MAJLIS LATIHAN VOKASIONAL KEBANGSAAN
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
MALAYSIA
MANUAL INTERNSHIP
PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL
VOCA...
2
KANDUNGAN
1.0 PENDAHULUAN ................................................................. 3
1.1 DEFINISI ................
3
1.0 PENDAHULUAN
Manual ini disediakan untuk memberi panduan kepada intern dalam
merancang dan menyempurnakan internship....
4
1.1 Definisi
1.1.1 Internship
Internship adalah merupakan satu tempoh yang khusus untuk menimba
pengalaman secara teranc...
5
• Berinteraksi dengan orang lain di tempat kerja, menangani situasi,
tanggungjawab dan jangkaan tempat kerja (kemahiran ...
6
Internship menyediakan peluang untuk :
1. amalan yang diseliai;
2. membiasakan diri dengan tempat kerja; dan
3. membina ...
7
1.1.6 Pengurus Pusat Bertauliah (PPB) I-031-3
Seorang personel yang mentadbir dan mengurus pelaksanaan
pentauliahan Pers...
8
1.1.10 Pegawai Pengesah Luaran (PPL) I-031-3
Seseorang personel yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah MLVK
untuk melaksa...
9
- Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam
bidang/program yang dipertanggungjawabkan dengan
satu tahap lebih tinggi...
10
1.3 Kegunaan Manual
Kegunaan manual ini adalah untuk menyediakan maklumat mengenai
spesifikasi latihan dan pelaksanaan ...
11
3.1.4 Memantau kemajuan intern yang sedang menjalani program
internship.
3.1.5 Menyelaras penilaian prestasi intern den...
12
b) Semasa Internship
i. Melaksanakan lawatan pemantauan internship
(minimum : 2 kali).
ii. Mengambil tindakan sewajarny...
13
v. Menyediakan Laporan Prestasi Intern (MLVK/I031/3C) dan
Laporan Pembangunan Bahan Pembelajaran (MLVK/I031/3B)
sekuran...
14
vii. Menyemak dan mengesahkan bahan-bahan pembelajaran
dengan bilangan seperti dalam ‘Panduan & Peraturan-Peraturan
Pen...
15
vi. Menyimpan dokumen-dokumen berikut di dalam portfolio :
a) Borang Permohonan Internship (MLVK/I031/3A)
b) Laporan Pe...
16
4.0 STRUKTUR PROGRAM INTERNSHIP
4.1 Intern perlu mengemukakan permohonan rasmi kepada PB
I-031-3 dengan melengkapkan Bo...
17
4.4 Semasa Lawatan PP Pertama (3 bulan pertama internship),
PP perlu mengambil tindakan berikut :
a) Menasihati dan mem...
18
4.9 Memeriksa dan mengesahkan bukti-bukti dan catatan aktiviti
harian intern di dalam Buku Log Intern.
4.10 Keputusan d...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

MANUAL INTERNSHIP PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL VOCATIONAL TRAINING OFFICER

2,749 views

Published on

Manual ini disediakan untuk memberi panduan kepada intern dalam merancang dan menyempurnakan internship. Ia mengandungi panduan yang akan membantu intern dalam menjalankan aktivitinya serta asas untuk menilai intern ke arah mencapai kecekapan yang diperlukan oleh
seorang Pegawai Latihan Vokasional Tahap 3. Intern hendaklah memahami manual ini sebelum memulakan program internship. Sepanjang program internship, Penyelia yang berkelayakan akan membimbing dan menasihati intern untuk mencapai satu standard yang
ditetapkan.

