PHOTOTALK HAFIZ

331 views

Published on

Tugasan untuk kursus MBE 12503 Pembangunan Kurikulum Dalam PTV

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
331
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
2
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

PHOTOTALK HAFIZ

  1. 1. TUGASAN INDIVIDU : PHOTOTALK NamaPensyarah : En. Ghazally Bin Spahat NamaKursus : Pembangunan KurikulumDalam PTV KodKursus : MBE 12503 NamaPelajar :Mohd Hafiz Bin Kamarudin No KadPengenalan No KadMatriks : 830208-05-5143 : GB 130200 Program :SarjanaPendidikanTeknikal (MBT) – PersisirSemester 1, Sesi 2013/2014
  2. 2. ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN .................................................................................................................................... 2 2.0 KONSEP PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR .................................................................................... 3 3.0 FAKTOR PEMBENTUKAN AKHLAK REMAJA ..................................................................................... 11 4.0 PENERANGAN GAMBAR .................................................................................................................. 14 5.0 RUJUKAN ......................................................................................................................................... 15 1
  3. 3. PHOTOTALK 1.0 PENGENALAN Dengangambariabolehmenceritakansegala-galanya. Gambarjugabolehmenceritakankeadaanatausituasisebenarapa yang berlakudisebalikgambartersebut. Gambar yang mempunyaiwarna-warni yang cantikcukupuntukmenggambarkanataumenceritakankeadaanketikaitusamaadagembira, menangis, ketawa, bersemangat, beranidan lain-lain perasaan yang dapatdiungkap di dalamsekepinggambar. Oleh yang demikiandalamtugasanphototalkinisayaakanmenceritakansituasi yang berlaku di dalamgambar di atas. 2
  4. 4. Seperti yang kitadapatlihatgambar di atasmenunjukkanseorang guru yang bercitacitatinggiuntukmelihatanakbangsanyaberjayasedangmengajarpelajarnya yang dahagakanilmupengetahuan di dalamsebuahkelas. Guru tersebutmenggunakankomputersebagaielemenalat bantu mengajar (ABM) untukmelancarkan proses pengajarandanpembelajaran (P&P) agar proses pengajarandanpembelajarmenjadimenarikdanseronok. Guru tersebutsedayaupayamembantupelajarnya yang sedangmenghadapimasalahsemasa proses pengajarandanpembelajaran. Kemudianpelajar yang berjayamenyiapkantugasansemasa proses pengajarandanpembelajaranmerekadiberikansijil. Pelajar yang menerimasijilmenzahirkanperasaangembirakeranatelahdiberikanpenghargaanolehgurunya.Selepa s proses pengajarandanpembelajaran guru danpelajarnyamengambilgambarbersamasamauntukdimasukkankedalamaplikasibaru yang digunakandisekolahsekarangiaituaplikasi FROG VLE (Virtual Learning Environment). 2.0 KONSEP PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR Jadi di sinisayainginberbicarakantentang pembangunan sahsiah remaja, ia juga berkait rapat dengan pembangunan sahsiah pelajar. Ini kerana remaja dan pelajar adalah sama. konsep pembangunan remaja atau pelajar berkait rapat juga dengan konsep pembangunan manusia. Ini adalah kerana pelajar atau remaja sebahagian daripada kelompok manusia yang terdiri daripada beberapa lapisan masyarakat. Mereka perlu dibangunkan dari kedua-dua aspek fizikal dan rohani sesuai dengan fitrah kejadian manusia bagi melahirkan umat yang diredhai oleh Allah S.W.T. Pelajar merupakan golongan yang paling dominan dan berpengaruh serta mempunyai ketahanan dan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi. Oleh itu, berbagai-bagai cabaran dan harapan telah ditumpukan kepada golongan ini. Golongan ini yang menjadi harapan negara bagi menjana negara yang terus cemerlang dan gemilang sebaris dengan negara-negara maju yang lain. Suatu strategi yang berkesan lagi positif perlu dirancang dan dilaksanakan dengan teliti ke arah membimbing serta mempertingkatkan lagi sahsiah remaja khususnya pelajar. Ini selaras dengan tuntutan, keperluan, dan aspirasi agama, bangsa dan negara. Pelajar merupakan tunggak 3
