Hbef1503 tugasan masyarakat n tamadun

6,089 views

Published on

Tugasan OUM Sem 3

Published in: Education
  • Be the first to comment

Hbef1503 tugasan masyarakat n tamadun

  1. 1. TUGASAN HBEF1503. SEM.3 2011. 751008035900001.Faridah Husin.1.0 PENGENALAN Kita sering mendengar perkataan “budaya” . Kita juga sering mendengar perkataan “tamadun”. Kadangkala terlintas pada fikiran kita bermacam-macam pertanyaan tentang kedua-dua perkataan tersebut. Apakah maksud budaya? Apakah pula maksud tamadun? Seringkali kita terdengar orang mengaitkan budaya itu dengan tarian, sebab kita selalu melihat atau menonton persembahan tarian dalam satu-satu pertunjukan. Kita menonton persembahan itu dalam majlis, pesta, pertandingan dan dalam majlis ucapan kebudayaan sama ada yang dianjurkan oleh badan sukarela, sekolah, mahupun agensi kerajaan, sehingga tergambar pada kita bahawa budaya ialah tarian. Kadangkala kita langsung menggabungkan kegiatan tersebut dengan kegiatan lain seperti sastera, drama, deklamasi sajak dan muzik, yakni apa-apa yang dikatakan bersifat seni. Pentafsiran seperti ini adalah terlalu sempit. Tamadun pula seusia dengan sejarah pembangunan manusia. Menurut antropologis dan arkeologis, manusia pertama telah hidup di dunia ini sejak lima hingga enam juta tahun yang lalu (Morris et.al.,2001). Sejak itu, manusia berkembang pada tahap awal dalam keadaan yang dikatakan belum bertamadun. Mereka berfikiran kuno dan mempunyai tingkah laku yang primitif. Selanjutnya, setelah beribu-ribu tahun manusia dikatakan mampu dan berjaya membina tamadunnya sekitar tahun 30 000 tahun yang lampau.Manusia moden yang dikenali sebagai Homo sapiens ini telah berhijrah ke seluruh pelosok dunia seperti di Skandanavia, Siberia, China, Amerika Utara, Peru, Chile, Argentina, Australia, New Zealand dan Kepulauan Pasifik. Daripada cucu cicitnyalah lahir masyarakat yang bertamadun yang dikenali sebagai modern man. Tamadun dibina hasil daripada kudrat dan pemikiran manusia. Kekuatan membina tamadun diperoleh daripada cabaran dan suasana persekitaran yang menempatkan ekologi manusia. Tamadun dibina berdasarkan perancangan, pelan tindakan dan hala 11
  2. 2. TUGASAN HBEF1503. SEM.3 2011. 751008035900001.Faridah Husin. tuju yang betul. Ini bererti pengisian tamadun perlu berlandaskan budaya hidup yang tinggi dalam pelbagai aspek kehidupan. Ringkasnya, kehidupan dan tamadun terjalin erat dan tersepadu dalam diri manusia. Menerusi tugasan ini, penulis akan membuat kupasan tentang konsep budaya, konsep tamadun, fungsi budaya dan kepelbagaian budaya yang wujud dalam kelompok manusia berserta dengan contoh-contoh yang bersesuaian`1.1 KONSEP BUDAYA Apa itu budaya? Budaya secara umumnya membawa maksud cara hidup manusia. Budaya merupakan satu proses perkembangan yang melibatkan sahsiah akal, semangat dan usaha dalam sesuatu kelompok manusia. Ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan “budaya” itu sendiri yang bermaksud “budi + daya” di mana budi adalah aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai. Manakala, daya pula adalah aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Oleh yang demikian, budaya secara ringkasnya boleh difahami sebagai segala penghasilan yang wujud dalam satu-satu masyarakat melalui pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya ini penting dalam membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain. Budaya bersifat universal tetapi paradoksnya pada masa yang sama terdapat perbezaan antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat lain. Sesuatu kebudayaan berkembang dan terus dicipta mengikut kesanggupan masyarakatnya. Ada budaya yang dipadankan apabila berlaku pertembungan dengan pengaruh luar sama ada untuk mengisi kekosongan sebagai alternatif atau menokok kepada apa yang telah sedia ada. Maka boleh dikatakan bahawa manusia itu sendiri membentuk budaya dan perkembangan budaya akan mengikut perkembangan masyarakat itu sendiri (A.Aziz Deraman, 2001). Kamus Dewan (2005) mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi ( cara berfikir ), berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem 11
