Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
Tugasan satu : Apa Itu Falsafah?
Istilah falsafah berasal dari bahasa Yunani “philien” dan “sophia”. “philien” bermaksud
“...
Tugasan kedua :Apakah Karya Agung? Berikan Ciri-Ciri Karya Agung.
Karya agung merupakan karya-karya yang berjaya meninggal...
asalnya di dunia Melayu ini, dan mampu mencetuskan dalam bentuk dan gaya yang luar
biasa, unsur-unsur pemikiran, sistem ni...
Selain itu, Hikayat Hang Tuah banyak menceritakan kebudayaan dan sosial
masyarakat Melayu yang membawa satu pengertian yan...
Tugasan tiga :
a. Mengapa kita membaca karya agung, phsychomachia. (Part 1)
Karya agung merupakan karya-karya hebat yang m...
Menurut Bill Bennet, buku boleh menjadi kaunselor yang mampu menasihati
manusia tatkala mempunyai masalah .Kita membaca ka...
b. Apa rasional yang digunakan bagi membaca The Bible. (Part2)
The Bible merupakan kitab suci penganut agama Kristian. The...
mendidik moral masyarakat supaya menjadi manusia yang bermoral tinggi. The Bible
mampu membimbing manusia di barat kearah ...
3c : Apa rasional yang digunakan bagi membaca Macbeth. (Part 3)
Macbeth merupakan karya yang dikarang oleh William Shakesp...
turut berkomplot untuk membunuh Raja Duncan. Dalam karya ini diceritakan begaimana
berlakunya kemelut politik yang dasyat ...
d. Apa rasional yang digunakan bagi membaca Founding Documents. (Part 4)
Founding Documents atau dalam bahasa Melayunya di...
Selain itu, pembacaan The Founding Documents ini penting kerana dapat
menyedarkan masyarakat betapa pentingnya hidup bersa...
e. Apa rasional yang digunakan bagi membaca Huckleberry Finn. (Part 5)
Novel The Adventure Of Huckleberry Finn mengisahkan...
Menurut Bill Bennet, mempunyai sifat dan rasa ingin tahu pada ketika usia masih
muda merupakan sesuatu yang dianggap bertu...
Tugasan Empat ; Ulasan Kitab Sulalatus Salatin
Sulalatus Salatin yang juga dikenali sebagai Sejarah Melayu merupakan kitab...
setelah difitnah berkelakuan sumbang dengan dayang. Hang Tuah rela dihukum biarpun
beliau tidak bersalah.
Baginda Paduka R...
Falsafah ketiga yang diutarakan ialah falsafah keadilan. Contohnya, Sultan
Muzaffar Syah wujudkan undang – undang untuk me...
Falsafah keenam yang ditonjolkan dalam pembentangan ialah keberanian.
Keberanian raja merujuk kepada keberaniannya menjaja...
Tugasan lima : Ulasan Hikayat Abdullah.
Hikayat Abdullah merupakan biografi atau penceritaan pengalaman hidup Munsyi
Abdul...
Penceritaan hikayat ini jelas menunjukkan Munsyi Abdullah seorang yang gigih
menuntut ilmu. Munsyi Abdullah berketurunan p...
ini seperti kepercayaan tahyul oleh masyarakat Melayu. Ketika pembentang
membentangkan falsafah ini, tidak begitu jelas di...
Tugasan enam : Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia
Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia mengandungi perjanjian – perjanji...
Perjanjian Pangkor telah menyebabkan kuasa mutlak raja – raja dan pembesar
melayu tercabar. Pengenalan sistem residen tela...
terbuka konflik agama ketika itu.Perkara Sepuluh Persetiaan Naning menyebut ‘mana-
mana hamba lelaki dan perempuan yang di...
Tugasan Tujuh : Ulasan Novel Interlok
Novel Interlok telah dikarang oleh Sasterawan Negara, iaitu Dato Abdullah Hussain.
B...
terdapat beberapa perkataan yang sensitif dan menyinggung perasaan orang India dan
agama Hindu.
Dalam pembentangan tempoh ...
Pada pandangan saya, perkara – perkara ini merupakan isu kecil yang sengaja
diperbesarkan. Tiada apa yang salahnya dengan ...
Tugasan Lapan : Ulasan Pantun Melayu
Pantun Dagang
Pantun ini berkenaan dengan penceritaan seseorang atau kisah hidup seor...
6 ) Orang Pendang pergi ke Gurun
Cari sanglang benih petola
Bila petang matahari dah turun
Camar terbang pulang ke kuala
M...
Contoh :
a) Kelam kabus di pinggir tasik b) Orang Pendang pergi ke Gurun
Orang menjala ikan haruan Cari sanglang benih pet...
d) Nilai Rasa
Sesebuah pantun yang baik mesti mempunyai nilai rasa dari segi makna, irama, moral,
alunan kata dan lain – l...
Kelemahan
Pantun – pantun dagang ini boleh dianggap sempurna dari segi binaannya, namun
terdapat sedikit kekurangan. Kekur...
2) Puaslah hamba mecari bendi
Tuan yang mahu umbut kelapa
Puaslah hamba menabur budi
Purnama berlalu tuan dah lupa
3) Sung...
Maksud Pantun
Pantun budi yang pertama membawa maksud jejaka yang mempunyai perangai yang baik
menjadi idaman para gadis. ...
Contoh ;
Hutan-tuan, huma-lama,alur-dihulur, dalam-bersalam, kenari-dicari, padi-
budi,penanti-hati, desa- bahasa.
c) Kolo...
Kedua – dua pantun merupakan pantun yang mempunyai ciri yang indah dan
mempunyai nilai rasa yang baik. Pantun di atas ini ...
Tugasan Sembilan: Ulasan Tokoh Sasterawan Negara : Datuk Shahnon Ahmad
Datuk Shanon Ahmad merupakan Sasterawan Negara yang...
kerjasama yang diberikan oleh penduduk kampung. Setelah kematian Dogol akibat
dibaham harimau, barulah penduduk kampung be...
Tema kemiskinan yang ditonjolkan dan digarap dengan baik dalam novel mampu
membawa pembaca menyelami penderitaan dan kepay...
Bibliografi :
Datin Asima Hj. Abdul Latiff. Himpunan Syahdu Pantun Melayu. Kuala Lumpur
Karang Kraf. Sdn Bhd
Zaini Abdulla...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Ciri ciri karya agung

10,327 views

Published on

  • Be the first to comment

Ciri ciri karya agung

  1. 1. Tugasan satu : Apa Itu Falsafah? Istilah falsafah berasal dari bahasa Yunani “philien” dan “sophia”. “philien” bermaksud “mencintai” atau “sahabat” dan “Sophia” adalah “kebijaksanaan” atau “pengetahuan”. Menurut Robert Zeuscher, ahli – ahli falsafah merupakan orang yang mencintai kebijaksanaan dan mempunyai minat mendalam terhadap ilmu pengetahuan. Plato mengatakan bahawa falsafah merupakan ilmu yang sedia ada atau wujud, Manakala Aristotle pula mengatakan bahawa falsafah itu adalah kebijaksanaan atau hikmah atau ilmu pengetahuan yang menggunakan akal fikiran untuk mengetahui kebenaran yang hakiki. Rumusan daripada pendapat tokoh-tokoh di atas, dapat disimpulkan bahawa falsafah merupakan ilmu pengetahuan, yakni disiplin untuk menyelidik asas dan sebab dan akibat sesuatu perkara. Falsafah dianggap sebagai pokok kepada segala ilmu, kerana dari falsafah, maka lahirnya pelbagai cabang ilmu yang lain seperti ilmu sains, matematik, sains sosial,kemanusiaan dan lain-lain. Menurut Zaini Abdullah(2001), falsafah adalah mengenai pertimbangan asas dan andaian mengenai pertimbangan tersebut. Falsafah mempersoalkan prinsip-prinsip realiti ilmu dan nilai. Falsafah juga merupakan pendekatan rasional terhadap sesuatu masalah dan persoalan, di samping merupakan suatu penyiasatan yang komprehensif dan logik mengenai asas-asas pemikiran semua aktiviti manusia. Tujuan falsafah adalah untuk mencari kebenaran tentang sesuatu permasalahan dengan cara berfikir secara radikal,sistematik dan sejagat. Sesuatu perkara itu akan menjadi persoalan falsafah apabila ia tidak dapat diselesaikan melalui kaedah dan pengamatan sains. Persoalan falsafah juga biasanya melibatkan perkara-perkara yang abstrak seperti persoalan konsep dan ideologi. Secara rumusannya, falsafah merupakan suatu pemikiran yang amat mendalam dan menyeluruh terhadap sesuatu perkara dalam usaha mencari kebenaran. 1
  2. 2. Tugasan kedua :Apakah Karya Agung? Berikan Ciri-Ciri Karya Agung. Karya agung merupakan karya-karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, ilmu, falsafah, budaya, dan sosial yang kekal dalam kesedaran dan ingatan pembaca. Unsur dalam karya ini merangkumi mutu, nilai ketamadunan dan nilai kemanusiaan di dalam karya tersebut. Dunia ketamadunan Melayu telah memperlihatkan, terdapat banyak karya-karya agung yang telah dihasilkan. Karya – karya agung ini melambangkan keunggulan daya cipta bangsa itu untuk membentuk tradisi dan identitinya yang tersendiri. Karya agung dapat membuatkan kita mengenali dan mengetahui sejarah dan kehebatan tamadun – tamadun dunia, seperti tamadun Greek, Cina, India, Mesir dan bangsa-bangsa yang lain. Melalui penghasilan karya seni, pemikiran, falsafah, sastera yang cetuskan oleh pemikir, seniman dan sasterawan zaman dahulu kala mereka mampu meninggalkan pengaruh yang besar dan kekal sepanjang zaman. Hasil kepengarangan ini dipelajari, dijadikan panduan, dikekalkan atau dicerna oleh keturunan berikutnya sehinggalah hasilnya menjadi tradisi dan warisan bangsa hingga ke zaman ini. Karya agung Melayu ialah karya yang dapat melambangkan keunggulan daya cipta seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu dahulu kala dalam menggambarkan idealisme, nilai, pandangan hidup, adat, budi, kesedaran moral dan visi bangsa dan masyarakatnya melalui bentuk sastera dan seni yang tinggi nilainya sehingga kesan seni, budaya dan falsafah kekal sepanjang zaman dalam minda kolektif bangsa Melayu. Pelbagai persoalan kehidupan dan masyarakat terangkum indah dalam sesuatu karya. Karya Agung Melayu bererti karya agung yang ditulis atau diungkapkan atau dilisankan dalam bentuk pepatah, pantun, lipur lara, dan lain-lain dalam bahasa Melayu, tidak mengambil kira kelompok bangsa/etnik dalam kawasan Dunia Melayu ini, sama ada orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, atau orang Melayu Brunei, atau orang Aceh, orang Bugis, orang Minangkabau, dan lain-lain yang menghasilkan karya itu. Persoalan sempadan geografi dan etnik tidak timbul, tidak kira di manakah daerah 2
