Bbm nota

275 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
275
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
3
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Bbm nota

  1. 1. 1ILMU PENGETAHUAN DAN FALSAFAH> Pengetahuan dapat dibahagikan kepada tiga kategori:i. Pengetahuan Indera: Pengetahuan pertama, umum dan menjadi asaspengetahuan manusia. Pengalaman pancaindera melalui induksi menjadipengetahuan umum yang bersifat asas.Contoh:- Kita mengetahui setiap pagi matahari terbit di ufuk timur dan tenggelam di ufuk barat;- Hubungan kekerabatan lebih mesra daripada hubungan di luar kekerabatan;- Cermat dan rajin bekerja pangkal kaya;- Makin tinggi taraf pendidikan, makin tinggilah kedudukan seseorang;- Orang selalunya tertarik pada keindahan dan kecantikan;- Pada hari tua, orang lebih tertarik pada agama;- Apabila menghadapi kesusahan, orang kerap teringat pada Tuhan;- Apabila bahagia orang lupa akan Tuhan…> Semua itu dibentuk daripada pengalaman hidup yang ditempuh sehari-hari, iaitupengalaman yang penuh pancaroba dan pancarona
  2. 2. 2PENGETAHUAN HASIL PEMIKIRAN Abraham Maslow, bapa psikologi humanisme mengatakan bahawa hasil pemikiranmanusia berasaskan lima hierarki terancang yang mendominasikan nafsu manusia,dan kemudiannya hilang apabila kepuasan diperoleh:* Keperluan psisiologi, iaitu keperluan makan dan minum* Keperluan keselamatan, seperti pernjagaan* keperluan sosial, seperti kasih sayang dan belaian perasaan* Keperluan penghormatan, seperti status diri, pangkat dan penghargaan* Keperluan pewujudan diri, iaitu keperluan untuk memenuhi segala-gala yangmampu dilaksanakan> Bagi Maslow, keperluan (v) merupakan kesepaduan segala potensi yang ada padamanusia yang dapat mewujudkan dirinya yang sebenar. Hasil pemikiran merupakanmanifestasi daripada keperluan diri tersebut. Maslow menafikan manusia sebagaiinsan yang mempunyai roh, kalbu, nafsu akal, dan jasad yang wujud secarabersepadu. Yang difokuskan hanyalah tingkah laku luaran yang terjelma melaluipsikologi, persekitaran atau sifat dalaman insan.
  3. 3. 3PENGETAHUAN HASIL PEMIKIRAN Ibnu Sina menganggap bahawa pengetahuan hasil pemikiran berasaskan tiga jiwa utama, iaitujiwa sensitif, jiwa rasional dan agen cendekia. Setiap jiwa mempunyai fungsi dan keperluantersendiri, serta bertindak secara sepadu> Jiwa sensitif terbahagi tiga, iaitu:* Deria luaran yang membolehkan seseorang itu menghidu, merasa, menyentuh,mendengar dan melihat, serta dapat memberikan rangsangan terhadap persekitaran* Deria dalaman yang terdiri daripada akal budi, daya ingatan, imaginasikeinsanan, imaginasi kehaiwanan, anggapan, memori dan mengingat semula* Nafsu, iaitu tempat diri merasakan keenakan atau kesengsaraan, suka, seronok,duka atau benci… Jiwa rasional terbahagi dua, iaitu:* Cendekia praktikal yang dapat mencerap dan memperhatikan fenomenon secaraempirikal dan pengalaman amali* Cendekia berfikir yang mencerap fenomenon dalam minda secara konseptual> Agen cendekia ialah agen yang dapat memberikan makna kepada ilmu (intuitif)