  5. 5. kekuatan negara. Mereka merupakan aset yang amat berharga kepada negara. Zaman remaja yang dialami oleh pelajar adalah satu zaman yang amat penting pada setiap manusia. Pada masa itu, pelajar mempunyai tenaga yang kuat, keupayaan yang tinggi, minda yang cerdas, daya ketahanan yang kental berbanding dengan zaman sebelum atau selepasnya. Oleh itu sekiranya tenaga kepakaran pelajar atau remaja ini tidak digembleng dengan sepenuhnya maka sudah tentu para remaja termasuk dalam golongan yang rugi dan malang. Ia juga akan meninggalkan kesan kepada pembangunan negara dalam usahanya untuk bergerak seiring dan setanding dengan negara maju. Pembangunan sahsiah bagi golongan remaja merupakan asas yang paling utama bagi menjana kehidupan ke arah kehidupan yang serba Islamiah. Pembangunan ini harus meliputi dan sekali gus mengimbangi aspek rohani, jasmani, dan akli, tuntutan dunia dan akhirat, spiritual dan material menerusi amal yang berterusan dalam proses islah al-nafsi sehingga terbentuk peribadi yang kuat tubuhnya, kukuh moralnya, berkembang luas pemikirannya, sihat akidah dan tempat ibadahnya, berguna kepada orang lain dan menjaga waktunya. Sesungguhnya isu berhubung dengan pembangunan remaja merupakan suatu persoalan kontroversi pada masa kini. Golongan remaja masa kini sering direncanakan agar mempunyai ciri berilmu, beramal, berwawasan, bermotivasi, berfikiran positif, seperti mana yang diharapkan oleh orang dewasa (Asmah Bee Mohd Noor, 1996 : 15). Mustafa Haji Daud berpendapat bahawa terdapat beberapa cara bagaimana hati dan jiwa diasuh, dibina dan dibentuk agar menghasilkan sahsiah yang mulia dan terpuji. Antaranya melalui ilmu, latihan, pengawalan nafsu dan syahwat, niat, muhasabah (perbuatan menyesali semua sahsiah yang keji yang pernah dilakukan pada zaman silam lantas terus memperbaikinya) dan muraqabah (tindakan berhati-hati dan berwaspada agar segala sahsiah yang keji dijauhi dan melaksanakan yang terpuji sahaja)( Mustafa Haji Daud, 1999 : 44). Selain itu, bentuk pendidikan yang sebaiknya ialah menurut model yang ditunjukkan oleh Allah dan rasul-Nya. Allah telah menurunkan gagasan hidup, pola perlakuan dan programprogram pembentukan keinsanan melalui al-Quran dan al-Sunnah (Abd. Ghani Syamsuddin, 1998 : 15). Dalam usaha ini terdapat beberapa aspek yang memerlukan penekanan yang serius. 4
  6. 6. Aspek pertama adalah penekanan budaya ilmu di dalam diri pelajar itu sendiri. Allah telah menegaskan kepentingan ilmu di dalam al-Quran dengan firmanya : Maksudnya : “(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) atau kah orang yang beribadah di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.” (Surah al-Zumar : 9) Berikut adalah pembangunan sahsiah melalui pembentukan akhlak yang mulia. Kemuliaan akhlak para remaja dan pelajar adalah faktor utama keharmonian masyarakat. Rasulullah telah menegaskan kepentingan akhlak dalam kehidupan dengan sabdanya (Imam Malik, 1981 : 94) : Maksudnya : Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Seterusnya, penekanan kepada perlaksanaan ibadat dalam usaha pembentukan sahsiah Islam telah banyak dinyatakan oleh Rasulullah malah ibadah juga seperti mana yang diketahui boleh menghindarkan diri daripada kejahatan. Amalan ibadat yang mengikut garis panduan syariat Islam akan mendatangkan kesan langsung terhadap jasmani dan rohani insan (Udah Mohsin, 1987 : 2). Berdasarkan tinjauan saya, didapati di dalam penulisan Amina Hj. Noor di dalam bukunya yang menyatakan bahawa remaja muslim adalah aset besar masyarakat bertakwa dan 5
