Lampiran Kajian Tindakan

30,137 views

Published on

3 Comments
20 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
30,137
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
87
Actions
Shares
0
Downloads
1,515
Comments
3
Likes
20
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Lampiran Kajian Tindakan

  1. 1. MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN IMBUHAN AWALAN, AKHIRAN DAN APITAN DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN KAEDAH IMLAK Oleh : Hameelah Adnan SK Taman Permas Jaya 2, Johor Bahru, Johor. ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah penggunaan imbuhan dalam ayat yang dihadapi oleh murid-murid tahun 3 Cerdik 2. Kemahiran pengimbuhan merupakan komponen kemahiran yang tidak boleh diabaikan. Pengimbuhan perkataan merupakan proses yang kompleks kerana apabila seseorang itu mendengar, otaknya juga berfungsi untuk mentafsir makna perkataan berimbuhan tersebut. Seramai 30 orang murid dan 2 orang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid kurang faham dengan perkataan dasar yang jika digunakan imbuhan yang berlainan akan membawa maksud yang berlainan. Perancangan tindakan difokuskan kepada mengenal pasti murid kepada perkataan-perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan atau ayat. Murid telah didedahkan dengan kaedah imlak selama satu jam tiga puluh minit dan kajian ini telah selesai dalam tempoh dua bulan. Maksud imlak ialah mendengar dan menulis semula petikan yang diperdengarkan. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan pemerhatian pula menunjukkan murid lebih seronok belajar mata pelajaran Bahasa Melayu jika dirangsang dengan bahan dan aktiviti yang pelbagai. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Sebagai pengerusi panitia, saya ingin meninjau pencapaian dan penguasaan Bahasa Melayu murid-murid tahap 1 sebelum melangkah ke tahap 2. Berdasarkan pengalaman saya jika murid-murid tahap 1 dapat menguasai kemahiran-kemahiran bahasa maka ini akan membantu kecemerlangan pencapaian Bahasa Melayu mereka pada tahap 2 dan seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan UPSR. Terdapat dua kertas Bahasa Melayu iaitu Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan. Hasil daripada penandaan latihan karangan, tidak dinafikan ada ketika murid-murid tiada idea untuk disampaikan dan dikembangkan dalam karangan. Kesalahan yang dapat saya kenal pasti ialah masalah struktrur ayat akibat kesalahan penggunaan imbuhan. Hal ini akan memberi kesan kepada markah penulisan dan mempengaruhi maksud ayat. Bagi saya membina ayat yang mudah dan lengkap bergantung kepada pengimbuhan perkataan dan struktur ayatnya. Ini bermakna pengimbuhan perkataan yang salah akan menyebabkan fungsi ayat berubah daripada maksud sebenar yang hendak disampaikan. Ini tentu menyulitkan pemahaman pembaca malah menimbulkan makna yang berbagai-bagai. Melalui pengalaman saya, lemahnya penggunaan imbuhan dalam kalangan murid disebabkan kurangnya penjelasan serta tumpuan murid terhadap pentingnya aspek penggunaan imbuhan yang saya berikan sama ada dalam proses pengajaran dan pembelajaran atau aktiviti sampingan di luar bilik darjah. Kelemahan ini juga berpunca Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 1 Sekolah Rendah
