Buku panduan pbs

1,509 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,509
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
45
Actions
Shares
0
Downloads
79
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Buku panduan pbs

  1. 1. 1 PENGENALANBuku Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di SekolahRendah ini mengandungi panduan, peraturan dan manual pelaksanaan PBS.1.1 TujuanBuku ini bertujuan untuk membantu Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat PelajaranDaerah (PPD) dan sekolah berhubung dengan pelaksanaan penambahbaikan sistempentaksiran kebangsaan bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).Buku ini merupakan panduan untuk mengoperasikan PBS di sekolah rendah yangmerangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran AktivitiJasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) yangdisediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP). Penerangan terperinci untuk melaksanakanPBS terkandung dalam Manual Pentaksiran Sekolah (Perkara 4), Manual Pentaksiran Pusat(Perkara 5), Manual PAJSK (Perkara 6), Manual Pentaksiran Psikometrik (Perkara 7) danManual Penjaminan Kualiti (Perkara 8). Dokumen Standard Prestasi dan Manual SistemPengurusan PBS (SPPBS) yang disediakan dalam bentuk cakera padat disertakan bersama-sama buku ini dan boleh dimuat turun daripada laman sesawang Lembaga Peperiksaan.1.2 Dasar PelaksanaanPelaksanaan PBS bagi sekolah rendah mulai Tahun 2011 adalah berdasarkan kepada AktaPendidikan 1996 (Akta 550): Seksyen 67 - Penilaian Murid, Seksyen 68 - Peperiksaan danSeksyen 69 – Larangan Tentang Pengendalian Peperiksaan dan Peraturan-PeraturanPendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997, Bahagian II, Perkara 3 iaitu:1.2.1 Perkara 3 (a): untuk memberi nasihat, memantau dan membuat analisis tentang penilaian berasaskan sekolah;1.2.2 Perkara 3 (b): untuk mengendalikan semua peperiksaan mengikut peraturan- peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan; dan1.2.3 Perkara 3 (c): untuk mengadakan peperiksaan, untuk mengendalikan pemantauan peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan.Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supayapenambahbaikan sistem pentaksiran kebangsaan bagi UPSR dilaksanakan denganmemberikan penekanan kepada pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran tentangpembelajaran.Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia mengeluarkan Surat PekelilingLembaga Peperiksaan Bil. 1/2011 rujukan KP. LP. 003.07.14 (3) bertarikh 22 Februari 2011(Rujuk Lampiran A). Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 1 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 1
  2. 2. 1.3 Pelaksanaan PBS di Sekolah Rendah Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik. Jadual 1.1 - Pelaksanaan pada Tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3) BIL KOMPONEN PBS PERKARA Mata Pelajaran 1 Pentaksiran Sekolah 1. Bahasa Melayu 10. Dunia Seni Visual 2. Bahasa Inggeris 11. Dunia Muzik 3. Bahasa Cina 12. Dunia Sains & Teknologi 4. Bahasa Tamil 13. Bahasa Arab 5. Matematik 14. Bahasa Cina SK 6. Pendidikan Jasmani 15. Bahasa Tamil SK 7. Pendidikan Kesihatan 16. Bahasa Kadazandusun 8. Pendidikan Islam 17. Bahasa Iban 9. Pendidikan Moral 18. Bahasa Melayu SJK 19. Bahasa Inggeris SJK 2 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Tiada Sukan dan Kokurikulum 3 Pentaksiran Psikometrik Ujian Aptitud Khusus dan Inventori Personaliti 4 Pentaksiran Pusat Tiada Jadual 1.2 - Pelaksanaan pada Tahap 2 (Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6) BIL KOMPONEN PBS PERKARA Mata Pelajaran 1 Pentaksiran Sekolah 1. Bahasa Melayu 11. Pendidikan Muzik 2. Bahasa Inggeris 12. Pendidikan Seni Visual 3. Bahasa Cina 13. Pendidikan Islam 4. Bahasa Tamil 14. Pendidikan Moral 5. Matematik 15. Sejarah 6. Sains 16. Bahasa Arab 7. Reka Bentuk & Teknologi 17. Bahasa Cina SK 8. Teknologi Maklumat dan 18. Bahasa Tamil SK Komunikasi 19. Bahasa Kadazandusun 9. Pendidikan Jasmani 20. Bahasa Iban 10. Pendidikan Kesihatan 21. Bahasa Semai 2 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Aktiviti Jasmani, Sukan, Kokurikulum dan Ekstra Kurikulum Sukan dan Kokurikulum 3 Pentaksiran Psikometrik Ujian Aptitud Am, Ujian Aptitud Khusus dan Inventori Personaliti 4 Pentaksiran Pusat Ditentukan mengikut format pentaksiran2 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  3. 3. 1.4 Peraturan-Peraturan Am Pelaksanaan PBS di Sekolah Rendah 1.4.1. Semua murid sekolah kebangsaan / sekolah jenis kebangsaan / sekolah swasta hendaklah melaksanakan PBS di sekolah rendah. 1.4.2. Semua kes khas hendaklah dipohon melalui Pengarah Pelajaran setiap Jabatan Pelajaran Negeri dan dipanjangkan kepada Pengarah Peperiksaan untuk kelulusan. 1.4.3. Pelaksanaan PBS hendaklah berpandukan buku ini, dokumen Standard Prestasi dan Manual SPPBS yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. 1.4.4. Jadual Pengoperasian PBS disediakan oleh Lembaga Peperiksaan dan hendaklah dipatuhi oleh semua pihak. 1.4.5. Jawatankuasa PBS Sekolah hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang- kurangnya empat kali setahun. 1.4.6. Pengurusan evidens dalam PBS dijalankan secara sistematik mengikut keputusan Jawatankuasa PBS Sekolah. 1.4.7. Pelaporan tahap penguasaan murid yang dijana oleh aplikasi SPPBS dikeluarkan oleh pihak sekolah pada bila-bila masa mengikut keperluan. 1.4.8. Penjaminan kualiti hendaklah dilaksanakan secara berjadual di semua peringkat sama ada JPN, PPD atau sekolah. Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 3
  4. 4. 2 PENGENALAN KOMPONEN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1. Bidang akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala bidang bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua bidang ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Pentaksiran Berasaskan Sekolah Akademik Bukan Akademik Pentaksiran Pentaksiran Pentaksiran Aktiviti Pentaksiran Pusat Sekolah Jasmani, Sukan Psikometrik dan Kokurikulum Rajah 2.1: Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah 2.1 Pentaksiran Sekolah (PS) Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan. 2.1.1 Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian. 2.1.2 Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir setiap unit pembelajaran. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah ujian bulanan dan ujian penggal. PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 44 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  5. 5. 2.2 Pentaksiran Pusat (PP)Pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guruberdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yangditetapkan mengikut mata pelajaran.2.3 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah yang ditadbir, direkod dan dilaporkanmelalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan,sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstrakurikulum.2.4 Pentaksiran Psikometrik (PPsi)Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukurkebolehan (innate ability dan acquired ability), kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikanmasalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidakberasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 5 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 5
