More than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike Routes
Risalah Ramadan Bil.(2) 2014
1. Terbitan : MAKDIS, SK TAMAN DESA JAYA Bil : 2 / 1435 H
AKTIVKAN ‘CCTV’ ALLAH
Zaman yang serba canggih ini, kita boleh merakam apa sahaja
yang kita kehendaki. Di mana sahaja kita dapat lihat sama ada di permis
perniagaan, di sekolah, di taman-taman rekreasi dipasang kamera litar
tertutup atau dikenali dengan CCTV. Ianya bertujuan untuk merakam dan
memantau sebarang pergerakan dan mengelakkan berlakunya sesuatu
jenayah. Kita kaitkan dengan bulan Ramadan yang sedang kita lalui
sekarang.
Berpuasa di siang hari bulan Ramadan seumpamamengaktifkan
‘CCTV’ Allah bagi manusia yang beriman. Manusia yang beriman kepada
kewujudan Allah akan sentiasa memelihara puasanya walaupun tidak
dilihat oleh orang lain. Ketika berseorangan di rumah, kita boleh sahaja
menjamah makanan atau minuman yang dibeli secara halal dengan wang
kita. Namun dengan semangat ingin menjaga puasa serta merasakan diri
DIPANTAU oleh Allah menghalang kita daripada merosakkan ibadah
puasa. Bukan sekadar makan dan minum perlu dijaga, malah segala
perbuatan seperti penglihatan, tingkah laku dan tutur kata perlu kita jaga
agar ianya tidak menjejaskan makna berpuasa itu sendiri.
Allah memberi jaminan bahawa Muslim yang Mukmin sebenar
adalah yang benar-benar menghayati falsafah puasa yang akan
menjadikan dirinya insane yang bertakwa. Takwa adalah tahap
kemampuan Muslim yang Mukmin melaksanakan arahan Allah serta
meninggalkan larangannya walaupun ketika seorang diri tanpa pantauan
sesiapa.
Latihan puasa dan ibadah selama sebulan mampu melahirkan
manusia bertakwa yang menghayati martabat insan iaitu sentiasa berasa
diperhatikan dan dipantau oleh Allah.
“Puasa sehari dalam Bulan
Ramadan lebih baik daripada
1000 hari. Satu ucapan
tasbih di dalamnya lebih baik
daripada 1000 tasbih, dan
satu rakaat di dalamnya lebih
baik daripada seribu rakaat”
-Ibrahim al-Nakhaie-
Daripada Abu Hurairah,
Rasulullah S.A.W bersabda :
“Sesiapa yang melakukan
ibadah pada malam
lailatulqodar dengan
keimanan dan keikhlasan,
nescaya diampunkan semua
dosanya yang terdahulu.
Sesiapa yang berpuasa pada
CARA ALLAH
MEMAKBULKAN DOA
Allah menerima permohonan hamba-Nya dalam tiga cara :
Diperkenankan doa ketika di dunia dengan diberikan apa
sahaja hajatnya.
Doanya diperkenankan tetapi hajatnya itu disimpan dan akan
diberikan di akhirat kelak.
Doanya telah diperkenankan tetapi bukan dengan diberikan apa
yang diminta tetapi dengan cara diselamatkan dirinya
daripada bala bencana.
Allah juga memakbulkan doa dengan cara mengurniakan
kelapangan dada, kegembiraan, ketenangan dan redha atas
kurnia-nya.
Bersangka Baiklah Setiap
Ketentuan Allah
Hadis Mengenai Puasa dari Sahih Bukhari & Muslim
Akhlak sewaktu berpuasa
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Apabila
seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang
perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang,
hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku
berpuasa."
Kelebihan Solat Tarawih dalam bulan Ramadan
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah
SAW mengenai Ramadan: "Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) dalam bulan itu
dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa
yang dilakukannya sebelum itu."
