Esemen aku

2,529 views

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
2,529
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
58
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Esemen aku

  1. 1. 0 ISI KANDUNGAN Peta Minda …………………………………………….1 Esei Ilmiah …………………………………………….2 Rujukan ……………………………………………….11
  2. 2. 1 PETA MINDA
  3. 3. 2 Interaksi serta Dialog antara Peradaban; Impak dan Relevensinya Terhadap Pembinaan Tamadun Malaysia Proses pembinaan tamadun serta peradaban manusia bukanlah satu proses yang terjadi atau wujud dengan jalan yang mudah atau secara semulajadi, sebaliknya ketamadunan serta peradaban manusia hanya wujud apabila terwujudnya sesuatu hubungan awal yang paling utama iaitu penyesuaian antara manusia dengan alam sekelilingnya. Mengapa hubungan antara manusia dan alam sekeliling yang menjadi hubungan terawal dalam pembinaan tamadun? Hal ini demikian kerana kemunculan serta perkembangan sesebuah tamadun manusia hanya akan berlaku secara berperingkat-peringkat mengikut tahap kemajuan yang dialami oleh sesebuah masyarakat. Hal yang demikian amat bertepatan dengan pandangan para sarjana yang berpendapat bahawa ciri-ciri sesebuah tamadun adalah perkembangan petempatan kekal, organisasi sosial, sistem pentadbiran, kepercayaan dan agama, unit pembandaran serta perkembangan sistem tulisan. (Long, 2009) Bukan itu sahaja, malah dalam membina sesebuah tamadun serta peradaban yang berjaya, sesebuah tamadun itu juga sudah pastinya akan dipengaruhi oleh beberapa tamadun luar yang memberi kesan serta impak yang mendalam. Tamadun Malaysia juga tidak terkecuali. Tamadun Malaysia diasaskan di atas impak interaksi tiga entiti tamadun utama iaitu Tamadun Islam, Tamadun China dan Tamadun India berdasarkan komposisi kaum yang pelbagai dan sekaligus mewujudkan serta mengasaskan sebuah masyarakat majmuk yang unik dan beridentiti. Malah, Tamadun Malaysia juga turut dipengaruhi oleh Tamadun Jepun dan Tamadun Eropah. Interaksi antara tamadun-tamadun luar dengan Tamadun Malaysia telah mengundang berlakunya hubungan dua hala antara bangsa-bangsa dunia terutamanya dalam membina ketamadunan dan peradaban Malaysia yang utuh kini. Hal tersebut disebabkan oleh berlakunya proses perpindahan pesat bukan sahaja dari segi fizikal dan perkembangan ekonomi, malah interaksi yang lebih penting iaitu penyerapan budaya dan pemikiran antara tamadun-tamadun luar yang lain turut berlaku dan masih lagi berterusan hingga ke hari ini. Sudah pastinya, kegemilangan setiap tamadun yang berjaya memberi impak dalam pembinaan Tamadun Malaysia juga tetap mempunyai latar belakang serta asal-usulnya yang unik dan tersendiri. Seperti yang telah diketahui umum, Tamadun Malaysia dibina berasaskan kepada tiga entiti tamadun utama dunia iaitu Tamadun Islam, Tamadun China dan Tamadun India.
