Kkp sce 3106

3,960 views

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
3,960
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
236
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kkp sce 3106

  1. 1. SCE 31061.0 Apakah sains sains adalah satu sistem untuk mendapatkan pengetahuan. Sistem ini menggunakan pemerhatian dan penyiasatan untuk memperihal dan menerang fenomena semulajadi. Istilah itu juga merujuk kepada koleksi pengetahuan yang telah dikumpulkan melalui sistem itu. Semasa melakukan penyiasatan ahli-ahli sains itu mengamalkan sikap dan nilai – nilai yang tertentu. Sains juga merupakan pencarian maklumat terhadap sifat ingin tahu yang sedia ada dalam diri kita tentang sesuatu fenomena di ala mini. Terdapat berjuta soalan yang ingin kita ketahui jawapannya.Dengan melalui sains kita akan tahu jawapan bagi setiap persoalan yang timbul di dalam fikiran kita hanya melalui penyiasatan ataupun kajian yang kita jalankan. Secara langsung dalam mencari maklumat tentang sesuatu fenomena semulajadi, seseorang itu telah bekerja dan berfikir secara saintifik. Ini kerana di dalam setiap penyiasatan ataupun kajian yang dijalankan oleh setiap pengkaji dia telah melibatkan beberapa kemahiran untuk bekerja dan berfikir secara saintifik.2.0 Bekerja secara saintifik Bekerja secara saintifik telah melibatkan beberapa Kemahiran saintifik. Kemahiran saintifik pula dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kemahiran kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif sains.2.1 Kemahiran proses sains Menurut (Lawson, A.E., 1995; Trowbridge, L.W. et.al.,1981) Seseorang pelajar dikira menguasai kemahiran proses sains sekiranya ia dapat memerhati, membeza, mengelas, membuat inferens dan seumpama dengannya.Kemahiran proses sains dibahagikan kepada dua jenis 1
  2. 2. SCE 3106 kemahiran iaitu kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses sains bersepadu dan boleh diperhatikan di dalam peta minda berikut.Membuathipotesis Mentafsir maklumat Mengeksperimen Mengenalpasti Mendefinisi dan mengawal secara operasi KEMAHIRAN pembolehubah KEMAHIRAN PROSES SAINS Kemahiran proses bersepadu sains Kemahiran proses sains asas Mengukur dan menggunakan Menggunakan nombor perhubungan ruang dan Mengelas masa Memerhati Berkomunikasi Inferens Meramal PETA MINDA 2
  3. 3. SCE 3106 (Padilla, 1980). (Sayer, M. dan Adey, P.S., 1981; Hacker dan Rowe, M.J., 1985; dan Garnett,P.J. et.al.,1985). Kemahiran proses sains asas terdiri daripada kebolehan membuat pemerhatian,mengelas, membuat inferens, mengukur dan lain-lain yang digolongkan kepada proses berfikir peringkat rendah. Manakala kemahiran proses sains bersepadu merupakan proses berfikir yang kompleks yang menggabungkan dua atau lebih kemahiran proses sains asas. Contoh kemahiran bersepadu ialah seperti mentafsir data dan maklumat, mendifinisi secara operasi, membuat hipotesis, mengawal pembolehubah dan me ngeksperimen (mereka bentuk uji kaji). Tiap individu perlu menguasai kemahiran proses sains asas terlebih dahulu sebelum menguasai kemahiran proses sains bersepadu. Pelajar- pelajar pada peringkat umur 10 tahun (darjah 4) hingga 15 tahun (tingkatan 3) adalah dijangkakan telah menguasai kemahiran proses sains asas. Sedangkan kemahiran proses sains bersepadu dapat dicapai oleh pelajar bila meningkat umur 15 tahun keatas. Namun begitu, penguasaan kemahiran tersebut tidaklah bergantung kepada umur, kadang kala terdapat para pelajar yang sudah menguasai kemahiran berfikir bersepadu bila menjangkau umur 13 tahun (Inhelder dan Piaget, 1958).2.2 Kemahiran proses asas sains Kemahiran proses sains asas (KPSA) merangkumi memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferens, meramal, berkomunikasi dan menggunakan perhubungan ruang dan masa. a) Memerhati Memerhati merupakan proses mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena menggunakan sebahagian atau semua deria. Proses ini boleh dilakukan secara kualitatif dan kuantitatif. Pengetahuan konsep diperlukan dalam pemilihan dan penaksiran 3