2. RAHSIA BERSAHUR
Bersahur adalah salah satu amalan penting di bulan Ramadan. Banyak hadis
Nabi yang sahih menekankan berkenaan kepentingan bersahur pada bulan
puasa.Antaranya adalah hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim,
Tirmizi, Ahmad, Nasai dan Ibn Majah yang bermaksud, “Bersahurlah kamu
kerana pada sahur itu ada keberkatan”. Ternyata, Nabi mengaitkan bersahur
dengan keberkatan, iaitu rahmat, kebaikan dan restu Ilahi.
Dalam riwayat yang lain oleh Muslim, Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan
Nasai, Nabi bersabda, “Sesungguhnya perbezaan antara puasa kita dengan ahli
kitab adalah makan sahur”. Begitulah status kepentingan bersahur sehingga ia
menjadi pembeza antara puasa umat Islam dengan ahli kitab.
Semasa bersahur, kita diperintahkan agar melewatkannya kerana Nabi
bersabda: “Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan selama mana mereka
melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka puasa”. Melewatkan sahur
bermaksud bersahur semasa menghampiri waktu subuh dan berhubung dengan
ini, Zaid Bin Thabit pernah berkata, “Kami pernah bersahur bersama Nabi
kemudian kami bangun bagi melakukan solat (subuh).” Kemudian Zaid Bin Thabit
disoal, “Berapa lama masa antara keduanya ( yakni antara makan sahur dan solat
subuh)?”. Zaid berkata, “Sekadar membaca 50 ayat al–Quran”. Hadis ini pula
diriwayatkan oleh Bukhari.
Fakta Saintifik berkaitan makan sahur
Kajian semasa menunjukkan makanan yang paling utama dalam masa 24 jam
adalah sarapan pagi. BBC News bertarikh 7 Mac 2003 melaporkan, sarapan
adalah penting bagi memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil
ma- kanan pada waktu yang lain. Kajian yang dilakukan oleh pakar Pusat
Perubatan Harvard pula mendapati, mereka yang tidak bersarapan berisiko
tinggi menjadi gemuk, mendapat sakit jantung dan menghidap penyakit kencing
manis. Kajian yang sama oleh Pusat Perubatan Harvard juga menunjukkan,
mereka yang sentiasa bersarapan, menanggung risiko 50 peratus lebih rendah
diserang masalah kesihatan yang berkaitan dengan lebihan kadar gula dalam
darah berbanding dengan mereka yang jarang bersarapan.
Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001 melakukan
kajian yang mengatakan, “mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko
dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah dan ini
menyebabkan penyakit anemia (iaitu penyakit yang berkaitan dengan
kekurangan haemoglobin dalam darah)”.
Justeru, secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan
sahur tidak mendapat kemudaratan daripada puasa mereka. Benarlah, sabda
Nabi yang bermaksud, “Berpuasalah kamu, nescaya kamu akan sihat”.
Adab Berpuasa
Beberapa peraturan dan adab yang boleh
menyempurnakan ibadah tersebut.
Antara yang terpenting adalah:
Menjaga lidah daripada berdusta,
mengumpat dan mencampuri urusan
orang lain yang tiada kena-mengena
dengannya;
Memelihara mata dan telinga
daripada melihat dan mendengar
perkara yang dilarang oleh syarak dan
yang sia-sia;
Mengawal perut daripada merasai
makanan dan minuman yang haram
atau yang mengandungi unsur
syubhat terutama ketika berbuka
dan berusaha sedaya mungkin untuk
menghasilkan pemakanan yang halal
lagi bersih.
Ulama silam pernah berpesan: “Apabila
kamu berpuasa maka perhatikanlah
apa yang akan dijadikan makanan
berbukamu dan di manakah kamu akan
berbuka?” Ia adalah panduan yang
terbaik bagi mengawasi diri daripada
terjebak dengan unsur-unsur makanan
yang tidak halal;
Jangan membanyakkan tidur pada
siang harinya dan makan pada
malamnya, bahkan bersederhanalah
pada kedua-duanya bagi menyelami
kejerihan lapar dan dahaga. Dengan
demikian sanubarinya terkawal,
keinginan nafsunya kurang dan
hatinya ceria. Itulah rahsia dan
intipati puasa yang perlu dicapai.