Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

0

Share

Download to read offline

Kerajaan Qaramitah

Download to read offline

PPPJ1153 Sejarah Islam 11-656H, 2016
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, FPI, UKM
"Perkuliahan 08: Kerajaan Qaramitah"

Related Books

Free with a 30 day trial from Scribd

See all

Related Audiobooks

Free with a 30 day trial from Scribd

See all
  • Be the first to like this

Kerajaan Qaramitah

  1. 1. Kerajaan Qaramitah PJ1153 SEJARAH ISLAM 11-656H 2016, K-08: Ezad Azraai Jamsari, JPATI
  2. 2. OBJEKTIF KULIAH M8 Memahami sejarah kemunculan Kerajaan Qaramitah. Mengenal pasti sistem pentadbiran, pencapaian dan kejatuhan kerajaan ini. Kuliah 8 / 2
  3. 3. QARAMITAH  Sebuah kerajaan entiti Syiah Rafidah.  Cabang Syiah Ismailiyyah.  Muncul di Kufah (kaw. Pertanian), Syria (kaw. Sahara) & Bahrayn (kaw. Pantai).  Muncul pada pertengahan abad ke-3H hingga pertengahan abad ke-4H.  Diperintah oleh lima orang imam.  Tiada kerajaan pusat, memerintah secara kerajaan berkabilah. Kuliah 8 / 3
  4. 4. ASAL-USUL QARAMITAH  Pengasas: Hamdan b. al-Ash‘ath (Ketua Arab Badwi yang tinggal di selatan Iraq).  Dikenali sebagai Qirmit; pengikut Syiah Ismailiyyah yang fanatik.  Beliau dipengaruhi oleh Ibn Maymun al- Qaddah yang menyokong kumpulan Mubarakiyyah, mawla Imam Ismail.  Hamdan bergiat cergas di Kufah; ramai hamba kulit hitam dan juga buruh. Kuliah 8 / 4
  5. 5. ASAL-USUL QARAMITAH  Beliau dapat sokongan besar sebab janji untuk beri masa depan yang lebih baik.  Mereka menyokongnya untuk menentang kepimpinan ‘Abbasiyyah yang dianggap zalim terhadap kaum lemah (mustad‘afin).  Menubuhkan pusat gerakan syiah yang dikenali sebagai Dar al-Hijrah.  Setiap sektor perburuhan terdapat organisasi bercorak politik. Kuliah 8 / 5
  6. 6. KERAJAAN QARAMITAH  Teori: Qaramitah bukan satu kerajaan yang sah pada pandangan ‘Abbasiyyah.  Praktikal: Ia berjaya bentuk satu kerajaan yang memerintah beberapa kawasan selama hampir satu abad.  Kerajaan ini tidak tunduk langsung pada mana-mana kuasa, sama ada ‘Abbasiyyah mahu pun Fatimiyyah (Syiah) di Mesir.  Mereka ialah Imamah, diketuai oleh Imam. Kuliah 8 / 6
  7. 7. KERAJAAN QARAMITAH  Apabila ditekan dari setiap penjuru, akhirnya ia bersetuju untuk bersekutu dengan Kerajaan Fatimiyyah dan mengiktiraf pemimpin mereka sebagai imam.  Pernah dianggap sebagai sebuah kerajaan yang kuat kerana:  Berjaya menawan Yamamah dan ‘Uman pada tahun 291H.  Berjaya menawan Makkah pada tahun 318H. Kuliah 8 / 7
  8. 8.  Qaramitah tidak mempunyai sistem pentadbiran yang formal.  Kerajaan ini ditadbir oleh Majlis Syura; dianggotai oleh setiap ketua keluarga.  Pelaksanaan dilaksana oleh ketua negara.  Ketua negara tidak memiliki kuasa mutlak atau apa jua bentuk keistimewaan.  Semua pendapatan dibahagi sama rata dengan semua penduduk. SISTEM PENTADBIRAN Kuliah 8 / 8
  9. 9.  Qirmit sendiri perlu berladang untuk menampung pendapatan keluarga.  Qaramitah tidak membenarkan apa jua bentuk diskriminasi.  Qirmit dikatakan tidak diberi gaji langsung.  Sistem ini berjaya meraih sokongan mereka yang ditindas.  Namun, akhirnya sistem ini gagal dikekalkan dan kronisme mula melanda golongan ini. SISTEM PENTADBIRAN Kuliah 8 / 9
