Modal dan Perakaunan Syarikat dalam Islam

4,377 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
4,377
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
8
Actions
Shares
0
Downloads
80
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Modal dan Perakaunan Syarikat dalam Islam

  1. 1. MAHYUDDIN KHALID emkay@salam.uitm.edu.my
  2. 2. KANDUNGAN M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Asas Syarikat Dalam Islam • Syarikat Amwal • Syarikat Asykhas • Syarikat Mudharabah• Perakaunan Modal Syarikat Dalam Islam • Perakaunan Modal Syarikat Ashkhas • Perakaunan Modal Syarikat Amwal • Perakaunan Modal Syarikat Mudharabah 2
  3. 3. PENGENALAN M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Menjalankan aktiviti perniagaan boleh dilakukan bersendirian atau secara permuafakatan. Jika tidak mampu untuk melakukan perniagaan sendirian, maka alternatifnya ialah menubuhkan syarikat.• Modal merupakan sebahagian daripada harta yang diperuntukkan untuk memulakan perniagaan.• Harta yang dilaburkan di dalam sesuatu projek dikenali sebagai harta dagang.• Fuqaha bersepakat keuntungan merupakan pelindung bagi modal. Keuntungan tidak akan dibahagikan kepada ahli syarikat melainkan selepas mengetahui modal sebenar. 3
  4. 4. DEFINISI SYARIKAT M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Dari segi bahasa: • Percampuran (al-ikhtilaf) iaitu percampuran harta yang dimiliki oleh dua orang hingga tidak lagi boleh dikenalpasti lagi perbezaan antara keduanya.• Dari segi Istilah: • “ Dua orang atau lebih yang mengikat perjanjian perkongsian untuk menjalankan sesuatu projek perniagaan ataupelaburan dimana mereka sama-sama bersetuju menyumbangkan modal dan berkongsi untung rugi”. 4
  5. 5. ASAS PERJANJIAN SYARIKAT M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M1. Hak kebebasan memilih bagi pihak yang membuat perjanjian. Mereka mempunyai hak pertimbangan dan pemilihan2. Perjanjian itu hendaklah dimulai dengan mencatat kandungannya dan ia mesti jelas serta lengkap. Pengesahan hendaklah dibuat di hadapan saksi3. Bahan atau perkara yang dibuat perjanjian itu hendaklah halal di sisi syarak serta wujud semasa perjanjian dibuat.4. Perjanjian hendaklah bebas daripada sebarang unsur penipuan, kerana tindakan itu boleh membawa kepada unsur pertelingkahan. 5
  6. 6. SYARAT-SYARAT SYARIKAT M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M1. Urusan yang dipersetujui hendaklah yang boleh diwakilkan. Oleh itu apa yang diperoleh daripada pekerjaan tersebut dikira berkongsi di kalangan mereka.2. Kadar pembahagian keuntungan hendaklah ditetapkan ketika persetujuan dibuat.3. Pembahagian keuntungan hendaklah dibuat mengikut kadar tertentu, bukan berasaskan jumlah tertentu.4. Ahli syarikat hendaklah mengetahui jumlah modal ketika perjanjian dibuat5. Semua ahli dikehendaki mengeluarkan harta masing-masing. Tidak boleh secara berhutang6. Aktiviti yang akan dijalankan mestilah dihalalkan syarak7. Semua ahli syarikat mempunyai hak mentadbir, mengurus dan 6 mengawasi syarikat.