  2. 2. daripada kurangnya penumpuan saya terhadap kepentingan penguasaan imbuhan. Sekiranya tidak membetulkan keadaan ini, saya pasti murid tidak dapat menjawab dengan baik soalan karangan dan soalan membina ayat bagi Bahasa Melayu kertas 2 yang akhirnya akan menyebabkan kemerosotan markah murid. Di sekolah rendah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah salah satu pengukur kepada kecemerlangan sesebuah sekolah. 2.0 FOKUS KAJIAN Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya dalam penulisan karangan saya hanya akan fokuskan kajian ini terhadap masalah penguasaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan. Aspek imbuhan amat penting dikuasai pada peringkat awal, terutama setelah murid memasuki tahap 2 (Tahun 4-6) kerana terdapat penulisan karangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Hasil refleksi didapati murid-murid banyak melakukan kesilapan apabila membina ayat. Kesilapan-kesilapan yang yang sering dilakukan oleh murid ialah: - murid-murid tidak dapat memberikan imbuhan yang tepat dan betul kepada sesuatu perkataan. - Kesilapan penggunaan perkataan berimbuhan dalam ayat. - murid-murid tidak dapat membezakan perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan atau ayat. Saya akan cuba membantu murid memahami dan menguasai penggunaan imbuhan, saya yakin murid boleh membina ayat dengan betul, tepat dan jelas maksudnya serta membolehkan mereka menulis karangan dengan lebih baik. Hal ini seterusnya diharapkan akan dapat membantu mereka lulus dengan cemerlang dalam kertas Bahasa Melayu Penulisan. Keadaan ini juga akan membantu murid-murid lebih mudah menulis karangan apabila mereka berada di tahap 2 kelak. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN. 3.1 Objektif am Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. 3.2 Objektif khusus Kajian ini adalah bertujuan untuk: 3.2.1 Murid dapat mengenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan yang diberi. 3.2.2 Murid dapat mengklasifikasikan perkataan-perkataan berimbuhan awalan, akhiran dan apitan. 3.2.3 Murid dapat menggunakan pengimbuhan yang betul dalam struktur ayat 3.2.4 Pelajar berminat dan seronok untuk belajar mata pelajaran Bahasa Melayu. 3.2.5 Guru dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan murid. 4.0 KUMPULAN SASARAN Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 15 orang murid lelaki (13 Melayu dan 2 India) dan 15 orang murid perempuan (11 Melayu dan 4 India) dalam Tahun 3 Cerdik 2. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 2 Sekolah Rendah
  3. 3. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan masalah Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat awal bagi kajian ini. 5.1.1 Ujian Pra Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman mereka tentang penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan. Murid juga diuji tentang kefahaman mereka mengenai makna perkataan yang telah menggunakan imbuhan yang berlainan dengan membina ayat daripada perkataan yang diberi. Selepas saya menyemak kertas ujian pra, saya dapati murid-murid lemah dengan penggunaan perkataan berimbuhan yang diberi. 5.1.2 Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkahlaku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan murid kurang memberi respons kepada pengajaran dan pembelajaran. Sebagaimana biasanya, murid perempuan yang lebih bersedia untuk belajar dan menunjukkan kesungguhan sebaliknya pelajar lelaki kurang bersungguh-sungguh dan kurang mengambil bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Faktor minat dan memberi tumpuan sepenuhnya membantu murid-murid mengikuti keseluruhan pengajaran dan pembelajaran. 