  3. 3. asalnya di dunia Melayu ini, dan mampu mencetuskan dalam bentuk dan gaya yang luar biasa, unsur-unsur pemikiran, sistem nilai dan kepercayaan, falsafah atau pandangan hidup bangsa Melayu turun-menurun. Contoh karya agung : HIKAYAT HANG TUAH Hikayat Hang Tuah merupakan salah satu karya agung Melayu yang amat berpengaruh.Hikayat ini merupakan satu-satunya epik Melayu yang melakar cita-cita. kebolehan, dan sikap hidup orang-orang Melayu pada suatu zaman. Hang Tuah yang menerajui hikayat ini, mewakili keunggulan citra Melayu sebagai bangsa yang berbudaya dan bertamadun dengan menonjolkan sifat-sifat kesetiaan, keberanian, kepintaran dan budi bahasa yang halus. Hang Tuah merupakan seorang laksamana yang unggul serta pahlawan Melayu yang gagah semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah di Melaka pada abad ke-15. Laksamana Hang Tuah ialah seorang yang berhati waja, berani, gagah, taat dan bijaksana. Walaupun berbeza-beza corak penceritaan, kepahlawanan Hang Tuah tetap ada dan sering menjadi simbol kekuatan masyarakat Melayu. Dari sudut falsafah pula, Hang Tuah diibaratkan sebagai nadi kekuatan yang menjadi pujaan masyarakat terutamanya Melayu kerana keberanian dan budi pekerti yang ditunjukkan. Sepertimana yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah, penonjolan Hang Tuah sebagai seorang yang kuat, gagah serta berani merupakan satu makna falsafah yang sengaja ditonjolkan oleh penulis sebagai salah satu lambang kekuatan kepada masyarakat Melayu itu sendiri. Sebenarnya, dalam Hikayat Hang Tuah, perlambangan Hang Tuah itu sendiri merupakan satu falsafah yang telah digerakkan dengan pelbagai keistimewaan yang tersendiri dan memiliki pelbagai kelebihan. Segala tindak tanduk Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah memiliki makna yang tersendiri serta yang tersirat. 3
  4. 4. Selain itu, Hikayat Hang Tuah banyak menceritakan kebudayaan dan sosial masyarakat Melayu yang membawa satu pengertian yang luas merangkumi segala hal berkaitan dengan masyarakat termasuk sistem sosial, struktur sosial, bentuk kepercayaan, perhubungan antara anggota masyarakat dan strategi fikasi sosial, kepercayaan dan agama juga merupakan dua aspek sosial yang menjadi pegangan masyarakat. Masyarakat pada masa itu menganuti agama Islam dan mengamalkan dua bentuk kepercayaan [bukan agama] iaitu berunsurkan animisme dan Hindu-Buddha. Jelas, betapa pengarang hikayat ini mempunyai idealisme untuk mengangkat martabat bangsa Melayu setinggi mungkin. Perkara inilah yang dikatakan bahawa karya agung ini melambangkan keunggulan daya cipta seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu dahulu kala dalam menggambarkan idealisme, nilai, pandangan hidup, adat, budi, kesedaran moral dan visi bangsa dan masyarakatnya. 4
  5. 5. Tugasan tiga : a. Mengapa kita membaca karya agung, phsychomachia. (Part 1) Karya agung merupakan karya-karya hebat yang mampu meninggalkan kesan seni, ilmu, falsafah, budaya, dan sosial yang kekal dalam kesedaran dan ingatan pembaca. Unsur dalam karya ini merangkumi mutu, nilai ketamadunan dan nilai kemanusiaan di dalam karya tersebut. Dalam karya agung, terkandung pelbagai rencah kehidupan yang berkaitan dengan hidup manusia. Penceritaan dalam karya agung melibatkan unsur emosi, penderitaan, tangisan, kesengsaraan, pengajaran, maklumat dan sebagainya. Pembaca dapat menyelusuri segala aspek ini apabila membaca karya agung. Penulis juga membawa kita mengalami pengalaman orang lain di dalam sesuatu karya agung. Karya – karya ini juga mampu membina pemikiran dan cabaran dalam diri manusia, yakni pembaca. Bill Bennett telah menyatakan dalam buku Shakespeare’s Politics yang dihasilkan oleh Allan Bloom, iaitu seorang profesor di Universiti Chicago dan Herry Jaffer yang merupakan seorang guru, telah mengatakan bahawa pelajar-pelajar universiti pada masa kini kurang merujuk buku apabila menghadapi masalah. Sepatutnya, para pelajar perlu berdampingan dengan buku kerana buku mampu menjadi sumber rujukan yang baik dan mampu mempengaruhi pemikiran manusia kerana di dalamnya terkandung pelbagai ilmu dan nasihat yang mampu membantu pelajar menyelesaikan masalah dengan baik. Selain itu, tiada model yang khusus berkaitan dengan konsep kebaikan dan nasihat. Oleh itu, karya agung dapat menjadikan diri kita lebih baik daripada sebelumnya melalui unsur-unsur nasihat dan pengajaran yang terkandung di dalamnya.. Kefahaman biasa mengenai prinsip yang pertama yang menyatakan bahawa manusia tidak bersetuju dengan prinsip pertama dan manusia berfikir mengenai setiap perkara itu. Karya- karya yang hebat mampu membawa perubahan dalam diri manusia yang membacanya. 5
  6. 6. Menurut Bill Bennet, buku boleh menjadi kaunselor yang mampu menasihati manusia tatkala mempunyai masalah .Kita membaca karya agung kerana terdapat sesuatu yang hebat terkandung di dalamnya. Idea – idea yang ditulis dalam karya-karya agung merupakan idea yang hebat dan manusia boleh menjadikannya sebagai panduan dalam hidup serta dapat melakukan perubahan ke arah kebaikan. Psychomachia ialah suatu keadaan di mana berlaku pergelutan dalam jiwa manusia. Dalam kata lainnya, psychomachia boleh dikatakan sebagai konflik jiwa. Psychomachia melibatkan pergelutan jiwa di antara perkara baik dan buruk dan pergelutan jiwa berkaitan dengan perkara yang patut buat dan perkara yang tidak patut dibuat. Kesemua perkara ini dipelajari dan diteladani melalui pengalaman manusia yang terdahulu yang diceritakan dalam sesebuah karya agung. Kesimpulannya, apa yang disampaikan di dalam karya mampu memberi kesan kepada kehidupan dan pemikiran manusia. Kisah-kisah yang dimuatkan dalam karya agung banyak memberi pengajaran kepada manusia. Segala perkara baik yang terdapat dalam karya agung dijadikan contoh teladan dan segala perkara buruk dijadikan sempadan dan pengajaran kepada manusia.Dalam hal ini, jelas membuktikan bahawa karya-karya agung ini mampu membawa perubahan yang baik kepada manusia kerana memberi pengajaran, nasihat, serta menerapkan prinsip dan nilai murni melalui penceritaan terhadap manusia terdahulu dan perkara ini merupakan rasional mengapa kita membaca karya agung, phsychomachia. 6
  7. 7. b. Apa rasional yang digunakan bagi membaca The Bible. (Part2) The Bible merupakan kitab suci penganut agama Kristian. The Bible memainkan peranan yang sangat penting dalam ketamadunan barat. Guru – guru di sekolah di barat perlu membaca The Bible ini dengan harapan melalui pembacaan karya agung seperti ini, mereka dapat mempersiapkan diri menjadi seorang guru yang hebat. Hal ini kerana, The Bible banyak mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nasihat yang boleh dijadikan panduan oleh guru dalam mendidik anak – anak didiknya.. Guru - guru yang hebat ini kemudiannya dapat mendidik dan menerapkan nilai – nilai moral dalam diri para pelajarnya dengan baik. Terdapat banyak perkara yang dibicarakan di dalam kitab bible. Secara keseluruhannya, di dalamnya terkandung perkara baik yang perlu diikuti dan perkara yang buruk yang perlu dijauhi. The Bible juga menceritakan tentang keburukan & kebaikan, mendidik masyarakat supaya menjadi baik, mengajar pemimpin supaya menjadi pemimpin yang baik dan tahu apa yang perlu dilakukan oleh seseorang pemimpin, membicarakan mengenai kewajipan manusia serta membicarakan aspek-aspek dalam kehidupan harian. The Bible boleh dikatakan sebagai sumber panduan kepada manusia yang dapat memandu manusia dari segi perlakuan. Melalui pembacaan The Bible, manusia dapat membuat pertimbangan yang baik dalam kehidupan. The Bible menjadi sumber penting dalam sejarah ketamadunan barat kerana di dalamnya terkandung kebenaran. Terdapat banyak penerapan nilai- nilai murni yang terkandung dalam The Bible. Nilai – nilai murni ini dapat mengajar dan membentuk manusia dan masyarakat supaya menjadi lebih baik dari sebelumnya. The Bible juga membicarakan pelbagai aspek kehidupan, tangungjawab, kewajipan dan sebagainya yang boleh dijadikan ikutan kepada manusia. The Bible boleh dikatakan sebagai panduan utama kepada manusia di barat dalam menjalani kehidupan. Perkara di dalamnya merangkumi nilai- nilai murni yang mampu 7
  8. 8. mendidik moral masyarakat supaya menjadi manusia yang bermoral tinggi. The Bible mampu membimbing manusia di barat kearah kebenaran. Kesimpulannya, rasional pembacaan The Bible adalah kerana isi kadungannya yang menyeru kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Terdapat pelbagai unsur nasihat dan penerapan nilai serta etika moral yang baik terkandung dalam The Bible yang boleh dijadikan ikutan. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa karya agung, The Bible ini dibaca kerana ia dapat menyumbang inspirasi dalam pelbagai aspek kehidupan kepada manusia.Bill Bennet mengatakan bahawa pembacaan karya agung, The Bible ini dapat mengubah kehidupan manusia ke arah penghidupan yang lebih baik. 8