  7. 7. PEMBATALAN SYARIKAT M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Perjanjian syarikat akan terbatal jika: • Kematian ahli syarikat • Ahli syarikat gila, muflis • Perniagaan yang memudharatkan • Syarikat musnah 7
  8. 8. JENIS-JENIS SYARIKAT M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Jumhur fuqaha’ membahagikan syarikat kepada 3 iaitu: 1. Syarikat Amwal ( harta) 2. Syarikat Ashkhas (individu) 3. Syarikat Mudharabah (syarikat Berhad) 8
  9. 9. SYARIKAT AMWAL M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Syarikat yang ditubuhkan pada asalnya untuk tujuan pencapaian kuasa kewangan. Tujuan adalah untuk mengumpul harta sebanyak mungkin daripada berbagai individu.• Definisi • “Persetujuan antara dua pihak atau lebih untuk berkongsi mengeluarkan kadar tertentu sebagai modal perniagaan, keuntungan dan kerugian akan dibahagikan atau ditanggung oleh semua ahli syarikat.”• Ahli feqah membahagikan syarikat amwal kepada dua iaitu: • Syarikat Mufawadah • Syarikat Dhaman (‘Inan) 9
  10. 10. JENIS-JENIS SYARIKAT AMWAL M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Syarikat Mufawadah • Perniagaan berdasarkan persamaan antara ahli syarikat dalam semua aspek sama ada pengurusan, tanggungan hutang, pemberian modal dan pembahagian keuntungan. • Konsep ini dinamakan mufawadah kerana setiap ahli syarikat telah melakukan memberi kuasa kepada semua ahli syarikat untuk melakukan tugas-tugas syarikat sama ada semasa dia bersama atau ketika tiada. Oleh itu setiap ahli syarikat mesti bertanggungjawab ke atas apa yang dilakukan oleh rakan kongsi. • Syarikat ini dikatakan jaminan dalam pekerjaan/mufawadah. 10
  11. 11. JENIS-JENIS SYARIKAT AMWAL M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Syarikat Dhaman/‘Inan • Syarikat antara dua pihak atau lebih dalam mengeluarkan modal dan kerja. Modal dan keuntungan ditetapkan pada kadar tertentu sebagaimana dipersetujui. Nisbah keuntungan yang akan dibahagikan kepada ahli syarikat adalah berdasarkan kadar modal yang dikeluarkan oleh mereka. • Syarikat ini dinamakan inan kerana prinsipnya tidak mengaitkan rakan kongsi dalam urusan perdagangan yang dijalankan, sama ada dalam sektor perindustrian, perdagangan dan pertanian. Begitu juga nisbah pemberian modal, pembahagian keuntungan dan kuasa pentadbiran 11 adalah berbeza di kalangan rakan kongsi.
  12. 12. PERBEZAAN ANTARASYARIKAT MUFAWADAH DAN INAN M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M1. Syarikat mufawadah berdasarkan persamaan, Inan tidak2. Syarikat mufawadah masing-masing bertanggungjawab ke atas apa-apa risiko yang akan terjadi ke atas ahli syarikat, Inan tidak3. Syarikat mufawadah semua akan bekerja dari peringkat atasan hingga ke bawah, Inan tidak semestinya ahli syarikat akan pengurus4. Keuntungan dan kerugian dalam syarikat mufawadah adalah sama, dalam syarikat inan untung atau rugi berdasarkan modal yang disumbangkan. 12
  13. 13. PERAKAUNAN MODAL SYARIKAT AMWAL M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Faktor utama yang diambil kira di dalam syarikat amwal ialah modal yang dilaburkan; iaitu modal harta yang dilaburkan dalam bentuk saham di dalam sesuatu kegiatan perdagangan.• Pandangan fuqaha’ tentang saham: • Majoriti fuqaha mengharuskan saham syarikat kerana syarak mengharuskan penanaman modal sama ada sama nilainya atau tidak di kalangan rakan kongsi. • Para pemegang saham secara bersama melabur modal dan bersedia menghadapi sebarang keuntungan mahupun kerugian. • Pemilikan jumlah saham tidak dihadkan asalkan seseorang itu 13 bersedia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan syarikat.
