Unit 3 Modul 1 Kurikulum Struktur Pengetahuan Dan Kemahiran V2

4,511 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
4,511
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
25
Actions
Shares
0
Downloads
148
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Unit 3 Modul 1 Kurikulum Struktur Pengetahuan Dan Kemahiran V2

  1. 1. Kurikulum : Struktur Pengetahuan dan Kemahiran / 43 UNIT 3KURIKULUM: STRUKTUR PENGETAHUAN DAN KEMAHIRANHASIL PEMBELAJARANDi akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menghuraikan maksud kurikulum. 2. Menganalisis kurikulum, struktur pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tertentu. 3. Mengambil kira prinsip utama dalam perancangan dan organisasi kurikulum untuk pengajaran.PENGENALAN Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan kurikulum? Sedarkah anda bahawa strukturpengetahuan dan kemahiran merupakan elemen kurikulum yang mempengaruhi pembelajaran murid?Adakah pengalaman anda membantu anda melihat dengan lebih jelas bagaimana anda berperanansebagai seorang pemindah kurikulum yang professional? Adakah pelaksanaan kurikulum anda secaraoptimum membantu murid mencapai matlamat pembelajaran dalam mata pelajaran yang anda ajar?K urikulum yang terancang boleh membantu murid memahami dengan lebih baik isi kandungan yang akan diajar dan sebagai guru, anda harus mengetahui bagaimana sesuatu kurikulum dibina, ditukar, diubahsuai untuk menambah baik interaksi guru dengan murid sehinggamembawa kepada peningkatan pengetahuan, kebolehan, intelek dan kemahiran. Kurikulummengandungi struktur pengetahuan dan kemahiran. Ia boleh dilihat sebagai satu proses dan produk.Mari kita bincang lebih lanjut maksud kurikulum.ISI KANDUNGANApakah maksud kurikulum?T erdapat pelbagai pengertian dan tafsiran konsep kurikulum. Pada amnya kurikulum bererti apa yang guru hendak mengajar dan apa yang murid perlu belajar. Kurikulum formal dan terancang di sekolah ialah mata pelajaran atau subjek yang diajar di sekolah yang berasaskan sukatanpelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Tetapi di sekolah terdapat juga kokurikulum(kurikulum tambahan) yang murid belajar secara terancang di luar bilik darjah, seperti dalam aktiviti
  2. 2. 44 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2sukan, persatuan dan pasukan beruniform. Berikut ialah beberapa istilah atau konsep berhubungdengan kurikulum di Malaysia.Sukatan pelajaran (Syllabus)Sukatan pelajaran ialah pelan kasar bagi keseluruhan sesuatu kursus atau mata pelajaran, misalnyasukatan pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2, sukatan pelajaran Matematik Tingkatan 1-3, dansebagainya. Ia biasanya mengandungi matlamat, objektif mata pelajaran itu, tajuk dan ringkasankandungan yang perlu diajar di sekolah. Ada juga silibus yang menyarankan kaedah pengajaran,aktiviti pembelajaran dan sumber yang boleh digunakan, dan kaedah penaksiran. Biasanya ini dibuatdalam Huraian Sukatan Pelajaran.Kursus atau Program Pengajian (Course or Program of study)Sesuatu program pengajian terdiri daripada satu set atau siri kursus. Di peringkat pengajian tinggikurikulum atau sesuatu program pengajian biasanya terdiri dari set kursus dalam sesuatu bidang(misalnya dalam bidang perubatan, undang-undang, fizik, geografi atau pengajian Islam), yang pelajarperlu belajar dan lulus untuk dianugerah sijil, diploma atau ijazah.Rancangan kandungan kursus (Course content outline)Sesuatu rancangan kursus di institusi pengajian tinggi biasanya mengandungi pernyataan objektifkursus, senarai tajuk dan isi kasarnya sebagai panduan tentang liputan apa yang perlu diajar, kaedahpenaksiran, tempoh masa, dan rujukan utama.Pengalaman terancang (Planned experiences)Mengandungi semua pengalaman murid yang dirancang oleh sekolah atau institusi pendidikan. Ia tidakmembezakan antara kurikulum dan aktiviti luar kurikulumPelan akademik (Academic plan)Pelan biasanya mengandungi elemen seperti tujuan, isi kandungan topik-topik dan urutannya, prosesinstruksi, bahan dan sumber pengajaran, dan kaedah penaksiran.Standard (Standards)Standard merupakan satu set kriteria yang perlu dicapai oleh murid untuk dianggap sebagai telah lulusdan mencapai tahap yang