Published in: Education
0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
2,749
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
69
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

MANUAL INTERNSHIP PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL VOCATIONAL TRAINING OFFICER

  1. 1. MAJLIS LATIHAN VOKASIONAL KEBANGSAAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA MANUAL INTERNSHIP PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL VOCATIONAL TRAINING OFFICER (I-031-3) 30 Jun 2006
  2. 2. 2 KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN ................................................................. 3 1.1 DEFINISI ................................................................. 4 Internship ................................................................. 4 Kekompetenan ...................................................... 4 Kecekapan ................................................................ 4 Pusat Bertauliah I-031-3 ........................................... 6 Pusat Bertauliah Internship ................................ 6 Pengurus Pusat Bertauliah (PPB) I-031-3 .......... 7 Pengurus Pusat Bertauliah (PPB) Internship .......... 7 Pegawai Penilai (PP) I-031-3 ................................ 7 Penyelia ................................................................ 7 Pegawai Pengesah Luaran (PPL) I-031-3 .......... 8 Intern ....................................................................... 8 1.2 OBJEKTIF ................................................................ 9 1.3 KEGUNAAN MANUAL ............................................. 10 2.0 PRA SYARAT DAN KEPERLUAN KEMASUKAN BAGI INTERN ................................................................ 10 3.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB ............................... 10 3.1 Pusat Bertauliah I-031-3 ......................................... 10 3.2 Pusat Bertauliah Internship ................................... 11 3.3 Pegawai Penilai (PP) I-031-3 ................................... 11 3.4 Penyelia .................................................................. 12 3.5 Pegawai Pengesah Luaran (PPL) I-031-3 .............. 13 3.6 Intern ....................................................................... 14 4.0 STRUKTUR PROGRAM INTERNSHIP ............................. 16 5.0 PEMARKAHAN ................................................................ 18 LAMPIRAN A. BORANG PERMOHONAN INTERNSHIP (MLVK/I031/3A) B. LAPORAN PEMBANGUNAN BAHAN PEMBELAJARAN (MLVK/I031/3B) C. LAPORAN PRESTASI INTERN (MLVK/I031/3C) D. PENILAIAN TEKNIK MENGAJAR (MLVK/I031/3D) E. BUKU LOG INTERN
  3. 3. 3 1.0 PENDAHULUAN Manual ini disediakan untuk memberi panduan kepada intern dalam merancang dan menyempurnakan internship. Ia mengandungi panduan yang akan membantu intern dalam menjalankan aktivitinya serta asas untuk menilai intern ke arah mencapai kecekapan yang diperlukan oleh seorang Pegawai Latihan Vokasional Tahap 3. Intern hendaklah memahami manual ini sebelum memulakan program internship. Sepanjang program internship, Penyelia yang berkelayakan akan membimbing dan menasihati intern untuk mencapai satu standard yang ditetapkan. Matlamat umum internship adalah untuk menyediakan intern suatu pengalaman kerja yang diseliai dengan menggunakan apa yang telah dipelajarinya semasa di Pusat Bertauliah I-031-3. Secara khususnya, matlamat internship ialah: i) Intern secara beransur-ansur mengambil peranan sebagai pengajar dalam menyampaikan program latihan di institusi berkenaan; ii) Intern dapat merancang, dengan kerjasama Penyelia, satu program latihan yang bersesuaian untuk dilaksanakan; iii) Intern dapat mengalami satu siri pembelajaran yang direkabentuk untuk mengukuhkan keupayaan teknikal dan profesionalnya di samping menyertai pelbagai aktiviti dan menganalisis aktiviti berkenaan di mana yang bersesuaian untuk diamalkan; iv) Penyelia menilai melalui pemerhatian dan bukti yang dihasilkan serta catatan dalam Buku Log Intern. Semasa menyediakan manual ini, rujukan telah dibuat kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan dan juga amalan-amalan baik yang digunakan oleh beberapa negara dianalisis untuk menghasilkan satu dokumen yang komprehensif.