  10. 10.  Mereka berjaya mempengaruhi golongan hamba berkulit hitam dan golongan Buruh.  Secara tidak langsung, ia turut menguasai dimensi ekonomi di Iraq.  Tambahan pula, golongan Turki yang menguasai Baghdad ketika ini berada dalam keadaan kegawatan politik kerana kejam.  Selepas Hamdan, pimpinan beralih kepada Zikrawayh; Kufah beralih ke Syria. PENCAPAIAN QARAMITAH Kuliah 8 / 10
  11. 11.  Ini kerana Kufah sentiasa terdedah dengan tekanan ‘Abbasiyyah.  Zikrawayh lebih agresif daripada Hamdan.  Sentiasa menyerang para pedagang dan golongan hujjaj.  Tindakan ala-Khawarij ini tidak disukai oleh semua umat Islam, termasuk Syiah.  Zikrawayh mula serang pusat pentadbiran ‘Abbasiyyah seperti Dimashq. PENCAPAIAN QARAMITAH Kuliah 8 / 11
  12. 12.  Khalifah al-Muktafi hantar tentera untuk serang Qaramitah pada tahun 293H dan ‘Abbasiyyah menang.  Qaramitah Syria mula terjejas.  Anak-anak Zikrawayh mula lari dari Syria dan kumpulan mereka dikenali sebagai al- Ba‘liyyah.  Qaramitah di Bahrayn dipimpin oleh Abu Sa’id Hasan al-Janabi, murid Hamdan. PENCAPAIAN QARAMITAH Kuliah 8 / 12
  13. 13.  Beliau turut fokuskan dakwahnya kepada golongan buruh kerana mudah dipengaruhi.  Beliau tubuhkan pusat gerakan di al-Ahsa; pinggiran pantai barat Teluk Parsi.  Pusat ini kemudian dikenali al-Mu’miniyyah.  Setelah Qaramitah Syria jatuh, Qaramitah Bahrayn mula berkembang pesat.  Ramai pengikut Zikrawayh berhijrah ke Bahrayn. PENCAPAIAN QARAMITAH Kuliah 8 / 13
  14. 14.  Abu Sa’id yang asalnya seorang warak dan bersikap sederhana, berubah menjadi seorang yang agresif.  Beliau berjaya menawan Yamamah dan ‘Uman.  Berjaya juga menawan Makkah pada tahun 318H dan merampas Hajar al-Aswad.  Hajar al-Aswad ini telah dibawa ke Bahrayn dan menyebabkan umat Islam marah. PENCAPAIAN QARAMITAH Kuliah 8 / 14
  15. 15.  Qaramitah bertindak ganas terhadap orang Islam yang tidak menyokongnya.  Gambaran buruk ini ditambah pula dengan tindakan mereka merampas Hajar al-Aswad.  Ini menyebabkan penyokong mereka mula berkurangan.  Ancaman turut datang daripada golongan Arab Badwi.  Syiah lain tidak restu tindakan mereka itu. KEJATUHAN QARAMITAH Kuliah 8 / 15
  16. 16.  Mereka mengembalikan Hajar al-Aswad ke Makkah dengan harapan dapat menebus kesalahan mereka.  Tetapi masyarakat umum mula hilang keyakinan terhadap kumpulan ini.  Qaramitah mula memperakui Fatimiyyah.  Ini menyebabkan Sunni lebih marah.  Qaramitah jatuh pada tahun 378H oleh Banu al-Muntafiq (Badwi) yang serang Bahrayn. KEJATUHAN QARAMITAH Kuliah 8 / 16
  17. 17.  Qaramitah turut mewarnai era pemerintahan ‘Abbasiyyah.  Pernah menguasai Kufah, Syria dan Bahrayn.  Bermazhab Syiah Ismailiyyah.  Pentadbirannya tidak formal, semua sama rata; kerajaan berkabilah.  Pernah menguasai Makkah dan rampas Hajar al-Aswad. RUMUSAN Kuliah 8 / 17

PPPJ1153 Sejarah Islam 11-656H, 2016 Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, FPI, UKM "Perkuliahan 08: Kerajaan Qaramitah"

Views

Total views

236

On Slideshare

0

From embeds

0

Number of embeds

0

Actions

Downloads

2

Shares

0

Comments

0

Likes

0

×