Analisis jurnal-Nurul Huda Bt Juwaini (M20112001079)

1,117 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,117
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
53
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Analisis jurnal-Nurul Huda Bt Juwaini (M20112001079)

  1. 1. NAMA : NURUL HUDA BINTI JUWAINI NO. MATRIKS : M20112001079 TAJUK JURNAL : Pembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Web – Webquest bagi Mata Pelajaran ICT 1.0 Pengenalan Pengkaji telah membincangkan tentang bahan pengajaran yang berasaskan web yang dikenali sebagai WebQuest untuk proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ICT tingkatan 4. Modul pengajaran dan pembelajaran ini dikaji secara menyeluruh oleh pengkaji bagi melihat persepsi pelajar terhadap aspek muka serta isi kandungan struktur pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan WebQuest. Pengkaji telah memilih sampel yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 kerana mata pelajaran ICT ini merupakan mata pelajaran elektif untuk pelajar-pelajar tersebut. Analisis terhadap jurnal ini dibuat berdasarkan tiga aspek iaitu persoalan kajian, kaedah kajian yang digunakan dan dapatan kajian yang diperolehi. 2.0 Persoalan kajian Dalam kajian ini, pengkaji mengkhususkan dua perkara utama dalam laporan. Perkara pertama ialah aktiviti membangunkan suatu bahan pengajaran berasaskan web iaitu WebQuest yang digunakan bagi mata pelajaran ICT tingkatan empat. Perkara kedua yang ingin dikaji oleh pengkaji ialah mengenai persepsi pelajar terhadap bahan pengajaran berasaskan web – WebQuest yang bertajuk Computer System: System Concept yang merangkumi aspek antara muka WebQuest, isi kandungan WebQuest dan struktur P&P WebQuest. Pengkaji memfokuskan terhadap mata pelajaran ICT kerana pembangunan insan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan memerlukan keseimbangan pelajar dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa keseimbangan tersebut perlu diselaraskan dengan situasi dan keperluan semasa negara. Justeru, pengkaji menggunakan model WebQuest untuk digunakan dalam proses pembelajaran di sekolah. Selain itu, pengkaji melihat juga persepsi pelajar mengenai model WebQuest ini. 1
  2. 2. Didapati bahawa pengkaji meneliti keperluan semasa apabila membina persoalan kajian ini. Proses pengajaran dan pembelajaran semasa mementingkan penggunaan ICT bagi menjamin kesediaan pelajar ke arah pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu, pembangunan perisian WebQuest dibuat suatu kajian untuk menilai persepsi pelajar terhadap perisian tersebut. Justeru, pengkaji mengambil langkah bijak dengan memberi peluang kepada guru dan pelajar untuk menggunakan perisian tersebut dan menilai persepsi mereka terhadap WebQuest yang digunakan dalam proses pembelajaran. 3.0 Kaedah kajian Pengkaji telah menjalankan dua fasa dalam kajian. Fasa pertama merupakan Fasa Pembangunan Sistem P&P Berasaskan Web – WebQuest dan fasa kedua merupakan Fasa Penilaian WebQuest yang telah dibangunkan. Bagi fasa pertama, pengkaji telah melibatkan beberapa prosedur yang bermula dengan Fasa Analisis, Fasa Reka Bentuk, Fasa Pembangunan, Fasa Implementasi dan Fasa Penilaian. Dalam Fasa Analisis, pengkaji telah melakukan temu bual dengan pelajar dan guru ICT, kajian kepustakaan dan rujukan sukatan pelajaran ICT. Fasa reka bentuk dibangunkan oleh pengkaji dengan membuat pengenalan, tugasan, proses, penilaian, sumber dan kesimpulan. Dalam fasa ketiga iaitu Fasa Pembangunan, pengkaji telah membangunkan Webquest dengan menggunakan pengaturcaraan HTML. Fasa kedua terakhir merupakan Fasa Pelaksanaan yang melibatkan pengkaji menggunakan portfolio, persembahan Power Point dan melakukan penilaian kognitif. Dalam fasa terakhir, pengkaji hanya melakukan penilaian terhadap keempat-empat fasa yang telah dilaksanakan sebelum ini. Bagi Fasa Penilaian pula, pengkaji telah membuat Penilaian Sistem P&P Berasaskan Web – WebQuest dengan melihat kepada bahan pengajaran berasakan web yang diimplemen di sekolah yang menawarkan mata pelajaran ICT. Bahan dinilai oleh pengkaji dari aspek persepsi pelajar terhadap komponen antara muka WebQuest, isi kandungan WebQuest dan struktur P&P WebQuest dengan menggunakan soal selidik yang diedarkan kepada 21 orang sampel iaitu pelajar yang terlibat secara langsung dengan WebQuest. 2