  9. 9. 3c : Apa rasional yang digunakan bagi membaca Macbeth. (Part 3) Macbeth merupakan karya yang dikarang oleh William Shakespeares. Dalam karya ini, Shakespeares telah mengambarkan kejahatan manusia. Beliau telah menggambarkan kisah kejahatan yang dilakukan oleh lelaki dan perempuan jahat. Karya ini mengetengahkan tema tragedi dan persoalan cita – cita tinggi seorang manusia. Watak utama, iaitu Macbaeth digambarkan sebagai seorang yang amat bercita – cita tinggi. Bercita – cita tinggi dalam konteks terlalu mengejar kejayaan, kekuasaan dan populariti. Justeru, cita – cita yang tinggi melangit inilah yang menyebabkan Macbeth menjadi jahat. Shekespeares menonjolkan keadaan di mana, seseorang itu boleh menjadi jahat tanpa mengira pangkat dan status sosial serta jantina seseorang. Karya tragedi ini menceritakan suatu cita - cita yang berubah menjadi kejahatan, di mana seorang jeneral yang mengkhianati rajanya, sahabatnya, bahkan jiwanya sendiri. "Fair is foul, and foul is fair" adalah inti dari Macbeth yang mengisahkan pahlawan dan panglima Macbeth dan isterinya yang bercita-cita tinggi mahu menjadi raja dan ratu Scotland.. Mereka beranggapan bahawa satu-satunya jalan untuk menaiki takhta raja adalah melalui pembunuhan Raja Duncan itu sendiri. Mereka membuat perancangan dalam memenuhi cita – cita mereka sendiri tanpa menghiraukan kesan dan akibatnya kemudian hari. Pada awalnya, Macbeth merupakan seorang pejuang yang sanggup mati demi rajanya. Namun, disebabkan oleh terlalu mendengar kata ahli sihir serta mendengar hasutan isterinya, Lady Macbeth yang turut bercita- cita tinggi, maka akhirnya insan baik dan setia kepada raja seperti Macbeth menjadi seorang yang tamak dan gila kuasa. Macbeth dihasut dan lebih termakan kata - kata tukang sihir daripada mendengar kata hatinya. Macbeth sanggup mengkhinati Raja Scotland dan rakan baiknya sendiri demi mencapai matlamatnya. Lady Mcbeth pula tidak berhenti – henti meracuni pemikiran Macbeth dan mengajar taktik – taktik kotor kepada suaminya dalam usaha menjadi raja. Lady Macbeth 9
  10. 10. turut berkomplot untuk membunuh Raja Duncan. Dalam karya ini diceritakan begaimana berlakunya kemelut politik yang dasyat kesan daripada sikap gila kuasa dan tamak. Kemelut politik ini membawa kepada suasana huru-hara dan penderitaan yang dasyat kepada masyarakat dalam negara tersebut. Akhirnya, Raja Duncan mati dibunuh, Lady Macbeth pula membunuh diri, manakala Macbeth pula mati dibunuh oleh putera Duncan. Rasional yang digunakan untuk membaca Macbeth ialah karya ini mengetengahkan kesan dan akibat dari sikap tamak, gila kuasa dan sikap yang terlalu bercita – cita tinggi. Pengakhiran karya ini yang penuh dengan tragedi mampu menyedarkan pembaca dan masyarakat bahawa sikap – sikap yang buruk seperti ini mampu mengundang pelbagai malapetaka. Karya ini juga memberi pengajaran supaya manusia tidak terlalu mengikut nafsu dan perasaan serta jangan mudah terpengaruh dengan provokasi orang lain kerana kelak ia boleh memusnahkan diri kita sendiri seperti apa yang berlaku kepada Macbeth di pengakhiran cerita. Manusia boleh berubah sekelip mata disebabkan kerana keinginannya yang meluap-luap tanpa batasan. Oleh itu, karya ini dapat membimbing manusia supaya berfikiran lebih waras dan bijak dalam membuat pertimbangan. Manusia tidak boleh bersikap terburu – buru dan membuta tuli serta menurut kata hati. Jika salah percaturan, padah yang buruk akan menanti. Manusia perlu bijak dari segi tindakan dan juga perbuatan supaya tidak membawa kerugian dan kemusnahan kepada diri dan kepada orang lain. Karya ini juga memberi pengajaran kepada pemimpin dan para politikus supaya lebih bersikap bertanggungjawab dan tidak terjebak dalam kancah gila kuasa yang membawa kepada perebutan kuasa. Apabila perkara ini berlaku, maka struktur politik akan menjadi goyah, negara akan menjadi pincang dan masyarakat akan mengalami penderitaan berpanjangan. Kesimpulannya, karya ini dapat dijadikan iktibar kepada manusia dan memberi peringatan kepada manusia bahawa sikap buruk kita sendiri mampu mengundang pelbagai tragedi. 10
  11. 11. d. Apa rasional yang digunakan bagi membaca Founding Documents. (Part 4) Founding Documents atau dalam bahasa Melayunya dipanggil sebagai “Dokumen Pengasasan” Amerika Syarikat. Founding Documents turut dikenali dengan nama “American Histori, dan Primer Documents. Dokumen Pengasas adalah dokumen- dokumen yang membantu membentuk Amerika Syarikat. Founding Documents ini terdiri daripada beberapa dokumen antaranya, The Declaration of Independence (1776), Emancipation Proclamation (1863), Constitution of the United States dan beberapa lagi dokumen lain. Dokumen – dokumen ini merupakan dokumen penting yang menjadi asas kepada pembinaan negara Amerika Syarikat. Pada mulanya terdapat senarai 100 dokumen yang dikumpul dari tahun 1776-1965 dan dikenali sebagai 100 Milestone Documents. Dokumen – dokumen yang dipilih mencerminkan kepelbagaian Amerika dan sebahagian besar mengenai komitmen negara untuk membentuk negara yang lebih sempurna. Dokumen- dokumen yang dipilih ini merupakan dokumen yang datangnya dari ribuan undang – undang umum, keputusan Mahkamah Agung, pidato,perjanjian, pelantikan,pindaan perlembagaan dan juga dokumen yang mempengaruhi pembentukan Amerika Syarikat. The Federalist adalah kompilasi dari lapan puluh lima esei yang ditulis secara individu oleh Alexander Hamilton, James Madison dan John Jay dalam usaha untuk menjelaskan pelbagai peruntukan dan cita-cita diterangkan dalam Perlembagaan dalam rangka untuk menggalang sokongan rakyat untuk pengesahan dari Perlembagaan. Justeru, rasional pembacaan Founding Document adalah supaya manusia mengetahui apa yang berlaku sebelum ini sehingga boleh membawa kepada pembinaan sesuatu negara bangsa. Manusia akan dapat mengetahui bagaimana usaha-usaha yang telah dilakukan untuk berjaya membina negara yang berdaulat dan memperolehi kebebasan dan kemakmuran. Manusia juga dapat menyedari betapa pentingnya peranan warganegara dalam setiap usaha pembentukan perlembagaan dan negara. 11
  12. 12. Selain itu, pembacaan The Founding Documents ini penting kerana dapat menyedarkan masyarakat betapa pentingnya hidup bersatu. Penyatuan bangsa ini sangat penting dalam usaha memastikan sesebuah itu makmur dan sejahtera. Dalam proses pembinaan tamadun manusia di Amerika, rakyatnya telah berpegang teguh kepada kitab Bible yag mengandungi pelbagai nasihat dan falsafah yang boleh membentuk kehidupan manusia penghidupan yang lebih baik. Pembacaan The Founding Documents juga dapat membuatkan manusia menghargai erti kemerdekaan. Dokumen yang mengisahkan mengenai perjanjian kemerdekaan dapat memberi kefahaman dan keinsafan kepada manusia betapa peritnya pejuang terdahulu berjuang dalam usaha mendapatkan kemerdekaan lalu membentuk sebuah negara yang bebas dan makmur. Kesimpulannya, The Founding Documents penting dibaca dan difahami supaya manusia tahu apa yang terjadi pada masa lampau. Hal ini turut membolehkan manusia faham bagaimana proses-proses pembinaan negara itu berlaku dan seterusnya menjadi warganegara yang menghargai negaranya. 12
  13. 13. e. Apa rasional yang digunakan bagi membaca Huckleberry Finn. (Part 5) Novel The Adventure Of Huckleberry Finn mengisahkan pengembaraan Tom Sawyer dan Huckleberry Finn ke negeri yang berasingan dan asing bagi mereka. Banyak perkara yang telah ditempuhi oleh mereka sepanjang pengembaraan tersebut. Novel ini memaparkan kisah perhambaan. Namun, perlu difahami dari segi konteks bahawa novel ini tidak mengisahkan perhambaan semata – mata tetapi novel mengajar manusia dalam beberapa aspek kehidupan . Rasional membaca novel ini adalah kerana novel ini banyak memberi pengajaran kepada manusia. Penceritaan dalam novel ini meliputi banyak perkara, iaitu tentang kehidupan, tentang manusia dan hubungan sesama manusia. Novel ini juga mengajar manusia supaya sentiasa mengingati asal – usul dan mengenali diri sendiri. Huckleberry Finn telah mengembara ke Missisipi. Pengembaraan ini berlaku kerana sikap ingin tahunya yang tinggi tentang apa yag sedang berlaku di sana. Perkara ini mengajar manusia betapa pentingnya sifat ingin tahu. Sifat ingin tahu ini menyebabkan seseorang manusia itu bersikap ambil tahu dan akan meneroka dan mencari jawapan tentang sesuatu perkara yang tidak diketahuinya. Finn yang pada ketika itu masih muda tetapi mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi, telah mengembara ke negeri yang asing baginya. Pengajarannya, sikap ingin tahu ini merupakan suatu cabaran kepada generasi muda pada masa kini untuk mencungkil segala perkara yang sedang berlaku. Menurut Bill Bennet, kehairanan ( sikap ingin tahu ), pencarian dan perpindahan ke tempat lain untuk mencari sesuatu jawapan merupakan cara terbaik rakyat Amerika membina negara Amerika yang makmur. Novel ini mengisahkan sesuatu yang baik dan buruk yang mampu mengajar manusia supaya dapat memilih dan membuat pertimbangan yang tepat. Novel ini juga mengisahkan mengenai kebaikan dan kejahatan serta turut mengisahkan mengenai undang – undang pemerintah. Novel ini juga dapat mengajar manusia supaya mencari siapa diri kita yang sebenar, dan di mana kita berada sekarang. 13