  3. 3. TUGASAN HBEF1503. SEM.3 2011. 751008035900001.Faridah Husin.sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikapdan nilai.Prof. Mohd Taib Osman (1988) memperlihatkan budaya sebagai satu himpunankelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dankemasyarakatan serta menyesuaikan diri dengan alam sekeliling. Selo Soemardjan danSoleiman Soemardi (1984), bersepakat bahawa budaya merupakan alat penghasilankarya seni, rasa serta penciptaan dalam sesebuah masyarakat.Menurut E.D. Tylor (1947), budaya merupakan keseluruhan kompleks yangmengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adatserta amalan kebiasaan yang lain. Ia merujuk kepada perkataan Boudieu yangmembawa maksud satu proses sosial yang membolehkan budaya dan struktur sosialsaling berinteraksi.L.A. White (1956), yang dipetik daripada buku Beberapa Aspek Tamadun Melayu,China, India dan Jepun (2004), berpendapat bahawa budaya merupakan satu polatingkah laku, objek, alat, idea, sentimen yang bergantung kepada simbol-simbol.Tegasnya, tindakan dan tingkah laku tersebut akan menunjukkan nilai yang diterimasecara bersama oleh setiap individu yang terdapat dalam masyarakat.Manakala Kroeber & Kluckohn (1954) pula menjelaskan bahawa budaya adalahsebagai satu entiti yang mengandungi pola implisit serta eksplisit tentang tingkah lakuyang diperoleh dan diwariskan melalui simbol serta berbentuk material.Budaya menurut Malinowsky (1965) dalam bukunya A Scientific Theory of Culturedikelaskan sebagai suatu tindak balas terhadap keperluan manusia. Ini membawamaksud budaya merupakan keseluruhan aspek kemanusiaan dari segi sejarah,institusipolitik, kesusasteraan, muzik, lukisan, falsafah dan sebagainya.Kesimpulannya, budaya dapat difahami sebagai satu cara hidup yang diamalkan olehkebanyakan orang termasuk pemikiran, nilai kepercayaaan, pandangan dan tabiatberfikir seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi. Dengan ini, budaya menjadi hakmasyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah laku mereka. Malah, budaya bolehdikaitkan dengan pengalaman interaksi sosial seseorang individu dengan masyarakatsekitarnya. Dalam pada itu, budaya juga boleh difahami sebagai segala penghasilanoleh manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. 11
  4. 4. TUGASAN HBEF1503. SEM.3 2011. 751008035900001.Faridah Husin. Apabila membincangkan tentang budaya, kita sudah pasti tidak dapat lari daripada membicarakan tentang tamadun kerana tamadun dan budaya merupakan dua konsep yang mempunyai perkaitan yang rapat di antara satu sama lain. Elemen budaya (seperti politik, ekonomi, adat resam,undang-undang, tatasusila dan lain-lain) dan pencapaiannya menentukan tahap dan kemajuan sesuatu tamadun.1.2 KONSEP TAMADUN Tamadun merupakan suatu ciri utama yang memisahkan antara manusia yang hidup tanpa sistem, adab dan kemajuan dengan manusia yang telah mengalami transformasi dan perubahan daripada yang buruk kepada yang baik dan daripada yang baik kepada yang lebih baik. Tamadun membezakan antara manusia prasejarah, manusia primitif yang tidak mengenal peraturan serta susila dan manusia gazar yang terkebelakang dari sudut pembangunan dengan manusia maju dan moden yang telah mencapai suatu tahap kemajuan dari aspek sosio budaya, sosio ekonomi dan sosio politik. Menurut Hashim (2001) : Istilah