Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)
TUGASAN 1 : Berdasarkan petikan yang disediakan, hur...
IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)
1.1 Jenis-jenis Makna
Terdapat beberapa jenis makna ...
IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)
Berdasarkan petikan yang diberi, makna leksikal “pro...
IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)
benda.
(kamus pelajar edisi
kedua)
terhadap kepada; ...
IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)
(Kamus Dewan Edisi
Keempat)
Keempat)
Tumpuan pusat t...
IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)
berkhidmat. 2 kerja,
usaha, kemudahan
untuk kepentin...
IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)
(perenggan kedua baris ketiga)
iii. ..supaya berjaya...
IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)
Bentuk-bentuk makna kata yang timbul daripada hubung...
IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)
Penjelasan Ayat.
Perkataan “menawarkan” boleh membaw...
IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)
TUGASAN 2 : Ambiguiti atau ketaksaan bermaksud kata ...
IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)
iaitu “saya” telah terlupa membawa kunci keretanya a...
IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)
dilafazkan dengan intonasi dan jeda yang berbeza men...
IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)
mereka. Dalam erti kata lain, masyarakat bukan sahaj...
IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)
8.0 Pendahuluan
Bahasa Melayu pada abad 13 hingga 19...
IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)
a. Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Dalam ...
IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)
Cursor
Data base
Download
End user
Font
Hardware
Int...
IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)
Double jeopardy
Diplomatic immunity
Extradiction
Fra...
IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Balance sheet
Bridging...
IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)
Buffet
Business centre
Check-in
Check-out
Cocktail
D...
IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Abstract photography
B...
IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Aerial cable
Affine
Af...
IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)
Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan ...
IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)
 Television
 Radiography
 Televisyen
 Radiografi...
IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)
 Custom
 Dengue
 Grant
 Pension
 Kastam
 Dengg...
IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)
Semasa menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pen...
IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)
Mohd. Firdaus Bin Abd. Aziz
821231 – 01 – 6607
Penga...
IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)
LAMPIRAN
RENCANA
ARKIB : 07/11/2011
Bahasa Melayu te...
IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)
Kami berjaya memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai b...
IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)
Sekiranya ini kita lakukan, tentunya kita akan berja...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Semantik soalan 1

  • Be the first to comment

Semantik soalan 1

  1. 1. IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu) TUGASAN 1 : Berdasarkan petikan yang disediakan, huraikan jenis-jenis makna dalam Bahasa Melayu (30%) 1.0 Pengenalan Semantik merupakan satu bidang yang mempelajari tentang makna.Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang luas mencakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi. Kata “semantik” ini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang membawa makna ‘penting’ atau ‘bererti’. Semantik pula, secara ringkas, dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa. Semantik dalam bahasa, pada umumnya, dapat diteliti dari pelbagai sudut. Demikian juga semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek seperti dan rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna, peribahasa (termasuk simpulan bahasa), dan unsur semantik dalam nahu. Semantik dapat juga ditakrifkan sebagai kajian makna linguistic bagi kata, frasa dan ayat. Secara umumnya, makna perkataan dapat dilihat dari segi leksikal dan konteks. Semantik juga boleh dirujuk sebagai sistem dan kajian tentang makna dalam bahasa (Kamus Linguistik ,1997 dipetik daripada Haji Mohd Isa bin. Abdul Razak,2003) Menurut J.W.W Verhaar (1996:284), semantik adalah cabang linguistik yang akan membahaskan erti atau makna. Abdul Chaer (1984 : 284) mendefinisikan semantik sebagai bidang kajian linguistik yang mana obkel penelitiannya adalah makna bahasa. Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga , semantik ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna kata. Bloomfield mentakrifkan makna sebagai suatu bentuk linguistik sebagai keadaan apabila penutur tersebut mengujarkannya dengan gerak balas yang dijangkakan daripada pendengar. Odgen dan Richard dalam buku The Meaning of Meaning (1956) memberikan 16 pengertian dan erti bagi makna; antaranya ialah suatu yang intrinsik, pokok, kemahuan dan suatu peristiwa yang diharapkan. Kajian makna dalam bahasa Melayu menurut penggolongan semantic adalah cabang linguistic yang berperanan semata-mata untuk meneliti makna kata bagaimana asal mulanya bagaimana perkembangannya dan apakah sebab-sebab terjadi perubahan makna dalam sejarah bahasa. Kata semantik bidang linguistik yang mempelajari hubungan antara tanda-tanda linguistik dengan hal-hal yang ditandainya. Mempelajari makna atau erti dalam bahasa. Oleh itu, semantik dapatlah didefinisikan sebagai ilmu tentang makna atau tentang erti. 1
