MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN SABTU SENI DALAM PENDIDIKAN
RBT/PJ/BM KUMPULAN 3
1
REFLEKSI
Saya mendapat tugasan Seni dalam Pend...
MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN SABTU SENI DALAM PENDIDIKAN
RBT/PJ/BM KUMPULAN 3
2
Mengenai isu yang diperkatakan, saya sebenarny...
MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN SABTU SENI DALAM PENDIDIKAN
RBT/PJ/BM KUMPULAN 3
3
menggunakan masa yang ada untuk menyiapkan kos...
MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN SABTU SENI DALAM PENDIDIKAN
RBT/PJ/BM KUMPULAN 3
4
Tugasan seterusnya adalah saya perlu membuat r...
MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN SABTU SENI DALAM PENDIDIKAN
RBT/PJ/BM KUMPULAN 3
5
bakal guru mengganggap kementerian telah membu...
MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN SABTU SENI DALAM PENDIDIKAN
RBT/PJ/BM KUMPULAN 3
6
menukar tingkah laku dan kelakuan murid melalu...
MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN SABTU SENI DALAM PENDIDIKAN
RBT/PJ/BM KUMPULAN 3
7
‘ …proses dalaman yang meransang kita memenuhi...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Refleksi mape

1,848 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Refleksi mape

  1. 1. MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN SABTU SENI DALAM PENDIDIKAN RBT/PJ/BM KUMPULAN 3 1 REFLEKSI Saya mendapat tugasan Seni dalam Pendidikan daripada Puan Zalila binti Nasir. Subjek ini nampak sangat menarik kerana berkaitan seni, muzik dan pergerakan. Secara umumnya manusia akan menghayati setiap tugasan apabila tugasan itu berkaitan dengan seni seperti seni nyanyian, seni lakonan, seni ukiran, kraftangan dan seni warisan budaya masing – masing. Setiap bangsa dan etnik di dunia ini mempunyai seni dalam kehidupan masing – masing. Walaupun banyak jenis etnik dan bangsa, seni dan kebudayaan tetap lain daripada yang lain. Inilah dikatakan seni itu bersifat unik. Walaubagaimanapun, apa yang saya belajar dalam subjek ini adalah tiga jenis seni dalam pendidikan iaitu seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Tugasan ini berkaitan cerita rakyat mengenai haiwan. Setelah diberi kumpulan mengikut haiwan masing – masing, saya mendapat kumpulan haiwan 2 alam iaitu kura - kura. Saya memilih kura - kura sebagai haiwan pilihan untuk membuat kostium. Seperti biasa, perkara yang belum kita buat akan memberi kesukaran kepada kita kerana kurang pendedahan dan pengalaman. Perkara pertama yang saya ingin kongsikan adalah mengenai kefahaman dan pendedahan awal mengenai tugasan ini kepada saya. Saya sebenarnya kurang faham apa yang perlu saya buat dalam tugasan ini. Disebabkan kali pertama saya membuat tugasan sebegini dan penerangan dalam soalan tugasan agak kurang jelas. Selain itu, tugasan ini juga adalah perkara baru dalam pengajaran dan pembelajaran saya disini. Namun, saya banyak bertanya kepada pensyarah pembimbing dan kawan – kawan mengenai tugasan ini. Setiap penerangan daripada pensyarah saya catatkan agar lebih mudah ingat serta memudahkan saya untuk membuat tugasan. Saya berpendapat tugasan ini banyak manfaatnya kepada bakal guru di seluruh IPG di Malaysia. Ini kerana dengan adanya tugasan ini, bakal guru lebih bersikap kreatif, inovatif, proaktif dan berdaya saing dalam mencipta kostium yang terbaik. Bakal guru lebih arif dalam mencari maklumat mengenai kostium di internet dan buku - buku di pusat sumber. Dalam keadaan ini, bakat dan kreativiti seseorang akan terserlah ketika menjalankan tugasan tersebut.