  14. 14. Menurut Bill Bennet, mempunyai sifat dan rasa ingin tahu pada ketika usia masih muda merupakan sesuatu yang dianggap bertuah. Hal ini kerana, golongan sebegini akan cuba mencari jawapan dan memperoleh jawapan kepada persoalan mereka pada usia yang muda. Novel ini juga mampu mengajar manusia menyelamatkan diri dari masalah serta mengajar manusia mengelak kesengsaraan melalui pembelajaran dari pengajaran yang terdapat dalam novel ini. Novel ini dianggap sebagai novel yang ekonomis dan mengandungi falsafah penceritaan hidup yang hebat dan novel ini menjadi bahan perbincangan yang hebat dan menarik untuk semua. Kesimpulannya, rasional pembacaan Huckleberry Finn ini adalah kerana buku ini mampu memberi kesan baik kepada manusia. Seseorang manusia itu boleh menjadi manusia yang lebih baik apabila mengadaptasi pengalaman yang dilalui oleh Finn dan Tom Sawyer ini. Novel ini banyak mengajar manusia mengenai kehidupan dan pentingnya seseorang itu menyedari asal – usulnya. Sebagai generasi muda pula, novel ini mengajar golongan muda supaya mempunyai sikap ingin tahu dan sikap mengambil tahu terhadap sesuatu perkara dalam usaha menjadi warga yang mampu memakmurkan negara. 14
  15. 15. Tugasan Empat ; Ulasan Kitab Sulalatus Salatin Sulalatus Salatin yang juga dikenali sebagai Sejarah Melayu merupakan kitab hasil kepengarangan Tun Sri Lanang. Karya ini menceritakan zaman kesultanan Melayu melaka yang dikatakan dibawa dari Goa. Goa yang selama ini dianggap di India, sebenarnya merupakan suatu tempat yang terletak di Sulawesi Indonesia. Karya ini telah dikarang oleh Tun Sri Lanang ketika beliau menjadi Bendahara Paduka Johor antara tahun 1580 hingga 1615. Tun Sri Lanang telah dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor pada tahun 1565. Sulalatus Salatin mengandungi 15 bab. Permulaan bab dibincangkan dengan jurai keturunan raja Melaka sehingga pembentukan Melaka ataupun sesudah pembukaan Melaka. Pembahagian perbincangan Sulalatus Salatin terbahagi kepada 2 bahagian ,iaitu sebelum pembukaan kota Melaka [ mengandungi 4 bab] dan selepas pembukaan kota Melaka [ mengandungi 11 bab ] Karya Sejarah Melayu ini mempunyai banyak versi. Namun, pembentang pada hari tersebut tidak memberitahu secara jelas versi kitab yang dirujuk mereka untuk pembentangan pada hari tersebut. Tiada dijelaskan juga mengenai perbezaan – perbezaan antara versi Kitab Sejarah Melayu yang lain. Berdasarkan pembentangan yang lalu, dapat saya rumuskan bahawa karya agung ini mengutarakan pelbagai falsafah dan etika di dalamnya. Pada hari pembentangan, para pembentang telah mengutarakan tujuh falsafah, iaitu ketaatan kepada pemerintah, keadilan, waad, nilai dan etika, adat, keberanian, dan kekuasaan. Dalam karya ini, falsafah ketaatan dirujuk kepada beberapa orang tokoh yang disebut dalam karya ini, antaranya ialah Demang Lebar Daun, Hang Tuah, Bendahara Paduka Raja, Hang Nadim dan Bendahara Seri Maharaja. Demang Lebar Daun seorang yang taat apabila membenarkan puterinya berkahwin dengan Seri Tribuana. Hang Tuah pula terlalu taat kepada sultan sehinggakan rela menerima hukuman bunuh dari sultan 15
  16. 16. setelah difitnah berkelakuan sumbang dengan dayang. Hang Tuah rela dihukum biarpun beliau tidak bersalah. Baginda Paduka Raja dikatakan taat kepada sultan apabila akur dan tidak memprotes apabila anaknya, Tun Besar dibunuh oleh anak sultan apabila bola sepak raganya terkena destar anakanda sultan lalu terjatuh ke tanah. Berpegang kepada prinsip “adat Melayu tidak perbah derhaka” maka Baginda Paduka Raja menerima perkara tersebut meskipun anaknya mati dibunuh. Kesimpulan yang dapat dibuat dari falsafah ketaatan ini, konsep ketaatan yang diamalkan terlalu keterlaluan dan terlalu mengagung – agungkan sultan biarpun tindakan sultan tersebut adalah salah dan melampau. Namun, saya berasa agak keliru kerana Baginda Seri Maharaja dikatakan seorang yang taat kepada sultan. Hal ini kerana, keengganan beliau mempersembahkan puterinya kepada Sultan Mahmud telah menunjukkan ciri penderhakaan kepada sultan. Bendahara Seri Maharaja berpeluang untuk membantah hukuman bunuh yang dijatuhkan ke atas beliau sekeluarga. Beliau ketika itu dalam posisi sangat kukuh dari segi politik dan ekonomi sebaliknya beliau melarang para pengikutnya daripada memberontak. Mungkin peristiwa ini menabalkan beliau sebagai seorang yang taat kepada sultan. Falsafah kedua yang dibentangkan adalah Waad. Waad merupakan kontrak sosial di antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba. Jika waad ini dilanggar, maka pelbagai bencana akan menimpa seperti menghidapi penyakit kerdal. Oleh itu, wujudnya perkara tulah dan daulat. Saya melihat waad ini sebagai suatu kontrak atau perjanjian di antara golongan pemerintah dan rakyat. Terkandung pelbagai perjanjian yang bertimbal balik. Contohnya, rakyat tidak boleh menderhaka kepada raja dan raja juga tidak boleh menzalimi rakyat. Rakyat tidak boleh menderhaka dan perlu taat kepada raja. Perjanjian ini dapat membuatkan rakyat tunduk patuh kepada raja da sekiranya tidak patuh, mereka akan ditimpa bencana. 16
  17. 17. Falsafah ketiga yang diutarakan ialah falsafah keadilan. Contohnya, Sultan Muzaffar Syah wujudkan undang – undang untuk mengelakkan menteri melakukan kesilapan. Ganjaran kepada kesilapan adalah hukuman. Dalam kitab ini, tidak banyak yang ditonjolkan mengenai sikap raja yang adil. Ketidakadilan raja juga dengan beraninya ditonjolkan oleh Tun Sri Lanang. Beliau patut dipuji kerana tidak hanya menceritakan kebaikan sahaja, malah turut menceritakan kezaliman raja terhadap rakyat dan pembesar – pembesarnya. Terdapat banyak peristiwa yang mempamerkan ketidakadilan raja. Falsafah keempat yang ditonjolkan telah dalam pembentangan adalah falsafah adat. Adat merupakan peraturan yang diamalkan sejak turun – temurun. Adat perlu dipatuhi. Dalam Kitab ini terdapat banyak adat Melayu yang diamalkan oleh golongan diraja dan golongan rakyat. Ada antaranya masih digunapakai dan ada juga di antaranya diubahsuai supaya sesuai dengan peredaran masa. Falsafah kelima yang ditunjukkan adalah falsafah kekuasaan. Kitab ini terlalu banyak menceritakan kekuasaan raja. Raja sangat berpengaruh dari segala sudut. Raja berkuasa menitahkan apa sahaja kepada rakyat da rakyat perlu menunaikannya jika tidak mahu dihukum. Saya melihat, kuasa raja sebagai kuasa mutlak terlalu banyak menindas golongan rakyat. Kandungan kitab ini mempamerkan sikap raja yang kejam dan sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkan sesuatu. Raja pada zaman dahulu terlalu berkuasa sehingga bertindak zalim di luar batas kemanusiaan. Justeru, tidak hairanlah mengapa rakyat begitu patuh kepada raja biarpun diperlakukan dengan buruk rupa. 17
  18. 18. Falsafah keenam yang ditonjolkan dalam pembentangan ialah keberanian. Keberanian raja merujuk kepada keberaniannya menjajah da mentakluk negeri lain untuk meluaskan pengaruh jajahannya. Dalam kitab ini, turut diceritakan mengenai sikap keberanian yang ditonjolkan oleh golongan rakyat biasa seperti badang. Kitab ini banyak menonjolkan ketokohan keberanian Hang Tuah. Hang Tuah digambarkan sebagai seseorang yang sangat hebat. Perkara ini seperti sengaja ditonjolkan untuk menunjukkan kehebatan orang Melayu pada waktu tersebut. Falsafah ketujuh yang ditonjolkan ketika pembentangan adalah nilai dan etika. Etika dan nilai yang digarap dalam kitab ini diwarisi rakyat. Selain itu, kitab ini juga menggariskan tugas – tugas raja dan pembesar dan peranan – peranan rakyat. Raja juga sebagai bayangan tuhan atau payung kepada rakyat. Justeru, taat dan setia perlu ditumpahkan kepada raja sepenuhnya. Kesimpulannya, secara keseluruhan dapat dilihat betapa karya agung ini bersifat sejagat dan menyeluruh. Namun, terdapat unsur – unsur mitos yang seakan – akan tidak masuk akal di dalam kitab ini. Kekuasaan yang ditonjolkan oleh raja secara melampau dan juga kezaliman raja menunjukkan betapa tidak adilnya raja pada suatu ketika dahulu. Dalam kitab ini juga ditonjolkan secara melampau ketaatan kepada raja. Justeru, pepatah “ adat Melayu tidak menderhaka’ begitu terserap dalam masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu. 18