  6. 6. 3 PENTADBIRAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah hendaklah memastikan pengoperasian PBS dilaksanakan berdasarkan kepada perkara-perkara berikut: 3.1 Jadual Pengoperasian PBS Jadual 3.1: Jadual Pengoperasian PBS BIL. PERKARA TEMPOH TINDAKAN 1 Surat Arahan Pelaksanaan PBS ke Disember LP JPN 2 Mengedarkan Surat Pekeliling dan Disember JPN Surat Arahan Pelaksanaan PBS ke PPD dan Sekolah 3 Mesyuarat Jawatankuasa PBS Januari, April, JPN/PPD/Sekolah Ogos dan Disember 4 Pendaftaran SPPBS Januari – Februari Sekolah 5 Tempoh pelaksanaan PBS Sepanjang sesi Sekolah persekolahan 6 Aktiviti Penjaminan Kualiti: Sepanjang tahun Sekolah/PPD/JPN/ Pementoran, Pemantauan, LP/Bahagian KPM Penyelarasan dan Pengesanan 7 Pengumpulan skor murid dalam Sepanjang tahun Sekolah SPPBS 8 Pelaporan skor murid Mengikut Sekolah keperluan Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 66 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  7. 7. 3.2 Jawatankuasa PBS Negeri 3.2.1 Senarai Jawatankuasa Pengerusi : Pengarah Pelajaran Negeri Naib Pengerusi : Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Setiausaha : Ketua Sektor SPP, JPN Ahli Jawatankuasa : Semua Ketua Sektor JPN : Pengarah IPGM : Ketua Nazir JNJK (Negeri) : Ketua Penolong Pengarah, BTPN : Semua Ketua Penolong Pengarah, JPN : Semua Pegawai Pelajaran Daerah : YDP Majlis Pengetua : YDP Majlis Guru Besar : YDP Majlis Guru Cemerlang 3.2.2 Senarai Tugas i. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa peringkat negeri; ii. Mengadakan mesyuarat penataran peringkat negeri; iii. Memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan; iv. Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat negeri untuk dihantar ke Lembaga Peperiksaan.3.3 Jawatankuasa PBS Daerah 3.3.1 Senarai Jawatankuasa Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah Naib Pengerusi : Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Setiausaha : Penolong PPD (Peperiksaan / PBS) Ahli Jawatankuasa : YDP Majlis Pengetua Daerah : YDP Majlis Guru Besar Daerah : Semua Penolong PPD : Semua Penyelaras Pusat Kegiatan Guru 3.3.2 Senarai Tugas i. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa peringkat daerah; ii. Mengadakan mesyuarat penataran peringkat daerah ; iii. Memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan; iv. Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat daerah untuk dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri. Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 7 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 7
  8. 8. 3.4 Jawatankuasa PBS Sekolah 3.4.1 Senarai Jawatankuasa Pengerusi : Guru Besar Naib Pengerusi : Semua Guru Penolong Kanan Setiausaha : Setiausaha Peperiksaan Ahli Jawatankuasa : Ketua Panitia Yang Dilantik (Latihan) : Ketua Panitia Yang Dilantik (Penyelarasan) : Ketua Panitia Yang Dilantik (Pementoran) : Ketua Panitia Yang Dilantik (Pemantauan) : Ketua Panitia Yang Dilantik (PS dan PP) : Guru Cemerlang : Guru Bimbingan dan Kaunseling (PPsi) : Guru Penolong Yang Dilantik (PAJSK) : Jurulatih Utama Pentaksiran (setiap mata pelajaran) 3.4.2 Senarai Tugas i. Memastikan pengoperasian PBS di sekolah mengikut garis panduan yang ditetapkan. ii. Mengadakan 4 kali mesyuarat setahun: iii. Mesyuarat Kali Pertama – menetapkan hala tuju, matlamat, menyediakan jadual aktiviti dan sebagainya iv. Mesyuarat Kali Kedua – Kajian Suku Tahun Pertama v. Mesyuarat Kali Ketiga – Kajian Suku Tahun Kedua vi. Mesyuarat Kali Keempat – Post Mortem Pelaksanaan vii. Semua keputusan mesyuarat diminitkan dan menjadi dasar atau punca kuasa kepada pengoperasian/pelaksanaan semua komponen PBS di sekolah. Nota: Pelantikan Jawatankuasa PBS ini tertakluk kepada keperluan sekolah dan bergantung kepada keperluan pihak lain. Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 88 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  9. 9. 4 PENTAKSIRAN SEKOLAHPentaksiran Sekolah (PS) adalah komponen utama dalam proses pengajaran-pembelajaran(P&P) kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaranguru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan ataudicapai dalam satu-satu proses P&P.PS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula daripada aspekperancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan ataupenskoran, perekodan dan pelaporannya.PS amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usahamenghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti yang berterusanyang menagih komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihaksekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum.PS mempunyai ciri-ciri berikut:  Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni.  Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan P&P  Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid.  Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulumPS boleh dilaksanakan secara:  Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses P&P  Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, semester atau tahun4.1 Pentaksiran Rujukan StandardDalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran RujukanStandard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuandan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Iamerupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham danboleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standardprestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalamdokumen kurikulum.Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid denganmurid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentangkemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran merujuk kepadapernyataan standard.Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakatberdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkandengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalambentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 9 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 9
  10. 10. murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN STANDARD KURIKULUM STANDARD PRESTASI Matlamat Pernyataan Standard Objektif Deskriptor PENTAKSIRAN Standard Kandungan Evidens Standard Pembelajaran Apa yang dilaporkan tentang Apa yang patut dipelajari pencapaian murid Rajah 4.1 : Hubung kait antara Standard Kurikulum dengan Standard Prestasi Rajah 4.1 menunjukkan hubung kait antara Standard Kurikulum dengan Standard Prestasi. Dokumen Standard Kurikulum dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan perlu disampaikan dalam proses pengajaran-pembelajaran. Dokumen Standard Prestasi dibangunkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia mengandungi panduan untuk mentaksir pencapaian murid mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. 4.2 Standard Prestasi Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan satu penanda aras (benchmark) yang telah dikenal pasti. Standard Prestasi memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan. Standard Prestasi juga menjadi sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan secara langsung dan tidak langsung seperti murid, guru, ibu bapa serta pihak Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 1010 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  11. 11. yang berkepentingan untuk menunjukkan dengan jelas matlamat yang ingin dicapai dalamsistem pendidikan.Dengan menggunakan Standard Prestasi ; � Murid tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai atau dicapai, apa yang ditaksir dan kualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran. � Guru tahu matlamat yang akan dicapai dalam pendidikan murid di sekolah, apa yang ditaksir dan kualiti yang harus ada pada setiap murid. � Ibu bapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak-anak mereka selepas melalui proses pendidikan untuk satu tempoh tertentu. � Pihak yang berkepentingan tahu hasrat dan matlamat kurikulum dan sistem pendidikan negara dan kualiti yang ada pada murid yang keluar daripada sistem pendidikan tersebut.Selain itu, Standard Prestasi juga boleh dijadikan kayu ukur standard pendidikan negara dansebagai alat untuk membandingkan dengan standard pendidikan negara lain.Pernyataan Standard diletakkan dalam kategori mengikut Band (Band 1, Band 2, Band 3,Band 4, Band 5 dan Band 6) yang disusun mengikut hierarki dan dijelaskan dengandeskriptor yang menyatakan tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalammenentukan prestasi individu.4.3 Kerangka Standard PrestasiJadual 4.1 menunjukkan kerangka Standard Prestasi yang digunakan dalam PS. Jadual 4.1: Kerangka Standard Prestasi BAND STANDARD 6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali 5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji 4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab 3 Tahu, Faham dan Boleh Buat 2 Tahu dan Faham 1 TahuDi Band 1, murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberirespons terhadap perkara yang asas.Di Band 2, murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi ataumenterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 11