  14. 14. PERAKAUNAN MODAL SYARIKAT AMWAL M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Pandangan fuqaha tentang bon: • Bon juga dikenali sebagai modal pinjaman atau hutang syarikat. Pemegang bon akan memperoleh nisbah tetap daripada pulangan tahunan syarikat berdasarkan aktivit syarikat dari tahun ke tahun. • Majoriti fuqaha menyatakan bon merupakan hutang syarikat bagi suatu tempoh tertentu. Apabila hutang tersebut dibayar bersama kadar faedah yang ditetapkan, maka pembayarannya merupakan al-nasiah dan dihukumkan sebagai haram. • Alternatif kepada bon adalah instrumen sukuk yang boleh digunakan bagi mengumpul modal dan dana. 14
  15. 15. SYARIKAT AL-ASHKHAS (SYARIKAT INDIVIDU) M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Syarikat ashkas ialah syarikat yang mengambil kira perhubungan individu untuk berkongsi sebagai faktor utama.• Syarikat yang mengambil tenaga kerja sebagai faktor utama dalam persyarikatan.• Syarikat ini dibahagi kepada dua: 1. Syarikat a’mal (abdan) 2. Syarikat wujuh 15
  16. 16. SYARIKAT AL-ASHKHAS (SYARIKAT INDIVIDU) M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Syarikat A’mal • Dinamakan juga syarikat sana’i, iaitu dua orang usahawan atau lebih bersetuju untuk menceburi bidang pembuatan seperti jahitan, pemakanan, perkhidmatan seperi firma peguam, kedoktoran, jurutera dan lain-lain. Keuntungan dibahagi mengikut nisbah yang tertentu berdasarkan kemahiran yang disumbangkan.• Syarikat Wujuh • Syarikat ini bergantung kepada pengaruh dua orang yang bersyarikat dan kemsyhuran mereka dalam bermuamalat. Syarikat ini dikenali juga dengan al- zimam. • Syarikat ini ialah perkongsian barang-barang perniagaan. Mereka akan membeli secara tangguh dan menjualkannya, keuntungan akan dibahagikan. • Syarikat ini kadangkala wujud pembelian secara tertangguh, sedangkan ahli syarikat tiada wang. Mereka hanya bergantung kepada kepercayaan orang ramai. • Syarikat askhas kadang-kadang boleh menjadi syarikat mufawadah atau syarikat inan. Jika ada persamaan maka ia boleh jadi mufawadah, jika tidak sama syarikat 16 inan.
  17. 17. PERAKAUNAN MODAL SYARIKAT ASHKHAS M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Syarikat ashkhas mengambil kira keperibadian dan imej ahli syarikat sebagai faktor utama dalam penentuan perakaunan modal syarikat.• Majoriti fuqaha berpendapat modal hendaklah dalam bentuk wang tunai, manakala Imam Abu Hanifah dan Imam Malik mengharuskannya.• Menurut kaedah fiqh, modal secara hutang atau harta yang tidak nampak adalah tidak diharuskan.• Fuqaha mazhab Maliki berpendapat syarikat dengan modal barangan diharuskan hanya setelah ia ditukar kepada bentuk modal yang diketahui nilainya dengan tepat. 17
  18. 18. PERAKAUNAN MODAL SYARIKAT ASHKHAS M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Undang-undang mengiktiraf sistem syarikat bermodalkan barangan dengan syarat barangan tersebut hendaklah dijual setelah ia diserah dan dimiliki oleh syarikat.• Catatan simpan kira modal: • Pembayaran syer rakan kongsi yang bersyarikat hendaklah dalam bentuk harta yang boleh dikemukakan. • Perkara yang penting dalam penilaian modal perlu bergantung pada nilai semasa serta faedah-faedah daripada modal, pinjaman, pengiraan semasa dan sebagainya. 18
  19. 19. SYARIKAT MUDHARABAH M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Mudharabah ialah perjanjian anatara pemilik modal dan pengusaha dimana pemilik modal bersetuju membiayai sepenuhnya sesuatu projek perniagaan datau pelaburan dan pengusaha bersetuju mengusahakannya secara berkongsi untung dengan nisbah pembahagian untung yang dipersetujui bersama terlebih dahulu.• Syarikat ini perkongsian antara pemodal dan pengusaha untuk menjalankan sesuatu projek.• Syarikat mudharabah ada dua iatu : • Mudharabah mutlak • Mudharabah muqayyad.• Mudharabah mutlak ialah pengusaha bebas melakukan apa jua projek yang dikehendaki.• Mudharabah muqayadah ialah pemodala telah meletakkan syrat tertantu kepada pengusaha seperti jenis projek, tempat, tempoh dan sebagainya. 19