  3. 3. Berdasarkan kaedah kajian yang digunakan, pengkaji menggunakan kaedah kajian yang bersesuaian dengan persoalan kajian yang dibangunkan. Kaedah kajian yang kedua iaitu penilaian bagi persepsi pengguna terhadap WebQuest melalui soal selidik. Kaedah ini mudah untuk digunakan kerana pengkaji hanya perlu membangunkan set soal selidik untuk diberikan kepada sampel kajian. Kaedah ini turut melibatkan masa yang tidak begitu lama berbanding kaedah temu bual. Hal ini kerana kaedah temu bual perlu mengambil masa untuk mencari sampel dan pelaksanaan temu bual itu sendiri. Masa yang sesuai perlu diambil kira antara pengkaji dan sampel agar dapatan kajian yang berkualiti boleh diperolehi. Justeru, pengunaan soal selidik yang dibuat oleh pengkaji lebih mudah untuk dilaksanakan. 4.0 Dapatan kajian Berdasarkan kajian ini, didapati bahawa pengkaji telah memperoleh beberapa dapatan kajian kerana pengkaji melibatkan fasa-fasa tertentu seperti yang telah dihuraikan dan bahagian kaedah kajian tadi. Dalam fasa pertama iaitu Fasa Analisis, pengkaji mendapati bahawa Computer System: System Concept merupakan topik yang sukar untuk disampaikan oleh guru mata pelajaran ICT kepada pelajar. Pengkaji turut memaparkan tujuh rajah komponen WebQuest dalam kajian ini yang terdiri daripada pengenalan, tugasan, proses, penilaian, sumber, kesimpulan dan paparan khas untuk guru. Dalam fasa kedua yang melihat kepada persepsi pelajar terhadap WebQuest, soal selidik yang dibuat oleh pengkaji telah menemukan min dan sisihan piawai bagi aspek persepsi pelajar terhadap WebQuest. Min adalah tinggi dengan min keseluruhan untuk bahagian ini ialah 4.37 dengan sisihan piawai 0.51. Manakala min keseluruhan paparan antara muka WebQuest ialah 4.24 dengan sisihan piawai 0.49. Pengkaji mendapati bahawa responden menyatakan bahawa WebQuest adalah sesuai dan mampu menarik perhatian pengguna. Pengkaji turut mendapati bahawa responden menyatakan WebQuest menyediakan kemudahan pengaksesan e-pembelajaran dengan nilai min keseluruhan untuk isi kandungan WebQuest sebanyak 4.38 dan sisihan piawai adalah 0.59. Oleh itu, dapatan kajian telah menunjukkan pengkaji berjaya menyesuaikan dan mengadun persoalan kajian dengan kaedah kajian yang digunakan. Hal ini kerana min dan sisihan piawai yang diperolehi menunjukkan keputusan yang baik untuk menjawab persoalan 3
  4. 4. kajian. Justeru, pengkaji boleh menggunakan dapatan kajian untuk membuktikan persepsi pengguna WebQuest dan keserasian mereka dengan perisian tersebut. 5.0 Kesimpulan Kajian ini membuktikan bahawa WebQuest boleh berfungsi sebagai rangka kerja yang boleh digunakan oleh guru untuk pembinaan pembelajaran yang berpusatkan pelajar dengan menggunakan internet. Namun, semua pihak yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu mempersiapkan diri untuk mengikut arus ICT yang berkembang dengan pesat. Setiap halangan-halangan yang timbul perlu diharungi dengan usaha gigih agar setiap usaha tersebut boleh menjayakan penggunaan ICT dalam pendidikan. Walau bagaimanapun, pelbagai perisian lain boleh dibangunkan untuk mengukuhkan lagi kefahaman pelajar dalam mata pelajaran ICT selain daripada WebQuest. Hal ini kerana peredaran masa yang amat pantas sentiasa memerlukan kajian dilakukan untuk menilai keserasian sesuatu perisian atau program ICT dengan keperluan negara pada masa tertentu. Perisian yang paling baik mampu mendidik para pelajar dengan lebih baik seterusnya melahirkan keseimbangan insan dalam pelbagai aspek. 4

×