  4. 4. 4PENGETAHUAN ILMU Ilmu yang diperoleh langsung daripada Allah swt kepada para anbia melalui wahyudan para awlia melalui ilham Ilmu yang diperturunkan daripada nabi dan para sahabat, seperti ilmu al-Quran,hadis, fiqah dan ilmu agama yang lain Ilmu akal atau ilmu sains the rational sciencethe rational science. Ilmu ini ialah ilmu hasil daripadapengalaman dan pemikiran. Pengalaman dan pemikiran itu digunakan secarasistematik dan radikal, diarah dan dikawal oleh hukum berfikir (logika). Yangdifikirkan itu ialah fakta atau data hasil penyelidikan dan eksperimen Semua ilmu sains mempunyai falsafahnya sendiri kerana perkembangan ilmuberpangkal daripada falsafah. Itulah sebabnya falsafah dikenali sebagai induk semuainduk semuailmu pengetahuanilmu pengetahuan
  5. 5. 5FALSAFAH Kata falsafah (Melayu), philosophie (Belanda), philosophie (Jerman), philosophy(Inggeris), philosophie (Perancis) berasal daripada kata bahasa Yunani, iaitu: Philien:mencintai, Sophia: kearifan, kebijaksanaan, hikmat, kebenaran… Falsafah ialah perihal mencintai kearifan, kebijaksanaan, hikmat, kebenaran…melaluipemikiran yang mendalam. Berfalsafah merupakan puncak ketuntasan berfikir, iaitudengan belajar dan menyelidik Falsafah ialah kebijaksanaan atau hikmat dalam penggunaan fikiran untuk mencarikebenaran hakiki. Kebenaran ialah perkara tertinggi yang dapat dicapai melalui akalatau kaedah berfikir Dalam Islam, berfikir amat penting untuk mencapai hakikat. Nabi Muhammad sawpernah bersabda, bahawa berfikir satu saat itu lebih tinggi nilainya daripada satusembahyang malam Falsafah ialah satu disiplin yang serius dari segi cendekia dan sejarah.Perkembangannya bermula dari zaman Griekenland ke Iskandariah, ke Romawi, ketanah Arab, ke zaman pembaharuan di Eropah hinggalah zaman IT dan globalisasi kini.
  6. 6. 6MAKNA FALSAFAH Berdasarkan pendapat Plato, Aristotle, Marcus Tullius Cicera, Al-Farabi,Immanuael Kant, W.P. Montague, J.A. Leighton, Harold, H. Titus, D.C.Mulder, Fuad Hassan, N. Drijarkara…, bolehlah dirumuskan bahawafalsafah itu ialah:> Ilmu yang menyelidik segala sesuatu dengan terperinci danmendalam tentang sebab terjadinya sesuatu peristiwa sehingga sebabterakhir dan mutlak ditemukan> Fokusnya tentang ketuhanan, alam semester dan diri manusia.Semuanya diberi gambaran sebagai suatu keseluruhan yangmencakup pengetahuan biasa, warisan budaya dan hasil ilmu khususyang lain
  7. 7. 7CABANG FALSAFAHCabang falsafah dapat dirumuskan seperti yang berikut:* Metafizika* Logika* Etika* Estetika* Epistemologi* Falsafah Khusus
  8. 8. 8METAFIZIKA Inggeris: metaphysics, Latin: metaphysica dari Yunani meta ta physica(sesudah fizika); daripada meta (setelah, melebihi) dan physikos(menyangkut alam) atau physis (alam) Falsafah tentang hakikat yang ada di sebalik fizika. Hakikat yang bersifatabstrak dan di luar jangkauan pengalaman manusia. Tegasnya tentangrealiti kehidupan di alam ini: Alam ini wujud atau tidak? Siapakah kita?Apakah peranan kita dalam kehidupan ini?… Kajian tentang sesuatu yang bersifat rohani dan yang tidak dapoatditerangkan dengan kaedah penjelasan yang ditemukan dalam ilmu yanglain Kajian kritis terhadap andaian dasar yang digunakan oleh sistempengetahuan kita dalam penyataannya tentang apa-apa yang nyata