tamadun berasal daripada perkataan Arab “tamaddun”, yang bererti kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku yang berpunca daripada kata kerja “maddana” yang bererti memperhalus budi bahasa dan memperelok tingkah laku dan juga bererti bersifat halus dan bersikap sopan dalam budi bahasa dan tingkah laku, dan juga kata adjektif “madani” yang bererti berkelakuan seperti orang bandar yang bersifat halus dalam budi bahasa dan beradab sopan dalam tingkah laku (urbane, civilized, refined). Istilah tamadun juga boleh dihubungkan dengan istilah Arab “hadharah” yang membawa maksud diam di bandar, tahu adab sopan dan manis tingkah laku. Tamadun dari segi bahasa membawa maksud yang sama dengan perkataan civilization dalam bahasa Inggeris. Perkataan ini diambil daripada Latin Civitas bererti “bandar”. Perkataan ini dipopularkan dalam kurun kesembilan belas masihi.Sebilangan ahli-ahli antropologi menekankan fakta bahawa “setiap tamadun berkembang dari pusat-pusat bandarnya, membawa kawasan sekitar berada di bawah dominasi politik dan ekonomi 11
  5. 5. TUGASAN HBEF1503. SEM.3 2011. 751008035900001.Faridah Husin.dan pengaruh-pengaruh kebudayaannya ( seumpama tamadun-tamadun Mesir, Aztecdan Greek )”.Azhar (2000), memberi satu pentakrifan yang mudah tentang tamadun. Menurutnya,tamadun ialah pencapaian tinggi oleh manusia dalam apa jua aspek kehidupan (yangbaru). Pencapaian ini termasuk kemajuan dalam bidang politik, ekonomi, sosial,kepercayaan, system nilai dan sains serta teknologi.Mengikut Kamus Dewan, perkataan tamadun bererti “kebudayaan, kemajuan atauperadaban”. Satu lagi perkataan dalam bahasa Malaysia yang hampir samapengertiannya dengan perkataan tamadun ialah perkataan “peradaban” yang membawaerti “kebudayaan, tamadun atau kemajuan (jasmani dan rohani)”. Apakah perbezaanantara tamadun dengan peradaban? Dalam kehidupan seharian, kita menggunakanperkataan adab yang membawa maksud seseorang yang memiliki sopan santun dantatasusila. Adab yang kita gunakan itu lebih merujuk kepada aspek etika, moral danakhlak iaitu nilai-nilai dalaman yang dipancarkan menerusi tutur kata dan perbuatan.Menurut Hashim (2001) “ adab membawa maksud keadaan serta tahap kemajuandalam kehidupan jasmani, rohani dan materi sesuatu bangsa atau masyarakat”.Profesor M.A.J. Beg (1985), menyifatkan tamadun sebagai pencapaian manusia dalambentuk kota, skrip, kesenian, seni bina, agama, undang-undang dan politik.Menurutnya, ciri-ciri ini terdapat pada tamadun tertua di dunia iaitu tamadunMesopotamia sekitar 5000 sebelum masihi terutama dari aspek kewujudan kota, tuguperingatan, agama dan system penulisan.Esa (2001) menegaskan; “Kebanyakan sarjana mengatakan bahawa tamadun amatberkait rapat dengan kebudayaa. Keberkaitannya dengan kebudayaan ibarat seorangibu dengan anaknya. Kebudayaan disebut thaqafah dalam bahasa Arab sementaradalam bahasa Inggeris disebut sebagai ‘culture’ . Kesemua istilah tersebut membawamakna cara hidup yang umum termasuk apa saja yang lahir daripada cara hidup 11
  6. 6. TUGASAN HBEF1503. SEM.3 2011. 751008035900001.Faridah Husin. tersebut seperti politik, ilmu pengetahuan, ekonomi dan seni bina dan salah satu daripadanya ialah tamadun atau pencapaian masyarakat dalam aspek-aspek tertentu daripada kebudayaan tersebut. Oleh itu, tamadun ialah ciri khusus kepada kebudayaan. Malah tamadun ialah sebahagian daripada kebudayaan. Kesimpulannya, istilah “tamadun” boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik, halus, sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tingkah laku serta budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sesebuah masyarakat atau negara bangsa. Ringkasnya, tamadun boleh dilihat sebagai pencapaian satu bentuk budaya