Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
PENGENALAN
Malaysia mempunyai penduduk berbilang kaum dengan latar belaka...
& masjid, tetapi juga mendirikan sekolah agama yang dikenali sebagai madrasah.
Antaranya:
Madrasah al-Iqbal al-Islamiyah d...
membantah perlembagaan Malayan Union. Pada 11 Mei 1946, persetujuan dicapai
untuk membentuk UMNO atau Pertubuhan Kebangsaa...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik

2,335 views

Published on

Published in: Education, Travel, News & Politics
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik

  1. 1. PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK PENGENALAN Malaysia mempunyai penduduk berbilang kaum dengan latar belakang sejarah, keturunan, budaya, agama dan kepercayaan serta cara hidup dan nilai hidup yang berbeza. Dasar penjajah British telah menggalakkan kemasukan imigran asing (dari China dan India) ke Malaysia pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 untuk mengembangkan sistem ekonomi penjajah. Orang Cina digalakkan datang kerana keperluan sebagai tenaga buruh di sektor perlombongan bijih timah. Orang India pula sebagai sumber tenaga buruh dalam sektor perladangan.Kedua-dua sektor ekonomi (perlombongan & perladangan) adalah tulang belakang ekonomi British di negara ini. Kehadiran imigran asing telah melahirkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia; setiap kaum dipisahkan dengan kegiatan ekonomi, tempat tinggal dan sistem persekolahan yang berbeza. Kepelbagaian etnik di Malaysia telah mempengaruhi dan mencorakkan pembangunan politik di Negara ini. Perkembangan Politik Kepartian Melayu, Cina & India Sebelum penubuhan parti-parti politik, kesedaran politik di kalangan penduduk berbilang kaum telah lahir. Di kalangan orang Melayu, telah bermula kesedaran berteraskan keagamaan, kemudian berkembang kepada pembentukan persatuan kenegerian dan seterusnya pertubuhan bercorak politik sebelum penubuhan parti politik. Kesedaran politik orang Cina dan orang India berteraskan kepada pergolakan politik di negara China & India sebelum lahirnya parti politik kaum itu sendiri di Tanah Melayu. Kesedaran Kebangsaan & Politik Orang Melayu Kesedaran kebangsaan di kalangan orang Melayu dapat dikesan sejak zaman Kesultanan Melaka, apabila bermulanya penjajahan Portugis ke atas Melaka pada tahun 1511. Telah berlaku penentangan penduduk & pemimpin tempatan terhadap penjajahan & perjuangan untuk mempertahankan bangsa & kerajaan. Perjuangan penduduk & pemimpin tempatan diteruskan untuk menentang penjajah British pada Pada awal abad ke-20, telah lahir kesedaran berteraskan agama di kalangan orang Melayu. Kesedaran itu wujud hasil daripada pengaruh gerakan islah di Asia Barat terhadap sekumpulan ulama dari Tanah Melayu. Mereka ini dikenali sebagai Kaum Muda dalam masyarakat Melayu. Golongan ini bukan sahaja mengajar di rumah, surau
  2. 2. & masjid, tetapi juga mendirikan sekolah agama yang dikenali sebagai madrasah. Antaranya: Madrasah al-Iqbal al-Islamiyah di Singapura pada tahun 1908 Madrasah al-Hadi di Melaka pada tahun 1917 Madrasah al-Masyur di Pulau Pinang. (Madrasah ini telah berjaya melahirkan tokoh politik Melayu yang penting seperti Dr. Burhanuddin al-Helmi. ) Sehingga tahun 1930 belum wujud sebuah pertubuhan yang dapat memperjuangkan kepentingan politik orang Melayu. Yang wujud hanya pertubuhan dan persatuan yang bertujuan melahirkan kesedaran orang Melayu supaya memajukan diri mereka dalam aspek sosioekonomi. Antaranya Kesatuan Melayu Singapura (KMS) ditubuhkan pada 14 Mei 1926 oleh sebilangan orang Melayu Singapura yang berpelajaran Inggeris. Perjuangan utama KMS adalah untuk memperbaiki kedudukan sosioekonomi orang Melayu & memupuk kecenderungan mereka dalam bidang politik. Perjuangan politik yang jelas di kalangan orang Melayu berlaku pada akhir tahun 1930-an. Pada Mei 1937, golongan nasionalis yang berpendidikan Melayu & dipengaruhi oleh gerakan nasionalis Indonesia telah menubuhkan parti politik iaitu Kesatuan Melayu Muda (KMM) di Kuala Lumpur yang dipimpin oleh Ibrahim bin Haji Yaakob. Pertubuhan ini didaftarkan sebagai satu pertubuhan yang sah pada Ogos 1938. KMM adalah pertubuhan politik Melayu yang pertama di Tanah Melayu. Penubuhannya adalah hasil kesedaran sekumpulan nasionalis Melayu tentang perlunya penyatuan di kalangan orang Melayu. Warta Malaya telah menjadi lidah perjuangan KMM. Kesedaran Dan Kegiatan Politik Orang Cina Berbeza dengan orang Melayu, kegiatan politik orang Cina dan India di Tanah Melayu berdasarkan kepada peristiwa politik di negara asal mereka, China dan India. Ini kerana kedatangan mereka ke Tanah Melayu pada awalnya hanyalah untuk mencari kekayaan sebelum kembali ke negara asal mereka. Budaya berpersatuan telah diamalkan oleh orang Cina sejak di China. Penubuhan Parti Politik Melayu, Cina Dan India United Malays National Organisation (UMNO) ditubuhkan oleh orang Melayu kesan daripada bantahan terhadap rancangan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada tahun 1946. Antara 1 - 4 Mac 1946, 41 pertubuhan Melayu dari pelbagai bahagian Tanah Melayu dan Singapura berhimpun di Kelab Selangor, Kuala Lumpur, untuk
  3. 3. membantah perlembagaan Malayan Union. Pada 11 Mei 1946, persetujuan dicapai untuk membentuk UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR). Kelahiran UMNO adalah hasil cetusan semangat kebangsaan orang Melayu dalam memperjuangkan kepentingan dan hak-hak mereka di bawah Rancangan Malayan Union. Melihat kepada perkembangan politik di Tanah Melayu, orang Cina menubuhkan parti mereka. Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) dimulakan pada satu majlis makan malam di rumah Yong Shook Lin pada 15 Disember 1948. Pada peringkat awal, MCA lebih menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sosial dalam membantu orang Cina menghadapi zaman Darurat di Tanah Melayu. Orang India menubuhkan Malayan Indian Congress (MIC) pada Ogos 1946. MIC diketuai oleh John A. Thivy (1946-1947). Penubuhannya bertujuan untuk membantu dan memperjuangkan kepentingan politik, ekonomi dan sosial orang India di Tanah Melayu. UMNO berjaya mencapai kesepakatan dengan Malayan Chinese Association (MCA) dalam membentuk Perikatan UMNO-MCA dalam menghadapi persaingan politik di Tanah Melayu. Kerjasama itu kemudian diperkukuhkan dengan penyertaan Malayan Indian Congress (MIC) pada tahun 1954 dan membentuk Perikatan UMNO-MCA-MIC. Perikatan telah berjaya dalam pilihanraya & dapat mengukuhkan kedudukannya ke arah memperjuangkan berkerajaan sendiri dan kemerdekaan bagi Tanah Melayu. !

×