Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Xsigment

271 views

Published on

sekadar satu perkongsian

Published in: Education
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Xsigment

  1. 1. Seni Dalam Pendidikan WAJ3073 Boneka sebagai alat pedagogi untuk pengajaran dan pengajaran di peringkat prasekolah adalah sangat unik dan mempunyai kebaikan untuk kanak-kanak. Penggunaan boneka untuk pengajaran dapat mempertingkatkan intrapersonal dan interpersonal kanak-kanak ( Berk, 2006; Koster, 2005; Hirsh, 2004). Hal ini kerana boneka yang digunakan sebagai prop lakonan dalam aktiviti drama kanak-kanak yang melibatkan bahasa, seni visual, drama , muzik dan pergerakan fizikal yang dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mezahirkan perasaan dan juga membolehkan mereka berinteraksi atau berkomunikasi dengan rakan –rakan yang lain ( Machado, 2003; Coody, 1997) Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, boneka digunakan untuk menyampaikan cerita, agar penyampaian menjadi lebih menarik dan berupaya untuk menarik perhatian dan minat kanak-kanak di samping dapat mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi, melahirkan idea kreatif dalam penceritaan dan juga dapat merangsang daya imaginasi justeru dapat menggalakkan kerjasama dalam kumpulan. Boneka sangat sesuai digunakan sebagai medium perantaraan di antara guru dan murid. Murid akan dapat menghayati dan memahami sesebuah penyampaian dengan khusyuk di samping melihatkan diri secara tidak langsung melalui persembahan boneka. Melalui persembahan boneka juga murid prasekolah akan merasa seronok kerana mereka akan dapat meluahkan apa yang terpendam dalam diri mereka dan ini akan menggalakkan mereka melibatkan diri secara aktif. Mereka juga tidak akan rasa segan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang disediakan oleh guru. Eve-Marie Arce dalam bukunya ‘ Curriculum for Young Children – An Introduction’ menyatakan bahawa , boneka adalah sesuatu yang unik. Ia boleh digunakan oleh guru untuk menyalurkan emosi kanak-kanak, kreativiti dan juga menyelesaikan masalah atau kebimbingan mereka. Sekiranya adanya bimbingan, murid prasekolah ini sebenarnya mampu untuk menghasilkan boneka mereka sendiri. Pelbagai bahan boleh digunakan untuk menghasilkan boneka sama ada bahan – bahan yang terpakai , bahan semulajadi dan juda bahan – bahan yang mempunyai sesuatu pembelajaran. Bahan-bahan terpakai seperti penutup botol minuman, batang ais krim, bekas dadih, pinggan kertas, stoking lama dan pelbagai lagi. Dapat menyediakan peluang kepada murid prasekolah untuk menyampaikan idea dan menyelesaiakan masalah adalah antara objektif yang dapat dicapai menerusi aktiviti boneka
  2. 2. Seni Dalam Pendidikan WAJ3073 yang menggalakkan kanak-kanak berfikir dalam menyelesaikan masalah dan menyesuaikan diri dengan persekitaran prasekolah. Secara tidak langsung,

×