tinggi.2.0 FUNGSI BUDAYA Budaya dapat membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan identiti. Sesuatu kelompok manusia hidup dalam lingkungan yang dikenali sebagai budaya. Budaya ini memberikan identiti kepada kelompok itu dari segi cara ia mengendalikan hidupnya sehingga terbit satu identiti yang mewakili kelompok masyarakat tersebut. Sebagai contoh, pertembungan kepelbagaian etnik dan budaya di negara ini menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang bangsa yang cukup menarik serta unik. Identiti masyarakat Malaysia yang hidup aman walaupun terdiri daripada banyak kaum dan budaya telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang dikagumi oleh negara-negara lain. Kebudayaan sangat penting bagi seseorang atau sesuatu masyarakat. Ini kerana budaya melambangkan cara hidup seseorang, sesuatu kumpulan, sesuatu komuniti daripada satu-satu masyarakat. Melalui budaya, kita dapat memahami cara hidup sesuatu kaum atau suku yang lain dalam negara kita sendiri sama ada Melayu, Cina, India, Iban, Murut, Bidayuh, Kadazan, Melanau , Bajau dan Kenyah. Budaya memainkan peranan yang penting khususnya dalam menonjolkan sesuatu kaum. Tanpa budaya, identiti sesuatu kaum itu akan kehilangan buat selama-lamanya. Budaya yang diamalkan seperti makan menggunakan tangan, memakai pakaian 11
  7. 7. TUGASAN HBEF1503. SEM.3 2011. 751008035900001.Faridah Husin. tradisional, menziarah kubur ketika hari raya dan sebagainya adalah satu contoh budaya hidup yang diamalkan oleh masyarakat Melayu. Selain itu, budaya bekerjasama ketika mengadakan kenduri kahwin menjadikan masyarakat Melayu lebih menonjol berbanding masyarakat-masyarakat kaum lain yang menggunakan khidmat katering. Dalam pada itu, fungsi budaya sebagai penyatuan perpaduan khususnya di negara ini tidak boleh dinafikan. Setiap kaum di negara ini mempunyai budaya hidup yang diwarisi oleh nenek moyang kaum masing-masing. Apabila semua kaum mengekalkan budaya masing-masing tanpa menyinggung mana-mana kaum lain atas perkara- perkara remeh dan hidup saling hormat-menghormati, semangat perpaduan menjadi lebih utuh. Penganjuran program-program kebudayaan contohnya, mampu memupuk dan memahat nilai-nilai persefahaman tradisi dan budaya kaum lain. Melalui aktiviti atau program kebudayaan, semua lapisan masyarakat dapat memahami kebudayaan dan tradisi kaum lain. Malah budaya kunjung-mengunjungi, ziarah-menziarahi, bermaaf-maafan, saling mengucapkan selamat dan menjamu tetamu dalam rumah terbuka semasa sambutan sesuatu perayaan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan persahabatan antara ahli-ahli masyarakat setempat. Fungsi budaya yang seterusnya adalah membentuk manusia agar hidup beradab. Dengan wujudnya budaya dalam satu-satu masyarakat, kehidupan masyarakat tersebut akan lebih sempurna, teratur dan bersistematik. Sebagai contoh, proses perkahwinan dalam masyarakat Melayu dimulakan dengan proses merisik dan meminang oleh keluarga pihak lelaki terlebih dahulu sebelum upacara perkahwinan dilangsungkan. Perkahwinan yang dijalankan mengikut proses yang telah disebutkan adalah cara yang paling beradab apabila sang lelaki telah terpaut hati dengan sang gadis dan ingin memperisterikan gadis tersebut. Adat resam yang telah sinonim dengan masyarakat Melayu ini telah dapat membantu dan membentuk masyarakat Melayu hidup dengan lebih beradab dan lebih bertamadun3.0 KEPELBAGAIAN BUDAYA 11