  9. 9. 9LOGIKA Inggeris: logic, Latin: logica, Yunani: logike atau logikos (ujaran yang dapat difahamiatau akal budi yang berfungsi dengan baik, teratur dan sistematik) Falsafah tentang fikiran / pendapat yang betul dan yang salah mengikut normatertentu dalam kehidupan manusia, iaitu tentang penaakulan Logika mengkaji peraturan membuat kesimpulan yang membolehkan kitamengemukakan cadangan dan hujah atas landasan yang betul dan boleh dipercayaiserta tidak bercanggah dengan pemikiran rasional. Logik dapat dilihat dari dua segi:> logik deduktif: membuat kesimpulan daripada penyataan am hinggapenyataan yang khusus> logik induktif: membuat kesimpulan daripada penyataan khusus hinggapenyataan am yang tentatif
  10. 10. 10ETIKA Dari Yunani ethikos, ethos (adat, kebiasaan, praktik). Etika mencakup ideakarakter dan kecondongan (disposisi) dan berhubungan dengan kegiatanpraktis Etika berkaitan tingkah laku yang baik dan yang buruk, iaitu tentang nilai-nilai moral dan peraturan kelakuan yang dipersetujui oleh masyarakat dunia Etika menjadi kiblat kepada idea kewajipan dan tugas, penyataan prinsipperilaku, bukannya penelusuran konsep Kebaikan dan kebenaran dapat dilihat sebagai objektif (padanan faktorrealiti dan hal tertentu) atau subjektif. Keadaan ini melahirkan objektivismeetika atau subjektivisme etika Etika pada emosi menyatakan sikap sepakat dan penolakan ataupencelaan, di samping menentukan makna dan daya nilai kehidupan
  11. 11. 11ESTETIKA Estetika sebagai cabang falsafah juga dikenali sebagai falsafah keindahan.Estetika berasal daripada bahasa Yunani aisthetika yang bermaksud hal-halyang dapat dicerap dengan indera atau aisthesis yang bermaksud cerapanindera Estetika digambarkan sebagai kajian falsafah tentang keindahan dankejelekan. Estetika juga berkaitan dengan nilai bukan moral. Ini demikiankerana estetika mengkaji nilai kecantikan dan kesenian dalam pelbagaiobjek yang ditemukan dalam alam ini Antara persoalan estetika:- Apakah keindahan itu?- Keindahan bersifat objektif atau subjektif?- Apakah ukuran keindahan?- Apakah peranan keindahan dalam kehidupan?- Bagaimanakah hubungan antara keindahan dengan kebenaran?
  12. 12. 12EPISTEMOLOGI Epistemologi berasal daripada kata bahasa Yunani episteme (pengetahuan,ilmu pengetahuan), dan logos (pengetahuan, maklumat), iaitu ilmupengetahuan tentang pengetahuan. Epistemologi juga dikenali sebagai teoripengetahuan Epistemologi ialah falsafah tentang ilmu pengetahuan, iaitu perihalmengetahui sesuatu yang tidak diketahui, seperti apakah sumberpengetahuan? Apakah yang benar? Apakah yang murni?… Hakikat kebenaran ialah apa-apa yang ada pada tanggapan indera. Tidakada hakikat kebenaran yang hakiki, yang bebas daripada keadaanseseorang dan suasananya Oleh itu, tidak ada kebenaran mutlak dan tidak ada ketidakbenaran mutlak.Benar pada individu tertentu, tidak benar pada individu lain, walaupun objeksasarannya satu. Boleh juga benar pada satu masa, dan tidak benar padamasa yang lain bagi orang yang sama. Jadi, pengetahuan yang benar ialahpengetahuan yang sesuai dengan objeknya