  4. 4. SCE 3106 semasa pemerhatian yang dibuat.Dibawah adalah petunjuk yang diperlukan semasa membuat pemerhatian. o Menggunakan deria rasa, penglihatan, bau, pendengaran dan sentuhan o Mengenal pasti ciri dan kualiti sesuatu konsep o Mengenal ciri-ciri yang ganjil atau yang mempunyai kelainan o Memperihalkan perbezaan dan persamaan yang dikesani o Memperihal akan perubahan yang berlaku o Mengenal pasti tertiban kejadian yang berlaku o Menggunakan alat bagi membantu deria untuk membuat kajian terperincib) Mengelas Mengelas merupakan proses memerhati dan mengenal pasti perbezaan dan persamaan antara objek atau fenomena berdasarkan ciri atau sifat yang sepunya. Tujuan mengelas adalah untuk Mengasingkan dan mengumpul objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing. Petunjuk untuk mengelas adalah seperti berikut :o Kenal pasti ciri umum sekumpulan itemo Beri nama kepada kumpulan item ituo Kenal pasti ciri laino Memasukkan item berciri sama ke dalam kumpulan yang lebih kecilo Ulangi langkah di atas sehingga semua item dapat dikumpulkan dalam suatu kumpulanc) Mengukur dan menggunakan nombor Kemahiran mengukur dan menggunakan nombor merupakan kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat piawai seperti pembaris, pita pengukur, silinder penyukur, thermometer dan peralatan 4
  5. 5. SCE 3106 pengukuran yang lain. Petunjuk untuk mengukur menggunakan nombor adalah seperti berikit :o Boleh mengira dan membandingkan bilangan item di dalam kumpulan yang berlainano Menggunakan nombor untuk merekod fenomenao Membandingkan objek-objek menggunakan nomboro Menggunakan alat dengan betulo Mencatat bacaan dengan tepato Mencatat unit dengan betulo Memilih dan menggunakan unit yang piawai dengan betulo Membandingkan masa, jarak, luas dan isi padu dengan unit yang berkaitano Boleh mengenal pola dalam jadual-jadual nomboro Menentukan kejituan ukuran tertentuo Menggunakan skala dan menerangkan nisbahd) Inferens Inferens adalah proses untuk membuat kesimpulan awal bagi menerangkan sesuatu peristiwa atau sebarang objek berdasarkan pemerhatian.Melalui pengalaman lepas dan digunakan sebagai asas untuk membuat kesimpulan awal terhadap penyiasatan ataupun kajian yang dijalankan.. Kesimpulan yang dibuat ini mungkin benar atau tidak. Dibawah adalah petunjuk untuk membuat Inferens.o menggunakan maklumat daripada pemerhatian untuk membuat kesimpulan awal yang munasabaho membuat pelbagai tafsiran yang mungkin daripada satu pemerhatiano mengenal had-had inferenso menguji kejituan inferens dengan pemerhatian tambahan 5
  6. 6. SCE 3106o menggunakan inferens sebagai alat menentukan pemerhatian tambahane) Meramal Meramal adalah merupakan proses untuk menentukan dan menjangka peristiwa yang akan berlaku. Berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.Petunjuk untuk meramal adalah seperti berikut:o menggunakan data yang lepas atau ketika itu untuk menjangka apa yang mungkin berlakuo menggunakan pola sebagai bukti bagi membuat sesuatu jangkaano menentukan hasil yang mungkin daripada sesuatu tindakano mengesahkan jangkaan berlandaskan data atau pengalaman yang lepaso mengekstrapolasi data kepada situasi yang baruo membezakan ramalan daripada tekaanf) Berkomunikasi