5.2 Analisis tinjauan masalah 5.2.1 Analisis Ujian Pra Jadual 1 : Pencapaian Ujian Pra Pencapaian (Gred) Bilangan sampel Peratus (%) A (80 – 100) 3 10 B (60 - 79) 12 40 C (40 – 59) 8 26.6 D (20 – 39) 5 16.7 E (0 – 19) 2 6.7 JUMLAH 30 100 Berdasarkan Jadual 1, 76.7% (23 orang) murid telah lulus dan 23.3% (7 orang) murid telah gagal. Daripada analisis yang dibuat atas kesalahan-kesalahan murid terdapat empat soalan yang mendapat peratusan kesalahan paling banyak iaitu soalan 7 (66.7 %), soalan 10 (90%), soalan 13 (80%) dan soalan 15 (70 %). Soalan–soalan tersebut berkaitan dengan imbuhan akhiran dan apitan. 5.2.2 Analisis pemerhatian Pemerhatian dalam kajian adalah untuk mengenal pasti sikap belajar murid-murid semasa pengajaran dan pembelajaran. Jadual 2 : Mengenal pasti tingkah laku belajar Tingkah laku Peratus ( % ) Kesungguhan 50 Kurang mengambil bahagian 30 Kurang tumpuan ( bermain, berbual, 20 mengganggu kawan ) Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 3 Sekolah Rendah
  4. 4. 5.3 Tindakan yang dijalankan Dalam melaksanakan tindakan, saya menjalankan 5 aktiviti seperti di bawah: - Mengenalpasti perkataan berimbuhan – Mengelaskan jenis perkataan berimbuhan (awalan, akhiran dan apitan) - Membina ayat - Bercerita - Ujian Pos 5.4 Perlaksanaan tindakan dan pemerhatian / penilaian 5.4.1 Aktiviti 1 : Mengenal pasti perkataan berimbuhan i. Saya menggunakan sebuah petikan cerita yang dirakamkan sebagai bahan rangsangan yang panjangnya kira-kira 100 patah perkataan. Hari ini sekolah Mujib mengadakan Sambutan Hari Kanak-kanak. Antara kanak-kanak yang paling gembira termasuklah Mujib. Cikgu Nurul telah menghadiahinya sebungkus coklat. Mujib memegang coklat itu erat-erat. “Mengapa kamu tidak makan coklat itu, Mujib?” Tanya Cikgu Nurul. Mujib hanya tersenyum mendengar pertanyaan Cikgu Nurul. Coklat pemberian Cikgu Nurul itu ingin ditunjukkan kepada ibunya di rumah. Mujib menerima coklat itu kerana dia murid yang baik. Sebaik sahaja loceng berbunyi, Mujib terus pulang. Mujib tidak sabar menunggu ibunya pulang dari kerja. Akhirnya, Mujib terlena di dalam biliknya. Dia tersedar apabila ibu mengejutkannya. Mujib terus teringat akan coklatnya itu. Dia ke dapur untuk memberitahu ibunya. “Ibu, saya ingin menunjukkan sesuatu kepada ibu,” kata Mujib. Mujib berlari ke bilik untuk mengambil seluar sekolahnya. Malangnya seluar sekolah yang dipakainya siang tadi tiada di dalam bilik itu. Seluar itu telah direndam oleh ibunya di dalam baldi. ii. Petikan ini diperdengarkan sebanyak dua kali dan murid diminta mengenal pasti dan mencatat perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan. iii. Murid membacakan perkataan berimbuhan yang dicatat. iv. Saya menerangkan dan memberi contoh mengenai perkataan berimbuhan Pengimbuhan ialah proses yang memberikan imbuhan atau penambahan kepada sesuatu perkataan . Hasil daripada proses pengimbuhan ini akan terbentuklah kata terbitan. (contoh : terbersih, bersihkan, membersihkan) v Saya memperdengarkan semula petikan cerita vi Murid mencatatkan semula perkataan berimbuhan. Pemerhatian : Murid-murid telah menunjukkan respon yang tinggi untuk mendengar. Mereka juga lebih bersedia untuk mengecam dan menyenaraikan perkataan berimbuhan yang diperdengarkan. Jadual 3 : Peratus Mengenal pasti Perkataan Berimbuhan Markah Peratus (%) ( A ) 80 - 100 10 ( B ) 60 - 79 43.3 Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 4 Sekolah Rendah
