di Amerika Syarikat mempunyai undang-undang yang tidak membenarkan kanak-kanak pekak, buta, kecelaruan emosi atau kerencat mental menghadiri sekolah biasa.Oleh kerana IDEA kini program intervensi awal disediakan untuk lebih 200,000 bayi dan kanak -kanak kurang upaya. Pada tahun 2000 di Amerika Syarikat kira-kira 6.5 juta kanak-kanak danbelia menerima pendidikan khas dan perkhidmatan lain bagi memenuhi keperluan mereka. Lebihramai pelajar kelainan upaya menghadiri sekolah di kawasan perumahan masing-masing yang 12
  13. 13. dahulunya tidak terbuka untuk mereka. Pelajar kelainan upaya yang belajar dalam kelas ataubangunan terasing telah berkurangan dan kini belajar bersama dengan pelajar lain.IDEA dilihat sebagai satu pembaharuan yang mana pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluankhas diberi perhatian yang lebih khusus. Melalui akta ini juga konsep pendidikan untuk semua danpendemokrasian pendidikan diperkemaskan. Ibu bapa yang mempunyai anak berkeperluankhas. dilibatkan dalam perancangan pendidikan anak-anak mereka. Di samping itu konsepkolaborasi dalam pendidikan yang membabitkan pihak dalam pelbagai kepakaran disepadukanuntuk kepentingan masa depan kanak-kanak berkeperluan khas. Akta ini juga dijadikan asaspanduan dalam pelaksanaan pendidikan khas di negara-negara lain termasuk Malaysia.1.2.1.2 Laporan WarnockLaporan Warnock yang dikeluarkan pada tahun 1974 mencetuskan permulaan pendidikanpemulihan di England. Jawatankuasa Inkuiri Pendidikan Kanak-kanak Cacat Warnockditubuhkan dengan tujuan mengkaji semula pendidikan khas di Britain. Laporan Warnock yangdiumumkan pada 1978 mempengaruhi perkembangan dan pembangunan pendidikan khas diBritain. Walaupun cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam laporan itu tidak dilaksanakanserta merta tetapi Laporan Warnock dijadikan asas dalam pelaksanaan pendidikan khas dancadangan -cadangan yang dikemukan dimasukkan dalam akta pendidikan pada tahun-tahunberikutnya seperti konsep pendidikan inklusif yang secara langsung memansuhkan konseppengasingan yang diamalkan sebelumnya.Laporan ini menekankan kepada konsep percampuran antara kanak-kanak berkeperluan khasdengan kanak-kanak biasa yang dikenali sebagai integrasi atau inklusif. Konsep integrasi atauinklusif menekankan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harianbiasa dan berpeluang bergaul dengan kanak-kanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan diamalkansehingga ke hari ini termasuk di Malaysia. Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan kepentinganperanan ibu bapa dalam pelaksanaan pendidikan khas.Manakala Akta Kanak –kanak 1989 (Childrens Act, 1989) menyarankan dua perubahan untukmemperkukuhkan pelaksanaan pendidikan khas . Pertama, amalan membuat diagnosis ke ataskanak-kanak berkeperluan khas yang sebelum ini dilakukan oleh ahli perubatan sahaja dipindakepada konsep koloboratif iaitu, diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam 13
  14. 14. pendidikan khas mengikut kepakaran dan keperluan. Umpamanya, ahli psikologi pendidikanmembuat diagnosis ke atas keperluan mengikuti pendidikan dan ahli patologi bahasa membuatpenilaian terhadap keupayaan berbahasa ke atas kanak-kanak berkeperluan khas. Jelas sekaliakta ini memberi ruang kepada pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran melibatkan diri dalammenentukan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas.Keduanya, konsep pengasingan tempat belajar kanak-kanak berkeperluan khas diganti dengankonsep integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar bersama dengankanak-kanak biasa dalam sekolah dan kelas yang sama. Kedua-dua akta (Akta Pendidikan 1981dan Akta Kanak-kanak 1989) tersebut telah mengambil kira cadangan-cadangan dalam LaporanWarnock. Hal ini selari dengan apa yang berlaku di Amerika. Perubahan yang berlaku berkaitrapat dengan kesedaran masyarakat dan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadappendidikan kanak-kanak berkeperluan khas di Britain. Latihan 3: Berdasarkan kepada Akta PL 94-142 Amerika dan Laporan Warnock England, anda dikehendaki membina satu carta yang menggambarkan bagaimana kedua-dua akta tersebut telah berjaya memberi peneguhan kepada program pemulihan.1.2.1.3 Jomtien – World Conference on Education for All (WCEFA) 1990Lebih 40 tahun dulu kebayakan negara-negara di dunia bersuara melalui DeklarasiHak Asasi Manusia Sejagat, menyuarakan bahawa setiap individu mempunyai hakuntuk mendapat pendidikan. Hasil dari pertemuan dalam berbagai konvensyen diseluruh dunia mengenai hak untuk mendapat pendidikan atau pendidikan untuksemua maka tercatat suatu realiti seperti berikut;  Terdapat lebih 100 juta kanak-kanak termasuk 60 juta kanak-kanak perempuan tidak mendapat peluang untuk bersekolah. 14
  15. 15.  Kebanyakan negara sama ada negara industri atau negara membangun, terdapat lebih 960 juta orang dewasa termasuk dua pertiga (2/3) daripadanya wanita adalah bermasalah dalam literasi dan buta literasi atau buta huruf.  Lebih satu pertiga (1/3) orang dewasa tidak dapat mencapai maklumat melalui bahan-bahan bercetak, kemahiran-kemahiran dan teknologi baharu yang boleh meningkatkan kualiti hidup, membantu mereka menyesuaikan diri dengan perubahan budaya dan sosial.  Lebih 100 juta kanak-kanak dan orang dewasa gagal menamatkan persekolahan dan berjuta lagi yang hanya memenuhi kedatangan ke sekolah tetapi tidak menguasai pengetahuan dan kemahiran sepatutnya.Terdapat sepuluh artikel penting dihasilkan dalam persidangan WCEFA pada tahun1990 iaitu; 1. Memenuhi keperluan pembelajaran asas. 2. Membentuk visi 3. Menggalakkan ekuiti dan akses sejagat. 4. Memberi penumpuan kepada penguasaan pembelajaran. 5. Meluaskan makna dan skop pendidikan asas. 6. Meningkatkan persekitaran pembelajaran. 7. Mengukuhkan kerjasama. 8. Membangunkan polisi yang menyokong. 9. Menggerakkan resos 10. Mengukuhkan solidariti antarabangsa 15