  2. 2. IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu) 1.1 Jenis-jenis Makna Terdapat beberapa jenis makna dalam bahasa Melayu antaranya ialah, makna leksikal, makna gramatikal, makna kontekstual, makna asosiatif, makna konotatif, makna stilistik,makna afektif, makna referensial, makna kolokatif, dan makna tematik. Jenis-jenis makna inidapat memberikan gambaran yang tertentu sama ada maksud tersurat mahupun tersirat. Di sini akan dibincangkan berkaitan beberapa jenis makna yang terkandung didalam petikan. 2.0 Makna Leksikal Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, leksikal bermaksud 'berkenaan perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa. Makna leksikal bermaksud 'makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaaannya dalam ayat dan sebagainya). Menurut Fatimah Djajasudarma (1993:14) dan Zainuddin (1992), makna leksikal (dalam bahasa Inggeris disebut sebagai lexical meaning, semantic meaning, external meaning) adalah makna unsur- unsur bahasa sebagai lambang benda, peristiwa dan lain-lain. Bagi Maslow (1987 :90) , beliau berpendapat makna leksikal ialah rujukan terhadap satu kandungan tertentu yang spesifik bagi satu perkataan hanya sebagai perbezaan dengan semua perkataan lain. Selain itu, makna leksikal juga membawa maksud makna yang bersifat leksikon, makna yang sesuai dengan referennya, makna yang sesuai dengan pemerhatian alat indera atau makna yang nyata (Adrienne Lehrer,1992). Menurut Abdul Chaer (1995) pula, leksikal merupakan bentuk adjektif yang diturunkan dari bentuk nomina leksikon (vocabulary, kosa kata, perbendaharaan kata). Ini bermaksud leksikal boleh didefinisikan sebagai makna yang bersifat leksikon,bersifat leksem dan bersifat kata. Contoh makna leksikal “produk” yang terdapat dalam petikan bermaksud sesuatu barang, perkhidmatan dan sebagainya yang dikeluarkan oleh kilang, atau yang ditawarkan oleh institusi (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Berdasarkan Petikan: a) …kualiti produk dan perkhidmatan… (Perenggan pertama, baris kedua) b) …terhadap nilai produk yang mereka… (Perenggan pertama, baris pertama) c) …penyampaian produk kepada pelanggan… (Perenggan ketiga, baris kedua) Penjelasan ayat: 2
  3. 3. IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu) Berdasarkan petikan yang diberi, makna leksikal “produk” adalah tepat dengan makna yang nyata serta bersesuai dengan ayat dalam petikan. 3.0 Makna Gramatikal Makna gramatikal bermaksud makna baru yang wujud akibat daripada proses pengimbuhan, pengulangan dan pemajmukan. Contoh; batas, batasan, membatas, perbatasan, terbatas dan lain-lain lagi. Proses gramatikal atau pengimbuhan asli atau pinjaman (awalan, akhiran, apitan dan sisipan) yang berlaku pada kata dasar boleh mengubah golongan kata dan makna. Menurut Ahmad Khair Mohd Nor lagi, imbuhan dalam bahasa Melayu terdiri daripada empat jenis yang dikenali sebagai imbuhan awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Bentuk imbuhan ini pula terdiri daripada dua jenis iaitu imbuhan asli bahasa Melayu atau imbuhan yang dipinjam daripada bahasa asing seperti Sanskrit, Arab-Parsi dan Yunani - Latin - Inggeris. Antara imbuhan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah –an, -kan, -i, pe-, men….kan dan sebagainya.Imbuhan pinjaman terdiri daripada maha-, eka-, wan-, -man, bi-, wi-, -lah dan banyak lagi. 3.1 Jenis-jenis Imbuhan i)Imbuhan Awalan. Imbuhan awalan merupakan imbuhan yang terletak di hadapan kata dasar perkataan. Imbuhan awalan boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu awalan kata nama seperti peN-, peR-, ke-, juru- dan se-. Manakala imbuhan awalan kata kerja pula ialah meN-, mempeR-,beR-, teR-,di- dan diper-.Akhir sekali imbuhan awalan kata adjektif yang terdiri daripada ter- dan se-. Arbak Othman (1989) , awalan kata nama peN- mempunyai lima bentuk iaitu pe-,pem-, pen-, peng- dan penge-. Awalan meN- pula terdiri daripada me-,mem-, men-, dan meng- bergantung pada huruf pertama kata dasar. Beberapa makna gramatikal yang terdapat dalam petikan: Makna gramatikal imbuhan awalan Maksud Makna leksikal di dalam kamus Maksud pengguna orang yg menggunakan sesuatu; pengambil faedah drpd sesuatu guna Manfaat/ faedah (kamus pelajar edisi keempat) 3
  4. 4. IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu) benda. (kamus pelajar edisi kedua) terhadap kepada; akan (kamus pelajar edisi kedua) berkenaan, mengenai, tentang (kamus dewan edisi keempat) hadap menghadap 1 menghala; mengarah (kamus pelajar edisi kedua) bahagian sebelah muka, muka, depan (kamus dewan edisi keempat) penjual orang yg menjual (kamus pelajar edisi kedua) jual berpencarian dgn memperniagakan sesuatu; berniaga (kamus pelajar) pemangkin faktor, persekitaran dsb yg mempercepat sesuatu tindakan atau perubahan (kamus pelajar edisi kedua) Mangkin ist benda atau bahan yg dpt mengubah kecepatan sesuatu tindakan kimia tetapi bahan tsb tidak mengalami perubahan (kamus pelajar edisi kedua) ii)Imbuhan Akhiran Imbuhan akhiran terletak di belakang kata dasar. Imbuhan ini terbahagi kepada imbuhan asli bahasa Melayu seperti –an, -kan, dan –i. Beberapa makna gramatikal yang terdapat dalam petikan: Makna gramatikal imbuhan awalan maksud Makna leksikal di dalam kamus Maksud Cabaran hasil mencabar ,mempersoalkan, mempertikaikan Cabar tawar hati, takut, penakut (Kamus Dewan Edisi 4
  5. 5. IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu) (Kamus Dewan Edisi Keempat) Keempat) Tumpuan pusat tempat bertumpu atau tempat berkumpul (Kamus Pelajar) Tumpu tinggi titik tempat berselangnya garis tinggi sesuatu segi tiga; puncak (Kamus Pelajar Edisi Kedua) iii)Imbuhan Apitan Imbuhan apitan bermaksud imbuhan yang hadir serentak mengapit kata dasar di bahagian hadapan dan belakang kata. Beberapa makna gramatikal yang terdapat dalam petikan: Makna gramatikal imbuhan awalan maksud Makna leksikal di dalam kamus Maksud Merupakan membentuk (membuat, men- jadikan) melahirkan, menggambarkan, mewujudkan (kamus dewan edisi keempat) Rupa perihal sesuatu benda yg kelihatan dr luar, sifat sesuatu pd lahirnya,wajah (kamus dewan edisi keempat) Penyampaian perihal menyampaikan sesuatu (kamus dewan edisi keempat) perbuatan atau hal menyampaikan (kamus pelajar edisi kedua) Sampai tiba,mencapai tujuan (kamus dewan edisi keempat) Perkhidmatan perbuatan atau hal Khidmat hormat, (dgn) takzim, 5