  7. 7. membina negara yang bertamadun(Amina Hj. Noor, t.t : 145). Remaja hari ini harus menjadi contoh kepada remaja yang akan datang. Oleh itu, pembangunan sahsiah remaja atau pelajar harus dipertingkatkan dan dijaga demi nama baik remaja muslim. Oleh itu, mereka haruslah disemai dengan didikan agama sejak mereka kecil lagi, agar mereka dapat mempraktikkan nilainilai keperibadian yang mulia di kemudian hari. Manakala penulisan Ab. Aziz Mohd Zin ada membincangkan tentang sahsiah. Sahsiah yang baik merupakan tingkah laku yang baik yang keluar daripada hati yang baik(Ab. Aziz Mohd Zin, 1999 : 235). Ini samalah seperti hasil tanaman yang berguna kepada diri orang lain. Dalam satu ayat Allah dalam surah al-A'raf ayat 58 telah membandingkan faedah yang didapati dari orang yang berakhlak mulia dengan orang yang buruk akhlaknya. Ia seperti sebuah negara yang tanahnya subur yang menumbuhkan berbagai-bagai pokok yang boleh mendatangkan faedah kepada orang lain, dan sebuah negara lain yang tanahnya buruk yang hanya menghasilkan buah kurang bermutu. Menurut pandangan saya sendiri, proses pembangunan sahsiah dan pendidikan mempunyai kaitan yang amat rapat. Ini kerana konsep pembangunan sahsiah merupakan salah satu elemen penting yang diterapkan di dalam Falsafah Pendidikan Negara. Seorang pelajar yang cemerlang haruslah mempunyai kecemerlangan yang seiring di dalam bidang akademik dan sahsiahnya. Kedua-duanya penting dalam usaha merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Negara (FPN) bagi melahirkan generasi yang berketerampilan dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek. Menyorot kembali kepada Falsafah Pendidikan Negara yang telah digubal pada 1987: “Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi serta jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini ialah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap kemakmuran masyarakat dan negara” Jelas di sini bahawa manusia merupakan isu penting dan fokus kepada pendidikan negara. Menggunakan istilah manusia bagi menggantikan istilah pelajar kerana kedua-duanya 6
  8. 8. mengandungi makna yang sama. Pelajar adalah manusia. Melalui FPN konsep pembangunan manusia diberi penekanan dalam mencorakkan perjalanan proses pendidikan Negara. Oleh kerana itu juga bole dikatakan bahawa pembangunan manusia dan pendidikan mempunyai perkaitan yang amat rapat. Ini kerana hanya melalui proses pendidikan pembangunan manusia dapat didirikan dengan sempurna dalam semua aspek sama ada dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Pembangunan manusia dalam pendidikan merangkumi empat perspektif utama. Pertamanya, pembangunan manusia dilihat dari segi epistemologi al-Quran. Dengan memahami konsep manusia menurut penjelasan al-Quran dapat menentukan matlamat pendidikan yang sebenarnya. Manusia diciptakan Allah sebagai pentadbir dan pengurus yang akan menentukan corak kehidupan di dunia seluruhnya dengan penumpuan yang lebih utama dalam pengabdian kepada Tuhan yang menciptakan-Nya.(Zakaria Stapa, 2001: 38). Di sinilah wujudnya konsep khalifah yang disebutkan oleh Allah dalam firman-Nya: Maksudnya : “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (Surah al-Baqarah:30) Perspektif kedua adalah pembangunan manusia dilihat dalam skop pendidikan Islam. Wajarlah dengan tujuan pendidikan di dalam Islam sendiri yang menjadikan prinsip-prinsip pendidikannya berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah bagi membentuk akidah, sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang memikul tanggungjawab 7