  16. 16. 1.2.1.4 Framework for Action on Special Needs Education (FASNE). Salamanca, Jun 1994.Delegasi Persidangan Antarabangsa mengenai Pendidikan Khas yang disertai oleh92 kerajaan dan 25 organisasi antarabangsa yang bersidang di Salamanca,Sepanyol dari 7-10 Jun 1994 telah menghasilkan satu rangkakerja untuk tindakanmengenai pendidikan khas bagi panduan kerajaan-kerajaan dan organisasi-organisasi yang terlibat. Para delegasi persidangan ini telah menggariskankenyataan berikut;  Setiap kanak-kanak mempunyai hak ke atas pendidikan dan mesti diberi peluang untuk mencapai dan mengekalkan suatu tahap pembelajaran yang sesuai.  Setiap kanak-kanak mempunyai ciri-ciri, minat, keupayaan dan keperluan pembelajaran yang unik.  Sistem dan program-program pendidikan seharusnya dibentuk dan dilaksanakan dengan mengambil kira kepelbagaian keperluan dan ciri-ciri ini.  Mereka yang memerlukan pendidikan khas mesti berpeluang belajar di sekolah-sekolah biasa yang memenuhi kepeluan mereka melalui pendekatan pedagogi yang berpusatkan murid.  Sekolah-sekolah biasa yang berorientasikan pendidikan inklusif amat berkesan dalam menangani diskriminasi sikap, mencipta komuniti yang mesra, membina masyarakat yang inklusif dan mencapai pendidikan untuk semua. Selain itu sekolah ini menyediakan pendidikan yang berkesan termasuk kos untuk majoriti kanak-kanak dalam sistem pendidikan ini.Hasil daripada persidangan ini kebanyakan kerajaan yang terlibat telah mengambillangkah dalam meningkatkan polisi dan kewangan untuk membolehkan semuakanak berpeluang mendapat pendidikan yang sesuai dan berkesan untukmelangsungkan kehidupan sebagai rakyat yang dapat memberi sumbangan kepadakesejahteraan masyarakat dan negara. 16
  17. 17. Latihan 4: Soalan berikut membawa pelajar menguasai isi pelajaran. Ulasan anda akan lebih mantap sekiranya anda dapat melayari laman web berkaitan untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci.Berdasarkan kepada Jomtien WCEFA 1990 dan FASNE Salamanca 1994, andadikehendaki membina satu ulasan yang menggambarkan bagaimana kedua-duapersidangan tersebut telah berjaya memberi peneguhan kepada program pemulihan.1.2.1.5 Sejarah Pendidikan Pemulihan Dalam NegaraBermula pada tahun 1965 apabila 3 orang guru yang mendapat latihan di Englandkembali berkhidmat di Malaysia. Sehingga 1968, seramai 9 orang guru telahmendapat latihan diluar negara. Program pendidikan pemulihan di Malaysia bermulasebagai ’Pilot Projek’ di sembilan buah sekolah rendah di seluruh Malaysia. Projekini telah bermula di awal tahun 1967 dan berakhir pada tahun 1970. dari kajian yangdijalankan terhadap sekolah-sekolah tersebut didapati Program PendidikanPemulihan sangatlah diperlukan bagi membantu kanak-kanak yang menghadapimasalah pembelajaran.Dalam tahun 1968 hingga 1974 kerajaan telah membekukan pengambilan guru-guruberkursus di bidang pendidikan pemulihan. Berdasarkan Laporan Murad 1971,didapati 25% murid-murid sekolah rendah telah tercicir. Kesedaran kerajaanterhadap peratusan keciciran murid-murid di sekolah-sekolah rendah menguasaikemahiran-kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira menyebabkankerajaan mengambil langkah-langkah awal yang positif Laporan Murad dari tahun1971 hingga 1973 telah menyedarkan semula kerajaan akan pentingnya Program 17
  18. 18. Pendidikan Pemulihan. Pada tahun 1975 seminar yang pertama telah diadakan diUniversiti Malaya.Disamping itu juga dalam tahun 1975, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK),Kementerian Pendidikan Malaysia telah menjalankan projek percubaan dalamPendidikan Imbuhan untuk sekolah rendah bawah di dua belas buah sekolahdengan menggunakan strategi pendidikan pemulihan dijalankan oleh guru kelasbiasa. Murid-murid yang terlibat dalam projek ini ialah mereka yang menghadapimasalah pembelajaran ringan dalam Bahasa Melayu, Matematik dan BahasaInggeris. Murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran yang kompleksdiserahkan kepada guru pemulihan khas.Projek Pendidikan Imbuhan ini lebih menekankan kepada kanak-kanak yang kurangbernasib baik dan daripada status ekonomi sosial yang rendah. Mereka diberibantuan dari segi makanan tambahan, pinjaman buku teks dan programpembangunan masyarakat. Walau bagaimanapun projek ini tidak berjaya keranakanak-kanak lain yang mendapat faedah dan menyebabkan masih ada lagi kanak-kanak yang tercicir. Projek ini dihentikan dan ditumpukan terus kepada PendidikanPemulihan Khas.Pada tahun yang sama Kementerian Pendidikan Malaysia mengadakan KursusDalam Cuti (KDC). Peserta-peserta kursus adalah terdiri dari guru-guru terlatih darisekolah-sekolah rendah. Jawatankuasa kursus adalah seperti berikut :- i. 2 minggu dalam cuti penggal pertama ii. 2 minggu dalam cuti penggal kedu iii. 4 minggu dalam cuti penggal ketigaAdalah menjadi matlamat utama kerajaan dibawah pengelolaan Jabatan PendidikanMalaysia untuk menyediakan setiap sekolah rendah dengan guru pemulihan yangterlatih. Ekoran dari itu beberapa Maktab Perguruan di seluruh negara telahmenyediakan kursus tersebut. 18
  19. 19. Tahun Pusat kursus Tempoh kursus 1975 Universiti Malaya 2 minggu 1976 Maktab Perguruan Teknik 3 minggu 1977 Maktab Perguruan Teknik 3 minggu 1978 Maktab Perguruan Teknik 2 minggu 1979 Di peringkat Negeri 10 X SabtuPada tahun 1977 kursus satu tahun telah dijalankan di Maktab Perguruan Ilmu Khas,Kuala Lumpur. Pada tahun 1981 Kementerian telah mengadakan kursus dalam cutipenggal persekolahan hingga sekarang. Kursus-kursus jangka pendek jugadiperkenalkan untuk menampung kekurangan guru-guru pemulihan yangmempunyai latihan khas jangka pendek.1.2.1.5.1 Projek khasDilaksanakan setelah mendapat sumbangan daripada yayasan Van De Leer dariBelanda. Pendidikan Imbuhan telah dilaksanakan. Projek khas ini dilaksanakandengan kerjasama Universiti Malaya.1.2.1.5.2 Latihan guruSelama ini kursus khas pemulihan hanya dijalankan dalam bentuk kursus dalamperkhidmatan iaitu melibatkan guru-guru terlatih yang sedang berkhidmat. Kursusyang ditawarkan adalah dalam bentuk sepenuh masa dan juga dalam cuti dari duahari hinggalah satu tahun.Mulai Julai 2007 kursus ini telah ditawarkan sebagai kursus pra perkhidmatan bagikursus perguruan lepas ijazah. Kursus ini dijalankan secara sepenuh masa dan jugadalam mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) melalui kursus dalamcuti. 19