  6. 6. IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu) berkhidmat. 2 kerja, usaha, kemudahan untuk kepentingan orang ramai. (kamus pelajar edisi kedua) (dgn) sopan santun, perbuatan (pekerjaan) yang menunjukkan kesetiaan, kerja untuk memenuhi keperluan orang ramai. Secara keseluruhannya, makna gramatikal penting dalam bahasa Melayu kerana berlaku pengimbuhan pada kata dasar yang boleh menyebabkan perubahan makna dan seterusnya boleh mengembangkan kata dasar dalam bahasa Melayu. 4.0 Makna Konstektual Menurut Abdullah Yusuf , Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari, (2009) makna konstektual sebagai makna sebuah leksem atau kata yang berada di dalam sesuatu konteks. Antara contoh yang terdapat dalam petikan adalah seperti ayat di dalam petikan iaitu: “Mereka juga mempunyai alternatif yang luas untuk memilih penjual yang dapat menawarkan produk dengan nilai yang terbaik kepada mereka.” (perenggan pertama baris keempat) Penjelasan Ayat: Perkataan “menawarkan” mempunyai makna kontekstual yang membawa maksud memberikan atau menyediakan pada ayat tersebut. Begitu juga dengan perkataan “unit” yang terdapat pada petikan berikut: “..ianya adalah tanggungjawab semua unit di organisasi..” (perenggan ketiga baris ketiga) Penjelasan Ayat: Mengikut konteks ayat ini, “unit” yang dimaksudkan memberi makna kontekstual iaitu pekerja atau petugas pada bahagian/organisasi tersebut. Contoh makna konteks kata “dalam” pada ayat-ayat berikut yang terdapat dalam petikan: i. “..perkhidmatan pelanggan merupakan keupayaan organisasi dalam menyempurnakan penyampaian produk..” (perenggan ketiga baris kedua) ii. ..menjadi satu agenda penting dalam perancangan strategik.. 6
  7. 7. IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu) (perenggan kedua baris ketiga) iii. ..supaya berjaya dalam memberi tumpuan..(perenggan ketiga baris keempat) iv. ..sebagai pemangkin dalam meningkatkan serta mengekalkan.. (perenggan keempat baris kedua) Penjelasan Ayat: Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “dalam” bermaksud jarak (jauhnya) ke bawah atau ke dasar dr permukaan. Berdasarkan ayat (i) dan (iv),”dalam” membawa maksud “untuk”. Berbeza maksud “dalam” pada ayat yang kedua (ii) yang bererti “kepada”, begitu juga dengan ayat ketiga (iii) yang membawa maksud “ketika”. Makna konteks dapat juga berkenaan dengan situasinya, seperti tempat, waktu, dan lingkungan penggunaan bahasa itu. 5.0 Makna Referensial Menurut Abdul Chaer (2007:291) sebuah kata atau leksem disebut bermakna referensial kalau ada referensnya, atau acuannya. Perkataan yang termasuk dalam kategori kata penuh tergolong sebagai perkataan yang mempunyai makna referensial.Contoh kata seperti kuda, merah, makan, cerdik ,kereta, kasut dan gambar adalah termasuk kata-kata yang bermakna referensial kerana ada acuannya dalam dunia nyata. Menurut Nik Safiah Karim, apabila perkataan mempunyai referen, maka perkataan tersebut mempunyai makna referensial. Sebaliknya, kata-kata seperti dan, atau, dan kerana adalah kata-kata yang tidak bermakna referensial, kerana kata-kata itu tidak mempunyai referens. Ini dikenali sebagai makna nonreferensial atau kata-kata yang tidak memberi makna. Antara perkataan yang mempunya makna referensial pada petikan: Makna Referensial Referen Penjual Peniaga kedai, peniaga pasar malam, Peniaga Awam Orang awam, masyarakat, pekerja sektor awam Swasta Pekerja swasta, pekerja pesendirian, bermajikan Pelanggan Orang yang melanggan, menggunakan Pengguna Orang yang menggunakan 6.0 Bentuk Makna Daripada Hubungan Semantik 7
  8. 8. IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu) Bentuk-bentuk makna kata yang timbul daripada hubungan semantik ialah sinonim, antonim, hiponim, meronim, polisim, homonim, homofon dan homograf. Terdapat beberapa bentuk makna yang terdapat pada petikan seperti berikut: 6.1 Sinonim - kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Beberapa sinonim yang terdapat dalam petikan: Nilai Harga Mestilah Haruslah Menyempurnakan Menyiapkan 6.2 Antonim - merujuk kepada perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan. Beberapa antonim yang terdapat dalam petikan: Penjual Pembeli Lebih Kurang Terbaik Terburuk Luas Sempit Dalam Luar 6.3 Hiponim - kata yang mempunyai lingkungan dalam struktur makna. Beberapa hiponim yang terdapat dalam petikan: Pengguna / Pembeli / Pelanggan Orang yang membeli atau menggunakan, suri rumah, rakyat Malaysia, dan banyak lagi. Penjual Orang yang berniaga, penjual buah, penjual kereta, peniaga pasar malam dan banyak lagi. Produk Barangan elektrik, kosmetik, Astro, barangan makanan dan banyak lagi. 6.4 Homonim - Dua kata atau lebih yang memiliki bentuk yang sama, sama ada dari segi sebutan, ejaan, atau kedua-duanya, dan mempunyai makna yang berbeza. Perkataan yang mempunyai sebutan yang sama, tetap berbeza makna seperti yang disebutkan dikatakan mempunyai hubungan homonim. Sebagai contoh perkataan yang terdapat pada petikan yang mempunyai makna himonim iaitu “menawarkan” . “…penjual yang dapat menawarkan produk dengan nilai..” (perenggan pertama baris keempat). 8
  9. 9. IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu) Penjelasan Ayat. Perkataan “menawarkan” boleh membawa maksud menghilangkan rasa, memulihkan sihir atau memeterai bias. Tetapi perkataan tersebut dapat mendukung makna bersifat homonim yang selaras mengikut konteks ayat. Penggunaan homonim dalam penggunaan ayat atau pertuturan boleh menimbulkan kekeliruan jika tidak berlatarbelakangkan konteks tertentu. Hal ini demikian kerana homonim mempunyai sebutan dan bentuk ejaan yang sama, tetapi berbeza dari segi makna. Beberapa himonim yang terdapat dalam petikan: Homonim Makna 1 Makna 2 Makna 3 Menawarkan menunjukkan sesuatu supaya dibeli; mengunjukkan atau mengemukakan sesuatu supaya diterima, dipakai menyebabkan (menjadikan) tawar menjampi supaya hilang kekuatan (kamus dewan edisi keempat) Luas Tidak sempit, lapang Besarnya sesuatu permukaan atau kawasan Tidak sempit : pengetahuan Dalam Jarak (jauhnya) ke bawah atau ke dasar dr permukaan Jauh ke tengah dr tepi atau pinggir Bukan sedikit, tidak sempit, lebih drpd sekadar yg perlu sahaja 9
