Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Cara isi cuti sekolah

1,256 views

Published on

bm

Published in: Art & Photos
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Cara isi cuti sekolah

  1. 1. Soalan: Cuti sekolah yang panjang sering menimbulkan dilema dalam kalangan ibu bapa terutamanya yang sibuk bekerja. Kesibukan kerja menyukarkan mereka merancang pengisian cuti sekolah yang bermanfaat untuk anak-anak. Jelaskan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa agar anak-anak mendapat faedah daripada cuti sekolah yang panjang. Jawapan: Duduk bersendiri di atas titi, Terasa tenang melihat ikan; Cuti sekolah sememangnya dinanti, Namun perlu diisi dengan kebaikan. [Intro] Pantun empat kerat di atas cukup menerangkan bahawa cuti persekolahan sememangnya perlu diisi dengan perkara yang baik. Hari ini, apabila tiba sahaja musim cuti sekolah, pasti menjadi satu masa yang sekian lama dinanti-nantikan oleh anak-anak, namun sebaliknya menjadi satu masa bagi ibu bapa untuk memikirkan bagaimana ingin memastikan musim cuti sekolah anak-anak mereka dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yangberfaedah. Dewasa ini, kebanyakkan ibu bapa mempunyai kerjaya masing-masing dan kesibukan bekerja membuatkan mereka kurang menghabiskan masa dengan anak-anak. Apa yang mereka tahu, adalah menghantar anak-anak mereka ke sekolah dan mengambil mereka pada waktu petang semasa musim persekolahan. Berbeza dengan waktu cuti sekolah, anak-anak akan lebih menghabiskan masa dirumah dan sesetengah dariada mereka hanya bersendirian dirumah tanpa penjaga. Adakah ibu bapa sanggup membiarkan anak-anak mereka bangun daripada tidur hanya selepas matahari naik mencacak di atas kepala? Dimanakah sensitiviti seorang bapa dan ibu yang mahukan anak-anaknya menjadi penyejuk mata hati seperti mana yang difirmankan Allah di dalam Surah Al-Furqan, ayat ke-74? Menurut imam Al-Bughawi didalam tafsirnya, Qurratu A’yun bererti anak-anak yang baik, bertakwa yang mampu menyejukkan hati dan pandangan mereka. Inilah yang didoakan kepad kita setiap waktu. Persoalannya, adakah berbaloi tempoh masa cuti sekolah anak-anak jika tidak diisi dengan perkara yang berguna? Sudah tentu tidak. Oeh itu, sudah menjadi satu tanggungjawab bagi ibu bapa dalam memastikan hari-hari mereka menjadi hari ynag tidak sia-sia. Pelbagai langkah harus diambil oleh ibu bapa dalam menangani isu ini termasuk perancangan rapi sebelum cuti sekolakh bermula. [I-1] Antara strategi yang boleh dilakukan oleh ibu bapa agar anak-anak mendapat faedah daripada cuti sekolah yang panjang termasuklahmenghantar anak-anak ke kem keagamaan. Mutakhir ini, sudah menjadi satu ‘trend’ apabila anak-anak dihantar ke kem-kem keagamaan sepanjang musim cuti sekolah. Berkonsepkan seperti kem musim panas di negara-negara barat, kem keagamaan ini lebih menekankan kepada hal ehwal agama Islam seperti pengajaran Al-Quran, sirah, ibadah dan aqidah Islam. Ibu bapa hanya perlu membayar yuran kemasukan, dan anak-anak akan diberi makan, tempat tinggal dan mengikuti segala aktiviti yang dijalankan di sana. Kem keagamaan ini boleh dianggap berguna bagi sesetengah ibu bapa yang mungkin terlalu sibuk untuk memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak. “Melentur buluh biarlah dari rebungnya,” lantaran itu, anak-anak sememangnya memerlukan didikan agama yang sempurna dari kecil. Hasilnya, anak-anak akan lebih terdedah dengan ilmu-ilmu agama, seterusnya membina jati diri yang lebih kental. Jelaslah di sini, bahawa menghantar anak-anak ke kem keagamaan mampu menjadikan cuti persekolahan anak-anak lebih bermakna. [I-2] Dalam pada itu, langkah lain yang boleh dilakukan oleh ibu bapa agar anak-anak mendapat faedah daripada cuti yang panjang adalah denganmembawa anak-anak pulang ke kampung. Hal ini demikian kerana anak-anak dapat mengisi masa mereka dengan mengetahui cara kehidupan, makanan dan aktiviti yang dilakukan oleh orang kampung. Dengan itu, masa cuti anak-anak dapat diisi dengan perkara yang berfaedah dan bukannya terlibat dengan masalah sosial yang semakin berleluasa kini. Di samping itu, apabila anak-anak berada di kampung, mereka akan berasa ingin tahu tentang cara kehidupan, makanan dan budaya-budaya lama yang semakin hilang ditelan arus kemodenan serta timbul minat untuk mencuba sesuatu yang baru, seterusnya menjadi sebuah