  2. 2. MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN SABTU SENI DALAM PENDIDIKAN RBT/PJ/BM KUMPULAN 3 2 Mengenai isu yang diperkatakan, saya sebenarnya kurang faham mengenai jalan cerita haiwan tersebut dalam kisah cerita rakyat. Kalau dilihat kebanyakan cerita – cerita rakyat dalam negara kita, semuanya hanya sedikit haiwan utama dalam sesebuah cerita. Sebagai contoh, cerita Kancil dengan Buaya, kancil dengan Monyet dan Kancil dengan Harimau. Apabila dilihat, watak utama dalam ketiga – tiga cerita ini adalah kancil. Jadi, cerita rakyat dalam negara kita kurang pendedahan dengan haiwan – haiwan lain. Dalam laman web http://ms.wikipedia.org/wiki/Sastera_rakyat, sastera rakyat atau cerita rakyat bermaksud kesusasteraan yang lahir di kalangan rakyat. Pada lazimnya, sastera rakyat merujuk kepada kesusasteraan rakyat daripada masa lampau, yang telah menjadi warisan kepada sesuatu masyarakat dari zaman berzaman. Sastera rakyat adalah sebahagian daripada kehidupan budaya bagi masyarakat lama. Misalnya dalam masyarakat Melayu lama cerita rakyat merupakan satu bentuk hiburan yang penting untuk orang kampung. Tambahan lagi, orang zaman dahulu hanya menggunakan beberapa haiwan utama sahaja untuk menjadi hiburan seperti kancil tadi. Selain itu, apa yang merungsingkan saya adalah watak yang dipilih. Seperti sedia maklum, saya memilih kura - kura dalam membuat kostium haiwan. Jika dilihat dalam cerita rakyat, boleh dikatakan watak kura – kura kebanyakannya boleh dikatakan menjadi watak utama dalam cerita – cerita rakyat zaman dahulu. Walaubagaimanapun, saya berpendapat cerita rakyat boleh diubah dan ditokok tambah agar mendapat nafas baharu. Ini akan menaikkan keunikan dan cerita rakyat zaman sekarang lebih menarik dan menghiburkan. Oleh yang demikian, saya merasakan semua watak – watak akan menonjol selain menggunakan watak utama sahaja. Sebelum pemilihan watak kostium lagi, saya banyak membuat kajian mengenai kostium – kostium yang biasa dilakukan di sekolah – sekolah. Ramai antara rakan – rakan membuat kostium yang terlalu rumit dan sukar. Saya beranggapan, dalam membuat sesuatu kostium haiwan, kita hanya perlu menyediakan bahan yang ringkas, tetapi audien dapat kenal pasti haiwan apa yang kita ingin sampaikan. Ini kerana, dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, guru hanya dibekalkan satu hingga dua masa sahaja dalam membuat aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, guru perlu bijak dalam
  3. 3. MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN SABTU SENI DALAM PENDIDIKAN RBT/PJ/BM KUMPULAN 3 3 menggunakan masa yang ada untuk menyiapkan kostium haiwan kepada semua murid dalam kelasnya. Tambahan lagi, tugas saya adalah untuk menghasilkan kostium lengkap untuk mewakili satu watak binatang berasaskan cerita rakyat untuk digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran seni dalam pendidikan. Saya ada menerangkan terdapat tiga pecahan dalam subjek seni dalam pendidikan iaitu seni muzik, seni pergerakan dan seni visual. Ketiga – tiga cabang seni ini perlu diterapkan serentak dalam penghasilan kostium kura - kura saya. Kostium saya sebenarnya tersangatlah ringkas namun memenuhi ciri – ciri dan menampakkan keadaan bentuk seekor kura - kura. Saya membuat kajian dalam You Tube bahawa kura - kura di Malaysia mempunyai berlainan spesis. Ciri kelainan paling jelas adalah pada cengkerangnya. Cengkerang kura - kura mempunyai berlainan corak dan bentuk serta saiz fizikal cengkerang itu juga berbeza. Kegunaannya adalah untuk melindungi bahagian badan kura - kura yang agak lembut. Seterusnya, apa yang ingin saya perkatakan adalah tugasan membuat kostium haiwan ini meliputi ketiga – tiga cabang seni yang dibincangkan tadi. Pertamanya adalah seni visual. Kebanyakan dan hampir keseluruhan kostium ini dibuat atas dasar seni visual. Seni visual dalam kamus dewan bermaksud seni penyampaian mesej komunikasi secara visual yang diwujudkan melalui kegiatan percetakan atau lakaran secara elektronik. Kostium memerangkura - kura ini dilakukan dengan langkah pertama iaitu lakaran, mencari bahan sesuai, warna yang sepadan dan penggabungan semua bahagian – bahagian badan kostium. Selain itu, seni muzik juga memainkan peranannya tersendiri. Muzik bermaksud gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan. Dalam konsep pemghasilan kostium ini, bunyi yang terhasil daripada kura - kura adalah bunyi semula jadi. Maka, bunyi yang dihasilkan adalah semula jadi dan sukar ditiru oleh manusia. Seterusnya adalah seni pegerakan. Seni pergerakan meliputi pergerakan otot halus dan otot besar dalam tubuh badan. Jadi, pergerakan kura - kura ketika bergerak adalah merangkak seperti kucing dan harimau. Kura - kura menggunakan keempat – keempat kakinya untuk bergerak atas darat mahupun di dalam air.