  4. 4. 3 Tamadun Islam iaitu antara tamadun terawal yang berinteraksi serta memberikan impak yang besar dalam pembinaan Tamadun Malaysia adalah merupakan sebuah tamadun yang bermula di Timur Tengah atau Asia Barat terutamanya di kawasan Tanah Arab. Pembinaan tamadun ini bermula sejak zaman kegemilangan dibawah pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w di Madinah lagi sejak peristiwa hijrah sebelum berkembang pesat dengan pembukaan Kota Mekah. Tamadun Islam merupakan satu-satunya tamadun yang unik kerana pembentukan serta pembinaannya adalah berasaskan sumber wahyu semata-mata iaitu Al-Quran dan Al- Hadis yang menjadi pegangan kuat umat Islam hingga kini. Bukan itu sahaja, malah Tamadun Islam mempunyai asas yang amat kukuh iaitu aqidah, syarak dan akhlak yang sekaligus menyebabkan tamadun Islam bukan sahaja mampu untuk berkembang dengan pesat, malah berupaya untuk memberi kebahagiaan kepada kehidupan manusia sejagat. (Mahmud, 2011, pp. 22-23) Berbeza pula dengan Tamadun China. Tamadun China pada awalnya dikenali sebagai Tanah Besar China terletak di Asia Timur dan berada di sebelah lautan pasifik. Tamadun awal China mula dikesan sejak tahun 2000 SM dengan pembentukkan dinasti yang terawal iaitu Dinasti Xia ataupun Dinasti Shang. Perkembangan Tamadun China mempunyai tiga tahap.Iaitu tahap permulaan, keemasan dan peralihan. Bukan itu sahaja, malah tamadun ini mempunyai sifat-sifat terbuka dalam interaksinya dengan tamadun dunia yang lain walaupun pernah dicabar oleh tamadun-tamadun lain dan mengalami perubahan dalam proses perkembangan yang panjang, namun tamadun ini mengekalkan identitinya sebagai suatu tamadun yang berkesinambungan dan kekal pada keseluruhannya. (a1spm09-sejarah, 2009) Tamadun India pula merupakan antara tamadun manusia yang tertua di dunia dan terbentuk melalui proses yang panjang iaitu bermula sejak zaman awal tamadun di Lembah Indus sehinggalah ke zaman pertengahan dan moden. Secara umumnya, pembentukan Tamadun India bermula pada 2500 SM dan lebih dikenali sebagai Tamadun Lembah Indus. Lembah Indus terletak di bahagian barat Laut India, lebih tepat lagi ia berada di dalam negara Pakistan. Pembinaan tamadun India adalah hasil daripada pertembungan dua bangsa yang utama iaitu Aryan dan Dravidia. Hasil daripada proses pertembungan tersebut menghasilkan interaksi yang akhirnya membawa kepada kelahiran agama Hindu dan penjelmaan sistem kasta. Perkembangan seterusnya menjadikan Tamadun India sebuah tamadun yang agung hingga pengaruhnya keluar daripada tamadun khasnya di Asia. ((et.al), 2008)
  5. 5. 4 Bukan itu sahaja, pembinaan Tamadun Malaysia juga turut dipengaruhi oleh dua tamadun asing iaitu Tamadun Jepun dan juga Tamadun Eropah. Tamadun Jepun merupakan salah satu tamadun Asia Timur yang terkenal sebagai negara ‘matahari terbit’. Tamadun ini terletak di Asia Timur dan terdiri daripada 4 buah pulau utama iaitu Honshu, Shikoku, Khusyu dann Hokkaido. Tamadun Jepun merupakan salah satu tamadun terhebat dunia. Kehebatan tamadun tersebut terbukti dengan pembinaan tamadunnya yang diusahakan sendiri oleh masyarakat tempatannya. Proses seperti asimilasi, akulturasi, dan singkristisme telah berlaku dengan meluasnya dalam peradaban Jepun dan tidak terbatas dalam kebudayaan serta sistem tulisannya semata-mata. Sungguhpun Tamadun Jepun banyak dipengaruhi unsure-unsur dari tamadun-tamadun luar yang lain namun, tamadun ini masih mampu mengekalkan jati diri serta keunikannya yang tersendiri. Tamadun Barat pula sungguhpun terpaksa melalui Zaman Gelap dan Zaman Pertengahan selepas keruntuhan empayar Rom, ia tetap memberi impak yang besar dalam proses interaksi antara tamadun terhadap pembentukan Tamadun Malaysia. Tamadun Barat telah berjaya bangkit mencapai Zaman Moden sekitar tahun 1500 M dan dipimpin oleh golongan Monarki Baru. Bukan itu sahaja, malah menjelangnya pertengahan kurun ke-15, kerajaan baru sudah mula wujud di Eropah Barat. Bagi mewujudkan satu unit politik yang utuh, pemerintah telah mengawal golongan pentadbir, bangsawan dan tentera. Tamadun Barat sebagai salah sebuah negara bangsa turut memantapkan lagi kedudukannya melalui golongan pentadbir yang dilantik dan diberi gaji, tentera tetap yang diberi upah dan sistem cukai yang berkesan. (MuBaroque, 2009) Sesungguhnya setiap tamadun mempunyai latar belakang yang berbeza dari satu tamadun dengan tamadun yang lain. Tuntasnya, setiap tamadun terbentuk dengan cara dan gayanya yang unik dan tersendiri. Oleh itu, interaksi antara tamadun-tamadun yang mempunyai latar belakang serta asal-usul pembentukan yang unik dan pelbagai sudah pastinya mampu mendatangkan impak serta kesan yang variasi serta hebat terhadap pembentukan Tamadun Malaysia ke arah membina sebuah negara bangsa yang maju dan berdaya saing bukan sahaja dari sudut pembangunan lahiriah dan ekonomi semata-mata malah turut menekankan kemajuan serta pembangunan dari sudut pemikiran serta mentaliti masyarakatnya yang beridentiti dan berbilang kaum.
