Psiko

662 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
662
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
25
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Psiko

  1. 1. PERTUMBUHAN DANPERKEMBANGAN KANAK-KANAK DISEDIAKAN OLEH : PSIKOLOGIPENDIDIKAN EDC2103 NURHUMAIRAH BT SITI ERWINA BT FAKIR TULOT
  2. 2. KONSEP PERTUMBESARAN DANPERKEMBANGAN KANAK-KANAK
  3. 3. PERKEMBANGAN FIZIKAL• Merujuk kepada tumbesaran saiz badan dan organ-organ fungsi sistem fizikal dan koordinasi kemahiran motor yang halus dan kasar.
  4. 4. PERKEMBANGAN FIZIKAL• Seseorang individu membesar dari keadaan bayi hingga ke keadaan saiz dewasa sebelum mengecut kembali apabila badan mula melalui proses penuaan.
  5. 5. Tumbesaran Saiz Badan
  6. 6. Organ-organ Fungsi Sistem Fizikal
  7. 7. Koordinasi kemahiran motor yang halus dan kasar• Perkembangan motor halus : perkembangan kemahiran kanak-kanak yang melibatkan otot dan jari serta koordinasi mata dan tangan.• Contoh :• a)mengoyak kertas dan tampal pada kertas disediakan• b) mewarna, melukis
  8. 8. • Perkembangan motor kasar : perkembangan kemahiran yang membantu seseorang individu untuk bergerak di sekelilingnya.• Contoh : merangkak, berdiri, berjalan, mengesot
  9. 9. PERKEMBANGAN KOGNITIF• Merujuk kepada perubahan-perubahan yang berlaku semasa otak manusia berfungsi.• Ini termasuk :a) Persepsib) Pembentukan konsepc) Pemerolehan bahasad) Daya ingatane) Kebolehan ruangf) Kebolehan matematikg) Kebolehan penghujahanh) Penaakulan rasional
  10. 10. PERKEMBANGAN AFEKTIF DAN PSIKOLOGI• Merujuk kepada perkembangan perasaan, emosi dan kelakuan individu.• Ia melibatkan kebolehan untuk mengetahui diri sendiri dan kebolehan untuk mengurus emosi serta keterampilan diri.
  11. 11. PERKEMBANGAN SOSIAL• Merujuk kepada kebolehan individu untuk menjalin hubungan dengan orang lain, membentuk persahabatan dan ikatan.• Ia melibatkan perubahan-perubahan dan perkembangan yang berlaku pada personaliti dan kemahiran berhubung sesama manusia supaya individu dapat menyesuaikan dan menerima persekitaran sosial di sekelilingnya.
  12. 12. PERTUMBESARAN• Definisi adalah perubahan-perubahan fizikal atau perubahan-perubahan kuantitatif yang berlaku di dalam seseorang individu.
  13. 13. • Perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku kepada tulang, otot, kelenjar, sistem saraf dan semua organ-organ yang lain dalam badan sehingga mencapai kematangan.• Seseorang individu bertambah besar dari segi saiz dan berat badan dari bayi hingga dewasa.
  14. 14. • Dengan kata lain, tumbesaran juga adalah perubahan-perubahan fizikal pada ketinggian, berat dan saiz yang berlaku pada seseorang individu dengan perubahan masa.
  15. 15. PERKEMBANGAN• Didefinisikan sebagai perubahan berterusan yang berlaku dalam pola kelakuan, kebolehan mental dan personaliti seseorang individu sehingga matang.• Perubahan-perubahan ini adalah kualitatif, melibatkan kecerdasan, kemahiran dan sikap yang berlaku secara progresif di dalam seseorang individu.
