Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

1

526 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

1

  1. 1. 1.0 PENGENALAN Temu duga merupakan satu peluang yang sepatutnya diambil berat oleh setiap pelajar pada masa kini. Tujuan utama temu duga adalah untuk menentukan dan memilih calon yang paling sesuai menganggotai sesebuah organisasi sekali gus mampu menyumbang keuntungan kepada organisasi. Huselid (1994) menegaskan bahawa amalan pengambilan dan pemilihan pekerja akan memberi kesan ke atas prestasi organisasi secara keseluruhannya. Sebenarnya tujuan umum pengambilan dan pemilihan pekerja adalah untuk mencari pekerja yang terbaik bagi sesuatu jawatan yang bersesuaian (picking the right person for the right job). Temu duga boleh dikendalikan oleh seorang penemuduga ataupun oleh beberapa orang, yang dipanggil panel temu duga. Biasanya terdapat 3 atau 5 orang dalam sesuatu panel temu duga dan ia bergantung pada kehendak pihak yang menganjurkannya. Menjalankan tugas sebagai salah seorang panel penemu duga, adalah amat penting untuk sentiasa bersikap adil, bertoleransi sekali gus mempunyai matlamat yang jelas terhadap klasifikasi calon yang bakal menganggotai sesebuah organisasi. Bagi memastikan sesi temu duga dilaksanakan dengan baik, adalah penting untuk memastikan bahawa semua penemu duga mendapat latihan secukupnya. Latihan kepada penemu duga akan meningkatkan keberkesanan dan ketepatan temu duga. Sebelum berlangsungnya sesuatu temu duga, penemu duga seharusnya mendapat gambaran yang jelas tentang pelaksanaan temu duga secara terperinci. Latihan tersebut juga harus menekankan kepada keperluan mengambil nota, kesan tingkah laku bukan lisan penemu duga dan kesilapan lazim serta bias dalam penilaian. Proses pemilihan dalam temu duga adalah berbeza antara sesebuah organisasi dengan organisasi lain. Perbezaan ini banyak bergantung pada saiz sesebuah organisasi. Semakin besar sesebuah organisasi, semakin terperinci proses temu duga dilaksanakan. Berbanding dengan organisasi sederhana atau kecil, temu duga dijalankan lebih kompleks. Walaupun berbeza proses pemilihan, matlamat dalam temu duga masih sama iaitu memilih pekerja dengan pekerjaan yang sesuai. Di samping itu pihak pengurusan atasan harus memastikan kuantiti dan kualiti sumber manusia dalam organisasi dapat menyokong segala misi, matlamat dan strategi organisasi. Atas dasar inilah pengambilan dan pemilihan pekerja dijalankan dengan teliti dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. pengambilan dan pemilihan pekerja boleh mengakibatkan kos pengurusan meningkat, produktiviti menurun, operasi organisasi tergendala dan moral pekerja menjadi rendah.
  2. 2. 2.0 FAKTOR DEMOGRAFI DALAM TEMU DUGA Ciri-ciri demografi seperti jantina dan kelayakan akademik amat dipentingkan dalam pemilihan seseorang pekerja peringkat pengurusan (Richard, 1988). Cook (1988) pula menyatakan bahawa diskriminasi terhadap wanita sering dilakukan pada peringkat senarai pendek dan ia amat mempengaruhi pemilihan pekerja. Bassett (1994) pula berpendapat bahawa pemilihan pekerja perlulah menekankan kelayakan akademik kerana ianya dapat menggambarkan keintelektualan seseorang calon. Arope (1996) yang menegaskan bahawa kelayakan dan keputusan akademik amat penting dalam pemilihan calon-calon untuk ditemu duga. Panel seharusnya mengadili sesi temu duga dengan penuh dedikasi. Kriteria pengalaman kerja, keterampilan dan ciri personaliti calon pekerja dianggap antara kriteria penting bersifat jelas, sekali gus mampu memacu panel temu duga yang jujur, dan bersikap adil. Pengalaman yang dimaksudkan adalah pengalaman yang berkaitan dengan sesuatu pekerjaan yang dipohon. Menurut Dale (1995), pemilihan pekerja pengurusan amat mementingkan pengalaman yang berkaitan dengan bidang pekerjaan tersebut. Pengalaman calon pekerja boleh membantu panel memahami tingkah laku seseorang. Ini kerana, pekerjaan yang melibatkan pengurusan dalam sektor tersebut memerlukan pengetahuan dan pengalaman tentang tugas yang akan dilakukan. Tanpa pengalaman, seseorang itu akan mudah berasa tertekan dalam persekitaran kerja yang amat memerlukan ketepatan. Sebarang kesilapan yang dilakukan berupaya melibatkan keseluruhan organisasi. Pendapat ini mempunyai persamaan dengan apa yang ditegaskan oleh Huselid (1994) yang menegaskan bahawa amalan pengambilan dan pemilihan pekerja akan memberi kesan kepada pengurusan sumber manusia dan prestasi organisasi secara keseluruhannya. Seterusnya adalah aspek keterampilan calon. Hal ini menekankan aspek pakaian dan kekemasan diri. Ia turut dipentingkan dalam pemilihan pekerja peringkat pengurusan. Menurut Lim (1994), keterampilan memberikan persepsi pertama kepada pihak majikan dalam memilih pekerja. Ini disokong oleh Yacob (1996), menegaskan bahawa keterampilan calon penting dalam pemilihan seseorang pekerja dan ia menggambarkan persepsi pertama yang akan dilihat oleh panel dalam temu duga, sama ada calon tersebut benar-benar layak untuk jawatan berkenaan. Kepentingan kriteria ini turut ditekankan oleh Lim (1994) yang menegaskan bahawa keterampilan dapat menggambarkan bagaimana seseorang individu dapat berinteraksi dengan pekerja bawahannya dan menunjukkan semangat dalam melakukan pekerjaan.