diperlukan. Kurikulum berasaskan standard ialah kurikulum yangmenentukan dahulu tahap atau kriteria yang murid harus capai dalam sesuatu mata pelajaran ataukursus. Kemudian kandungan kurikulum untuk mencapai standard itu ditentukan dan dinyatakan(content standard). Biasanya standard dan kurikulum ini didokumenkan (dalam bentuk sukatanpelajaran) untuk rujukan guru dan murid bagi proses pengajaran dan pembelajaran ke arah mencapaitahap hasil pembelajaran yang diharapkan itu.Skop dan urutan (Scope and sequence)Mengandungi satu set atau siri hasil pembelajaran yang diharapkan murid mencapainya. Urutan diberidengan menyenaraikan hasil pembelajaran bagi setiap tahap pembelajaran. Ini membayangkan skopkandungan dan hasil pembelajaran mengikut topik tertentu.
  3. 3. Kurikulum : Struktur Pengetahuan dan Kemahiran / 45Buku teks (Textbooks)Buku teks ialah salah satu sumber tafsiran kandungan sukatan pelajaran yang dibuat olehpengarangnya. Ia biasanya menjadi sumber utama untuk guru dan murid melihat liputan kandungankurikulum sesuatu mata pelajaran: apa yang perlu diajar atau dipelajari. Di kebanyakan negara,termasuk di Malaysia, buku teks merupakan bahan instruksi utama dalam pengajaran danpembelajaran sesuatu mata pelajaran atau kursus. Buku teks yang baik biasanya diguna oleh guru danmurid sebagai rujukan utama kerana ia meliputi sebahagain besar apa yang hendak diajar atau belajar.Tetapi oleh kerana sesetengah buku teks ini kurang mencukupi isinya atau kurang jelas penulisannya,buku-buku rujukan lain digunakan juga.Apakah jenis-jenis kurikulum? Bagaimanakah anda mengkategori pelbagai jenis kurikulum di sekolah? Bolehkah andanamakan beberapa jenis kurikulum yang anda gunakan di sekolah?
A nda mungkin boleh menghuraikan jenis-jenis kurikulum sekolah berpandukan pengalaman anda sebagai seorang guru. Mari kita bincang dengan lanjut pelbagai jenis kurikulum seperti berikut; • Kurikulum rasmi (official curriculum) – kurikulum yang didokumen secara rasmi • Kurikulum operasi (operational curriculum) – isi kandungan sebenar yang diajar guru dan hasil pembelajarannya dipertanggungjawabkan kepada murid • Kurikulum utama (core curriculum): mata pelajaran atau subjek utama atau wajib yang perlukan semua murid belajar, seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan sebagainya • Kurikulum tersembunyi (hidden curriculum) – norma dan nilai sesebuah institusi yang tidak diungkap secara terbuka oleh guru dan kakitangan sekolah/institusi • Kurikulum luar (extra curriculum) – pengalaman yang dirancang di luar kurikulum akademik Lihat perbezaan antara kurikulum rasmi dengan operasi. Sejauh manakah anda berusahamerapatkan jurang antara kurikulum operasi dengan kurikulum rasmi? Bolehkah anda beri satu contohkurikulum tersembunyi?Kerangka kurikulumP roses merancang dan membina kurikulum rasmi dipandu oleh apa yang dipanggil kerangka kurikulum. Kerangka kurikulum mengandungi elemen-elemen penting yang perlu ada dalam sesuatu rancangan kurikulum secara keseluruhannya (misalnya kurikulum sekolah rendah) danbagi sesuatu mata pelajaran. Kerangka kebanyakan kurikulum di sekolah sekarang adalah berasaskanhasil kajian penulisan Ralph Tyler (1949) yang dipanggil Tyler Rationale. Mengikut beliau, ‘kurikulumadalah semua pembelajaran oleh murid yang telah dirancang dan ditentukan sekolah untuk mencapai
  4. 4. 46 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2matlamat pendidikan di sekolah’. Ia digunakan sebagai prosedur yang diikuti apabila merancangkurikulum. Terdapat empat soalan sebagai panduan untuk menentukan kurikulum sekolah. 1. Apakah sepatutnya objektif pengajaran di sekolah? (What educational purposes should the school seek to attain?) 2. Apakah pengalaman pendidikan yang boleh disediakan yang mungkin mengakibatkan tercapainya objektif itu? (What educational experiences can be provided that are likely to attain these purposes?) 3. Bagaimanakah ‘pengalaman pembelajaran’ ini harus disusun supaya berkesan bagi pembelajaran? (How can these educational experiences be effectively organized?) 4. Bagaimanakah kita menentukan yang objektif pembelajaran itu tercapai? (How can we determine whether these purposes are being attained?) 
