Successfully reported this slideshow.

Ketaksamaan peluang pendidikan murid orang asli, peribumi

1,725 views

Published on

Published in: Education
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Ketaksamaan peluang pendidikan murid orang asli, peribumi

  1. 1. KETAKSAMAAN PELUANGPENDIDIKAN MURID ORANG ASLI, PERIBUMI DAN MURID PENDALAMAN Disediakan oleh : Hishamuddin Mohamad Fahmi Imas Nur Amaliyana Ili Izdihar
  2. 2. Kelas Sosial Jantina Ketaksamaan Peluang PendidikanKumpulan Minoriti Murid Berkeperluan Khas Isu-Isu Ketaksamaan Peluang Pendidikan
  3. 3. Orang Asli Kadar keciciran yang tinggi dalam kalangan murid orang Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara bersama dan bersemuka sejajar dengan Dasar Pendemokrasian Pendidikan. Orang asli merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semulajadi. Keserasian cara hidup yang berharmoni dengan alam sekitar membolehkan mereka mengetahui di mana tanah untuk bertani, hasil hutan yang sesuai serta cara pemeliharaannya (Rusli Zaenal, 2002).
  4. 4.  Orang Asli dibahagikan kepada 3 rumpun bangsa iaitu Senoi, Negrito dan Melayu Asli. Pada tahun 2005, jumlah Orang Asli adalah sebanyak 141, 230 orang. Orang Asli banyak lagi berasaskan pertanian dan bersifat sara diri. Orang Asli masih terpinggir dalam arus pendidikan kerana infrastruktur dan prasarana yang kurang legkap di tempat tinggal.
  5. 5.  Kemunduran Orang Asli turut dikaitkan dengan latar belakang akademik yang rendah (Mustaffa Omar, 2004). Menurut JHEOA (1998), minat belajar dalam kalangan masyarakat Orang Asli masih berada dalam tahap yang rendah di mana kecicicran yang dicatatkan pada 1998 adalah 45.8% dan kadar buta huruf adalah 49.2% (Kadar Nasional 6.4%).
  6. 6.  Minat belajar dalam kalangan anak Orang Asli juga adalah rendah. Ini turut didorong oleh faktor persekitaran seperti ibu bapa yang kurang mengambil berat mengenai pelajaran anak-anak mereka. Cara hidup mereka masih tertumpu kepada hutan telah mendorong ramai anak Orang Asli berhenti sekolah lebih awal untuk mengikut bapa mereka mencari rotan, membantu ladang ubi dan padi bukit.
  7. 7. Indigenous Indigenous merujuk Penduduk Pribumi di pedalaman Sabah dan Sarawak. Mereka dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal, ekonomi, sosial dan Budaya. Di Sabah terdapat kira-kira 23 suku kaum Etnik manakala di Sarawak terdapat kira-kira 24 suku kaum Etnik. Di Malaysia, masih terdapat sebilangan kecil mereka tinggal jauh di pedalaman Sabah dan Sarawak.
  8. 8.  Masyarakat Indigenous masih belum bersedia menerima perubahan dalam dunia pendidikan kerana masih berpegang kepada Budaya hidup tradisional mereka (Indigenous Learning). Sistem belajar Asli memiliki banyak aspek positif, antaranya ialah mempertahankan nilai-nilai Budaya tanpa kehilangan mempelajari sesuatu. Sistem belajar Asli secara turun-temurun diwarisi masyarakat indigenous tradisional merupakan potensi sangat berharga.
  9. 9. Masyarakat Pedalaman Faktor-faktor kurangnya ketaksamaan peluang pendidikan bagi masyarakat pedalaman kerana kurangnya guru pakar pengalaman dalam satu- satu bidang. Suasana persekitaran Fizikal dan Sosio-Budaya bagi kawasan pedalaman juga kurang meransang. Tidak ada akses untuk ICT. Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum, jantina, taraf sosio-ekonomi dan tahap keupayaan murid.
  10. 10.  Usaha untuk menangani jurang ni terus mendapat perhatian kerajaan sejak Rancangan Malaysia Ke-3. “…merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pendidikan antara yang kaya dengan yang miskin serta antara wilayah dan antara kaum melalui pembahagian sumber-sumber dan kemudahan negara dengan lebih saksama…” (RMKe-3, 1976-1980).
  11. 11.  Ibu bapa di kawasan pedalaman tidak mementingkan pelajaran. Segala kesulitan yang dihadapi oleh murid- murid, secara tidak langsung menjadi satu halangan kepada mereka untuk memajukan diri. Ibu bapa itu sendiri turut tidak berpendidikan ataupun tidak berpelajaran. Pendekatan ataupun kaedah yang digunakan oleh guru-guru juga tidak menarik.
  12. 12.  Kesulitan menguasai 3M, kegagalan mencapai standard minimum dan pelajar berisiko tinggi untuk cicir dalam Sistem Pendidikan. Sudah menjadi tanggungjawab semua untuk merapatkan jurang perbezaan tersebut. Sebagai guru, kita bertanggungjawab untuk merealisasikan hasrat kerajaan tersebut melalui dasar-dasar yang terdapat dalam Kementerian Pelajaran. Jurang antara bandar dan luar bandar merujuk kepada penyediaan infrastruktur, penempatan guru terutamanya di ‘Sekolah Kurang Murid’ (SKM), ‘Sekolah Orang Asli’ dan ‘Sekolah di Pedalaman’.
  13. 13. SEKIAN, TERIMA KASIH

×