Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN                SAINS DAN MATEMATIK DALAM KALANGAN                     GUR...
akademik pelajar, penggunaan komputer di dalam bilik darjah mempunyai potensi yangbesar dalam bidang pendidikan, khususnya...
4. Sejauh manakah pengetahuan guru dalam menggunakan perisian kursus yang         dibekalkan?      5. Apakah persepsi guru...
atas tahap penggunaan komputer di dalam kelas. Guru yang mempunyai lebihpengetahuan menunjukkan sikap yang lebih positif t...
3.1    PengenalanPada asasnya bab ini akan menerangkan metodologi kajian yang merangkumi rekabentukkajian, sampel kajian, ...
4.0    DAPATAN KAJIAN4.1    PengenalanDalam bab ini menerangkan hasil yang diperolehi daripada kajian yang telah dijalanka...
31-37                      8 (53%)                     9 (60%)        38-44                      4 (27%)                  ...
Tidak mahir                           4 (27%)               2 (13%)Kajian menunjukkan 6 orang (40%) guru Sains dan 5 orang...
Skor kekerapan dan peratus                  Bilangan            Bilangan        Buku teks                                 ...
4.4    Bahagian C – Tahap Penggunaan Media KomputerBahagian C terdapat 10 item soal selidik yang merupakan analisis mengen...
4.4.2 Skor kekerapan dan peratus penggunaan internet dalam pengajaran                                        Jadual 4.8:  ...
4.5.1 Skor kekerapan dan peratus kekangan yang dihadapi oleh guru Sains dan guruMatematik                                 ...
kemahiran dalam penggunaan media        komputer                                      3 (20%)           5 (33%)Menurut has...
menggunakannya semasa mengajar. Ini menunjukkan guru-guru Sains di SMK Pangkormempunyai sikap yang sangat baik terhadap pe...
yang begitu banyak di samping kemahiran dan pengetahuan yang terhad, maka guru tidakdapat menggunakan sepenuhnya kemudahan...
RujukanCriswell, J.R., (1989). Rethinking microcomputer instruction as part of teachereducation reform, Educational Techno...
Jurnal atas talian : The Electronic Journal on Information Systems in DevelopingCountrieswww.ejisdc.org:8011/ojs2/index.ph...
KANDUNGAN1.0   PENDAHULUAN      1.1   Pengenalan                                             1      1.2   Pernyataan Masal...
Rujukan        16          19
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN

7,470 views

Published on

Published in: Education

TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN

  1. 1. TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM KALANGAN GURU-GURU SMK PANGKOR, PERAK1.0 PENDAHULUAN1.1 PengenalanPerkembangan dan perkayaan ilmu pada hari ini menjadi lebih pantas dengan perananyang dimainkan oleh komputer dan internet dalam pendidikan. Pembelajaran berbantukankomputer (PBK) atau Computer-Assisted Instruction (CAI) adalah terminologi yangdigunakan secara meluas untuk menerangkan tentang penggunaan komputer dalamproses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Maier et al.(1998), pengajaran danpembelajaran berbantukan komputer bermaksud sebarang penggunaan komputer secaraterancang dan teratur bagi membantu mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran.Dence (1980) dalam kajiannya telah membuat kesimpulan bahawa PBK amat berkesanberbanding dengan pendekatan tradisional. Dalam menghadapi arus globalisasi, Sainsdan Matematik merupakan dua subjek yang sangat penting untuk membentuk masyarakatyang berasaskan ilmu pengetahuan. Pada dasarnya kerajaan meletakkan sasaran 60:40pelajar mengambil aliran sains berbanding aliran