  12. 12. Di Band 3, murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiranpada suatu situasi.Di Band 4, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, seperti tertib ataumelaksanakan sesuatu mengikut prosedur dan secara sistematik.Di Band 5, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab pada situasi baru,dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.Dan akhir sekali, di Band 6, murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif,mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabarandalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikanmaklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secaratekal.Jadual 4.2 menunjukkan kerangka Dokumen Standard Prestasi yang diguna pakai untukPentaksiran Sekolah.Jadual 4.2: Kerangka Dokumen Standard Prestasi Band Pernyataan Standard Deskriptor Evidens 1 Penerangan generik / APA murid tahu dan BAGAIMANA murid 2 umum tentang tahap boleh buat menunjukkan apa yang 3 kemajuan pembelajaran (Merujuk Standard dia tahu dan boleh buat 4 (Merujuk Objektif Mata Kurikulum Tahun-Tahun 5 Pelajaran) Tertentu Bagi Mata 6 Pelajaran)Pernyataan Standard bagi sesuatu mata pelajaran diguna pakai dari Tahun 1 hingga Tahun6 kerana pernyataan ini digubal berdasarkan Objektif Mata Pelajaran berkenaan.Deskriptor pula merujuk kepada perkara yang murid seharusnya tahu dan boleh buatberdasarkan standard pembelajaran yang diterakan dalam Standard Kurikulum bagi matapelajaran berkenaan. Deskriptor setiap pernyataan standard adalah berbeza bagi setiaptahun pembelajaran.Pernyataan evidens (murid) adalah pernyataan yang menerangkan bagaimana muridmenunjukkan apa yang dia tahu dan boleh buat. Kualiti ini juga merujuk kepada aspek-aspek yang boleh dilaksana dan boleh ditadbir.Evidens (bahan) merujuk kepada bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkanoleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan. Evidens boleh dalam bentuk produk atauproses seperti gambar foto, grafik, artifak dan laporan. Guru harus kreatif dalam memilihtugasan dan boleh menggunakan pelbagai jenis instrumen pentaksiran untuk mengujipenguasaan / pencapaian murid bagi sesuatu domain. Antara contoh instrumen yang sesuaidigunakan ialah ujian bertulis, demonstrasi atau kuiz.12 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  13. 13. Rajah 4.2 menunjukkan penggunaan Standard Prestasi dalam Pentaksiran Sekolah. Peranan Standard Prestasi dalam PS MULA Pemulihan Belum mencapai tahap penguasaan Telah mencapai Tahap penguasaan Rajah 4.2 : Penggunaan Standard Prestasi dalam Pentaksiran SekolahPermulaan proses pengajaran-pembelajaran ialah perancangan guru menyediakan perkarayang perlu diajar dengan memilih kandungan mata pelajaran yang terdapat dalam DokumenStandard Kurikulum. Guru akan merancang kaedah pengajaran, menyediakan bahan-bahanpengajaran dan seterusnya menyampaikan kandungan tersebut kepada murid denganmenggunakan pelbagai strategi, mengikut kreativiti guru.Guru kemudian akan mentaksir pemahaman murid tentang perkara yang diajar. Pentaksiranjuga boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagai strategi dan instrumen pentaksiranyang bersesuaian dengan perkara yang ditaksir. Guru juga boleh melakukan pentaksiransecara tidak formal, sebagai contoh menggunakan kaedah pemerhatian, iaitu guru menilaisetiap murid secara berterusan tentang apa yang mereka tahu, faham dan boleh buat.Setelah menilai pencapaian murid, guru akan merujuk dokumen standard prestasi untukmelaporkan pencapaian murid berdasarkan evidens yang dikemukakan oleh murid, samaada dalam bentuk proses, produk atau diri murid itu. Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 13 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 13
  14. 14. Bagi murid yang telah mencapai standard yang ditetapkan, guru akan meneruskan pengajaran-pembelajaran kandungan yang berikutnya dalam dokumen Standard Kurikulum. Sekiranya murid tidak mencapai standard yang ditetapkan, guru akan membuat sesi pemulihan untuk membimbing murid tersebut. Guru menentukan strategi pengajaran berdasarkan pengalaman pembelajaran untuk membantu murid. 4.4 Sistem Pelaporan 4.4.1 Formatif Pernyataan evidens digunakan sebagai bukti pentaksiran tentang pencapaian murid. 4.4.2 Sumatif Pernyataan deskriptor digunakan sebagai pelaporan prestasi murid. 4.5 Peranan Pihak Yang Terlibat Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah Pentaksiran Sekolah memberi penekanan terhadap peranan pentadbir sekolah, guru, murid dan ibu bapa. 4.5.1 Pentadbir Sekolah i. Mengadakan program pembangunan staf secara berterusan yang merangkumi aspek pengetahuan dan kaedah pelaksanaan PS ii. Menyediakan peralatan, bahan dan jadual iii. Menyediakan kemudahan untuk melaksanakan PS iv. Menyediakan ruang dan kaedah penyimpanan rekod v. Menjalankan pemantauan dan penyelarasan 4.5.2 Guru i. Menjadi pemudah cara dalam proses pengajaran-pembelajaran-pentaksiran ii. Membuat pemerhatian secara langsung dan tidak langsung untuk mendapatkan maklumat tentang tingkah laku murid dalam pembelajaran iii. Menyediakan instrumen pentaksiran iv. Memberi maklum balas tentang pencapaian murid v. Membantu memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang diperoleh vi. Mengumpul rekod dan data pencapaian murid Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 1414 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  15. 15. 4.5.3 Murid i. Mengetahui dan memahami standard prestasi ii. Mengetahui perkara yang perlu dikuasai iii. Mempamerkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai iv. Memperbaiki prestasi untuk mencapai standard yang ditetapkan4.5.4 Ibu Bapa i. Mengetahui dan memahami standard prestasi dalam sistem pentaksiran ii. Memahami dan menyedari potensi, kekuatan dan kelemahan anak iii. Memahami dan mengiktiraf kewujudan perbezaan individu (individual differences) iv. Membantu anak mencapai tahap penguasaan mengikut keupayaan Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 15 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 15