  19. 19. Tugasan lima : Ulasan Hikayat Abdullah. Hikayat Abdullah merupakan biografi atau penceritaan pengalaman hidup Munsyi Abdullah atau nama sebenarnya Abdullah Bin Abdul Kadir. Hikayat ini mengandungi segala hal yang berlaku pada diri Munsyi Abdullah dan masyarakat selat pada masa pemerintahan Inggeris dan peralihan kuasa Inggeris kepada Belanda di Melaka. Hikayat ini merupakan dokumentasi sejarah yang berlatar belakangkan peristiwa – peristiwa yang berlaku pada abad ke -19 yang diceritakan mengikut perspektif beliau yang hidup pada zaman tersebut.. Turut diceritakan dalam hikayat ini mengenai kisah pembukaan Singapura dan pembangaunannya pada awal abad ke -19. Dalam hikayat ini, Munsyi Abdullah telah mengkritik gaya hidup da kepercayaan masyarakat yang berbilang kaum di Melaka pada masa itu yang terdiri daripada empat kapitan, iaitu Keling, Cina, Nasrani, dan Melayu. Masyarakat pada zaman tersebut begitu taksub dengan kepercayaan tahyul terutamanya masyarakat Melayu yang begitu mempercayai penanggal dan polong. Perkara ini diceritakan dengan teliti tentang asal – usul makhluk – makhluk ini serta cara untuk membunuhnya. Dalam hikayat ini, beberapa kali Munsyi Abdullah menyatakan kebencian beliau terhadap kepercayaaan karut-marut masyarakat Melayu pada ketika itu. Hikayat ini boleh dikatakan sebagai dokumentasi Abdullah. Munsyi Abdullah telah telah membawa pembaca bertemu dengan tokoh – tokoh sejarah seperti Farquhar, Lord Minto dan Crawford. Hikayat ini telah menceritakan peribadi mereka mengikut pandangan Munsyi Abdullah yang berdampingan dengan mereka. Tokoh – tokoh ini digambarkan sebagai baik dan disanjungi oleh Munsyi Abdullah. Pembentang tidak mengulas lebih lanjut apakah kebaikan – kebaikan tokoh yang dilakukan terhadap Munsyi Abdullah sehinggakan tokoh yang kita anggap mereka jahat tetapi disanjung tinggi oleh Munsyi Abdullah. 19
  20. 20. Penceritaan hikayat ini jelas menunjukkan Munsyi Abdullah seorang yang gigih menuntut ilmu. Munsyi Abdullah berketurunan peranakan Arab – India yang berjaya menguasai bahasa Melayu , bahasa Tamil, Hindustan, Inggeris dan Cina. Penguasaan beberapa bahasa ini menunjukkan kegigihan Munsyi Abdullah mempelajari bahasa. Munsyi Abdullah juga mengkritik sikap masyarakat Melayu yang malas mempelajari bahasa Melayu. Perkara ini membuktikan betapa Munsyi Abdullah melakukan pelbagai kritikan sosial dalam hikayatnya. Dalam pembentangan yang dilakukan, pembentang telah mengemukakan lima falsafah yang terkandung dalam Hikayat Abdullah, iaitu falsafah ketuhanan, keadilan, kebenaran dan keindahan. Falsafah ketuhanan yang dibentangkan oleh pembentang mengenai kebencian karut dan tahyul masyarakat Melayu yang membelakangkan kuasa Allah S.w.t. Abdullah berfikiran rasional dan realistikdan tidak mempercayai bomoh, dukun dan pawang. Beliau juga mengkritik kepercayaan orang Melayu yang tidak mempercayai ilmu falak dan tidak mempercayai bahawa bumi ini bulat. Beliau juga mengkritik orang Melayu yang mempercayai peristiwa gerhana bulan disebabkan bulan dimakan oleh Rauf (ular). Musnsyi Abdullah menyeru masyarakat supaya memandang sesuatu itu secara rasional dan berpegang kepada kuasa Allah. Perkara ini membuktikan, daalm karya ini Munsyi Abdullah amat menekankan aspek ketuhanan dalam karyanya. Falsafah kedua yang dikemukakan oleh pembentang ialah falsafah keadilan. Falsafah keadilan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan kes Syed Yasin, kes kezaliman Sultan, keadilan Farquha yang sedia membantu golongan bawahan yang kesusahan. Pada hari tersebut, pembentang tidak pula mengutarakan pertikaian Munsyi Abdullah mengenai konsep perbezaan taraf dalam amalan dalam sistem masyarakat Melayu. Beliau menyeru dan menuntut kesamarataan dalam gagasannya yang terkandung dalam karya. Falsafah ketiga yang dikemukakan oleh pembentang ialah falsafah kebenaran. Munsyi Abdullah menyatakan perkara kebenaran dalam hikayatnya. Apa yang diceritakan merupakan perkara yang betul – betul berlaku dan diamalkan sehingga ke hari 20
  21. 21. ini seperti kepercayaan tahyul oleh masyarakat Melayu. Ketika pembentang membentangkan falsafah ini, tidak begitu jelas diterangkan mengenai falsafah kebenaran yang dimaksudkan oleh kumpulan pembentang. Falsafah keempat yang diutarakan oleh pembentang ialah falsafah keindahan. Keindahan yang dimaksudkan dari segi bahasa, adat dan pemikiran yang diutarakan dalam hikayat. Hikayat Abdullah membawa perubahan tema, plot, dan jalan cerita seperti karya – karya yang ditulis dalam zamannya. Beliau telah menjadikan pengalaman beliau sebagai bahan penulisan. Perkara ini menjadikan karya beliau bersifat realiti dan tidak diselitkan dengan cerita – cerita dogeng seperti karya – karya lain yang ditulis dalam zamannya. Beliau menyelitkan pantun, syair dan kiasan untuk menyampai kan sesuatu pemikirannya. Selain itu, terdapat banyak kosa kata baharu dan penggunaan teknik dialog dalam karya ini. Boleh dikatakan bahawa hikayat ini sebagai permulaan karya Melayu moden yang boleh diibaratkan seangkatan ASAS 50 yang lahir seratus tahun selepas kelahiran hikayat ini. Jelas menunjukkan pemikiran Munsyi Abdullah tidak dibatasi oleh masa. Falsafah terakhir yang dibentangkan ialah falsfah etika yang terkandung dalam hikayat ini. Undang – undang Singapura dikatakan sebagai hasil kebijaksanaan Raffles. Pembentang juga mengatakan falsafah etika ini dikaitkan dengan penceritaan kisah Tuan Bangoor yang begitu mementingkan nilai kebersihan. Adat menggunakan keris juga dikatakan sebagai falsafah etika yang diutarakan dalam karya ini oleh pembentang. Namun, terdapat lagi falsafah lain yang tidak dibincangkan oleh pembentang. Contohnya seperti falsafah pemikiran. Tidak dibincangkan mengenai pemikiran Munsyi Abdullah yang jauh ke depan dan bersifat revolusioner. Beliau juga dianggap sebagai tokoh yang menerajui perkembangan sastera moden di tanah Melayu pada ketika itu. Selain itu, perlu juga ditelusuri betapa Munsyi Abdullah ini begitu teruja dan terpegun dengan orang asing yang menjajah Tanah Melayu pada ketika itu. Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia. 21
  22. 22. Tugasan enam : Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia mengandungi perjanjian – perjanjian dan dokumen – dokumen lama yang penting mengenai Malaysia, iaitu dari zaman penjajahan Iggeris sehingga ke zaman pembentukan Malaysia dan pemisahan Singapura. Buku ini merupakan yang pertama seumpamanya yang ada di Malaysia. Buku ini penting kerana dapat memberi peluang kepada masyarakat menyorot kembali peristiwa – peristiwa sejarah yang berlaku pada negara ini suatu ketika dahulu. Segala isi kandungan buku ini diambil dari Arkib Negara. Segala yang terkandung dalam buku ini sangat penting dan mampu menjadi iktibar kepada semua. Perjanjian dan dokumen lama ini merupakan bukti bagi pelbagai peristiwa penting yang berlaku antara pihak pemerintah dengan pihak penjajah yang selama ini terkunci dan tidak diketahui apa sebenarnya berlaku pada zaman tersebut. Buku ini mengandungi 26 perjanjian yang berlaku dari tahun 1791- 1965. Antara perjanjian dan dokumen yang etrkandung dalam buku ini ialah Perjanjian Pangkor, Persetiaan Sultan Kedah, Perjanjian Inggeris – Belanda 1824, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957, Pemasyuran Kemerdekaan 1957, Pemsyoran Malaysia Persetian Naning dan sebagainya. Pembacaan perjanjian – perjanjian ini dapat memberi maklumat kepada kita mengenai sejarah. Perjanjian – perjanjian ini memberi kesan yang mendalam dari segi politik, ekonomi dan sosial orang Melayu. Antara contoh perjanjian yang memberi kesan yang mendalam kepada orang Melayu ialah Perjanjian Pangkor 1874. Sir Andrew Clarke menggunakan alasan menyelesaikan masalah perebutan takhta dan pergaduhan dua kumpulan kongsi gelap, iaitu Ghee Hin dan Hai San di Perak. Perjanjian ini banyak memberi kesan kepada negeri Perak dan Tanah Melayu. Secara positifnya Perjanjian ini dapat menamatkan huru hara yang berlaku di Perak. Secara negatifnya, perjanjian ini menjadi titik tolak kepada pengukuhan Bristish melalui campur tangan di negeri – negeri Melayu. Perjanjian Pangkor juga menyebabkan Inggeris memonopoli segala hasil di Tanah Melayu pada ketika itu. 22
