Successfully reported this slideshow.
1.1Pentaksiran
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat
penghakiman tentang produk sesuat...
Ujian ialah satu alat. Dalam P & P bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau
tercetak atau terakam yang telah dibentuk ...
1.4 Kepentingan Penilaian Ujian Di Bilik Darjah
Penilaian dan ujian mempunyai beberapa tujuan. Antaranya ialah untuk:
⁻ me...
2,0 Taksonomi bloom, solo dan krathwohl
2.1 Taksonomi Blomm
Tujuan pendidikan dibahagikan kepada tiga domain, iaitu:
1. Co...
Aplikasi (Application)
Pada tahap ini, seseorang pelajar memiliki kemampuan untuk menerapkan
gagasan, prosedur, metodologi...
 Domain Psikomotor
1. Persepsi
2. Persediaan (Set)
3. Respons Terpimpin
4. Mekanisme (Mechanism)
5. Respon Tampak yang Ko...
Domain Afektif
1) Receiving/Attending (Penerimaan)
⁻ Kesediaan untuk menyedari adanya suatu fenomena di lingkungannya.
Dal...
2.3 Taksonomi solo
Taksonomi Solo ini telah diperkenalkan oleh Biggs and Collis (1982), dan dimurnikan
dan diperkukuhkan l...
5. Peringkat Pemanjangan Abstrak (extended abstract).
Pelajar akan membuat hubungan bukan sahaja berdasarkan apa yang dibe...
2.6 Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif
Ujian Formatif Perbezaan Ujian Sumatif
1. Maklum balas kepada pelaja...
3.0 Jadual Spesifikasi Ujian
3.1 Definisi
Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam penyediaan
sesua...
3.3 Definisi / Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU)
– Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran.
– Aras Kemahiran ya...
Bil Bentuk Soalan Objektif
Kemahiran
Aras Kognitif
Bidang/Topik/Topik Kecil Jam
1 2 3 4 5 6
Jumlah
Item
1.1 Sejarah Perkem...
3.6 Langkah Membina JSU
Langkah I: Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
Langkah II: Tentukan soalan yang akan dibina i...
Langkah VI
– Nyatakan mata pelajaran
– Nyatakan tingkatan
– Susunan nombor soalan mengikut tajuk
Rumusan
Dalam penilaian, ...
3.7 Jadual Spesifikasi Ujian
Bil Bentuk Soalan - Objektif Aras Taksonomi Jumlah
Item
Topik / Aspek Bahasa 1 2 3 4 5 6
1 Mo...
3.8 20 Soalan Ujian Objektif Bahasa Melayu
Soalan 1 dan 2
Pilih penjodoh bilangan yang sesuai
1. Ali dan abangnya sedang m...
6. Jamal dan Jamil adalah adik beradik kembar seiras kerana rupa mereka _______
antara satu sama lain.
a. saling tak tumpa...
9. Berikut adalah penggunaan ayat yang betul kecuali.
i. Ayah sedang menunggang motosikal berkuasa tinggi.
ii. Perdana Men...
13.Hakim jatuh hukuman ke atas tertuduh kerana di dapati bersalah.
a. menjatuhkan b. dijatuhkan
c. terjatuh d. kejatuhan
1...
Soalah 18, 19 dan 20
Pilih maksud yang sesuai
18. Orang gila itu bertempik dengan kuat.
a. menjerit b. melaung
c. memanggi...
4.0 Kaedah dalam penilaian bahasan
4.0 Ujian Bakat, Ujian Pencapaian, Ujian Kefasihan dan Ujian Kemajuan
Ujian Bakat
Ujian...
4.1 Penilaian Melalui Porfolio
Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan
merekod bukti penc...
4.1.3 Ciri-ciri Portfolio
a) Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat,
halatuju, prosedur ...
E 5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan
J 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru
A 3 Membentuk suku kata
A 2 Menyeb...
4.2.1 Jenis Pemerhatian
Berdasarkan tujuan dan aspek yang hendak dinilai:
⁻ Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan t...
Rumusan.
Anda perlu ingat bahawa pemerhatian memang mudah dilaksanakan tetapi untuk
menjamin kesahihan dapatannya agak suk...
4.3.2 Fungsi Kontrak Pembelajaran
Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang berasaskan tahap
keupayaan ...