  20. 20. Latihan perguruan dalam bidang pendidikan pemulihan terus berkembang keperingkat Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang dilaksanakan secarasepenuh masa bermula pengambilan pelajar ijazah pertama ini pada Januari 2009.1.2.2 Pelaksanaan program pendidikan pemulihanWalau pun latihan guru pemulihan telah dilaksanakan secara intensif sejak tahun80’an tetapi pelaksanaan program masih lagi tidak dapat dijalankan denganberkesan kerana pelbagai masalah yang akan dibincangkan kemudian. Mulai tahun2007 Kementerian Pelajaran mula memberi perhatian serius bagi menjayakanprogram pemulihan.1.2.3 Arahan dan surat-surat pekeliling1.2.3.1 Arahan pelaksanaan program pendidikan pemulihan.Laporan Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 (Perakuan 5):’Adalah diperakukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan langkah-langkah pengajaran pemulihan selepas daripada ujian rujukan kriteriadijalankan, diteliti dan diperbaiki. Antara lain perkara-perkara tersebuttermasuklah kaedah-kaedah mengajar, bahan-bahan bantu mengajar yangsesuai, saiz kelas yang lebih kecil, peruntukan guru bagi mengendalikanpengajaran pemulihan serta penggunaan bahan-bahan tertentu’. :1.2.3.2 Surat-surat pekeliling berkaitan pelaksanaan program pendidikan pemulihan  Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. KP(BS)8691/Jld.II/32 bertarikh 22 Januari 1985. “Guru Khas Pendidikan Pemulihan”.  Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. KP(BS)8502/5/PK/Jld.V/26 bertarikh 18 Januari 1986. “Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah-Sekolah Rendah 1986”. 20
  21. 21.  Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. KP(BS)85021/5/PK/Jld.V/(34) bertarikh 30 Jun 1989. “Guru Khas Pemulihan dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan di Sekolah-Sekolah Rendah”.Latihan 2 Hubung kaitkan peranan Laporan Murad 1971 dengan perkembangan program pendidikan pemulihan di Malaysia. Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan. Bincangkan implikasi surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap program pendidikan pemulihan di sekolah-sekolah rendah. 21
  22. 22. Program Pemulihan Dalam dan Luar Negara1.2.4 Program pendidikan pemulihan di Malaysia1.2.4.1 Program Pendidikan Pemulihan KhasProgram Pendidikan Pemulihan Khas mula diberi perhatian oleh pihak KementerianPelajaran Malaysia setelah Laporan Murad 1972 melaporkan terdapat 25% murid-murid sekolah rendah tercicir dan tidak menguasai kemahiran membaca, menulisdan mengira. Kursus dalam perkhidmatan diperkenalkan di mana guru-guru yangberminat dalam bidang pendidikan pemulihan ini dihantar mengikuti kursus 14minggu dan Kursus Sijil Perguruan Khas selama satu tahun bermula pada tahun1990an.Laporan akhbar Berita Harian keluaran 27 November 2007 menyatakan kira-kira100,000 murid Tahun Satu tidak dapat menguasai 3M iaitu membaca, menulis danmengira sudah tentu mengejutkan. Jumlah ini mewakili 23 peratus keseluruhanmurid Tahun Satu.Laporan ini menggusarkan kita tentang kadar keciciran bakal berlaku pada peringkatpeperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah(PMR) dan Sijil Persekolahan Malaysia (SPM) kelak. Berdasarkan keadaan ini,Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif menganjurkan KursusPerguruan Lepas Ijazah (KPLI) secara sepenuh masa, Latihan PerguruanBerasaskan Sekolah (LPBS) secara kursus dalam cuti dan diikuti Program IjazahSarjana Muda Perguruan bermula pada bulan Januari tahun 2009.Program Pendidikan Pemulihan Khas dilaksanakan di dalam sebuah kelas khassecara sistem ’withdrawal’. Program ini dikelolakan oleh guru yang menerima latihankhas dan mempunyai sijil, diploma atau ijazah dalam pendidikan pemulihan khas.Murid-murid yang ditempatkan dalam kelas khas ini adalah murid dari kelas biasa 22
  23. 23. yang telah mengikuti program pemulihan dalam kelas biasa. Murid yang akanditempatkan di kelas khas ini perlu mengikuti prosedur tertentu setelah dicalonkansebelum berjaya diterima mengikuti pendidikan pemulihan khas. Prosedur-prosedurini adalah seperti yang telah dijelaskan dibawah tajuk 1.1.2.2 di atas.Sistem ’withdrawal’ yang diamalkan menuntut guru-guru pendidikan pemulihan khasmelaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan rajin, tekun, bertenaga denganbahan bantu mengajar yang menarik dan sesuai, berasaskan model pengajarantertentu sehingga murid-murid yang ditempatkan di kelas pemulihan khas ini mampumenguasai kemahiran-kemahiran yang gagal dikuasai di kelas biasa danditempatkan semula di kelas biasa. Murid-murid yang terpilih ini akan hadir di kelaspemulihan khas pada waktu tertentu untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaranberkaitan pemulihan Bahasa Melayu (membaca dan menulis) dan Matematik(mengira). Pada waktu mata pelajaran lain murid-murid ini akan mengikutipengajaran dan pembelajaran di kelas biasa.1.2.4.2 Program pendidikan pemulihan dalam kelas KBSRProgram pendidikan pemulihan dalam kelas KBSR adalah di bawah tanggung jawabguru mata pelajaran KBSR. Guru mata pelajaran sepatut menilai pencapaian muridpada setiap sesi pengjaran dan pembelajaran. Pada akhir sesi pengajaran danpembelajaran tersebut guru membuat analisis terhadap pencapaian murid danseterusnya menentukan adakah terdapat murid yang gagal menguasai kemahiranyang diajar. Sekiranya terdapat murid yang gagal menguasai kemahiran yang telahdiajar, maka guru mata pelajaran tersebut perlu melaksanakan pendidikanpemulihan dalam darjah dengan segera agar murid tersebut tidak ketinggalan danjika dibiarkan, kemungkinan murid akan mengumpul kemahiran-kemahiran yanggagal dkuasainya.Program pendidikan pemulihan yang dilaksanakan oleh guru mata pelajaran ini lebihberfokus kepada kegagalan murid menguasai kemahiran yang diajar pada waktutersebut. Program pemulihan dalam kelas KBSR ini menggunakan sukatan matapelajaran KBSR. Kegagalan berterusan murid yang telah mengikuti programpemulihan dalam kelas KBSR ini membantu guru mata pelajaran untuk 23