sastera. Ini merupakan sasaran yangtinggi yang perlu dicapai dan menjadi cabaran kepada guru-guru sains dan matematikuntuk memenuhinya.1.2 Pernyataan MasalahPenggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematikmengubah persekitaran belajar kepada suasana yang mempunyai nilai eksentrik yangpositif disamping menarik minat pengajar dan pelajar. Criswell (1989) pulamendefinisikan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) sebagaipenggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dan melibatkan pelajarsecara aktif serta membolehkan maklum balas. Memandangkan penggunaan alat bantu mengajar biasa seperti radio, televisyen,mesin taip dan OHP tidak menghasilkan peningkatan yang ketara di dalam pencapaian 1
  2. 2. akademik pelajar, penggunaan komputer di dalam bilik darjah mempunyai potensi yangbesar dalam bidang pendidikan, khususnya dalam pendidikan sains dan matematik(Kelman,1983). Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, media teknologi digunakansebagai satu wahana untuk mengoptimumkan hasil pembelajaran, antaranya seperti video,perisian komputer, perisian kursus, dan internet. Tanpa kemahiran mengendali danmemanipulasi sesuatu alat, betapa penting dan berguna pun perkakasan tersebut tidakakan memberi kesan atau faedah. Begitu juga dengan komputer, walaupun terdapatbanyak kelebihan dan kekuatan menggunakan komputer dalam pengajaran, banyakperuntukkan yang disediakan oleh kerajaan untuk peralatan ICT tetapi jika guru-gurutidak menggunakannya, segala pelaburan dan harapan hanya akan menjadi sia-sia.1.3 Objektif KajianKajian ini dijalankan untuk melihat tahap penggunaan media komputer di kalangan guruSains dan Matematik di SMK Pangkor, Perak. Kumpulan guru ini terdiri daripada 15orang guru Sains dan 15 orang guru Matematik. Objektif kajian adalah seperti dibawah: 1.3.1 Mengenalpasti media pengajaran yang paling kerap digunakan oleh guru- guru Sains dan Matematik dalam pengajaran 1.3.2 Mengumpul maklumat tentang tahap penggunaan komputer (internet dan perisian kursus yang dibekalkan) dalam pengajaran di kalangan guru-guru Sains dan Matematik di SMK Pangkor 1.3.3 Mengenalpasti kekangan dalam penggunaan komputer dalam pengajaran1.4 Persoalan KajianPersoalan yang perlu dijawab dalam kajian ini adalah : 1. Sejauh manakah kekerapan guru-guru menggunakan media yang tertentu dalam pengajaran mereka? 2. Apakah perkaitan kursus komputer yang telah dihadiri dengan tahap kemahiran penggunaan komputer dan internet di kalangan responden? 3. Sejauh manakah pengetahuan guru dalam menggunakan internet untuk mendapatkan bahan pengajaran? 2
  3. 3. 4. Sejauh manakah pengetahuan guru dalam menggunakan perisian kursus yang dibekalkan? 5. Apakah persepsi guru terhadap peranan perisian kursus yang dibekalkan, adakah ia membantu dalam mencapai objektif pengajaran? 6. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru-guru semasa menggunakan perisian kursus yang dibekalkan? 7. Apakah kekangan dalam menggunakan media komputer dalam pengajaran?1.5 Kepentingan KajianKajian ini merupakan suatu kajian tinjauan terhadap tahap penggunaan media komputer(internet dan perisian kursus yang dibekalkan) dalam pengajaran Sains dan Matematikdalam kalangan guru-guru Sains dan Matematik sekolah menengah dan ia jugamerupakan kajian kes yang dijalankan bagi sekolah menengah di Pangkor. Hasil kajianini boleh menyumbang maklumat kepada pentadbir sekolah dan kepada pegawaipendidikan daerah bagi membantu pihak-pihak yang berkenaan dalam membuatperancangan dan strategi untuk melengkapkan guru-guru