  16. 16. 5 PENTAKSIRAN PUSAT (PP) Pentaksiran Pusat (PP) adalah pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan dan rubrik penskoran yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh tertentu mengikut mata pelajaran tertentu. Pelaksanaan Pentaksiran Pusat ini dirancang, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru mata pelajaran mengikut garis panduan dan jadual yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Pentaksiran Pusat dikendalikan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kerangka (framework) yang ditetapkan. PP mempunyai ciri-ciri berikut:  Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni.  Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan P&P dalam tempoh yang ditetapkan  Fleksibel iaitu pelaksanaan tugasan boleh mengikut kesesuaian masa dan persekitaran  Bersepadu iaitu tugasan yang menguji pelbagai konstruk dan konteks  Autentik iaitu tugasan yang merujuk keadaan sebenar  Merujuk rubrik penskoran yang dibina berdasarkan tugasan 5.1 Objektif Pentaksiran Pusat Objektif Pentaksiran Pusat ialah untuk:  Mentaksir penguasaan dan pencapaian murid dalam aspek pemerolehan ilmu, penguasaan ilmu dan kemahiran serta penghayatan nilai dan sahsiah  Memastikan maklumat yang dikumpul mengenai murid adalah mencukupi dan tepat dengan menggunakan pelbagai instrumen  Mengesahkan penguasaan murid dalam Pentaksiran Sekolah  Penyamataraan dan standardization. 5.2 Rubrik Rubrik merupakan satu bentuk skema penskoran yang ditetapkan mengikut kriteria seperti daripada lemah ke cemerlang. Kriteria ini digunakan untuk membuat ranking atau pemeringkatan terhadap pencapaian murid. Rubrik terdiri daripada rubrik analitik dan rubrik holistik. Rubrik holistik mengandungi kriteria dan kualiti untuk menilai keseluruhan hasil kerja murid. Rubrik analitik pula terdiri daripada penerangan terperinci berserta agihan markah bagi setiap poin untuk menilai hasil kerja murid. Rubrik memberikan penerangan tentang ciri-ciri kerja murid dengan jelas. Rubrik hendaklah dijadikan telus supaya murid boleh menganggar prestasinya. Kejelasan dan pemahaman tentang rubrik dapat meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan Pentaksiran Pusat. Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 1616 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  17. 17. 5.3 Instrumen Pentaksiran PusatPelbagai instrumen pentaksiran yang bersesuaian dengan konstruk yang akan ditaksirdalam sesuatu mata pelajaran digunakan. Antara instrumen yang digunakan ialah:5.3.1 Pencerapan Pencerapan ialah satu proses pemerhatian bagi tujuan tertentu. Proses ini biasanya kurang berstruktur dan selalunya dilakukan untuk menilai interaksi murid antara satu sama lain dalam tugasan untuk mendapatkan hasil penyelesaian yang umum. Pencerapan perlu mempunyai tujuan dan dijalankan dengan menggunakan suatu instrumen cerapan yang bersesuaian untuk mengurangkan penyimpanan rekod, seperti senarai semak dan skala pengkadaran (rating scale) yang hanya memerlukan sedikit catatan dan masa untuk merekod.5.3.2 Ujian Ujian ialah sejenis alat/instrumen untuk mengumpul maklumat. Ujian lebih berstruktur, tegar dan membolehkan guru mengumpul evidens bagi semua murid dengan cara dan masa yang sama. Murid-murid dapat mempamerkan evidens tentang pembelajaran mereka melalui ujian dan penghakiman tentang pencapaian murid dapat dibuat dengan penskoran.5.3.3 Persembahan Persembahan ialah tugasan yang bersifat lebih fleksibel berbanding dengan ujian dan melibatkan tugasan menyeluruh yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam pelbagai situasi dan konteks yang sebenar. Pentaksiran persembahan meliputi komponen praktikal sesuatu mata pelajaran dengan menentukan bagaimana murid menggabungkan teori dalam amali.5.3.4 Pentaksiran Kendiri, Rakan Sebaya dan Kerja Berkumpulan Pentaksiran kendiri merupakan refleksi dilaksanakan oleh seseorang murid ke atas pembelajarannya sendiri. Murid mempelajari bagaimana untuk menilai kemahiran akademik dan prestasi dengan tepat dengan panduan yang diberikan oleh guru. . Pentaksiran rakan sebaya membenarkan murid untuk menilai prestasi rakan sebaya dengan menggunakan senarai semak atau rubrik. Pentaksiran kerja berkumpulan melibatkan pentaksiran hasil kerja kumpulan selain daripada kemahiran sosial, pengurusan masa dan kedinamikan kumpulan.5.3.5 Projek Projek ialah satu bentuk tugasan yang dilaksanakan dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang ditetapkan. Ia biasanya melibatkan aktiviti pengumpulan maklumat dan penyediaan laporan. Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan. Projek membolehkan murid mengintergrasikan pengetahuan serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan tugasan. Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 17
  18. 18. 5.3.6 Ujian Amali Ujian amali merupakan satu tugasan yang bertujuan mengukur kebolehan murid mengaplikasi ilmu dan kemahiran yang diperoleh. Ujian ini dinilai berdasarkan penguasaan kemahiran psikomotor, kemahiran manipulatif, kemahiran kreatif dan pelbagai kemahiran kendiri yang berkaitan dengan sesuatu mata pelajaran. Semua kemahiran tersebut dinilai sama ada secara langsung semasa ujian dijalankan atau berpandukan evidens yang dipamerkan melalui penghasilan produk. 5.4 Pelaksanaan Pentaksiran Pusat Pelaksanaan Pentaksiran Pusat melibatkan perancangan yang menyeluruh di semua peringkat dengan memastikan prosedur adalah seragam dan dipatuhi bagi menjamin keadilan, kesahan dan kebolehpercayaan dalam pentaksiran. Pengoperasian Pentaksiran Pusat merangkumi: 5.4.1 Perancangan Perancangan adalah untuk menyelaraskan kerja-kerja pengoperasian Pentaksiran Pusat supaya pelaksanaannya berjalan lancar menepati kehendak dan spesifikasi tugasan, dilaksanakan secara sistematik dan menepati jadual kerja yang ditetapkan. Perancangan Pentaksiran Pusat melibatkan Lembaga Peperiksaan dan pelbagai Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Bahagian Pembangunan Kurikulum, Bahagian Pendidikan Khas, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Bahagian, Pejabat Pelajaran Daerah, sekolah serta agensi-agensi lain yang berkaitan. Perancangan di peringkat sekolah merujuk kepada: � murid yang akan ditaksir, � bila pentaksiran dilaksanakan, � siapa yang terlibat, � pemahaman tugasan yang dibekalkan, � penskoran, perekodan dan pelaporan 5.4.2 Penyediaan Jadual Kerja Tindakan utama dalam perancangan ialah menyediakan satu jadual kerja yang mengandungi maklumat mengenai aktiviti/tindakan yang akan dijalankan, tempoh masa dan penglibatan/ tanggungjawab. a. Perkara-Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan i. Peringatan kepada murid ii. Kualiti Tugasan � Tidak dibenarkan menciplak hasil kerja orang lain � Perlu mengikut spesifikasi penghasilan tugasan yang ditetapkan � Bagi tugasan berbentuk amali, persembahan/penghasilan mestilah berdasarkan kriteria yang ditetapkan mengikut mata pelajaran seperti dalam Panduan bagi setiap mata pelajaran � Perlu mencapai tahap yang ditetapkan18 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  19. 19. 5.4.3 Penataran Penataran ialah satu usaha untuk memastikan wujudnya kefahaman dan kesefahaman dalam kalangan pentaksir dan pengguna supaya skor yang diperoleh mempunyai darjah kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Penataran dijalankan dengan tujuan memberi pengetahuan, kefahaman dan kesefahaman berhubung perkara yang ditaksir, kriteria yang dirujuk, evidens yang dicari, instrumen yang digunakan dan kaedah pemberian skor.5.4.4 Penyelarasan Penyelarasan ialah satu proses untuk memastikan keselarasan kefahaman terhadap peraturan/skema penskoran/rubrik. Penyelarasan juga dilakukan dari aspek penskoran untuk memastikan konstruk, gred/skala skor adalah seragam dan seterusnya meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran bagi menjamin kualiti.5.4.5 Pelaporan Pelaporan Pentaksiran Pusat merujuk kepada rumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan murid. Rumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan. Pelaporan skor menunjukkan tahap penguasaan dan pencapaian murid dan boleh diperbaiki atau dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Rajah 5.1 menunjukkan Carta Alir Proses Penataran Pentaksiran Pusat di semua peringkat manakala Rajah 5.2 menunjukkan Pelaksanaan Pentaksiran Pusat di Sekolah. Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 19 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 19