Struktur pengetahuanK andungan kurikulum sesuatu mata pelajaran sebahagian besarnya termasuk ‘pengetahuan’ dan ‘kemahiran’ dalam sesuatu mata pelajaran atau topik. Terdapat pelbagai pengertian dan kefahaman tentang ‘pengetahuan’ dan klasifikasi pengetahuan mengikut ahli falsafah, ahlipsikologi kognitif, ahli sains dan ahli pendidikan.Pada amnya pengetahuan dan kefahaman seseorang tentang sesuatu ialah hasil daripada kombinasipengalaman, persepsi, data, maklumat, dan interpretasi peribadi seseorang. Berikut merupakanhuraian jenis dan hieraki atau struktur pengetahuan. 
Jenis-jenis Pengetahuan • Pengetahuan deklaratif/proposisi (Declarative/Propositional knowledge) • Pengetahuan tatacara/prosedur (Procedural knowledge) • Pengetahuan struktur (Structural knowledge)Pengetahuan boleh juga diklasifikasi sebagai • Pengetahuan eksplisit (Explicit knowledge) • Pengetahuan tanpa dizahirkan (Tacit knowledge) yang terkumpul dalam diri seseorang, yang lebih luas dari pengetahuan yang dizahirkan secara eksplisit.Jenis dan hieraki pengetahuan mengikut Bloom (1956)
  5. 5. Kurikulum : Struktur Pengetahuan dan Kemahiran / 47 • Pengetahuan fakta spesifik • Pengetahuan istilah dan konsep • Pengetahuan tentang kaedah dan prosedur • Pengetahuan klasifikasi • Pengetahuan generalisasi, prinsip, teori • Pengetahuan struktur ilmu pengetahuan sesuatu bidang atau disiplin (structure of knowledge of a discipline)Mari kita bincangkan lebih mendalam hieraki pengetahuan Bloom. Berikut merupakan huraian setiapsatu jenis pengetahuan tersebut.Fakta spesifik (knowledge of specific facts) seperti mengetahui nama orang, nama tempat, tarikh,ukuran. • Fakta merupakan dakwaan yang boleh dibuktikan tentang elemen tertentu dalam dunia ini berdasarkan pemerhatian beberapa orang yang ahli/arif • Fakta diperlukan bagi membina konsep dan generalisasi • Konsep juga diperlukan untuk membuat suatu dakwaanIstilah dan konsep: (knowledge of terminology and concept)Mengetahui erti sesuatu perkataan, istilah, simbol - simbol bahasa dan bukan bahasa (verbal and non-verbal symbols). • Idea am, biasanya dalam bentuk perkataan, yang mewakili sekumpulan orang, benda, tingkah laku, kejadian, atau perhubungan, yang mempunyai ciri-ciri sepunya, misalnya konsep ‘harga’ (price) dalam ilmu ekonomi, ‘fotosintesis’ dalam biologi, ‘aptitud’ dan ‘kebolehan kognitif’ dalam ilmu psikologi pendidikan • Konsep boleh jadi perkara konkrit (seperti tempat, objek, institusi) atau abstrak (seperti kejadian, perasaan, cara berfikir, tingkah laku)Prosedur, cara atau kaedah membuat sesuatu (knowledge of ways and means of dealing withspecifics)Pengetahuan tentang cara, kaedah atau prosedur membuat, menyusun dan menyelenggara sesuatu:prosedur mengurus sesuatu, cara mempelajari sesuatu, kaedah mengkaji dan menilai sesuatu.Klasifikasi dan kategori (knowledge of classifications and categories)Pengetahuan tentang kelas, pembahagian, set, susunan yang dianggap penting dalam sesuatu bidangilmu, aktiviti menyelesaikan masalah, gerakerja untuk mencapai sesuatu tujuan, dan sebagainya.Contoh klasifikasi dalam sains seperti klasifikasi jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan.Generalisasi (knowledge of principles, laws, models, and theories)Pengetahuan tentang generalisasi seperti prinsip, hukum, model, dan teori yang berguna untukmenerang, menghurai, meramal atau menentukan arah atau tindakan yang sesuai. Misalnya hukum‘permintaan dan penawaran’ sesuatu produk yang mempengaruhi harga sesuatu produk; hukum lebihbanyak latihan lebih cekap.