  10. 10. IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu) TUGASAN 2 : Ambiguiti atau ketaksaan bermaksud kata yang bermakna ganda atau mendua makna. Kegandaan ini berlaku pada satuan ketatabahasaan yang lebih besar, iaitu frasa, klausa atau kalimat, dan terjadi pentafsiran struktur ketatabahasaan yang berbeza. Berdasarkan ayat dibawah, analisiskan ketaksaan ayat.(20%) Kereta di tempat letak kereta itu terlupa saya kunci 7.0 Analisis Ketaksaan / Ambiguiti Ketaksaan boleh diertikan sebagai kesamaran makna dalam sesuatu ayat atau perkataan. Menurut Abdullah Hassan ( 2007 ), menyatakan bahawa kadang-kadang kita menemui ayat yang lebih daripada satu makna. Ayat yang taksa ini memerlukan lebih masa untuk difahami oleh masyarakat atau penutur. Menurut Abdullah Yusof , Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari ( 2009 ) , ketaksaan boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu kekaburan makna, ketidakpastian makna, kurang ketentuan dalam makna item dan pertentangan pada penentuan makna item. Melalui pembacaan, saya dapat menjelaskan ketaksaan ialah perkataan atau ayat yang mengandungi lebih daripada satu makna. Perkataan yang mengalami ketaksaan akan menyebabkan seluruh ayat mengalami ketaksaan juga. Kamus Dewan Bahasa mendefinisikan 'Ketaksaan' bermaksud kekaburan-makna dalam ayat dapat diatasi jika tanda baca digunakan dengan betul. Ketaksaan yang mungkin berkaitan dengan maksud yang berganda atau mendua makna berpunca pada sebutan ketatabahasaan yang lebih besar, iaitu frasa, klausa atau kalimat, dan terjadi akibat pentafsiran struktur ketatabahasaan yang berbeza akan dianalisis pada ayat dibawah. “Kereta di tempat letak kereta itu terlupa saya kunci”. Ketaksaan yang wujud pada ayat tersebut amat jelas dan mempunyai lebih daripada satu maksud jika disebut. Antara punca kesamaran dalam ayat tersebut adalah kerana kurangnya maklumat kontekstual. Ketaksaan ayat tersebut terjadi apabila kurang maklumat kontekstual kerana tidak diketahui konteks penggunaannya. Ini kerana terdapat kemungkinan- kemungkinan yang terdapat pada maksud ayat tersebut sama ada mahu menyatakan si pelaku 10
  11. 11. IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu) iaitu “saya” telah terlupa membawa kunci keretanya atau terlupa untuk mengunci keretanya ataupun seseorang yang berada di depan pintu rumah tetapi tidak dapat masuk ke dalam rumahnya yang terkunci kerana kunci rumah tertinggal di dalam kereta yang terletak di tempat letak kereta. Wittgenstein (1953) menyatakan bahawa makna kata tidak dapat diketahui kecuali dilihat dalam penggunaannya atau dalam konteks penggunaannya. Jelas sekali beliau menyatakan konteks membawa maksud untuk pemahaman sesuatu ujaran. Ayat tersebut juga menimbulkan lewah dalam makna apabila frasa/ perkataan kereta disebut dua kali dalam ayat yang sama sekaligus menimbulkan kekeliruan kepada pembaca walaupun membawa makna yang berbeza iaitu kereta bermaksud kenderaan, manakala tempat letak kereta bermaksud kawasan khas meletakkan kereta. Ketaksaan tersebut boleh diperbaiki dengan mengubah frasa “tempat letak kereta” kepada “parkir” yang juga mendukung maksud yang sama. Secara tidak langsung memberi pemahaman yang jelas dan lebih gramatis. Ketaksaan yang berlaku pada perkataan akan menyebabkan seluruh ayat mengalami ketaksaan. Ketaksaan ayat tersebut tidak menyampaikan maksud yang lengkap kepada pendengar ataupun pembaca. Nahu yang tidak tepat menjadikan ayat tersebut lebih keliru. Ayat tersebut boleh dimaksudkan seperti berikut: Ayat asal: “Kereta di tempat letak kereta itu terlupa saya kunci”. Andaian maksud: i. Terlupa untuk mengunci kereta.Kereta berada di tempat letak kereta. ii. Terlupa membawa kunci kereta. Kereta berada di tempat letak kereta. Jika maksud ayat tersebut adalah seperti maksud yang pertama. Maka, struktur ayat boleh dibetulkan seperti: “Saya terlupa mengunci kereta di tempat letak kereta” Jelas sekali maksud yang hendak disampaikan dengan mengubah struktur dan menambah imbuhan meN+ pada frasa kunci untuk mewujudkan kata kerja iaitu perbuatan mengunci kereta. Seperti yang telah dimaklumkan bahawa ayat yang diberi mempunyai ketaksaan dan mempunyai banyak maksud. Ketaksaan ayat tersebut akan lebih ketara jika diucapkan atau 11
  12. 12. IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu) dilafazkan dengan intonasi dan jeda yang berbeza mengikut maksud yang hendak disampaikan. Ayat 1 : Kereta di tempat letak kereta itu; saya terlupa kunci. Ayat 2 : Kereta; ditempat letak kereta itu terlupa; saya kunci. Andaian ayat 1 membawa maksud terlupa untuk mengunci kereta yang berada di tempat letak kereta. Maksud ayat tersebut dapat ditentukan dengan membubuh tanda koma bertitik (;) selepas perkataan “itu” , menghasilkan maksud yang jelas lebih-lebih lagi jika diikuti dengan konteks. Ini kerana tanda koma bertitik (;) selepas frasa “itu”, menjadikan jeda dan intonasi pada gaya bacaan ayat tersebut. Secara jelas ayat tersebut menyatakan terlupa untuk mengunci keretanya. Tetapi jika melalui pembacaan masih lagi menimbulkan ketaksaan antara terlupa untuk mengunci kereta atau terlupa kunci kereta atau terlupa kunci rumah ataupun terlupa kunci almari. Dalam hal ini saya berpegang pada maksud yang telah dijelaskan pada ayat 1. Manakala ayat 2 pula membawa maksud yang jelas berbeza daripada ayat ayat 1 secara keseluruhannya jika dilafaz dengan intonasi yang betul. Setelah dibubuh tanda koma bertitik (;) selepas frasa “kereta” dan “terlupa”, ayat tersebut membawa maksud bahawa terlupa dimana kereta telah diletak tetapi kereta tersebut sudah dikunci. Pembawakan ujaran lebih bersifat seperti terkejut kerana terlupa sesuatu. Perhatikan betapa luas jurang perbezaan makna oleh ketaksaan pada ayat tersebut jika diujar berlainan jeda ,intonasi dan tekanan dalam bacaan. Terdapat banyak lagi faktor yang boleh dikaitkan dalam ketaksaan makna seperti homonim, sinonim, polisem dan pelbagai lagi. Tetapi apa yang dapat saya kaitkan lagi adalah faktor sosiologis.Faktor sosiologis itu merujuk kepada masyarakat. Masyarakat dikatakan menjadi peneraju utama dalam mentafsir sendiri makna. Dalam erti kata lain, bukan sahaja bahasa yang diakibatkan oleh faktor sosiologis (Yayat Sudaryat, 2004) tetapi ambiguiti dalam gambar atau imej juga diakibatkan oleh faktor sosiologis. Ini bermakna, makna dalam bahasa bukan sahaja bergantung kepada masyarakat (Semantik leksikal, 2008) tetapi makna juga bergantung kepada masyarakat. Contohnya masyarakat berbangsa Cina dan India di Malaysia kurang fasih berbahasa Melayu. Dalam erti kata lain penggunaan bahasa melayu mereka ketika bertutur dengan penutur jati berbangsa melayu pastinya berlainan seperti “ Itu orang baik punya orang”. Maksud yang hendak disampaikan adalah hendak mengatakan “Orang itu sangat baik”. Apa yang dapat dikaitkan disini, penggunaan struktur ayat mereka selalunya akan terbalik daripada penutur jati kerana mereka menterjemah bahasa melayu mengikut struktur bahasa jati 12