Berkomunikasi adalah merupakan kemahiran yang merujuk kepada kebolehan menerima, memilih dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk. Berikut adalah petunjuk untuk berkomunikasi.o Kenal pasti ciri umum sekumpulan itemo Bercakap, mendengar atau menulis atau menjelaskan idea atau makna kepada rakano Merekod maklumat daripada kajiano Meneliti maklumat yang ingin disampaikano Memilih cara atau alat komunikasi yang bersesuaiano Menyediakan bahan yang diperlukan untuk penyampaiano Menggunakan bahan rujukano Menentukan sasaran yang akan menerima maklumat 6
  7. 7. SCE 3106g) Menggunakan perhubungan ruang dan masa Menggunakan perhubungan ruang dan masa adalah merupakan kebolehan memperihalkan atau menunjukkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa. Berikut adalah petunjuk untuk menggunakan perhubungan ruang dan masa.o Memperihalkan lokasi dengan masao Memperihalkan perubahan arah dengan masao Memperihalkan bentuk dengan masao Memperihalkan perubahan saiz dengan masao Menyusun peristiwa kejadian mengikut kronologio Menentukan magnitud perubahan yang berlaku berdasarkan kadar perubahano Menentukan kedudukan objek dan menghuraikan kedudukannya di dalam ruango Menghuraikan rupa bentuk objek dilihat dari kedudukan yang berlainano Menerangkan perhubungan di antara masa dan jarak objek yang bergerak2.3 Kemahiran proses sains bersepadu Kemahiran proses sains bersepadu sesuai diperkenalkan kepada kanak – kanak pada peringkat perkembangan kognitif yang lebih tinggi iaitu murid tahap dua sekolah rendah serta pelajar sekolah menengah. Kemahiran proses sains bersepadu merangkumi kemahiran mentafsir maklumat, mengawal pembolehubah, mendefinisi secara operasi, membuat hipotesis dan membuat eksperimen. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1993). 7
  8. 8. SCE 3106a) Mentafsir maklumat Mentafsir maklumat merupakan Kebolehan memberi penerangan rasional tentang objek, fenomena, atau pola berdasarkan maklumat yang dikumpul. Berikut adalah petunjuk untuk mentafsir maklumat.o Mengumpul pelbagai data melalui pemerhatian untuk membuat pernyataan tentang maksudnyao Mengesan pola atau corak yang terdapat berdasarkan maklumat yang diperoleho Menyatakan hubungan diantara maklumato Membuat kesimpulan berdasarkan data yang dikumpulkanb) Mendifinisi secara operasi Mendifinisi secara operasi adalah proses memberi definisi tentang sesuatu konsep atau keadaan dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan dan diperhatikan.Berikut adalah petunjuk mendefinisi secara operasi.o Mentakrif istilah, konsep atau pemboleh ubah dalam konteks pengalaman sendiri.o Membuat pernyataan apa yang diperhatikan dan apa yang dibuat.c) Mengawal pemboleh ubah Pembolehubah boleh dikategorokan kepada tiga bahagian iaitu Pemboleh ubah dimanipulasikan, pembolehubah bergerakbalas, dan pemboleh ubah dimalarkan. Pemboleh ubah boleh jadi satu faktor, keadaan atau hubungan yang boleh diubah dalam suatu kejadian atau sistem yang dikaji. Berikut adalah petunjuk untuk mengawal pemboleh ubah.o Menentukan pemboleh ubah yang relevan dalam penyiasatan.o Menentukan pemboleh ubah yang akan - dimanipulasi (tak bersandar), 8