  13. 13. 13FALSAFAH KHUSUS Falsafah yang perkembangannya paling pesat ialah falsafah ilmupengetahuan. Disiplin ini mengandung perbedaan antara falsafah ilmu alamdengan falsafah ilmu sosial, seperti falsafah sejarah, falsafah pendidikan,falsafah agama, falsafah hukum, falsafah kejuruteraan, falsafah politik,falsafah kebudayaan dan falsafah bahasa Falsafah yang berasaskan disiplin ilmu itulah yang dinamakan falsafahkhusus. Falsafah jenis ini merupakan dasar daripada sebab penelitianilmiahnya dalam bidang khusus tersebut Ini juga merupakan titik tolak bagaimana ilmu itu mencapai objektifnya, iaitukebenaran. Sebenarnya setiap ilmu ditujukan untuk mencapai kebenaranserta pengabdiannya kepada umat manusia, hanya cara atau jalannya yangberbeda
  14. 14. 14FALSAFAH KHUSUS Setiap ilmu mempunyai objek formal atau objek bendanya. Dalam objekbenda, beberapa ilmu mungkin mempunyai objek yang sama, tetapi untukmaksud penjelasan pemisahan ilmu, maka objek formalnya bebeda-beda Objek formal ini merupakan pandangan khusus ilmu masing-masingberdasarkan apa-apa yang dianggap benar, terutama menurut norma danukuran masyarakat pada masa itu. Oleh itu setiap falsafah ilmu tersebut,memperlihatkan falsafah masyarakatnya, di samping memperlihatkanpeningkatan dari segi perkembangan ilmu berkenaan Cabang falsafah dirumuskan menerusi aliran monisme, dualisme,pluralisme, idealisme, materialisme, mekanisme, teologisme, Determinisme,indeterminisme, naturalisme, hedonisme, utilitarisme, vitalisme,rasionalisme, empirisme, kritisisme, realisme, eksistensialisme,pragmatisme/eksperimentalisme, fenomenologisme, positivisme, aliranfalsafah hidup…
  15. 15. 15ALIRAN / MAZHAB FALSAFAH Monisme: Unsur pokok terhadap sesuatu ialah esa atau satu. Yang lainhanyalah ilusi. Golongan materialis menganggap bendaialah dasar dunia, golongan idealis menganggap idea ialahdasar dunia Dualisme: Unsur pokok terhadap sesuatu ialah dua, iaitu roh dan bendajasmani dan rohani, dunia inderawi dan dunia cendekiaan,realiti dan kemungkinan Pluralisme: Realiti asas bersifat jamak Idealisme: Hakikat itu bersifat roh. Semua realiti bersifat kerohanian.Jirim tidak benar dan alam semester harus dianggap sebagaisari pemikiran. Tiada pengetahuan lain, selain proses mental Materialisme: Hakikat bersifat kebendaan. Sesuatu yang tidak nyataadalah tidak benar. Penekanan terhadap faktor kebendaanyang spiritual dalam metafizika, nilai, fisiologi danepistemologi
  16. 16. 16ALIRAN / MAZHAB FALSAFAH Mekanisme: Kejadian berlaku sendiri berdasarkan hukum sebab akibat.Penekanan terhadap keupayaan memberi penjelasanmekanis bagi struktur internal benda alam dan seluruh alam Teologi: Sesuatu kejadian berhubung dengan kejadian yang lain, iaitusemata-mata mempunyai tujuan yang sama. Hubungandunia ilahi (ideal kekal dan tak berubah) dengan dunia fizikal Determinisme:Kemahuan manusia dibelenggu, iaitu sudah dipastikan lebihdahulu, dan semua kejadian mempunyai sebab Metafizika: Dikenali juga dengan nama Indeterminisme, iaitu kemahuanmanusia bebas sebebas-bebasnya. Beberapa kejadian tidakmempunyai sebab, dan kejadian juga tidak dapat diramalkankerana elemen kemungkinan, ketidakpastian, keterbukaan…