  6. 6. 5 Interaksi antara tamadun hanya akan berlaku jika wujudnya sifat toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain. Sifat keterbukaan sesebuah tamadun akan memberi peluang terjadinya interaksi antara tamadun tersebut dengan tamadun-tamadun lain seterusnya menggalakkan percambahan pemikiran dan budaya disamping memperkayakan lagi sesebuah tamadun tersebut dalam pelbagai aspek. Begitu juga dengan Tamadun Malaysia. Interaksi antara tamadun-tamadun telah mendatangkan impak yang besar dan mendalam terhadap pembinaan Tamadun Malaysia hasil daripada sifat keterbukaan atau lebih dikenali sebagai ‘Dasar Buka Pintu’ yang diamalkan. (Amanizaini, 2010) Terbentuknya Perlembagaan sebagai asas serta panduan dalam pembentukan Tamadun Malaysia merupakan salah satu impak positif yang terbesar hasil dari interaksi tamadun-tamadun ke atas pembentukan Tamadun Malaysia yang masyarakatnya berbilang kaum serta berbeza agama dan kepercayaan. Kandungan Perlembagaan Malaysia Bahagian 1, Perkara 3 (1) telah jelas dan terang menekankan agama Islam sebagai agama persekutuan dan agama rasmi negara. Sungguhpun masyarakat Malaysia terdiri daripada masyarakat melayu yang majoritinya beragama islam serta pelbagai bangsa lain yang berbeza agama serta kepercayaan, namun hak mereka untuk beragama adalah sama rata dan tidak pernah diketepikan. Malah, mereka turut diberi kemudahan tempat beribadah yang sama serta disambut perayaan secara bersama dan besar-besaran. (Amanizaini, 2010) Begitu juga dengan Dasar Pendidikan Negara yang digubal secara adil dan saksama tanpa mengira bangsa yang berbeza. Semua dasar pendidikan dan pelajaran seperti Penyata Barnes, Laporan Razak, Penyata Rahman Talib serta lain-lain dasar telah digubal berhubung isu pendidikan yang memainkan peranan yang amat penting dalam memupuk perpaduan kaum. Hal ini bagi memastikan jurang pengasingan yang wujud sebelum ini dimansuhkan dan digantikan dengan sistem pendidikan yang baharu, seragam dan menyeluruh bertepatan dengan hak menimba ilmu dan pendidikan bagi semua kaum di Malaysia. Pemansuhan jurang pengasingan tersebut serta menitikberatkan kesamaan taraf merupakan impak positif yang sangat penting hasil daripada interaksi antara tamadun-tamadun terhadap pembentukan Tamadun Malaysia. (Amanizaini, 2010) Di Malaysia terdapat pelbagai bangsa, secara tidak langsung, untuk berkomunikasi di antara satu sama lain, satu bahasa amat diperlukan untuk mencapai kesefahaman dan sebagai alat perpaduan yang lebih efisien. Oleh sebab terdapat tiga entiti bangsa yang utama dalam Tamadun Malaysia, maka sudah pastinya terdapat tiga bahasa utama berbeza yang sering
  7. 7. 6 dijadikan sebagai bahasa pengantar bangsa masing-masing. Antara bahasa yang terdapat di Malaysia ialah bahasa melayu, bahasa cina, bahasa tamil. Jadi amat sukar bagi setiap bangsa untuk berkomunikasi antara satu sama lain jika tiada bahasa pengantar yang khusus dan selaras. Maka, Bahasa melayu telah disepakati dan dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam Tamadun Malaysia. (Amanizaini, 2010) Sungguhpun terdapat banyak impak positif kesan daripada interaksi antara tamadun- tamadun terhadap pembentukan Tamadun Malaysia, namun masih terdapat impak negatif yang mempengaruhi Tamadun Malaysia. Perbezaan status ataupun sosio-politik merupakan satu impak negatif yang sangat membimbangkan. Pertembungan dan interaksi antara tamadun mewujudkan sedikit perbezaan dari segi status kependudukan yang mempengaruhi perkembangan politik dan kegiatan sosial. Orang Melayu diberikan hak yang lebih jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain di Malaysia. Hal ini adalah kerana kaum Melayu merupakan kaum peribumi asal di Tanah Melayu. Hasilnya, peristiwa hitam 13 Mei pernah berlaku dimana terjadinya perselisihan antara kaum dalam