  5. 5. ( C ) 40 - 59 40 ( D ) 20 - 39 6.6 ( E ) 0 - 19 Jadual 3 menunjukkan hanya 6.6% sahaja murid yang tidak dapat mencatat perkataan. Refleksi : Murid tidak dapat kenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan cerita. 5.4.2 Aktiviti 2 : Mengkelaskan jenis imbuhan i. Saya mempamerkan carta imbuhan dan menerangkan jenis imbuhan. Terdapat empat jenis imbuhan dalam Bahasa Melayu, iaitu; 1. Awalan – imbuhan yang hadir sebelum kata dasar 2. Akhiran - imbuhan yang hadir selepas kata dasar 3. Apitan - imbuhan yang hadir serentak sebelum dan selepas kata dasar 4. Sisipan - imbuhan yang hadir di tengah-tengah kata dasar. (Bagi murid tahun 3 hanya imbuhan awalan, akhiran dan apitan yang terdapat dalam sukatan) ii. Saya membacakan petikan cerita TABUNG BULUH HANIM Hanim baru saja balik dari sekolah. Dia terus masuk ke dalam biliknya. Hanim menyeluk kocek baju sekolahnya lalu mencapai tabung di bawah katil. Hanim memasukkan wang ke dalam tabung buluh itu. Digoncang-goncangnya tabung buluh itu. Bunyi duit syiling di dalam tabung itu berdeting-deting. Hanim tersenyum gembira. Dalam masa yang singkat, wang di dalam tabungnya sudah banyak. Hanim bercadang untuk membuka akaun simpanan di bank. Dia memberitahu ayah dan ibunya tentang cadangannya itu. Ayah dan ibu Hanim sangat bangga akan sikap Hanim itu. Mereka berharap agar sikap Hanim yang suka menabung itu menjadi contoh kepada adik-adiknya yang lain. iii. Murid mengkelaskan perkataan imbuhan yang didengar mengikut jenisnya dalam lembaran yang diberikan. Pemerhatian : Aktiviti 2 menghasilkan keputusan seperti berikut: Jadual 4 : Peratus Mengkelaskan Perkataan Berimbuhan Markah Peratus (%) ( A ) 80 - 100 25 ( B ) 60 - 79 55 ( C ) 40 - 59 20 ( D ) 20 - 39 0 ( E ) 0 - 19 0 Jadual 4 menunjukkan 25% murid mendapat markah 80 – 100 dan tidak ada seorang pun yang mendapat markah 39 ke bawah. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 5 Sekolah Rendah
  6. 6. Saya dapati dengan kaedah imlak ini murid amat teruja untuk mengecam jenis perkataan berimbuhan yang didengar untuk dicatatkan di ruangan yang betul. Murid juga menumpukan perhatian terhadap P & P . Refleksi : Saya berpuas hati dengan peningkatan pemahaman murid apabila berjaya mengelaskan perkataan berimbuhan mengikut jenis imbuhan. 5.4.3 Aktiviti 3 : Membina ayat i. Gambar bersiri dipamerkan dan murid fahami gambar yang dilihat. ii. Murid menyatakan apa yang dilihat. (Contoh :Monyet nampak buah pisang masak) iii. Guru mencatatkan ayat-ayat yang murid-murid bina. iv. Perbincangan – mengenal pasti kesalahan struktur ayat dan membina ayat dengan menggunakan perkataan berimbuhan yang betul. (Contoh : Seekor monyet ternampak setandan pisang yang masak di atas sebatang pokok pisang) v. Latih tubi membaca ayat yang telah dibetulkan struktur ayatnya. v. Guru pembantu membuat pemerhatian terhadap respon murid dalam aktiviti perbincangan Jadual 5: Aktiviti-aktiviti yang digemari murid Aktiviti Bilangan murid % pencapaian Perbincangan 22 43.6 Membaca 26 56.4 Pemerhatian : Saya dapati murid lebih seronok belajar Bahasa Melayu jika menggunakan sesuatu bahan sebagai rangsangan. Refleksi : Saya mula sedar bahawa selama ini masalah ini timbul adalah disebabkan murid- murid tidak dibimbing untuk menggunakan perkataan berimbuhan dalam perbualan harian. 5.4.4 Aktiviti : Ujian Pos Ujian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pencapaian murid. Kertas Ujian Pos disediakan, murid menjawab soalan-soalan serupa dengan soalan Ujian Pra tetapi diubahkan kata dasar. Saya mengedarkan kertas soalan terlebih dahulu. Murid dikehendaki menjawab semua soalan. Kertas ujian ini mengandungi 5 bahagian yang membawa pemberian markah sebanyak 50 markah. Bahagian A - Imbuhan awalan Bahagian B - imbuhan akhiran Bahagian C - imbuhan apitan Bahagian D - membina ayat Bahagian E - Tandakan _/ atau X menggunaan imbuhan dalam ayat. Masa yang diberikan kepada murid untuk menjawab soalan pra ini selama 30 minit. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 6 Sekolah Rendah