  24. 24. mencalonkan murid tersebut agar dapat dibantu dengan lebih khusus dalamprogram pendidikan pemulihan khas.1.2.4.3 Program Literasi dan Numerasi (LINUS)Program Literasi dan Numerasi (LINUS) akan mula dilaksanakan mulai 2010 hingga2012 di seluruh negara. Program LINUS yang bertujuan memastikan semua muridTahun 1 pada 2010 dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis (literasi)dan mengira (numerasi) selepas tahun 2012, iaitu berada di Tahun 4. Pelaksanaanprogram LINUS ini merupakan sebahagian daripada NKRA Kementerian PelajaranMalaysia yang disasarkan menjelang tahun 2012. Sehubungan itu, semua guruTahun 1 yang mengajar Bahasa Melayu dan Matematik diwajibkan mengikuti kursuspengajaran dan pembelajaran modul LINUS mulai tahun 2010. Kursus tersebut yangdikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Guru, KPM akan dilaksanakan di seluruhnegara mengikut zon negeri masing-masing.1.2.4.4 Program Pendidikan Pemulihan Khas Murid Orang Asli (PKMOA)Pendidikan peringkat rendah bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang, sertaberkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi danjasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) danFalsafah Pendidikan Kebangsaan.Pada peringkat ini Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib selarasdengan status Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmiNegara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkanmurid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatahMelayu ‘melentur aur biarlah dari rebungnya’.Selaras dengan tujuan di atas,Program Khas Murid Orang Asli telah dirancang oleh Kementerian Pendidikan untukmemenuhi keperluan pendidikan murid Orang Asli yang tidak dapat menguasaikemahiran asas lisan, membaca dan menulis. Mereka akan menjalani programTahun Pemulihan selepas Tahun 2. 24
  25. 25. Pusat Perkembangan Kurikulum telah menyediakan bahan kurikulum BahasaMelayu Tahun Pemulihan seperti berikut :1. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Pemulihan2. Modul Buku Aktiviti3. Bahan Bantu Mengajar (kad imbasan, papan magnetik dan magnet).Huraian Sukatan Pelajaran Tahun Pemulihan Bahasa Melayu memuatkan senaraikemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan bertutur (lisan), membaca, danmenulis yang perlu dikuasai oleh murid dalam Tahun Pemulihan. Huraian SukatanPelajaran ini berasaskan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR yang sedia ada.1.2.4.5 Program Tiga M (PROTIM)PROTIM Bahasa Melayu sebenarnya dikhususkan kepada murid yang mengalamikesulitan dalam menguasai kemahiran asas membaca dan menulis di sampingmengira, tiga kemahiran asas yang menjadi fokus dalam KBSR.Objektif pengajaran pemulihan pula adalah seperti berikut :  membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran- kemahiran tertentu  mengubah sikap murid yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran  memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran. Program pemulihan pula dilaksanakan setelah murid dicalonkan, melalui ujiansaringan dan diagnostik. Biasanya murid yang terlibat adalah tahun 2 dan 3. Namundemikian, untuk murid tahun 4 dan 5, bergantung kepada budi bicara gurupemulihan dan rundingan dengan semua pihak dalam organisasi.PROTIM pula adalah sebahagian daripada sejarah hidup program pemulihan.PROTIM mempunyai maksud dan tujuan yang sama dengan pemulihan. 25
  26. 26. PROTIM dilaksanakan di sekolah bagi murid yang juga menghadapi masalah 3Mdalam kategori aras rendah. Sasaran program PROTIM ini adalah untuk murid tahun4, 5 dan 6 pada mulanya akan terlibat dalam program PROTIM ini. PROTIM bagiTahun 6 pula dijalankan selepas murid-murid selesai menduduki peperiksaan UPSR.Sebelum PROTIM diperkenalkan, Guru Pemulihan bertanggungjawab sepenuhnyamengajar murid yang bermasalah 3M ini. Setelah kajian dijalankan, satu pekelilingdikeluarkan supaya diwujudkan PROTIM bagi mengurangkan beban yangditanggung oleh Guru Pemulihan.Pelaksanaan PROTIM bermula pada awal tahun dan dilaksanakan oleh guru matapelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Murid yang mengikuti PROTIM akandibekalkan dengan satu modul yang diedarkan oleh Kementerian Pelajaran kepadasetiap sekolah. Untuk mengetahui sejauh mana pencapaian murid, satu ujianhendaklah dijalankan.Soalan disediakn bersama modul yang disertakan bersamasurat pelakasanaan PROTIM. Murid yang gagal mendapat keputusan 90% dan keatas hendaklah mengikuti PROTIM.1.2.4.6 IPP3M (Instrumen Penentu Penguasaan 3M)IPP3M diperkenalkan bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan muriddalam kemahiran asas 3M. Hasil analisa maklum balas dari murid yangmenggunakan istrumen IPP3M ini dapat menentukan kumpulan murid yang perlumeneruskan program pemulihan. Instrumen ini juga dapat memberi maklumattentang tindakan yang patut diambil untuk membantu murid yang berkenaan.1.2.4.7 Kelas Intervensi Awal 2M (KIA2M)Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) merupakan satuprogram yang dirancang khusus untuk membantu murid tahun satu menguasaikemahiran asas iaitu membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Pada masayang sama program ini adalah bertujuan untuk membantu murid yang belummenguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahunsatu. 26
