Terangkan secara ringkas perniagaan-perniagaan berikut:   a)      Sejajar   b)      Francais   c)      Perniagaan besar-be...
Perniagaan besar-besaran       Perniagaan besar-besaran terbahagi kepada lima iaitu pasar raya, gedunganeka jabatan, pasar...
Jenis-jenis pemborong       Jenis-jenis pemborong terbahagi kepada dua iaitu pemborong saudagar danejen. Pemborong saudaga...
Pemborong pesanan berwakil pula mengumpul dan menyampaikan pesananbarang daripada pelanggan kepada pengeluar serta mengatu...
Ejen       Ejen ialah orang tengah yang dilantik untuk menjual bagi pihak pengeluar tersebutsebagai principal. Ejen tidak ...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Terangkan secara ringkas perniagaan

2,032 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
2,032
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
17
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Terangkan secara ringkas perniagaan

  1. 1. Terangkan secara ringkas perniagaan-perniagaan berikut: a) Sejajar b) Francais c) Perniagaan besar-besaran d) Jenis-jenis pemborongPerniagaan sejajar Satu rangkaian kedai yang mempunyai banyak cawangan di merata tempat.Pengurusan dan pentadbiran dijalankan oleh ibu pejabat. Perniagaan ini menjualbarang yang sama dari segi jenama, logo, dan harga serta mempunyai hiasan kedaiyang sama. Contohnya Mcdonald’s, Pizza Hut, 7Eleven dan Bata.Perniagaan francais Francais ialah apabila pemilik perniagaan asal yang dikenal sebagaifrancaisor membenarkan perniagaan dijalankan oleh peniaga lain yang dikenalisebagai francaisi. Contohnya KFC, Pizza Hut, McDonald dan Burger King. Francaisiakan diberi latihan, bimbingan, dan nasihat dalam pengurusan perniagaan francais.Peniaga perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk menjaga imej dan mutubarang niaga francais.
  2. 2. Perniagaan besar-besaran Perniagaan besar-besaran terbahagi kepada lima iaitu pasar raya, gedunganeka jabatan, pasar raya besar, kedai sejaras dan kedai peruncit. Pasar raya ialah pasar yang menjual beraneka jenis barang dalam satubangunan besar. Antara barang yang dijual ialah pakaian, makanan, peralatanelektrik dan kasut. Contoh pasar raya yang terdapat di Malaysia ialah The Store danBatu Pahat Mall. Gedung aneka jabatan pula ialah kedai besar bertingkat-tingkat yangmempunyai pelbagai jabatan. Setiap jabatan ditempatkan di banguan yang sama.Tiap-tiap jabatan menjual satu jenis barang atau sekumpulan barang yang samajenis. Contohnya dalam satu tingkat hanya terdapat kedai yang menjual pakaiankanak-kanak sahaja. Pasar raya besar pula ialah gedung besar yang ditempatkan di sebuahbangunan setingkat yang mempunyai ruang dan kawasan yang luas. Antara barangyang terdapat ialah barang dapur, pakaian dan peralatan elektrik. Contoh pasar rayabesar yang terdapat di Malaysia ialah Giant dan Tesco. Seterusnya ialah kedai sejaras. Kedai sejaras mempunyai cawangan dimerata tempat di bawah pengawalan serta pentadbiran ibu pejabat. Semuacawangan mempunyai nama, logo dan papan tanda dan peragaan yang sama.Terdapat banyak kedai sejaras di Malaysia, antaranya ialah Bata dan Watsons. Koperasi peruncit juga merupakan perniagaan besar-besaran. Koperasiperuncit ialah sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh sekumpulan penggunasecara sekarela untuk menjalankan perniagaan runcit.