  13. 13. IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu) mereka. Dalam erti kata lain, masyarakat bukan sahaja sewenang-wenangnya dalam memberikan kata/leksem pada sesuatu rujukan sehingga menjadikannya semakin kompleks (Palmer, F.R., 1981/6) tetapi masyarakat/pengguna juga mempunyai kelebihan dalam mentafsir dan menilai sesuatu itu. TUGASAN 3: Kemampuan mengungkapkan sebarang konsep atau proses di dalam ilmu pengetahuan adalah ukuran muktamad sama ada bahasa itu sudah cukup terbina menjadi bahasa moden untuk kepentingan sesebuah masyarakat moden. Buktikan beserta 5 contoh yang bersesuaian bahawa bahasa Melayu sudah mencapai tahap tersebut.(10%) 13
  14. 14. IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu) 8.0 Pendahuluan Bahasa Melayu pada abad 13 hingga 19 sudah menjadi bahasa yang sangat luas penyebaran dan penggunaannya, bukan sahaja oleh orang Melayu bahkan bangsa-bangsa lain seperti Arab, India, China, Parsi dan Eropah. Kita tahu di Alam Melayu terdapat pelbagai kelompok bangsa asing termasuk Eropah yang datang baik untuk tujuan penjajahan, perdagangan dan tujuan penyebaran agama, masing-masing menggunakan Bahasa Melayu. Jadi Bahasa Melayu sudah merentas semua bidang tamadun ketika itu, apa sahaja termasuk undang-undang, sudah ada hukum kanun dari kurun 15 ke atas seperti Hukum Kanun Melaka yang terkenal itu, di samping Undang-Undang 99 Perak, Undang-Undang Johor, Undang-Undang Siak dan sebagainya. Malah ulamak besar dari Gujerat, Nuruddin al-Raniri yang datang ke Alam Melayu sekitar abad ke-16 dan dilantik sebagai mufti oleh Sultan Acheh. Menariknya, Nuruddin al-Raniri ini menulis kitab-kitab agama dalam Bahasa Melayu walaupun beliau bukan orang Melayu. Ini menunjukkan kekuatan Bahasa Melayu, “Sesiapa sahaja yang datang ke Alam Melayu perlu belajar dan menguasai Bahasa Melayu walaupun dalam apa jua bidang iaitu pentadbiran, perdagangan, malah dalam soal-soal agama pun mesti dalam Bahasa Melayu,” kata Dr. Awang lagi yang pernah menyandang Pengarah Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka ( 1999-2004 ). Bahasa Melayu juga kini berfungsi sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa penghantar, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi. 8.1 Pembentukan Istilah Dalam Pelbagai Bidang Menurut Datuk Abdul Aziz Deraman, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), bahasa yang maju turut sama mencerminkan sebuah bangsa yang maju dalam pelbagai bidang kehidupan. Malah, menurut beliau lagi, pembentukan istilah-istilah baru akan menjadikan sesuatu bahasa itu lebih dinamik. Dalam bidang Pembentukan Istilah pula, pelbagai istilah telah digubal dan dibentuk dalam pelbagai bidang. Antara tujuan dan matlamat DBP dalam menggubal dan membentuk istilah dalam pelbagai bidang ini adalah memudahkan dan membantu seseorang dalam proses pembelajaran untuk mempelajari sesuatu bidang selain menjadi rujukan dalam pembelajaran. Berikut adalah contoh-contoh istilah-istilah mengikut bidang-bidang tertentu. 14
  15. 15. IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu) a. Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Dalam bidang ini, bukan hanya pelajar dalam bidang ICT yang mempunyai kepentingan utama mengapa diwujudkan istilah ini, tetapi juga kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Penting dan perlu adanya atau wujudnya istilah dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi kerana ia dapat membezakan penggunaan sesuatu istilah itu. Contohnya audioconferencing(Bahasa Inggeris) manakala sidang audio (Bahasa Melayu), connection-oriented network (Bahasa Inggeris) manakala rangkaian berorientasikan sambungan (Bahasa Melayu) dan data scrambler (Bahasa Inggeris) manakala pengarau data (Bahasa Melayu). Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Audioconferencing Autosave Broadcast Client-server Connection-oriented network Data scrambler Digital camera Digital certificate Digital purse Digital signature Sidang audio Autosimpan Siaran;siar Pelanggan-pelayan Rangkaian berorientasikan sambungan Pengarau data Kamera digital Sijil digital Dompet digital Tandatangan digital b. Istilah Komputer Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Access Bench mark Capaian Tanda aras 15
  16. 16. IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu) Cursor Data base Download End user Font Hardware Integrated circuit Local area network Kursor Pangkalan data Muat turun Pengguna akhir Fon Perkakasan Litar bersepadu Rangkaian kawasan setempat c. Istilah Undang-undang. Istilah ini penting kepada peguam-peguam. Mudah untuk mereka memberi penerangan tentang sesuatu terma di dalam istilah-istilah mereka. Manakala orang awam pula boleh mengetahui dan memahami apa yang dinyatakan oleh peguam-peguam yang menggunakan istilah undang- undang tidak kira samaada di dalam mahkamah ataupun bilik soal-siasat. Contohnya, administrative order (Bahasa Inggeris) manakala perintah pentadbiran (Bahasa Melayu), fugitive offender (Bahasa Inggeris) manakala pesalah buruan (Bahasa Melayu). Dalam Bidang ICT atau Komputer pula, terdapat banyak penggunaan istilah-istilah Bahasa Inggeris yang kompleks dan sekiranya tidak menggunakan istilah-istilah dalam Bahasa Melayu, akan menyukarkan pengguna, apatah lagi, penggunaan teknologi dalam ICT dan komputer pada era globalisasi ini semakin meluas. Antara contoh Istilah Komputer ialah, access(Bahasa Inggeris) manakala capaian (Bahasa Melayu), Cursor (Bahasa Inggeris) manakala Kursor (Bahasa Melayu), integrated circuit (Bahasa Inggeris) manakala litar bersepadu (Bahasa Melayu). Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Administrative order Civil disorder Civil rights Perintah pentadbiran Gangguan awam Hak sivil 16