  4. 4. 4 1.1 Definisi 1.1.1 Internship Internship adalah merupakan satu tempoh yang khusus untuk menimba pengalaman secara terancang dan diseliai di mana intern akan membiasakan diri dengan keperluan dan amalan tempat kerja menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang telah diperolehi semasa mengikuti program latihan di institusi latihan dengan tujuan peningkatan prestasi seperti yang diamalkan di tempat kerja. 1.1.2 Kekompetenan Keupayaan individu mempamerkan pengetahuan, kemahiran atau kebolehan dilakukan memenuhi standard yang ditentukan atau ditetapkan. 1.1.3 Kecekapan (proficiency) Internship melibatkan penggunaan kemahiran, pengetahuan dan atitud (yang dicapai melalui program latihan) di tempat kerja. Matlamatnya ialah untuk membina intern, melalui amalan dan pembiasaan, supaya mencapai suatu tahap di mana beliau akan produktif dan bersedia untuk bekerja dengan Penyeliaan yang paling minimum. Intern yang mencapai peringkat prestasi ini dikatakan cekap. Kecekapan memerlukan lebih daripada kemahiran untuk menjalankan tugasan di tempat kerja, termasuklah keupayaan untuk: • Melaksanakan tugas pada tahap kemahiran yang diterima (kemahiran teknikal); • Mengelolakan tugasan (kemahiran pengurusan tugasan); • Bertindak apabila berlaku kesilapan (kemahiran pengurusan kontijensi);
  5. 5. 5 • Berinteraksi dengan orang lain di tempat kerja, menangani situasi, tanggungjawab dan jangkaan tempat kerja (kemahiran persekitaran kerja); • Memindahkan pengetahuan, kemahiran dan atitud kepada situasi yang baru (kemahiran keupayaan memindah) Skilled professional (SKM 3 + 5 tahun pengalaman bekerja di dalam bidang yang berkaitan) Kecekapan (SKM – Tahap 3 (I-031-3)) Internship (6 bulan latihan di tempat kerja) Kemahiran dan pengetahuan asas (Latihan di Pusat Bertaulaiah I-031-3) Rajah 1: Laluan ( Pathway ) ke arah menjadi skilled professionals Latihan permulaan akan membina kemahiran dan pengetahuan asas untuk memenuhi keperluan minimum seperti yang ditetapkan dalam standard kemahiran.
  6. 6. 6 Internship menyediakan peluang untuk : 1. amalan yang diseliai; 2. membiasakan diri dengan tempat kerja; dan 3. membina kemahiran generik berkaitan kerja Kegunaan internship ialah untuk membangunkan kecekapan dalam menggunakan kemahiran dan pengetahuan untuk digunakan dalam situasi yang berkemungkinan dihadapi di tempat kerja dan menanganinya dengan bantuan yang minimum. Untuk ditauliahkan sebagai Skill Professional, Intern dikehendaki berkhidmat selama lima tahun selepas Internship didalam jurusan yang sama seperti yang ternyata didalam Standard Practice (I-031-3) untuk dipertimbangkan penerimaan status Skill Professional (Sila lihat Rajah 1). 1.1.4 Pusat Bertauliah I-031-3 (PB I-031-3) • Pusat Bertauliah yang ditauliahkan oleh MLVK untuk menjalankan program I-031-3 • Menjalankan latihan di permis yang ditauliahkan atau permis yang dibenarkan 1.1.5 Pusat Bertauliah Internship (PB Internship) • Pusat Bertauliah MLVK yang bersetuju menjalankan program internship mengikut syarat yang ditetapkan • PB mempunyai pelatih yang sedang menjalani latihan sepenuh masa • Mempunyai PPD yang berkelayakan sebagai Penyelia seperti kriteria yang ditetapkan
