Assignment hubungan etnik

1,550 views

Published on

  • Be the first to comment

Assignment hubungan etnik

  1. 1. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIKMOHD AIDIL BIN OTHMAN HAK CIPTA TERPELIHARA© 1
  2. 2. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK 2
  3. 3. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK SOALAN TUGASAN 3
  4. 4. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK 4
  5. 5. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK PENGHARGAAN Alhamdulillah.Setinggi kesyukuran kepada Allah dengan limpah kurnia-Nya.Selawat dan salam buat nabi junjungan Muhammad s.a.w. Nabi pembawa rahmat keseluruh alam. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepadapensyarah kami, En. Zulkifli bin Senin yang banyak memberikan bimbingan dandorongan untuk terus maju dalam pelajaran. Tidak ketinggalan juga buat sahabat sekalian yang menjadi pembantu ketikasenang dan susah. Buat bonda dan ayahanda, terima kasih kerana banyak memberisokongan dan bantuan dari segi kewangan dan emosi.Akhir kalam, kami dahulukan dengan ucapan Jazakumullahu khairan kathira.Mohd Azrai HaronMohd Fadhli OthmanMuhammad Hanis Abdul Mutalib 5
  6. 6. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK ISI KANDUNGANSOALAN TUGASAN 3PENGHARGAAN 5ISI KANDUNGAN 6PENGENALAN 7 a) PETA MINDA 8 KONSEP PERLEMBAGAAN 9 UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN 11 b) CARTA GARIS MASA SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN SEHINGGA TAHUN 1963 DI MALAYSIA. 13 c) LAPORAN 17 1.0 PERLEMBAGAAN MALAYSIA 17 2.0 KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN 19 3.0 KONTRAK SOSIAL 20 3.1 KONSEP KONTRAK SOSIAL 21 3.2 UNSUR-UNSUR BERKAITAN DENGAN KONTRAK SOSIAL 23 3.3 KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL 26 3.4 KESIMPULAN 28 3.5 BIBLIOGRAFI 29 3.6 LAMPIRAN 31KOLABORASI 6
  7. 7. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK PENGENALAN Kira-kira 1000 tahun lampau, Semenanjung Tanah Melayu berubah menjadipusat perdagangan di Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdaganganmereka melalui Selat Melaka. Banyak kerajaan awal wujud pada abad ke-10 berasaldaripada bandar pelabuhan.Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah,Beruas dan Gangga Negara di Perak, serta Pan Pan di Kelantan.Pada awal abad ke-15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minatpenakluk daripada Portugis, Belanda dan Britain untuk mewujudkan petempatan ataukoloni di Selat Melaka. Sejarah penempatan kolonial diraja Britain diwujudkan pada tahun 1826.Britainatau dikenali sebagai British sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dankawalannya ke atas seluruh Semenanjung Tanah Melayu.Penempatan awal kolonialBritish ini bertapakdi Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, British menjadisemakin agresif dan mula mendapatkan negeri-negeri Melayu yang lain. Terdapatbanyak faktor-faktor yang menjadikan colonial Britisnh ini berminat untuk mendapatkanTanha Melayu antaranya untuk mendapatkan bahan atau hasil mentah seperti biji besidan timah.Pada tahun 1810-an, British mula mengambil peluang campurtangan dalamnegeri-negeri Melayu.Disebabkan perang saudara,dan gangguan kongsi gelap Cina,Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah penduduk di Negeri-Negeri Melayudan Negeri-Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasankuasa British ke atas tanah air bangsa Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor danNegeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Melayu Bersekutu). Negeri-negeri 7
  8. 8. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIKlain yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perlis, Kedah,Kelantan dan Terengganu berada di bawah kuasa Thailand. Di Borneo pula, Borneo Utara British dahulunya berada di bawah pemerintahanKesultanan Sulu (sekarang Sabah) ditabalkan sebagai Koloni Diraja British, manakalaSarawak menjadi milik keluarga Brooke (Raja berbangsa Inggeris). Akibat penaklukanJepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, sokongan untuk kemerdekaansemakin kuat. Apabila British mahu mewujudkan Malayan Union selepas perangberakhir, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-Melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraantunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapatstatus warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untukSemenanjung Tanah Melayu diperolehi pada 1957 di bawah nama PersekutuanMalaya, tanpa penyertaan Singapura. Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudiandinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakanhasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakatBrunei yang kecewa kerana sultan mereka tidak disenarai dalam bakal Yang Di-PertuanAgong.Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaanIndonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan Sabah oleh Filipina.Selain itu, pada 1965,Singapura menarik diri daripada Malaysia dan rusuhan kaum terjadi pada bulan Mei1969. Kini Malaysia berdiri di atas sejarahnya yang unik. Bermula dengan penaklukanbangsa asing seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun sehinggalah penubuhansebuah negara merdeka, Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya pada tahun1963 dikenali sebagai Persekutuan Malaysia. Pembabitan negara-negara asingtersebut meninggalkan banyak kesan terhadap bangsa dan budaya masyarakat malahmengubah sosio-politik negara. 8
  9. 9. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK a) PETA MINDAKONSEP PERLEMBAGAAN PERLEMBAGAAN KONSEP JENIS-JENIS TIDAK BERTULIS BERTULIS 9
  10. 10. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK KONSEP PERLEMBAGAAN TUN SALLEH ABAS SHAMSUL AMRISurat catatan atau surat cara yang Kumpulan peraturan atau undang-undangmengandungi semua undang-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis.tertinggi yang difikirkan mustahak bagi Menentukan organisasi kerajaan,mewujudkan sebuah negara yang moden. pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip umum bagaimana kuasa-kuasa tersebut dilaksanakan. RUSLAN ZAINUDDUIN SALMAH HUSSAIN Satu dokumen yang mengandungi semua Suatu catatan yang amat penting dalam susunan peraturan dan undang-undang menyatakan kedaulatan dan kewujudan dasar yang dianggap penting bagi sesebuah negara yang merangkumi organisasi pemerintahan dan pentadbiran pentadbiran dan kemasyarakatan. sesebuah negara. Perlembagaan tersebut perlulah terpelihara Perlembagaan ini berperanan dalam dari pengubahsuaian, menjamin keselamatan menentukan bidang kuasa masyarakat dalam negara dan luar negara. pemerintahan, bentuk sesebuah Pembentukan Perlembagaan juga berlaku kerajaaan dan hak-hak rakyat. kerana terjadinya perjanjian antara satu bangsa dengan bangsa yang lain, atau sesebuah masyarakat dalam negara dengan masyarakat antarabangsa. • BERTULIS: Bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen. Contoh: Perlembagaan Malaysia • TIDAK BERTULIS: Semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang adat. Contoh: adat perpatih. 10
  11. 11. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIABAHASA AGAMA KEDUDUKAN PEMERINTAHANMELAYU ISLAM ISTIMEWA BERAJA ORANG MELAYU, BUMIPUTERA SABAH & SARAWAK 11
