ENTERPRAIS KECIL DAN
SEDERHANA (EKS)
NURFIZATUASMA BTE AMAT SIMIN
P71578
PENGERTIAN EKS
Sektor Pembuatan,
Perkhidmatan Berkaitan
Pembuatan Dan Industri Asas
Tani

Syarikat yang
mempunyai nilai jualan
tahunan ti...
• Enterprais Kecil dan Sederhana (EKS) merupakan
sektor yang besar yang boleh mempengaruhi
ekonomi Malaysia. Di negara kit...
• SMIDEC), definisi Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
atau Enterprise Kecil dan Sederhana (EKS)
dikategorikan kepada tiga...
SEJARAH PERKEMBANGAN EKS
• Sejak pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada
tahun 1971, pelbagai strategi telah dijalankan bagi
mencapai keseimbangan...
• Sejarah menunjukkan orang Melayu telah terlibat
dalam bidang perdagangan dan keusahawanan
sejak Zaman Kesultanan Melayu ...
TREN DAN PERANAN EKS KEPADA
INDIVIDU, MASYARAKAT DAN
NEGARA
• IKS memainkan peranan yang penting dalam pembangunan
• ekonomi negara. IKS menyumbang kepada peluang pekerjaan
bagi seti...
• Penglibatan yang efektif oleh IKS dalam
• pembangunan ekonomi memberikan banyak kelebihan
sebagaimana yang ditunjukkan
•...
SUMBANGAN EKS TERHADAP KDNK
NEGARA
• Sumbangan dan kepentingan IKS di Malaysia
antara lain termasuklah membuka peluang
pekerjaan, meningkatkan jumlah simpan...
AGENSI-AGENSI YANG
MEMPERKASAKAN EKS
• Penubuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan
Koperasi pada tahun 1995 yang berperanan sebagai
agensi utama yang melahi...
• Matlamat SMIDEC ialah untuk meningkatkan
kecekapan dan daya saing EKS supaya menjadi
lebih kompetitif, terutama dalam su...
• SMEinfo adalah portal Penerangan Sehenti untuk
PerusahaanKecil dan Sederhana (PKS). Ia menyediakan
maklumat mengenai sem...
OBJEKTIF PENUBUHAN AGENSI
PKS
BAJET, SUMBANGAN, SOKONGAN
KERAJAAN DALAM PEMBANGUNAN
EKS
• PERANAN KEMENTERIAN DAN AGENSI
• Akan terus fokus kepada penggubalan dasar dan
pelaksanaan program pembangunan PKS mengi...
• Kerajaan telah melancarkan Pelan Induk PKS pada
12 Julai 2012 bagi mempercepatkan kepada
ekonomi negara.
• Pelan Induk P...
SOKONGAN KERAJAAN
• Bantuan kewangan dan kemudahan kredit
Misalnya, pinjaman daripada Syarikat Jaminan Kredit (CGC),
pinja...
KLASIFIKASI EKS
Industri

Enterpris Mikro

Enterpris Kecil

Enterpris Sederhana

Pembuatan,Perkhid
matanberkaitanpem
buatandanIndustriA
sa...
JENIS-JENIS EKS
• EKS Moden pada kebiasaannya berkerjasama
rapat dengan firma-firma besar sebagai
subkontraktor, penjual dan menghasilkan
...
• EKS berasaskan tani berada di antara EKS
moden dan tradisional. Secara amnya,
kumpulan perniagaan kecil ini boleh di dap...
• EKS Tradisional termasuk pelukis, penggiat
seni, bengkel kereta dan hasil kraftangan.
Secara khusus, SME tradisional ber...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

EKS

624 views

Published on

Published in: Business
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
624
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
113
Actions
Shares
0
Downloads
5
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