  20. 20. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA MULA Menyediakan bahan JABATAN Penataran PELAJARAN NEGERI Menjalankan penataran PP Menerima penataran PEJABAT peringkat PP dari KPM PELAJARAN DAERAH kebangsaan Mengadakan Menerima penataran penataran PP SEKOLAH PP dari JPN peringkat Negeri Menerima penataran PP dari Mengadakan PPD penataran PP peringkat daerah Taklimat kepada J/K PBS Sekolah Mengadakan penataran Menyediakan laporan Menyediakan laporan PBS di peringkat penataran penataran Sekolah Menyediakan laporan penataran PP Menghantar laporan Menerima laporan penataran ke PPD penataran PPdaripada sekolah � Merumuskan laporan penataran peringkat daerah � Menerima rumusan penataran daripada Menghantar rumusan PPD penataran ke JPN Menerima laporan Menghantar �� rumusan dari JPN keseluruhan penataran PP ke KPM TAMAT Rajah 5.1: Carta Alir Proses Penataran Pentaksiran Pusat20 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  21. 21. Mula Guru merancang pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran Guru melaksana pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran Pentaksiran semula Guru mentaksir, menskor berdasarkan evidens dan merekod Penyelarasan dan pemantauan Pelarasan skor Pembetulan skor dan pelaporan Merumus dan melapor dalam sistem dan memberi maklum balas Tamat Rajah 5.2: Pelaksanaan Pentaksiran Pusat di Sekolah5.5 Peranan Pihak Yang Terlibat Dalam Pelaksanaan Pentaksiran PusatPentaksiran Pusat memberi penekanan terhadap peranan pentadbir sekolah, guru, murid,ibu bapa dan pihak yang berkepentingan.5.5.1 Pentadbir Sekolah  Mengadakan program pembangunan staf secara berterusan yang merangkumi aspek pengetahuan dan kaedah pelaksanaan Pentaksiran Pusat  Menyediakan peralatan, bahan dan jadual  Menyediakan kemudahan untuk melaksanakan Pentaksiran Pusat  Menyediakan ruang dan kaedah penyimpanan rekod Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 21 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 21
  22. 22. 5.5.2 Guru  Mengumpul rekod dan data pencapaian murid  Membuat pemerhatian secara langsung dan tidak langsung untuk mendapatkan maklumat tentang tingkah laku murid dalam pembelajaran  Melaksanakan pentaksiran  Memberi maklum balas tentang pencapaian murid  Membantu memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang diperoleh  Menjadi pemudah cara dalam proses pengajaran-pembelajaran-pentaksiran 5.5.3 Murid  Mengetahui dan memahami rubrik penskoran  Mengetahui perkara yang perlu dikuasai  Mempamerkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai  Memperbaiki prestasi untuk mencapai standard yang ditetapkan 5.5.4 Ibu Bapa  Mengetahui dan memahami rubrik penskoran dalam sistem pentaksiran  Memahami dan menyedari potensi, kekuatan dan kelemahan anak  Memahami dan mengiktiraf kewujudan perbezaan individu (individual differences)  Menggalakkan anak mencapai tahap penguasaan mengikut keupayaan 5.5.5 Pihak yang Berkepentingan/PIBG  Memberi pelbagai bentuk sokongan dalam aktiviti pentaksiran  Menggalakkan minat pembelajaran sepanjang hayat  Memberi komitmen terhadap usaha menjana pembangunan, pertumbuhan dan penyebaran ilmu  Mendorong dan menggalakkan kreativiti dan inovasi 5.6 Istilah Institusi Pentaksiran Pusat Antara istilah institusi Pentaksiran Pusat yang digunapakai di sekolah adalah seperti berikut: 5.6.1 Ditadbir Usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru mata pelajaran atau pentaksir yang terlibat semasa P&P dan pengurusan evidens. 5.6.2 Diskor Proses pemberian skor kepada perkara yang ditaksir berdasarkan peraturan penskoran/rubrik. Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 2222 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  23. 23. 5.6.3 Dilaporkan Rumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan murid. Rumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan.5.6.4 Dimoderatkan Usaha memastikan skor murid disetarakan bagi tiap-tiap murid dalam sesebuah sekolah dan antara sekolah. Mekanisme ini menjamin kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran.5.6.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan Kesahan ialah sejauh mana skor sesuatu pentaksiran dapat menggambarkan relevan dan kecukupcakupan perkara yang ditaksir. Ini dapat ditentukan dengan menetapkan perkara yang ditaksir adalah terangkum dalam Dokumen KSSR. Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu tepat dan tekal. Kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran dipastikan melalui penyelarasan dan pemantauan. Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 23 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 23
  24. 24. 6 PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK) Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) adalah sebagai panduan untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan, mengukur penyertaan, penglibatan, prestasi murid dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum (extra-curricular). PAJSK memerlukan murid melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid. PAJSK dibangunkan untuk melengkapi sistem pentaksiran pendidikan di Malaysia supaya lebih holistik dan bersepadu. Ia juga sejajar dengan konsep Satu Murid Satu Sukan (1M1S), pembangunan modal insan dan perkembangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 6.1 Komponen PAJSK PAJSK merangkumi lima komponen; aktiviti jasmani, kesihatan, sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum seperti dalam Rajah 6.1. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) � Jasmani� Kesihatan� Sukan� Kokurikulum� Ekstrakurikulum� � � � SEGAK* BMI* Penyertaan, Penyertaan, - Tinggi Penglibatan dan Penyertaan, - Perkembangan Penglibatan dan - Berat Pencapaian dalam Penglibatan dan fizikal Pencapaian dalam - Tafsiran BMI aktiviti sukan: Pencapaian dalam: - Kecergasan aktiviti - Sekolah - Kelab - Senaman ekstrakurikulum: - Daerah - Persatuan - Sekolah - Negeri, - Unit Beruniform - Daerah - Kebangsaan - Negeri, - Antarabangsa - Kebangsaan - Antarabangsa Rajah 6.1: Komponen PAJSK 6.1.1 Pentaksiran Aktiviti Jasmani Aktiviti jasmani dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada empat aktiviti iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk" dan "Jangkaun".24 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  25. 25. a. Objektif Pentaksiran Aktiviti Jasmani ialah menilai dan mengukur tahap kecergasan fizikal murid. b. Konstruk yang diukur i. Perkembangan fizikal murid ii. Kecergasan iii. Senaman c. Pelaksanaan Pentaksiran Aktiviti Jasmani i. Pentaksiran Aktiviti Jasmani dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada pertengahan dan akhir tahun persekolahan tahun semasa ii. Semua murid Tahap 2 diwajibkan terlibat iii. Guru merekod skor murid semasa melaksanakan aktiviti SEGAK dan memasukkan ke dalam aplikasi PAJSK yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan iv. Guru mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi PAJSK6.1.2 Pentaksiran Kesihatan Pentaksiran Kesihatan dalam PAJSK hanya tertumpu kepada mengukur berat badan dan ketinggian seseorang murid menggunakan piawaian ukuran Body Mass Index (BMI). a. Objektif Pentaksiran Kesihatan i. Mengukur BMI murid ii. Menentukan tahap keseimbangan lemak badan dengan ukuran ketinggian dan berat badan seseorang murid b. Konstruk yang diukur i. Tinggi ii. Berat iii. Tafsiran BMI c. Pelaksanaan Pentaksiran Kesihatan i. Pentaksiran Kesihatan dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada pertengahan dan akhir tahun persekolahan tahun semasa ii. Semua murid Tahap 2 diwajibkan terllibat iii. Guru merekod berat badan dan ketinggian murid serta memasukkan ke dalam aplikasi PAJSK yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan iv. Guru mencetak pelaporan tafsiran BMI yang dijana oleh aplikasi PAJSK secara automatik apabila diperlukan Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 25