  17. 17. 17ALIRAN / MAZHAB FALSAFAH Naturalisme: Kebahagiaan manusia boleh didapati menerusi panggilanfitrah (nature) kejadian manusia itu sendiri. Sifat manusia sebagai satupeluasan daripada peraturan biologi semata-mata mengikut prinsip alam Hedonisme: perlakuan susila ialah perbuatan yang menimbulkankenikmatan dan kelazatan. Konsep moral yang menyamakan kebaikandengan kesenangan. Kebaikan dan kesenangan ini merupakan tujuankehidupan Utilitarianisme: Buruk dan baik perlakuan manusia dinilai daripada banyakatau sedikitnya manfaat bagi manusia. Dikenali juga sebagai teorikebahagian terbesar, Asasnya ialah kebaikan terbesar bagi jumlah terbesar Vitalisme: Penilaian baik atau tidak perlakuan manusia berasaskandaya maksimum seseorang melakukan sesuatu tindakan. Aliran ini jugadikenali sebagai teori ilmiah tentang konstitusi batin makhluk hidup
  18. 18. 18ALIRAN / MAZHAB FALSAFAH Rasionalisme: Dikenali juga sebagai intelektualisme, iaitu sumberpengetahuan manusia ialah fikiran, rasio dan jiwa manusia, dan bebasdaripada pengamatan inderawi. Kebenaran tidak dapat diuji denganprosedur, tetapi dapat diuji dengan kriteria tertentu Empirisisme: Pengetahuan manusia berasal daripada pengalamanmanusia, iaitu dari dunia luar yang ditanggap oleh pancaindera. Semuaidea merupakan abstraksi yang dibentuk menerusi penggabungan apa-apayang dialami Kritisisme: Pengetahuan manusia berasal daripada dunia luar, danberasal daripada jiwa atau fikiran manusia Realisme: Pengetahuan manusia ialah gambar yang baik dan tepatdaripada kebenaran, kerana gambar yang baik akan memancarkankebenaran. Manifestasi daripada kebenaran ialah menerima apa-apa yangada walaupun tidak menyenangkan
  19. 19. 19ALIRAN / MAZHAB FALSAFAH Eksistensialisme: Falsafah yang bertitik tolak pada manusia, yangeksistensi (konkrit), iaitu cara manusia berada dalam bentuk maujud, danmendahului emosi. Oleh sebab pusat pemerhatiannya ialah manusia, makaaliran ini bersifat kemanusiaan Pragmatisme: Benar atau tidaknya ujaran, dalil atau teori bergantung padamanfaat ujaran, dalil atau teori itu. Kebenaran ptraktis berasaskankepentingan subjektif setiap individu Fenomenologi: Hasrat sebenar akan tercapai jika kita cuba mengamatifenomenon realiti yang sering terjadi di sekeliling kita. Aliran ini berpusatpada analisis gejala kesedaran manusia terhadap diri dan alam sekeliling Positivisme: Peristiwa yang dialami oleh manusia dilihat dari perspektifyang positif berasaskan fakta pengetahuan. Ilmu alam merupakan sumberpengetahuan yang benar, dan menolak nilai kognitif
  20. 20. 20ALIRAN / MAZHAB FALSAFAH Epistemologi: Dikenali juga sebagai Teori Pengetahuan, iaitu pengetahuantentang pengetahuan. Hal ini terlihat jelas dalam aliran Realismne danIdealisme Logika: Falsafah yang menekankan ujaran yang dapat difahami atau akalbudi yang berfungsi dengan baik, dan sistematik. Asasnya ialah penyataanpremis ke suatru penyataan selanjutnya, iaitu kesimpulan. Logika jugadikenali dengan nama Instrumen Ilmu Aliran Falsafah Hidup: Falsafah yang baik wujud jika akal dipadukandengan keperibadian atau seluruh kehidupan Cabang falsafah yang menjadi sumber paling penting dalam aliranpemikiran dan kebahasaan ialah metafizika, logika dan epistemologi.Cabang falsafah ini dijelmakan melalui tiga cara atau gaya, iaitu falsafahSpekulatif, falsafah Preskriptif, dan falsafah Analisis