  3. 3. Kriteria personaliti dalam amalan pemilihan pekerja meliputi aspek-aspek berfikir, sikap, proses pembuatan keputusan dan nilai yang ada dalam diri seseorang calon. Dakin (1994) yang banyak membuat kajian tentang personaliti menegaskan bahawa personaliti memainkan peranan dalam pemilihan pekerja. Ianya disokong oleh Lim (1994) yang menyatakan bahawa pengurus sumber manusia biasanya berminat terhadap calon yang mempunyai personaliti yang baik seperti berfikiran positif dan terbuka, kreatif dan agresif. Tiga faktor ini mampu membantu panel temu duga menilai calon-calon pekerja sekali gus membuat keputusan yang betul dalam merekrut individu yang tepat tanpa mendatangkan impak yang merugikan organisasi. 3.0 BERETIKA DAN PROFESIONAL DALAM TEMU DUGA Penemu duga perlu melaksanakan tanggungjawab dengan baik pada semua peringkat pelaksanaan temu duga bagi memastikan temu duga tersebut mencapai tujuannya. Penemu duga hendaklah berada di bilik temu duga selewat-lewatnya 30 minit sebelum temu duga yang dijadualkan bermula. Sebaik sahaja berada dalam bilik temu duga, adalah menjadi tanggungjawab penemu duga untuk memastikan bilik temu duga berada dalam keadaan baik dan sesuai digunakan. Selain daripada itu, penemu duga juga hendaklah membuat persiapan temu duga seperti meneliti soalan-soalan temu duga dan mengisi dokumen-dokumen yang berkaitan. Semasa temu duga berlangsung, penemu duga hendaklah memberi peluang kepada calon untuk memberikan maklumat-maklumat tambahan atau bertanyakan soalan. Sejurus selepas calon meninggalkan bilik temu duga, penemu duga hendaklah meneliti kembali catatan yang telah dibuat sepanjang proses temu duga dan membuat penilaian. Catatan tersebut hendaklah mengandungi pemerhatian terhadap tingkah laku sebenar supaya pemarkahan tersebut boleh dipertahankan dan disokong dengan catatan. Penilaian yang baik mengambil kira kesemua kompetensi yang diukur bagi membolehkan markah penilaian diberi tanpa mengamalkan budaya berat sebelah terhadap segelintir perkara. Namun, bias dan kesilapan penilaian tidak seharusnya berlaku dalam proses temu duga berstruktur bagi memastikan calon dinilai dengan adil. Bias boleh berlaku dalam banyak keadaan. Dalam temu duga, Membenarkan prejudis terhadap sesuatu kumpulan orang atau personaliti mengganggu hingga mengakibatkan penilaian ke atas prestasi calon tidak dapat dilakukan dengan adil.
  4. 4. Tambahan pula, penemu duga tidak sewajarnya berkecenderungan untuk memberikan markah penilaian yang tinggi kepada semua calon tanpa mengambil kira prestasi sebenar. Berkemungkinan terdapat calon yang lemah tetapi mendapat faedah melalui kesilapan penilaian oleh penemu duga. Penemu duga seharusnya menjadikan penilaian yang dibuat ke atas calon menggambarkan kompetensi yang dimiliki dan diamalkan. Penemu duga berkecenderungan untuk membuat keputusan berkenaan kebolehan calon dalam masa yang singkat berdasar maklumat yang terhad berkenaan calon. Oleh demikian, adalah penting untuk memastikan bahawa penemu duga memahami sepenuhnya kompetensi yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu tugas pada skim dan gred yang dinilai. Penemu duga boleh meminimumkan kesemua kesilapan penilaian ini dengan memahami sepenuhnya kompetensi yang dinilai dan belajar membandingkan tingkah laku yang ditunjukkan sepanjang temu duga dengan tingkah laku yang menjadi petunjuk kepada tahap kecekapan setiap kompetensi. 4.0 KESIMPULAN Temu duga sememangnya berakar umbi untuk mencari calon yang benar-benar sesuai dalam menganggotai sesebuah organisasi. Rata-ratanya, para graduan masa kini tidak bersedia dalam menghadapi temu duga dengan gagal mempersembahkan kualiti dan nilai yang ada dalam diri sekali gus tidak mampu berfikiran matang dan kreatif. Sikap penemu duga yang adil, mengamalkan sikap toleransi dan menjauhi amalan rasuah amat perlu bagi memilih calon- calon yang sememangnya layak, berketerampilan dan mempunyai bakat dalam mengisi sesuatu kekosongan jawatan di sesebuah organisasi. Bagaimanapun, tidak semua individu akan bernasib baik, kerana persaingan yang sengit dalam pasaran masa kini. Sehubungan itu, graduan seharusnya menukar minda mereka (change of mind-set) dan tidak memilih pekerjaan. Tidak ada alasan untuk tidak mahu bekerja lebih masa atau di luar pejabat. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Mereka juga harus mengetahui bagaimana cara untuk mencipta ruang - ruang baru dalam bidang pekerjaan. Saingan hebat masa kini di dunia kerjaya sudah tentunya mendatangkan masalah besar kepada graduan menganggur.

×