Contoh Format Kontrak Pembelajaran Individu
KONTRAK PEMBELAJARAN
Mata Pelajaran : ...........................................
4.4 Penilaian Melalui Soal Jawab
Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan
dalam bi...
4.5 Penilaian Melalui Projek
Apakah tujuan pembelajaran Projek ini?
Sebagai satu aktiviti pembelajaran projek membawa tuju...
⁻ Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu.
⁻ Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.
4.5.2 Je...
5.0 Memeriksa dan Mengukur Sampel Karangan Bahasa Melayu
Penilaian Melalui Pemerhatian.
Penilaian melalui kaedah ini dilak...
5.4 Fungsi Pemerhatian
– Melihat perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu proses
pembelajaran.
– Dilakukan oleh p...
5.6 Sampel Karangan
5.7 Analisis Sampel Karangan
Seperti yang telah dilihat, terdapat beberapa kesalahan bahasa yang mana
melibatkan kesilapan...
Kesilapan Ayat
Kesilapan ini merangkumi kesilapan frasa dan ayat. Agar perbincangan bertumpu
pada kesilapan frasa/ayat sah...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Eseimen bm 2012

209 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Eseimen bm 2012

  1. 1. 1.1Pentaksiran Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat meliputi hal-hal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula melibatkan operasi, dapatan dan hasil. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah:- a) Instrumen b) Kumpulan yang ditaksir c) Respon d) Kumpulan yang menaksir e) Skor 1.2 Pengujian ⁻ Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik. ⁻ Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu. ⁻ Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran ⁻ Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pre- test. ⁻ Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru.
  2. 2. Ujian ialah satu alat. Dalam P & P bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar. Namun, perlu diingat bahawa ujian mungkin menjadi kurang baik jika pentadbir ujian menggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur. Oleh itu, ujian perlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Contohnya, jika guru menguji tahap kefahaman murid Tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini tidak menggalakkan. 1.3 Penilaian Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan “penilaian” sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives. Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan. Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurkulum.
  3. 3. 1.4 Kepentingan Penilaian Ujian Di Bilik Darjah Penilaian dan ujian mempunyai beberapa tujuan. Antaranya ialah untuk: ⁻ mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar. ⁻ menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan. ⁻ membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. ⁻ menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka. ⁻ membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapat meningkatkan pengajaran mereka; dan ⁻ membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.
  4. 4. 2,0 Taksonomi bloom, solo dan krathwohl 2.1 Taksonomi Blomm Tujuan pendidikan dibahagikan kepada tiga domain, iaitu: 1. Cognitive Domain (Domain Kognitif), melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan keterampilan berfikir. 2. Affective Domain (Domain Afektif) melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek perasaan dan emosi, seperti minat, sikap, apresiasi, dan cara penyesuaian diri. 3. Psychomotor Domain (Domain Psikomotor) mengenai perilaku-perilaku yang menekankan aspek keterampilan motor seperti tulisan tangan, berenang, dan mengoperasi mesin. Domain Kognitif Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap. Domain ini terdiri dari dua tahap iaitu: 1. Pengetahuan 2. Kemampuan dan Keterampilan Intelektual Pengetahuan (Knowledge) Berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan, definisi, fakta-fakta, gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar, dan sebagainya. Pemahaman (Comprehension) Dikenali dari kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran, laporan, jadual , diagram, arahan, peraturan, dan sebagainya.
  5. 5. Aplikasi (Application) Pada tahap ini, seseorang pelajar memiliki kemampuan untuk menerapkan gagasan, prosedur, metodologi , rumus, teori dan sebagainya di dalam persekitaran sebenar. Analisis (Analysis) Pada tahap analisis, seseorang akan mampu menganalisa maklumat yang diperoleh dan mencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat itu ke dalam bahagian yang lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya dan mampu mengenali serta membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah senario yang rumit. Sintesis (Synthesis) Seseorang pelajar pada tahap sintesis akan mampu menjelaskan struktur atau pola dari sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali data atau maklumat yang harus didapati untuk menghasilkan bentuk penyelesaian yang diharapkan.. Penilaian (Evaluation) Dikenali dari kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap penyelesaian, gagasan, metodologi dan sebagainya dengan menggunakan kriteria yang sesuai atau standard yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya.