  12. 12. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK • BM adalah bahasa kebangsaan yang mesti digunakan untuk maksud-maksud rasmiBAHASA MELAYU • Tiada larangan menggunakan atau mengajar atau belajar bahasa lain. • Perkara 3(1), agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan. • Agama lain boleh diamalkan dengan aman AGAMA ISLAM dan damai. • Setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agama. • Jawatan dalam perkhidmatan awam, KEDUDUKAN biasiswa, pendidikan, perniagaan, ISTIMEWA ORANG kemudahan khas. • Tanah rizab orang Melayu dilindungi MELAYU, daripada diselenggara oleh orang bukan BUMIPUTERA Melayu.SABAH & SARAWAK • Kemasukan perkhidmatan orang Melayu ke dalam Rejimen Askar Melayu. • Raja berkuasa mutlak PEMERINTAH • Dibantu oleh pembesar-pembesar yang BERAJA dilantik sebelum penjajahan British. 12
  13. 13. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIKb) CARTA GARIS MASA SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN SEHINGGA TAHUN 1963 DI MALAYSIA MALAYAN UNION Menyatukan semua negeri Tanah Melayu di bawah satu pentadbiran pusat. Ditentang hebat oleh Orang Melayu. Perlembagaan Malayan Union telah diselenggarakan oleh pihak British Colonial Office. Malayan Union diselenggarakan di England yang diusulkan oleh kerajaan Labour yang memerintah pada masa itu. Perlembagaan ini bukanlah hasil daripada perbincangan atau rundingan dengan Sultan atau mana-mana pegawai di Tanah Melayu . Antara perlembagaan Malayan Union ialah; 1. Malayan diketuai oleh gabenor yang berkuasa penuh dalam perkhidmatan awam dan tidak akan bertanggungjawab kepada majlis undangan. 2. Sultan menjadi ketua negeri dan hanya penasihat, bersidang dalam Majlis Sultan yang mana majlis ini yang memberikan nasihat kepada gabenor apabila gabenor memerlukan nasihat itu. 3. Majlis Undangan mempunyai bilangan ahli rasmi dan tidak rasmi yang sama banyak dan gabenor mempunyai kuasa membatal atau meluluskan satu-satu undang- undang walaupun tanpa pandangan Sultan. 4. Sultan pula dimasukkan dalam Majlis Penasihat Melayu yang ditubuhkan dalam tiap-tiap negeri dan hanya menguruskan hal ehwal agama Islam sahaja. 5. Singapura dijadikan negara jajahan yang berasingan dan mempunyai gabenor dan majlisnya sendiri. 6. Gabenor dilantik untuk Tanah Melayu, Singapura dan Borneo. 7. Kewarganegaraan boleh diberikan kepada sesiapa saja yang menganggap negeri inI adalah negeri mereka. 13
  14. 14. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948British isytihar Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Federated Malay State) masih lagi mengekalkanbeberapa isi penting perlembagaan Malayan Union iaitu;1. Melalui pelembagaan Federated Malay State 1948 hal-hal kewarganegaraan masihlagi terbuka tetapi dengan agenda tertentu. Kerakyataan dibuat sama ada secara automatikataupun membuat permohonan . Iaitu; Kerakyatan automatik, kerakyataan automatik akandiberikan kepada sesiapa saja yang menjadi rakyat Sultan Melayu dan British pada bila-bilamasa saja, kerakyataan permohonan, seseorang itu telah berada di Federated Malay Statetidak kurang 8 tahun dariada masa 12 tahun sebelum memohon atau seseorang itu telahberada di Federated Malay State tidak kurang 15 tahun daripada masa 20 tahun sebelummemohon.2. Raja Melayu mendapat semula kuasanya iaitu seperti sebelum pendudukan Jepun. Inibermakna Sultan-Sultan negeri-negeri Melayu akan tertakluk berdasarkan Perjanjian Pangkor1874.3. Kerajaan British mempunyai PesuruhJaya Tinggi yang dilantik oleh kerajaan British.PesuruhJaya Tinggi mempunyai kuasa dalam segala hal dan dinasihatkan oleh majlismesyuarat kerajaan tetapi pesuruhjaya tinggi boleh menghiraukan nasihat ini .Dan inimenunjukkan PesuruhJaya Tinggi mempunyai bidang kuasa yang lebih berbanding Sultan.Dan ia merupakan penerusan Malayan Union. Cuma bezanya Federated Malay State ada;lahPesuruhjaya Tinggi manakala Malayan Union adalah Gabenor.4. Pesuruhjaya Tinggi mempunyai tanggungjawab mempertahankan mana-mana haknegeri-negeri Melayu, Negeri-negeri Selat dan kuasa raja Melayu. 14
  15. 15. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK PENGISYTIHARAN PERLEMBAGAAN TANAH MELAYU (1957)Perlembagaan ini diambil dari Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.ia dilaksanakan diSemenanjung Tanah Melayu sahaja. 15
  16. 16. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK PERLEMBAGAAN MALAYSIA (1963)Bagi pihak Persekutuan Tanah Melayu, satu undang-undang di panggil Akta Malaysia di luluskanpada 26 ogos 1963 untuk sesuaikan konsep dan stuktur penubuhan Malaysia. Malaysia terbentukpada 16 September 1963. Antara Akta Malaysia ialah ;1) Hal-hal luar negeri jadi tanggungjawab kerajaan pusat2) Agama Islam agama rasmi tetapi diberi kebebasan beragama3) Bahasa Melayu bahasa rasmi tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh terus digunakan4) Kerajaan di Borneo beransur-ansur diubah mengikut Persekutuan Tanah Melayu5) Negeri Borneo diberi peluang capai kerajaan6) Borneo mengawal kuasa imigresan, perkhidmatan awam.7) Semua warganegara Persekutuan dan Singapura boleh dapat kewarganegaraan secara automatikdan akan dapat hak yang sama8) Bumiputera Borneo akan dapat hak yang sama seperti orang Melayu. 16
  17. 17. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK c)LAPORAN1.0 PERLEMBAGAAN MALAYSIA Perlembagaan sebagai tulang belakang sebuah negara selalunya munculserentak dengan pembentukan sesebuah negara itu.Ini mungkin berlaku akibatrevolusi, kemerdekaan atau sesuatu perubahan yang amat mendadak menyebabkansebilangan besar rakyat atau golongan yang berpengaruh mahukan satu titik tolak yangbaru. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman berhasrat membentuk Malaysia dandisambut baik oleh British kerana ia akan memudahkan British menguasai Malaysiamelalui badan Komenwelnya. Kemudian satu Jawatankuasa telah dibentuk yangdiketuai oleh Lord Cabbold untuk menyiasat kehendak penduduk Sabah dan Sarawakdan selesai pada Februari 1962. Laporan mengenainya siap pada 21 Jun 1962 . Bagi pihak Persekutuan Tanah Melayu, satu undang-undang di panggil AktaMalaysia di luluskan pada 26 Ogos 1963 untuk menyesuaikan konsep dan stukturpenubuhan Malaysia. Malaysia terbentuk pada 16 September 1963. Antara AktaMalaysia ialah yang dipersetujuai adalah hal-hal luar negeri menjadi tanggungjawabkerajaan pusat, agama Islam sebagai agama rasmi tetapi diberi kebebasan beragamakepada penganut agama lain, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tetapi bahasaInggeris dan bahasa lain boleh terus digunakan, negeri-negeri di Borneo beransur-ansur diubah mengikut Persekutuan Tanah Melayu, negeri-negeri di Borneo diberikuasa imigresan serta perkhidmatan awam dan semua warganegara Persekutuan,negeri-negeri Borneo dan Singapura mendapat kewarganegaraan secara automatikdan akan mendapat hak yang sama seperti orang Melayu. 17