  7. 7. Jadual 6 : Jadual Perbandingan Pencapaian Ujian Pos Berdasarkan Bilangan dan Peratus Pencapaian Bilangan Peratus (Gred) murid A ( 80 – 100) 10 33.3 B ( 60 - 79 ) 15 50 C ( 40 - 59 ) 5 16.7 D ( 20 - 39 ) E ( 0 - 19 ) Refleksi Dapatan Ujian Pos menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian murid. Jika dalam Ujian Pra ada murid yang gagal tetapi dalam Ujian Pos semua murid lulus malah peratus pencapaian setiap gred juga meningkat. 5.5 Refleksi keseluruhan Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukkan peningkatan yang agak ketara. Kebolehan murid menguasai penggunaan imbuhan yang betul merupakan salah satu peningkatan yang menyumbang kepada markah karangan. Pada keseluruhannya boleh disimpulkan bahawa pencapaian murid telah meningkat selepas tindakan diambil. Saya dapati murid mempamerkan satu peningkatan prestasi yang amat baik. Jadual 7 : Prestasi murid mengikut peratus lulus Pencapaian Ujian Pra Ujian Pos Lulus 23 ( 76.6 % ) 30 ( 100 % ) Gagal 7 ( 33.4 % ) Jumlah 30 ( 100 % ) 30 ( 100 %) Berdasarkan Jadual 7 di atas, 76.6% murid lulus dan 33.4% murid dalam ujian Pra. Manakala dalam Ujian Pos, hasil dapatan menunjukkan 100% murid lulus ujian tersebut. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tindakan yang diambil berkesan meningkatkan pencapaian murid dalam penguasaan penggunaan imbuhan . Rumusan pemerhatian aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran Semasa sesi P & P dijalankan dapat dilihat murid-murid lebih berminat dan seronok dengan aktiviti yang dijalankan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa murid boleh dibantu untuk menikmati pengalaman berjaya dalam penulisan karangan jika menguasai salah satu kemahiran berbahasa iaitu penggunaan imbuhan. Saya berasa puas hati dengan perkembangan yang ditunjukkan oleh murid-murid. Bukanlah mudah untuk menggalakkan murid mengikuti P&P dengan minat serta memberi tumpuan terhadap isi pelajaran yang ingin diajarkan oleh guru untuk difahami oleh murid. 6.0 Cadangan kajian seterusnya. Saya telah menggunakan kaedah imlak dalam membantu murid-murid untuk menguasai penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan yang betul dalam struktur ayat. Saya bercadang meneruskan kaedah imlak dalam pengajaran dan pembelajaran akan datang kerana murid sudah menguasai penggunan imbuhan namun masih lemah dalam membina struktur ayat. Seterusnya saya akan menjalankan satu lagi kajian yang berkaitan dengan Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 7 Sekolah Rendah
  8. 8. struktur ayat menggunakan kaedah imlak. Saya juga mencadangkan kaedah ini dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu dibantu dengan aktiviti –aktiviti yang menarik dan menggunakan pelbagai media seperti audio–visual yang menarik dan berkesan. BIBLIOGRAFI Abdul Aziz Abdul Talib (1993 ). Menguji kemahiran bahasa, prinsip , teknik dan Contoh, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Koh Bon Boon ( 1989 ) , Perspektif-perspektif dalam pengajaran Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Raminah Hj. Sabran ( 1992 ) . Kecekapan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu , Penerbitan Fajar Bakti Kuala Lumpur. Zuriah Yusuf (1992 ). Asas kemahiran berbahasa dalam KBSR Jilid 3, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 8 Sekolah Rendah

×