  6. 6.  Domain Psikomotor 1. Persepsi 2. Persediaan (Set) 3. Respons Terpimpin 4. Mekanisme (Mechanism) 5. Respon Tampak yang Kompleks (Complex Overt Response) 6. Penyesuaian (Adaptation) 7. Penciptaan (Origination) 2.2 Domain David Krathwohl Domain Krathwohl merupakan domain yang paling terkenal. Taksonomi ini adalah mengikut persepsi terhadap objek melalui peringkat kesedaran umum kepada peringkat di mana persepsi itu didalami seterusnya mempengaruhi kelakuan seseorang. (Seels & Glasgow, 1990, p. 28)."
  7. 7. Domain Afektif 1) Receiving/Attending (Penerimaan) ⁻ Kesediaan untuk menyedari adanya suatu fenomena di lingkungannya. Dalam pengajaran bentuknya berupa mendapatkan perhatian, mempertahankannya, dan mengarahkannya. 2) Responding (Tanggapan) ⁻ Memberikan reaksi terhadap fenomena yang ada di lingkungannya. Meliputi persetujuan, kesediaan, dan kepuasan dalam memberikan tanggapan 3) Valuing (Penghargaan) ⁻ Berkaitan dengan harga atau nilai yang diterapkan pada suatu objek, fenomena, atau tingkah laku. Penilaian berdasar pada internalisasi dari serangkaian nilai tertentu yang diekspresikan ke dalam tingkah laku 4) Organization (Pengorganisasian) ⁻ Memadukan nilai-nilai yang berbeza, menyelesaikan konflik di antaranya, dan membentuk suatu sistem nilai yang konsisten 5) Characterization by a Value or Value Complex (Karakterisasi Berdasarkan Nilai- nilai) ⁻ Memiliki sistem nilai yang mengendalikan tingkah-lakunya sehingga menjadi karakteristik gaya-hidupnya.
  8. 8. 2.3 Taksonomi solo Taksonomi Solo ini telah diperkenalkan oleh Biggs and Collis (1982), dan dimurnikan dan diperkukuhkan lagi oleh Biggs (1999).Teori ini menerangkan tentang tahap peningkatan pelajar dalam pemahaman mereka terhadap sesuatu mata pelajaran menerusi lima langkah dan sesuai diaplikasi dalam mana- mana mata pelajaran. Terdapat dua kategori setiap aras. Surface  Unistructural Multistructural Deep  Relational  Extended Abstract Seperti juga enam peringkat kemahiran yang terdapat dalam taksonomi Bloom, taksonomi Solo juga mempunyai peringkat tertentu yang terdiri daripada empat peringkat utama di mana setiap peringkat meliputi setiap peringkat sebelumnya. 1. Pra- struktur (prestructure): Pelajar akan memperoleh maklumat yang tidak saling berkaitan( pada asalnya) dan tiada penyusunan maklumat( maklumat tiada maksud yang jelas kepada pelajar) 2.Uni-Struktur (unistructure): Pelajar berupaya membuat pertalian(hubung kait) yang mudah antara maklumat dengan maklumat yang lain tetapi belum memahami kepentingan maklumat tadi. 3. Struktur Pelbagai (multistructure): Pelbagai pertalian( hubung kait) dibuat oleh pelajar, tetapi pelajar kurang memahami kepentingan maklumat secara keseluruhannya. 4. Membuat perhubungan (relational): Pelajar berupaya menghayati kepentingan bahagian- bahagian maklumat tadi kepada makna keseluruhan.
  9. 9. 5. Peringkat Pemanjangan Abstrak (extended abstract). Pelajar akan membuat hubungan bukan sahaja berdasarkan apa yang diberikan secara lahiriah, tetapi lebih daripada itu( di luar kotak). Pelajar mampu membuat kesimpulan dan memindahkan prinsip- prinsip dan idea tersebut menggunakan contoh yang lebih spesifik. Rumusan Taxonomi SOLO merupakan hirarki yang sebenar; meningkat secara kuantiti dan kualiti. Taxonomi SOLO membimbing pembinaan soalan aras rendah (surface) dan aras tinggi (deep). Kedua-dua aras soalan adalah perlu; tujuan ujian 2.4 Ujian Formatif Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek. 2.5 Ujian Sumatif Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa.