  18. 18. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK Sekiranya dilihat perlembagaan yang dibentuk ini, ia masih lagi mengekalkanapa yang terkandung di dalam Malayan Union dan Federated of Malaya iaitukekuasaan akan tertumpu pada seseorang sahaja iaitu Perdana Menteri manakalaYang Dipertuan Agong hanya menjadi Ketua Agama Islam bagi seluruh Persekutuanserta setiap negeri mempunyai Majlis Agama yang menasihati raja-raja tentang agamaIslam. Ia masih sama lagi dengan peruntukan di dalam Perjanjian Pangkor iaitu rajasebagai pengendali agama dan adat-istiadat Melayu manakala pentadbiran diasingkandaripada aspek keagamaan. Sekiranya dilihat dalam perlembagaan Malayan Union,kekuasaan tertumpu pada Gabenor, Federated of Malaya pula adalah PesuruhJayaTinggi dan Perlembagaan Malaysia pula ialah Perdana Menteri. Ini bermaknaperkembangannya adalah mengikut apa yang terkandung didalam PerlembagaanMalayan Union. Menurut Tun Mohamed Suffian, Perlembagaan Malaysia mempunyai ciri-ciriberikut iaitu pertama, Perlembagaan Malaysia mengasaskan Malaysia sebagai sebuahnegara Persekutuan. Kedua, Malaysia sebagai sebuah negara rajaberperlembagaan.Ketiga, Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen.Keempat, perlembagaan memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan,tetapi pada masa yang samamenjamin kebebasan beragama. Selain itu juga, Malaysiayang akan dibentuk mempunyai perlembagaan yang memperuntukkan pengasingankuasa ketiga-tiga cabang kerajaan. Seluruh jentera pentadbiran diketuai PerdanaMenteri yang dibantu oleh kabinet serta seluruh birokrasi. Ketiga-tiga mempunyai statusyang sama. Tidak ada suatu pun yang lebih tinggi dari yang lain dan setiap satunyamempunyai fungsi dan tanggungjawab yang berbeza. Perlembagaan jugamemperuntukkan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan bebas dari kawalanparlimen manakala badan eksekutif pula mempunyai bidang kuasa yang menentukanpertikaian dan hak serta liabiliti lain dalam perlembagaan. Secara ringkasnya, perlembagaan Malaysia mengikut cara Persekutuan iaitukuasa-kuasa Parlimen Persekutuan dan Dewan Negeri disebut dengan nyatasementara segala baki kuasa terserah kepada kerajaan negeri. Perlembagaan Malaysiajuga menjelaskan tentang hubungan antara Persekutuan dan negeri- 18
  19. 19. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIKnegeri.Iaditerangkan melalui senarai Persekutuan iaitu meliputi hal-ehwal luar negeri,pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang-undang dan secara sivil jenayah sertapentadbiran keadilan, kewarganegaraan dan beberapa perkara lain. Senarai bersama iaitu perkara-perkara yang membolehkan badan perundangannegeri membuat undang-undang tetapi jika ada pertentangan antara undang-undangnegeri dan undang-undang persekutuan, maka undang-undang negeri tersebutterbatal.Antaranya ialah perlindungan bagi kanak-kanak, biasiswa, perlindungan bagibinatang liar dan burung liar, perancangan bandar dan kampung, kesihatan awam danlain-lain lagi. Senarai negeri iaitu senarai perkara-perkara yang diserahkan kepada kerajaannegeri.Ia meliputi hukum syarak, undang-undang diri dan keluarga orang Islam, harikelepasan negeri, jentera kerajaan negeri dan beberapa perkara lain. Perlembagaan mempunyai fungsi utama iaitu memperincikan kuasa, hak dantanggungjawab sesuatu golongan.Ini bukan sahaja releven dalam soal individu malahreleven dalam hubungan antara wilayah.Dalam negara Persekutuan, perlembagaanamat penting dimana setiap wilayah mempunyai hak dan batasan, begitu juga dengankerajaan yang berada di peringkat pusat.2.0 KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN Setiap perlembagaan atau undang-undang ada kepentingannya.Begitu jugadengan Perlembagaan Malaysia.Kebanyakkan kepentingannya bertujuan mengekalkanperpaduan dan keistimewaan orang Melayu di Malaysia ini.Antara keistimewaannyaialah menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentukpentadbirannya.Di dalam merangka dan membentuk pentadbiran, ketua atau PerdanaMenteri bersama ahli kabinet hendaklah meneliti dahulu perlembagaan.Perlembagaandijadikan sebagai panduan di dalam merangka sesuatu kenyataan. Selain itu juga dengan adanya perlembagaan ini dapat membantu danmenjaminkecekapan ,kejujuran, keadilan, ketelusan serta kelicinan pentadbiran danpemerintahan sesebuah kerajaan. Ini kerana di dalam perlembagaan terdapat garis 19
  20. 20. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIKpanduan bagaimana cara gerak kerja sesuatu pentadbiran agar segala tindakan dapatdijalankan dengan lancar sehingga berjaya. Selain itu juga aspek yang paling penting didalam pentadbiran ialah kejujuran, keadilan dan ketelusan sesebuah pentadbiranmenjalankan tugas di dalam sesebuah negara.Kerana di sinilah terletaknyakepercayaan rakyat terhadap seseorang pemimpin sebagai wakil mereka untukmembangunkan sebuah negara yang maju dan harmoni. Perlembagaan juga sebagai panduan kepada pemimpin semasa memerintahsupaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat. Inikerana masa hadapan rakyat dan negara terletak diatas bahu seorang pemimpin yangberkaliber dan bertanggungjawab di dalam mengatur dan mengurus negara supayasegala kemudahan dan kesenangan dapat di kecapi oleh semua golongan masyarakat.Dengan cara yang telus, jujur dan amanah berpandukan perlembagaan, rakyat akanterus menyokong pemimpin yang menjaga kepentingan mereka. Dan yang terakhir, dengan adanya perlembagaan ini hak keistimewaanmasyarakat pribumi dan bumiputra tidak akandipersoalkan. Ini kerana majoritimasyarakat Malaysia adalah terdiri daripada orang Melayu.Selain itu juga orang Melayuhendaklah mempertahankan hak mereka dan bertolak ansur jika sesuatu masalah yangdi bangkitkan agar tidak menimbulkan huru-hara sesama kaum.3.0 KONTRAK SOSIAL Negara kita merupakan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, etnik,budaya dan agama.Penubuhan Persekutuan Malaysia dan masyarakat yang berbilangkaum merupakan satu keunikan.Ini kerana masyarakat Malaysia dapat hidup dalamsuasana yang harmoni dan sejahtera serta dijamin keselamatan merka olehperlembagaan. Namum, liku-liku awal sejarah kemerdekaan Malaysia tercalit beberapamasalah.Di antara masalah utama ke arah kemerdekaan ialah masalah perpaduan.Iaberkait rapat dengan kepelbagaian keturunan, budaya, bahasa dan agama. Setiapkaum mahukan bahasa ibundanya dijadikan bahasa kebangsaan.Di samping itu, kaum- 20
  21. 21. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIKkaum lain berasa bimbang apabila orang Melayu mahukan agama Islam dijadikanagama rasmi.Sementara itu orang bukan Melayu menuntut supaya mereka diberikankerakyatan. Sebaliknya orang Melayu mempersoalkannya.Masalah ini bukan disebabkanoleh sikap kaum-kaum yang ada di Tanah Melayu tetapi hasil daripada dasar pecahdan perintah Inggeris yang mengasingkan mereka dari segi tempat tinggal dan bidangekonomi.Ini menyebabkan mereka kurang berinteraksi, akhirnya mewujudkan jurangperbezaan dan menjejaskan perpaduan. 3.1 KONSEP KONTRAK SOSIAL Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antarakaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat danpemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.Pemeteraian kontraksosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaituUMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam PerlembagaanPersekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalamsejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kitadan seterusnya menentukan sifat negara. Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuknegara.Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahajasoal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan.Oleh itu,kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untukmenegakkan keadilan sosial di negara ini. Pengajaran utama yang harus dipelajari olehkaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1969 kerana mencabar kedudukanorang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah sepertiThomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagaisatu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya.Kontrak ini 21