  16. 16. BEZA PERTUMBESARAN DAN PERKEMBANGANASPEK PERTUMBESARAN PERKEMBANGANJASMANI Pertumbesaran saiz, berat, gigi, Kemahiran menggunakan organ deria, anggota pertumbuhan fizikal seperti berjalan, melihat, mendengar, membuat kerjaMENTAL Bertambah keupayaan berfikir Kemahiran memikir, mengingat, menaakul, menganalisisEMOSI Perasaan seronok, gembira, Kemahiran mengawal perasaan duka, takut, bimbang, sedih dalam situasi tertentuSOSIAL Meluaskan perhubungan, Kemahiran mendisiplin dan komunikasi dan pergaulan penyesuaian diri dalam pergaulan dengan orang lain dengan orang lain
  17. 17. PRINSIP-PRINSIPPERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK oleh: Ruffin (2001)
  18. 18. PRINSIP-PRINSIP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK1. Perkembangan Berlangsung Dari Kepala Ke Bawah2. Perkembangan Berlangsung Dari Tengah Badan Ke Bahagian Luar3. Perkembangan Bergantung Pada Kematangan dan Pembelajaran4. Perkembangan Berlangsung Daripada Mudah (konkrit) Kepada Yang Lebih Kompleks5. Tumbesaran dan Perkembangan Adalah Satu Proses Yang Berterusan6. Tumbesaran dan Perkembangan Berlangsung Daripada Umum ke Spesifik7. Kadar Tumbesaran dan Perkembangan Tersendiri
  19. 19. 1. Perkembangan Berlangsung Dari Kepala Ke Bawah• Bayi berkembang bermula dengan kawalan di bahagian kepala. (kuatkan bahagian leher)• Kemudian kawalan di bahagian tangan di mana mereka mempelajari untuk memegang objek-objek• Kemudian mereka akan membina kekuatan dan kawalan pada bahagian kaki (mula merangkak, berdiri atau berjalan)
  20. 20. 2. Perkembangan BerlangsungDari Tengah Badan Ke Bahagian Luar• Saraf tunjang berkembang dahulu daripada bahagian- bahagian badan yang lain.• Contoh: bahagian lengan kanak-kanak berkembang dahulu daripada bahagian telapak tangan dan• Bahagian telapak tangan dan kaki berkembang dahulu daripada jari-jari
  21. 21. 3. Perkembangan Bergantung Pada Kematangan dan Pembelajaran1. Kanak-kanak akan bertambah baik dalam pemikiran (kognitif) dan kemahiran psikomotor (fizikal) mereka apabila otak dan sistem saraf berkembang dengan pembelajaran baru yang berterusan daripada persekitaran.2. Kanak-kanak mesti matang ke satu tahap tertentu sebelum mereka dapat memperoleh kemahiran baru. Contohnya, seorang bayi 4 bulan tidak boleh berbahasa kerana sel-sel otak bayi untuk bahasa belum matang lagi
  22. 22. Apa itu kematangan?1. Merujuk kepada apa-apa sahaja perubahan yang berlaku dengan perubahan umur yang bergantung pada tumbesaran fizikal
  23. 23. • Pada umur berapakah pertumbuhan manusia akan terhenti ??
  24. 24. - Biasanya berlaku di sekitar umur 17 hingga 19 tahun…- Ini bermakna individu tersebut telah sampai ke peringkat optimum dalam pertumbuhan tingginya.- Pertumbuhan berlaku hingga satu tahap tetapi perkembangannya berlaku secara berterusan hingga ke akhir hayat.
  25. 25. 4. Perkembangan Berlangsung Daripada Mudah (konkrit) Kepada Yang Lebih Kompleks- Kanak-kanak hanya boleh memahami contoh-contoh konkrit semasa awal zaman kanak-kanak- Mereka hanya faham konsep-konsep yang abstrak dan kompleks apabila mencapai zaman keremajaan- Menggunakan kemahiran kognitif dan bahasa yang mudah dalam zaman awal kanak-kanak untuk memberi sebab-musabab atau menyelesaikan masalah.