  8. 8. TUGASAN HBEF1503. SEM.3 2011. 751008035900001.Faridah Husin.Kamus Dewan (2005) mendefinisikan kepelbagaian sebagai perihal berbagai-bagaijenis. Kepelbagaian merangkumi banyak benda sama ada konkrit atau abstrak yangboleh diperoleh di sesuatu tempat atau kawasan yang sama.Budaya boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu budaya kebendaan dan budayabukan kebendaan. Peralatan dan kelengkapan hidup seperti senjata, perahu, rumah,kereta dan sebagainya merupakan budaya jenis kebendaan. Contohnya, rumah orangMelayu mempunyai reka bentuk yang berlainan dengan reka bentuk rumah orangInggeris. Manakala budaya jenis bukan kebendaan pula adalah kepercayaan, adatistiadat dan undang-undang. Lazimnya, dalam menjalani kehidupan, setiap masyarakatmempunyai adat istiadat yang tersendiri seperti adat perkahwinan dalam masyarakatMelayu. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, wang hantaran perkahwinandiberikan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan. Ini berbeza dengan adatperkahwinan dalam masyarakat India, di mana wang hantaran disedia dan diberikanoleh pihak perempuan kepada pihak lelaki. Masyarakat Melayu mementingkan agamakerana agama merupakan satu perlembagaan hidup yang meliputi kepercayaan danamalan hidup.Budaya mempunyai ciri-ciri tersendiri. Antara ciri-ciri penting bagi sesuatu budayaialah dipelajari, dikongsi, bersifat sejagat, diwarisi, berubah-ubah, mempunyai unsursimbolik dan adanya pandangan semesta ( worldview ).Di Malaysia, kepelbagaian budaya telahpun terbentuk semenjak dari ZamanKesultanan Melayu lagi. Sebagai sebuah pusat perdagangan antarabangsa, Melakatelah memainkan peranan penting dengan membuka ruang kepada kemasukan parapeniaga dan pedagang asing ke Tanah Melayu. Kebanjiran masyarakat asing di TanahMelayu kian bertambah hasil daripada tindakan penjajah yang membawa masukpendatang-pendatang asing sebagai buruh, petani dan askar upahan.Memandangkan Malaysia mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum,maka Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang memiliki pelbagai adat resam.Dengan kata lain, kepelbagaian kaum dan bangsa menyebabkan wujudnyakepelbagaian adat dalam masyarakat Malaysia. Adat tersebut bermula dari dalam perutibu, kelahiran, perkahwinan sehinggalah kepada kematian. Adat resam ini turutditakrifkan sebagai kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakatyang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut. 11
  9. 9. TUGASAN HBEF1503. SEM.3 2011. 751008035900001.Faridah Husin. Dalam masyarakat India, untuk melangkah ke alam perkahwinan mereka perlu melalui beberapa proses supaya perkahwinan tersebut kekal selamanya. Bagi kaum India, suami adalah Tuhan bagi isterinya. Oleh yang demikian, proses perkahwinan ditentukan oleh seorang ketua agama ataupun disebut sebagai sami yang membantu setiap pasangan membuat tilikan masa bertuah untuk berkahwin. Dalam kepercayaan kaum India, masa amatlah berharga kerana ketetapan masa boleh mengelakkan berlakunya malapetaka dan nasib buruk. Masyarakat Cina pula memiliki adat resam yang agak unik kerana mereka mempunyai banyak pantang larang. Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Malah boleh dikatakan, dalam pelbagai perkara tukang tilik memainkan peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Apabila kita mengunjungi ke rumah orang-orang Cina, kita sebagai tetamu hendaklah duduk di sebelah kiri tuan rumah. Cara ini adalah untuk kita menunjukkan tanda hormat kita kepada tuan rumah. Tetamu seboleh-bolehnya hendaklah meminum minuman yang dihidangkan hanya selepas apabila dipersilakan oleh tuan rumah. Dalam masyarakat Cina juga, adalah tidak elok jika kita mengunjungi rumah mereka pada waktu malam kecuali kunjungan itu adalah untuk sebab-sebab yang sangat penting dan tidak dapat dielakkan.4.0 PENUTUP Budaya mempunyai makna yang banyak, dengan setiap sarjana mempunyai takrifan mereka sendiri tentangnya. Walau bagaimanapun, setiap budaya itu memiliki ciri-ciri yang sama iaitu boleh dipelajari melalui proses sosialisasi atau pembudayaan, dikongsi oleh sekelompok besar manusia akan pemikiran dan pola kelakuan yang sama, diwarisi dari satu generasi ke satu generasi dan berubah dengan pengubahsuaian unsur budaya yang disesuaikan dengan kehendak serta peredaran masa. Di samping itu, budaya bersifat simbolik, berpola dan berstruktur. Dengan kata lain, budaya ialah keseluruhan kelakuan dan hasil kelakuan manusia, diatur oleh tatakelakuan, didapati dengan belajar dan tersusun dalam kehidupan bermasyarakat. 11