  9. 9. membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara bagi mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat. (Ahmad Mohd Salleh, 1997:6) Pembangunan manusia yang berteraskan pendidikan Islam dapat mengurangkan pengaruh sekularisme dan dualisme yang semakin menular dalam masyarakat sejak sekian lama. Konsep pendidikan Islam itu sendiri menuntut pembinaan seluruh potensi yang ada pada manusia meliputi rohani, intelek, emosi dan jasmani berasaskan al-Quran dan as-Sunnah. Menyedari tentang betapa pentingnya tanggungjawab membangunkan manusia dari segi pembangunan jasmani dan pembangunan akhlak serta kerohanian maka Falsafah Pendidikan Islam (FPI) telah ditetapkan sebagai garis panduan mencapai matlamat pendidikan yang telah membincangkan konsep pembangunan manusia secara bersepadu dari segi akal, rohani dan jasad. Falsafah pendidikan Islam telah menyebutkan bahawa: “ Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat”. Perspektif yang ketiga melihat pembangunan manusia dari sudut pendidikan akhlak. Melalui pendidikan akhlak ianya dapat membantu pembinaan tingkah laku yang baik selari dan selaras dengan fitrah insaniah ciptaan Allah. Oleh itu Islam sebagai satu agama dan cara hidup yang menuntut umatnya menjalani ibadah harian berlandaskan unsur dan perlakuan akhlak yang mulia sekali gus menuju ke arah matlamat perutusan Rasulullah ( Zakaria Setapa, 2001:74). Di dalam al-Quran ada menegaskan tentang betapa tingginya keperibadian Rasulullah di dalam surah al-Qalam ayat 4 : Maksudnya : “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.” (Surah al-Qalam: 4) 8
  10. 10. Perspektif pembangunan manusia juga dilihat melalui reformasi pendidikan. Reformasi ialah dinamisme dalam pendidikan ( Doktor Tajul Ariffin & Doktor Noraini Dan, 2001:27). Melalui reformasi ini ia dapat memastikan perjalanan dan corak pendidikan negara sentiasa berkembang selaras dengan peredaran masa dan perubahan zaman berlandaskan prinsip-prinsip dan dasar-dasar yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan negara. Justeru itu, konsep pembangunan insan menjadi topik utama dalam pendidikan negara dalam membentuk generasi yang menghayati ilmu, iman dan amal secara menyeluruh dan bersepadu, cemerlang dari segi pemikiran, berketerampilan, berkerohanian dan keagamaan. Jelaslah bahawa pendidikan itu menuju ke arah pembinaan struktur insan yang berkualiti merangkumi semua bidang duniawi dan ukhrawi. Kesempurnaan seseorang insan dapat di lihat apabila ia menyemai roh agama dalam urusan hariannya sama ada dalam bidang ilmu, ekonomi, sosial mahupun politik. Ini kerana nilai keagamaan itulah yang menentukan kejayaan dalam proses pembangunan sahsiah manusia dan ia hanya dapat di garap melalui proses pendidikan yang bersepadu. Justeru itu, kesepaduan empat elemen dalam pembangunan sahsiah manusia yang dinyatakan di atas tadi, bertujuan melahirkan pelajar yang akan mencorakkan kehidupannya mengikut fitrah Allah S.W.T. Philips menyebutkan, dalam perkembangan sosial keupayaan dan keperluan seseorang remaja boleh menjadi asas bagi membolehkannya berinteraksi dan bersosial pada masa umur awal remaja. Pada umur akhir remaja pula, mereka akan membiasakan keadaan ini seterusnya dengan orang lain (Philips, 1990: 13). Maslow (1908-1970) pula berpendapat, terdapat dua jenis motivasi dalam diri seseorang belia pada awal dan akhir umur mereka yang memerlukan sosial yang selanjutnya. Bahagian pertama pada awal kehidupan remaja terdapat motivasi kekurangan yang memerlukan kehendak-kehendak fisiologi seperti lapar, dahaga dan sebagainya. Ini dapat dikatakan memenuhi kekurangan yang ada. Manakala pada akhir kehidupannya pula terdapat motivasi perkembangan atau pertumbuhan yang merupakan keperluan untuk di sayangi dan dihargai oleh orang lain. Motif ini beroperasi di atas prinsip jika tidak terdapat lagi kekurangan. Oleh itu, dalam keadaan ini, mereka memerlukan orang lain atau bersosial untuk berkembang daripada yang sedia ada(Maslow, 1959: 42). Erikson mengatakan , pada awal umur remaja, mereka cuba membentuk identitinya melalui perhubungan sosial. Dan pada akhir umurnya, mereka akan dapat menyesuaikan identiti 9