menuntut hak mereka akibat ketidakpuasan hati dalam kalangan mereka sendiri. (Amanizaini, 2010) Bukan itu sahaja, malah pencapaian yang tidak seimbang juga turut berlaku dalam beberapa aspek penting khususnya dalam aspek pendidikan. Sistem pendidikan penjajah mewujudkan sekolah mengikut kaum dan logistik etnik di Malaysia atau lebih dikenali sebagai pendidikan vernakular. Pengasingan sistem pendidikan tersebut mula berlaku antara etnik. Masyarakat Melayu dengan pendidikan Melayu, etnik India dengan pendidikan berteraskan bahasa Tamil dan etnik Cina pula dengan teras bahasa Mandarin atau bahasa cina. Pengasingan tersebut adalah hasil daripada interaksi antara tamadun yang mewujudkan kelas- kelas sosial dan masyarakat dari segi status kependudukan yang memungkinkan semangat muhibbah dan perpaduan terhakis sedikit demi sedikit. (Amanizaini, 2010) Secara holistiknya, interaksi antara tamadun-tamadun telah mendatangkan impak yang pelbagai dalam pembentukan Tamadun Malaysia. Sungguhpun interaksi antara tamadun- tamadun turut mendatangkan impak yang negatif terhadap pembinaan Tamadun Malaysia, namun interaksi antara tamadun-tamadun tetap amat penting dan sangat diperlukan dalam membina sesebuah tamadun yang bersifat progresif ke arah penambahan baik segala kekurangan dengan menimbang segala impak positif dan negatif. Namun begitu, perlu diingatkan bahawa interaksi antara tamadun sama sekali tidak mungkin akan terjadi tanpa wujudnya dialog antara peradaban yang efisien dan berkesan.
  8. 8. 7 Dialog peradaban sering diperkatakan sebagai satu proses komunikasi dua hala antara tamadun yang sangat penting dalam membentuk sebuah tamadun yang berjaya. Malah bukan itu sahaja, pakar bidang ketamadunan menggelarkan zaman ini sebagai Zaman Dialog yang menggantikan Zaman Monolog yang telah pun berlalu . Dialog antara peradaban adalah suatu perbincangan yang dijalankan oleh dua pihak atau lebih, dimana pihak masing-masing mempunyai pandangan yang berbeza. Tujuan utamanya adalah untuk saling bertukar-tukar pendapat dan belajar antara satu sama lain sehingga pihak masing-masing dapat mengubah pandangannya dan meningkatkan kefahaman bagi menambah baik disamping meningkatkan tamadun masing-masing. Untuk menjadikan dialog sebagai mekanisme perpaduan yang berkesan, kita memerlukan pendedahan ilmiah untuk membolehkan kita membuat penilaian yang tepat mengenai sifat dan tamadun masing-masing . Penilaian yang tepat ini bukan hanya akan membantu kita meneruskan semangat muhibah antara tamadun sekalipun kita mengakui wujud perbezaan antara kita, tetapi apa yang penting, ia dapat membantu membentuk konsep Tamadun Malaysia. (MAJID, 2008) Melalui dialog antara peradaban juga, kita boleh membincangkan perkara-perkara yang boleh atau perlu disepakati. Di Malaysia, dialog peradaban amat perlu bukan hanya sebagai wahana dasar tamadun Malaysia boleh disepakati mahu pun dihayati, malahan apa yang lebih penting lagi adalah ia amat penting dalam kesinambungan Tamadun Malaysia secara keseluruhannya demi membina tapak atau asas nilai spiritual yang kukuh untuk memastikan pembangunan dan kemajuan material yang begitu pantas berlaku, tanpa meminggirkan keperluan, pembangunan modal insan yang merupakan tujuan akhir segala pembangunan material-fizikal tersebut. (MAJID, 2008) Pendek kata, dialog antara peradaban amat perlu dalam pembentukan sesebuah tamadun yang berjaya. Hal ini demikian kerana dialog antara peradaban salah satunya adalah bertujuan untuk mencapai satu kata putus dan persefahaman serta persepakatan dalam menentukan nilai-nilai universal dan sejagat yang bukan sahaja mampu diserap masuk ke dalam semua tamadun yang saling berinteraksi antara satu sama lain, malah turut mampu diterima secara menyeluruh dan terbuka oleh semua tamadun tanpa sebarang krisis mahupun sengketa.