  6. 6. 48 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 • Generalisasi merupakan penyataan yang memperihal dan/atau menerangkan perhubungan antara dua atau lebih konsep. • Prinsip, hukum dan teori merupakan contoh generalisasi yang telah diuji • Hukum dalam sains merupakan penyataan yang hanya memperihalkan (tidak menerangkan) perhubungan dua atau lebih konsep • Teori merupakan penyataan yang mampu menerangkan perhubungan tersebut. Konsep teori lebih komprehensif iaitu terkandung di dalamnya fakta, hukum, dan prinsip serta penjelasan tentang sesuatu fenomena. • Teori merupakan aras ‘abstract formulations’ yang tinggi. Mengetahui teori dan struktur ilmu dalam bidang tertentu, misalnya teori-teori penting dalam biologi, fizik, psikologi, ekonomi, sosiologi, geografi, dan sebagainya adalah asas bagi memahami struktur ilmu dalam bidang itu. Dalam psikologi pendidikan terdapat teori ‘stimulus-respons’, teori gestalt, dan teori motivasi Maslow.Adakah anda jelas dengan penerangan hieraki pengetahuan di atas? Apa kata kita lihat beberapacontoh fakta, konsep, dan generalisasi bagi membantu anda memahami struktur pengetahuan denganlebih baik.Contoh 1 • Fakta: (i) Apabila air dipanaskan ia menjadi lebih panas, (ii) Sumber yang memanaskan diperlukan, (iii) Apabila diukur dengan termometer, bacaan termometer meningkat. • Konsep: (i) Suhu - darjah kepanasan, (ii) Pemanasan – haba diserap, (iii) Haba – satu bentuk tenaga yang berpindah disebabkan adanya perbezaan suhu antara dua benda. • Generalisasi: Teori Kinetik Jirim – Cecair terdiri daripada molekul. Apabila cecair dipanaskan, haba yang diserap menyebabkan molekul air bergerak lebih pantas, lalu menyebabkan molekul merkuri dalam termometer bergerak lebih pantas dan merenggang antara satu sama lain. Ini menyebabkan merkuri mengembang dan akhirnya bacaan termometer meningkat.Contoh 2 • Fakta: Suhu bulan Januari di Tg. Malim adalah 350C; di Kuala Lumpur 360C; di Pulau Pinang 340C. Jumlah hujan di Tg. Malim – x mm setahun, Kuala Lumpur – x mm setahun, Pulau Pinang - x mm setahun • Konsep: Iklim – keadaan dari segi suhu, tekanan atmosfera, jumlah hujan, dan lain-lain.; suhu – darjah kepanasan, tekanan atmosfera – daya seunit luas yang dikenakan oleh atmosfera ke atas objek di permukaan bumi • Generalisasi: Iklim tidak banyak berbeza dari satu tempat ke satu tempat di Semenanjung Malaysia
  7. 7. Kurikulum : Struktur Pengetahuan dan Kemahiran / 49Rajah 3.1 menunjukkan hieraki struktur pengetahuan yang paling ringkas. Rajah 3.1 Hieraki struktur pengetahuanAnda harus sedar bahawa salah satu faktor yang penting yang mempengaruhi pembelajaran muridialah kefahaman tentang struktur pengetahuan. Murid boleh dibantu untuk memahami isi kandungandengan lebih baik jikalau anda memahami struktur pengetahuan isi kandungan bidang anda sehinggaanda boleh mengolah ilmu mengikut peringkat kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.Pengajaran seperti ini akan membawa kepada peningkatan pengetahuan, kebolehan intelek dankemahiran murid anda. Kefahaman tentang struktur pengetahuan