  26. 26. 6.1.3 Pentaksiran Sukan Dan Kokurikulum Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum dalam PAJSK adalah untuk mengukur aktiviti sukan dan kokurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertujuan membangun modal insan dalam memupuk nilai, sahsiah serta pembangunan diri seseorang murid. Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum dalam PAJSK mengandungi konstruk dan pelaksanaan yang hampir serupa. Aktiviti sukan merangkumi aktiviti permainan, pertandingan yang mempertingkatkan kemahiran yang melibatkan fizikal dan ketahanan mental. Aktiviti kokurikulum merangkumi aktiviti murid dalam persatuan, kelab, pasukan beruniform di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa. a. Objektif Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum ialah memberi skor kepada aktiviti sukan dan kokurikulum murid b. Konstruk yang diukur i. Penyertaan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum ii. Penglibatan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum iii. Pencapaian atau prestasi murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum c. Pelaksanaan Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum i. Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum dilaksanakan secara berterusan sepanjang aktiviti dijalankan mengikut kesesuaian guru atau berkala mengikut jadual yang ditetapkan oleh sekolah, PPD atau JPN ii. Semua murid Tahap 2 diwajibkan terlibat iii. Guru merekod aktiviti sukan dan kokurikulum menggunakan Borang Pelaporan Sukan dan Kokurikulum (BPSK - Lampiran B) dan memasukkan ke dalam aplikasi PAJSK yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan iv. Guru mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi PAJSK secara automatik apabila diperlukan v. Pemberatan wajaran aktiviti sukan dan kokurikulum adalah berdasarkan tiga aspek seperti dalam Jadual 6.1. Jadual 6.1: Aspek Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum Aspek Penglibatan 30% Penyertaan 50% Prestasi 20% Elemen Elemen Elemen Jawatan Peringkat Komitmen Kehadiran Bidang Pencapaian Sumbangan Nilai Skor Nilai Skor Nilai Skor 5% 13% 12% 40% 10% 10% 10%26 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  27. 27. 6.1.4 Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum merupakan satu usaha untuk mendapatkan maklumat, membuat penilaian dan memberi skor untuk aktiviti di luar waktu persekolahan yang tidak dikendalikan oleh pihak sekolah. Aktiviti ekstrakurikulum merupakan aktiviti yang boleh membentuk keperibadian yang terpuji, membina sahsiah yang baik, mendorong melakukan kerja amal untuk kepentingan masyarakat setempat dan umum. a. Objektif Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum adalah untuk mengumpul maklumat dan memberi skor kepada aktiviti ekstrakurikulum murid. b. Konstruk yang diukur i. Penyertaan murid dalam aktiviti ekstrakurikulum ii. Penglibatan murid dalam aktiviti ekstrakurikulum iii. Pencapaian atau prestasi murid dalam aktiviti ekstrakurikulum c. Pelaksanaan Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum i. Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun semasa dan pada bila-bila masa di luar waktu persekolahan selepas aktiviti ekstrakurikulum dijalankan ii. Semua murid Tahap 2 terlibat secara sukarela. Penyertaan dan keselamatan murid dalam aktiviti ekstrakurikulum adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa, waris atau penjaga iii. Pengesahan aktiviti ekstrakurikulum murid hendaklah dibuat melalui tandatangan dan cop penganjur iv. Guru merekod aktiviti ekstrakurikulum menggunakan Borang Pelaporan Ekstrakurikulum (BPE; Lampiran C) dan memasukkan ke dalam aplikasi PAJSK yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan v. Guru mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi PAJSK secara automatik apabila diperlukan vi. Pemberatan wajaran aktiviti ekstrakurikulum adalah berdasarkan tiga aspek iaitu penglibatan, penyertaan dan prestasi murid Aspek penglibatan murid merangkumi tiga elemen seperti dalam Jadual 6.2, Jadual 6.3 dan Jadual 6.4 Jadual 6. 2: Elemen Kegiatan Kegiatan Skor  Peserta  Pembantu 5% Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 27 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 27
  28. 28. Jadual 6.3: Elemen Peringkat Peringkat Skor Antarabangsa 13% Kebangsaan 11% Negeri 10% Masyarakat 8% Komuniti 6% Rumah/Kelab/Persatuan 4% Jadual 6.4: Elemen Komitmen Komitmen Skor Menunjukkan 4% Kepimpinan Mengurus aktiviti 4% Membantu guru atau 3% rakan Menyedia peralatan 3% Mengemas peralatan 3% Membersih kawasan 3% Menepati waktu 3% Menunjukkan minat 3% Menunjukkan 3% kesungguhan Mengikut arahan 3% Mencuba 3% Memberi kerjasama 3% Markah maksimum 12%. Aspek penyertaan murid merangkumi dua elemen seperti dalam Jadual 6.5 Jadual 6.6. Jadual 6.5: Elemen Bilangan Penyertaan Skor Yang Bilangan Penyertaan Ditetapkan Ekstrakurikulum (%) 3 dan lebih 40 2 20 1 10 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 2828 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  29. 29. Jadual 6.6: Elemen Bidang PENYERTAAN (50%) Bidang (10%) 1 1 1 1 1 1 1 0 0 0 0 0 0 0 % Aktiviti Persembahan % % % % % % kemasyarakatan lain Aktiviti Kelab riadah Aktiviti Pertubuhan Aktiviti PersatuanAktiviti Kelab dan kemasyarakatan kebajikan ibadat Aktiviti Pasukan Aktiviti Rumah kebudayaanPersatuan atau hobi sukarela sukarela AktivitiAspek prestasi merangkumi elemen tahap pencapaian seperti dalam Jadual 6.7Jadual 6.7: Elemen Tahap Pencapaian Tahap Skor Pencapaian % 20% Johan 20 Naib Johan 15 Ketiga 12 Peserta 8 Urusetia 5 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 29 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 29
  30. 30. 7 PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK . Pentaksiran Psikometrik (PPsi) ialah suatu kaedah yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat yang menggambarkan ciri (trait) psikologi. Ciri (trait) psikologi yang diukur merangkumi aptitud dan personaliti murid. Hasil dapatan PPsi dapat digunakan untuk membantu mempertingkatkan pembelajaran murid. PPsi menggunakan instrumen pentaksiran yang tidak berasaskan kurikulum dan pengajaran-pembelajaran. Ujian ini mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran. 7.1 Komponen Pentaksiran Psikometrik Komponen PPsi terdiri daripada Ujian Aptitud dan Inventori Personaliti. Konstruk yang diukur dalam PPsi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.1. Kemahiran berfikir Kemahiran menyelesaikan masalah Aptitud Am dan membuat keputusan Minat, kecenderungan, kesediaan Aptitud Verbal Visual Kreativiti Kinestatik Aptitud Muzik Khusus Interpersonal Naturalis Pentaksiran Intrapersonal Psikometrik Logik Matematik Komunikasi Penyesuaian budaya Kerja berkumpulan Nilai/Akauntabiliti Inventori Kepimpinan Personaliti Keusahawanan Kestabilan rohani Keselesaan dalam pergaulan Kefungsian emosi Etika Rajah 7.1: Konstruk yang diukur dalam PPsi30 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  31. 31. 7.1.1 Ujian Aptitud Am Ujian Aptitud Am mengukur kebolehan yang menggambarkan kemahiran asas murid secara hierarki. Ujian ini juga dapat mengenal pasti kecenderungan murid berdasarkan kriteria tertentu. a. Objektif Ujian Aptitud Am: i. Mengenal pasti kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah dan kecenderungan murid ii. Membantu murid mengenal potensi diri iii. Membantu guru memahami psikologi murid b. Konstruk Ujian Aptitud Am i. Kemahiran berfikir ii. Kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan iii Minat dan kecenderungan c. Pelaksanaan Ujian Aptitud Am i. Ujian objektif aneka pilihan ini dilaksanakan selepas UPSR di Tahun 6 ii. Semua murid terlibat dalam pentaksiran iii. Instrumen Ujian Aptitud Am disediakan oleh Lembaga Peperiksaan iv. Pelaporan akan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan7.1.2 Ujian Aptitud Khusus Ujian Aptitud Khusus adalah untuk mendapatkan maklumat khusus tentang struktur kecerdasan serta minat atau kecenderungan murid dalam bidang tertentu yang tidak diukur dalam Ujian Aptitud Am. a. Objektif Ujian Aptitud Khusus: i. Mencungkil potensi murid pada peringkat umur tertentu ii. Membantu guru mengenalpasti strategi, kaedah dan teknik pengajaran supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan berkesan iii. Membantu murid mengenal potensi diri iii. Meramalkan kejayaan murid dalam alam pembelajaran dan kerjaya b Konstruk Ujian Aptitud Khusus i. Verbal (Pintar perkataan): keupayaan seseorang individu menggunakan bahasa, memahami maklumat dan memberi respons dalam pelbagai bentuk set komunikasi. ii. Visual – Ruang – Bukan Verbal (Pintar ruang): keupayaan seseorang individu mengguna, menganggar dan mengintepretasi ruang iii. Logik Matematik (Pintar nombor): keupayaan seseorang individu menggunakan nombor dalam kehidupan seharian untuk membuat penyelesaian secara logikal. iv. Muzik (Pintar muzik): keupayaan seseorang individu menghargai, menghayati dan menggubah muzik. v. Naturalis (Pintar naturalisma): keupayaan seseorang individu mengenalpasti, menghargai alam semulajadi Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 31 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 31