  17. 17. IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu) Double jeopardy Diplomatic immunity Extradiction Fraud Fugitive offender Fundamental rights Judicial review Legitimacy Mala fide Mandatory procedure Native Natural justice Pendakwaan dua kali Kekebalan diplomatik Ekstradisi Fraud Pesalah buruan Hak asasi Kajian semula kehakiman Kesahan Mala fide Tatacara mandatory Anak negeri Keadilan asasi d. Istilah Ekonomi atau Pentadbiran Perniagaan merupakan istilah-istilah yang dicipta bagi memudahkan bahasa bidang perniagaan mahupun bidang Pentadbiran Perniagaan. Istilah-istilah dalam bidang ini membantu memudahkan orang ramai dan peniaga agar memahami beberapa perkara atau kata yang berkaitan dengan ekonomi dan bidang Pentadbiran Perniagaan. Contohnya, balance sheet (Bahasa Inggeris) manakala kunci kira-kira (Bahasa Melayu), cash flow (Bahasa Inggeris) manakala aliran tunai (Bahasa Melayu) dan investment climate (Bahasa Inggeris) manakala iklim pelaburan (Bahasa Melayu). Bidang Perhotelan juga tidak ketinggalan dalam pembentukan istilahnya. Bidang Perhotelan mempunyai istilah-istilah yang biasanya digunakan dalam surat-surat jemputan rasmi VIP atau VVIP yang menunjukkan tempat di dalam sesebuah hotel. Antara contoh-contoh Istilah Bidang Perhotelan ialah, ballroom (Bahasa Inggeris) manakala dewan besar (Bahasa Melayu), deluxe room (Bahasa Inggeris) manakala bilik mewah (Bahasa Melayu), banquet (Bahasa Inggeris) manakala bankuet (Bahasa Melayu). 17
  18. 18. IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu) Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Balance sheet Bridging loan Buy out Buy-back price By-product Capital gain Cash flow Certificate of authorization Chief executive officer Deed of trust Investment climate Long term debt Short-term financing Sole agent Steering committee Kunci kira-kira Pinjaman penyambung Beli habis Harga beli balik Keluaran sampingan Laba modal / keuntungan modal Aliran tunai Perakuan kuasa Ketua pegawai eksekutif Surat ikatan amanah Iklim pelaburan Hutang jangka pendek Pembiayaan jangka pendek Ejen tunggal Jawatankuasa pemandu e. Istilah Perhotelan Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Ballroom Banquet Budget hotel Dewan besar Bankuet Hotel jimat / hotel kelas ekonomi 18
  19. 19. IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu) Buffet Business centre Check-in Check-out Cocktail Day use Deluxe room Double room Function room Luncheon Twin bed Waiter (L); waitress (P) Bufet Pusat khidmat urusan Daftar masuk Daftar keluar Koktel Guna siang Bilik mewah Bilik kelamin Bilik majlis Jamuan tengah hari Katil-kembar Pramusaji f. Istilah Fotografi Istilah Fotografi merupakan istilah-istilah yang biasanya adalah istilah lazim dikalangan jurukamera. Dengan adanya istilah-istilah dalam fotografi, maka mudah bagi jurukamera untuk melakukan tugasan mereka. Antara contoh-contoh istilah bidang ini ialah abstract photography (Bahasa Inggeris) manakala fotografi abstrak (Bahasa Melayu), camera angle (Bahasa Inggeris) manakala sudut kamera (Bahasa Melayu) dan half-length potrait (Bahasa Inggeris) manakala potret separuh (Bahasa Melayu). Manakala dalam Istilah Matematik dan Statistik pula, istilah-istilah yang terdapat dalam bidang ini ialah istilah yang sangat berguna kepada pelajar-pelajar terutama dalam pembelajaran Matematik dan Statistik. Antara contoh-contoh istilah dalam bidang ini ialah affine geometry (Bahasa Inggeris) manakala geometri afin (Bahasa Melayu), affine (Bahasa Inggeris) manakala afin (Bahasa Melayu) dan aggregative index (Bahasa Inggeris) manakala indeks pengagregatan (Bahasa Melayu). 19
  20. 20. IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu) Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Abstract photography Between-the-lens shutter Camera angle Daylight film Effective aperture Flash Ground-angle view Half-length portrait Invisible light Latitude of exposure Main lighting Out of focus Periscopic lens Quartz lens Reflect camera Fotografi abstrak Pengatup antara kanta Sudut kamera Filem warna cahaya siang Apertur berkesan Dengar Pandangan sudut bawah Potret separuh Cahaya halimunan Latitude dedahan Pencahayaan induk Luar fokus Periskop Kanta kuarza Kamera reflex g. Matematik dan Sains Matematik dan Statistik pula, istilah-istilah yang terdapat dalam bidang ini ialah istilah yang sangat berguna kepada pelajar-pelajar terutama dalam pembelajaran Matematik dan Statistik. Antara contoh-contoh istilah dalam bidang ini ialah affine geometry (Bahasa Inggeris) manakala geometri afin (Bahasa Melayu), affine (Bahasa Inggeris) manakala afin (Bahasa Melayu) dan aggregative index (Bahasa Inggeris) manakala indeks pengagregatan (Bahasa Melayu). 20
  21. 21. IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu) Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Aerial cable Affine Affine geometry Affine variety Aggregate Aggregation Aggregative Aggregative index Aggregative model Kabel arial Afin Geometri afin Aneka afin Agregat Pengagregatan Berdaya agregat; pengagregatan Indeks pengagregatan Model berdaya agregat 8.0 Analisis Pembentukan Istilah 8.1 Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum bahasa Melayu termasuk kata dari dialek atau bahasa lama. Sesuatu kata yang dipilih untuk dijadikan istilah itu hendaklah memenuhi syarat yang berikut; i. Kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan. ii. Kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim). Contoh: Hospital dan rumah sakit, dipilih hospital Fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi Kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang. 8.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun 21