EKS

  1. 1. ENTERPRAIS KECIL DAN SEDERHANA (EKS) NURFIZATUASMA BTE AMAT SIMIN P71578
  2. 2. PENGERTIAN EKS
  3. 3. Sektor Pembuatan, Perkhidmatan Berkaitan Pembuatan Dan Industri Asas Tani Syarikat yang mempunyai nilai jualan tahunan tidak melebihi rm 25juta atau pekerja sepenuh masa kurang daripada 150 orang Sektor Perkhidmatan, Pertanian Asas, Teknologi Maklumatndan Komunikasi (ICT) Syarikat yang mempunyai nilai jualan tahunan tidak melebihi rm 5juta atau pekerja sepenuh masa kurang daripada 50 orang
  4. 4. • Enterprais Kecil dan Sederhana (EKS) merupakan sektor yang besar yang boleh mempengaruhi ekonomi Malaysia. Di negara kita terdapat sejumlah 548,267 EKS merangkumi 99.2 peratus daripada jumlah pertubuhan perniagaan. EKS menyumbang sebanyak 32 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), 56.2 peratus kepada guna tenaga dan sebanyak 19 peratus daripada jumlah eksport negara.
  5. 5. • SMIDEC), definisi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) atau Enterprise Kecil dan Sederhana (EKS) dikategorikan kepada tiga:  enterprais mikro iaitu nilai jualan tahunannya kurang daripada RM250,000 atau pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang pekerja.  enterprais kecil iaitu nilai jualan tahunan antara RM250,000 dan kurang daripada RM10 juta atau pekerja sepenuh masa antara 5 dan 50 orang pekerja.  enterprais sederhana iaitu nilai jualan tahunan antara RM10 juta dan RM25 juta atau pekerja sepenuh masa antara 51 dan 150 orang pekerja (Secretariat to National SME Development Council 2005: 2-5).
  6. 6. SEJARAH PERKEMBANGAN EKS
  7. 7. • Sejak pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971, pelbagai strategi telah dijalankan bagi mencapai keseimbangan ekonomi antara kaum dan salah satu dari strategi yang digariskan dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang untuk menyusun semula masyarakat ialah untuk melahirkan Usahawan Bumiputera dalam semua kegiatan ekonomi. Selaras dengan itu, pelbagai program telah dijalankankan dan terdapat lebih kurang 40 agensi daripada 14 kementerian (Mat Hassan Es, 1996) terlibat dalam usaha ini. Hasil dari program-program tersebut, ramai usahawan Bumiputera telah diwujudkan iaitu dari seramai 24,549 usahawan yang berdaftar pada tahun 1971 telah meningkat kepada 78,871 orang dalam tahun 1980 dan kepada 206,645 orang khusunya dalam perniagaan tunggal dan perkongsian pada tahun 1987.
  8. 8. • Sejarah menunjukkan orang Melayu telah terlibat dalam bidang perdagangan dan keusahawanan sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Buktinya, Selat Melaka dan Pelabuhan Melaka menjadi antara laluan dan pelabuhan yang tersibuk di dunia pada ketika itu. Sejarah juga menunjukkan orang Melayu merupakan pedagang yang cekap dan menguasai perdagangan maritim. Laluan perdagangan mereka bukan sahaja terhad di kawasan Asia Tenggara, tetapi juga di benua lain. Ini menunjukkan bidang keusahawanan ini amat dekat dan sebati dengan masyarakat Melayu sebelum kedatangan penjajah ke Tanah Melayu.(Zafir & Fazilah, 2003).
  9. 9. TREN DAN PERANAN EKS KEPADA INDIVIDU, MASYARAKAT DAN NEGARA
  10. 10. • IKS memainkan peranan yang penting dalam pembangunan • ekonomi negara. IKS menyumbang kepada peluang pekerjaan bagi setiap unit modal, meningkatkan tabungan negara, memberi sumbangan positif terhadap corak agihan pendapatan negara, merupakan “pusat latihan” kepada para pekerja dan membantu memenuhi keperluan firma-firma besar (Ismail Mohd Salleh, 1990). • Pada umumnya, matlamat pembangunan IKS dalam sesebuah negara adalah bagi menyelesaikan masalah seperti penggangguran, agihan pendapatan dan mengimbangi ekonomi negara (Mohd Khairuddin dan Syed Azizi, 2002).
