Kemahiran berfikir

453 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
453
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
11
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kemahiran berfikir

  1. 1. Kemahiran Berfikir Belakangan ini, guru-guru banyak terdedah dengan teknik pengajaran yang bermatlamat untuk memperbaik keupayaan berfikir dan pengaplikasiannya dalam pembelajaran. Namun begitu, sebahagian besar pengajaran guru tertumpu pada penggunaan buku teks. Dengan hanya membaca buku tidak akan memberikan pemahaman yang secukupnya untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Kaedah penyoalan digalakkan bukan sahaja dalam kalangan murid malah juga dalam kalangan guru untuk memastikan kesahihan sumber-sumber informasi (Siegel, 1980). Tambahan pula, guru perlu menerapkan kemahiran berfikir dalam kalangan murid kerana kajian menunjukkan kebanyakan murid sekolah menengah tidak menguasai kemahiran berfikir secara kritikal. Guru bertindak mengambil jalan mudah untuk menghabiskan sukatan pelajar dengan cepat tanpa merangsang kemahiran berfikir murid. Ada juga guru yang tidak selalu mengajar untuk merangsang minda kreatif murid malah membantutkan perkembangan pemikiran mereka. Contohnya dalam pengajaran pemahaman, guru sering membaca dan juga menjawab soalan pemahaman yang diberikan, khususnya soalan yang memerlukan pandangan atau pendapat murid. Tujuan sebenar guru adalah untuk memastikan objektif pelajaran tercapai. Walaupun guru disarankan untuk menjalankan pengajaran yang berpusatkan murid, didapati guru masih lupa untuk mengaplikasikannya semasa dalam situasi sebenar. Dalam masa yang sama, bukan semua murid diberi peluang untuk menyatakan pandangan masing-masing. Ada kalanya murid-murid perlu disoal atau ditanya dengan menggunakan pendekatan yang berbeza. Misalnya, murid yang malu atau takut memerlukan guru menggunakan cara yang sesuai untuk membolehkan mereka menyatakan pandangan mereka. Guru juga sering mempersendakan atau menjadikan jawapan murid sebagai bahan humor yang akhirnya menghalang minat murid di samping membantutkan proses pemikiran mereka. Ketidakpelbagaian soalan dan teknik penyoalan yang kurang berkesan turut menjadi kekangan dalam merangsang kemahiran berfikir murid. Penyoalan yang lemah seperti menggunakan kata soal ‘apa’, ‘siapa’, ‘bila’ dan sebagainya tidak menggalakkan kemahiran berfikir secara maksimum. Guru tidak sedar bahawa penyoalan amat penting dalam merangsang minda murid. Selain itu, penggunaan bahan rangsangan seperti gambar, carta, jadual dan bahan lain juga kadang kala tidak bersifat merangsang kemahiran berfikir murid. Bahan rangsangan yang biasa dilihat, tidak menarik, atau tidak bersifat luar biasa kemungkinan
  2. 2. besar tidak akan menarik minat murid untuk berfikir untuk memberikan pandangan atau pendapat. Tambahan pula, bahan pelajaran yang disediakan guru juga tidak pelbagai. Kebanyakan guru bahasa Melayu sering menggunakan bahan bacaan semasa mengajar berbanding sumber yang boleh didengar atau ditonton. Alat bantu mengajar seperti radio, televisyen dan komputer jarang digunakan manakala bahan bercetak pula digunakan kerap kali digunakan. Ini sebenarnya menyebabkan murid bosan seterusnya tidak menggalakkan kemahiran berfikir. Sebahagian besar pengajaran guru tertumpu pada penggunaan buku teks. Dengan hanya membaca buku tidak akan memberikan pemahaman yang secukupnya kepada murid-murid untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Justeru, guru seharusnya perlu membantu murid-murid untuk memperkembang kemahiran berfikir dan mental untuk membolehkan mereka berfikir secara kreatif dan kritis, khususnya dalam membuat keputusan. Guru perlulah merancang strategi yang dapat menghasilkan keputusan yang efektif dengan meminta murid-murid membuat refleksi terhadap keputusan yang dibuat oleh mereka. Guru bahasa Melayu perlulah sentiasa menggalakkan keseluruhan perkembangan diri murid dengan menekankan aspek persediaan akademik, nilai-nilai moral, pengurusan emosi, kemahiran sosial, pemikiran yang efektif dan kebolehan menyelesaikan masalah. Kadang-kala, pembawaan juga merujuk kepada kemahiran. Misalnya, kemahiran berfikir secara kritis iaitu kebolehan menganalisis, menilai dan menginterpretasi dalam cara yang munasabah, efektif, berhati-hati dan serius. Pembawaan guru dikatakan tidak kukuh atau kuat sekiranya mana-mana kemahiran ini tidak kena pada tempatnya. Untuk mengaplikasikan kemahiran-kemahiran ini, guru bahasa Melayu perlu bersikap terbuka dan adil. Kemahiran berfikir bergantung kepada pembawaan dan keinginan guru dalam memastikan aliran pengetahuan yang sempurna (Halpern 1998; Wright 2002).

×