  22. 22. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIKbererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untukmemerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat. Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengansyarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih.Ia juga boleh bermaksud dokumenyang mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yangberkaitan dengan kontrak.Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yang berkaitandengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.Oleh itu, kontrak sosialapabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian ataupermuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan) yangmelibatkan semua masyarakat di sesebuah negara. Dalam sistem demokrasi moden, kontrak sosial diungkapkan melalui pilihanraya.Pilihanraya merupakan satu daripada ciri-ciri penting dalam amalan sistem demokrasiberparlimen. Di Malaysia pilihanraya diadakan setiap lima tahun bagi pemerintahmenyerahkan kembali kuasa kepada rakyat. Untuk memperoleh semula kuasa, pemerintah perlu mendapat mandat barudaripada rakyat melalui proses pengundian sulit oleh mereka yang layak mengundi.Pada umumnya kontrak sosial mempunyai kepentingannya yang tersendiri.Dalamkonteks masyarakat majmuk di Malaysia, kontrak sosial penting untuk mewujudkanmasyarakat yang kental, utuh dan kukuh berasaskan kesedaran terhadap maksudsaling faham memahami, hormat menghormati, harga menghargai dan bertolakansur.Manfaatnya, negara yang aman damai dapat dinikmati bersama.Justeru kontraksosial adalah semangat dalaman yang kepentingannya tidak semata-mata dihujahkandengan bersandarkan perundangan dan perbincangan ilmiah, tetapi juga dari segihakikat sejarah dan keikhlasan hati menjunjung hasrat murni sebuah negara. Kontrak sosial di Malaysia lebih merujuk kepada permuafakatan dan perkongsianhidup bersama secara aman harmoni antara penduduk dalam masyarakat majmuk dinegara ini.Seperti dalam mana-mana kontrak atau perjanjian, walaupun adasebahagiannya yang tidak disuratkan dan boleh dipinda mengikut keadaan, namun 22
  23. 23. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIKsegala perubahan itu mestilah merupakan persetujuan bersama atau keizinanbersama.Kontrak atau perjanjian tidak boleh diubah secara satu pihak sahaja.Semuayang terlibat dalam perjanjian itu mesti bersetuju kepada perubahan danpindaan.Apatah lagi kontrak sosial itu telah diinstitusikan dengan mencatatnya ke dalamPerlembagaan Persekutuan. Di samping itu, asal usul dan rintitan sejarah kontrak sosial ini mesti didedahkan,diperturunkan, dipelajari dan dihayati oleh setiap lapisan masyarakat, terutama generasimuda daripada kalangan anak-anak Melayu, Cina dan India. Mereka mesti memahamidan menghargai apa yang tersirat dan yang tersurat dalam kontrak sosial itu. Hal iniamat penting kerana kontrak sosial dapat diertikan sebagai resipi kehidupanmasyarakat Malaysia yang bersatu padu, aman makmur dan harmoni. Penyebaran luasmaklumat mengenai kontrak sosial perlu dijalankan secara sungguh-sungguh, terutamamelalui sistem pendidikan di pelbagai peringkat sama ada rendah, menengah, kolej danuniversiti. 3.2 UNSUR-UNSUR BERKAITAN DENGAN KONTRAK SOSIAL Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapaiantara penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India.Perlembagaan Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalahkontrak sosial dan perjanjian perdamaian. Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapaelemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi.Parapenggubal mengangap elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yangdimainkan dalam menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negaraMalaysia yang berbilang kaum.Peruntukan itu adalah hasil proses tawar menawar padaasasnya merupakan semangat perjanjian di sebalik pembentukan perlembagaan tahun1957. Inilah asas kepada perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysiadengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak 23
  24. 24. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIKsebahagian komuniti yang lain demi keseimbangan dalam masyarakat bernegara.Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalahunsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua pihak. Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripadaperkembangan sejarah.Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itumerangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan.Elemen-elemen ini yang menjadikanbangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu di masukkan kedalam Perlembagaan.Perlembagaan negara mengekalkan keistimewaan mereka iaituinstitusi beraja, hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan agama Islam sebagaiagama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Institusi beraja di Malaysia bermula sebelum kedatangan penjajah.Apabila TanahMelayu dijajah, raja-raja negeri Melayu merasakan kedudukan mereka mulatergugat.Penjajah British memperkenalkan undang-undang beraja sebelum memberkemerdekaan kepada Tanah Melayu.Pada tahun 1957, akhirnya kemerdekaandiberikan kepada Semenanjung Tanah Melayu, institusi beraja diteruskan tetapi denganbeberapa pindaan supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimendan kemerdekaan [Salleh Abbas, 1997].Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asalnegara Malaysia.Ia melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagiandaripada identiti negara. Sebagai sebuah negara Malaysia perlu mempunyai satuidentiti yang berbeza dan unik.Inilah yang mendasari bentuk dan menyediakan isikepada upacara rasmi negara.Kewujudan sistem beraja dengan sendirinyamenekankan ciri-ciri kemelayuan. Masyarakat Melayu bimbang dengan undang-undang yang diperkenalkan olehBritish. Selain itu juga, masyarakat Melayu risau kedudukan dan hak mereka sebagaipenduduk pribumi akan tergugat dengan kemasukan pendatang dari negara China danIndia. Kerana itu, kontark sosial antara kaum di Malaysia member jaminan kepadamasyarakat pribumi.Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas dibawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah danSarawak. Perkara 153 menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat 24