  10. 10. 2.6 Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif Ujian Formatif Perbezaan Ujian Sumatif 1. Maklum balas kepada pelajar dan guru: kemajuan dan kelemahan. Fungsi 1. Pensijilan atau penggredan 2. Sepanjang pengajaran Masa 2. Pada akhir unit/kursus 3. Kognitif, psikomotor dan afektif Penekanan 3.Kognitif 4. Terhad kepada tugasan Sifat 4. Beraneka jenis 5. Berubah-ubah Kesukaran 5. Senang – sukar 6. Dibentuk khas Alat 6. Peperiksaan akhir tahun 7. Rujukan kriteria Jenis ujian 7.Rujukan norma
  11. 11. 3.0 Jadual Spesifikasi Ujian 3.1 Definisi Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu ujian. Guru-guru di sekolah seringkali membina soalan-soalan ujian secara spontan dan tidak terancang. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item/ soalan. JSU dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test Specification. JSU merupakan matrik dua paksi iaitu paksi “Kandungan” (menegak) dan paksi “Aras Kemahiran” (melintang). 3.2 Kerangka konsep JADUAL SPESIFIKASI UJIAN KEPENTINGAN JSU DEFINISI LANGKAH PEMBINAAN JSU
  12. 12. 3.3 Definisi / Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU) – Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran. – Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan. – Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar. – Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain- lain. – Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran. – Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%. 3.4 Kepentingan JSU – Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan. – Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian. – Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran. – Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji. – Memberikan panduan untuk membentuk format ujian.
  13. 13. Bil Bentuk Soalan Objektif Kemahiran Aras Kognitif Bidang/Topik/Topik Kecil Jam 1 2 3 4 5 6 Jumlah Item 1.1 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu 5 4  Asal usul BM, BM sebelum dan selepas merdeka 2 2 1.2 Linguistik BM 15 12  Pengenalan linguistik Definisi, Sejarah, Linguistik Diskriptif 1 5 4 1 1 1.3 Fonologi 20 16  Definisi, alat artikulasi, cara penghasilan 3 2 1 1  Fonem segmental 2 2 1 1 1  Fonem suprasegmental 1 1 Jumlah 40 32 Jadual 1: Contoh JSU  Contoh di atas boleh disesuaikan dengan keperluan dan spesifikasi di sekolah.
  14. 14. 3.6 Langkah Membina JSU Langkah I: Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji Langkah II: Tentukan soalan yang akan dibina itu a. soalan objektif (30 soalan) b. 1 markah bagi 1 item c. jumlah soalan bagi setiap topik dikira: = Jumlah masa x Jumlah soalan Jumlah Masa keseluruhan Langkah III: Tentukan model aras kesukaran item Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom Tiga domain: kognitif, afektif, dan psikomotor Domain Kognitif 6. Penilaian Sukar 5. Sintesis 4. Analisis 3. Penggunaan 2. Kefahaman 1. Pengetahuan Mudah Langkah IV: Apakah jenis ujian yang akan diuji? – Ujian objektif – Ujian struktur – Ujian esei, dan lain-lain. Langkah V: – Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei dll) – Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah – soalan sukar) – Pemarkahan
  15. 15. Langkah VI – Nyatakan mata pelajaran – Nyatakan tingkatan – Susunan nombor soalan mengikut tajuk Rumusan Dalam penilaian, JPU berperanan penting. Orang-orang yang berkaitan dengan ujian seperti calon, guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti kata sebenarnya menolak sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya. Justeru, data yang tercetus daripada ujian yang sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuan pemilihan, pengkelasan atau bimbingan.