  22. 22. IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu) Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa serumpun dengan bahasa Melayu sekiranya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu, Contoh – contoh seperti: i. gambut (daripada bahasa Banjar) – peat ii. nyeri (daripada bahasa Sunda) – pain iii. engkabang (daripada bahasa Iban) – ellipenut iv. dermaga (daripada bahasa klasik) – wharf v. dening (daripada dialek Kelantan) – yoke 8.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asal Sekiranya istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan bahasa serumpun dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata daripada bahasa asal atau bahasa asing. Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya di dalam bahasa sumber (perlu disesuaikan) tetapi penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Untuk tujuan keseragaman, bahasa Inggeris yang dianggap paling internasional dijadikan sebagai bahasa sumber melainkan konsep yang berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa Inggeris. Contoh – contoh seperti: Istilah Bahasa Asal Istilah Bahasa Melayu  Atom  Electron  Professional  Psychology  Structure  Radio  Atom  Elektron  Profesional  Psikologi  Struktur  Radio 22
  23. 23. IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)  Television  Radiography  Televisyen  Radiografi 8.4 Penyerapan Istilah Asing Istilah asing boleh dipinjam atas dasar; i. Sesuai maknanya; ii. Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya; iii. Istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan, sekiranya istilah bahasa Melayunya mempunyai banyak sinonim. 8.5 Bentuk-Bentuk Serapan Kata yang diambil daripada bahasa asing terdiri daripada bentuk akar atau terbitannya. Hal ini bergantung pada: i. Konteks situasi dan pemakaiannya di dalam ayat; ii. Kemudahan belajar bahasa; dan iii. Kepraktisan. Pada prinsipnya diambil bentuk tunggal contohnya, spectrum (spektrum) kecuali kalau bentuk jamaknya yang lebih biasa dipakai. 8.6 Istilah Asing yang sudah lazim Istilah asing yang sudah lama digunakan boleh terus dipakai walaupun ada kalanya istilah berkenaan tidak sesuai dengan peraturan. Hal ini dilakukan untuk menjauhkan kekacauan dan kekeliruan. Contoh – contoh seperti : Istilah Asing Istilah Bahasa Melayu  Campaign  Kempen 23
  24. 24. IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)  Custom  Dengue  Grant  Pension  Kastam  Denggi  Geran  Pencen TUGASAN 4 : Hasilkan satu penulisan refleksi berkaitan semua tugasan yang telah dibuat. REFLEKSI Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian. Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek BMM 3111 Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu, saya berasakan tugasan ini amat payah dan sukar untuk dilaksanakan memandangkan ini adalah subjek baru kepada saya. .Saya berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya tentang semantik dan peristilahan bahasa Melayu amatlah sedikit. Namun dengan bantuan pensyarah-pensyarah, rakan - rakan dan sedikit ilmu pengetahuan mengenai semantik dan peristilahan bahasa Melayu dapat saya meneruskan tugasan ini walaupun terdapat masalah kekangan waktu. Cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang berkaitan dan seterusnya mengkaji aspek makna dalam semantik , pembentukan istilah dan ketaksaan dalam ayat berdasarkan ayat dan petikan. Saya telah berjaya mengkaji dan membuat analisis melalui aspek perbendaharaan kata dan istilah serta makna leksikal, makna grammatical, faktor ketaksaan. Aspek-aspek ini dihubungkaitkan dengan bidang semantik dan peristilahan. Sesungguhnya untuk mengkaji dan menganalisis petikan dan ayat bukanlah sesuatu yang mudah dan perlu menghayatinya serta memahami bidang semantic dengan penuh kesungguhan. 24
  25. 25. IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu) Semasa menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang semantik dan peristilahan bahasa Melayu dapat saya kumpulkan dan saya perolehi maklumat-maklumat tersebut melalui buku-buku terutamanya buku Tatabahasa Dewan, sumber internet, laporan akhbar, artikel, jurnal serta soal-selidik. Akhirnya dengan usaha gigih yang saya lakukan, banyak ilmu yang saya perolehi dan akan saya gunakan ilmu ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti. Ilmu yang saya perolehi ini terutamanya membuat analisis akan dapat membantu saya dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di peringkat sekolah atau peringkat yang lebih tinggi. Secara amnya, tugasan ini bukan sekadar memenuhi peruntukan yang disenaraikan untuk pemarkahan sahaja, namun ia memberi kekuatan dan pengetahuan yang lebih meluas mengenai ilmu semantik dan peristilahan bahasa Melayu. Sebagaimana yang kita ketahui semantik merupakan bidang kajian tentang makna sama ada pada peringkat perkataan atau ayat.Manakala istilah pula merupakan kata atau perkataan atau rangkai kata atau gabungan kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Bidang kajian tentang makna dalam bahasa Melayu merupakan sesuatu yang menarik untuk dikaji. Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat saya perolehi melalui tugasan yang diberikan ini .Contohnya dalam memberi arahan dan memberi latihan yang jelas agar tiada ketaksaan atau ambiguity dalam ayat.Sebagai seorang pendidik, ianya amat penting dan berguna sekali dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebagai guru, tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah sekiranya saya diberi peluang untuk mengajar subjek ini nanti. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan terutama kepada Dr.Hussin Bin Sarif serta kepada sesiapa yang telah banyak membantu saya dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan BMM 3111 ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan. Akhir kata ,dalam menyiapkan tugasan ini,saya berharap agar hasil kajian tugasan ini dapat menepati kehendak dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak tuan dan puan. 25