  11. 11. • Penglibatan yang efektif oleh IKS dalam • pembangunan ekonomi memberikan banyak kelebihan sebagaimana yang ditunjukkan • oleh kejayaan negara seperti Jepun dan Taiwan menerusi pembangunannya yang pesat • (Berry, 1997). Sumbangan yang sangat penting bagi perusahaan kecil dan menengah • secara keseluruhannya adalah membuka peluang untuk orang-orang yang bermotivasi • dan mampu untuk maju sebagai pengusaha dan pengelola swasta (Clapham, 1991).
  12. 12. SUMBANGAN EKS TERHADAP KDNK NEGARA
  13. 13. • Sumbangan dan kepentingan IKS di Malaysia antara lain termasuklah membuka peluang pekerjaan, meningkatkan jumlah simpanan negara, menjimatkan tukaran wang asing, mewujudkan agihan pendapatan yang lebih baik kepada penduduk meningkatkan kemahiran tenaga kerja, membantu dalam proses pemindahan teknologi, meningkatkan hubung jalin dengan firma yang lebih besar serta memperkukuhkan struktur asas industri negara (Moha Asri 1997).
  14. 14. AGENSI-AGENSI YANG MEMPERKASAKAN EKS
  15. 15. • Penubuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada tahun 1995 yang berperanan sebagai agensi utama yang melahir , membangun serta memberi bimbingan kepada bakal usahawan dan usahawan sedia ada turut membantu proses transformasi budaya keusahawanan ini. • Selain itu, terdapat agensi lain yang ditubuhkan untuk memberi bimbingan dan latihan kepada usahawan seperti MARDI, MARA, SIRIM, MIDA dan MIDF. • Pelbagai institusi kewangan seperti TEKUN Nasional, Agensi MARA, SME Bank di wujudkan untuk berfungi sebagai pemberi sumber dana dan pembiayaan modal untuk melahirkan lebih ramai golongan usahawan. (Mohamed Khaled, 2007).
  16. 16. • Matlamat SMIDEC ialah untuk meningkatkan kecekapan dan daya saing EKS supaya menjadi lebih kompetitif, terutama dalam suasana pasaran yang semakin liberal. Ia juga berperanan menggalakkan EKS untuk menjadi industri penyokong dan pelengkap kepada industri besar, selaras dengan proses perindustrian negara, sehingga EKS dapat menghasilkan produk dan perkhidmatan jenama Malaysia bertaraf global.
  17. 17. • SMEinfo adalah portal Penerangan Sehenti untuk PerusahaanKecil dan Sederhana (PKS). Ia menyediakan maklumat mengenai semua aspek Pembangunan PKS termasuk pembiayaan, Khidmat Nasihat, Program Latihan, peluang Perniagaan dan Rangkaian serta Program Pembangunan PKS/inisiatif Kerajaan dan Sektor Swasta. • SME Corp. Malaysia ialah Sekretariat kepada Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) • Dalam peranan ini, SME Corp. Malaysia:  Menyelia penyelarasan usaha-usaha pembangunan PKS secara menyeluruh di antara semua Kementerian dan Agensi.  Merumuskan dasar-dasar dan strategi-strategi untuk meningkatkan penyelarasan dan pelaksanaan inisiatif-inisiatif pembangunan PKS.  Menyelaraskan terbitan-terbitan dan statistik PKS.  Merumuskan dan melaksanakan dasar pembiayaan PKS secara menyeluruh untuk meningkatkan akses PKS kepada pembiayaan dalam semua sektor ekonomi.
  18. 18. OBJEKTIF PENUBUHAN AGENSI PKS
  19. 19. BAJET, SUMBANGAN, SOKONGAN KERAJAAN DALAM PEMBANGUNAN EKS
  20. 20. • PERANAN KEMENTERIAN DAN AGENSI • Akan terus fokus kepada penggubalan dasar dan pelaksanaan program pembangunan PKS mengikut mandat dan kumpulan sasar masing-masing. • Contoh – BNM terus fokus kepada pembangunan PKS dalam sektor kewangan melalui : – meningkatkan akses kepada pembiayaan . – menyediakan khidmat nasihat kewangan. – menyediakan pendidikan dan kesedaran kewangan. – penstrukturan semula hutang PKS. • Menyalurkan maklumat dan data berkaitan pelaksanaan program-program pembangunan PKS Kementerian dan Agensi