  25. 25. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIKPerdana Menteri atau Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orangMelayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi merekakedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihanatau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lesenperniagaan. Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripadadiselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Selain itu, kemasukan orang Melayu dalamRejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimanadikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebagai sebahagian daripadakedudukan istimewa orang Melayu. Selain itu juga, kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satuisu yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan peganganorangMelayu di Malaysia. Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan:“Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain bolehdiamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”[Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan] Manakala isu bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jatidiri sesebuah negara dan kontrak sosial.Keperluan satu bahasa kebangsaan yangmenjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untukmenyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan bahasapertuturannya. Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidakmengenepikan bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152Perlembagaaan Persekutuan. 25
  26. 26. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK 3.3 KEPENTINGAN KONTRAK SOSIALTernyata selepas hampir 50 tahun kemerdekaan Malaysia, formula kontrak sosial yangtelah dipakai telah berjaya menyatupadukan semua kaum di Malaysia tanpa berlakusebarang konflik perkauman.Kontrak sosial ternyata berjaya membawa semua kaum diMalaysia supaya menghormati setiap hak yang telah ditetapkan oleh perlembagaan. Sesungguhnya elemen-elemen kontrak sosial yang terdapat dalamperlembagaan persekutuan tanpa syak lagi adalah asas bagi melicinkan urusanpentadbiran negara dan menolak sebarang percubaan mempersoalkan mana-manadaripada elemen-elemen ini yang berkemungkinan akan mencetuskan perpecahandalam keharmonian kaum. Meskipun kaum bumiputera telah diberi keistimewaan dan hak-hak tertentuberbanding kaum lain, namun kaum lain turut sama dapat hidup dengan aman damai diMalaysia tanpa berasa tertindas. Ini berlainan dengan masyarakat di negara lain yangmempunyai konflik antara kaum disebabkan kegagalan masyarakat untuk menghormatidan patuh pada kontrak sosial yang telah ditetapkan. Sebahagian masyarakat bukan Melayu ketika itu mungkin menganggap kontraksosial sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegaraan yang diberikankepada mereka yang pada masa itu terdiri daripada imigran atau keturunan imigran.Generasi bukan Melayu sekarang pula menganggap kontrak sosial ini sebagai sesuatuyang sudah berlalu. Mereka tidak nampak kenapa ia masih dibangkitkan kerana bagi mereka iaadalah sesuatu yang automatik. Mereka juga tahu bahawa hak istimewa masyarakatbumiputera merupakan sebahagian daripada kontrak sosial.Jika golongan bukanMelayu diberi kewarganegaraan atas syarat-syarat tertentu, masyarakat bumiputerapula diberi perlindungan melalui fasal-fasal dalam Perlembagaan tentang hak istimewaorang Melayu. 26
  27. 27. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK Masyarakat bukan Melayu perlu memahami kedudukan politik Melayu atausistem kenegaraan Melayu dan pengaruhnya kepada negara manakala kaumbumiputera pula harus memahami hakikat masyarakat berbilang kaum yang terdapat dinegara ini.Hak orang bukan Melayu tidak boleh disangkal kerana mereka telah lamabermastautin, lahir dan membesar di Malaysia.Apa yang penting ialah kedua-dua pihakharus saling memahami. Oleh yang demikian seharusnya polemik berkaitan hak-hak kaum lain tidakdipertikaikan. Ini kerana ia telah pun termaktub di dalam perlembagaan. Penulis teringatpolemik berkaitan isu kontrak sosial ini yang pernah ditimbulkan oleh JawatankuasaRayuan Pilihanraya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Suqiu) satu ketika dahulu iaitutentang 83 tuntutan yang antaranya menuntut agar semua orang Cina mendapat semuaperkara yang dianggap sebagai hak mereka dan menghapuskan hak istimewa orangMelayu (Utusan Malaysia, 1998) Begitu juga kenyataan yang dibuat oleh Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr. LimKeng Yaik yang menggesa parti-parti politik melupakan formula kontrak sosial antarakaum yang dipersetujui semasa negara mencapai kemerdekaan.Menurut beliau,formula kontrak sosial itu membuatkan masyarakat Cina dan India merasa kecil hati. Malah negara kita juga pernah gempar dengan kontroversi berkaitan isu agamaiaitu tentang cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) dan usahaKumpulan Artikel 11 yang giat berkempen ke seluruh negara atas nama kebebasanindividu untuk bebas beragama sehingga menimbulkan suasana tegang dankemarahan umat Islam setiap kali mengadakan kempen-kempen peneranganmereka.[Utusan Malaysia, "Agama: Amaran Pemuda UMNO bangkit kesedaran", 16November 2006]. Ini adalah rentetan daripada polemik kes Lina Joy dan juga kesperebutan mayat Moorthy, Nyonya Tahir dan juga terbaru Rayappan antara keluarga simati dan juga Jabatan Agama Islam. Contoh-contoh polemik di atas seharusnya perlu dielakkan bagi menjaminkeharmonian kaum di Malaysia.Ini kerana mengapa perlu kontrak sosial dirombak 27
  28. 28. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIKsedangkan formula tersebut ternyata berkesan hingga kini dalam memeliharaperpaduan antara kaum. Mungkin jika kontrak sosial ini dibincangkan secara terbukaakan memebi lebih banyak kesan kepada setiap kaum di Malaysia. Ini kerana jika ini berlaku sudah tentu orang Melayu akan memprotes dan inisekaligus boleh menimbulkan ketidaksefahaman dan sangsi dengan kaum lain. Oleh itubagi mengelakkan rasa prejudus ini dan mengelak perkara yang tidak dijangka adalahlebih wajar jika kita mengambil jalan mudah dengan tidak membicarakan tentangkontrak sosial secara terbuka. 3.4 KESIMPULANSebagai kesimpulan, kontrak sosial adalah satu formula mewujudkan satu cara hidupyang dinamik, aman dan terus membangun melalui perpaduan dalam kepelbagaianberasaskan prinsip berkongsi, bekerjsama, toleransi dan bersatu padu. Formula inisebahagian besarnya tersurat dalam Perlembagaan Persekutuan, yang diamalkansecara bijaksana dalam satu pakatan agung negara dengan inspirasi untuk membawaMalaysia muncul dalam peta dunia sebagai sebuah negara maju. Tugas rakyat Malaysia ialah menghayati semangat kontak sosial ini denganmenolak keganasan, perkauman, ketaksuban dan ekstrimisme; dan pada masa yangsama terus memperkukuhkan ikatan masyarakat majmuk ini dalam satu ikatan yangerat dan padu serta mengadunkannya dalam acuan tersendiri yang unik danmenyenangkan. Dalam kata-kata yang ringkas, kontrak sosial menjunjung semangatkeadilan dan perpaduan berasaskan kepada prinsip “duduk sama rendah, berdiri samatinggi”.Dan inilah semangat kontrak sosial yang perlu kita pertahankan bersama dalamsebuah masyarakat majmuk di Malaysia. 28