Sains dan Matematik dengankemahiran-kemahiran yang perlu agar guru-guru dapat menggunakan media ini denganlebih kerap dan efektif. Kajian ini juga dapat membantu pihak-pihak yang berkenaanmengambil langkah-langkah menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru-guru Sainsdan Matematik dalam melaksanakan PPSMI. Dan akhir sekali kajian ini diharap dapatdijadikan panduan kepada pengkaji-pengkaji lain dan individu-individu yang terbabitsecara langsung dalam pembangunan guru-guru Sains dan Matematik dalam cabaran danimpak globalisasi.2.0 LITERATUR2.1 Kajian LiteraturTerdapat kajian-kajian yang menunjukkan bahawa guru kurang menggunakan peralatandi dalam pengajaran dan pembelajaran. Norhayati Abd Mukti (2000) dalam kajiannya keatas 15 orang guru yang mengajar komputer dalam pendidikan mendapati bahawa faktor-faktor latar belakang guru, sikap dan keprihatinan guru memberikan makna yang besar ke 3
  4. 4. atas tahap penggunaan komputer di dalam kelas. Guru yang mempunyai lebihpengetahuan menunjukkan sikap yang lebih positif terhadap penggunaan komputer dalampengajaran dan guru yang kurang berpengetahuan menyedari bahawa merekamemerlukan lebih kemahiran dan pengetahuan untuk menggunakan teknologi di dalamkelas. Antara masalah yang dikenalpasti dalam kajian ini ialah guru tidak mempunyaicukup masa untuk menyediakan bahan pengajaran menggunakan komputer keranadibebani dengan masa mengajar yang penuh di samping tugas-tugas lain yangdipertanggungjawabkan. Hasil kajian Sham Ibrahim (2003) ke atas 119 orang guru sekolah menengahdaerah Jelebu mendapati bahawa perisian multimedia mampu memenuhi masapengajaran dengan efektif, dan membantu guru menjalankan aktiviti dalam kelas, secaratidak langsung dapat mencapai objektif yang disasarkan, mempertingkatkan minat pelajardan boleh dijadikan bahan rujukan yang berguna kepada guru. Dalam kajian yang dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan PenyelidikanDasar Pendidikan KPM (2003) ke atas 206 orang pengetua, 818 orang guru bahasaMelayu, bahasa Inggeris, Sains dan Matematik dan 3043 pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 dibeberapa buah sekolah menengah seluruh negara, mendapati bahawa tahap kesediaansekolah menengah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputermasih di peringkat awal dan persepsi di kalangan guru dan pelajar sangat positif terhadappenggunaan komputer. Kemudahan infrastruktur fizikal dan teknologi harus diperkemasdan dipertingkatkan terlebih dahulu. Melalui kajian yang telah dijalankan oleh Nazamud-din (2004) terhadap guru-guru sains di sekolah menengah bahagian Kuching / Samarahan mendapati guru-gurumempunyai tahap pengetahuan, kemahiran dan latihan sedia ada yang sederhana. Beliaujuga mendapati tahap keperluan pengetahuan dan latihan adalah besar dan tahapkeperluan kemahiran adalah sederhana. Jadi, suatu program latihan yang tersusun dankomprehensif perlu dilaksanakan bagi menambah pengetahuan dan kemahiran asas danpenggunaan teknologi maklumat guru-guru sains dalam perkhidmatan.3.0 METODOLOGI KAJIAN 4