  16. 16. 3.7 Jadual Spesifikasi Ujian Bil Bentuk Soalan - Objektif Aras Taksonomi Jumlah Item Topik / Aspek Bahasa 1 2 3 4 5 6 1 Morfologi – Kata kerja 3 3 2 Kata seru 1 1 3 Penjodoh bilangan 2 2 4 Simpulan bahasa 2 2 4 5 Sinonim 3 3 6 Kata tanya 2 2 7 Homonim – Kata banyak makna 2 2 8 Sintaksis – Struktur ayat 1 1 9 Pola ayat 2 2 Jumlah Soalan 20
  17. 17. 3.8 20 Soalan Ujian Objektif Bahasa Melayu Soalan 1 dan 2 Pilih penjodoh bilangan yang sesuai 1. Ali dan abangnya sedang membina _______ pondok. a. sebuah b. sebiji c. seekor d. sesikat 2. Emak membeli _______ payung di kedai. a. sebilah b. sepucuk c. sekaki d. sepapan Soalan 3 dan 4 Pilih simpulan bahasa yang sesuai 3. Hamzah adalah seorang yang ______ kerana suka menolong lain. a. buruk siku b. baik hati c. kaki botol d. kepala batu 4. Pak Malik tidak suka memberikan derma kerana dia seorang yang ______. a. tangkai jering b. murah hati b. cakar ayam d. lidah bercabang 5. Hidup Ramli sekeluarga sangat susah ibarat _______________. a. kais pagi makan pagi, kais petang makan petang b. sudah jatuh ditimpa tangga c. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian d. alah bisa tegal bias
  18. 18. 6. Jamal dan Jamil adalah adik beradik kembar seiras kerana rupa mereka _______ antara satu sama lain. a. saling tak tumpah b. semerbak kasturi c. serapat belangkas d. mancung bak seludang Soalan 7, 8 dan 9 Pilih penyataan yang paling sesuai 7. Pilih ayat yang paling sesuai bagi penggunaan perkataan ‘tawar’. i. Bomoh Roy sedang tawar penyakit yang dihidapi oleh Rogayah. ii. Gulai yang dimasak oleh kamu ini berasa tawar. iii. Ikan air tawar tidak boleh hidup di laut. iv. Harga barang itu boleh tawar mengikut kehendak pelanggan. a. i dan ii sahaja b. ii dan iii sahaja c. i, ii dan iii sahaja d. iii dan iv sahaja 8. Pilih ayat yang paling sesuai bagi penggunaan perkataan ‘ketam’. i. Leman sedang ketam kayu untuk dijadikan papan. ii. Gulai ketam yang dimasak oleh kamu ini sangat sedap. iii. Ketam boleh hidup di laut dan di sungai. iv. Padi yang telah masak itu hanya menunggu masa untuk ketam. a. i dan ii sahaja b. ii dan iii sahaja c. i, ii dan iii sahaja d. iii dan iv sahaja
  19. 19. 9. Berikut adalah penggunaan ayat yang betul kecuali. i. Ayah sedang menunggang motosikal berkuasa tinggi. ii. Perdana Menteri adalah orang yang paling berkuasa di Malaysia. iii. Seluruh stadium berkuasa oleh peminat bola sepak negara. iv. Malik berkuasa seni silat cekak setelah 5 tahun berlatih. a. i dan ii sahaja b. ii dan iii sahaja c. i, ii dan iii sahaja d. iii dan iv sahaja Soalan 10 dan soalan 11 Pilih jawapan yang betul berdasarkan ayat yang diberikan. 10. Yazid cedera parah dalam kemalangan tersebut. a. Siapakah yang cedera di dalam kemalangan itu? b. Bagaimanakah kemalangan itu berlaku? c. Di manakah kemalangan itu berlaku? d. Mengapakah Yazid terlibat di dalam kemalangan itu? 11. Kami telah tersesat di dalam hutan selama seminggu. a. Di manakah kita tersesat? b. Bagaimanakah kita tersesat? c. Berapa lamakah kita telah tersesat? d. Siapakah yang telah tersesat? Soalan 12, 13 dan 14 Pilih jawapan yang betul berdasarkan perkataan yang digariskan. 12. Pencuri itu masuk rumah yang tidak berpenghuni sebelum ditangkap polis. a. di masuki b. memasuki c. termasuk d. kemasukan
  20. 20. 13.Hakim jatuh hukuman ke atas tertuduh kerana di dapati bersalah. a. menjatuhkan b. dijatuhkan c. terjatuh d. kejatuhan 14. Habis padi Pak Jimat makan lembu kelmarin. a. memakan b. dimakan c. termakan d. pemakanan Soalan 15, 16 dan 17 Pilih ayat yang betul. 15. a. Wah, sakitnya kakiku! b. Amboi, comelnya bayi ini! c. Cis, kamu Berjaya mendapat tempat pertama! d. Syabas, cantiknya permandangan disini. 16. a. Tolong belikan minuman itu. b. Di gerai itu menjual air apakah? c. Adakah kamu dijual minuman? d. Minuman itu kamu kah? 17. a. Pukul berapa majlis bermula kah? b. Majlis pukul bermula kah? c. Bilakah majlis akan bermula? d. Majlis bermula bila kah?