  23. 23. Perjanjian Pangkor telah menyebabkan kuasa mutlak raja – raja dan pembesar melayu tercabar. Pengenalan sistem residen telah mengurangkan peranan raja dan pembesar. Mereka telah kehilangan kuasa sebagai pentadbir negeri. Sistem residen ini telah mengubah politik Melayu yang bersifat tradisional kepada sistem politik yang moden. Kehadiran Birch sebagai residen pula telah menghapuskan sistem penghambaan dalam masyarakat Melayu. Perjanjian lain yang terdapat dalam buku ii ialah Persetiaan dengan Sultan Kedah, 1791. Terdapat sembilan perkara yang terkandung dalam perjanjian ini. Persetiaan ini disempurnakan oleh Tunku Shariff Mohamad, Tunku Alang Ibrahim, dan Datuk Penggawa Talibon, wakil-wakil bagi pihak Baginda Yang Dipertuan. Pemerintah Kedah pada masa itu telah menyerahkan Pulau Pinang kepada Inggeris. Persetiaan ini dapat mencelikkan mata masyarakat betapa mudahnya raja – raja dahulu menjual negeri sendiri demi kepentingan diri. Tambah menyedihkan, perjanjian ini dibuat untuk tempoh masa selama – lamanya jika dikira mengikut ikrar yang telah dibuat “selagi matahari dan bulan bercahaya”. Ternyata, raja – raja terdahulu terlalu pendek akalnya dan tidak pernah memikirkan nasib generasi selepasnya. Selain itu, perjanjian yang tidak kurang pentingnya dalam sejarah ialah Perjanjian Inggeris – Belanda 1824. antara kesan perjanjian ini ialah, berlakunya pembahagian kepulauan Melayu kepada dua lingkungan pengaruh iaitu pengaruh British dan Pengaruh Belanda, berlakunya perpecahan Empayar Johor-Riau dan Empayar Johor berakhir apabila Singapura dan Tanah Besar Johor jatuh ke tangan British dan Kepulauan Riau di bawah pengaruh Belanda da berlaku persaingan kuasa di antara Belanda dengan British semakin sengit. Kesan perjanjian pada masa kini ialah, Johor gagal mendapatkan hak ke atas Pulau Batu Puteh. Perkara ini jelas membuktikan, peristiwa – peristiwa yang berlaku pada zaman lampau mampu memberi kesan sehingga kini. Dalam Persetiaan Naning 1801 yang turut ditandatangani oleh Dol Said dengan pegawai Inggeris di Melaka, penghulu dan pembesar Naning bersetuju menjual bijih timah hanya kepada kompeni Inggeris.Selain itu,perjanjian ini juga mendedahkan secara 23
  24. 24. terbuka konflik agama ketika itu.Perkara Sepuluh Persetiaan Naning menyebut ‘mana- mana hamba lelaki dan perempuan yang dipujuk lari dari Naning ke Melaka, bagi memeluk agama Kristian, maka tuan punya hamba itu akan menerima ganti rugi sebanyak separuh daripada harga hamba itu, mengikut penilaian jawatankuasa yang akan dilantik kerajaan’. Persetujuan itu kemudian diikuti. Perkara Sebelas perjanjian tersebut yang juga memperkatakan isu yang sama. “Tetapi (jika) mana-mana orang menjual mana-mana hamba beragama Kristian atau orang biasa dari Melaka kepada orang Islam atau orang Pagan, sama ada dengan kerelaan mereka sendiri atau digoda ataupun dilarikan secara paksa daripada tuan mereka, lebih- lebih lagi mereka yang menggoda hamba Kristian atau orang biasa supaya berkhatan atau menggunakan kekerasan bagi mempengaruhi mereka menjadi orang Islam, nyawa mereka akan melayang dan harta benda mereka dirampas.”Perjanjian ini mempamerkan betapa buruk dan degilnya sikap penjajah. Mereka juga sedaya upaya menyebarkan dan mempertahan; agama Kristian yang dibawa oleh mereka. Secara kesimpulannya, pembentangan ini memberi pengetahuan baharu kepada saya. Perjanjian – perjanjian ini sudah cukup membuka mata siapa sebenarnya raja – raja Melayu suatu ketika dahulu. Betapa buruknya sikap raja – raja Melayu sanggup menggadai dan menjual tanah air sendiri demi kepentingan diri tanpa memikirkan masa depan generasi selepasnya. Kesan – kesan perjanjian ini juga berlaku sehingga sekarang. Perkara ini dapat memberi iktibar kepada pemimpin supaya berfikir dengan logik dan waras sebelum membuat sesuatu keputusan dan tindakan kerana dengan hanya satu kesilapan, ia mampu memberi kesan dalam jangka masa yang panjang. 24
  25. 25. Tugasan Tujuh : Ulasan Novel Interlok Novel Interlok telah dikarang oleh Sasterawan Negara, iaitu Dato Abdullah Hussain. Beliau dilahirkan pada 25 Mac 1929 di Sungai Limau Dalam, Yan Kedah. Beliau memasuki sekolah pada tahun 1926 dan lulus darjah empat.Beliau meneruskan pendidikannya di Sekolah St. Micheal, Alor Setar, Kedah Darul Aman dari tahun 1932hingga 1933. Pada tahun 1935, beliau telah meneruskan pengajian di Anglo Chinese School, Alor Setar, Kedah Darul Aman hingga lulus darjah VII. Semasa kependudukan Jepun pada tahun 1943, beliau dihantar ke Singapura untuk menjalani kursus pentadbiran di Syonan Koa Kunrenzo(Sekolah Latihan Pegawai-pegawaiTinggi) selama tiga bulan. Beliau pernah menjadi wartawan surat khabar Merdeka, Berita Indonesia dan majalah minggu Merdeka. Selain itu, beliau pernah bertugas sebagai pengarang majalah Bintang dan Filem. Beliau juga pernah menjadi pengurus penerbitan di majalah Gelanggang Filem. Dalam filem Hang Tuah,beliau pernah bertugas sebagai penasihat teknik. Pada tahun 1961-1964, beliau telah berkhidmat sebagai pembantu pengarang kanan di Oxford University Press dan pernah berkhidmat di Franklin Books Programme dan memegang jawatan editor di majalah Angkatan Baru pada tahun 1965-1968. Seterusnya beliau menjadi karyawan tamu DBP sehingga tahun 1996 dan diangkat menjadi Sasterawan Negara pada tahu tersebut. Dalam bidang penulisan, terlalu banyak sumbangan beliau. Karya pertama yang dihasilkan ialah sebuah karya lucu yang disiarkan pada tahun 1939. sebanyak 25 buah novel telah dihasilkannya. Beliau turut menulis tiga buah cerpen, sembilan buku terjemahan sastera, enam buah buku biografi dan sebuah autobiografi. Novel Imam telah diangkat sebagai Pemenang Hadiah Sastera Malaysia 1994/1995. Novel kontroversi, Interlok telah diterbitkan oleh DBP pada tahun 1971. Kontroversi atau isu yang timbul adalah apabila novel ini dijadikan teks KOMSAS tingkatan lima di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan mulai tahun 2011. Perkara ini menjadi isu perkauman apabila 25
  26. 26. terdapat beberapa perkataan yang sensitif dan menyinggung perasaan orang India dan agama Hindu. Dalam pembentangan tempoh hari, sebanyak empat isu telah dibentangkan berkaitan dengan novel ini. Isu – isunya ialah, isu perkauman, isu bahasa, isu jati diri dan isu perpaduan. Novel ini mempunyai 423 halaman termasuk glosari dan biodata penulis. Bab satu dan bab dua masing-masing mempunyai 101 dan 108 halaman dan bab tiga pula mempunyai 76 halaman. Bab empat pula sebanyak 124 halaman. Bagi glosari dan biodata masing-masing mempunyai 13 dan satu halaman. Bab satu memerihalkan tentang keluarga Seman. Bab dua pula menceritakan keluarga Ching Huat. Bab tiga menceritakan perihal keluarga Maniam dan bab yang terakhir merupakan bab mengenai Interlok ataupun bab yang mengisahkan bagaimana kaum – kaum tersebut diintegerasikan dalam karya ini. Contoh perkara yang menjadi isu : pada halaman 211 dan 220 : “ satu perkara yang membuatkan mereka senang bergaulkerana mereka tergolong dalam satu kasta Paria”. ( Interlok Edisi Pelajar : hal. 211) Perenggan di halaman 220 yang mungkin menjadi pertikaian melibatkan agama Hindu, iaitu : “Apatah pula lembu ialah binatang suci bagi orang Hindu;dan kalau binatang itu mati, seperti ibunya sendiri yang mati.”. Selain daripada penggunaan perkataan- perkataan yang sensitif ini, terdapat perkataan lain juga yang menjadi isu seperti penggunaan perkataan “tuhan” yang mahu ditukarkan kepada “dewa.” Penggunaan perkataan “cawat “kepada “dothi” dan membetulkan ejaan ‘thali’ dalam novel. 26
  27. 27. Pada pandangan saya, perkara – perkara ini merupakan isu kecil yang sengaja diperbesarkan. Tiada apa yang salahnya dengan penggunaan perkataan tersebut. Penulis telah membuatkan pencirian kaum melalui pengamatan beliau pada ketika itu. Beliau hanya menulis berdasarkan realiti. Setiap watak jelas menggambarkan perwatakan kaum masing – masing dan menggambarkan latar belakang masyarakat yang mendiami negara ini selepas kemerdekaan. Semua kaum bersatu padu dan saling bekerjasama dalam semua bidang. Betapa novel Interlok ini merupakan suatu novel yang hebat dan membantu agenda nasional dalam pembentukan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Novel ini juga secara indah mempamerkan realiti sikap masyarakat pada ketika itu. Contohnya, Seman mula membuktikan kegigihannya bekerja dan menyedari haknya sebagai orang Melayu.Ching Huat pula mula mengakui di tanah inilah tempat dia mendapatkan rezeki bersama kaum yang lain. Malah, anak Ching Huat iaitu Yew Seng juga dicorakkan sebagai watak yang memupuk sikap berbaik-baik dengan orang Melayu seperti Lazim. Maniam dan Rama Krishnan pula digambarkan sebagai watak yang senang membantu orang lain tanpa mengira kaum. Oleh itu, terbuktilah bahawa novel Interlok ini bukanlah sebuah novel yang bertujuan untuk menghina sesiapa, malahan novel ini banyak menerapkan nilai- nilai kemanusiaan dalam watak-wataknya yang berbilang kaum. Dalam novel ini, Maniam memainkan peranan yang penting dalam menjelaskan tema novel ini. Justeru, isu perkauman tidak sepatutnya dicetuskan. Kesimpulannya, lumrah manusia lebih gemar melihat keburukan daripada kebaikan. Hanya kerana beberapa perkara kecil, novel ini dibantah dan dibakar oleh mereka yang tidak mengenal apa itu sastera yang mampu dijadikan sebagai wadah perpaduan. Novel ini cukup cantik acuannya dan mampu memupuk dan mengeratkan perpaduan kaum yang sedia terbina dalam kalangan masyarakat Malaysia 27
  28. 28. Tugasan Lapan : Ulasan Pantun Melayu Pantun Dagang Pantun ini berkenaan dengan penceritaan seseorang atau kisah hidup seorang pedagang yang merantau ke tempat lain. Pantun jenis ini kebiasaannya menceritakan adat berdagang, nasihat ketika berdagang serta memberi ingatan kepada pedagang. Contoh Pantun : 1) Kelam kabus di pinggir tasik Orang menjala ikan haruan Suara halus bagai berbisik Pulang segera dari rantauan 2 ) Gulai patin dibawa pulang Hidang bersama sambal kelapa Tuan bermukim tempat tualang Lembah yang lama sudah dilupa 3) Jauh berlejang orang memburu Bukit Berapit belukar redang Anak dagang hendaklah tahu Adat tertib di rantau orang 4) Genting Sempah tempat bernama Ketika senja sejuk di bukit Kalaulah sudah bermukim lama Tentu dah lupa hala nak bali 5 ) Rasuk di lantai di bumbung alang Barulah boleh dibina rangka Kalaulah sampai jadi tualang Jangan terlebih tutur dan kata 28