  27. 27. Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belummenguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiridaripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukanpemulihan dalam kelas. Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasaikemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. KIA2M ini akan dijalankan spenuhmasa oleh guru Bahasa Melayu tahun satu.Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankansepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan. Subjek-subjekPendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Senidigabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu.Secara keseluruhannya program ini dijalankan selama 3 atau 6 bulan. Masa yangdijalankan merupakan pilihan yang dibuat oleh sekolah. Selain itu juga semua muridtahun satu akan mengikuti ujian penapisan. Ujian ini merupakan ujian yangterpenting bagi mengetahui murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas iaitukemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Murid yang lulus akanmeneruskan kelas biasa manakala murid yang gagal, mereka akan ditempatkandalam program ini.Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulahsesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas inidengan seberapa segera yang boleh. Anda dikehendaki membincangkan tentang proses pelaksanaan IPP3M, IPP2M dan KIA2M di sekolah anda. Bincangkan dan sediakan bahan perbincangan ada menggunakan power point. Hantar CD tersebut.1.2.5 Program pendidikan pemulihan di luar negaraSecara ringkasnya dua buah negara yang terkenal kerana pendidikanpemulihannya ialah Amerika dan England. Perkembangan di Amerika berkembangpesat setelah termaktubnya PL 94-142, sementara di England pula selepas Laporan 27
  28. 28. Warnock. Menurut Geof Sewell(1982) pendidikan pemulihan mula di perbincangkanlewat 1800. Perkembangannya dapat di lihat di dua buah negara:Ministry of Education (1946 &1953) ; mentakrifkan satu kategori kanak-kanaksubnormal dari segi pendidikan sebagai kanak-kanak yang terencat lebih dari 20%daripada umur mereka dan gred kebolehannya tidaklah serendah dan seterukmereka yang tidak boleh diberi pendidikan. Department of Education and Science(1964) (ch.2,para.1);mencadangkan istilah ’educationally subnormal’ ditukar kepada’pronounced educational backwardness’ dan yang selebihnya sebagai ’slow learner’.Malangnya ordinan ini tidak begitu dipakai kerana kerana kebanyakkan orangberasa malu untuk menerima istilah ’slow learner’ kerana kategori ini tidak menerimakeistimewaan seperti golongan khas lain. Oleh itu istilah yang mudah diterima ialah“pendidikan pemulihan”Menurut Geof Sewell(1982), krisis ekonomi lewat 70an dan 80an telah menjejaskanpendidikan pemulihan dengan teruk. Kekosongan jawatan guru tidak diisi dan yangsedia ada dalam perkhidmatan terancam.Snell dan Anderson (2000), The Department of Education dalam penilaiannyaterhadap program pemulihan yang telah dijalankannya selama 30 tahun dan telahberbelanja lebih 120 billion mendapati bahawa program pemulihan yang dijalankangagal menaikkan pencapaian kanak-kanak yang tidak bernasib baik. Maka pada1994, penguatkuasaan semula dari program pemulihan bercorak individu kepadapemulihan seluruh sekolah dilakukan. Model-model dibina dan penilaiankeseluruhan sekolah tidak terpisah dari program-program khas.Pada awal 1990, wujud di sekolah-sekolah awam ’private remedial educationpartnership’ dengan syarikat swasta seperti Sylvan Learning Systems dan KaplanEducational Services. Pada 1998, Sylvan Learning System mendapat kontrak 13.8million di Compton,California dimana mutu pendidikan sangat rendah sehinggakerajaan negeri terpaksa ambil-alih dari daerah. Penilaian awal menunjukkan pelajardi dalam program mendapat aras gred setanding selepas pengajaran selama 20jam. Program ‘Sylvan at School’ dijalankan keatas 80 000 pelajar di 850 buahsekolah tidak kira sekolah awam ataupun tidak. 28
  29. 29. Topik 2SINOPSIS Strategi Pelaksanaan Program PemulihanTopik ini akan membincangkan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan strategipelaksanaan program pemulihan. Topik ini adalah berkaitan dengan aspekpencalonan murid, proses saringan, proses diagnosis dan analisis ujian sertatindakan susulan.Tajuk ini juga akan menerangkan mengenai proses-proses yangdilalui oleh seorang murid pemulihan yangterpilih untuk mengikuti kelas pemulihan.HASIL PEMBELAJARANPada akhir topik ini anda akan dapat: 1. mengenal pasti strategi pelaksanaan program pemulihan 2. mengetahui bagaimana pencalonan murid pemulihan dilaksanakan. 3. mengetahui proses pelaksanaan ujian diagnostik ke atas murid-murid pemulihan 4. memahami bagaimana proses pemilihan murid-murid pemulihan dilakukan.2.1 PengenalanProgram pemulihan merupakan satu program yang bertujuan untuk membantumurid-murid yang tidak menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira.Dalam melaksanakan program tersebut ia memerlukan satu proses yang salingberkaitan di antara satu sama lain. Proses yang terlibat ialah pencalonan murid,ujian saringan, ujian diagnosik dan analisis ujian dan tindakan susulan. 29
  30. 30. 2.2 Proses Pelaksanaan Pemulihan2.2.1 Carta Alir Proses Program Pemulihan Pencalonan danKelas Biasa / Tindakan Pengumpulan Susulan Maklumat Ujian Saringan Sudah Menguasai 3M Belum menguasai Kemahiran 3M Ujian Diagnostik Dan Ujian Pengamatan Analisa Ujian Diagnostik Dan Ujian Pengamatan Penyediaan Rancangan Pengajaran Sudah Menguasai Kemahiran 3M Pengajaran & Pembelajaran Belum menguasai Kemahiran 3M. Meneruskan Pengajaran Pemulihan Penilaian 30
  31. 31. 2.2.2 Pencalonan MuridPencalonan murid pemulihan adalah proses utama kepada pemilihan calon untukditempatkan di dalam program pemulihan. Pencalonan murid pemulihan bolehdilakukan oleh :2.2.2.1 Guru KelasGuru Kelas boleh mencalonkan murid-murid untuk mengikuti kelas berdasarkanpencapaian murid dalam kemahiran menulis, membaca dan mengira, hasil kerjamurid dalam kelas, keputusan ujian bulanan, semester dan ujian setiap kemahiran.2.2.2.2 Guru Mata PelajaranGuru mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik juga boleh mencalonkanmurid yang diajar oleh mereka untuk mengikuti kelas pemulihan berdasarkankepada pencapaian mereka. Apabila murid-murid ini lemah dan tidak menguasaikemahiran yang disasarkan maka mereka layak untuk dicalonkan ke kelaspemulihan.2.2.2.3 Guru BesarGuru Besar boleh mencadangkan murid-murid berdasarkan penelitian kad-kadlaporan murid dan pemerhatian secara am sama ada di sekolah atau di luar sekolah.2.2.2.4 Ibu bapa / penjagaIbu bapa atau penjaga boleh mencalonkan anak-anak mereka untuk mengikutiprogram pendidikan pemulihan khas berdasarkan masalah pembelajaran anakmereka. 31