  7. 7. 7 1.1.6 Pengurus Pusat Bertauliah (PPB) I-031-3 Seorang personel yang mentadbir dan mengurus pelaksanaan pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia di PB I-031-3. 1.1.7 Pengurus Pusat Bertauliah (PPB) Internship Seorang personel yang mentadbir dan mengurus pelaksanaan pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia di PB Internship. 1.1.8 Pegawai Penilai (PP) I-031-3 Seorang personel yang berkelayakan dan berkemahiran dalam bidangnya dan berkhidmat di satu Pusat Bertauliah serta dilantik untuk melaksanakan latihan dan penilaian keterampilan calon. 1.1.9 Penyelia Seseorang personel yang berkelayakan di dalam bidang kemahiran yang berkaitan di sesebuah Pusat Bertauliah untuk melaksanakan Penyeliaan dan pemantauan dalaman secara berterusan terhadap intern. Kriteria : i. Merupakan PPD di PB Internship berkenaan ii. Pengalaman dalam bidang yang berkaitan sekurang- kurangnya 2 tahun iii. Memiliki kelayakan mengajar bidang pengajar vokasional atau yang setara dengannya iv. Dilantik oleh PPB Internship
  8. 8. 8 1.1.10 Pegawai Pengesah Luaran (PPL) I-031-3 Seseorang personel yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah MLVK untuk melaksanakan verifikasi luaran di PB I-031-3 dan PB Internship Kriteria : i. Telah mengikuti Kursus Induksi Pentauliahan dan PPL dengan jayanya ii. Ditauliahkan dan dilantik oleh MLVK iii. Tiada berkepentingan dengan PB berkenaan iv. Pakar dalam sistem pentauliahan dan berpengetahuan luas dalam methodologi latihan v. Berdaftar dengan DPIN 1.1.11 Intern Seorang yang mendaftar di Pusat Bertauliah untuk menjalani latihan internship setelah berjaya menamatkan program latihan di PB I-031-3 (3 bulan) Kriteria : i. SKM Tahap 2 ATAU ii. Mereka yang memenuhi kriteria sebagai PP seperti yang tercatat dalam perkara 5.4 PANDUAN DAN PERATURAN- PERATURAN PENTAULIAHAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA 2005, seperti berikut:- - Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun; - Lulus Penilaian Jaminan Kualiti Pentauliahan Persijilan melalui Kursus Induksi Pentauliahan atau apa-apa cara yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah MLVK; dan
  9. 9. 9 - Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang/program yang dipertanggungjawabkan dengan satu tahap lebih tinggi atau tahap tertinggi yang ditawarkan pada waktu itu; atau - Memiliki lain-lain kelayakan yang diiktiraf oleh Ketua Pengarah MLVK dengan dua (2) tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan; atau – PP yang memiliki Diploma/Ijazah serta dua (2) tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan boleh dilantik bagi program-program Tahap 4 dan Tahap 5; DAN iii. Telah menamatkan latihan I-031-3 (360 jam) dengan jayanya 1.2 Objektif Objektif program internship adalah untuk membolehkan intern mengukuhkan pengetahuan, kemahiran dan atitud yang telah mereka pelajari semasa di PB I-031-3 supaya mereka dapat melaksanakan peranan sebagai seorang pengajar/jurutunjuk/guru dengan jayanya dan berkesan dalam sektor/persekitaran Pendidikan Vokasional dan Latihan. Intern akan mendapat pengalaman praktikal dengan melihat dan menceburi di dalam aktiviti perancangan, perlaksanaan, dan penilaian di tahap Penyeliaan dan eksekutif sebagai pendedahan untuk menimba tanggungjawab profesional. Program ini direkabentuk untuk intern bagi melakukan tugas dalam persekitaran kerja sebenar bagi tujuan pengiktirafan profesional.
