6 nilai berkaitan dengan demokrasi

8,499 views

Published on

6 nilai berkaitan dengan demokrasi

  1. 1. Bidang Pembelajaran 6 Nilai Berkaitan Dengan Demokrasi6.1 Mematuhi Peraturan dan Undang- undang.6.2 Kebebasan Bersuara.6.3 Kebebasan Beragama.6.4 Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara.6.5 Sikap Keterbukaan.
  2. 2. 6.1 Mematuhi Peraturan dan Undang-undang Bermaksud menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.
  3. 3. Ciri-ciri Amalan Nilai Mematuhi Peraturan dan Undang-undang Sentiasa mematuhi peraturan dan undang- undang. Menerima undang-undang dalam negeri atau luar negeri. Mewujudkan keamanan dan kesejahteraan hidup.
  4. 4. 6.2 Kebebasan Bersuara Bermaksud kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman .
  5. 5. Ciri-ciri Amalan Kebebasan Bersuara Bebas memberi pendapat yang tidak menyentuh isu-isu sensitif kaum lain. Bebas menyebarkan maklumat yang benar,sahih dan tepat. Bebas memilih kerajaan melalui pilihan raya.
  6. 6. 6.3 Kebebasan Beragama Bermaksud kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.
  7. 7. Ciri-ciri Amalan Nilai Kebebasan Beragama Bebas memilih agama. Hormati peraturan dan perayaan agama lain. Jangan memaksa kaum lain menganuti agama kita. Sama-sama memeriahkan perayaan penganut agama lain.
  8. 8. 6.4 Penglibatan Diri Dalam Pembangunan Negara Bermaksud kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan,undang-undang dan Perlembagaan Malaysia.
  9. 9. Ciri-ciri Amalan Nilai Penglibatan Diri DalamPembangunan Negara Mengikuti aktiviti sukarela diperingkat daerah,negeri atau negara. Sentiasa bekerjasama membantu pembangunan negara. Melakukan aktiviti untuk membangunkan negara. Memberi sumbangan ikhlas kepada negara.
  10. 10. 6.5 Sikap Keterbukaan Bermaksud bersedia memberi dan menerima pandangan,pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.
  11. 11. Ciri-ciri Amalan Nilai Sikap Keterbukaan Berfikiran positif. Mendengar kata nasihat dan pandangan orang lain . Tidak mudah bersangka buruk terhadap orang lain. Boleh menerima kritikan orang lain.

×