  32. 32. 2.2.2.5 Ujian Pelepasan KIA 2 MMurid-murid boleh dicalonkan berdasarkan kepada Ujian pelepasan KIA 2M bagimurid Tahun 1. Bagi murid yang tidak melepasi Ujian Pelepasan KIA 2M makamereka layak dicalonkan untuk mengikuti saringan program pemulihan. Masa yangpaling baik sekali ialah di awal tahun persekolahan.2.3 Proses Pengumpulan Maklumat(a) Butir-butir individu dan prestasi murid akan menolong guru pemulihanmemahami murid yang dicalonkan. Ini akan membolehkan seorang guru pemulihanmembuat keputusan sama ada murid itu akan mengikuti program pemulihan atautidak.(b) Daripada rekod individu, guru pemulihan dapat tahu tentang beberapa aspekpenting seperti kesihatan, taraf ekonomi keluarga dan kebudayaan di rumah yangmungkin ada hubungan dengan kegagalan murid.(c) Kemajuan akademik dapat menunjukkan prestasi murid dalam matapelajaran-mata pelajaran asas.(d) Lain-lain sumber maklumat ialah :- (i) Guru Besar boleh campurtangan berdasarkan peninjauan rekod murid, pemerhatian dan perhubungan. (ii) Guru kelas boleh menambahkan maklumat dengan mengambil tahu berkenaan dengan kehadiran, ketepatan masa ke sekolah, kadar dan taraf kerja, kebiasaan-kebiasaan serta perhubungan dengan murid-murid lain. (iii) Ibu bapa boleh memberitahu tentang tingkah laku umum, kegemaran dan perkara-perkara yang ia tidak gemar serta sikapnya terhadap pelajaran. (iv) Borang rujukan yang boleh menunjukkan secara umum kelemahan 32
  33. 33. kelemahan murid.(e) Borang Rujukan mengandungi:- (i) kemahiran asas membaca dan menulis (ii) kemahiran asas mengira (iii) tingkah laku di bilik darjah2.3.1 Proses Saringan (a) Fungsi: Ujian saringan ialah satu instrumen pengukuran yang menyeluruh terhadap kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas oleh murid secara individu untuk dicalonkan bagi mengikuti Program Pemulihan Khas. Ujian ini dapat mengesan murid-murid yang lemah dan memerlukan bantuan pemulihan khas. Dengan lain perkataan Ujian Saringan bertujuan untuk menentukan calon yang layak untuk dimasukkan ke program pemulihan khas Bahan atau topik dalam Ujian Saringan merangkumi hanya kerja-kerja yang telah diajar oleh guru kelas sehingga masa saringan diberikan. Oleh itu senarai kemahiran yang diuji hendaklah ditentukan dan direkodkan dalam Jadual Penentu Ujian. Ujian boleh dijalankan apabila pencalonan diterima. Selain itu ujian akan dilaksanakan secara individu atau kumpulan kecil. Hasil daripada ujian akan direkodkan dalam Borang Rekod Ujian untuk difailkan. Bilangan murid yang diterima masuk ke kelas Pemulihan Khas berdasarkan beberapa faktor seperti skor yang lemah, jenis masalah yang dihadapi oleh murid dan ruang yang ada untuk Kelas Pemulihan Khas. (b) Instrumen Ujian Saringan: 33
  34. 34. (i) Instrumen Penentu Penguasaan 2M (IPP2M) - mata pelajaran Bahasa Malaysia (ii) (Arithmatics Screening Test)- Mathematics2.3.2 Proses Diagnosis Ujian diagnostik adalah ujian yang terpenting dalam Program Pendidikan Pemulihan Khas. Ujian ini digunakan untuk membantu guru pemulihan khas mengesan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh setiap murid. (a) Fungsi: Ujian Diagnostik wajib dijalankan dengan tujuan untuk membantu guru pemulihan khas mengesan kawasan-kawasan kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh seseorang murid secara khusus dan seterusnya membentuk objektif pengajaran (baseline). Ujian ini dibentuk bukan untuk menilai peringkat pencapaian tetapi untuk mengesan masalah-masalah yang dialami ketika belajar dan mengnal pasti punca kegagalan murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. (b) Instrumen Ujian Diagnostik Sebagai panduan untuk membina dan mentadbir Ujian Diagnostik, Guru Pemulihan Khas boleh merujuk Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M) terbitan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (2000). Di dalam buku panduan tersebut terdapat pelbagai kemahiran yang sedia digunakan untuk menguji tahap kelemahan murid yang terpilih untuk mengikuti kelas pemulihan. Guru hanya perlu memilih dan merancang serta membina ujian diagnostik yang benar-benar tepat serta mencapai kriteria yang dikehendaki. 34
  35. 35. Bagaimanakah proses pencalonan, ujian saringan dan ujian diagnostik . dapat membantu seorang guru melaksanakan program pemulihan di sekolah. Bincangkan.2.3.3 Analisa Ujian Diagnostik dan PengamatanPenganalisaan keputusan hendaklah dikumpul dan direkodkan dan diberiinterpretasi dengan cermat untuk mempastikan masalah-masalah murid. Keputusananalisa ujian diagnostik akan menunjukkan daerah-daerah kelemahan dan kekuatanseseorang murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. Cara ini dapat membantuguru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan daerah-daerahkesukaran yang dihadapi.Analisa kesalahan ujian tersebut juga dapat membantu guru merancang satuprogram pengajaran yang khusus kepada seseorang individu atau kepada satukumpulan dengan lebih tepat dan sistematik. Berdasarkan kepada analisa kesalahanujian diagnostik tersebut, guru pemulihan akan dapat mengenal pasti daerah-daerahkelemahan murid yang telah dipilih. Daerah-daerah kelemahan itu akan membantuguru untuk memilih kemahiran yang tepat untuk memulakan proses pengajaran danpembelajaran.2.3.4 Tindakan SusulanMurid yang telah dapat menguasai kemahiran yang telah dipulihkan akanmenjalankan kerja susulan yang dijalankan oleh guru kelas biasa dengan bantuandan kerjasama dari Guru Pemulihan Khas apabila perlu. Guru kelas, guru matapelajaran dan guru pemulihan perlu saling bekerjasama di antara satu sama lainbagi mengukuhkan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid pemulihan.Murid pemulihan yang berjaya menguasai kemahiran akan ditempatkan semula kekelas biasa untuk mengikuti proses pembelajaran seterusnya.. Mereka akan 35