  29. 29. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK 3.5 BIBLIOGRAFI__________.(1994). Perlembagaan Persekutuan. International Law Book Service.__________.(2008). Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 dilayari pada 4 Februari 2008 dari laman htttp://www.wikipedia.com__________.(2008). Malaysia dilayari pada 4 Februari 2008 dari laman htttp://www.wikipedia.com__________.(2008). Perlembagaan dilayari pada 4 Februari 2008 dari laman htttp://www.wikipedia.com__________.(2008). Perlembagaan Malaysia dilayari pada 4 Februari 2008 dari laman htttp://www.wikipedia.comAhmad Ibrahim. (1992). Sistem Undang-Undang Di Malaysia. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.Mohamed Salleh Abas, Tun. (1999). May Day For Justice.Mohamed Salleh Abas, Tun.(1987). Sejarah Perlembagaan Malaysia. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.Nasir Sulaiman. (2005). Sejarah (Fakta Diagramatik).Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.Nik Safiah Karim (2006). Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustka.Ruslan Zainuddin. (2001). Sejarah Malaysia STPM. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.Ruslan Zaharuddin. (2005). Kenegaraan Malaysia. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 29
  30. 30. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIKSalmah Hussain. (2007). Pengenalan Kepada Sistem Kemasyarakatan dan Kenegaraan Islam. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti UiTM (UPENA).Shamsul Amri Baharuddin, Prof. Datuk Dr. (2007). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti UiTM (UPENA)Utusan Malaysia(24 Disember 1998).Suqiu keterlaluan-Kerajaan menolak sama sekali tuntutan hapuskan hak istimewa orang Melayu. m/s 23.Utusan Malaysia.(14 Ogos 2005).Lupakan formula kontrak sosial antara kaum - Keng Yaik.m/s 7. 30
  31. 31. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK 3.6 LAMPIRANPENGENALANDi dalam bab ini, kita akan melihat beberapa perkara penting mengenai sejarahpenggubalan perlembagaan negara Malaysia. Ia merangkumi beberapa bahagianperbincangan iaitu konsep perlembagaan, unsur-unsur yang terdapat dalamperlembagaan dan sejarah penggubalan perlembagaan Malaysia.1.1 KONSEP PERLEMBAGAAN Menurut buku “Perlembagaan Persekutuan”, terbitan International Law BookService (1994) menyatakan bahawa konsep perlembagaan terbahagi kepada duabahagian iaitu Prinsip Kedaulatan Parlimen dan Prinsip Kedaulatan Undang-Undang.Walau bagaimanapun, seperti mana yang dijelaskan oleh Tun Salleh Abas, takrifanbagi perlembagaan yang dijelaskan tersebut tidak mencukupi kerana apa yangterkandung dalam perlembagaan itu merangkumi sesuatu yang pengertian yang lebihluas dan menyeluruh. Menurut beliau, perlembagaan itu ialah suatu surat atau suratcara yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang difikirkan mustahak bagimewujudkan sebuah negara yang moden. Undang-undang tertinggi inilah yang menjadipunca bagi semua undang-undang yang telah diwartakan atau yang akan dibuat.Sekiranya terdapat sesuatu undang-undang yang telah diwartakan atau baru hendakdibuat itu bercanggah dengan perlembagaan, maka undang-undang tersebut terbataldengan sendirinya mengikut setakat mana percanggahan yang berlaku. Ruslan Zainuddin (2005), memberi takrifan perlembagaan sebagai satu dokumenyang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yangdianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaanini berperanan dalam menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuahkerajaaan dan hak-hak rakyat.Ia digubal untuk menjadi garis panduan tentang caramemerintah, sistem politik dan pentadbiran sesebuah negara, disamping memberijaminan perlindungan kepada rakyat. Setiap perlembagaan dinyatakan tanggungjawabdan kewajipan setiap warganegara terhadap negara. 31
  32. 32. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK Tun Salleh Abas (1999), perlembagaan negara berfungsi untuk mewujudkansatu bentuk pemerintahan yang adil, saksama dan mampu untuk memenuhi tuntutandan kehendak rakyatnya. Kerana itu, beliau menambah bahawa penggubalan danpewartaan sesuatu undang-undang hendaklah mengambil kira kepentingan rakyat.Perlembagaan akan membolehkan pemimpin atau pentadbir menjalankan tugasnyatanpa berlkunya penyalahgunaan kuasa. Sebagai contoh, kezaliman danpenyelewengan yang dilakukan pihak berkuasa Perancis, iaitu Raja Louis XIV yangmemerintah Perancis pada kurun ke-17 memaksa seorang ahli fikir Perancis,Montesquieu mencipta satu teori yang dinamakan Teori Pengasingan Kuasa.Teori inimengenengahkan bahawa kuasa pemerintahan tidak boleh dikawal dan dipegang olehseorang pemerintah sahaja, ini kerana berkemungkinan berlakunya penyelewengankuasa adalah lebih besar.Beliau berpendapat Teori Pengasingan Kuasa perludigunakan. Perlembagaan atau dikenali juga sebagai Piagam (bahasa Arab dikenali sebagaiDustur) merupakan suatu catatan yang amat penting dalam menyatakan kedaulatandan kewujudan sesebuah negara yang merangkumi organisasi pentadbiran dankemasyarakatan.Piagam tersebut perlulah terpelihara dari pengubahsuaian, menjaminkeselamatan masyarakat dalam negara dan luar negara. Pembentukan piagam jugaberlaku kerana terjadinya perjanjian antara satu bangsa dengan bangsa yang lain, atausesebuah masyarakat dalam negara dengan masyarakat antarabangsa (Salmah,2007). Piagam ini dibuktikan melalui perjanjian antara Rasulullah dengan masyarakatMadinah yang terdiri dari suku bangsa Arab iaitu Aus dan Khazraj di samping beberapakabilah Yahudi seperti Bani Quraizah dan Bani Nadhir sehingga diwartakan PiagamMadinah. 32
  33. 33. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK 1.2.UNSUR-UNSUR DALAM PERLEMBAGAAN MenurutMontesquieu, di dalam bukunya Spirit des Loismenyatakan bahawaunsur-unsur pembinaan sesebuah perlembagaan hendaklah mengambil kira kuasapemerintah iaitu badan pemerintah, badan kehakiman dan badan penggubalan undang-undang disamping kedudukan dan hak rakyat. Pendapat beliau ini bersandarkankepada Teori Pengasingan Kuasa. Namun begitu, dalam konteks perlembagaan negara Malaysia, unsur-unsur yangmenjadi asas kepada pembinaan perlembagaan dengan mengambil kira perkembangansejarah negara sebelum dan selepas penjajahan kuasa asing.Kebanyakan perkaradalam Perlembagaan Persekutuan mengandungi amalan yang diwarisi daripadapenjajah, kecuali peruntukan pentadbiran, parlimen dan kewarganegaraan.Terdapatempat unsur-unsur tradisi yang diwarisi sejak zaman penjajahan dan masih dikekalkandalam perlembagaan negara iaitu institusi beraja, agama Islam, bahasa Melayu dankedudukan istimewa orang Melayu.1.3 SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN 1.3.1 PERJANJIAN PANGKOR Sejarah perlembagaan bagi Malaysia bermula pada 10 Sepember 1877 di KualaKangsar apabila Raja Muda Yusuf dan Residen British Sir Hugh Low menerangkantujuan diadakan Majlis Mesyuarat Negeri, "…To submit for…. Consideration…. And inthe hope at receiving advice and assistance all important subjects concerning thewelfare of the states and its inhabitats which might present any dificulties. Involveextensve modifcations of existing laws or custum, or be considered of general interest". Namun, apabila dirujuk Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 didapati keteranganini adalah bercanggah dan boleh dikatakan bahawa perlembagaan yang diperkenalkanoleh British sebenarnya telahpun diperkenalkan melalui Perjanjian Pangkor 1874.Perjanjian Pangkor menyebabkan British mula berkuasa menentukan undang-undangmengikut kehendaknya tanpa melibatkan Sultan dan pembesar Melayu.Sultan danpembesar Melayu hanya berhak di dalam hal-hal keagamaan dan adat istiadat Melayu.Ini didasari melalui Perjanjian Pangkor 20 Januari 1876, perkara 6 yang menyatakan 33
