WAJ 3107: Modul Seni dalam Pendidikan

30,210 views

Published on

jemput ke

http://chentamaneesku.blogspot.com

Published in: Education
0 Comments
7 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
30,210
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
332
Actions
Shares
0
Downloads
2,901
Comments
0
Likes
7
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

WAJ 3107: Modul Seni dalam Pendidikan

  1. 1. WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan TAJUK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANGFaedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:1. Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar. Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantu membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini. Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang kita pakai. Warna yang lembut, terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut, ianya dapat memberi keyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda untuk mendapatkan kemahiran yang kita pelajari.2. Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi. Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita mengembangkan lagi tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori dalam pembelajaran dapat membantu kita memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, warna boleh menggambarkan peribadi dan tingkah laku seseorang undividu. Justeru itu, kemahiran meramal tingkah laku akan dapat dikenalpasti.3. Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh. Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini menjurus kepada keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif. Seni banyak dihubungkaitkan dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni dapat memupuk displin diri, mengukuhkan ‘esteem’ kendiri dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan dan menyeluruh. Inilah 1
  2. 2. WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan yang dikatakan seni yang dapat menggalakan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.4. Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan. Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri dan otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan menyeronokkan. Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja dan mengekspresi kendiri. Justeru itu, seni dapat mempengaruhi kita untuk membuat keputusan dalam pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat mambantu kita belajar dengan lebih menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi individu dalam meneroka, hubungkait idea dengan objek dan di antara pemikiran dengan perlakuan kita.5. Penghubungkait, gerah hati, celik akal dan kecergasan ‘Lateral Leaps’ Bidang seni pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupaya meningkatkan kebolehan dalam memahami dengan gerak hati, membuat taakulan, berimaginasi dan kepantasan dalam membentuk ekspresi dan komunikasi. Seni juga adalah penghubungkait anatara kecergasan otak dan kesan tindakan seseorang. Ianya memberi keupayaan dalam kemahiran berfikir seperti menyelesaikan masalah, membuat analisis, sintaksis dan penilaian melalui perasaan, ekspresi dan imaginasi. 2
  3. 3. WAJ3107:Seni Dalam PendidikanFaedah mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan kepada seorang pendidik dalamproses pengajaran dan pembelajaran. Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruhdan seimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaridengan Falsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untukmenyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiranuntuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam prosespengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini,ianya akan dapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiridan kecerdasan pelbagai. Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi gurudalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran denganmengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di sekolahrendah.Faedah dan kepentingan seni kepada seorang pendidik:1. Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid- murid dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut. 3
  4. 4. WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan2. Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan pembelajaran. Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam alam ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan pembelajaran.3. Guru senang mencapai objektif atau matlamat. Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. Quadrant Concept (1991) oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan, menyatakan bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senang mencapai objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.4. Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan pembelajaran. Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan linguistik dan matematik sahaja. Kecergasan lain mungkin akan hilang. Teori ini menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai teknik pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. 4