  36. 36. sentiasa dipantau oleh guru pemulihan ketika berada di kelas biasa. Tujuannya ialahuntuk melihat perkembangan pelajar tersebut disamping membantu guru di kelasbiasa dalam proses pngajaran mereka. Jika terdapat masalah terhadap muridtersebut, maka guru pemulihan akan bertindak segera untuk menyelesaikannya.Dalam meneguhkan kemahiran yang telah dikuasai murid, guru kelas, guru matapelajaran dan guru pemulihan perlu bekerjasama di antara satu sama lain. Merekamesti membuat perancangan yang bersesuaian untuk murid tersebut agar merekadapat mengikuti proses pembelajaran di dalam kelas biasa. Guru kelas dan matapelajaran hendaklah mengenal pasti strategi, kaedah dan pendekatan pengajarandan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kebolehan murid yang telahdipulihkan.KesimpulanStrategi pelaksanaan program pemulihan merupakan satu langkah yang penting kearah kejayaan sesuatu program pemulihan di sekolah-sekolah. Strategipelaksanaan program tersebut dapat membantu guru pemulihan untukmelaksanakan program pemulihan dengan lebih berkesan. Selain daripada itustrategi pelaksanaan perlu mantap bagi melahirkan ciri-ciri pemulihan yang berkesanterhadap murid-murid yang gagal menguasai kemahiran menulis, membaca danmengira. Hubung kaitkan peranan Jadual Penentu Ujian dalam membina instrumen ujian diagnostik untuk murid-murid pemulihan. Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan. 36
  37. 37. Topik 3 Pendidikan Murid Pemulihan3.1 Intervensi AwalIntervensi awal (early intervention) yang diatur untuk kanak-kanak berkeperluankhas sejak dilahir hingga 6 tahun adalah sangat penting. Intervensi awal terdiridaripada gabungan usaha pendidikan, maklumat tentang pemakanan,perkembangan kemahiran motor, penjagaan diri, interaksi sosial dan sokongankeluarga yang dilaksanakan sejurus selepas ketidakupayaan dikenal pasti (Hanson& Lynch, 1989).Intervensi awal bermaksud memberi perkhidmatan rawatan, pemulihan, bimbingandan khidmat nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa sebaik sahaja sesuatukecacatan dikesan atau dikenalpasti dialami oleh kanak-kanak (Kail, 2001).Perkhidmatan ini diberikan seawal mungkin agar kanak-kanak tersebut bolehdiberikan bantuan dari aspek bahasa, sosial, emosi dan psikomotor agarperkembangan dalam aspek tersebut dapat diberikan agar tidak ketinggalan terlalujauh dari aspek perkembangan umur dan fizikal dibandingkan dengan kanak-kanaklain yang seusia.Intervensi awal boleh merupakan pengukuhan penguasaan bahasa,mempertingkatkan kemahiran matematik, memperkembangkan kemahiran motordan interaksi sosial. Intervensi awal yang intensif bertujuan untuk mengurangkankesan sesuatu kurang upaya kepada pemulihan dan mengelaknya menjadi lebihketara apabila kanak-kanak memasuki sekolah rendah. Mengapa amalan intervensiawal tidak berleluasa? Salah satu sebab ialah kadar pertumbuhan kanak-kanakyang sukar dijangkakan terutama pada peringkat umur yang muda.Golongan pendidik enggan mencadangkan kanak-kanak prasekolah yangmenghadapi kesukaran belajar mengikuti program pendidikan khas (Lerner, 2003). 37
  38. 38. Mereka lebih cenderung untuk mengaitkan kanak-kanak yang menghadapi masalahpemulihan dengan perkembangan lewat dan perlu diberi lebih banyak masa. Initelah menyebabkan kanak-kanak berkenaan tidak mendapat perkhidmatanpendidikan khas yang sewajarnya dan akhirnya gagal untuk menguasai kemahiranasas. Contohnya, kanak-kanak dyslexia [disebut ‘dis-lek-sia] (sejenis masalahpenyakit yang menjejaskan kemahiran bacaan), tidak dapat membaca pada tahapkanak-kanak lain ditafsir oleh guru sebagai lewat berkembang dan perlu diberi lebihbanyak masa.Latihan 1 Dengan merujuk bahan multimedia, berikan 5 ( lima ) kepentingan melaksanakan intervensi awal kepada kanak-kanak pemulihan.Bagi kebanyakan murid sekolah rendah, masalah pemulihan menjadi jelas apabilamereka gagal untuk menguasai kemahiran membaca, menulis dan menyelesaimasalah matematik. Tingkah laku yang sering dilihat ialah ketidakupayaan untukmemberi tumpuan atau hiperaktif (contohnya, tidak boleh duduk diam, murung atausebagainya).Lama kelamaan kurikulum menjadi semakin susah, apabila mereka dikehendakimempelajari bidang-bidang ilmu lain seperti sains dan sains sosial. Setelahbeberapa tahun mengalami kegagalan dalam bidang akademik, masalah emosimula muncul yang menghalang interaksi dengan murid lain.Oleh itu, intervensi awal sangat penting untuk membantu kanak-kanak ini (Lerner,Lowenthal dan Egan 2003). Para ibu bapa dan guru tidak harus berputus asaterhadap kanak-kanak pemulihan. Sebaliknya, mereka harus memberikan sokongansepenuhnya melalui usaha intervensi awal. 38
  39. 39. 3.2 Pentingnya Intervensi AwalKajian-kajian menunjukkan bahawa intervensi awal membawa kesan positif kepadakanak-kanak pemulihan, kanak-kanak kurang upaya dan yang berisiko tinggi dalamjangka masa pendek dan jangka masa panjang. Di Amerika Syarikat perkhidmatanintervensi awal (3 tahun ke bawah) diwajibkan untuk kanak-kanak yang mengalamiperkembangan lewat dan kanak-kanak berisiko tinggi (IDEA, 1990). Mengapa?Intervensi awal memainkan peranan penting dalam melengkapkan kanak-kanakpemulihan dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke sekolah rendah.Intervensi awal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada keluargadan masyarakat. Intervensi awal mempunyai impak yang positif kepada persekitaranterdekat kanak-kanak berkeperluan khas. Atas sebab ini juga, setiap individu dalamsesebuah komuniti perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing ke atas kanak-kanak berkeperluan khas (Lerner, 2003).Intervensi awal dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanak-kanak.Contohnya, seorang kanak-kanak bermasalah pendengaran yang diajarmenggunakan bahasa isyarat secara tidak langsung dapat mempertingkatkanmindanya dan membuka peluang untuk dia berinteraksi dengan kanak-kanak lain.Kejadian masalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh diatasi melaluiperkhidmatan intervensi awal. Contohnya kanak-kanak yang mengalami masalahpenglihatan tetapi tidak diberi intervensi awal, mungkin mengalami masalah emosiseperti perasaan kecewa. Intervensi awal juga menawarkan penjimatan wang bagisesuatu masyarakat. Intervensi awal yang intensif dan berkesan mengurangkanbeban penyediaan pendidikan khas pada peringkat sekolah rendah dan menengah.Bilangan kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan pendidikan khas mungkinberkurangan. Ringkasnya, intervensi awal boleh meningkatkan intelek,meningkatkan perkembangan fizikal dan meningkatkan penguasaan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas. Intervensi awal yang sistematik menghalang kewujudanmasalah lain, mengurangkan tekanan kepada keluarga, dan mengurangkan 39
