Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
KATA SENDI NAMA
DISEDIAKAN OLEH :-
FARAH FAZRIYANA BASRI
FITRI NORLIDA IBRAHIM
IZA KASMADIANA
KASMIJAN
NOR AZRINA MOHD...
Kata sendi nama ialah
perkataan yang letaknya
dihadapan Frasa Nama.
 di
 ke
 dari
 daripada
 kepada
 pada
 bagi
 d...
Laksana
“ seperti ”, “ bagai ”, “umpama ”, dan “
laksana ”
Keempat-empat sendi nama ini bersifat
kelainan atau varian anta...
1. Murid baharu itu kebingungan rusa masuk kampung.
2. Hatinya keras batu.
3. Pemuda itu berlagak orang kaya.
4. Pasangan ...
Sejak
Perkataan sejak atau semenjak bertugas
membawa maksud penanda waktu atau masa
dan digunakan di hadapan kata nama ata...
Terhadap
KSN terhadap biasanya digunakan sebagai
unsur yang membawa maksud rujukan yang
melibatkan penyambut tertentu, sam...
Terdapat kecenderungan penggunaan kata sendi nama
terhadap sebagai unsur yang membawa rujukan umum
atau mujarad. Dalam hal...
Akan
Digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama,
dan penggunaanya mesti didahului oleh kata adjektif
yang bersifat emos...
Penggunaan akan sebagai KSN seperti contoh diatas
ialah bentuk yang seharusnya digunakan. Bagaimanapun
ada kecenderungan d...
Oleh
KSN oleh
digunakan
dihadapan kata
nama atau frasa
nama membawa
maksud seperti
yang berikut.
a) Menunjukkan hubungan
p...
b) Menunjukkan hubungan yang membawa
maksud sebab. Dapat dikatakan disini,
penggunaan kata sendi nama oleh sebenarnya
berp...
 Oleh dalam penggunaan ini dapat
bertukar ganti dengan kata sendi nama
lantaran yang membawa maksud yang
sama.
 Pengguna...
Contoh struktur ayat yang salah :-
 Struktur ayatnya janggal oleh kerana masih
menyerupai acuan tatabahasa bahasa
Inggeri...
Hingga dan
Sampai
KSN hingga dan sampai digunakan dihadapan kata
nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal
peringk...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Kata sendi nama