  21. 21. Soalah 18, 19 dan 20 Pilih maksud yang sesuai 18. Orang gila itu bertempik dengan kuat. a. menjerit b. melaung c. memanggil d. membisikkan 19. Muthu bersedih atas kematian ibunya. a. bersuka-ria b. berduka c. bermuram d. bergembira 20. Kilang itu terpaksa ditutup kerana bah. a. banjir c. kemarau c. tanah runtuh d. ribut
  22. 22. 4.0 Kaedah dalam penilaian bahasan 4.0 Ujian Bakat, Ujian Pencapaian, Ujian Kefasihan dan Ujian Kemajuan Ujian Bakat Ujian bakat biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsur-unsur bahasa seperti fonetik,tatabahasa dan kosa kata. Melalui ujian ini murid-murid akan melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasa seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau struktur sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dan sebagainya. Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat. Ujian Pencapaian Ujian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran.Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai dalam satu jangkamasa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set ujian yang berlainan. Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos. Ujian Kefasihan Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajarinya. Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka. Manakala ujian bakat bertujuan mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing. Ujian Pencapaian bertujuan untuk menentukan setakat manakah murid-murid telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah dipelajari. Ujian Kefasihan pula bertujuan untuk menentukan setakat manakah seseorang telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan. Ujian Kemajuan merupakan ujian yang menentukan kemajuan murid dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka. Seterusnya anda dikehendaki membuat bacaan tambahan dan mengakses internet untuk mendapatkan maklumat tambahan.
  23. 23. 4.1 Penilaian Melalui Porfolio Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh. Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir. 4.1.1 Tujuan Portfolio Tujuan portfolio ialah untuk : ⁻ Memberi peluang pelajar mendokumentasi kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan. ⁻ Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka secara sistematik. ⁻ Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi. 4.1.2 Kegunaan Portfolio ⁻ menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment). ⁻ menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan. ⁻ digunakan bagi menggambarkan keperluan spesifik dalam penyempurnaan gred. ⁻ menilai secara sumatif pembelajaran. ⁻ menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar
  24. 24. 4.1.3 Ciri-ciri Portfolio a) Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat, halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan. b) Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara auntentik. Ini adalah kaedah konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerja-kerja lapangan. c) Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan, komen, dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran. d) Membuat catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan membuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan. e) Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif. 4.1.4 Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina. Portfolio Kerja Harian Portfolio Hasil Terbaik Portfolio Dokumen 4.1.5 Bagaimana Menilai Portfolio? ⁻ Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan kefahaman. ⁻ Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir. ⁻ Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yang mempunyai lima tahap perkembangan, seperti di bawah ini.
  25. 25. E 5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan J 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru A 3 Membentuk suku kata A 2 Menyebut bunyi huruf N 1 Permulaan mengenal huruf ⁻ Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti hasil pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran seimbang (on-balance) tentang tahap pencapaian pelajar. ⁻ Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja. 4.1.6 Aspek-aspek yang perlu dalam sesebuah Portfolio Sesebuah portfolio mengandungi: ⁻ Senarai semak yang disediakan oleh guru ⁻ Nota-nota yang disediakan oleh guru ⁻ Catatan jurnal ⁻ Buku log ⁻ Refleksi kendiri murid ⁻ Gambar dan foto 4.1.7 Kebaikan Penilaian Portfolio ⁻ Penglibatan murid sepenuhnya dalam pengajajaran dan pembelajaran ⁻ Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai pencapaian muri-murid ⁻ Merupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan murid-murid ⁻ Dapat memotivasikan murid-murid dan meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan pembelajaran yang diberi oleh guru. 4.2 Penilaian Melalui Pemerhatian. Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan P&P. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek kognitif,afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran.