  3. 3. Jenis-jenis pemborong Jenis-jenis pemborong terbahagi kepada dua iaitu pemborong saudagar danejen. Pemborong saudagar pula terdapat pemborong berfungsi penuh danpemborong berfungsi terhad. Sementara itu ejen pula terbahagi kepada ejenpengeluar, ejen penjual dan broker. Pemborong berfungsi penuh ialah pemborong am, pemborong khusus danpemborong satu barisan. Pemborong am menjual pelbagai jenis barangan yang tidakmempunyai kaitan antara satu sama lain. Contohnya pakaian, makanan, kosmetikdan perkakas elektrik. Pemborong khusus pula mengkhususkan dalam satu jenisbarang tetentu sahaja. Contohnya pemborong kain, pemborong alat sukan,pemborong beras dan pemborong kopi. Seterusnya ialah pemborong satu barisan.Jenis ini menjual sekumpulan barang yang sama jenis atau homogen. Antara barangyang dijual ialah hasil pertanian dan alat ganti kereta. Pemborong saudagar yang lain ialah pemborong berfungsi terhad.Pemborong ini tidak menjalankan semua pemborong tetapi menjalankan fungsitertentu sahaja. Pemborong berfungsi terhad ialah pemborong pesanan mel,pemborong pesanan berwakil, pemborong perkhidmatan pengangkutan, pemborongbayar bawa dan pemborong jober para. Pemborong pesanan mel melakukan jualanmelalui pos. Pesanan, bayaran dan penghantaran barang melalui pos. Barang yangdi pos ialah barang yang kecil dan tahan lama. Contohnya ialah buku, majalah, begdan sebagainya.
  4. 4. Pemborong pesanan berwakil pula mengumpul dan menyampaikan pesananbarang daripada pelanggan kepada pengeluar serta mengatur barang itu diserahkankepada pelanggan pada masa dan tempat yang dikehendaki. Contohnya ialah bahanpembinaan seperti besi dan simen. Seterusnya ialah pemborong perkhidmatanpengangkutan yang menyediakan pengangkutan seperti lori dan kontena.Perkhidmatan ini selalunya terdapat di tapak pembiaan dan Pelabuhan. Sementaraitu, pemborong bayar dan bawa ialah menjual barang secara tunai pada hargamurah tanpa menyediakan perkhidmatan pengangkutan. Yang terakhir ialahpemborong jober para. Pemborong ini membekalkan barang kepada peruncit danmengawasi pergerakan stok barang itu. Contoh barang yang terdapat ialah aiskrimdan roti.
  5. 5. Ejen Ejen ialah orang tengah yang dilantik untuk menjual bagi pihak pengeluar tersebutsebagai principal. Ejen tidak mempunyai hak milik ke atas barang yang doperniagakan. Diamenjual bagi pihak prisipal pada harga yang ditetapkan. Ejen dibayar komisen berdasarkanjumlah jualan yang diperolehinya. Terdapat tiga jenis ejen iaitu ejen penjual, ejen pngeluardan broker. Ejen pengeluar memasarkan barang bagipihak pengeluar, khususnya pengeluarkecil-kecilan yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pemasaran. Ejen inimelancarkan program promosi, mencari pasaran, menjalankan penyelidikan pasaran,mengurus dan merancang strategi jualan. Contohnya penjual cat ICT, ejen penjual barangalat ganti, minyak jentera dan teksil. Ejen dibayar komisen berdasrkan jumlah jualan. Ejen pengeluar dilantik oleh pengeluar tempatan atau pengeluar luar negeri untukmenjual barang keluaran mereka menurut harga dan syarat yang ditetapkan. Atas tugasyang dilaksanakan ejen dibayar komisen. Sebagai contoh, Tan Chong Motors merupakanejen pengeluar untuk kereta Datsun, UMW merupakan ejen pengeluar kereta Toyotamanakala Eon merupakan ejen pengeluar bagi kereta Proton. Broker merupakan orang tengah yang berfungsi untuk menemukan penjual denganpembeli. Beliau tidak mempunyai hak milik terhadap barang dan tidak boleh menjual barangatas namanya. Broker dibayar komisen jika urus niaga berjaya dikuatkuasakan antarapenjual dengan pembeli. Contohnya broker menemukan penjual yang ingin menjual sebuahbangunan di negeri Perak dengan seorang pembeli di Kedah supaya urusan jual beli dapatdijalankan. Broker tidak membuat kontrak atas namanya dan tidak mewakili mana-manapenjual atau pembali secara tetap. Khidmat broker tamat apabila urus niaga dilaksanakan.

×