  10. 10. 10 1.3 Kegunaan Manual Kegunaan manual ini adalah untuk menyediakan maklumat mengenai spesifikasi latihan dan pelaksanaan internship kepada Intern, PB I-031-3 dan PB Internship. Manual ini dibangunkan sebagai alat untuk membolehkan komunikasi dan pentadbiran dilakukan dengan berkesan antara Intern, PB I-031-3, PB Internship dan MLVK. Polisi dan prosedur digariskan sebagai panduan bagi membantu penempatan, penyeliaan dan penilaian dalam melaksanakan program internship. 2.0 PRA SYARAT DAN KEPERLUAN KEMASUKAN BAGI INTERN 2.1 Calon yang telah menamatkan dengan jayanya program pengajian Pengajar Latihan Vokasional Tahap 3 yang dijalankan oleh PB I- 031-3 yang menerimapakai laluan latihan yang disarankan oleh MLVK. 2.2 Mengisi Borang Permohonan Internship (MLVK/I031/3A) dan mengemukakan borang yang telah lengkap diisi kepada Pusat Bertauliah berkenaan untuk persetujuan. 3.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 3.1 Pusat Bertauliah I-031-3 (PB I-031-3) 3.1.1 Berunding dan dapatkan persetujuan rasmi dari PB Internship untuk menempatkan intern dengan menggunakan Borang Permohonan Internship (MLVK/I031/3A). 3.1.2 Membantu PB Internship dalam merangka rancangan internship. 3.1.3 Memberikan khidmat nasihat dan sokongan kepada intern mengenai program internship.
  11. 11. 11 3.1.4 Memantau kemajuan intern yang sedang menjalani program internship. 3.1.5 Menyelaras penilaian prestasi intern dengan PB Internship. 3.1.6 Mengatur lawatan PP (minimum 2 kali) semasa Internship. 3.1.7 Mengemaskini semua rekod lawatan termasuk lawatan PP dan lawatan PPL sepanjang tempoh internship. 3.1.8 Menerima dan menyemak Laporan Pembangunan Bahan Pembelajaran (MLVK/I031/3B) dan Laporan Prestasi Intern (MLVK/I031/3C) dari PB Internship untuk dimaklumkan kepada PP supaya tindakan diambil. 3.2 Pusat Bertauliah Internship (PB Internship) 3.2.1 Menandatangan persetujuan dengan mengisi Borang Permohonan Internship (MLVK/I031/3A) bagi menempatkan Intern menjalani internship. 3.2.2 Menyediakan rancangan latihan sepanjang tempoh internship. 3.2.3 Mengenalpasti dan melantik Penyelia berdasarkan kelayakan yang telah ditetapkan oleh MLVK. 3.3 Pegawai Penilai (PP) I-031-3 a) Semasa Latihan (360 jam) i. Menterjemah NOSS. ii. Menyediakan Bahan-Bahan Pembelajaran. iii. Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. iv. Melaksanakan penilaian (teori dan amali).
  12. 12. 12 b) Semasa Internship i. Melaksanakan lawatan pemantauan internship (minimum : 2 kali). ii. Mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan laporan yang disediakan oleh Penyelia (MLVK/I031/3B dan MLVK/I031/3C). iii. Menilai sesi pengajaran sekurang-kurangnya sekali semasa lawatan PP dengan menggunakan Borang Penilaian Teknik Mengajar (MLVK/I031/3D). iv. Memeriksa dan mengesahkan bukti-bukti dan catatan aktiviti harian intern di dalam Buku Log Intern. v. Mengatur lawatan PPL bagi verifikasi luaran melalui Pengurus PB I-031-3 dan PB