  11. 11. dirinya seperti dikehendaki oleh orang lain (Erikson, 1968:12).Menurut Cattel, seseorang remaja pada awalnya sedikit sebanyak akan berinteraksi antara satu sama lain iaitu suka bersosial bersama kawan dan sebagainya. Pada akhir remaja, mereka mula meninggalkan ibu bapa dan keluarga. Mereka mula menentukan cita-cita dan mula menyoal kerjayanya (Cattel R.B, 1967 : 20). Menurut Syper, peringkat awal umur remaja, mereka mengalami jangka masa penerokaan terhadap masyarakat yang mereka tinggal. Pada peringkat akhir umurnya, mereka boleh memainkan peranan yang sesuai dengan minat mereka terhadap masyarakat (Syper, 1957 : 60). Mengikut H.Sjahminan Zainin dan Muhaini, pada awal kehidupan remaja, mereka harus hidup dalam masyarakat dan memerlukan pertolongan orang lain seperti yang disebutkan oleh ahli sosiologi bahawa “Man is born by social being“ (manusia dilahirkan sebagai makhluk sosial) (H. Sjahminan Zainin dan Muhaini, 1991 : 83). Lewis pula mengatakan, pada peringkat umur remaja secara individu akan membincangkan masalahnya di atas kesukaran yang dialaminya dengan kumpulan tertentu seperti rakan sebaya dan sebagainya. Tetapi pada akhir umurnya remaja mengharapkan orang lebih dewasa untuk menyelesaikan masalahnya (Lewis, 1987 : 548556). Zakiah Daradjat menyebutkan, pada awal umur remaja, mereka memerlukan rakan sebaya kerana mereka sama-sama menghadapi masalah yang tidak banyak bezanya, di samping kurang percaya kepada penghargaan orang dewasa. Kerana itu ia kurang bebas untuk menceritakan rasa hati tentang masalahnya. Tetapi pada akhir umurnya, mereka akan merujuk masalah yang di hadapinya kepada orang dewasa untuk mendapat bantuan dan sokongan (Zakiah Daradjat: 1986 : 108). S.Mohamad Hatta menerangkan, pada awal umur remaja, mereka memerlukan orang lain untuk memberitahu masalah mereka seperti rakan sebaya dan sebagainya. Keadaan ini tertakluk kepada usia remaja supaya pembaikan dapat dilakukan. Tetapi pada akhir umurnya, bagi mereka lebih baik berbincang bersama orang dewasa atau keluarganya bagi menyelesaikan masalahnya (S. Mohamad Hatta, 1994 : 7). Dari perbincangan di atas dapat disimpulkan bahawa zaman remaja adalah zaman peralihan daripada anak-anak yang bergantung kepada orang lain kepada dewasa yang berdikari. 10
  12. 12. Pertumbuhan sosial remaja timbul apabila nalurinya mula berfikir tentang dirinya berbanding orang lain, mula berfikir tentang kemahuannya, mula berfikir tentang masalahnya dan mula berfikir tentang tanggapan orang lain terhadapnya. Dengan timbulnya perkara-perkara ini, maka bermula wujudnya perkembangan sosial dengan orang lain atau masyarakat luar untuk sesuatu motif. Jika seseorang remaja itu inginkan pembentukan sahsiahnya yang baik, maka harus bagi mereka untuk mendapat jalinan dan hubungan sosial yang baik dari keluarga, rakan sebaya, masyarakat dan sebagainya. Tetapi jika sebaliknya berlaku, seseorang remaja itu akan dipengaruhi oleh persekitaran sosial mereka dan akibatnya sudah tentu akan membawa kepada kerendahan budi dan sahsiah pada diri mereka. 3.0 FAKTOR PEMBENTUKAN AKHLAK REMAJA Setiap orang akan mengalami beberapa proses dalam membentuk peribadi dan begitu juga dengan remaja. Di sini dapat diklasifikasikan beberapa faktor pembentukan peribadi pada diri remaja. 3.1 Keluarga Rumah adalah tempat yang pertama seseorang itu menerima pelajaran atau mengalami pertumbuhan peribadi. Menurut kajian asas-asas peribadi yang ditanam sejak kecil sukar untuk diubah apabila dewasa. Kajian yang dilakukan di Amerika telah membuktikan bahawa pengaruh ibu bapa adalah terbesar dan diikuti oleh kawan-kawan dan guru. Ini jelas apabila sekolah tidak dapat membentuk peribadi yang baru dalam diri anak-anak. Anak-anak yang hidup terbiar akan menjadi biadab manakala yang manja akan menjadi penakut dan yang hidup mewah pula suka memberontak terhadap undang-undang. Situasi ini boleh diringkaskan lagi kepada beberapa bahagian: 3.2 Ibu bapa Ibu bapa adalah elemen penting dalam kehidupan remaja. Kehilangan salah seorang daripada mereka dengan beberapa sebab yang tertentu boleh mendatangkan kesan buruk kepada peribadi kanak-kanak dan lebih buruk lagi jika mendapat ibu atau bapa tiri(Yusoff Zaki Yaacob: 167). 11
