Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
Upcoming SlideShare
Contoh teks pengacara perhimpunan pagi
Next
Download to read offline and view in fullscreen.

0

Share

Download to read offline

Teks ucapan perhimpunan

Download to read offline

Related Audiobooks

Free with a 30 day trial from Scribd

See all
  • Be the first to like this

Teks ucapan perhimpunan

  1. 1. TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. ASSALAMUALAIKUM W.B.T. YANG BERUSAHA TUAN GURU BESAR, PN. AZIZUL BT SALLEH, GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID, TN. HJ. ABDUL AZIZ BIN HARUN, GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM, PN. HARISUN BT ALI, GURU-GURU YANG KAMI SANJUNGI DAN RAKAN-RAKAN SEKALIAN. UNTUK MAKLUMAN KITA SEMUA, MINGGU INI ADALAH MINGGU KE- 4 PERSEKOLAHAN KITA BAGI TAHUN 2015. GURU YANG BERTUGAS PADA MINGGU INI IALAH CIKGU MOHAMAD HAFIZAN BIN GHAZALI, CIKGU AHMAD ZAMRI BIN HAMID, CIKGU NOOR ZAZATULISMA BT MD. DESA DAN USTAZAH SITI FATIMAH BT JAAFAR. BAGI MEMULAKAN DAN MEMBERKATI MAJLIS PERHIMPUNAN KITA PADA PAGI INI, MAJLIS DENGAN SEGALA SUKACITANYA MENJEMPUT ............................................................................................. UNTUK MEMBACAKAN DOA. DIPERSILAKAN. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA .................................................................................. MAJLIS PERHIMPUNAN KITA PADA PAGI INI DITERUSKAN DENGAN SESI NYANYIAN LAGU-LAGU PATRIOTIK. UNTUK ITU, SAYA MENJEMPUT CIKGU NORHANAI BT MAT DESA UNTUK MEMIMPIN KITA MENYANYI LAGU-LAGU PATRIOTIK. DIPERSILAKAN. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA CIKGU NORHANI BT MAT DESA. SETERUSNYA , DIJEMPUT ............................................................................ SELAKU KETUA MURID SEK. KEB. TANJONG DAWAI BAGI MENGETUAI BACAAN IKRAR MURID. DIPERSILAKAN.
  2. 2. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA MOHAMAD ADLI BIN ABDUL HAMID. SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN TN. HJ. AHMAD FAUZI BIN REJAB, GURU YANG BERTUGAS PADA MINGGU LEPAS UNTUK MENYAMPAIKAN LAPORAN. DIPERSILAKAN. TERIMA KASIH CIKGU AHMAD FAUZI BIN REJAB. MAJLIS MENJEMPUT GURU BERTUGAS PADA MINGGU INI, CIKGU NOOR ZAZATULISMA BT MD. DESA MENYAMPAIKAN UCAPAN. DIPERSILAKAN. TERIMA KASIH CIKGU NOOR ZAZATULISMA BT MAD DESA. SEMOGA APA YANG DISAMPAIKAN, AKAN KITA JADIKAN PANDUAN DAN PEDOMAN. SEKARANG, MAJLIS MENJEMPUT GURU-GURU LAIN JIKA ADA MAKLUMAT YANG HENDAK DISAMPAIKAN. DIPERSILAKAN. SETERUSNYA, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT PN. GURU BESAR, PN. AZIZUL BT SALLEH UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN. DIPERSILAKAN. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PN. GURU BESAR. DENGAN UCAPAN ITU, MAKA BERAKHIRLAH PERHIMPUNAN KITA PADA PAGI INI. SEKIAN , WABILLAH HITAUFIQ WALHIDAYAH W.B.T TERIMA KASIH.
  3. 3. SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG DAWAI 08110 BEDONG, KEDAH DARUL AMAN PERHIMPUNAN MINGGU KE - 10 2014 2 MAC 2014 HINGGA 6 MAC 2014 TEMA : MAKANAN SEIMBANG GURU BERTUGAS : EN. MOHAMAD HAFIZAN BIN GHAZALI EN. AHMAD ZAMRI BIN HAMID PN. NOOR ZAZATULISMA BT MD. DESA PN. SAADATUL ARFAH BT KHUSHAIRI PN. ZAHARAH BT ABD. HAMID
  4. 4. TEMA MINGGU 10 : MAKANAN SEIMBANG (2 MAC 2014 HINGGA 6 M1C 2014) Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi secara normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga, makanan yang mencukupi, karbohidrat,protein dan lemak secara optimum dan kandungan fiber yang mencukupi. Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan dan dapat menjauhi kita daripada penyakit. PIRAMID MAKANAN Definisi : Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis- jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari. CADANGAN HIDANGAN LEMAK "TIADA LEMAK, TIADA PENYAKIT" Tiada kuantiti yang sesuai yang dapat dicadangkan bagi pengambilan lemak. Pengambilan lemak adalah sangat tidak digalakkan. Semakin sedikit pengambilan makanan berlemak adalah lebih baik.