  29. 29. 6 ) Orang Pendang pergi ke Gurun Cari sanglang benih petola Bila petang matahari dah turun Camar terbang pulang ke kuala Maksud Pantun Enam buah pantun di atas merupakan sebahagian daripada contoh pantun dagang yang terdapat dalam buku pantun yang dikaji. Pantun yang pertama membawa maksud ada suara halus atau suara hati yang menyeru pedagang supaya lekas pulang dari berdagang di rantauan. Perkara ini terjadi mungkin disebabkan si pedagang sudah terlalu lama berjauhan dengan desa dan orang yang tersayang. Pantun kedua pula bermaksud pedagang diingatkan supaya tidak pernah melupai tempat asalnya jika sudah merantau sekian lama. Pantun ketiga pula pedagang dinasihatkan supaya menjaga dan mengikuti adat tertib ketika berada di tempat orang. Perkara ini bagi menjamin keselamatan dan keharmonian pedagan ketika berada di perantauan. Pantun keempat bermaksud kegusaran pencipta pantun berikuti tempoh yang lama diambil oleh pedagang mampu membuatkannya lupa akan kampung halaman.pantun ini boleh juga dianggap sebagai sindiran kepada pedagang supaya sentiasa mengingati tempat asalnya. Pantun kelima membawa saranan atau nasihat kepada pedagang supaya menjaga adab sopan dan tutur kata ketika berada di tempat orang. Pantun keenam pula membawa maksud, apabila sesuatu itu sudah sampai masanya, maka para pedagang akan pulang ke tempat asalnya. Ciri – ciri yang terdapat dalam pantun : a) Pembayang dengan maksud Keenam – enam pantun ini mempunyai pembayang dan maksud. Ciri pantun yang baik ialah pembayangnya menggunakan unsur – unsur alam dan pantun – pantun ini menepati ciri pantun yang baik. 29
  30. 30. Contoh : a) Kelam kabus di pinggir tasik b) Orang Pendang pergi ke Gurun Orang menjala ikan haruan Cari sanglang benih petola b) Eufoni Eufoni merupakan kombinasi bunyi yang indah dan sedap didengar. Oleh itu, kata – kata yang dipilih mestilah kata – kata yang lembut, bersajak, berirama dan mengalun. Contoh : Tasik-berbisik, haruan-rantauan, pulang-tualang, gurun-turun, petola-kuala, alang-tualang, bernama-lama. c) Kolokasi Kolokasi membawa maksud pertautan makna atau perkara. Kolokasi dilihat pada bahagian pembayang pantun. Ciri pantun yang baik ialah mempunyai kolokasi. Kelam kabus di pinggir tasik Orang menjala ikan haruan Jauh berlejang orang memburu Bukit Berapit belukar redang Orang Pendang pergi ke Gurun Cari sanglang benih petola Gulai patin dibawa pulang Hidang bersama sambal kelapa 30
  31. 31. d) Nilai Rasa Sesebuah pantun yang baik mesti mempunyai nilai rasa dari segi makna, irama, moral, alunan kata dan lain – lain perkara. Selain mempunyai nilai rasa yang baik dari segi bahasa, pantun juga mesti mempunyai nilai rasa dari segi mendidik dan memberi nasihat. Jauh berlejang orang memburu Bukit Berapit belukar redang Anak dagang hendaklah tahu Adat tertib di rantau orang Pantun merupakan pantun yang mempunyai ciri yang indah dan mempunyai nilai rasa yang baik. Pantun di atas ini merupakan pantun yang baik kerana setiap baris mempunyai empat perkataan. Keduanya, alunan kata – katanya mempunyai irama dan bunyi naik turun yang indah susunannya. Selain itu, hujung setiap baris berentak da bersajak dengan indah, iaitu memburu digandingkan dengan tahu dan redang digadingkan dengan orang. Bilangan suku katanya pula di antara 8-10 suku kata. Pantun ini juga mempunyai nilai rasa yang baik apabila mempunyai unsur nasihat. Kenapa Dianggap Karya Agung Pantun ini dianggap sebagai karya agung kerana mampu memberi kesan kepada penggunanya. Misalnya, dalam pantun dagang ini, telah diselitkan unsur-unsur nasihat dan pesanan kepada para pedagang supaya bijak membawa diri di tempat orang dan sebagainya. Selain itu, pantun juga mengutarakan pemikiran masyarakat terhadap sesuatu perkara. Dalam pantun berdagang, pemikiran manusia terhadap peristiwa atau perkara yang berkaitan dengan aktiviti berdagang itu diungkapkan melalui pantun. Oleh itu, pantun berdagang ini diangkat sebagai karya agung kerana dapat menjadikan diri kita lebih baik daripada sebelumnya melalui unsur-unsur nasihat dan pengajaran yang terkandung di dalamnya. 31
  32. 32. Kelemahan Pantun – pantun dagang ini boleh dianggap sempurna dari segi binaannya, namun terdapat sedikit kekurangan. Kekurangan yang dapat dikesan ialah, dari segi penggunaan bukan unsur alam di dalam pembayang pantun. Pantun yang cantik susunan dan binaannya merupakan pantun yang menggunakan unsur – unsur alam dalam pembayangnya dan saling berkolokasi antara satu sama lain. Selain itu, ciri pantun yang terbaik adalah rimanya sama bukan pada bahagian hujungnya sahaja, malah rima di tengahnya juga perlu sama. Rasuk di lantai di bumbung alang Barulah boleh dibina rangka Kalaulah sampai jadi tualang Jangan terlebih tutur dan kata Pantun Budi Budi mempunyai beberapa erti, iaitu akal, kebijaksanaan, sifat baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara dan daya upaya. Budi juga digabungkan dengan perkataa lain yang membawa makna tertentu seperti budi pekerti yang bermakna perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, dan watak; budi bahasa yang beerti tingkah laku. Dalam pantun – pantun Melayu, terdapat untaian pantun yang mengandungi kata budi bagi menggambarkan perkara – perkara seperti yang dimaksudkan dalam makna kata budi itu sendiri. Oleh itu, pemilihan kata sangat ditekankan bagi menggambarkan penegrtian yang tepat yang didukung oleh kata – kata yang dipilih. Contoh pantun: 1) Pondok buruk di dusun Daik Tempat singgahan mengait kandis Rupanya elok perangainya baik Jadi idaman setiap gadis. . 32
  33. 33. 2) Puaslah hamba mecari bendi Tuan yang mahu umbut kelapa Puaslah hamba menabur budi Purnama berlalu tuan dah lupa 3) Sungguh semak di pinggir hutan Petani kampung menebas huma Sungguh banyak budimu tuan Tidak tertanggung selama – lama. 4) Tepi permatang mengalir alur Di hujung sana sungai yang dalam Selamat datang tangan dihulur Kita bersama salam bersalam 5) Terbang dua burung kenari Anak kedidi di rumpun padi Seringgit dua boleh dicari Hutang budi dibalas budi. 6) Jauhnya jarak Pekan Penanti Petang larut ke hujung desa Indahnya akhlak kerana hati . Indahnya hidup berbudi bahasa 33
  34. 34. Maksud Pantun Pantun budi yang pertama membawa maksud jejaka yang mempunyai perangai yang baik menjadi idaman para gadis. Pantun kedua pula bermaksud seseorang yang terkilan kerana budinya tidak dikenang oleh orang lain. Pantun ketiga pula bererti budi yang sudah ditaburkan tidak terbalas. Pantun yang keempat pula bermaksud “salam” dapat menggambarkan sikap berbudi bahasa. Pantun kelima bermaksud budi tidak boleh dibalas dengan wang. Budi hanya boleh dibalas dengan budi. Pantun yang terakhir bermaksud hidup seseorang itu lebih indah dengan adanya sikap budi bahasa. Ciri – Ciri Yang Terdapat Dalam Pantun a) Pembayang dengan maksud Keenam – enam pantun ini mempunyai pembayang dan maksud. Ciri pantun yang baik ialah pembayangnya menggunakan unsur – unsur alam dan pantun – pantun ini menepati ciri pantun yang baik. Contoh : Puaslah hamba mecari bendi Tuan yang mahu umbut kelapa Tepi permatang mengalir alur Di hujung sana sungai yang dalam Terbang dua burung kenari Anak kedidi di rumpun padi Sungguh semak di pinggir hutan Petani kampung menebas huma b) Eufoni Eufoni merupakan kombinasi bunyi yang indah dan sedap didengar. Oleh itu, kata – kata yang dipilih mestilah kata – kata yang lembut, bersajak, berirama dan mengalun. 34
  35. 35. Contoh ; Hutan-tuan, huma-lama,alur-dihulur, dalam-bersalam, kenari-dicari, padi- budi,penanti-hati, desa- bahasa. c) Kolokasi Kolokasi membawa maksud pertautan makna atau perkara. Kolokasi dilihat pada bahagian pembayang pantun. Ciri pantun yang baik ialah mempunyai kolokasi. Contoh : Tepi permatang mengalir alur Di hujung sana sungai yang dalam Puaslah hamba mecari bendi Tuan yang mahu umbut kelapa d) Nilai Rasa Sesebuah pantun yang baik mesti mempunyai nilai rasa dari segi makna, irama, moral, alunan kata dan lain – lain perkara. Selain mempunyai nilai rasa yang baik dari segi bahasa, pantun juga mesti mempunyai nilai rasa dari segi mendidik dan memberi nasihat. Contoh : Terbang dua burung kenari Anak kedidi di rumpun padi Seringgit dua boleh dicari Hutang budi dibalas budi. Jauhnya jarak Pekan Penanti Petang larut ke hujung desa Indahnya akhlak kerana hati . Indahnya hidup berbudi bahasa 35
