Konsep multimedia

5,316 views

Published on

2 Comments
5 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
5,316
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
244
Comments
2
Likes
5
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Konsep multimedia

  1. 1. IPG KAMPUS BAHASA MELAYU KUALA LUMPUR MULTIMEDIA KREATIF DAL AM PENDIDIKAN SENI VISUAL PSV3109Pengenalan Konsep Multimedia Pensyarah: EN RAZMAN BIN KAMARUDDIN JABATAN SAINS SOSIAL IPG Kampus BAHASA MELAYU DISEDIAKAN OLEH : NURHIDAYATI BINTI ABDULLAH NIK NOR SUHAIRA BINTI NIK SOH SAADAH BINTI MAH HASSAN NUR ATHIRAH BINTI ABD AZIZ PISMP 5 D AMBILAN JANUARI 2010
  2. 2. PENGENALAN Multimedia merupakan satu teknologi yang semakin hebat diperkatakan dan kehadirannya merancakkan lagi perkembangan serta pembangunan teknologi maklumat yang telah sedia ada. Dengan teknologi multimedia, penggunaan komputer dalam kehidupan menjadi semakin menarik serta menjanjikan pelbagai kemudahan yang tidak pernah terfikir oleh manusia sebelum ini.
  3. 3. Pengertian multimedia dari pelbagai perspektif Sebahagian besar mengatakan bahawa multimedia merupakan suatu revolusi terbesar dalam bidang komunikasi manusia selepas terciptanya mesin percetakan. Pada peringkat awal kemunculan multimedia, kebanyakan individu yang terlibat dalam bidang komputer dan teknologi maklumat menerangkan bahawa multimedia merujuk kepada suatu set perkakasan yang membolehkan sesebuah sistem komputer menghantar data dari sebuah mesin ke sebuah mesin yang lain.
  4. 4.  Pakar-pakar alat pandang dengar atau audio-visual pula mengatakan bahawa multimedia merujuk kepada suatu corak persembahan yang menggabungkan imej-imej dari suatu sistem projektor slaid diiringi dengan kesan bunyi. Apabila teknologi komputer semakin berkembang, kebanyakan pengeluar perisian komputer pula merujuk multimedia sebagai suatu pakej perisian yang menggabungkan elemen-elemen teks dan grafik di dalam sebuah skrin dan setiap satunya berkeupayaan untuk bergerak serta diiringi kesan- kesan bunyi yang menarik.
  5. 5.  Secara dasarnya, multimedia bukan sekadar suatu sambungan kabel atau grafik yang bergerak-gerak semata-mata. Secara idealnya, sistem multimedia merujuk kepada gabungan teknologi perkakasan dan perisian yang mampu menggabungkan elemen- elemen pandang dengar seperti teks, grafik, audio, video, animasi dan sebagainya bagi tujuan penyampaian sesuatu mesej yang lebih berkesan.
  6. 6. Hofstetetter (1995)Multimedia bermaksud integrasi elemen teks, audio, grafik, animasi dan video yang menggunakan komputer sebagai alat kawalan persembahan untuk membolehkan pengguna mengarah, berinteraksi, mereka cipta dan berkomunikasi agar proses pembelajaran menjadi lebih berkesan. Schurman (1995)Multimedia ialah kombinasi manipulasi, penggabung jalindan pengintegrasian media seperti teks, grafik, animasi, audio, dan video dalam suatu perisian yang direka bentuk di dalam meningkatkan interaksi antara pengguna dan komputer.
  7. 7. Hakikatnya, kesemua definisi ini mempunyai empatkomponen utama iaitu:Komputer dijadikan alat untuk mengkoordinasikanapa yang dilihat, didengar dan seterusnyaberinteraksi dengannya.Perlunya hubungan untuk menghubungkankesemua maklumatAlat perhubungan diperlukan untuk maklumatjaringanTerdapat kaedah untuk mengumpul, memprosesdan mengkomunikasikan segala idea dan maklumat
  8. 8. Apakah yang dimaksudkan dengan Multimedia?Multi Multimedia MediaMulti:Banyak (many), Pelbagai (multiple)Media:Medium atau alat-alat yang digunakan sebagai saluran untuk tujuan berkomunikasi.