  9. 9. SCE 3106 - bergerak balas (bersandar) - dimalarkan.o Menentukan apakah perubahan yang perlu dilakukan keatas pemboleh ubah yang dimanipulasikan.d) Membuat hipotesis Membuat hipotesis adalah merupakan satu kenyataan umum yang difikirkan benar berdasar inferens, untuk menerangkan suatu perkara atau peristiwa. Ia juga merupakan suatu ramalan mengenai hubungan antara dua atau lebih pembolehubah. Hipotesis boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya. Berikut adalah petunjuk untuk membuat hipotesis.o mengenal pasti pemboleh ubaho membuat inferens yang munasabaho menentukan hubungan di antara dua pemboleh ubah berdasarkan inferense) Mengeksperimen Mengeksperimen adalah merupakan kemahiran proses sains peringkat tinggi. Para pelajar hendak berkebolehan melaksanakan prosedur untuk menguji sesuatu hipotesis.Berikut adalah petunjuk untuk mengeksperimen.o Membuat pemerhatiano Mengemukakan soalan serta membuat inferenso Membuat hipotesis yang boleh diujikano Mengawal pemboleh ubah / mendefinisikan secara operasio Menentukan peralatan yang diperlukan bagi suatu eksperimeno Menjalankan eksperimen dan memerhati serta merekod datao Menganalisis dan mentafsir datao Membuat kesimpulano Melapor keputusan eksperimen yang telah dijalankan 9
  10. 10. SCE 31063.0 Kemahiran manipulatif sains Manipulatif bermaksud mengawal atau kebolehan menggunakan sesuatu dengan mahir. Oleh itu kemahiran manupulatif adalah kemahiran psikomotor yang membolehkan kita untuk melaksanakan kerja-kerja amali yang melibatkan perkembangan koordinasi mata-tangan dan kebolehan mengendalikan projek. Kemahiran manipulatif di dalam penyiasatan saintifik adalah kemahiran psikomotor yang membolehkan pelajar menguasai jenis unit pengukuran, menggunakan dan mengendalikan peralatan sains, melukis rajah dan alatan dengan tepat, mengendalikan specimen dengan betul dan cermat, serta menyimpan bahan dan peralatan sains dengan betul dan selamat.4.0 Kemahiran berfikir Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami Pengajaran dan pembelajaran sains memberi satu peluang yang baik untuk mengembangkan kemahiran berfikir dan strategi berfikir murid. Pada masa yang sama, pembelajaran sains memerlukan penggunaan kemahiran berfikir dan strategi berfikir. Kemahiran Berfikir boleh digolongkan kepada kemahiran berfikir kritis dan kreatif.4.1 Kemahiran berfikir secara kritis Kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti. Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis: membanding dan membeza 10
  11. 11. SCE 3106 membuat kategori, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan. menerangkan sebab. membuat sekuen / urutan. menentukan sumber yang dipercayai, membuat ramalan, mengusul periksa andaian, membuat inferens4.2 Kemahiran berfikir secara kreatif Kemahiran berfikir secara kreatif adalah merupakan kecekapan menggunakan minda untuk: menjana dan menghasilkan idea, mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. menerokai dan mencari makna , pemahaman dan penyelesaian masalah seacara inovatif. Contoh kemahiran berfikir secara kreatif: mencipta analogi menjana dan menghasilkan idea baru mencipta metafora Kemahiran bekerja dan berfikir secara saintifik boleh kita lakukan ataupun diperhatikan pada sesi pengajaran dan pembelajaran sains di dalam kelas, misalannya semasa pelajar membuat eksperimen. Dibawah adalah merupakan satu laporan eksperimen yang telah dijalankan.5.0 Laporan eksperimen5.1.1 Teori pengaratan Perkaratan adalah proses semulajadi yang dialami setiap hari. Proses pengaratan berlaku di mana-mana tempat dan apa-apa struktur atau bahan. Pengaratan terjadi akibat tindak balas logam dengan oksigen dan 11