  5. 5. 3.1 PengenalanPada asasnya bab ini akan menerangkan metodologi kajian yang merangkumi rekabentukkajian, sampel kajian, instrumen kajian, pengumpulan data dan tatacara penganlisaan data.3.2 Rekabentuk KajianKajian ini berbentuk tinjauan yang mengkaji tahap penggunaan media komputer dalampengajaran Sains dan Matematik di kalangan guru-guru Sains dan Matematik.Rekabentuk kajian adalah bersifat kuantitatif. Maklumat dari responden diambilmenggunakan borang soal selidik.3.3 Sampel KajianResponden dalam kajian ini terdiri dari 30 guru Sains dan Matematik (15 guru Sains dan15 guru Matematik) di Pulau Pangkor. Hanya sebuah sekolah dipilih iaitu SekolahMenengah Kebangsaan Pangkor. Daripada jumlah tersebut guru lelaki adalah sebanyak 7orang guru lelaki dan 24 orang guru perempuan.3.4 Instrumen kajianKajian ini merupakan kajian tinjauan di mana instrumen yang digunakan ialah borangsoal selidik yang terdiri daripada empat bahagian iaitu Bahagian A: maklumat latarbelakang respondan, Bahagian B: kekerapan penggunaan media pengajaran dalampengajaran Sains dan Matematik, Bahagian C: tahap penggunaan media komputer dalampengajaran Sains dan Matematik dan Bahagian D: kekangan dalam penggunaan mediakomputer dalam pengajaran Sains dan Matematik. Soal selidik diberi kepada guru-guru melalui ketua panitia atau ketua bidang Sainsdan Matematik. Data-data dikumpul dan analisa dibuat dalam bentuk peratusan. Jikaperatusan melebihi 85%, ini diletakkan sangat baik, 70% hingga 84% dikatakan baik, 50%hingga 69% adalah sederhana manakala kurang dari 50% dikatakan tahap rendah. 5
  6. 6. 4.0 DAPATAN KAJIAN4.1 PengenalanDalam bab ini menerangkan hasil yang diperolehi daripada kajian yang telah dijalankan.Penganalisisan data dan keputusan yang dibuat adalah berdasarkan skop kajian yang telahditetapkan. Perisian ‘Statistical Package for the Social Sciences’17 (SPSS) digunakanuntuk menganalisis data-data dalam kajian ini.4.2 Bahagian A – Latar Belakang RespondenBahagian ini meliputi soalan-soalan mengenai latar belakang responden. Bilanganresponden yang terlibat terdiri daripada 15 orang guru Sains dan 15 orang guruMatematik daripada SMK Pangkor. Terdapat 7 soalan yang dikemukakan di dalambahagian ini iaitu jantina, bangsa, umur, pengalaman mengajar, tahap kemahiranmenggunakan komputer dan internet serta pengalaman menghadiri kursus komputer.4.2.1 Jantina Jadual 4.1: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina Guru Sains Guru Matematik Jantina Bilangan Bilangan Lelaki 0 (0%) 3 (20%) Perempuan 15 (100%) 12 (80%)Dapatan hasil menunjukkan 100% guru Sains dan 12 orang (80%) guru Matematik adalahperempuan. Ini bermaksud majoriti guru Sains dan Matematik di SMK Pangkor adalahterdiri daripada guru perempuan.4.2.2 Umur Jadual 4.2: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Umur Guru Sains Guru Matematik Umur Bilangan Bilangan 24-30 2 (13%) 1 (7%) 6
  7. 7. 31-37 8 (53%) 9 (60%) 38-44 4 (27%) 3 (20%) 45 ke atas 1 (7%) 2 (13%)Kebanyakan responden berumur 31 hingga 37 iaitu 8 orang (53%) guru Sains dan 9 orang(60%) guru Matematik, hanya 1 orang (7%) guru Sains dan 2 orang (13%) guruMatematik berumur 45 ke atas. Ini bermakna responden adalah guru yang masih muda.4.2.3 Kemahiran Menggunakan Komputer Jadual 4.3:Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Kemahiran Menggunakan Komputer Guru Sains Guru Matematik Kemahiran mengguna komputer Bilangan Bilangan Mahir 6 (40%) 10 (67%) Sederhana 6 (40%) 3 (20%) Tidak mahir 3 (20%) 2 (13%)Menurut Jadual 4.3, terdapat 6 orang (40%) guru Sains dan 10 orang (67%) guruMatematik mahir mengguna komputer, 6 orang (40%) guru Sains dan 3 orang (20%) guruMatematik sederhana mahir mengguna komputer. Ini menunjukkan 80% ke atas guruSains dan guru Matematik mempunyai kemahiran asas mengguna komputer.4.2.4 Kemahiran Menggunakan Internet Jadual 4.4: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Kemahiran Mengguna Internet Guru Sains Guru Matematik Kemahiran mengguna internet Bilangan Bilangan Mahir 6 (40%) 5 (33%) Sederhana 5 (33%) 8 (53%) 7