  • Be the first to comment

Kata sendi nama

  1. 1. KATA SENDI NAMA DISEDIAKAN OLEH :- FARAH FAZRIYANA BASRI FITRI NORLIDA IBRAHIM IZA KASMADIANA KASMIJAN NOR AZRINA MOHD ZAINOL NUR AFIFAH AHMAD
  2. 2. Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya dihadapan Frasa Nama.  di  ke  dari  daripada  kepada  pada  bagi  demi Tentang  seperti  bagai  umpama  laksana  sejak  terhadap  akan  oleh  hingga  antara  untuk  dengan  dalam sampai
  3. 3. Laksana “ seperti ”, “ bagai ”, “umpama ”, dan “ laksana ” Keempat-empat sendi nama ini bersifat kelainan atau varian antara satu sama lain, kerana mempunyai fungsi yang sama, iaitu sebagai perkataan dihadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud perbandingan.
  4. 4. 1. Murid baharu itu kebingungan rusa masuk kampung. 2. Hatinya keras batu. 3. Pemuda itu berlagak orang kaya. 4. Pasangan mempelai itu pinang dibelah dua. seperti bagai umpam a laksanaseperti bagai umpam a laksana seperti bagai umpam a laksana seperti bagai umpam a laksana Contoh :-
  5. 5. Sejak Perkataan sejak atau semenjak bertugas membawa maksud penanda waktu atau masa dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Contoh :- 1. Hasnah sentiasa sugul……….kematian ibunya. 2. ……..hari itu saya tidak berani meninggalkan rumah. 3. Kami tinggal di kampung Atap……..dua tahun yang lalu. 4. ………kehilangan keretanya ia hanya berjalan kaki ke pejabat.
  6. 6. Terhadap KSN terhadap biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. 1. Seorang ketua harus sentiasa bersikap adil terhadap anak buahnya. 2. Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang. 3. Jangan bersikap biadab terhadap orang tua. 4. Kasih sayang mariam terhadap ibu bapanya elok dicontohi. 5. Dalam air, tawas akan bertindak balas dengan air menghasilkan aluminium hidroksida yang mempunyai kuasa jerapan yang besar terhadap kotoran dan bahan pewarna.
  7. 7. Terdapat kecenderungan penggunaan kata sendi nama terhadap sebagai unsur yang membawa rujukan umum atau mujarad. Dalam hal ini, penggunaan yang demikian harus digantikan dengan kata sendi nama tentang.  Ketua pejabat itu sentiasa curiga terhadap kejujuran anak buahnya. Sepatutnya : Ketua pejabat itu sentiasa curiga tentang kejujuran anak buahnya.  Penghulu itu mengambil berat terhadap kebajikan orang kampung. Sepatutnya : Penghulu itu mengambil berat tentang kebajikan orang kampung
  8. 8. Akan Digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama, dan penggunaanya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emosi.  Wanita itu amat rindu akan anaknya.  Semua rakyat mesti sayang akan negara tempat tumpah darahnya.  Anak raja itu berahi akan Tuan Puteri Bongsu.  Kami sungguh benci akan kelakuanya yang buruk itu.
  9. 9. Penggunaan akan sebagai KSN seperti contoh diatas ialah bentuk yang seharusnya digunakan. Bagaimanapun ada kecenderungan dalam kalangan penutur untuk menggunakan –kan sebagai kelainan pada KSN akan.  Wanita itu amat rindukan anaknya.  Semua rakyat mesti sayangkan negara tempat tumpah darahnya.  Anak raja itu berahikan Tuan Puteri Bongsu.  Kami sungguh bencikan kelakuanya yang buruk itu. * Bentuk-bentuk yang demikian hanya digunakan sebagai bentuk bahasa lisan dan seharusnya dielakkan dalam bahasa rasmi atau tulisan.
  10. 10. Oleh KSN oleh digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama membawa maksud seperti yang berikut. a) Menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat pasif yang menggunakan bentuk-bentuk berikut : di-, ter-, dan kena.  Kuih itu dibeli olehnya.  Buku Pelita Bahasa Melayu terkarang oleh Za’ba.  Pencuri itu kena tangkap oleh polis.
  11. 11. b) Menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab. Dapat dikatakan disini, penggunaan kata sendi nama oleh sebenarnya berpunca daripada oleh sebab, yang kemudianya berlaku pengguguran sebab secara pilihan.  Ia mati oleh ( sebab ) senjatanya sendiri.  Pemain badminton itu kalah oleh ( sebab ) kekurangan latihan.  oleh ( sebab ) ketekunanya menelaah, Ali mencapai keputusan yang cemerlang.
  12. 12.  Oleh dalam penggunaan ini dapat bertukar ganti dengan kata sendi nama lantaran yang membawa maksud yang sama.  Penggunaan oleh yang diikuti dengan kerana dalam ungkapan oleh kerana untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab merupakan penggunaan yang salah.  Ini disebabkan oleh merupakan kata sendi nama yang mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama, sedangkan kerana bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan .
  13. 13. Contoh struktur ayat yang salah :-  Struktur ayatnya janggal oleh kerana masih menyerupai acuan tatabahasa bahasa Inggeris.  Struktur ayatnya janggal oleh sebab masih menyerupai acuan tatabahasa bahasa Inggeris.  Pembinaan bangunan itu tergendala oleh kerana bantahan tuan tanah yang tidak berpuas hati dengan wang pampasan.  Pembinaan bangunan itu tergendala oleh sebab bantahan tuan tanah yang tidak berpuas hati dengan wang pampasan.
  14. 14. Hingga dan Sampai KSN hingga dan sampai digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa atau tempat. Hingga dan sampai dapat bertukar ganti antara satu sama lain.  Pegawai itu berjaga ( hingga, sampai ) pagi.  Anak-anaknya belajar ( hingga, sampai ) peringkat universiti.  Mereka mengaji al-Quran ( hingga, sampai ) dinihari.

×