Internship. vi. Memantau program sepanjang tempoh internship sehingga verifikasi luaran oleh PPL. 3.4 Penyelia i. Menyediakan perancangan tugas dan jadual mengajar bagi intern (sekurang-kurangnya 300 jam mengajar). ii. Bertanggungjawab sebagai mentor kepada intern. iii. Menyelia secara berterusan perlaksanaan program internship untuk setiap intern. iv. Menyemak bahan pembelajaran yang dibangunkan oleh intern • Mengikut format yang standard • Kandungan pembelajaran menepati kehendak NOSS • Jumlah bahan pembelajaran mencukupi seperti yang ditetapkan
  13. 13. 13 v. Menyediakan Laporan Prestasi Intern (MLVK/I031/3C) dan Laporan Pembangunan Bahan Pembelajaran (MLVK/I031/3B) sekurang-kurangnya 2 kali dan dihantar ke PB I-031-3 untuk tindakan PP. vi. Mengesahkan Buku Log Intern setiap minggu. vii. Berada di PB semasa lawatan PP dan PPL. 3.5 Pegawai Pengesah Luaran (PPL) I-031-3 i. Memastikan semua personel pentauliahan (PPB, PPD / Penyelia dan PP) hadir semasa mesyuarat diadakan. ii. Membuat lawatan verifikasi luaran semasa latihan (3 bulan) dan semasa internship (6 bulan) sekurang-kurangnya sekali untuk setiap sesi. iii. Menyediakan laporan yang merangkumi; • Kemudahan latihan • Jaminan mutu • Kaedah penilaian • Menyemak dan mengesahkan kesahihan serta kelayakan PP dan PPD • Membuat cadangan status Pusat Bertauliah iv. Menyemak dan mengesahkan pendaftaran calon, portfolio calon dan menandatangani setiap helaian RPK (semasa latihan 3 bulan). v. Memperakukan calon yang layak untuk menjalani Internship dengan menandatangani Borang Permohonan Internship (MLVK/I031/3A) dan kemukakan satu salinan ke MLVK. vi. Menyemak dan mengesahkan bahan pembelajaran dan Buku Log Intern .
  14. 14. 14 vii. Menyemak dan mengesahkan bahan-bahan pembelajaran dengan bilangan seperti dalam ‘Panduan & Peraturan-Peraturan Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia’ MLVK/T/1004(P4)[I- 031-3 (P2)] (Perkara 5.4.4) dengan menggunakan Borang (MLVK/I031/3B) dan Bahan Bukti (eg. Jadual Waktu dsb). viii.Membuat Penilaian Teknik Mengajar intern bersama pegawai penilai dan Penyelia berdasarkan Borang (MLVK/I031/3D). ix. Menyemak dan mengesahkan permohonan pengeluaran SKM berpandukan kepada portfolio calon dan laporan internship. x. Menyemak Laporan Prestasi Intern (MLVK/I031/3C) yang disediakan oleh Penyelia. xi. Mengesahkan sistem jaminan mutu yang wujud di Pusat Bertauliah memenuhi kehendak MLVK. 3.6 Intern i. Memilih PB Internship yang ingin di ikuti untuk program internship. ii. Mengemukakan permohonan rasmi kepada PB I-031-3 dengan melengkapkan Borang Permohonan Internship (Borang MLVK/I031/3A). iii. Boleh menerangkan matlamat dan objektif program internship dengan jelas. iv. Mencatat dan menyimpan semua tugas/aktiviti harian yang dilakukan (termasuk mesyuarat yang dihadiri atau lawatan yang dibuat) di dalam Helaian Log Intern. v. Menjilid Helaian Log Intern supaya menjadi Buku Log Intern dan meminta pengesahan Penyelia pada setiap minggu.
