2. PROGRAM : BENGKEL GAFE ( GOOGLE APPLICATION FOR
EDUCATION )
ANJURAN : KELAB INFORMATIK FTSM, UKM
TARIKH : 25 & 27 MEI 2015 ( 8 – 11 MALAM )
TEMPAT : MAKMAL KHAS 1, FTSM, UKM
PENASIHAT PROGRAM : DR. SHEREENA BINTI MOHD ARIF
KETUA PENGARAH : MOHD AFAA BIN AHMAD
JAWATAN : AJK PROTOKOL & PESERTA
3. LATAR BELAKANG PROGRAM
Bengkel GAFE ini dirancang di peringkat kelab sebagai platform bagi
memberi persedian kepada aktiviti yang bakal dilaksanakan pada masa akan datang
iaitu Bengkel pengajaran Google untuk guru. Dan apa yang dipelajari daripada
bengkel GAFE ini akan diaplikasikan pada bengkel pengajaran untuk guru yang
mana ahli kelab Informatik sendiri yang akan mejadi tenaga pangajar semasa
bengkel itu berlangsung nanti.
Selain itu, bengkel GAFE ini juga merupakan salah satu langkah Kelab Informatik
dengan kerjasama seorang pelajar UKM iaitu SC Kim yang menjadi Google Student
Ambassador (GSA) bagi memperkenalkan dan mendedahkan kepada ahli kelab
tentang aplikasi Google. Melalui program ini ahli kelab akan dapat meningkatkan
kemahiran mereka yang sedia ada dalam menggunakan produk Google dan
berkongsi pengetahuan yang mereka perolehi dengan yang lain.
4. MISI PROGRAM :
Mengadakan bengkel GAFE sebagai satu platform persediaan untuk ahli kelab
mempelajari dan berkongsi pengetahuan yang diperoleh dengan yang lain.
VISI PROGRAM :
Mengaplikasikan apa yang dipelajari ke dalam Bengkel GAFE yang akan datang
iaitu GAFE for teacher.
OBJEKTIF PROGRAM :
Mempromosikan produk Google serta memberi pendedahan kepada ahli kelab
tentang aplikasi Google.
Memberi pendedahan kepada ahli kelab tentang Google Student Ambassador
(GSA) .
Melahirkan mahasiswa yang berketerampilan dalam menggunakan teknologi
maklumat yang ada pada masa kini.
5. SUMBANGAN DALAM AKTIVITI
Mendapatkan tempat yang sesuai untuk melakukan aktiviti.
- Mencari tempat yang mempunyai kemudahan untuk menggunakan
komputer dan akses Internet.
Menyediakan surat tempahan makmal untuk melakukan aktiviti.
- Menyediakan satu surat tempahan makmal bersama setiausaha
program untuk mendapatkan kelulusan daripada Dekan FTSM.
6. HASIL PEMBELAJARAN
Meningkatkan nilai kebertanggungjawaban dalam diri saya.
- yang mana saya telah menyempurnakan tugas yang diamanahkan iaitu
mencari tempat untuk melakukan aktiviti dan mendapatkan kelulusan
daripada Dekan untuk menggunakan makmal.
Memupuk sikap bekerjasama dalam diri saya iaitu saling tolong menolong
dalam melengkapi tugasan masing masing agar program berjalan dengan
lancar.
- yang mana saya selaku AJK Protokol dan juga AJK Kelab Informatik ini
sendiri telah berjumpa dengan pensyarah kelab untuk bertanyakan mengenai
perjalanan program ini dan hasil daripada perjumpaan tersebut saya telah
kongsikan dengan Ahli Majlis Tertinggi Kelab.
Mengikuti etika bermesyuarat.
- yang mana saya akan cuba untuk menghadirkan diri setiap kali mesyuarat
dibuat untuk membincangkan mengenai status perkembangan program.
7. Belajar mengenai etika dan format yang betul dalam berurusan dengan orang
atasan.
- yang mana surat tempahan yang dihantar tidak diterima oleh pegawai di pejabat
dekan kerana bersifat tidak formal dan dikehendaki untuk membuat surat yang
baru.
Menunjukkan tingkah laku yang professional dengan memikirkan jalan
penyelesaian yang sesuai iaitu :
- dengan bertanya kepada pegawai tersebut tentang kekurangan yang terdapat
dalam surat tersebut
- dan mendapatkan contoh format yang betul daripada rakan dari PERTAMA
untuk dibuat rujukan.
Dan yang terakhir, saya dapat rasakan tugasan ini banyak melatih saya untuk
memupuk aspek nilai, sikap, etika dan profesionalisme yang dapat saya
aplikasikan dalam kehidupan seharian saya.
8. KESIMPULAN
Sebagai salah seorang AJK dan ahli kelab yang terlibat dalam
menjayakan bengkel ini, saya berasa sangat berbangga kerana dapat
bekerjasama dengan semua ahli yang lain. Dan hasil daripada penerapan
aspek nilai, sikap, etika dan profesionalisme dalam program ini, Bengkel
GAFE ini telah berlangsung dengan jayanya. Walaupun terdapat beberapa
masalah yang timbul semasa dalam proses perancangan dan pengendalian
bengkel ini tetapi masalah tersebut telah berjaya diatasi kerana setiap ahli
menunjukkan sikap dan kerjasama yang baik dalam menanangani
masalah tersebut iaitu dengan sama- sama berfikir dan mengutarakan
pendapat dan jalan penyelesaian masing-masing. Dan sememangnya
dengan adanya penerapan nilai, sikap, etika dan profesionalisme dalam
sesebuah organisasi maka segala apa yang dirancang pasti akan berjalan
dengan lancar dan seiring dengan apa yang dirancang dan diharapkan.