Slideshare uses cookies to improve functionality and performance, and to provide you with relevant advertising. If you continue browsing the site, you agree to the use of cookies on this website. See our User Agreement and Privacy Policy.
Slideshare uses cookies to improve functionality and performance, and to provide you with relevant advertising. If you continue browsing the site, you agree to the use of cookies on this website. See our Privacy Policy and User Agreement for details.
Published on
Pada mulanya Ikatan Cendekiawan Minangkabau Malaysia (ICMM) digagaskan dan diucapkan oleh Sjaftin Ruli Bin Laimin kerana kerap kali melihat kampung leluhur. Hasil kunjungan pada 20hb Agustus 2013 di Surau Jorong Guguk Koto Aur, Pinang Namuang, Koto Tangah, Tilatang Kamang, Kabupaten Agam, Sumatera Barat, Indonesia yang memunculkan sebuah idea mengenai perkara ini. Masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat pada kampung tersebut ialah tidak terlaksana aktifiti–aktifiti sosial kerana kewangan yang tidak mencukupi, sehingga tidak boleh membayar elaun guru mengaji dan gharin Surau. Akibat daripada keadaan ini, beberapa surau terkunci. Oleh kerana itu, aktiviti dakwah Islamiyah tidak berjalan seperti yang diharapkan. Kita dapat membayangkan keberkesanan daripada ketiadaan dakwah Islamiyah yang semakin menurun dalam masyarakat Minangkabau di Sumatera Barat. Melihat kondisi yang terjadi di kampung halaman ini, maka mucul gagasan untuk memanggil rakan-rakan sekampung serantau untuk duduk bersama dan berhimpun dalam suatu kumpulan. Satu kelab yang merupakan para cendekiawan yang cerdik pandai dan telah pun matang dalam idea dan pengalaman berbagai solusi untuk membenahi kampung halaman. Kelab inilah kelak dinamakan Ikatan Cendekiawan Minangkabau Malaysia (ICMM).
Dengan terucapnya gagasan untuk menghimpun masyarakat Minangkabau yang sekarang ini berada di Malaysia, maka satu lembaga amanah zakat independen perlulah diwujudkan untuk merealisasikan segala perancangan, harapan dan cita-cita ICMM di Sumatera Barat. Bukan hanya untuk menyokong gerak kerja ICMM, lembaga amanah zakat ini akan menjadi kekuatan untuk segala permasalahan sosial, budaya dan agama. Lembaga ini kemudian digagaskan dengan nama Lembaga Amanah Minangkabau Malaysia (LAMM). Lembaga amanah zakat LAMM kemudian akan mencontohi konsep dan kaedah Lembaga Tabung Haji Malaysia. Cara pengurusannya pula akan mengikut Lembaga Zakat Selangor yang bersesuaian untuk diterapkan di Selangor. Penubuhan ini hanya terdiri daripada beberapa orang rantau yang berasal dari kampung tersebut; antara lain Sjaftin Ruli Bin Laimin (daripada Kuala Lumpur), Indra (dari Jakarta), Niza (dari Padang). Dari pemikiran dan langkah kerja awal inilah muncul pemikiran membawa idea ini ke Malaysia untuk penubuhan dan kerja lebih besar dan lebih luas.
Be the first to comment