  15. 15. 15 vi. Menyimpan dokumen-dokumen berikut di dalam portfolio : a) Borang Permohonan Internship (MLVK/I031/3A) b) Laporan Pembangunan Bahan Pembelajaran (MLVK/I031/3B) c) Laporan Prestasi Intern (MLVK/I031/3C) – sekurang- kurangnya 2 kali d) Borang Penilaian Teknik Mengajar (MLVK/I031/3D) yang diisi oleh PP dan PPL e) Salinan Laporan PPL f) Buku Log Intern g) Bahan-Bahan Pembelajaran yang telah dibangunkan dan lain-lain rekod yang berkaitan. vii. Mengajar sekurang-kurangnya 300 jam (contact hours) semasa Internship viii.Menyediakan bahan pembelajaran dengan bilangan minimum seperti berikut: BAHAN PEMBELAJARAN TEORI AMALI Pelan Mengajar 15 15 Kertas Penerangan 15 Kertas Tugasan 15 Kertas Kerja 15 Alat Bantuan Mengajar (ABM) 5 pembelajaran 5 pembelajaran Kertas Penilaian Teori 5 sesi pembelajaran Kertas Penilaian Amali 5 sesi pembelajaran
  16. 16. 16 4.0 STRUKTUR PROGRAM INTERNSHIP 4.1 Intern perlu mengemukakan permohonan rasmi kepada PB I-031-3 dengan melengkapkan Borang Permohonan Internship (Borang MLVK/I031/3A) sebelum lawatan verifikasi luaran PPL pertama. 4.2 Intern hanya boleh menjalani Internship setelah portfolio disahkan dan diperakukan layak menjalani Internship oleh PPL. 4.3 Penyelia perlu mengemukakan Laporan Pembangunan Bahan Pembelajaran (MLVK/I031/3B) dan Laporan Prestasi Intern (MLVK/I031/3C) kepada PB I-031-3 untuk tindakan PP I-031-3. 3 BULAN 360 JAM ( LATIHAN ) 6 BULAN 720 JAM ( INTERNSHIP ) 3 BULAN 6 BULAN 9 BULAN MULA TAMAT 0 BULAN LAWATAN PP & PPL KEDUA LAWATAN PPL PERTAMA LAWATAN PP PERTAMA
  17. 17. 17 4.4 Semasa Lawatan PP Pertama (3 bulan pertama internship), PP perlu mengambil tindakan berikut : a) Menasihati dan membimbing intern berdasarkan laporan yang disediakan oleh Penyelia (MLVK/I031/3B dan MLVK/I031/3C) b) Menilai sesi pengajaran semasa lawatan PP dengan menggunakan Borang Penilaian Teknik Mengajar (MLVK/I031/3D) c) Memeriksa Buku Log Intern. 4.5 Sebelum lawatan verifikasi luaran PPL, Penyelia perlu sekali lagi mengemukakan Laporan Pembangunan Bahan Pembelajaran (MLVK/I031/3B) yang telah dilengkapkan serta Laporan Prestasi Intern (MLVK/I031/3C) kepada PB I- 031-3 untuk tindakan PP I-031-3. 4.6 PP perlu mengatur lawatan PPL melalui Pengurus PB I-031- 3 dan PB Internship setelah semua rekod dilengkapkan sebelum intern tamat internship. 4.7 Semasa Lawatan PP Kedua bersama Lawatan PPL untuk verifikasi luaran, PPL perlu membuat penilaian teknik mengajar dengan menggunakan Laporan Penilaian Teknik Mengajar (MLVK/I031/3D). 4.8 PPL perlu menyemak dan mengesahkan Laporan Pembangunan Bahan Pembelajaran (MLVK/I031/3B) samaada lengkap atau tidak serta mengesahkan Laporan Prestasi Intern (MLVK/I031/3C).
  18. 18. 18 4.9 Memeriksa dan mengesahkan bukti-bukti dan catatan aktiviti harian intern di dalam Buku Log Intern. 4.10 Keputusan dan laporan perlu dikemukakan ke MLVK dalam tempoh 1 minggu selepas lawatan. 5.0 PEMARKAHAN 6.1 Laporan Pembangunan Bahan Pembelajaran (MLVK/I031/3B) - Lengkap / Tidak Lengkap 6.2 Laporan Prestasi Intern (MLVK/I031/3C) - Pemberat : 40 % - Pembahagian markah : Perkara Peratus Markah Penilaian Pertama 15 % Penilaian Kedua 25 % 6.3 Penilaian Teknik Mengajar (MLVK/I031/3D) - Pemberat : 60% - Pembahagian markah : Perkara Peratus Markah Penilaian oleh PP 20 % Penilaian oleh PPL 40 % 6.4 Markah lulus adalah 60% ke atas iaitu jumlah markah keseluruhan bagi Laporan Prestasi Intern dan Penilaian Teknik Mengajar.

×