  13. 13. Jika tersalah didikan yang diberikan yang diberikan oleh ibu bapa, akan menimbulkan masalah dalam masyarakat. Remaja mudah dipengaruhi ketika berumur 13 tahun. Ini adalah kerana mereka mula mencari kebebasan tetapi bukanlah kebebasan sepenuhnya. Pada peringkat inilah ibu bapa perlu memainkan peranan dalam memberi bimbingan kerana remaja belum matang. Ibu bapa perlu membimbing remaja dengan cara yang paling lembut kerana tindakan yang keterlaluan akan mengubah remaja memberontak. Fenomena ini sering terjadi kerana ibu bapa menjadikan kasih sayang sebagai mengongkong remaja. 3.3 Keadaan Ekonomi Keadaan ekonomi rumah tangga mempunyai pengaruh yang kuat dalam pembentukan anakanak. Kemiskinan adalah satu faktor yang amat berpengaruh kerana ia boleh menjejaskan kesihatan, kesempurnaan dan kemudahan. Fenomena ini akan mendorong anak-anak melakukan kegiatan yang tidak sihat. 3.4 Suasana Pendidikan Kemudahan yang disediakan oleh ibu bapa termasuk buku-buku, majalah dan akhbar serta layanan terhadap pertanyaan anak-anak dalam mengembangkan pengetahuan merupakan sumber pendidikan yang berpengaruh. Cara layanan, cara mengajar, cara menghukum , cara memberi penghargaan, cara berhubung dan sebagainya akan meninggalkan kesan dalam jiwa anak-anak (Yusoff Zaki Yaacob: 168) 3.5 Persekitaran Perkembangan sekeliling banyak mempengaruhi jiwa remaja kerana remaja selalu berinteraksi dengan persekitarannya. Persekitaran adalah satu yang amat dekat dengan diri remaja, maka sudah tentu mereka mudah dipengaruhi dan diresapi keadaan persekitarannya. Persekitaran yang baik akan membentuk remaja ke arah baik dan begitu juga sebaliknya. Dengan kata lain pengaruh persekitaran amat besar kepada pembentukan identiti dan jati diri remaja (Abdul Hadi Yunos, 2002: 6) 12
  14. 14. Setiap remaja perlu bijak memilih di manakah tempat seharusnya dia berada, dengan siapakah seharusnya dia berkawan dan sikap yang bagaimanakah seharusnya dia tunjukkan. Ini amat penting kerana ia mencerminkan keperibadian dan perwatakan remaja. 3.6 Rakan Sebaya Banyak bantuan yang boleh membantu pembentukan personaliti serta menyalurkan tingkah laku remaja dengan baik. Ada segelintir di kalangan remaja menjadikan rakan sebaya mereka sebagai model dalam membantu pembentukan personaliti diri. Seandainya remaja tersebut membuat pilihan yang baik maka semestinya mereka akan terpengaruh dengan gaya hidup rakan-rakan yang mempunyai peribadi yang baik. Tetapi sekiranya remaja ini memilih dan akrab dengan golongan yang tidak baik, maka sedikit sebanyak akan terpengaruh dengan gaya hidup mereka. Ciri utama dalam hal ini ialah pedoman. Jika mereka mempunyai pedoman, maka apaapa yang dilakukan dihadkan oleh pedoman itu. Pedoman ini ada di rumah iaitu dengan mencontohi dan mendengar nasihatibu bapa. 3.7 Pemimpin dan Masyarakat Pemimpin dan masyarakat juga mempunyai peranan yang besar terhadap masa depan remaja. Golongan remaja harus disayangi yang bermaksud tidak akan terus menyalahkan mereka setelah timbulnya pelbagai masalah sosial terutamanya yang melibatkan remaja. Golongan pemimpin sering menjadi perhatian masyarakat. Pemimpin yang berjiwa rakyat akan dihormati dan disanjung oleh masyarakat. Justeru itu, ada segelintir remaja kini meletakkan pemimpin yang diminatinya sebagai model untuk dicontohi. Pada dasarnya, secara langsung pembentukan peribadi para remaja adalah “meniru” gelagat dan tingkah laku para pemimpin yang dipuja dan disanjungnya. Masyarakat perlu memberikan kerjasama dalam melahirkan remaja yang unggul dan aktif. Masyarakat harus menyayangi remaja iaitu dengan tidak menerbitkan majalah yang padat dengan unsur-unsur seks dan lucah tetapi memaparkan perkara-perkara yang relevan dan sosiobudaya yang mengandungi unsur-unsur pendidikan dan sebagainya (Hassan Hj Mohd 13