  32. 32. vi. Kinestatik – Jasmani (Pintar jasmani): keupayaan seseorang individu mengawal dan memahami pergerakan tubuh. vii. Kreativiti (Pintar minda): keupayaan seseorang individu melihat daripada perspektif berbeza serta menghasilkan idea dan konsep yang asli. viii. Interpersonal (Pintar orang – pengalaman sosial): keupayaan seseorang individu berkomunikasi dan berinteraksi dan bekerjasama dengan orang lain. ix. Intrapersonal (Pintar diri – refleksi kendiri): keupayaan seseorang individu memahami kendiri dengan menilai kekuatan, kelemahan, bakat dan minat supaya boleh membantu orang lain. c. Pelaksanaan Ujian Aptitud Khusus i. Ujian ini dilaksanakan pada bila-bila masa mengikut keperluan dan tidak berjadual ii. Semua murid terlibat dalam pentaksiran iii. Instrumen Ujian Aptitud Khusus disediakan oleh Lembaga Peperiksaan iv. Pelaporan akan disediakan oleh pihak sekolah 7.1.3 Inventori Personaliti Inventori Personaliti ialah satu instrumen yang digunakan untuk mengumpul maklumat tentang sahsiah unik setiap murid. a. Objektif Inventori Personaliti i. Membantu mengenal pasti personaliti murid supaya guru dapat menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai ii. Membantu murid dan ibu bapa mengenal pasti personaliti murid dan menyedari potensi diri iii. Menyediakan profil murid yang lengkap untuk rujukan dan kegunaan dalam pendidikan dan perkembangan individu b. Konstruk Inventori Personaliti Konstruk yang ditaksir adalah bersesuaian dengan budaya dan keperluan di Malaysia. i. Komunikasi verbal (lisan) dan komunikasi bukan verbal dengan orang lain, individu dengan kumpulan dan individu dengan organisasi ii. Kerja Berkumpulan: semangat dan sikap meyayangi organisasi, tolong menolong, bertolak ansur dan saling menghormati antara satu sama lain iii. Extraversion: sifat mudah mesra dan selesa dalam pergaulan iv. Nilai / Akauntabiliti: ciri/trait yang menjelaskan sejauh mana seseorang individu mempunyai sifat-sifat seperti pemurah, cekap, tertib, bertanggungjawab, teliti, tekal dan amanah Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 3232 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  33. 33. v. Emotional Functionality: keseimbangan, kejelasan dan amalan aspek kefungsian emosi individu vi. Penyesuaian Budaya: kesediaan seseorang individu untuk menerima sesuatu idea untuk dijadikan sebagai suatu budaya dalam masyarakat vii. Kestabilan Rohani: individu yang mempunyai rohani yang stabil dalam aspek ketuhanan, kepercayaan, ketaatan, kefahaman dan amalan kepada agama viii. Kepimpinan: satu kebolehan mempengaruhi serta meyakini orang lain ke arah pencapaian matlamat bersama ix. Keusahawanan: aktiviti yang mendatangkan manfaat melalui pembangunan perniagaan yang berorientasikan keuntungan x. Etika: tingkah laku betul dan baik seseorang terhadap masyarakat dan organisasic. Pelaksanaan Inventori Personaliti i. Ujian ini dilaksanakan pada bila-bila masa mengikut keperluan dan tidak berjadual ii. Tidak diwajibkan untuk semua murid dan terbuka kepada yang memerlukan sahaja iii. Instrumen disediakan oleh Lembaga Peperiksaan dan ditadbir oleh sekolah iv. Pelaporan disediakan oleh pihak sekolah Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 33 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 33
  34. 34. 8 MANUAL PENJAMINAN KUALITI Manual Penjaminan Kualiti bertujuan memberi panduan kepada pihak yang berkenaan seperti guru mata pelajaran, Guru Cemerlang, Ketua Panitia, Ketua Bidang, Guru Besar, pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memastikan penjaminan kualiti pelaksanaan PBS. Setiap individu yang terlibat dalam pembangunan atau pelaksanaan sistem pentaksiran pendidikan adalah bertanggungjawab menjamin kualiti dan mutu pentaksiran yang dikendalikan. Kualiti hendaklah menjadi tumpuan utama dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Indikator atau petunjuk utama bagi penjaminan kualiti dalam pentaksiran adalah kesahan, kebolehpercayaan, kebolehtadbiran dan keadilan. Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui: a. Pementoran b. Penyelarasan c. Pemantauan d. Pengesanan 8.1 Pementoran Pementoran PBS adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan yang ditetapkan. 8.1.1 Objektif Pementoran: a. Memberi bimbingan, khidmat bantu dan nasihat mengenai pelaksanaan dan pengurusan PBS b. Meningkatkan kemahiran pelaksanaan pentaksiran dalam kalangan guru yang dibimbing/menti c. Meningkatkan kompetensi dan keyakinan guru yang dibimbing/menti d. Membantu guru menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS e. Membina rangkaian kerja dan hubungan profesional antara mentor dan guru yang dibimbing/menti 8.1.2 Jenis Pementoran a. Formal b. Informal Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 3434 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  35. 35. 8.1.3 Jenis Mentor a. Mentor Dalaman terdiri daripada i. Ketua Panitia dan/atau ii. Jurulatih Utama dan/atau iii. Guru Cemerlang dan/atau iv. Guru Besar dan/atau v. Mana-mana guru yang dilantik b. Mentor Luaran terdiri daripada: i. Pegawai Lembaga Peperiksaan dan/atau ii. Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan/atau iii. Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah dan/atau iv. Mana-mana pegawai yang dilantikKekerapan pementoran adalah mengikut keperluan8.1.4 Pelaksanaan Pementoran: a. Membimbing guru menggunakan standard prestasi dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) b. Membantu guru menyediakan instrumen pentaksiran c. Mendedahkan penggunaan pelbagai jenis instrumen pentaksiran d. Memastikan pelaksanaan pentaksiran seiring dengan pengajaran dan pembelajaran e. Mendapatkan maklum balas untuk penambahbaikan pengajaran f. Menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru yang dibimbing/menti8.2 PenyelarasanPenyelarasan PBS adalah proses penyeragaman skor merujuk kepada Standard Prestasiyang disediakan atau berdasarkan rubrik sesuatu tugasan.8.2.1 Objektif Penyelarasan: a. Menyeragamkan skor Pentaksiran Sekolah yang diberikan oleh guru berdasarkan pernyataan standard, deskriptor dan evidens dalam dokumen Standard Prestasi b. Menyeragamkan skor Pentaksiran Pusat yang diberikan oleh guru berdasarkan rubrik sesuatu tugasan yang ditetapkan c. Memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor dalam pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah d. Memastikan skor yang diberi menepati keupayaan dan prestasi murid e. Memastikan skor yang diberi adalah adil bagi semua murid Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 35 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 35