  9. 9. 8 Nilai-nilai universal adalah sesuatu perkara atau nilai yang bersifat kolektif dan mampu diterima oleh masyarakat sejagat dan tidak dibatasi oleh perbezaan kaum, agama dan kepercayaan, kelompok mahupun fahaman politik. Nilai-nilai tersebut sudah pastinya bersifat menyeluruh dan tidak menyentuh sebarang sentimen-sentimen perkauman mahupun sensitiviti mana-mana bangsa mahupun agama. Pembinaan serta pembentukan tamadun yang berasaskan idea keagamaan adalah merupakan antara nilai-nilai universal yang mampu diterima oleh masyarakat sejagat. Peranan agama dalam semua tamadun sangat penting kerana nilai agama merupakan nilai yang bersifat menyeluruh dan bukan sahaja mampu memantapkan struktur sosial dan intelektual sesebuah tamadun, malah mampu memajukan pembangunan lahiriah dan rohaniah sekaligus melahirkan sesebuah tamadun yang seimbang. (haba, 2008) Disamping itu juga, sesebuah tamadun perlu mementingkan kebijaksanaan dalam kepimpinan bagi memastikan serta merealisasikan pembentukan serta pembinaan tamadun yang berjaya. (haba, 2008) Kebijaksanaan dalam kepimpinan dianggap sebagai salah satu daripada nilai-nilai universal yang mampu diterima oleh masyarakat sejagat dari pelbagai tamadun kerana kebijaksanaan merupakan tunjang dan asas penting dan utama dalam setiap perkara yang dilakukan terutamanya dalam memegang tampuk pemerintahan sesebuah tamadun. Pemimpin adalah ketua dan secara fitrahnya rakyat akan sentiasa berharap kepada pemimpinnya. Jika seseorang pemimpin tidak bijaksana dalam membuat sebarang keputusan yang berkaitan tamadunnya, jika tersilap langkah, maka akan runtuhlah tamadun yang dengan susah payahnya terbentuk dalam satu tempoh masa yang panjang sebelum ini. Disamping itu, martabat orang berilmu juga dipandang tinggi dalam setiap tamadun. Hal ini kerana setiap tamadun mementingkan ilmu serta orang-orang yang berilmu dan turut dianggap sebagai salah satu daripada nilai-nilai universal yang sangat penting dan releven sepanjang zaman. (haba, 2008) Tanpa ilmu, sesebuah tamadun tidak akan mampu untuk berkembang mahupun berinteraksi antara satu sama lain. Hal ini akan menyebabkan sesebuah tamadun tersebut mundur dan ketinggalan. Bukan itu sahaja, malah setiap tamadun mementingkan serta menekankan pendidikan terhadap masyarakatnya bagi melahirkan populasi masyarakat yang berilmu dan berintegriti.
  10. 10. 9 Sesungguhnya, terdapat banyak nilai-nilai universal yang mampu dicapai dan disepakati oleh semua lapisan masyarakat dari pelbagai tamadun yang berinteraksi hasil daripada dialog antara peradaban. Tamadun Malaysia juga sudah pastinya tidak terkecuali. Namun begitu, masih terdapat beberapa cabaran yang bukan sahaja perlu dihadapi malah turut menjadi tribulasi serta halangan besar kepada proses dialog peradaban di Malaysia. Pembentukan satu persepakatan serta permuafakatan pemikiran terhadap identiti peradaban itu sendiri merupakan cabaran yang paling utama yang turut menjadi tribulasi kepada proses dialog peradaban. Hal ini terjadi atas sebab faktor kepelbagaian latar kependudukan masyarakat Malaysia yang terbentuk oleh beberapa komposisi kaum. Sebagaimana yang telah kita ketahui, semasa Malaysia di bawah pemerintahan penjajahan Inggeris, latar kependudukan masyarakat telah berubah dan berkembang. Pelbagai etnik telah wujud dan menyukarkan proses berdialog peradaban memandangkan penyatuan kaum-kaum tersebut agak sukar dilaksanakan. Bukan itu sahaja, secara fitrahnya, kaum serta masyarakat yang berbeza mempunyai mentaliti serta pemikiran yang berbeza, malah lebih parah lagi adalah mentaliti sesuatu kaum atau masyarakat amat sukar sekali untuk diubah ataupun menerima sebarang perubahan. Secara umumnya, nilai dan pemikiran masyarakat Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa pola atau aliran. Aliran pertama sering diistilahkan dalam diskusi ilmiah sebagai ‘tradisional’. Ia merujuk kepada suatu bentuk cara pemikiran masyarakat yang amat menekankan kepada asas-asas warisan di dalam kehidupan mereka. Pola atau aliran nilai dan pemikiran kedua yang juga sedang berkembang pesat di Malaysia dikenali sebagai ‘liberal’. Ia menggambarkan suatu bentuk cara hidup yang berusaha untuk membebaskan dirinya dari keterikatan dengan asas-asas warisan yang menjadi sumber dan teras utama oleh masyarakat tradisional. Mereka beranggapan bahawa beberapa asas di dalam warisan tradisional boleh menghambat kemajuan diri dan masyarakat. Maka, dalam proses dialog peradaban, Tamadun Malaysia terpaksa mendepani serta menghadapi beberapa cabaran yang menjadi tribulasi kepada proses tersebut. Sungguhpun begitu, cabaran-cabaran tersebut akan mampu dihadapi sekiranya setiap rakyat mengambil inisiatif yang pelbagai di samping sama-sama berganding bahu membantu kerajaan dalam merealisasikan pembentukan Tamadun Malaysia yang maju serta berdaya saing seiring dengan tamadun-tamadun besar lain seperti yang diimpikan.