  10. 10. TUGASAN HBEF1503. SEM.3 2011. 751008035900001.Faridah Husin.Tamadun ialah kehidupan. Kehidupan yang dibangunkan atas asas, dasar dan nilaiyang mutlak akan menghasilkan tamadun peradaban yang gemilang. Kehidupan dantamadun adalah dinamik, progresif dan berencana. Tamadun mampu bertahan danterus gemilang sepanjang zaman andainya keilmuan, sistem nilai dan moralpemerintah serta orang yang diperintah sentiasa berada pada landasan yang murni.Sebaliknya, tamadun akan hancur dan musnah pada bila-bila masa sahaja sekiranyamanusia sudah kehilangan nilai-nilai kemanusiaan itu sendiri.Hubungan budaya dengan ketamadunan sangat erat. Setiap tamadun di sesuatu tempatdibina oleh budaya masyarakat disitu. Namun demikian, tidak semua budaya bolehdianggap bertamadun. Budaya yang tinggi, seperti memiliki suatu sistem hidup yangteratur sama ada dalam hal pemerintahan atau kehidupan sosial , merupakan elemenpenting bagi kewujudan ketamadunan sesuatu bangsa. Ketamadunan merupakan suatupencapaian dari segi pemikiran dan perlakuan serta pemilikan alat atau bahan yangmembolehkannya mencapai kehidupan yang lebih baik berbanding masyarakat nomad.Budaya mempunyai banyak peranan dan fungsi yang tersembunyi. Apa yang jelas,budaya dapat membina imej dan identiti sesebuah negara , melambangkan cara hidupseseorang atau masyarakat, menonjolkan sesuatu kaum, penyatuan perpaduan antarakaum, mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia serta membentukmanusia agar hidup secara beradab.Kepelbagaian budaya yang wujud hasil daripada penghijrahan golongan Cina danIndia ke Tanah Melayu semasa penjajahan British di Tanah Melayu, merupakan satuaset penting kepada Malaysia dalam menjadikan Malaysia sebagai pusat pelanconganterkenal di seluruh dunia 11
  11. 11. TUGASAN HBEF1503. SEM.3 2011. 751008035900001.Faridah Husin.5.0 BIBLIOGRAFI A.Aziz Deraman.(2005). Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. A.Aziz Deraman.(2001). Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Azhar Mad Aros et. al.(2000). TITAS 2. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Azhar Hj. Mad. Aros. (2007). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Beg, M.A.J. (1985). Historic cities of Asia: An introduction to Asian cities from ancient antiquity to pre-modern times. Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Esa Khalid. (2001). Konsep Tamadun Islam : Sains dan Teknologi. Skudai : Penerbit UTM Esa Khalid & Mohd. Azhar Abd. Hamid.(2004). Beberapa Aspek Tamadun Melayu, India, China dan Jepun. Skudai : Penerbit UTM. Hashim Musa. (2001). Merekonstruksi Tamadun Melayu Islam. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu. Ismail Hussein, Wan Hashim Wan Teh & Ghazali Shafie. (1997). Tamadun Melayu Menyongsong Abad Kedua Puluh Satu. Bangi: Penerbit UKM. Kamus Dewan.(2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Nor Jusoh. (2011). Tamadun Islam & Tamadun Asia. Selangor : Farhus Enterprise. Mohd Taib Osman.(1988). Bunga Rampai: Aspects of Malay Culture. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Morris, Neil et. al.(2001). The Illustrated History of the World: From the Big Bang to the Third Millennium. Milan: McRae Books. 11

×