  21. 21. 21FALSAFAH SPEKULATIF Cara pemikiran yang sistematik tentang sesuatu yang wujud, iaituberdasarkan hakikat bahawa memang menjadi fitrah manusia berkeinginanuntuk melihat sesuatu secara keseluruhan yang bermakna. Misalnyaapabila kita melihat pemandangan yang indah, fikiran kita biasanya tidaktertumpu pada keindahan itu semata-mata, tetapi akan menjelajah keperkara lain yang lebih khusus, yang mewujudkan keindahan ituBerdiri di tepi Bengawan Solo, terlihatlah kebesaran Kerajaan Mataram yang silam,tertegun di tepi kali Brantas, terlihatlah Patih Gajah Mada dan Hayam Wuruk, berdiridi pinggir Musi, terlihatlah Sang Nila Utama dan Deman Lebar Daun, berdiri di bukitSiguntang, terpandanglah Wan Empuk dan Wan Malini… Naik kapal terbang menujuEropah, sampai di Afrika, kelihatan flora dan fauna yang hijau tanda kesuburan, ditanah Arab kelihatan gunung batu granit hitam, tiba di pergunungan Alpen, kelihatangunung putih bersih diselaputi salji.Falsafah Spekulatif berusaha untuk mencari satu persepaduan danpertalian bagi semua pemikiran dan pengalaman
  22. 22. 22FALSAFAH PRESKRIPTIF Falsafah ini berusaha untuk menentukan nilai atau standard, perlakuan danseni. Nilai etika dan nilai estetika diberikan garis panduan denganmenentukan nilai itu wujud semula jadi atau projeksi fikiran kita semata-mata Dalam etika dan agama, tindakan moral ditentukan oleh sumber yangberautoriti, iaitu Tuhan. Sebarang penentangan dianggap tindakan moralyang negatif Dalam ilmu pengetahuan, status preskriptif bermaksud sesuatu hukummenjadi prinsip yang utuh, dan memastikan bahawa benda terjadi sepertiyang sepatutnya berasaskan prinsip yang ditentukan
  23. 23. 23FALSAFAH ANALISA Falsafah ini memberikan tumpuan terhadap makna dan perkataan. Yangdikaji ialah perkara seperti sebab musabab, fikiran, kebebasan, peluangyang sama, agar makna perkataan itu dapat dikaji dalam pelbagai konteks Makna perkataan itu mungkin bercanggah jika digunakan dalam konteksyang berlainan. Cara inilah yang mendasari falsafah bahasaFalsafah Spekulatif, falsafah Preskriptif, dan falsafah Analisa tidaksemestinya berpisah, malah dalam pelaksanaannya, ketiga-tiga falsafah itucenderung untuk bergabung
  24. 24. 24FALSAFAH BAHASA Ilmu yang menyelidiki bahasa dengan terperinci dan mendalam, iaitubahasa sebagai alat dalam mengungkapkan soal-soal ketuhanan, alamsemester dan diri manusia sebagai insan yang hidupFalsafah Bahasa (Philosophy of Language): Falsafah bahasabermakna percubaan atau pendirian dalam menganalisis ciri-ciri bahasaseperti sistem dan strukturnya, makna atau pengertian, lakuan bahasa…Falsafah bahasa tidak lari daripada asas pemikiran dalam kaedahpenganalisisan bahasaFalsafah Kebahasaan (Linguistic Philosophy): Falsafah kebahasaanbermakna percubaan atau usaha untuk menjelaskan atau menghuraikanmasalah falsafah dengan cara menganalisis makna perkataan, frasa atauayat, dan dengan cara menganalisis perkaitan logik antara perkataan, frasadan ayat dalam bahasa tabii

×