  34. 34. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIKbahawa Residen adalah berkuasa penuh dalam semua hal dan dan bertindak sebagaimahkamah manakala Sultan haruslah meminta nasihat daripada Residen dan wajibmematuhinya kecuali yang berkaitan dengan Agama dan adat-istiadat Melayu. Secaratidak langsung, bermula pada tahun 1874, Sultan dan pembesar Melayu telah hilangkuasa dan dirampas oleh British dengan alasan melindungi atau menaungi kepentingannegeri. 1.3.2 PERLEMBAGAAN MALAYAN UNIONPerlembagaan Pangkor 1874 ini kekal sehinggalah Jepun menjajah Malaysia danapabila Jepun menyerah kalah dalam perang dunia kedua, British kembali ke TanahMelayu dan memperkenalkan Malayan Union. Malayan Union ini adalah untukmenukarkan status melindungi kepada status "koloni" penuh British seperti yangdinyatakan oleh Zainal Abidin Abdul Wahid " The British for from trying to make amendfor its failure to honour the treaties of protection insteand tried to colonies Malaya,Changing the states of the Malay States from protec torates to colonies" . British telahmenyatakan untuk terus menguasai Tanah Melayu dan menjadikannya jajahan penuhBritish. Oleh kerana itu, Harold Macmicheal telah dihantar untuk membuat perjanjianformal dengan Sultan Melayu dan telah menyelesaikan tugasnya pada 25 Disember1945 . Selain itu, Malayan Union ini juga mempunyai peranan lain iaitu memudahkanpentadbiran British dengan menyatukan pentadbiran. Segala kuasa terletak di tanganGabenor yang boleh membatalkan segala keputusan Majlis Perundangan manakalaRaja-raja Melayu hanya berkuasa dalam hal-ehwal Agama Islam dan Adat Istiadatorang-orang Melayu sahaja.Sultan telah hilang kuasa setelah menandatanganiperjanjian ini dan ini bermakna Sultan hanya boneka semata-mata untuk memastikanorang Melayu tidak menentang British.Lantaran itu, Perlembagaan Malayan Union telah diselenggarakan oleh pihak BritishColonial Office. Malayan Union diselenggarakan di England yang diusulkan olehkerajaan Labour yang memerintah pada masa itu. Perlembagaan ini bukanlah hasildaripada perbincangan atau rundingan dengan Sultan atau mana-mana pegawai diTanah Melayu . Antara perlembagaan Malayan Union ialah; 34
  35. 35. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK1. Malayan diketuai oleh gabenor yang berkuasa penuh dalam perkhidmatan awam dantidak akan bertanggungjawab kepada majlis undangan.2. Sultan menjadi ketua negeri dan hanya penasihat, bersidang dalam Majlis Sultanyang mana majlis ini yang memberikan nasihat kepada gabenor apabila gabenormemerlukan nasihat itu. Apabila Malayan Union ditubuhkan, Negeri-negeri Selatdimansuhkan sementara Singapura telah dijadikan sebuah Tanah Jajahan British yangberasingan dan disebabkan Malayan Union, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dimansuhkan. Dalam perkara ini rancangan Malayan Union menjelaskan bahawa Britishmengambilalih kuasa yang dipunyai oleh Sultan negeri-negeri Melayu termasuklahNegeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka dicantumkan dibawah kuasa pusatyang diketuai oleh gabenor. Manakala Singapura adalah jajahan yang terasing daripadaMalayan Union.Gabenor dinasihatkan oleh Sultan tetapi tidak semestinya mengikutinasihat Sultan ini. Sultan hanya menjadi ketua agama dalam negeri-masing-masing.Jelas ini amat berbeza dengan Perjanjian Pangkor 1874, iaitu Sultan harus memintanasihat daripada Residen dan wajib mematuhinya. Tetapi perlembagaan MalayanUnion, gabenor akan diberi nasihat tetapi tidak semestinya mematuhinya. Jelas Sultankehilangan kuasa selain hanya sebagai ketua agama negeri masing-masing.3. Majlis Undangan mempunyai bilangan ahli rasmi dan tidak rasmi yang sama banyakdan gabenor mempunyai kuasa membatal atau meluluskan satu-satu undang-undangwalaupun tanpa pandangan Sultan. Disini menunjukkan Sultan telah tidak ada perananlagi malah boleh dikatakan Sultan seperti rakyat biasa saja.Sultan hanya lambang bagiorang Melayu agar orang Melayu tidak bangkit memberontak.4. Sultan pula dimasukkan dalam Majlis Penasihat Melayu yang ditubuhkan dalam tiap-tiap negeri dan hanya menguruskan hal ehwal agama Islam sahaja. Berdasarkanpernyataan ini ia mempunyai persamaan dengan Perjanjian Pangkor 1874 .Inibermakna Malayan Union terus saja menggunakan perjanjian Pangkor sebagai asasuntuk mengabui Sultan dan masyarakat Melayu.5. Singapura dijadikan negara jajahan yang berasingan dan mempunyai gabenor danmajlisnya sendiri. Atas aasan bahawa rakyat Singapura mempunyai kerakyatan 35
  36. 36. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIKtersendiri dan dengan menyatakan untuk mengimbangi orang Melayu dan Cina sertaIndia di Singapura ketika itu kaum Cina dan India bilangannya adalah lebih 3 juta orang.Bila dirujuk pembentukan Malaysia, Singapura telah turut serta dan setelah diistiharkanmerdeka Singapura keluar dan terus menjadi satu entiti negara yang berasingan.Berdasarkan ini, Perlembagaan Malaysia adalah jelas menunjukkan penerusanperlembagaan Malayan Union.6. Gabenor dilantik untuk Tanah Melayu, Singapura dan Borneo.7. Kewarganegaraan boleh diberikan kepada sesiapa saja yang menganggap negeri inIadalah negeri mereka. Seperti yang dinyatakan oleh Zulkifli Abdullah . Prinsip ini jugadikenali sebagai Jus Soli seperti dinyatakan oleh Zainal Abidin Abdul Wahid . MalayanUnion ini juga sebenarnya telah disokong oleh masyarakat Cina kerana iamembolehkan mereka mendapat kewarganegaraan. Malah Tan Cheng Lock juga telahmenghantar memorandumnya kepada pihak British tentang pendirian masyarakat Cinaterutamanya dalam hal kewarganegaraan . Harold Mac Micheal tiba di Malaysia untuk membuat laporan kepada pihakBritish pada Oktober 1945 hingga Januari 1946, tujuannya ialah;1. Mendapatkan perjanjian rasmi dengan Sultan-sultan Melayu untuk mendapatkankuasa penuh diserahkan kepada British.2. Melaporkan tentang pendirian raja.3. Menggesa supaya meyetujui Malayan Union. Dan sehingga Januari 1946 Harold Mac Micheal telah mendapatkan sembilantandatangan Sultan dan April 1946 Malayan Union telah diwartakan dan gabenorpertamanya ialah Edward Dent.Namun kerana protes orang Melayu yang memulaukanMajlis Penasihat dan Sultan-Sultan Melayu tidak menghadiri upacara angkat sumpahmenyebabkan Malayan Union dimansuhkan atas desakan orang Melayu. Namun Britishmasih berdalih untuk menyatukan negeri Melayu menjadi satu agar mudah diperintahdan dikendalikan, walaupun Malayan Union tidak dilaksanakan tetapi semangatMalayan Union masih terus dilaksanakan. Lantaran itu, satu perjanjian telah dibuat 36