  21. 21. • Kerajaan telah melancarkan Pelan Induk PKS pada 12 Julai 2012 bagi mempercepatkan kepada ekonomi negara. • Pelan Induk PKS melibatkan pelaksanaan 32 inisiatif termasuk enam program yang dijangka meningatkan ekonomi negara menjelang 2020. • Matlamat kerajaan memperkukuhkan peranan PKS dan memperluas kawasan industri di seluruh negara, dana RM1 Billion diperuntukkan dibawah Skim Pembangunan PKS yang dikendalikan oleh Bank SME bagi memudahkan akses PKS.
  22. 22. SOKONGAN KERAJAAN • Bantuan kewangan dan kemudahan kredit Misalnya, pinjaman daripada Syarikat Jaminan Kredit (CGC), pinjaman dan kemudahan kredit MARA, pinjaman daripada Tabung Usahawan Baru, pinjaman daripada Tabung Pemulihan Usahawan, pinjaman dan kemudahan kredit daripada bank, bank perdagangan, bank saudagar, syarikat kewangan berlesen dan institusi pembangunan, kemudahan kredit Skim Pembayaran Kredit Eksport. • Bantuan latihan teknik dan pelajaran vokasional Perbadanan Daya Produktiviti Negara (NPC) dan Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC) menyediakan program pembangunan usahawan dan pengurusan perniagaan. SMIDEC, Institut Piawai dan Penyelidikan Industri Malaysia (SIRIM), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Pusat Instruktor dan Latihan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Institut-institut Latihan perindustrian (ILP), Institut kemahiran MARA (IKM), GIAT MARA menawarkan kursus-kursus teknikal dan kemahiran pekerja jangka pendek.
  23. 23. KLASIFIKASI EKS
  24. 24. Industri Enterpris Mikro Enterpris Kecil Enterpris Sederhana Pembuatan,Perkhid matanberkaitanpem buatandanIndustriA sasTani Nilai jualan tahunan kurang daripada RM250,000 ATAU pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang pekerja. Nilai jualan tahunan antara RM250,000 dan kurang daripada RM10juta ATAU pekerja sepenuh masa antara 5 dan 50 orang pekerja. Nilai jualan tahunan antara RM10 juta dan RM25 juta ATAU pekerja sepenuh masa antara 51 dan 150 orang. Perkhidmatan,Perta nianAsasdanTeknolo giMaklumatdanKom unikasi(ICT) Nilai jualan tahunan kurang daripada RM200,000 ATAU pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang pekerja. Nilai jualan tahunan antara RM200,000 dan kurang daripada RM1juta ATAU pekerja sepenuh masa antara 5 dan 19 orang pekerja. Nilai jualan tahunan antara RM1juta dan RM5juta ATAU pekerja sepenuh masa antara 20 dan 50 orang pekerja.
  25. 25. JENIS-JENIS EKS
  26. 26. • EKS Moden pada kebiasaannya berkerjasama rapat dengan firma-firma besar sebagai subkontraktor, penjual dan menghasilkan produk seperti barang-barang perindustrian (besi), cat, makanan yang diproses , barangbarang plastik dan produk berasaskan kayu. EKS Moden selalunya menggunakan teknologi moden dalam menjalankan perniagaan mereka.
  27. 27. • EKS berasaskan tani berada di antara EKS moden dan tradisional. Secara amnya, kumpulan perniagaan kecil ini boleh di dapati di kawasan separa bandar. Namun, ia lebih tertumpu di kawasan bandar dan berpopulasi. EKS ini juga menggunakan sepenuhnya bahanbahan mentah tani sebagai input utama bagi pengeluaran mereka.
  28. 28. • EKS Tradisional termasuk pelukis, penggiat seni, bengkel kereta dan hasil kraftangan. Secara khusus, SME tradisional bergantung sepenuhnya kepada pasaran domestik bagi keperluan bahan mentah untuk pemasaran produk mereka.

×