  26. 26. 5. Tumbesaran dan Perkembangan Adalah Satu Proses Yang Berterusan• Kanak-kanak membina pengetahuan dan kemahiran baru berdasarkan apa yang mereka telah ketahui atau peroleh iaitu berdasarkan pengetahuan yang lalu. (Teori Konstraktivisme)• Seperti blok binaan: kanak-kanak membina dan mengumpul pengetahuan beransur-ansur, sedikit demi sedikit
  27. 27. 5. Tumbesaran dan perkembangan adalah satu proses yang berterusan• Semua kanak-kanak mengikut pola perkembangan yang serupa.• Satu peringkat perkembangan menjadi asas kepada peringkat perkembangan yang seterusnya.• Contohnya: kanak-kanak mesti sudah pandai mengawal pergerakan tangan untuk memegang pensil atau krayon sebelum mereka dapat melukis atau menulis
  28. 28. 6. Tumbesaran dan perkembangan berlangsung daripada umum ke spesifik• Aspek perkembangan motor, kanak-kanak boleh mengenggam objek dengan keseluruhan tangan baharulah boleh belajar menggunakan ibu jari dan jari telunjuk sahaja.• Tumbesaran berlaku daripada pergerakan otot besar kepada pergerakan otot yang lebih seni (kecil)
  29. 29. Menurut Newman, PR. Dan Newman BM. 1997 tahap perkembangan manusia bermula dari pralahir hingga mati• TAHAP MASA HIDUP • TEMPOH MASA• 1. Pralahir 1. Mengandung hingga lahir• 2. Bayi 2. 2 tahun pertama• 3. Awal kanak-kanak 3. 2 hingga 3 tahun• 4. Pra- sekolah 4. 4 hingga 6 tahun• 5. kanak-kanak pertengahan 5. 6 hingga 11 tahun• 6. Remaja awal 6. 12 hingga 14 tahun• 7. Remaja pertengahan dan akhir 7. 15 hingga 22 tahun• 8. Dewasa awal 8. 22 hingga 34 tahun• 9. Dewasa pertengahan 9. 34 hingga 59 tahun• 10. Dewasa akhir 10. 60 hingga 75 tahun• 11. Tua 11. 75 tahun ke atas
  30. 30. 7. Kadar Tumbesaran dan Perkembangan Tersendiri• Walaupun pola dan urutan tumbesaran dan perkembangan adalah serupa bagi semua kanak-kanak, tetapi kadar pencapaian peringkat tumbesaran bagi setiap kanak-kanak adalah berbeza.• Contohnya, perkembangan intelek seseorang kanak- kanak mungkin maju lebih cepat daripada perkembangan emosi dan sosialnya. Bermain
  31. 31. 7. Kadar Tumbesaran dan Perkembangan TersendiriContoh 2: Tingkah laku kanak-kanak yang berumur 7-12 bulan akan mencapai kebolehan merangkak, duduk, berdiri, bertatih dan berjalan.Irfan-: merangkak (7bln)- mula bertatih (10bln)- berjalan (12 bln)Iffah-: merangkak (8 bln)- mula bertatih (10bln)- berjalan (13bln)** jangka masa untuk mencapai tingkah laku adalah berbeza-beza mengikut individu tetapi tingkah laku yang dicapai adalah sama urutan tertibnya.
  32. 32. KEPENTINGAN MEMAHAMIPRINSIP-PRINSIP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN• Penting dan membantu guru-guru merancang aktiviti-aktiviti yang sesuai dan memberangsangkan• Memberi pengalaman-pengalaman pengayaan untuk kanak-kanak• Memberikan pemahaman asas untuk menggalakkan dan menyokong pembelajaran kanak-kanak** Pembelajaran mengikut tahap perkembangan kanak-kanak
  33. 33. FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN
  34. 34. SEMULA JADI (KETURUNAN)• Keturunan atau faktor gen terdiri daripada pengaruh genetik pada fizikal badan, kecerdasan, kesosialan dan emosi manusia.• Contohnya : keadaan fizikal ( warna mata, warna rambut yang diwarisi daripada ibu bapa atau nenek moyang)
  35. 35. PEMELIHARAAN (PERSEKITARAN)• Termasuklah pengaruh daripada keluarga, rakan sebaya, guru-guru, media massa dan masyarakat.• Faktor latar belakang rumah, sekolah, status sosio ekonomi dan kebudayaan mempunyai pengaruh bagaimana seseorang kanak-kanak itu berfikir, bersosial dan memperoleh kesedaran- kendiri.
  36. 36. • Faktor biologi seperti pengambilan pemakanan, kekurangan makanan, penjagaan perubatan dan pendedahan kepada bencana alam (pencemaran alam) mempengaruhi tumbesaran badan dan minda manusia.
  37. 37. RUMUSAN• Secara ringkas beza pertumbuhan dan perkembangan adalah pertumbuhan merupakan perubahan dari segi fizikal tubuh badan manakala perkembangan merupakan perubahan tingkah laku mental.• Komponen-komponen pertumbuhan dan perkembangan adalah fizikal, kognitif, afektif dan psikologi serta sosial.• Prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan adalah :a) Perkembangan Berlangsung Dari Kepala Ke Bawahb) Perkembangan Berlangsung Dari Tengah Badan Ke Bahagian Luarc) Perkembangan Bergantung Pada Kematangan dan Pembelajarand) Perkembangan Berlangsung Daripada Mudah (konkrit) Kepada Yang Lebih Komplekse) Tumbesaran dan Perkembangan Adalah Satu Proses Yang Berterusanf) Tumbesaran dan Perkembangan Berlangsung Daripada Umum ke Spesifikg) Kadar Tumbesaran dan Perkembangan Tersendiri• Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan adalah faktor semula jadi (keturunan) dan faktor persekitaran.

×