sesuatu bidang adalah sebahagiandaripada kefahaman isi kandungan yang bersifat sintaktik seperti yang akan kita bincangkan dalamUnit 4 nanti. Uji kefahaman anda tentang struktur pengetahuan dengan memberikan contoh fakta, konsep, dan generalisasi dalam mata pelajaran tumpuan anda. Catatkan dalam ruang kosong di bawah.Fakta:____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Konsep:____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Generalisasi:________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
  8. 8. 50 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2Struktur kemahiranS elain dari ‘pengetahuan’, kandungan sesuatu kurikulum termasuk juga ‘kemahiran’, iaitu apa yang diharap murid boleh lakukan dalam pelajaran tentang sesuatu topik itu. Terdapat pelbagai kemahiran atau tingkah laku psikomotor serta heirakinya. Di sini oleh kerana pembahagianmengikut heiraki itu agak kompleks, guru boleh membuat senarai kemahiran penting yang perludimasukkan ke dalam pengajaran sesuatu topik dalam mata pelajaran pengkhususan murid, misalnyaPendidikan Jasmani, Kimia, Sejarah, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dansebagainya. Dalam mata pelajaran vokasional dan teknik, kemahiran banyak sekali dimasukkansebagai kandungan kurikulum.Ada pelbagai klasifikasi kemahiran ini mengikut bidangnya. Rujuk Unit 2 untuk melihat semula hasilpembelajaran komponen kemahiran yang telah dibincangkan. Secara amnya kita boleh membahagikankemahiran kepada beberapa jenis walaupun mungkin setiap satunya tidak seratus peratus unik.Dengan lain perkataan kemahiran ini ada pertindanan antara satu dengan yang lain. Antara jeniskemahiran termasuklah: • Kemahiran kognitif, yang banyak melibatkan penggunaan minda seperti kemahiran berfikir (seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, dan kemahiran berfikir secara lateral) dan kemahiran proses sains (seperti membuat hipotesis, membuat inferens, mengawal pemboleh ubah, menaakul, dan sebagainya) • Kemahiran psikomotor, yang banyak melibatkan penggunaan pergerakan otot (seperti kemahiran manipulatif, menari, berbasikal, melukis rajah, dan sebagainya) • Kemahiran sosial atau insaniah, yang banyak melibatkan perhubungan dengan pihak lain (seperti kemahiran berkomunikasi, interpersonal, bekerja dalam pasukan, dan sebagainya)Dalam bidang sains misalnya, kemahiran penting yang perlu diajarkan secara eksplisit kepada muridtermasuklah kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif, kemahiran berfikir kreatif/lateral dan kritis,strategi berfikir dan kemahiran menaakul secara saintifik manakala dalam bidang bahasa misalnya,kemahiran bertutur, menulis, dan mengeja merupakan kemahiran yang ditekankan semasapengajaran.Berikut ialah beberapa contoh kemahiran dalam mata pelajaran tertentu: 1. Murid prasekolah dapat menulis mengikut garisan setiap huruf abjad dengan betul. 2. Murid Tahun 2 dapat membaca pantun secara kuat dengan jelas dan menarik. 3. Murid Tingkatan 1 dapat meringkaskan petikan yang dibaca dalam 100 patah perkataan dan menulisnya. 4. Murid Tahun 5 dapat mengukur panjang dan lebar bilik darjah mereka, dan kemudian mengira dan mencatat luasnya. 5. Murid Tingkatan 4 dapat menulis satu laporan tentang lawatan mereka ke sebuah kilang perabut, mengikut format yang diberi oleh guru.
