Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Hujan asid

4,992 views

Published on

Hujan asid

  1. 1. Hujan Asid-Air hujan yang mengandungi tahad keasidan yang tinggi (pH kurang 5) seperti airhujan yang mengandungi asid sulfirik dan asid nitrit. Pembentukannya berkaitrapat dengan proses kondensasi yang dijalankan oleh bahan-bahan pencemar diudara seperti sulfur dioksida, nitrus dioksida, karbon dioksida dan lain-lain lagi.Bahan-bahan pencemar ini berfungsi sebagai nukleus kondensasi yang mampumenyerap/menarik wap-wap air ke arahnya, menjadi tepu dan akhirnya turunsebagai hujan asid.Punca-punca1. Perindustrian2. Kenderaan bermotor3. Stesen janakuasa elektrik4. Letupan gunung berapi5. Pembakaran terbukaPunca daripada kegiatan manusiaKegiatan industri : menghasilkan sulfur dioksida dan nitrogen melaluipembakaran bahan api fosil di kilang-kilang dan pembakaran arang batu bermuturendah menyebabkan pembebasan gas sulfur dioksida yang banyak ke atmosfera.Proses peleburan bijih timah : peleburan yang banyak akan membebaskan gassulfur dioksida terutamanya peleburan timah kuprum.
  2. 2. Aktiviti sistem pengangkutan : asap ekzos membebaskan gas nitrogendioksida dan nitrik oksida semasa pembakaran pada suhu tinggi di silinder kereta.Kegiatan pertanian : penggunaan baja nitrogen akan menghasilkan gasnitrogen, pembakaran terbuka bungkusan plastik baja dan sisa kayumembebaskan sulfur dioksida dan pereputan najis lembu akan membebaskan gasmetana dan oksida nitrus menyebabkan hujan asid nitrik.Punca semulajadi: Letupan gunung berapi membebaskan gas sulfur dioksida,nitrogen dioksida, karbon dioksida dan karbon monoksida.Penguraian bahan organik : aktiviti bakteria dalam tanah menukarkan nitratkepada nitrit dan menghasilkan gas nitrogen semasa hujan kilat. Selain itu,penguraian bahan organik dan najis haiwan oleh bakteria anaerobikmengakibatkan penurunan sulfur seperti desulfovibrio di mana ianya menukarkansulfat kepada hidrogen sulfida. Anaerobik beerti dalam keadaan tidak beroksigenbiasanya di kawasan air bertakung seperti di kawasan tanah lembap. Dalamproses penurunan sulfat ini, bakteria mendapatkan tenaga untuk hidup. Hidrogensulfida bergabung dengan oksigen (udara) untuk membentuk sulfur dioksida.Sulfur dioksida ini bertindak balas dengan air hujan dan menghasilkan hujan asid.
  3. 3. Semburan Lautan : lautan memang kaya dengan kandungan klorida dan sulfatyang terdapat di atas permukaan atau di bawah lautan. Fitoplankton marin adalahmerupakan sumber penting dalam edaran sulfur di lautan di mana ianya akanmembebaskan bahan sulfur yang mudah meruap seperti dimethylsulfida (DMS).Kandungan DMS di udara akan dioksidakan kepada sulfat dan menghasilkan hujanasid. Fitoplankton membebaskan DMS untuk melindungi diri daripada kesannegatif kemasinan tinggi lautan dan kesan pembekuan.Kebakaran hutan membebaskan gas-gas pencemar seperti gas nitrogen dioksidaKesan-kesan hujan asid1. Merosakkan tanaman dan tumbuhan.2. Meningkatkan keasidan tanah dan air.3. Menganggu kesimbangan ekosistem seperti ekosistem akuatik dan ekosistemhutan.4. Melunturkan warna bangunan , mempercepatkan perkaratan.5. Menganggu kesihatan manusia.
  4. 4. Langkah Pencegahan/mengatasi1. Undang-undang - Akta Kualiti Alam sekitar 1974-mengenakan denda, kompaun, penarikan lesen dan menyita alatan/premis yangmendatangkan pencemaran udara/pembebas gad tercemar tanpa mematuhiperaturan.-laporan Impak Alam Sekitar (EIA) bagi setiap projek pembangunan.2. Pengurusan strategik antaranya:-Penggunaan petrol tanpa plumbum-Penggunaan penapis asap/gas tercemar di cerobong asap.-mewujudkan zon industri-menggalakan penggunaan kenderaan awam/perkongsian kereta-mengawal aktiviti pembakaran hutan/terbuka-menggunakan janakuasa hidro/gas3. Pendidikan-kempen , forum, seminar berkaitan penjagaan alam sekitar khasnya berkaitanpencemaran udara.-Penerapan aspek memetingkan penjagaan alam sekitar melalui subjek disekolah/IPT.
  5. 5. Bagaimanakah hujan asid terhasil..?Hujan asid terbentuk hasil gabungan air hujan dengan komponen-komponentertentu seperti karbon dioksida (CO2), sulfur dioksida (SO2), nitrous oksida(NOx), hidrokarbon, arsenik, kadmium, plumbum, merkuri, nikel, zink dan logamtoksid.Hujan asid terdiri daripada dua jenis;a) Hujan asid lembap (mendapan basah)b) Hujan asid kering (mendapan kering)Hujan Asid LembapFenomena ini berlaku apabila pebakaran bahan api fosil dibakar dalam jumlahyang banyak sehingga membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogenoksida ke udara. Bahan-bahan ini kemudiannya disebarkan oleh angin dan akanbergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan membentuk asidsulfurik dan asid nitrik. Hujan akan menunjukkan keasidan yang tinggi apabilakepekatan asidnya tinggi. Hujan asid jenis ini aktif berlaku semasa hujan yangdisertai dengan kilat.
  6. 6. Nitrogen + Oksigen → Nitrous oksida → Nitrogen dioksida (NO2) + air hujan (H2O)→ Asid nitrik dan asid nitrusHujan Asid KeringGas sulfur dioksida, nitrogen oksida dan asid nitrik serta aerosol asid jugatermendap apabila tersentuh dan terlekat pada permukaan tumbuhan, tanah danbahan lain dalam keadaan cuaca baik. Bukan itu sahaja, asid-asid tersebutmelekat pada zarah-zarah terampai di udara dan akan termendap ke permukaantanah, bangunan dan tumbuhan dan ini menyebabkan berlakunya pemendapankering berasid. Gas berasid ini bertindak balas dengan oksigen di atmosferamembentuk pelbagai jenis asid (asid sulfur trioksida, asid sulfurik, asid nitrus danasid nitrik).Antara contoh proses : letupan gunung berapi di mana gas sulfur dioksida,nitrogen dioksida, karbon dioksida dan kerbon monoksida bertindak balas denganair hujan menjadi asid sulfurik dan asid nitrik.

×