  8. 8. Tidak mahir 4 (27%) 2 (13%)Kajian menunjukkan 6 orang (40%) guru Sains dan 5 orang (33%) guru Matematik mahirmenngunakan internet, manakala 5 orang (33%) guru Sains dan 8 orang (53%) guruMatematik sederhana mahir mengguna internet. Bilangan guru Sains yang tidak mahirmengguna internet melebihi 2 orang daripada guru Matemati iaitu 4 orang (27%).4.2.5 Pengalaman Menghadiri Kursus Jadual 4.5: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Pengalaman Menghadiri Kursus Guru Sains Guru Matematik Pengalaman menghadiri kursus Bilangan Bilangan Pernah 14 (93%) 13 (87%) Tidak pernah 1 (7%) 2 (13%)Hampir kesemua guru Sains dan guru Matematik pernah menghadiri kursus komputerhanya 1 orang (7%) guru Sains dan 2 orang (13%) guru Matematik tidak pernahmenghadiri kursus komputer. Kebanyakan guru Sains dan Matematik menghadiri kursussemasa pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalamBahasa Inggeris (PPSMI).4.3 Bahagian B - Tahap Penggunaan Media Dalam PengajaranBahagian B terdapat 7 item soal selidik yang merupakan analisis mengenai tahappenggunaan media dalam pengajaran.4.3.1 Skor kekerapan dan peratus penggunaan media dalam pengajaran Jadual 4.6: Skor Kekerapan Dan Peratus Responden Mengikut Penggunaan Media Dalam Pengajaran Guru Sains Guru Matematik 8
  9. 9. Skor kekerapan dan peratus Bilangan Bilangan Buku teks 15 (100%) 15 (100%) Lembaran kerja 14 (93%) 15 (100%) OHP 0 (0%) 0 (0%) Komputer (perisian kursus) 11 (73%) 7 (47%) Komputer (internet) 7 (47%) 5 (33%) Radio (CD) 2 (13%) 1 (7%) Video (VCD/DVD) 10 (67%) 8 (53%) Objek sebenar seperti carta dll 12 (80%) 7 (47%)Berdasarkan Jadual 4.6, guru Matematik 100% mengguna buku teks dan lembaran kerja.Keadaan ini lebih kurang sama dengan guru Sains iaitu buku teks (100%), lembaran kerja(93%) dan carta (80%). Media yang berada pada tahap penggunaan sederhana ialahkomputer (53%), video (67%) dan pengguana media bagi guru Matematik pada tahapsederhana ialah komputer (47%), video (53%) dan carta (47%). Hampir tiada guru Sainsdan guru Matematik mengguna OHP dan radio semasa menjalankan pengajaran danpembelajaran dalam bilik darjah, ini mungkin peralatan OHP dan perisian radio tidakdibekalkan lagi. Dapatan kajian menunjukkan guru SMK Pangkor masih cenderongmenggunakan kaedah lama iaitu ’chalk and talk’. Jika dilihat pada penggunaan perisian kursus, lebih ramai guru-guru Sains (73%)yang menggunakannya berbanding dengan guru-guru Matematik (47%). Ini mungkinkerana peralatan-peralatan ICT yang diperlukan untuk menggunakan perisian kursustelah dilengkapkan di dalam makmal Sains. Guru-guru Sains tidak perlu membawaperalatan yang banyak ke dalam kelas dan tidak perlu menempah bilik tayangan ataubilik media untuk menggunakan perisian kursus ini. Di samping itu, setiap makmal sainsmempunyai pembantu makmal yang boleh membantu guru-guru memasang dan menutupkembali peralatan-peralatan yang telah digunakan. Berbanding guru-guru Matematikterpaksa menggunakan bilik tayangan atau bilik media atau terpaksa membawa peralatanseperti laptop, LCD, extension wire di samping buku rekod mengajar ke dalam kelas. Jikadibandingkan penggunaan internet, tahap penggunaanya masih pada tahap yang rendahbagi kedua-dua panitia Sains dan Matematik. 9
