Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Bm 1 nilam
1. INTERNSHIP
Unit Amalan Profesional
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian : Ambilan Januari 2010
RINGKASAN PERSEDIAAN MENGAJAR
TARIKH
5 Julai 2013
Nama mata pelajaran : Bahasa Melayu
Nama Kelas/tahun
Tajuk / Tema
TAHUN 2 NILAM
Makanan
Masa
7.45 pagi – 8.45 pagi
Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata terbuka kv + kv
Kemahiran
(Rujuk HSP)
2.1 membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata terbuka kv +kv.
Hasil pembelajaran
Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid akan berupaya
1) membina sekurang-kurang 2 daripada 8 perkataan berdasarkan suku kata terbuka
kv+kv dengan bimbingan guru
2) menulis sekurang-kurangnya 3 daripada 8 perkataan berdasarkan suku kata
terbuka kv + kv dengan bimbingan guru.
Aktiviti
pembelajaran
Aktiviti :
1.Guru bersoal jawab dengan murid mengenai makanan.
2. Guru mengajak murid menyanyi lagu mengikut lirik ' Bangun Pagi ' yang
telah diubahsuai.
3. Guru meminta murid menyebut nama makanan yang terdapat dalam lirik lagu.
4. Murid meneliti gambar yang dipamerkan dan meminta murid menyebut suku kata
awal dan suku kata akhir gambar tersebut.
5. Setiap murid dipanggil secara rawak dan tampil ke hadapan untuk mengambil
kotak berisi kad suku kata dan bekerjasama dengan murid yang lain untuk
mencantum kad-kad suku kata menjadi perkataan bermakna.
6. Murid menulis perkataan yang yang telah dibina pada papan tulis dengan ejaan
yang betul dan tulisan yang kemas dihadapan kelas. Semua murid mengeja dan
membaca perkataan yang telah ditulis.
7. Guru mengedarkan lembaran kerja dan meminta murid melengkapkan suku kata
menjadi perkataan dengan betul.
8. Murid yang menguasai kemahiran ini akan diberi aktiviti pengayaan. Manakala
murid yang belum menguasai akan diberi aktiviti pemulihan.
Bahan bantu
mengajar
kad suku kata, kad gambar, kad perkataan, MS Powerpoint,
Refleksi
pengajaran
(Kenyataan
sejauhmana hasil
pembelajaran
tercapai)
Kehadiran
__ /7
_________________________
Tandatangan pelajar
_______________________________
Tandatangan Mentor / Guru Besar