  37. 37. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIKantara Raja Melayu dengan Kerajaan British pada 21 Januari 1948 dan terbentuklahFederation of Malaya atau diterjemahkan sebagai Persekutuan Tanah Melayu yangberkuatkuasa pada 1 Februari 1948. 1.3.3PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu(Federated Malay State) masih lagimengekalkan beberapa isi penting perlembagaan Malayan Union iaitu;1. Melalui pelembagaan Federated Malay State 1948 hal-hal kewarganegaraan masihlagi terbuka tetapi dengan agenda tertentu. Kerakyataan dibuat sama ada secaraautomatik ataupun membuat permohonan . Iaitu;• Kerakyatan automatik• Kerakyataan automatik akan diberikan kepada sesiapa saja yang menjadi rakyatSultan Melayu dan British pada bila-bila masa saja.• Kerakyataan permohonan• Seseorang itu telah berada di Federated Malay State tidak kurang 8 tahun dariadamasa 12 tahun sebelum memohon. Atau• Seseorang itu telah berada di Federated Malay State tidak kurang 15 tahun daripadamasa 20 tahun sebelum memohon.2. Raja Melayu mendapat semula kuasanya iaitu seperti sebelum pendudukan Jepun.Ini bermakna Sultan-Sultan negeri-negeri Melayu akan tertakluk berdasarkan PerjanjianPangkor 1874.3. Kerajaan British mempunyai PesuruhJaya Tinggi yang dilantik oleh kerajaan British.PesuruhJaya Tinggi mempunyai kuasa dalam segala hal dan dinasihatkan oleh majlismesyuarat kerajaan tetapi pesuruhjaya tinggi boleh menghiraukan nasihat ini .Dan ini 37
  38. 38. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIKmenunjukkan PesuruhJaya Tinggi mempunyai bidang kuasa yang lebih berbandingSultan. Dan ia merupakan penerusan Malayan Union. Cuma bezanya Federated MalayState ada;lah Pesuruhjaya Tinggi manakala Malayan Union adalah Gabenor.4. Pesuruhjaya Tinggi mempunyai tanggungjawab mempertahankan mana-mana haknegeri-negeri Melayu, Negeri-negeri Selat dan kuasa raja Melayu.Desakan mahukan kemerdekaan menyebabkan British terpaksa mengadakanPilihanraya. Pilihanraya ini telah diadakan dan keputusan pilihanraya telah dimenangioleh Parti Perikatan yang mengandungi UMNO, MCA dan MIC dengan mendapat 51kerusi . Setelah pilihanraya , badan Membuat Undang-undang dibentuk dan satumesyuarat Perlembagaan diadakan di London dari 8 Januari hingga 6 Februari 1956yang dihadiri oleh empat wakil raja, ketua Menteri, tiga menteri lain, Pesuruhjaya Tinggidan penasihatnya. Perlembagaan dibentuk untuk Federated Malay State atauditerjemahkan sebagai Persekutuan Tanah Melayu supaya mampu berkerajaan sendiridan "merdeka dalam Komanwel". Perlembagaan ini berkuatkuasa pada 31 Ogos 1957 .Perlembagaan Malaysia adalah yang tertinggi dan agak sukar untuk dipinda iaitu iaterkandung Dalam fasal (1) perkara 4 Perlembagan Malaysia disebutkan"Perlembagaan ini ialah undang-undang tertinggi bagi persekutuan dan mana-mananundang-undang yang dibuat selepas hari merdeka yang bertentangan denganPerlembagaan ini mana setakat mana pertentangannya akan terbatal undang-undangitu . Oleh kerana ketinggiannya Perlembagaan bertulis mempunyai 3 syarat ;1) Perlembagaan itu kukuh iaitu sukar hendak dipinda melainkan ada peruntukan didalam Perlembagaan itu yang membolehkan pindan itu dibuat2) Parlimen hanya mempunyai kuasa membuat undang-undang didalam apa-apaperkara yang terkandung di dalam Perlembagaan itu3) Tafsiran Perlembagaan terletak di tangan mahkamah.Sekira diperhatikan perlembagaan ini juga pada pandangan Muhamed Suffian Hashimmenggabungkan peruntukan daripada perlembagaan India yang telah diubahsuai dankelihatan di atas kertas amatlah kompleks dan menyebabkan seorang pemerhati 38
  39. 39. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIKberanggapan perlembagaan Malaysia telah ditulis oleh seorang profesor gila dalambidang undang-undang perlembagaan yang mencuba dengan sebebas-bebasnya teori-teori perlembagaan. 1.3.4 PERLEMBAGAAN MALAYSIA Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman berhasrat membentuk Malaysia dandisambut baik oleh British kerana ia akan menjadikan hal ini memudahkan Britishmenguasai Malaysia dengan badan Komenwelnya. Kemudian satu Jawatankuasa telahdibentuk yang diketuai oleh Lord Cabbold untuk menyiasat kehendak penduduk Sabahdan Sarawak dan selesai pada Februari 1962. Laporan mengenainya siap pada 21 jun1962 .Bagi pihak Persekutuan Tanah Melayu, satu undang-undang di panggil Akta Malaysiadi luluskan pada 26 ogos 1963 untuk sesuaikan konsep dan stuktur penubuhanMalaysia. Malaysia terbentuk pada 16 september 1963.Antara Akta Malaysia ialah ;1) Hal-hal luar negeri jadi tanggungjawab kerajaan pusat2) Agama Islam agama rasmi tetapi diberi kebebasan beragama3) Bahasa Melayu bahasa rasmi tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh terusdigunakan4) Kerajaan di Borneo beransur-ansur diubah mengikut Persekutuan Tanah Melayu5) Negeri Borneo diberi peluang capai kerajaan6) Borneo mengawal kuasa imigresan, perkhidmatan awam.7) Semua warganegara Persekutuan dan Singapura boleh dapat kewarganegaraansecara automatik dan akan dapat hak yang sama8) Bumiputera Borneo akan dapat hak yang sama seperti orang Melayu. 39
  40. 40. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIKSetelah sekian lama maka kerajaan Malaysia memudahkan tugasnya denganmengubah dan membuat beberapa pindaan sehinggalah terbentuk PerlembagaanMalaysia yang memasukkan Sabah dan Sarawak di Dalam Perlembagaan ini. DanSehingga sekarang Perlembagaan Malaysia ini mengandungi1) Ketinggian Perlembagaan Persekutuan2) Yang Dipertuan Agung3) Raja dan Yang Dipertua Negeri4) Jemaah Menteri5) Parlimen6) Pilihan raya7) Kehakiman8) Perkhidmatan awam9) Negeri-negeri10) Perhubungan persekutuan dan negiri11) Peruntukan kewangan12) Kebebasan asasi13) Perbuatan surbertif, kuasa darurat dan tahanan pencegahan14) Agama islam15) Kewarganegaraan16) Orang melayu dan bumiputera di sabah dan sarawak17) Bahasa kebangsaan18) Ibukota persekutuan 40
  41. 41. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK19) Pindaan perlembagaanSekiranya dilihat perlembagaan yang dibentuk ini, ia masih lagi mengekalkan apa yangterkandung di dalam Malayan Union kemudian Federated of Malaya iaitu kekuasaanakan tertumpu pada seseorang sahaja iaitu Perdana Menteri manakala Yang DipertuanAgung hanya menjadi Ketua Agama Islam seluruh Persekutuan serta setiap negerimempunyai Majlis Agama yang menasihati Raja-raja tentang agama Islam . Ia masihsama lagi dengan peruntukan di dalam Perjanjian Pangkor iaitu Raja sebagaipengendali Agama dan adat-Istiadat Melayu manakala pentadbiran diasingkan daripadaaspek keagamaan. Sekiranya dilihat Malayan Union kekuasaan tertumpu padaGabenor, Federated of Malaya pula adalah PesuruhJaya Tinggi dan PerlembagaanMalaysia pula ialah Perdana Menteri. Ini bermakna perkembangannya adalah mengikutapa yang terkandung didaam Perlembagaan Malayan Union.KesimpulannyaBolehlah dikatakan bahawa perkembangan Perlembagaan Malaysia dari MalayanUnion adalah mendatar dan menyerupai antara satu sama lain. Hanya beberapaperuntukan diubah untuk mengabui pandangan dan pendirian orang Melayu tetapikonsep atau pengisiannya adalah bermatlamatkan sama iaitu terus mengekalkanMalaysia dibawah kerajaan British. Kemerdekaan yang sebenarnya adalahkemerdekaan dalam Komenwel dan masih lagi dalam bentuk neo-colonialisme.Pembentukkan Malaysia dengan menggabungkan Sabah dan Sarawakserta Singapura merupakan satu agande untuk menyatukan pentadbiran danmenggabungkann negeri-negeri ini dibawah satu pentadbiran. Singapura pula punyapendirian yang sama. Sekiranya dilihat Perlembagaan Malayan Union diteruskankerana di dalam Perlembagaan Union yang dibicarakan di atas telah jelas dinyatakanbahawa Singapura diasingkan daripada Tanah Melayu dan mempunyai pentadbirantersendiri dan sehingga ini, perlembagaan itu etrleksana apabila Singapura memangmempunyai pentadbiarnnya sendiri tetapi masih lagi didalam Komenwel. 41

×