  10. 10. 4.4 Bahagian C – Tahap Penggunaan Media KomputerBahagian C terdapat 10 item soal selidik yang merupakan analisis mengenai tahappenggunaan media komputer iaitu perisian kursus dan penggunaan internet.4.4.1 Skor kekerapan dan peratus penggunaan perisian kursus dalam pengajaran Jadual 4.7: Skor Kekerapan Dan Peratus Penggunaan Perisian Kursus Dalam Pengajaran Guru Sains Guru Matematik Skor kekerapan dan peratus Bilangan Bilangan Pengenalpastian perisian kursus yang sesuai 10 (67%) 9 (60%) Install pengisisan 6 (40%) 5 (33%) Explore pengisian 5 (33%) 4 (27%) Perisian bantu mencapai objektif 10 (67%) 9 (60%) Suka mengguna perisian 8 (53%) 10 (67%) Mengambil masa lama untuk memasang alatan 6 (40%) 14 (93%)Dari segi pengenalpastian perisian kursus yang sesuai dan suka menggunakan perisian,guru Sains dan guru Matematik menunjukkan peratusan persetujuan yang sederhana. 67%guru Sains dan 60% guru Matematik bersetuju perisian kursus membantu merekamencapai objektif pengajaran. Manakala penginstalsian dan explore sebelum digunakanmenunjukkan peratus persetujuan yang rendah. Guru Matematik menunjukkanpersetujuan yang tinggi tentang mengambil masa lama untuk memasang alatan iaitu 93%.Jika dibandingkan minat kepada perisian kursus di kalangan guru Sains dan Matematik,guru Sains lebih berminat menggunakannya dalam P&P. 10
  11. 11. 4.4.2 Skor kekerapan dan peratus penggunaan internet dalam pengajaran Jadual 4.8: Skor Kekerapan Dan Peratus Penggunaan Internet Dalam Pengajaran Guru Sains Guru Matematik Skor kekerapan dan peratus Bilangan Bilangan Tahu layari internet mendapat maklumat 14 (93%) 12 (80%) Penggunaan laman web penddikan mencari bahan mengajar 13 (87%) 10(67%) Tahu muat turun bahan dari internet 12 (80%) 12 (80%) Copy- paste bahan dari internet ke MsWord, ppt dan excel 14 (93%) 11 (73%)Hasil dapatan menunjukkan majoriti guru Sains mempunyai tahap pengetahuan yangsangat baik (80% ke atas) tentang penggunaan internet berbanding dengan guruMatematik, didapati guru Matematik kurang berpengetahuan tentang internet, namunperbezaannya tidak begitu ketara.4.5 Bahagian D – Kekangan Dalam Penggunaan Media KomputerBahagian D terdapat 12 item soal selidik yang merupakan analisis mengenai kekangandalam penggunaan media komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Sains danMatematik. Daripada dapatan, didapati berikut adalah beberapa masalah yang dihadapioleh guru Sains dan guru Matematik dalam menggunakan media komputer: 11
  12. 12. 4.5.1 Skor kekerapan dan peratus kekangan yang dihadapi oleh guru Sains dan guruMatematik Jadual 4.9: Skor Kekerapan Dan Peratus Kekangan Yang Dihadapi Oleh Guru Sains Dan Guru Matematik Guru Sains Guru Matematik Skor kekerapan dan peratus Bilangan Bilangan Tidak cukup masa untuk meneliti dan menggunakan perisian kursus. 10 (67%) 14 (93%) Tidak cukup masa untuk melayari internet 14 (93%) 15 (100%) Terpaksa membawa banyak alat seperti laptop, LCD dll 5 (33%) 15 (100%) Alatan tidak berfungsi dengan baik 12 (80%) 14 (93%) Talian internet di sekolah kurang memuaskan. 13 (87%) 13 (87%) Tiada kakitangan terlatih untuk membantu. 5 (33%) 10 (67%) Bilik darjah tidak mempunyai kelengkapan peralatan yang cukup untuk penggunaan media komputer dalam pengajaran. 5 (33%) 13 (87%) Tiada talian internet di rumah 3 (20%) 5 (33%) Bilik darjah yang dilengkapi dengan skrin dan speaker terletak jauh dari bilik guru. 5 (33%) 14 (93%) Tiada kursus dalaman tentang penggunaan media komputer untuk guru. 8 (53%) 8 (53%) Perisian kursus sukar diperolehi. 3 (20%) 5 (33%) Guru-guru kurang pengetahuan dan 12