  5. 5. CADANGAN HIDANGAN PROTEIN MAKANAN CADANGAN HIDANGAN Telur, daging, ayam, ikan dan kekacang ¨ 1 ketul peha ayam ¨ 1 ekor ikan kembung ¨ 2 ketul daging tanpa lemak ¨ ½ cawan kekacang kering ¨ 1 keping tauhu Susu dan produk tenusu ¨ 1 cawan susu ¨ ½ cawan dadih ¨ 1 keping keju ¨ Tenusu rendah lemak CADANGAN HIDANGAN VITAMIN MAKANAN SAJIAN Sayur-sayuran ¨ ½ cawan sayuran berdaun hijau ¨ ½ cawan lain-lain sayuran ¨ ½ cawan sayuran buah dan ubian. Buah-buahan ¨ ½ biji jambu batu ¨ 1 potong betik/ tembikai/ nenas ¨ 1 biji pisang / oren/ epal ¨ ½ cawan jus buah (tanpa gula)
  6. 6. Kita adalah apa yang kita makan merupakan satu ungkapan yang sering kita dengar mencerminkan bertapa pentingnya kita menjaga pemakanan kita kerana
  7. 7. apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita dan seterusnya mempengaruhi pembentukan tingkah laku kita. Jadi pemakanan untuk pelajar cemerlang tentunya berbeza dari pelajar biasa. Sumber gambar: jpapencen.gov.my Pemakanan untuk pelajar cemerlang perlu dipilih dengan teliti kerana ia merupakan salah satu cara untuk meningkatkan dan mengekalkan kesejahteraan atau kekuatan akal ialah melalui pemakanan yang berkhasiat dan mengelakkan sumber makanan yang boleh memberi kesan yang tidak baik kepada otak. Di sini diberikan sedikit panduan pemakanan untuk membantu dalam kesihatan otak dan sekali gus membantu dalam perkembangan daya pemikiran yang cerdas. Makanlah makanan otak (brain food) Makanan yang baik untuk otak termasuklah buah avokado, pisang, daging tanpa lemak, brokoli. beras perang, kobis Brussels, sayuran hijau, tembikai Cantaloupe, telur, kekacang, makanan bersumberkan gandum, oren, mentega kacang, kacang pea, kentang, kacang soya, ikan salmon, ikan tuna, kismis, kurma, badam dan madu lebah. Semua makanan ini kaya dengan anti-oksida, vitamin dan mineral, juga mengandungi nisbah karbohidrat, protin dan lemak yang membantu mengekalkan fungsi badan dan mental yang sihat. Rasulullah pernah memberitahu bahawa akal yang sihat itu terdapat pada badan yang sihat. Lebih-lebih lagi semua jenis makanan di atas adalah sumber semulajadi yang mana sudah tentu tidak mengandungi bahan-bahan tiruan yang mendatangkan kesan sampingan. Makan makanan yang kaya dengan anti-oksida Fungsi anti-oksida adalah melindungi sel-sel badan, termasuk sel-sel otak.
  8. 8. Sesetengah makanan seperti prune, kismis, strawberi, blueberi, raspberi, bawang putih, kailan dan bayam mengandungi anti-oksida yang sangat tinggi. Tanpa anti-oksida, daya pemikiran akan merosot kerana sel-sel otak akan merosak akibat dari pemusnahan oleh radikal bebas. Oleh kerana itulah kita harus mengambil makanan yang tinggi khasiat anti-oksida dalam diet harian. Pengambilan serat Gizi makanan yang seimbang mestilah mengandungi serat. Ia bukan sahaja menyingkirkan toksin dalam badan malah menjauhkan brain fog atau hilang ingatan secara tiba-tiba yang disebabkan oleh toksin dalam badan. Elakkan lemak berlebihan Kebanyakan lemak adalah kaya dengan Omega-6. Lemak tepu telah terbukti membantutkan pertumbuhan sel-sel otak, manakala asid lemak Omega-3 merupakan unsur yang menyeimbangkan asid-asid lemak dalam badan juga otak. Elakkan makanan yang mengandungi bahan tiruan Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa bahan-bahan tiruan seperti pewarna, perasa atau pemanis, kola, sirap jagung, makanan sejuk beku, minuman segera bergula tinggi, makanan mengandugi MSG dan sebagainya, memberikan kesan tidak baik kepada otak. Secara asasnya makanan-makanan segera atau tiruan mempunyai kesan-kesan negatif jangka pendek dan jangka panjang. Walau sedikit sahaja pengambilan makanan jenis ini, ia akan memberika kesan kepada otak dalam masa 24 jam, lalu menyebabkan mental menjadi bengap, keliru dan kekurangan kuasa penumpuan. Elakkan gula dan karbohidrat berlebihan Gula dan juga karbohidrat berlebihan akan menjadikan minda menjadi mengantuk, lemah dan kurang bertenaga, juga boleh menyebabkan terjadinya brain fog, dengan kerana itu minda tidak dapat menjalankan proses berfikir dengan jelas dan lancar. Jadi elakkanlah makanan yang mengandungi glukos atau karbihidrat yang tinggi sebelum melakukan tugas-tugas yang banyak menggunakan proses berfikir, seperti kerja-kerja penulisan, kreativiti, penyelesaian masalah dan decision making. Jangan tinggalkan sarapan pagi Kajian menunjukkan bahawa, apabila kanak-kanak yang tidak makan sarapan pagi telah mula mengambilnya, didapati markah ujian matematik mereka mengalami peningkatan. Tetapi harus diketahui bahawa kita di Malaysia ramai