  4. 4. MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN SABTU SENI DALAM PENDIDIKAN RBT/PJ/BM KUMPULAN 3 4 Tugasan seterusnya adalah saya perlu membuat refleksi dengan menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian bagi satu mata pelajaran sekolah rendah bagi menerangkan konsep seni dalam pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Saya perlu membuat penghubungkaitan dan pautan Teknologi maklumat ( ICT ). Teknologi maklumat tersebut termasuklah dalam bentuk video klip, audio visual dan apa saja untuk mewujudkan suasana pengajaran yang terancang. Sebenarnya, semua proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas perlu mengambil kira aspek suasana dalam kelas dan kaedah pengajaran guru. Suasana bilik darjah harmonis dan menarik membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. Menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk iklim dan budaya bilik darjah yang baik. Gaya kepimpinan yang berwibawa tanpa terlalu banyak memberi arahan dianggap sebagai pemimpin demokratik hanya akan mengambil masa untuk mendapatkan buah fikiran bagi menyelesai sesuatu isu, dan kelihatan kumpulan-kumpulan yang wujud di bilik darjah mempunyai hubungan yang lebih mesra dan saling bekerjasama. Berbeza dengan pemimpin Laiissez-faire yang memberi arahan-arahan yang tidak jelas dan jawapan-jawapan yang ringkas tentang sesuatu persoalan. Pendekatan - pendekatan yang hendak digunakan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah perlu berlandaskan tahap perkembangan kognitif murid - murid. Iklim bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid bersama guru dalam bilik darjah tersebut. Guru yang memiliki gaya kepimpinan yang matang sedia menerima dan menghormati setiap pandangan murid dalam bilik darjah, memperbaiki peraturan-peraturan supaya peraturan itu boleh berubah mengikut keadaan dan suasana serta menekan kepada jangkaan - jangkaan yang positif. Apabila keadaan ini berlaku guru sebagai pemimpin dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi dan perkembangan diri murid - murid serta bersikap keterbukaan dalam perkara - perkara yang membawa kepada kebaikan. Tambahan pula, ini melihatkan bahawa suasana dan iklim bilik darjah amat penting selain kepimpinan guru itu sendiri dalam mengawal suasana bilik darjah. Mengenai tugasan saya dalam membuat Rancangan Pengajaran Harian ( RPH ), saya ada membuat penyelidikan mengenai kurikulum baru yang mula digunakan pada tahun 2011 ini, iaitu KSSR atau Kurikulum Standard Sekolah Rendah. KSSR adalah kurikulum baru yang menggantikan KBSR yang telah digunakan sejak tahun 2005 lagi. Dengan adanya kurikulum baru ini, saya sebagai
  5. 5. MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN SABTU SENI DALAM PENDIDIKAN RBT/PJ/BM KUMPULAN 3 5 bakal guru mengganggap kementerian telah membuat rombakan yang terbaik dalam bidang pendidikan. Saya telah memilih subjek Dunia Sains dan Teknologi sebagai subjek pengajaran saya. Subjek ini merupakan dalam Modul Teras Tema tahap 1. Walaubagaimanapun, saya beranggapan subjek ini sangat sesuai dengan tajuk pengajaran saya iaitu haiwan 2 alam. Tambahan pula, saya membuat RPH dalam satu masa iaitu 60 minit dan bersamaan dengan masa untuk seminggu subjek Dunia Sains dan Teknologi. Sebenarnya, Pengajaran dan pembelajaran telah memainkan peranan penting dalam pendidikan di negara kita Malaysia. Era ICT kini telah memajukan bidang pendidikan. Berbanding dengan dulu, guru - guru terikat dengan buku teks dan mengamalkan pengajaran dan pembelajaran ala 'chalk and talk' tetapi kini pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan secara online atau menggunakan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Dalam pembinaan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, seseorang guru perlu memahami psikologi pelajar dan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini sangat berkait rapat untuk mewujudkan suasana pengajaran yang terancang dan terampil. Menurut Griffith W. Williams, psikologi bermaksud satu cabang penyiasatan saintifik tentang tingkah laku. James O. Whittaker menyatakan bahawa psikologi adalah aktiviti atau sains tingkah laku khususnya tingkah laku manusia. Atan Long(1976) menghuraikan psikologi pendidikan sebagai sains yang mengkaji tingkah laku pelajar dalam suasana pembelajaran dalam bilik darjah. Smith (1978) menjelaskan psikologi pendidikan sebagai kajian saintifik terhadap tingkah laku individu dalam pendidikan, termasuk prinsip-prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk menyelesaikan masalah pendidikan. Ahli psikologi mungkin mengkaji tingkah laku secara saintifik, atau mereka mungkin menggunakan teori dan dapatan penyelidikan orang lain untuk masalah praktikal. Pengajaran adalah sesuatu proses berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya murid – murid dapat mempelajari dan menguasai setiap kemahiran dengan berkesan. Melalui pengajaran, murid berubah dari tidak tahu kepada tahu. Terdapat beberapa model pengajaran yang dipraktikkan oleh guru-guru pada masa kini. Mengikut Thomas F. Green, tujuan mengajar ialah