  15. 15. Ali,1994: 7). Wahana ini penting kerana ia mempunyai kesan dan pengaruh yang kuat dalam kehidupan remaja. Sifat remaja yang mudah meniru sesuatu akan dapat disalurkan ke arah yang positif sekiranya ada kerjasama dari pihak pemimpin dan masyarakat. Kesimpulannya, remaja perlu dibentuk sahsiahnya agar menjadi remaja yang berguna suatu masa nanti pada agama, bangsa dan negara. Remaja merupakan generasi yang akan meneruskan kesinambungan sesebuah negara samaada menjadikan negara itu terus maju dan berdaya saing atau mundur dan tidak berubah. Oleh yang demikian saya berpendapat kita sebagai golongan pendidik merupakan ejen yang paling utama dalam membentuk sahsiah remaja. Kita sebagai guru perlu bekerja lebih kuat dan efisyen dalam membentuk sahsiah remaja. Remaja aset negara, hancur remaja maka hancurlah negara. Tepuk dada tanya iman, dimanakah peranan kita? 4.0 PENERANGAN GAMBAR TAJUK : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ICT TARIKH : 23 OKTOBER 2013 MASA : 08.30 pagi SIZE : 4.64MB RESOLUTION : 4000x3000 APERTURE : f/2.2 ISO : 320 MODEL : FUJIFILM X10 LOKASI : SMK DATO’ SRI AMAR DIRAJA (MAKMAL KOMPUTER) 14
  16. 16. 5.0 RUJUKAN Ab. Aziz Mohd Zin, 1999, Psikologi Dakwah, Kuala Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Abd. Ghani Syamsuddin, 1998, Masalah Disiplin Di Sekolah, Kuala Lumpur : Ummah Media. Abdul Hadi Yunos, 2002, Silaturahim Membentuk Identiti Remaja, Majalah Cahaya. Ahmad Mohd Salleh, 1997, Pendidikan Islam Falsafah, Pedagogi dan Methodologi, Kuala Lumpur : Penerbitan Fajar Bakti. Amina Hj. Noor, t.t, Ciri-ciri Remaja Muslim. Kuala Lumpur : Dinie Publisher. Asmah Bee Mohd Noor, 1996, Pengajian Masa Depan Acuan Psikologi Tempatan dan Budaya Ilmu Dalam Pembangunan Belia, Kertas Kerja Seminar Memperkasakan Pembangunan Belia, Petaling Jaya : Executive Suite Holiday Villa Subang, 27 Mei. Cattel R.B, 1967, Personality And Motivation Structure And Measurement. New York : World Book. Doktor Tajul Ariffin & Doktor Noraini Dan, 2001, Pendidikan: Satu Pemikiran Semula, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Erikson, 1968, Identiti : Youth And Crisis. New York : Norton H. Sjahminan Zainin dan Muhaini, 1991, Belajar Sebagai Sarana Pengembangan Fitrah Manusia, Jakarta : Kalam Mulia. 15
  17. 17. Hassan Hj Mohd Ali,1994, Persiapan Remaja Menjelang Abad Ke 21. Dewan Siswa, Ogos. Lewis, 1987, Therapentic Change In Group : An Interactional Perspective. Small Group Behavior. Maslow, 1959, Cognition Of Being In The Peak Experience. Journal Of Genetic Psychology. Mustafa Haji Daud, 1999, Tamadun Islam Edisi Maktab Perguruan. Kuala Lumpur : Penerbitan Universiti. Philips, 1990, Do In Fants Recognize Emotion In A Facial Expression? Categorical And Metaphorical Evidence. Infan Behavior And Development. S. Mohamad Hatta, 1994, Psikologi Dan Kaunseling Remaja. Kuala Lumpur : Jemaah Islah Malaysia. Syper, 1957, The Psychology Of Career.New York : Harper & Raw. Udah Mohsin, 1987, Kesan Ibadah Dalam Pembentukan Akhlak SeseorangMuslim. Selangor : Penerbitan Hizbi. Yusoff Zaki Yaacob, 1975, Psikologi Remaja. Kelantan : Syarikat Dian Sdn. Bhd. Zakaria Stapa, 2001, Mengenali Budaya Kejahilan Belia Remaja. Kuala Lumpur : Yayasan Dakwah Islam Malaysia. Zakiah Daradjat: 1986, Pembinaan Remaja, Jakarta : Bulan Bintang. 16

×