  9. 9. orang suka mengambil nasi lemak sebagai sarapan. Nasi lemak boleh menyebabkan minda menjadi mengantuk, dan kepala ikan bilis yang terkandung dalam sambalnya itu menyebabkan daya ingatan menjadi lemah. Jangan makan nasi lemak pada sebelah pagi. Pastikan ikan bilis dibuang kepalanya sebelum dibuat sambal. Jangan makan dengan berlebihan Kesan makan berlebihan untuk jangka masa singkat, darah dalam badan ditumpukan kepada proses penghadaman, maka darah akan berkurangan pada bahagian otak. Untuk jangka masa panjang, oleh kerana lemak yang berlebihan (karbohidrat yang berlebihan akan disimpan sebagai lemak) saluran darah akan menyempit akibat penempelan lemak di sekitar pembuluh darah. Ini menjadikan darah akan kurang mengalir pada bahagian otak, lalu menyababkan otak menjadi lemah. Alkohol – Elakkan sama sekali Dari segi kesihatan mental , arak atau alkohol akan membunuh sel-sel otak yang mennyebabkan kewarasan dan kecedersan fikiran merosot. Ramai yang mengadu bahawa alkohol telah menjadikan memori dan daya intelek mereka melemah akibat pengambilan alkohol. Semoga dengan pengamalan tip-tip ini dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang cemerlang melalui kaedah pemakanan untuk pelajar cemerlang. SEMANGAT KEJIRANAN Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa "Jiran sepakat membawa berkat".Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, langkah- langkah yang wajar hendaklah diambil untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.
  10. 10. Langkah primer yang harus diambil ialah mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa “tak kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran. Selain itu, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman dengan lebih dekat. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis rumah terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan. Tegasnya, majlis rumah terbuka mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat lagi. Di samping itu, kita juga hendaklah mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti ini diadakan, semua ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti berkayak, memasukkan air ke dalam botol, terompah gajah, dan sebagainya. Apabila aktiviti Hari Keluarga diadakan, kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan bapa, malah anak-anak juga. Aktiviti seperti ini hendaklah diadakan di padang bola sepak, gelanggang bola tampar, taman rekreasi, atau padang sekolah yang berhampiran. Jadi, melalui aktiviti ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap dalam
  11. 11. peribahasa Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Bukan itu sahaja, kita juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk setempat mestilah membentuk satu persatuan yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian, dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rukun Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu dalam kehidupan. Seterusnya, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita. Jadi, melalui lawatan kita itu, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita itu. Kesimpulannya, kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat. Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang
  12. 12. terkandung dalam pepatah Melayu “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara. Ada pepatah yang mengatakan bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.

Views

Total views

11,542

On Slideshare

0

From embeds

0

Number of embeds

9

Actions

Downloads

65

Shares

0

Comments

0

Likes

0

×