  26. 26. 4.2.1 Jenis Pemerhatian Berdasarkan tujuan dan aspek yang hendak dinilai: ⁻ Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan. ⁻ Memerhati apa yang telah dirancang secara ‘open ended’. ⁻ Memerhati untuk jangka pendek dan uangk panjang. 4.2.2 Strategi Pemerhatian ⁻ Berterusan mengikut keperluan yang dirancang. ⁻ Kaedah pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikal berdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru. ⁻ Guru boleh menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif,psikomotor, bahan dan persekitaran. ⁻ Menjalankan tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang dijalankan. 4.2.3 Pelaksanaan Proses Pemerhatian Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian. Antaranya ialah: Kualiti Pemerhatian Bentuk Perancangan Jenis-jenis Pemerhatian 4.2.4 Fungsi Pemerhatian ⁻ Melihat perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran. ⁻ Dilakukan oleh pelajar untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran. ⁻ Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek.
  27. 27. Rumusan. Anda perlu ingat bahawa pemerhatian memang mudah dilaksanakan tetapi untuk menjamin kesahihan dapatannya agak sukar. Penilaian cara ini biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti daya pengamatan penilai, pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai tentang bidang yang berkenaan, dan sikap bias serta prasangka penilai. 4.3 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran 4.3.1 Cara Pelaksanaan I. Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan. II. Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan. III. Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan. IV. Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan. Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis. Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan kriteria atau syarat-syarat yang telah disenaraikan. Biasanya terdapat kompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. Kriteria ditetapkan oleh guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.
  28. 28. 4.3.2 Fungsi Kontrak Pembelajaran Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang berasaskan tahap keupayaan kendiri untuk membolehkan : I. pelajar mengenal pasti dan merekod, II. menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri, III. mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut. 4.3.4 Bagaimanakah kontrak pembelajaran digunakan? ⁻ Penilaian objektif tugasan ⁻ Hasil Pembelajaran ⁻ Penilaian ⁻ Format / Bentuk 4.3.5 Format Kontrak Pembelajaran Keperluan Kontrak Pembelajaran boleh dibuat dalam bentuk tertentu mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Sesetengah tugasan memerlukan kontrak yang amat formal, yang prosedurnya dinyatakan dengan jelas. Sebaliknya sesetengah kontrak pembelajaran juga boleh dibuat secara tidak formal tetapi terancang dan jelas.
  29. 29. Contoh Format Kontrak Pembelajaran Individu KONTRAK PEMBELAJARAN Mata Pelajaran : ............................................................ Nama : ........................................................................ Tahun/Tingkatan :........................................................... Tugasan : ..................................................................... Objektif : 1.................................................................. 2.................................................................. 3.................................................................. Perkembangan Peringkat Apa yang ingin dicapai pada peringkat ini Bagaimana akan dilaksanakan pada peringkat ini Tempoh masa pelaksanaan peringkat ini Bagaimana penilaian peringkat ini dibuat Catatan Tandatangan murid Tandatangan rakan sebaya Tandatangan guru .............................. .................................... ............................... Nama: Nama: Nama:
  30. 30. 4.4 Penilaian Melalui Soal Jawab Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam P&P, Bahasa Melayu akan dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep-konsep, kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar. 4.4.1 Cara Pelaksanaan Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberikan tindak balas yang sewajarnya. Biasanya, soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan pelajar berfikir, di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam P&P bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal.
  31. 31. 4.5 Penilaian Melalui Projek Apakah tujuan pembelajaran Projek ini? Sebagai satu aktiviti pembelajaran projek membawa tujuan berikut: 1) Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab. 2) Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi. 3) Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah. 4.5.1 Ciri-ciri Penilaian Projek ⁻ Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik ). ⁻ Jangka masa yang panjang ⁻ Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar. ⁻ Pelajar boleh membina penyelesaian alternatif. Tidak ada satu jawapan yang benar. ⁻ Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan projek atau dalam kumpulan. ⁻ Tugasan boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu. ⁻ Merupakan peluang menilai pelajar dalam kreativiti, kemahiran merancang, integrasi pengetahuan, kebolehan membuat tugasan bersama orang lain. ⁻ Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji/membentukkan sesuatu. Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka masa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah kepada tahap hasil disediakan. Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar. (Wiggins, 1989).
  32. 32. ⁻ Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu. ⁻ Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah. 4.5.2 Jenis-jenis penilaian Projek ⁻ Latihan dan soalan ‘open-ended’ untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis. ⁻ Extended tasks assignment seperti menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model. ⁻ Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi. ⁻ Tugasan prestasi – drama, lakonan, persembahan, poster atau model. 4.5.3 Langkah-langkah untuk menjalankan Projek. Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek. Langkah 2 : Penilaian awal projek. Langkah 3 : Pelaksanaan strategi. Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat. Langkah 5 : Penilaian hasil projek.