  9. 9. Kurikulum : Struktur Pengetahuan dan Kemahiran / 51 6. Setelah membaca kisah kejatuhan Melaka ke tangan Portugis, murid Sejarah Tingkatan 6 dapat menulis sebuah skrip drama pentas dan melakonkannya. 7. Murid Kimia Tingkatan 6 dapat menjalankan ekperimen untuk menguji keasidan sesuatu bahan. 8. Murid Sains Rumah Tangga Tingkatan 4 dapat menyiapkan sajian sarapan tengah hari untuk tetamu sekolah. Senaraikan beberapa kemahiran yang dianggap penting dalam mata pelajaran tumpuan anda. Kemudian gunakan templet dalam Jadual 3. 1 untuk merancang dan menyediakan kandungan pengajaran-pembelajaran satu topik dari segi isi kandungan (pengetahuan) dankemahiran yang ingin dicapai. Jadual 3.1 Penentuan Isi Kandungan PelajaranMata pelajaran:________________________________Topik:_______________________________________Unit Pengetahuan Kemahiran Fakta Konsep/ Generalisasi Kognitif Psikomotor Sosial IstilahUnit 1(Tuliskan sub-topik)Unit 2Unit 3RUMUSAN 1. Kurikulum mempunyai elemen struktur pengetahuan dan kemahiran. 2. Terdapat pelbagai pengertian kurikulum seperti sukatan pelajaran dan standard. 3. Kurikulum rasmi dan kurikulum operasi mungkin berlainan bergantung kepada pelaksanaan guru. 4. Pengetahuan mempunyai struktur tertentu yang boleh terdiri daripada fakta, konsep atau istilah dan generalisasi seperti hukum, prinsip dan teori. 5. Kefahaman guru tentang kurikulum termasuk struktur pengetahuan dan kemahiran mampu membantu murid mencapai hasil pembelajaran yang diharapkan.
  10. 10. 52 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2KATA KUNCI 1. Kurikulum 7. Struktur pengetahuan 2. Kurikulum Operasi 8. Fakta 3. Kurikulum Rasmi 9. Konsep 4. Kurikulum Tersembunyi 10. Generalisasi 5. Kurikulum Utama 11. Struktur Kemahiran 6. Kurikulum LuarPENILAIAN KENDIRI 1. Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan apa yang dimaksudkan dengan kurikulum sekolah? 2. Apakah perbezaan utama antara jenis-jenis kurikulum dengan kerangka kurikulum? Bagaimana pula anda sebagai seorang guru membuat pemilihan dalam melaksanakannya? 3. Mengikut Tyler, apakah prinsip dan asas memilih kurikulum untuk diajar kepada murid?RUJUKANBloom, B. S., et. al. (1956). Taxonomy of educational objectives, Handbook 1: Cognitive Domain. Longman.Nurulhuda Abd Rahman et al. (Eds.) (2011). Manual Instruksi KPD3016 dan KPD3026. Tg. Malim: Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UPSIPosner, G. J. (2003). Analyzing the curriculum (3rd Ed.). McGraw-Hill: Humanities/Social Sciences/Languages.Shulman, L. S. (1986). Those who understand: knowledge growth in teaching. Educational Researcher, 15(2), 4-14.Shulman, L. S. (1987). Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. Harvard Educational Review, 57, 1-23.Tyler, R.W. (1949). Basic principles of curriculum and instruction. Chicago: The University of Chicago Press.Wilson, S. M., Shulman, L. S., & Richert, A. (1987). 150 different ways of knowing: Representations of knowledge in teaching. In J. Calderhead (Ed.), Exploring teachers’ thinking. 104-124. Sussex, England: Holt, Rinehart & Winston.

×