  26. 26. IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu) Mohd. Firdaus Bin Abd. Aziz 821231 – 01 – 6607 Pengajian Melayu Sekolah Rendah ( Kohot 1 ) Kumpulan 3 IPG Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. RUJUKAN http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2011&dt=1107&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm www.docstoc.com/9651163/HBL3303SMP-PSIKOLINGUISTIK-DAN-SEMANTIK# Modul Pembelajaran:BBM 3206 Semantik ;Universiti Putra Malaysia; Selangor Darul Ehsan S. Nathesan ( 2001 ) : Makna dalam Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Abdullah Hassan, Ainon Mohd,(1994), Bahasa Melayu untuk Maktab Perguruan ,Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. F.R. Palmer,(1989), Semantik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka KRB 3033 Pengantar Bahasa Melayu, Perak darul Ridzuan: Universiti Pendidikan Sultan Idris Rodiah Yusoff(2000, Julai), Semantik, Dewan Bahasa, 743-746. Sheikh Othman bin Sheikh Salim(1996),Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka S. Nathesan(2008), Makna dalam Bahasa Melayu Edisi Kedua, Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka Souib Hamat,(2004) Teman Bahasa Kita- Kata Banyak Makna, Johor Darul Takzim; penerbitan Pelangi Sdn Bhd 26
  27. 27. IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu) LAMPIRAN RENCANA ARKIB : 07/11/2011 Bahasa Melayu terbukti bolehdijadikansebagai bahasa ilmu Oleh HASHIM YAACOB PROF. DATUK DR. HASHIM YAACOB ialah bekas Naib Canselor Universiti Malaya SAYA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana yakin untuk memartabatkan bahasa Malaysia, di samping memperkasakan bahasa Inggeris. Beliau mahukan supaya bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu. Saya yakin bahawa bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa kerana bahasa itu mempunyai gedung kata yang luas dan dituturkan oleh sebahagian besar penduduk Asia Tenggara. Pernyataan ini boleh dibuat berlandaskan hujah bahawa bahasa Melayu telah berkembang dengan pesatnya sejak zaman kegemilangan Melaka dan sebelumnya. Bahasa Melayu pada masa itu banyak digunakan bukan hanya oleh keturunan Melayu tetapi juga orang asing yang datang berurusan di negara-negara Melayu. Sekiranya pernyataan berkenaan hendak mendapat kepercayaan orang ramai apatah lagi kepercayaan orang asing maka kita hendaklah menunjukkan bukti nyata bagi menyokong bahawa bahasa ini benar-benar mampu berbuat demikian. Bukti-buktinya memang ada di dalam banyak bidang tetapi kita jarang menelitinya sehinggakan kita sendiri tidak menyedarinya. Sewaktu saya menjadi Dekan Fakulti Pergigian Universiti Malaya (UM) pada 1997, saya dan kakitangan fakulti itu membuktikan bahawa bahasa Melayu memang boleh menjadi bahasa ilmu yang diakui oleh masyarakat antarabangsa. 27
  28. 28. IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu) Kami berjaya memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu apabila kami dianugerahkan pengiktirafan oleh United Kingdom (UK) kepada ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian (SMPP) yang kami hasilkan daripada Fakulti Pergigian UM. Fakulti pergigian ditubuhkan pada 1972 dan mula mengeluarkan doktor-doktor pergigian pada 1976 sehinggalah sekarang. Kursus ijazah SMPP ini memakan masa selama lima tahun iaitu tempoh yang sama panjangnya dengan ijazah yang serupa daripada universiti-universiti di negara Barat. Bezanya hanya dari segi bahasa pengantara pengajaran dan pembelajaran dalam kursusnya sahaja. Kursus ijazah SMPP dari Fakulti Pergigian UM diajar sepenuhnya dalam bahasa Melayu, manakala kursus ijazah yang sama dari UK diajar dalam bahasa Inggeris. Ijazah-ijazah pergigian dari Perancis, Jerman, Netherland, Sepanyol, Itali dan lain-lainnya di negara-negara Barat diajar dalam bahasa negara masing-masing. UK mengiktiraf ijazah-ijazah di negara-negara Barat ini walaupun diajar dalam bahasa bukan Inggeris. UK dan dunia menganggap bahawa bahasa-bahasa Barat itu adalah bahasa ilmu. Apabila UK memberikan pengiktirafannya kepada ijazah SMPP dari UM pada 1997, pihak berkuasa negara itu yang bertanggungjawab dalam pemberian pengiktirafan itu telah membuat kenyataan mengenai nilai taraf kursus ijazah SMPP keluaran UM sebagai mencapai satu tahap kecemerlangan setanding dengan yang terbaik di dunia. Pengiktirafan ini juga bermakna pemegang ijazah SMPP dari UM diiktiraf oleh UK untuk bekerja di negara berkenaan. Pengiktirafan tersebut dibuat atas sebab-sebab bahawa kursus ijazah SMPP keluaran UM itu dijalankan dengan cemerlang mengikut piawaian yang ditentukan oleh UK sendiri, termasuklah kewujudan infrastruktur dan kelengkapan moden, struktur kurikulum pengajaran yang mantap, kewibawaan kakitangan akademik dan professional, penyelidikan penerbitan yang dihasilkan, dan tatacara pengajaran yang dijalankan dalam bahasa Melayu. Pihak pemeriksa UK sedia maklum bahawa kursus ijazah SMPP dari UM ini dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Melayu. Mereka mengakui bahawa kursus ijazah SMPP itu dapat dijalankan dengan sempurna walaupun melalui penggunaan bahasa Melayu. Mereka mengakui bahawa sudah terdapat cukup istilah dalam bahasa Melayu dalam bidang kedoktoran pergigian dan juga perbendaharaan kata am yang luas. Pengiktirafan kepada ijazah SMPP dari UM yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sepenuhnya membawa makna bahawa bahasa Melayu sudahpun menjadi bahasa ilmu dalam bidang kedoktoran pergigian, sehingga membolehkannya mencapai tahap kecemerlangan dunia yang diakui oleh UK. Kalau bahasa Melayu sudah terbukti sekurang-kurangnya boleh menjadi bahasa ilmu dalam bidang kedoktoran pergigian, maka kita boleh bina keyakinan bahawa bahasa ini boleh juga menjadi bahasa ilmu di dalam bidang-bidang lain. Kita hanya perlu menggunakan bahasa ini dengan lebih luas dan membina istilah serta perbendaharaan kata yang bersangkutan dengan bidang-bidang ilmu yang hendak kita terokai. 28
  29. 29. IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu) Sekiranya ini kita lakukan, tentunya kita akan berjaya dan bahasa Melayu akan terbukti sepenuhnya untuk menjadi bahasa ilmu. 29

×