  9. 9.  Dari segi perspektif bahasa, perkataan multimedia merujuk kepada penggunaan lebih dari satu medium bagi tujuan berkomunikasi atau menyampaikan maklumat. Pada peringkat awalnya, penggunaan radio, televisyen, akhbar, projektor slaid, mesin lutsinar atau OHP, poster, carta, kaset video, kaset audio dan sebagainya diterima sebagai multimedia sekiranya ia digunakan secara bersama. Dalam erti kata lain, penggunaan kombinasi dua atau lebih media dalam proses penyampaian maklumat boleh dikatakan sebagai multimedia suatu masa dahulu.
  10. 10. Sejarah awal multimedia Perkataan multimedia mula digunakan sejak awal 1970-an lagi. Pada masa itu, penggunaan multimedia amat digemari ramai dalam mempersembahkan sesuatu maklumat kerana ia dikatakan mampu meningkatkan kualiti serta keberkesanan sesuatu persembahan. Kombinasi kesan bunyi dan suara latar digunakan dalam persembahan radio, kombinasi penggunaan teks dan grafik di dalam akhbar, kombinasi teks, grafik, audio, video dan animasi dalam rancangan televisyen merupakan antara beberapa contoh penggunaan multimedia dalam persembahan maklumat
  11. 11.  Pada pertengahan 1980-an, multimedia mula dikaitkan dengan persembahan menerusi penggunaan komputer yang menggabungjalinkan lima media utama iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi. Kini, masyarakat umum menerima multimedia sebagai kombinasi pelbagai jenis media yang berhubung terus dengan penggunaan teknologi komputer.
  12. 12.  Oleh yang demikian, multimedia yang diterima oleh masyarakat umum masa kini secara amnya boleh didefinisikan sebagai :“ Suatu proses komunikasi interaktif berasaskan penggunaan teknologi komputer yang merangkumi penggunaan media audio visual seperti teks, grafik, audio, video dan animasi”
  13. 13. Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran Jamalludin dan Zaidatun (2000) Menerusi multimedia, dokumen dapat dihubungkan secara global. Ianya dapat dilihat menerusi formatnya yang interaktif dan merangsangkan, komunikasi maklumatnya yang efektif, pengekalan informasinya yang berkesan, pemudah cara dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta membenarkan pelajar belajar mengikut kehendak mereka sendiri. Kurshan (1991) Kelebihan dan keberkesanan aplikasi multimedia dalam pendidikan juga turut dapat dilihat berdasarkan peningkatan motivasi pelajar, reka bentuk pembelajaran yang menepati cita rasa pelajar, sumber maklumat yang multisensori, menggalakkan kebolehan metakognisi pelajar, mewujudkan proses pembelajaran yang aktif serta susunan dan gaya pembelajaran yang ditentukan sendiri oleh pelajar.
  14. 14. McGloughlin (1997)Pengintegrasian multimedia di dalam pembelajaran berasaskanlaman web mampu meningkatkan minat pelajar, mengurangkan masa bagi menguasai aplikasi, kos pembangunan yang rendah,meningkatkan keboleh capaian dan meningkatkan pemahaman dan pengekalan informasi dalam ingatan. Kulik (1985) Penggunaan multimedia juga telah menurunkan purata masa pembelajaran secara berkesan sebanyak 80 peratus dan sekaligus meningkatkan tahap pencapaian pelajar.
  15. 15. RujukanJamaluddin Harun dan Zaidatun Tasir, (2005). Multimedia Konsep & Praktis. Selangor : Venton Publishing (M) Sdn BhdTopik 8 : Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Multimedia dan Internet Dalam Pengajaran dan Pembelajaran , OUM
  16. 16. Seki an, t er i m kas i h a

×