  33. 33. 5.0 Memeriksa dan Mengukur Sampel Karangan Bahasa Melayu Penilaian Melalui Pemerhatian. Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan P&P. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek kognitif,afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran. 5.1 Jenis Pemerhatian Berdasarkan tujuan dan aspek yang hendak dinilai: – Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan. – Memerhati apa yang telah dirancang secara ‘open ended’. – Memerhati untuk jangka pendek dan uangk panjang. 5.2 Strategi Pemerhatian – Berterusan mengikut keperluan yang dirancang. – Kaedah pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikal berdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru. – Guru boleh menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif,psikomotor, bahan dan persekitaran. – Menjalankan tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang dijalankan. 5.3 Pelaksanaan Proses Pemerhatian Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian. Antaranya ialah: – Kualiti Pemerhatian – Bentuk Perancangan – Jenis-jenis Pemerhatian
  34. 34. 5.4 Fungsi Pemerhatian – Melihat perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran. – Dilakukan oleh pelajar untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran. – Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek. 5.5 Rumusan Anda perlu ingat bahawa pemerhatian memang mudah dilaksanakan tetapi untuk menjamin kesahihan dapatannya agak sukar. Penilaian cara ini biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti daya pengamatan penilai, pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai tentang bidang yang berkenaan, dan sikap bias serta prasangka penilai.
  35. 35. 5.6 Sampel Karangan
  36. 36. 5.7 Analisis Sampel Karangan Seperti yang telah dilihat, terdapat beberapa kesalahan bahasa yang mana melibatkan kesilapan ejaan, kesilapan penggunaan huruf, kesilapan ayat dan kelilapan kosa kata. Kesilapan Ejaan Tiga patah perkataan jelas silap dieja dalam karangan ini. Perkataan-perkataan itu ialah “saudara” yang dieja “sedara”, “menzirahi” yang dieja “ziarahi”, dan “Aidilfitri” yang dieja “aidielfitri”. Kesilapan Penggunaan Huruf Terdapat satu kategori kesilapan penggunaan huruf dalam karangan ini. Yang pertama ialah penggunaan huruf kecil untuk nama khas. Terdapat satu kesilapan dalam kategori ini iaitu “Hari Raya” ditulis menggunakan huruf kecil menjadi “hari raya”. Kesilapan Penggunan Kosa Kata Agar perbincangan bertumpu pada penggunaan kosa kata sahaja, kesilapan ejaan dan tanda baca dalam contoh-contoh di bawah ini sudah dibetulkan. Terdapat dua kesilapan penggunaan kosa kata dalam karangan ini. Yang pertama ialah perkataan “sedara” dalam frasa “sanak sedara”. Perkataan “sedara” dalam dialek umum bermaksud “saudara” atau “ahli keluarga”. Murid ini menggunakan kosa kata lisan dalam karangannya. Perkataan yang sesuai menggantikan perkataan “sedara” ialah “saudara”. Oleh itu frasa “sedara” dapat ditulis semula menjadi “saudara”. Yang kedua ialah perkataan “menjamu” dalam frasa “dapat menjamu”. Perkataan “menjamu” dalam dialek umum bermaksud “makan” atau “dijamu”. Murid ini menggunakan kosa kata lisan dalam karangannya. Perkataan yang sesuai menggantikan perkataan “menjamu” ialah “makan”. Oleh itu frasa “sedara” dapat ditulis semula menjadi “makan”.
  37. 37. Kesilapan Ayat Kesilapan ini merangkumi kesilapan frasa dan ayat. Agar perbincangan bertumpu pada kesilapan frasa/ayat sahaja, dalam contoh di bawah ini kesilapan ejaan, tanda baca dan kosa kata dalam ayat yang berkenaan sudah dibetulkan. Kesilapan Penggunaan Tanda Baca Karangan ini mengandungi satu jenis kesilapan tanda baca iaitu kedudukan koma yang tidak digunakan perkataan teraawal yang memerlukannya. Terdapat tiga kesilapan seperti yang berikut: 1. Setelah sebulan berpuasa, 2. Pada pagi raya, 3. Setelah siap,

×