  36. 36. Kedua – dua pantun merupakan pantun yang mempunyai ciri yang indah dan mempunyai nilai rasa yang baik. Pantun di atas ini merupakan pantun yang baik kerana setiap baris mempunyai empat perkataan. Keduanya, alunan kata – katanya mempunyai irama dan bunyi naik turun yang indah susunannya. Selain itu, hujung setiap baris berentak dan bersajak dengan indah, iaitu kenari digandingkan dengan dicari dan padi digadingkan dengan budi, penanti-hati, dan desa – bahasa. Bilangan suku katanya pula di antara 8-10 suku kata. Pantun ini juga mempunyai nilai rasa yang baik apabila mempunyai unsur nasihat.. Kenapa Diangkat Sebagai Karya Agung Falsafah budi diungkap dalam pantun secara halus memebri nasihat, teguran dan panduan kepada masyarakat. Budi ialah orientasi nilai yang mengukuhkan setiap bangsa.Tanpa orientasi nilai, atau bebas-nilai, keseluruhan batas-batas kehidupan akan runtuh.Melalui hidup berbudi, manusia dapat mengenal pasti keyakinan diri berasaskan pengukuran rasa kalbu dan hati. Sekiranya manusia tidak berbudi, maka runtuhlah jatidiri bangsa itu. Budi bahasa yang baik yang baik mencerminkan betapa tingginya martabat dan darjat seseorang.Masyarakat akan memandang tinggi terhadap seseorang yang berbudi.Oleh itu, masyarakat akan turut sama berbudi. Pengaruh falsafah dalam pantun menyebabkan pantun dapat menanam nilai-nilai yang baik dalam diri seseorang pembaca. Secara falsafahnya, pantun juga kaya dengan variasi yang penuh berisi, beragam gaya pengucapan, mantap dari makna dan nilai serta meluas daya gunanya. Justeru, inilah sebabnya mengapa ia diangkat sebagai karya agung. 36
  37. 37. Tugasan Sembilan: Ulasan Tokoh Sasterawan Negara : Datuk Shahnon Ahmad Datuk Shanon Ahmad merupakan Sasterawan Negara yang kedua. Beliau dilahirkan pada 13 Januari 1933 di Kampung Derdap, Sik Kedah. Beliau merupakan kanak – kanak pendiam dan pemalu serta tidak suka bercampur gaul dengan orang lain. Beliau banyak meghabiskan zaman kecilnya di sawah ,mencari ikan di sungai dan memburu burung. Kepayahan hidup dan dibesarkan dalam suasana kampung yang mecabar telah mematangkan pemikiran beliau. Sifatnya yang sensetif mendorong beliau untuk menulis kisah – kisah hidup manusia dan segala perkara yang berlaku di sekelilingnya. Jika ditinjau, kebanyakan novel – novel hasil tulisan beliau berkisarkan dengan isu sosial, iaitu kemiskinan dalam masyarakat luar bandar, kisah – kisah politik dan sebagainya. Falsafah penulisan beliau paling banyak adalah berkaitan dengan isu kemiskinan. Perkara ini terbukti apabila terdapat banyak novel beliau yang menyentuh isu – isu kemiskinan seperti Rentong, Seluang Menodak Baung, Ranjau Sepanjang Jalan , Patriach, Srengenge , Kemelut , Tunggil –tunggul Gerigis, Detik-Detik Diri Di Daerah Daif. Persoalan kemiskinan sering diutarakan dalam novel-novel Shahnon kerana beliau sudah sebati kemiskinan. Beliau sendiri hidup dalam keluarga yang miskin, sanak saudaranya serta masyarakat di sekelilingnya juga miskin. Dalam novel Rentong misalnya, Shahnon menceritakan perihal masyarakat tani yang begitu dahagakan pembangunan di kampong Banggol Derdap, iaitu kampungnya sendiri. Watak – watak dalam novel tersebut seperti Dogol, Semaun, Pak Senik Jeha dan Lahuma mengetengahkan konflik jiwa dalam diri mereka yang mewakili masyarakat kampong tersebut. Novel ini mampu memberi kesedaran kepada para pemimpin supaya membuka mata akan kesusahan masyarakat desa yang terabai dalam arus pemodenan. Dalam novel Rentong juga menbgisahkan kehidupan masyarakat desa yang hanya bergantung hidup dengan hasil tani sahaja. Turut diceritakan mengenai seekor harimau ganas yang sering menyerang hasil ternakan orang – orang kampung. Pelbagai cara dilakukan untuk membunuh harimau tersebut tetapi tidak berjaya kerana kurangnya 37
  38. 38. kerjasama yang diberikan oleh penduduk kampung. Setelah kematian Dogol akibat dibaham harimau, barulah penduduk kampung berkejasama dengan padu untuk memburu harimau tersebut. Jelas tergambar beliau menerapkan nilai kerjasama masyarakat kampung selain mengutarakan isu kemiskinan di dalam novel beliau. Kemiskinan orang kampung yang hidup melarat dan serba kekurangan dari segi tempat tinggal disentuh oleh Shahnon Ahmad dalam novel Rentung. Misalnya digambarkan seperti petikan ini ; “Malam itu kurang menyenangkan penduduk-penduduk Kampung Banggul Derdap : Terutama kepada mereka yang beratap bocor. Langit hitam pekat. Tak ada bintang walau sebutir sekali pun. Sekali-sekala guntur mengamuk bagaikan setan minta korban.” Selain itu, dalam novel Ranjau Sepajang Jalan pula menceritakan tentang kehidupan kampung yang berlatarbelakangkan kampung beliau. Novel ini menceritakan kisah keluarga Jeha dan Lahuma. Padi yang ditanam mereka musnah sebendang kerana diserang oleh ketam. Lahuma pula dutusuk duri menyebabkan kakinya emnjadi busuk. Isterinya Jeha telah berkorban untuk merawat penyakit Lahuma yang kritikal pada ketika itu. Ketam yang menyerang padi membawa maksud si pemiutang yang datang mengambil padi mereka yang masih muda sebagai bayaran hutang Kesan daripada penerimaan masyarakat yang sangat ghairah terhadap novel Ranjau Sepanjang Jalan ini, maka novel ini telah diterjemah kepada bahasa Inggeris oleh Adibah Amin dengan judul No Harvest A Thorn. Novel hasil karya Shahnon Ahmad ini memang berkualiti apabila novel yang terjemahkan ini telah diangkat sebagai salah sebuah antara 10 novel terbaik di Sydney, Australia pada 1980-an. Malahan juga novel Ranjau sepanjang Jalan ini juga pernah diterjemahkan kepada bahasa lain selain daripada bahasa Inggeris seperti Sweedish, Spanish, French, Rusia dan lain-lain. Selain itu,dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan , Shahnon telah memperlihatkan betapa terbatasnya keupayaan manusia kampung menghadapi binatang-binatang kecil yang buas, onak, duri, dan ranjau yang membunuh. 38
  39. 39. Tema kemiskinan yang ditonjolkan dan digarap dengan baik dalam novel mampu membawa pembaca menyelami penderitaan dan kepayahan golonga yang miskin. Dalam novel ini, Shahnon mengutarakan mengenai kekolotan pemikiran masyarakat kampung telah menyebabkan mereka sukar untuk mendapat pembangunan. Shahnon juga menyelitkan sikap penduduk kampung yang mudah menyerah semasa ditimpa kesusahan. Perkara ini bertujuan untuk menyedarkan mereka dari berfikiran kolot. Selain daripada isu – isu sosial diutarakan, beliau turut mengupas tema politik dalam beberapa buah novel beliau. Novel Patriach mengisahkan seorang wakil rakyat.iaitu Yang Jasadiah berusaha untuk membasmi kemiskinan yang membelenggu penduduk kampung yang dibawah pimpinannya. Jasadiah yang merupakan seorang wakil rakyat telah bersumpah dan berjanji berhabis-habisan untuk memperjuangkan dan mengubah taraf hidup rakyat yang masih serba kekurangan. Jasadiah dan isterinya Hamidah bersetuju untuk berkorban demi untuk mencapai kehandak rakyat. Mereka sanggup memilih untuk hidup susah, apa yang penting bagi mereka adalah nasib rakyat terbela dan terjaga. Novel ini ditulis adalah untuk memberi didikan dan pengajaran kepada pemimpin – pemimpin supaya jujur dan tidak mementingkan diri serta mendahulukan rakyat. Selain itu, pemikiran agama turut diutarakan dalam novel beliau, seperti dalam novel Mahabbah. Kesimpulannya, karya Shahnon Ahmad sangat berkualiti kerana beliau bijak mempersembahkan pemikiran beliau terhadap sesuatu isu dengan kreatif dan mampu membawa pembaca menyelami sendiri kehidupan yang digambarkan dalam novel. Novel – novel yang ditulis kebanyakannya berkisarkan tentang kemiskinan dan beliau mahu masyarakat dan golongan pemimpin membuka mata terhadap segelintir golongan miskin di luar bandar. Hasil garapan penceritaan beliau membuktikan bahawa Shahnon Ahmad merupakan seorang yang sangat peka dan berjiwa rakyat. Beliau turut melakukan kritikan sosial dalam novelnya serta mengkritik pemimpin – pemimpin yang tidak telus menjalankan tanggungjawab mereka. Setiap hasil penulisan beliau sebenarnya memperjuangkan sesuatu perkara yang berperang dalam dirinya. Beliau meluahkannya melalui penulisan. 39
  40. 40. Bibliografi : Datin Asima Hj. Abdul Latiff. Himpunan Syahdu Pantun Melayu. Kuala Lumpur Karang Kraf. Sdn Bhd Zaini Abdullah (2001). Pengantar Etika Edisi Ketiga. Kuala Lumpur. Pustaka Salam. Sdn. Bhd. Laman Sesawang : http://lostuniverse.iowoi.com/t74-apa-itu-falsafah. http://www.yayasankaryawan.com/index.php? option=com_content&task=view&id=6&Itemid=1 http://chaimestm.blogspot.com/2010/02/karya-agung.html http://www.scribd.com/doc/5357494/hikayat-hang-tuah http://www.yayasankaryawan.com/index.php http://www.youtube.com/watch?v=P9MQI7TS-DA http://www.youtube.com/watch?v=Gm72cvq-f_E&feature=related http://www.youtube.com/watch?v=nzowmnS9IHs&feature=related http://www.youtube.com/watch?v=epZtC7tvP28&feature=related http://www.youtube.com/watch?v=89vONtx3h5Y&feature=related http://tajaulama90.blogspot.com/2010/07/esei-sumbangan-shahnon-ahmad-dalam.html http://infopedia.nl.sg/articles/SIP_503_2004-12-27.html http://khirkassim.blogspot.com/2010/12/novel-tingkatan-5-2011-interlok.html http://www.google.com.my/search? rlz=1C1RNNN_enMY346MY373&sourceid=chrome&ie=UTF-8&q=perjanjian+pangkor http://www.scribd.com/doc/24010628/Kesan-Kesan-Perjanjian-Pangkor-1874-Terhadap- Negeri-Negeri-Melayu 40

×