  36. 36. 8.2.2 Penyelaras a. Penyelaras Dalaman yang terdiri daripada guru-guru yang dilantik oleh Jawatankuasa PBS peringkat sekolah (rujuk senarai JK PBS) b. Penyelaras Luaran yang terdiri daripada pegawai Lembaga Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah c. Kekerapan aktiviti penyelarasan ditentukan oleh Jawatankuasa PBS dan perlu dijadualkan 8.2.3 Pelaksanaan Penyelarasan: a. Sebelum Penyelarasan i. Menentukan tarikh, tempat, masa penyelarasan oleh Jawatankuasa PBS, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah ii. Mengadakan perbincangan mengenai  Kefahaman tentang standard prestasi atau tugasan  Kesesuaian instrumen yang digunakan  Kefahaman tentang penskoran  Pemilihan evidens murid untuk penyelarasan skor b. Semasa Penyelarasan i. Memilih evidens murid secara rawak mengikut pencapaian ii. Membanding skor yang diberikan oleh guru iii. Menyelaras pemberian skor c. Selepas Penyelarasan i. Menyediakan laporan penyelarasan. ii. Menyelaras skor murid, jika perlu 8.3 Pemantauan Pemantauan PBS ialah proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan. 8.3.1 Objektif Pemantauan PBS: a. Memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuh. b. Mengenal pasti masalah pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah. c. Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS oleh guru. d. Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan ketidakakuran. e. Menyediakan laporan pelaksanaan PBS untuk tujuan penambahbaikan. 8.3.2 Jenis Pemantau a. Pemantau Dalaman ialah guru yang dilantik oleh Jawatankuasa PBS peringkat sekolah (rujuk senarai JK PBS). Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 3636 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  37. 37. b. Pemantau Luaran yang dilantik dalam kalangan: i. pegawai Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia ii. pegawai Lembaga Peperiksaan iii. pegawai Jabatan Pelajaran Negeri iv. pegawai Pejabat Pelajaran DaerahKekerapan aktiviti pemantauan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS, mengikutjadual yang ditentukan oleh Jawatankuasa PBS.8.3.3 Pelaksanaan Pemantauan: a. Sebelum Pemantauan i. Menentukan tarikh, tempat, masa pemantauan oleh Jawatankuasa PBS, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah. ii. Menyediakan instrumen pemantauan (contoh: senarai semak) b. Semasa pemantauan i. Memastikan pelaksanaan adalah mengikut garis panduan.  Menyemak bahan dan maklumat yang dipantau.  Membuat pemerhatian pelaksanaan PBS.  Menggunakan instrumen pemantauan yang telah dilengkapkan untuk memberi khidmat nasihat. c. Selepas pemantauan  Melaporkan dapatan pemantauan.  Menyenaraikan kekuatan dan keberkesanan pelaksanaan PBS kepada guru.  Memberi cadangan tindakan susulan mengenai pelaksanaan PBS.8.4 PengesananPengesanan PBS adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumenpentaksiran dalam pelaksanaan PBS.8.4.1 Objektif Pengesanan PBS: a. Mengenal pasti kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran yang digunakan. b. Meningkatkan kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehtadbiran instrumen pentaksiran. c. Mencadangkan penambahbaikan menyeluruh instrumen pentaksiran dalam pelaksanaan PBS. Pengesanan dilaksana mengikut jadual dan prosedur yang ditetapkan. Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 37 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 37
  38. 38. 8.4.2 Pegawai Pengesanan a. Pegawai Pengesanan Dalaman ialah guru mata pelajaran yang dilantik oleh Jawatankuasa PBS peringkat sekolah (rujuk senarai JK PBS) b. Pegawai Pengesanan Luaran yang dilantik dalam kalangan:  pegawai Lembaga Peperiksaan  pegawai Jabatan Pelajaran Negeri  pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Aktiviti pengesanan diadakan semasa dan/atau selepas satu kitaran pelaksanaan PBS. 8.4.3 Pelaksanaan Pengesanan PBS: a. Sebelum pengesanan i. Menentukan tarikh, tempat, masa pengesanan oleh Jawatankuasa PBS, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah. ii. Menyediakan instrumen pengesanan (contoh: senarai semak) b. Semasa pengesanan i. Menyenaraikan isu kebolehtadbiran dan kesesuaian instrumen pentaksiran. ii. Mencadangkan penyelesaian. c. Selepas pengesanan hendaklah memastikan cadangan penyelesaian dilaksanakan. Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 3838 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  39. 39. 9 PENGURUSAN EVIDENS PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAHEvidens murid yang telah dikumpul perlu diurus dengan baik dan sistematik. Pengurusanevidens murid di sekolah hendaklah memudahkan semua pihak yang terlibat dan dapatmembantu menjayakan pelaksanaan PBS di sekolah. Evidens boleh didapati daripadapelbagai sumber. Guru atau pentaksir bertanggungjawab untuk memastikan evidens yangmencukupi dan sesuai untuk membuat pertimbangan atau keputusan terhadap penguasaanmurid dalam perkara yang ditaksir.Ciri-ciri evidens yang dikumpul: i. Sah - Evidens yang dikemukakan hendaklah relevan dan menggambarkan penguasaan /pencapaian standard yang telah ditetapkan ii. Autentik - Murid dapat membuktikan evidens yang dikutip adalah hasil kerjanya sendiri iii. Kecukupan - Adakah evidens yang dikumpul mencukupi untuk menunjukkan kemampuan murid iv. Semasa - Evidens dapat membuktikan murid dapat membuat mengikut standard semasa v. Tekal - Evidens yang dikumpul dapat membuktikan ketekalan perlakuan dan membuktikan keputusan yang sama diberi oleh pentaksir yang berlainan9.1 Pengurusan Evidens Pentaksiran SekolahEvidens ialah bahan atau sebarang bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yangmelaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses.Antara contoh evidens murid ialah: � tulisan � bahan cetakan � persembahan � foto � grafik � artifak � laporanPengurusan evidens murid dilaksanakan oleh guru dengan kaedah seperti berikut: a. buku latihan b. lembaran kerja dan artifak yang bersesuaian hendaklah diserahkan kepada murid setelah direkodkan dalam aplikasi SPPBS. Guru hendaklah memberi maklum balas kepada murid agar murid boleh membuat penambahbaikan dan pengayaan pembelajaran c. Evidens yang terbaik dan terpilih boleh dijadikan bahan showcase. Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 39
  40. 40. 9.2 Pengurusan Evidens Pentaksiran Pusat Evidens ialah bahan atau sebarang bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses. Antara contoh evidens murid ialah:  tulisan  bahan cetakan  persembahan  foto  grafik  artifak  laporan a. Penyimpanan  Evidens murid disimpan di tempat yang selamat secara bersistematik dalam tempoh tertentu dan diserahkan kepada murid setelah selesai aktiviti penjaminan kualiti. b. Pelupusan  Evidens dilupus berdasarkan Jadual Pelaksanaan Pentaksiran Pusat dengan cara mengembalikan kepada murid sebagai simpanan mereka. 9.3 Pengurusan Evidens Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Guru merekod penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani, kesihatan, sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum menggunakan borang dan aplikasi PAJSK. 9.4 Pengurusan Evidens Pentaksiran Psikometrik Evidens adalah terhad dan disimpan oleh guru di tempat yang selamat secara bersistematik. Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 4040 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  41. 41. 10 SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS)Sistem Pengurusan Pentaksiran PBS (SPPBS) dibangunkan oleh Kementerian Pelajaranuntuk komponen akademik dan bukan akademik. SPPBS digunakan untuk merekod danmenyimpan maklumat penguasaan murid dalam PBS serta menjana pelaporan apabiladiperlukan. SPPBS akademik dibangunkan dengan kaedah web-based dan standalonemanakala SPPBS bukan akademik dibangunkan secara ����������. Manual aplikasi ini bolehdimuat turun melalui laman web rasmi Lembaga Peperiksaan. Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 41
  42. 42. 42 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  43. 43. Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 43
  44. 44. 44 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
  45. 45. Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 45

×