  40. 40. pembinaan institusi khas. Dengan adanya intervensi awal yang teratur, keperluanuntuk pendidikan khas di peringkat persekolahan dapat dikurangkan dan inimenjimatkan perbelanjaan negara yang dikhaskan untuk kemudahan penjagaan,kesihatan dan pendidikan.Latihan 2 Dengan sokongan pengurusan grafik, banding bezakan pelbagai fungsi intervensi awal dengan pelbagai kecacatan dan bagaimana ia berupaya menawarkan penjimatan kewangan. Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan3.3 Perlaksanaan Intervensi AwalSama ada memilih intervensi awal secara individu, secara kumpulan kecil atauseluruh kelas bergantung kepada tahap keterukan sesuatu ketidakupayaan. Sepertimana guru telah menentukan sama ada untuk melaksanakan strategi intervensiberpusatkan guru atau berpusatkan pelajar, guru juga harus menentukankesesuaian strategi-strategi tersebut ke atas seluruh kelas, sekumpulan kecil atauorang perseorangan. Pemilihan ini bergantung kepada kebijaksanaan guru untukmenilai strategi intervensi yang terbaik mengikut jumlah pelajar dan jenisketidakupayaan. 40
  41. 41. Pendekatan Intervensi Awal Intervensi Intervensi Intervensi Berpusatkan Berpusatkan Guru Berpusatkan Pelajar Keluarga Rajah 1.1: Pendekatan intervensi awal3.3.1 Intervensi Berpusatkan GuruIntervensi berpusatkan guru adalah satu kaedah yang berkesan untuk mengajar danmengawal pelajar bermasalah pembelajaran dan tingkah laku (Gersten, 1998). Atassebab ini, golongan pendidik seharusnya sedar tentang peranan mereka yang tidakhanya terbatas untuk memberi ilmu pengetahuan, tetapi mencegah sesuatuketidakupayaan itu menjadi lebih kronik apabila kanak-kanak tersebut sudahdewasa. Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya memerlukan guru memainkanperanan utama dalam sesi pengajaran dan pemulihan.Dalam intervensi ini, guru yang menentukan jenis strategi yang perlu digunakan,model dan demonstrasi, memberi arahan kepada anak-kanak dan memantaukemajuan mereka. Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya sesuai digunakan padatahap pemerolehan pengetahuan dan kemahiran. 41
  42. 42. 3.3.2 Intervensi Berpusatkan PelajarIntervensi berpusatkan pelajar lebih sesuai bagi pelajar yang berkemampuanmengawal tingkah laku sendiri (Graham, Harris dan Reid, 1993). Oleh itu, pelajaryang boleh mengawal tingkah laku sendiri dikenal pasti dan barulah intervensiberpusatkan pelajar dilaksanakan. Istilah ‘berpusatkan pelajar’ membawa imejtentang pelajar yang berdikari, bergantung pada diri sendiri dan berjayamengendalikan proses-proses pemulihan dalam kelas biasa.Dalam intervensi berpusatkan pelajar, pelajar memainkan peranan utama tetapimasih mendapat bimbingan dalam beberapa perkara daripada guru kelas. Pelajarakan diajar prosedur-prosedur kawalan diri, menentukan matlamat yang realistik,menangani kekecewaan dan cara mengatasi masalah. Intervensi ini melatih pelajaruntuk ‘berdiri di atas kaki sendiri’.3.3.3 Intervensi Berpusatkan KeluargaDalam pendekatan intervensi berpusatkan keluarga, kanak-kanak dilihat sebagaisebahagian daripada sistem sesebuah keluarga. Apabila ibubapa dilibatkan dalamproses intervensi, keluarga itu akan menjadi elemen yang mustahak dalam prosespemulihan kanak-kanak berkenaan. Ini turut memperbaiki interaksi di antara kanak-kanak dengan golongan dewasa.Intervensi berpusatkan keluarga memerlukan komitmen yang tinggi daripada setiapahli sesebuah keluarga. Secara tidak langsung, pendekatan ini juga mampumengeratkan hubungan kekeluargaan dan meningkatkan kefahaman tentangkeperluan individu berkeperluan khas.Latihan 3 Hubung kaitkan peranan dan penglibatan personel dari pelbagai disiplin dalam usaha menjana tahap intervensi awal kanak-kanak. Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan. 42
  43. 43. Rujukan :Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) peraturan-peraturan terpilih (1998). Kuala Lumpur: International Law Book Services.Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 2002. Laporan Kajian Perlaksanaan Program Pemulihan Khas di sekolah rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.Chua Tee Tee & Koh Boh Bon. 1992. Pendidikan Khas dan Pemulihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Hallahan, D.P. & Kauffman, J.M. (2003) Exceptional learners : Introduction to special education. (9th. Ed.). Boston : Allyn & Bacon.Garner, P. & Davies, J.D. (2001)., Introducing special educational needs: A companion guide for student teachers. London : David Fulton Publishers.Kementerian Pendidikan Malaysia. 1999. Buku Panduan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M). Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas.Kementerian Pendidikan Malaysia. 2002. Kajian Perlaksanaan Program Pemulihan Khas di Sekolah Rendah. Kertas Kerja Seminar Pendidikan Khas Kebangsaan Ke 2 : Program Pemulihan Khas: Jabatan Pendidikan Khas.Lerner, J.W. (2003)., Learning disabilities : Theories, diagnosis and teaching strategies. Boston: Houghton Mifflin Co.Syed Abu Bakar Syed Akil, (1997)., Bimbingan khas perkhidmatan pendidikan pemulihan. Kuala Lumpur : DBPTilstone, C.et Al. (2000)., Pupils with learning difficulties in mainstream schools. London : David Fulton Pub. 43
  44. 44. PANEL PENGGUBAL SUKATAN PELAJARAN Panel Penggubal ModulBil Nama Kelayakan1. Ahli, Ridzuan bin Ahmad M. Ed. (Pendidikan Khas) UPSI. Institut Pendidikan Guru Malaysia, B. Ed. Hons) (Pendidikan Khas) UKM Kampus Tuanku Bainun, Sijil Perguruan Khas (Pemulihan Khas), IPDA Bukit Mertajam, P. Pinang Sijil Perguruan Asas MPKI Guru 24 tahun Pensyarah IPGM 7 Tahun2. Ahli, Milatu Samsi bin Hayon M. Ed. (Pendidikan Khas) UPSI. Institut Pendidikan Guru Malaysia, B. Ed. Hons) (Pendidikan Khas UKM Kampus Ipoh, Sijil Perguruan Khas (Pemulihan), MPMK Hulu Kinta, Perak Sijil Perguruan Asas MPPP Guru 16 tahun Pensyarah IPGM 3 Tahun 44

×