  12. 12. SCE 3106 wap air dalam udara untuk membentuk oksida,hidroksida atau sebatian lain. Proses pengaratan lebih cepat apabila bersentuhan dengan larutan asid dan garam. Objektif Untuk menyiasat hubungan antara kehadiran udara dan air dengan pengaratan paku besi Hipotesis Kehadiran udara dan air menyebabkan pengaratan Pernyataan masalah Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pengaratan Radas dan bahan Tabung uji, paku besi,penutup getah, air paip,air mendidih, minyak masak, benang dan kalsium klorida kontang. Pembolehubah a) Ditetapkan : Jenis paku b) Diubah : Kehadiran udara dan air c) Diperhatikan : Pengaratan paku besi Prosedur1. Tiga tabung uji dilabel dengan A, B dan C2. Paku besi yang berkilat diletakan di dalam setiap tabung uji3. ¾ air paip diletakkan di dalam tabung uji A4. ¾ air mendidih diletak di dalam tabung uji B. Sedikit minyak dituang kedalam air didih itu.5. Sedikit kalsium klorida kontang di masukkan ke dalam tabung uji C6. Setiap tabung uji ditutup dengan menggunakan penutup getah7. Paku besi di dalam setiap tabung uji diperhatikan selepas seminggu 12
  13. 13. SCE 3106 Pemerhatian (rujuk lampiran 1) Tabung uji Pemerhatian A Paku besi berkarat B Paku besi tidak berkarat C Paku besi tidak berkarat Perbincangan 1. Tabung uji A berisi air. Udara melarut dalam air. Kehadiran udara dan air menyebabkan paku besi berkarat. 2. Dalam tabung uji B tidak ada udara. Ini kerana air mendidih tidak mempunyai udara. Lapisan minyak menghalang resapan udara ke dalam air mendidih.Tanpa udara paku besi tidak berkarat. 3. Dalam tabung uji C tidak terdapat udara. Ini kerana kalsium klorida kontang adalah merupakan agen pengering yang menyerap wap air di dalam udara. Tanpa air paku besi tidak berkarat.Kesimpulan Hipotesis diterima. Kehadiran udara dan air menyebabkan pengaratan. 13
  14. 14. SCE 3106Refleksi Akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan yang telahdiberikan.Pertama sekali, Semasa saya membuat tugasan ini, banyak perkarayang telah saya ketahui melalui maklumat-maklumat yang telah saya perolehi.Walaupun banyak kekangan yang saya hadapai untuk mendapatkan maklumattersebut disebabkan sumber rujukan yang amat terhad namun dia atasperkongsian maklumat dengan rakan-rakan seperjuangan kesulitan itu terleraijua. Setelah saya menyiapkan tugasan ini saya menyedari bahawa adalahsangat penting bagi seorang pelajar untuk menguasai kemahiran-kemahiransaintifik. Ini adalah kerana didalam setiap proses pembelajaran perlu melibatkankemahiran–kemahiran seperti kemahairan proses sains dan kemahiranmanipulatif dalam capaian pembelajaran mereka. Dengan menguasai kemahiran ini dengan baik mereka akan memperolehihasil penemuan yang sangat baik dan lebih jitu. Daripada penemuan yang jitu itusegala keraguan pelajar terhadap sesuatu perkara di sekeliling mereka akandapat dileraikan malah boleh mengaplikasikannya dengan baik di dalamkehidupan seharian mereka . Saya juga menyedari bahawa nilai-nilai seperti belas kasihan,kerjasama,saling memahami,bertanggungjawab dan sebagainya dapat ditanamdalam diri pelajar ketika mereka menjalankan proses pembelajaran denganmelibakan kemahiran – kemahiran saintifik tersebut. Malahan mereka jugamampu mahir berfikir secara saintifik. Sebagai seorang guru, saya juga berasa bersyukur dengan adanyakemahiran saintifik ini saya dapat menyampaikan ilmu lebih optimum kepadapara pelajar saya. Apa yang saya harapkan agar melalui saya segala kemahiranyang ada di dalam diri murid itu dapat saya kembangkan dengan jayanya. 14
  15. 15. SCE 3106Rujukanhttp://kelas-online.tripod.com/sains/asas.htmhttp://www.union.k12.sc.us/ems/science--process%20skills.htmhttp://suksessains.blogspot.com/2012/04/kemahiran-sains.htmlhttp://ipgmkdri.edu.my/abdullah/kurikulumsains.htmhttp://panitiasainsskha.blogspot.com/2011/01/kemahiran-proses-sains.htmlhttp://celiksains.blogspot.com/2011/03/jenis-kps.htmlhttp://rzaflia.blogspot.com/p/kemahiran-manipulatif-sains.htmlhttp://myscience018.blogspot.com/2011/12/kemahiran-manipulatif-sains.html 15

×