  11. 11. 10 Secara holistiknya, dapat dirumuskan bahawa dalam membina sesebuah tamadun yang berjaya dan gemilang, pengaruh daripada tamadun-tamadun lain yang mempunyai latar belakang yang pelbagai amat perlu dan penting. Hal ini kerana, interaksi antara tamadun- tamadun yang mempunyai latar belakang serta asal-usul pembentukan yang unik dan pelbagai sudah pastinya mampu mendatangkan impak serta kesan yang variasi serta hebat terhadap pembentukan Tamadun Malaysia ke arah membina sebuah negara bangsa yang maju dan berdaya saing bukan sahaja dari sudut pembangunan lahiriah dan ekonomi semata-mata malah turut menekankan kemajuan serta pembangunan dari sudut pemikiran serta mentaliti masyarakatnya yang beridentiti dan berbilang kaum. Bukan itu sahaja, interaksi antara tamadun-tamadun lain juga turut memberi impak yang besar dalam membentuk Tamadun Malaysia yang mapan hasil daripada dialog antara peradaban yang berkesan. Namun begitu, dalam mencapai dialog antara peradaban yang berkesan dan efektif, Tamadun Malaysia terpaksa menghadapi beberapa cabaran yang menjadi tribulasi kepada proses tersebut.
  12. 12. 11 RUJUKAN (et.al), F. H. (2008). Tajuk Keempat : Tamadun India. Diakses Mac 7, 2011, daripada www.perlis.uitm.edu.my/citu/images/stories/gallery/.../t4ctu551.pdf a1spm09-sejarah. (2009). Tamadun China. Diakses Mac 7, 2011,daripada SEJARAH @ SPM: http://a1spm09-sejarah.blogspot.com/2009/01/tamadun-china.html Amanizaini. (2010, Julai 31). INTERAKSI ANTARA TAMADUN (BAB 3).Diakses Mac 7, 2011, daripada E-NOTA PELAJAR: http://www.enotapelajar.com/2010/07/interaksi-antara- tamadun-bab-3.html haba. (2008, Disember 4). Nilai-Nilai Universal Antara Tamadun. Diakses Mac 8, 2011, daripada TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA: http://titas- haba.blogspot.com/2008/12/nilai-nilai-universal-antara-tamadun.html Long, P. (2009, Februari 11). Pembinaan Tamadun. Diakses Mac 7, 2011, daripada notapismp: http://notapismp.blogspot.com/2009/02/pembinaan-tamadun_10.html Mahmud, D. M. (2011). TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS). Kedah: Pustaka Darussalam. MAJID, M. S. (2008, Julai 28). Kepentingan dialog antara peradaban (Bhg. 1). Diakses Mac 7, 2011, daripada UmmatanWassatan.Net: http://ummatanwasatan.net/2008/07/kepentingan-dialog-antara-peradaban-bhg-1/ MuBaroque. (2009, Mac 31). Tamadun Dunia STPM. Diakses Mac 7, 2011, daripada Pentadbiran Tamadun Barat/Eropah: http://tamadundunia- stpm.blogspot.com/2009/03/pentadbiran-tamadun-barat-eropah.html

×