  2. 2. pengalaman yang berharga bagi mereka. Secara tidak langsung, ibu bapa dan anak-anak dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara sanak-saudara yang sudah lama berjauhan. Persis kata mutiara, "air yang dicincang tidak akan putus", sememangya jika kita meluangkan masa bersama keluarga dapat mengeratkan lagi jalinan kekeluargaan yang sedia ada. Cukup jelas di sini bahawa dengan membawa anak-anak pulang ke kampung dapat mengisi masa cuti anak-anak dengan perkara yang berfaedah. [I-3] Selain itu, ibu bapa juga perlu memberikan perhatian dan kasih sayang terhadap anak-anak terutamanya pada musim cuti persekolahan. Pada musim cuti sekolahlah ibu bapa seharusnya merebut peluang cepumas supaya mengambil cuti bagi meluangkan masa bersama anak-anak dengan membawa mereka pergi melancong ke destinasi-destinasi yang menarik sambil melakukan aktiviti riadah seperti berkhemah. Kunci kepada keamanan dan kebahagiaan rumah tangga seharusnya memiliki sikap saling memahami, berkasih sayang dan tambatan cinta yang luhur dan abadi. Hal ini demikian kerana kehidupan yang bahagia akan membebaskan anak anak daripada masalah dalam pembelajaran di sekolah mereka. Sebagai contoh, anak-anak kebiasaannya dibekalkan dengan kerja sekolah yang banyak, dalam pada itu, ibu bapa berperanan penting dalam mengurangkan tekanan yang dihadapi anak anak dengan membantu mereka ketika belajar seperti kata peribahasa; “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Ada diterangkan di sini, bahawa perhatian yang diberikan oleh ibu bapa membantu dalam memastikan masa cuti anak-anak diisi dengan perkara yang berguna. [I-4] Akhir sekali, ibu bapa boleh juga me ngamalkan konsep “lawatan s ambil be lajar” untuk anak-anak. Konsep sebegini bukan sahaja boleh digunakan di sekolah, malah ibu bapa itu sendiri. Hal ini kerana, sesetengah ibu bapa inginkan anak-anak mereka mendapat ilmu setiap kali mereka melangkahkan kaki keluar dari rumah. Ibu bapa digalakkan mengambil cuti walaupun sehari, untuk membawa anak-anak ke tempat-tempat pembelajaran. Di Malaysia, terdapat banyak tempat-tempat pembelajaran untuk anak-anak termasuklah Petrosains, Planetarium Negara, Aquaria KLCC, Kidzania dan Muzium Negara. Lokasi-lokasi sebeginilah yang baik untuk anak-anak mendapatkan ilmu tambahan, belajar dengan cara yang lebih menyeronokkan dan menimba pengalaman baru. Pada masa yang sama, ibu bapa juga boleh bersama anak-anak melihat pameran-pameran dan permainan pembelajaran yang disediakan, dan secara tidak langsung merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. “Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak melayang,” begitulah sukarnya untuk mendapatkan ilmu kerana ilmu tidak akan datang kepada kita malah sebaliknya. “Sudah terang lagi bersuluh,” sememangnya pengamalan konsep “lawatan sambil belajar” oleh ibu bapa membantu dalam memastikan musim cuti sekolah anak-anak diisi dengan perkara yang berguna. [Konklusi] Secara tuntasnya, cuti persekolahan anak-anak sememangnya wajar untuk dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Musim cuti sekolah bukanlah masa untuk berehat dan bersantai semata-mata, kerana pada masa inilah anak-anak perlu lebih fokus kepada pembelajaran. Kesibukan kerja juga bukanlah alasan untuk tidak meluangkan masa dengan anak-anak. Sekali-sekala, bawalah anak-anak ke destinasi-destinasi pelancongan yang ada, mahupun menghabiskan masa dengan anak-anak di rumah sambil bergotong-royong, beriadah atau bermain bersama. Inilah sikap yang harus ada dalam diri setiap ibu bapa, sebagai langkah dalam memastikan agar anak-anak tidak akan bosan atau hanya mengisi masa lapang mereka dengan menonton televisyen atau melayari internet sahaja setiap kali tiba musim cuti sekolah. Lebih baik jikalau anak-anak ‘disuapkan’ dengan ilmu dan pengalaman baru yang lebih bermanfaat untuk kehidupan mereka, kerana di waktu mudalah mereka mempunyai tenaga dan semangat yang lebih kental. Sekiranya ibu bapa tidak menitikberatkan perihal ini, sudah tentu anak-anak akan terus ‘hanyut’ di arus kealpaan yang membuang masa.

×