  20. 20. SYARAT PERJANJIAN MUDHARABAH M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M1. Jumlah modal yang dikeluarkan diketahui oleh semua ahli syarikat ketika perjanjian itu dibuat. Modal hendaklah bentuk tunai atau wang yang laku dalam pasaran2. Modal hendaklah sesuatu yang boleh dikemukakan atau boleh diserahkan semasa perjanjian dibuat. Hutang atau sesuatu yang ghaib tidak boleh menjadi modal.3. Pembahagian keuntungan untuk pengusaha hendaklah berdasarkan nisbah tertentu sama ada peratusan atau pecahan4. Pengusaha hendaklah menjalankan perniagaan berdasarkan skop yang telah ditetapkan oleh pemodal5. Kedua-dua pemodal dan pengusaha hendaklah memenuhi syarat-syarat untuk membuat perjanjian.6. Pengusaha dikira sebagai pemegang amanah ketika menerima modal, 20 sebelum sesuatu pekerjaan dimulakan7. Pengusaha dikira sebagai wakil apabila memulakan perniagaan
  21. 21. SYARAT PERJANJIAN MUDHARABAH M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M8. Apabila syarikat memperoleh keuntungan, pengusaha mempunyai hak atau bahagian tertentu sebagai rakan kongsi9. Apabila syarikat mengalami kerugian, semua akan ditanggung oleh pemodal dan pengusaha hanya akan mendapat upah sahaja10. Sebarang perlanggaran syarikat adalah menjadi kesalahan dan orang yang melanggar akan membayar ganti rugi atau bertanggungjawab11. Tidak ada had dalam perjanjian mudharabah kepada pemodal, malahan lebih ramai pemodal lagi elok.12. Tidak ada had kepada bilangan pengusaha, malahan lebih ramai lagi baik.13. Projek yang hendak dijalankan tidak ada batasan. Mereka boleh melibatkan diri dalam perdagangan antarabangsa, perindustrian dan sebagainya 21
  22. 22. KEBAIKAN SYARIKAT MUDHARABAH M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M1. Mengurangkan penganguran2. Meningkatkan ekonomi3. Membantu pemodal yang tidak tahu hendak mengembangkan modal4. Membantu pengusaha yang mempunyai kemahiran tetapi tiada modal5. Wujudnya kerjasama antar satu sama lain 22
  23. 23. PERAKAUNAN MODAL SYARIKAT MUDHARABAH M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Kontrak mudharabah didefinisikan sebagai perjanjian antara 2 pihak iaitu pemodal dan pengusaha.• Pengusaha menggunakan modal yang diperuntukkan oleh pemodal dalam aktiviti pelaburan yang halal, keuntungan yang diperolehi akan dibahagikan antara mereka berdasarkan syarat yang dipersetujui.• Fuqaha berpendapat mudharabah adalah transaksi yang diharuskan.• Namun sekiranya modal dikemukakan dalam bentuk barang atau hutang, maka kontrak mudharabah itu adalah tidak sah. Ini bertujuan mengelakkan sebarang perubahan nilai sekiranya 23 berlaku sebawang kelewatan pembayaran.
  24. 24. PERAKAUNAN MODAL SYARIKAT MUDHARABAH M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Menurut konsep ini pelanggan bersedia menerima risiko lebih bagi membuka ruangnya bagi mendapat peratusan keuntungan yang lebih besar sekiranya pihak Bank berjaya melaburkan wang dengan pulangan lumayan.• Kadar peratusan akan di tetapkan di peringkat awal seperti 70 % untuk pelanggan dan 30 % bank, 80/20, 60/40 dan sebagainya.• Satu perkara yang juga amat penting dalam akaun Islam ini adalah, deposit yang terkumpul hanya akan dilaburkan untuk membiayai syarikat-syarikat yang telah di tapis secara Shariah oleh pengurusan bank dan majlis Penasihat Shariah Bank. Justeru semua “Shariah-Approved companies” ini telah di pastikan dengan teliti ketepatannya dari sudut Shariah, justeru semua keuntungan yang bakal di perolehi adalah harta yang 24 bersih.
  25. 25. TAMAT25 M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M

×