  6. 6. MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN SABTU SENI DALAM PENDIDIKAN RBT/PJ/BM KUMPULAN 3 6 menukar tingkah laku dan kelakuan murid melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru. Pembelajaran merupakan satu proses berterusan. Menurut kamus dewan(1994), pembelajaran adalah usaha memperoleh ilmu pengetahuan, menuntut ilmu pengetahuan. Proses ini mengkehendaki pelajar melalui pengalaman seperti mendapat penerangan guru, membuat latihan bertulis atau amali sehingga berlaku perubahan dalam diri pelajar. Robert M. Gagne (1970) dalam bukunya 'The Condition of Learning' mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Menurut Mayer (1982), pembelajaran adalah perubahan kekal dalam pengetahuan seseorang melalui pengalaman. Driscoll (1994) menyebut bahawa pembelajaran adalah perubahan prestasi secara berterusan dalam diri manusia hasil dari interaksi pembelajaran dengan persekitaran. Oleh itu pembelajaran merupakan satu proses yang mengubah keadaan, sikap, pengetahuan manusia menerusi pengalaman. Ciri kekal terbentuk dari perubahan - perubahan ini. Pada asasnya konsep pembelajaran berlandaskan teori - teori pembelajaran masa kini. Konsep Pembelajaran diperoleh manusia sejak kecil lagi sama ada secara formal atau tidak formal. Manusia menggunakan semua derianya seperti mata, hidung, mata, telinga bagi meyesuaikan diri dengan persekitaran. Teori - teori pembelajaran terdiri daripada kognitif, konstruktisme, behaviourisme dan 'Multiple Choices'. Proses pembelajaran berlaku secara berperingkat - peringkat. Tindakan mengamalkan pengalaman atau ilmu pengetahuan yang diperoleh dalam proses pembelajaran merupakan satu perubahan tingkah laku manusia. Selain daripada konsep – konsep dan teori yang diberikan diatas, saya ada berpendapat bahawa motivasi amat penting dalam penghasilan suasana dan iklim bilik dajah yang kondusif. Motivasi adalah suatu tenaga kuat, mungkin yang terkuat dalam setiap situasi pembelajaran. Penting bagi guru menggerakkan tenaga ini dalam melaksanakan tugas pengajaran. Oleh itu, sebagai faktor utama dalam setiap situasi pembelajaran serta motivasi penting untuk guru mengerti definisinya. Terdapat banyak definisi motivasi antaranya :
  7. 7. MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN SABTU SENI DALAM PENDIDIKAN RBT/PJ/BM KUMPULAN 3 7 ‘ …proses dalaman yang meransang kita memenuhi keperluan tertentu’ ( Dennis Child, Psychology and The Teacher ) ‘ Pendorong yang disedari ataupun tidak disedari yang meransang tindakan kea rah matlamat yang diingini ‘. ( Oxford English Dictionary ) Kajian berkenaan motivasi adalah yang berkaitan dengan segala desakan dan dorongan biologi, sosiologi dan psikologi yang menyingkir kemalasan dan menggerakkan kita, sama ada dengan penuh minat ataupun tidak, untuk bertindak’. ( George Miller, Psychology-The Science of Mental Life ) Seorang guru berkemungkinan ingin mendapat kepuasan dalam melaksanakan tugas dengan baik, dapat menghasilkan situasi pembelajaran yang memberi manfaat kepada murid sepenuhnya dan mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan serta diiktiraf oleh rakan sejawat sebagai guru yang mempunyai standard professional yang tinggi. Murid mahu belajar dan mereka tahu apa yang dapat diperolehi daripada mata pelajaran atau sesuatu kursus. Ini dapat memudahkan tugas guru. Oleh itu, tugas utama guru adalah mengekalkan motivasi pelajar. Setelah memahami apa yang saya terangkan diatas, dapat saya rumuskan bahawa penghubungkaitan dan pautan ICT dalam bentuk klip video, audio visual dan lain – lain amat berguna kepada guru dan murid. Ingin saya tambah bahawa keseronokan belajar juga akan terhasil dalam suasana dan iklim bilik darjah. Keadaan inilah yang penting untuk murid – murid belajar bersungguh – sungguh kerana telah menyimpan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran. Sekian.

×