  5. 5. WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan Pendidikan Seni menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja yang teratur, cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan.Setelah mengikuti kurikulum Pendidikan Seni di sekolah rendah murid boleh:1. Melibatkan diri dalam kegiatan seni secara aktif, kreatif dan menggembirakan.2. Menajamkan daya persepsi melalui pancaindera.3. Mengenali unsur-unsur seni dan olahannya serta dapat menggunakannya.4. Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni5. Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat.6. Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri dan bertanggungjawab.7. Menyedari dan menghargani suasana seni dalam persekitarannya dan kaitannya dengan keselesaan hidup.8. Melibatkan diri dalam kegiatan seni sebagai kesenggangan yang berfaedah.9. Mengenal dan menghargai asas-asas seni dan kraf serta budaya tanah air. 5
  6. 6. WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan TAJUK 2 KANAK-KANAK DAN SENISemasa sekumpulan kanak-kanak sedang bermain ‘Sembunyi Sembunyi’ (Hideand seek), cuba perhatikan perkara-perkara berikut:1. Bagaimana mereka menguruskan permainan ini. Permainan ini boleh dimainkan oleh seberapa ramai yang boleh. Seorang penjaga masa dan seorang pencari dipilih. Anggota yang lain akan menyembunyikan diri mereka. Sebuah loceng hendaklah disediakan. Hakim bertindak sebagai pemerhati kepada pencari untuk memastikan pencari tidak membuka mata atau melihat keadaan sebelum pencarian dimulakan. Hakim juga akan memberikan markah kepada pencari berdasarkan kepada berapa orang yang dapat dicarinya. Pencari akan membuka mata apabila ahli-ahli yang lain sudah bersembunyi dan bersedia untuk dicari olehnya. Loceng diletakkan di satu tempat dan tidak boleh dibawa. Permainan ini ada syarat tertentu iaitu jika pencari berjaya menjumpai penyembunyi seramai lima orang dalam masa 10 minit, maka penyembunyi pertama yang dijumpa oleh si pencari maka dia akan menjadi pencari pada permainan yang seterusnya. Sebenarnya masa dan jumlah orang yang dapat dicari adalah bergantung kepada hakim yang mengambilkira bilangan ahli yang bermain pada permainan tersebut. Bila si pencari menjumpai ahli yang bersembunyi, dia akan menyebut nama dan berlari ke arah loceng lalu membunyikannya.2. Bagaimana menyembunyikan diri mereka. Mereka akan mencari tempat-tempat yang strategik untuk menyembunyikan diri mereka. Tempat tersebut dirasakannya sesuai, jauh dan susah untuk dicari oleh si pencari. 6
  7. 7. WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan3. Tindakan-tindakan yang diambil oleh orang yang mencari. Pencari akan memerhati persekitaran dan berusaha untuk mencari pemyembunyi setepat, secepat dan seramai yang mungkin dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh hakim.4. Ekspresi mereka apabila mereka ditemui. Biasanya, apabila pencari dapat mencari atau menjumpai penyembunyi, ekspresi muka mereka akan menggambarkan kekecewaan kerana mereka sangkakan tempat persembunyian mereka agak strategik. Mereka juga menunjukkan ekspresi muka yang terkejut kerana si pencari berjaya mencari dan menjumpai mereka terutama kepada penyembunyi pertama yang telah dijumpai oleh si pencari.Sembilan Keinginan Asas Kanak-kanak1. Keinginan untuk bergerak Kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain dan melibatkan diri dalam sebarang kegiatan fizikal. Contohnya melibatkan diri dalam sebarang perlumbaan atau lumba lari.2. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf. Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya tetapi inginkan kejayaan itu dihargai. Contohnya, kanak-kanak yang mendapat markah tinggi akan dipuji dan dipamerkan kertasnya di khalayak ramai, atau lukisan murid yang cantik akan ditampal di sudut dinding dalam bilik darjah sebagai satu pengiktirafan dan penghargaan.3. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam masyarakat. Kanak-kanak inginkan mereka diterima, disanjung, dihargai dan dihormati oleh orang lain. Contohnya, kanak-kanak sanggup berkongsi permainan supaya dapat diterima oleh rakan sebaya atau dalam masyarakat sekelilingnya. Oleh itu, mereka akan diterima, disanjung, dihargai dan dihormati kerana kesanggupan mereka untuk berkongsi permainan dan mereka dianggap tidak kedekut. 7
  8. 8. WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan4. Keinginan untuk bersaing. Kanak-kanak suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan fizikal yang setara dengan rakan-rakan sebaya. Contohnya, kanak- kanak memanjat tangga atau jaring secara beramai-ramai untuk menunjukkan kekuatan, ketangkasan dan kekuatan fizikal mereka.5. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai daya penarik. Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan diri atau harga diri untuk menyesuaikan dirinya dalam masyarakat. Contohnya, kanak-kanak akan merasa bangga dan gembira apabila mendapat tempat pertama dalam apa jua permainan yang sukar. Kejayaan itu akan menjadi sumber penarik kepada kanak-kanak yang lain.6. Keinginan untuk meneroka. Kanak-kanak gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan yang luar biasa tetapi menyeronokan. Contohnya, kanak-kanak melibatkan diri dalam kerja-kerja amali atau eksperimen. Aktiviti ini membolehkan mereka memperolehi pengalaman baru. Keadaan ini amat memberi keseronokan kepada mereka.7. Keinginan untuk pencapaian kreatif. Kanak-kanak gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif. Contohnya, kanak-kanak yang menyertai pertandingan mereka cipta seperti membuat rumah dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula atau menjadikan bahan buangan yang dikitar semula dan menjadikannya bahan baru untuk kegunaan manusia. Mereka merasa satu penerokaan baru wujud dalam minda mereka.8. Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan. Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan idea mengenai diri dan persekitaran mereka. Contohnya, kanak-kanak yang menari dalam pelbagai bentuk rentak muzik. Jika muzik itu rancak atau kuat mereka akan menari dengan rancak mengikut irama yang dimainkan. 8
  9. 9. WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan9. Keinginan untuk kefahaman. Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin mengembangkan kefahaman dan ingin mempelajari perkara baru. Justeru itu mereka dapat meneroka, menyentuh dan merasai pemikiran serta interaksi mereka dengan persekitaran. Contohnya, dalam permainan main peranan. Main peranan memerlukan lakonan yang baik untuk menunjukkan watak yang dipegang seperti watak ibu, bapa, doktor, guru dan sebagainya. Mereka dapat memahami keadaan dan menyelami pemikiran sebenar dan sterusnya menjiwai watak tersebut. 9
  10. 10. WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan TAJUK 3 IRAMA, WARNA DAN RUANGUbahsuai warna di dalam bilik darjah, agar suasana lebih menarik untukbelajar.• Catkan dengan warna yang lembut dan boleh memberi ketenangan.• Adakan sudut-sudut yang tertentu seperti sudut Bahasa Melayu, Sains dan sebagainya yang dicatkan dengan warna yang berlainan dan menarik perhatian murid.• Warna langsir mestilah agak terang berbanding dengan warna dinding, untuk menampakkan lebih keceriaan.• Meja mestilah dilapik dengan kertas warna yang menarik dan dilekatkan plastik di atasnya agar murid lebih ceria, bersemangat dan selesa untuk belajar.Peranan warna dalam kehidupan harian• Warna boleh mempengaruhi emosi contohnya, bila memakai baju lembut atau garang atau terang.• Warna dapat melambangkan peribadi dan tingkah laku seseorang.• Warna boleh memberi motivasi dan semangat kepada kita.• Warna memberi ketenangan dalam kehidupan.• Warna boleh menceriakan suasana sekeliling.Ruang Ruang memainkan peranan yang penting dalam menjalankan sesuatupergerakan. Pergerakan akan menjadi lebih lancar dan selesa sekiranya kitamelakukannya di tempat yang luas kerana terdapat banyak udara dan senang untukbergerak dengan bebas. Pergerakan yang dilakukan di tempat yang sempit dandalam berkeadaan duduk menyebabkan kita merasa tidak selesa kerana tidak dapatbergerak dengan bebas. Cara pernafasan kita juga tidak lancar. Menurut Howard Gardner dalam teorinya iaitu Teori Kecergasan Manusia(1983) menyatakan bahawa ruang kecergasan melibatkan kebolehan melihat duniadengan lebih tepat. Kecergasan ini termasuklah untuk menjadi lebih peka terhadap 10
  11. 11. WAJ3107:Seni Dalam Pendidikanwarna, garisan, rupa, bentuk dan yang berkaitan dengannya. Justeru itu, pergerakanjuga melibatkan pemikiran kita contohnya, sekiranya kita bersenam di tempat yangluas dan mempunyai udara yang segar seperti di taman atau di padang, kita akanmerasa lebih selesa dan secara tidak langsung keadaan akan mempengaruhipemikiran kita. Kita akan merasa tenang dan segar dan puas. 11
  12. 12. WAJ3107:Seni Dalam PendidikanBunyi Suasana Waktu Rehat Bunyi yang Pergerakan Warna makanan, Susunan peralatan didengar manusia minunan & alatan Berjalan Bunyi bersiul Meja teratur Hijau Bunyi bercakap / Kerusi kurang Berlari oren menjerit teratur Bunyi ketawa Bersentuhan Pensil berselerak putih Bunyi berjalan Bertepuk tangan Buku tidak kemas merah Bunyi berlari Berdiri tegak Kasut tidak teratur jernih Tong sampah Bunyi tepukan Berlari anak coklat rebah Bunyi ronyokan Menoleh kiri dan silver kertas dan plastik kanan Bunyi benda Berpusing badan Biru tua terjatuh Bunyi mengunyah Mengangguk Hitam makanan kepala Memegang Bunyi menyanyi sesuatu 12
  13. 13. WAJ3107:Seni Dalam PendidikanTAJUK 4 DERIA DAN SENI AKTIVITI JENIS DERIA• Melukis gambar pemandangan dan warnakannya. • Lihat dan sentuh• Pelajar membuat pergerakan berdasarkan peristiwa • Lihat dalam gambar tersebut. • Lihat, sentuh,• Pelajar mengekspresikan suasana dengan dengar dan rasa menggunakan alat-alat muzik.• Mendengar bunyi alat-alat muzik dan suara manusia. • Dengar• Pelajar bertindak balas dengan pergerakan yang • Rasa dan sentuh sesuai dan menggambarkan dalam bentuk seni visual.• Membolehkan pelajar untuk meninjau tekstur dan • Lihat dan rasa kontur sesuatu permukaan.• Pelajar menutup mata dan menyentuh sesuatu objek • Sentuh dan rasa yang diedarkan oleh guru seperti kertas pasir, fabrik benang bulu dan kapas.• Pelajar membanding bezakan sentuhan yang dialami • Sentuh dan rasa dan mengekspresikan melalui pergerakan.• Membuat latihan melalui pernafasan. • Hidu• Melakukan pergerakan dengan menggunakan • Lihat dan hidu imaginasi anda untuk menunjukkan bau harum, udara nyaman dan kemudian melukiskan imej visual mengikut sepertimana yang diekspresikan. 13

×