  13. 13. kemahiran dalam penggunaan media komputer 3 (20%) 5 (33%)Menurut hasil kajian, lebih 60% guru Sains dan guru Matematik mengalami masalahmasa untuk mengguna perisian komputer dan melayari internet. Manakala jikadibandingkan dengan kelengkapan peralatan seperti bilik, laptop, LCD, talian internet,pembantu makmal dan lain-lain alatan teknologi, guru Sains menunjukkan persetujuanyang lebih rendah daripada guru Matematik. Ini disebabakan sekolah telah melengkapkanmakmal sains dengan peralatan komputer, di samping itu, setiap makmal sains juga telahdibekalkan seorang pembantu makmal. Maka guru Sains kurang mengalami masalahkelengkapan komputer. Di sebaliknya jika guru Matematik hendak menggunakan peralatan komputer,mereka perlu masa yang banyak untuk membuat persediaan seperti mencari bilik,mencari perisian komputer, memasang laptop dan LCD. Berdasarkan hasil kajian, 100%guru Matematik bersetuju terpaksa membawa banyak alat seperti laptop, LCD dan lain-lain peralatan jika hendak mengguna komputer dalam pengajaran dan pembelajara. Jikaberlaku masalah seperti pemasangan atau alatan tidak berfungsi, guru Matematik terpaksameminta tolong dari guru yang mahir. Guru Sains dan Matematik (87%) mengalamimasalah talian internet di sekolah kurang memuaskan. Ini mungkin menjadi halanganbagi guru SMK Pangkor mengguna internet semasa pengajaran dan pembelajaran.5.0 ULASAN DAN CADANGAN5.1 Rumusan Dari hasil tinjauan yang dibuat, kebanyakan guru Sains dan Matematik di SMKPangkor menggunakan kemudahan yang telah disediakan oleh Kementerian PelajaranMalaysia dalam membantu mereka melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sainsdan Matematik dengan berkesan. Namun dapat dilihat terdapat perbezaan yang ketara diantara guru Sains dan Matematik dalam aspek penggunaan komputer dalam pengajarandan pembelajaran. Ini ditunjukkan dalam dapatan kajian di mana sebanyak 73% guruSains menggunakan komputer berbanding dengan hanya 47% guru Matematik yang 13
  14. 14. menggunakannya semasa mengajar. Ini menunjukkan guru-guru Sains di SMK Pangkormempunyai sikap yang sangat baik terhadap penggunaan perisian kursus dalammembantu pengajaran mereka di dalam kelas. Sikap beginilah yang sepatutnya ada padasetiap guru Sains dan Matematik dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajranberjalan dengan lancar dan objektifnya dicapai. Jika dibandingkan dengan penggunaan perisian kursus dalam kalangan guru-guruMatematik, ia agak rendah iaitu tahap penggunaannya sebanyak 47%. Ini keranapengajaran dan pembelajaran Matematik banyak dilakukan di dalam kelas berbandingdengan pengajaran dan pembelajaran Sains dilakukan di dalam makmal yang memangtelah dilengkapkan dengan peralatan ICT seperti LCD projector, skrin dan speaker.Disamping itu juga setiap makmal mempunyai pembantu makmal yang dapat membantuguru-guru Sains menyediakan peralatan ICT sebelum mengajar dan mengemaskannyakembali setelah habis pengajaran. Masalah yang sering dikemukan oleh para guru samaada guru-guru Sains atau Matematik ialah kekurangan masa sama ada untuk mencarimaklumat dari internet dan menggunakannya dalam pengajaran atau membina bahanpengajaran menggunakan komputer. Kekangan dari segi masa juga menyebabkan guru-guru tidak sempat untuk melihat secara teliti perisian kursus yang sesuai digunakan bagitahap pencapaian pelajar-pelajar yang tertentu.5.2 Cadangan Beberapa usaha boleh dicadangkan bagi mengatasi masalah tersebut : 1. Pihak panitia boleh merancang kursus dalaman secara berkala dengan tujuan melengkapkan guru-guru yang masih belum mahir dengan kemudahan media komputer dan internet dengan maklumat dan skil yang lebih. 2. Pihak panitia juga boleh mengadakan mengadakan suatu perjumpaan bagi meneliti perisian kursus yang dibekalkan. Guru-guru boleh dibahagikan mengikut tingkatan yang diajar dan berkongsi teknik terbaik untuk menggunakan perisian yang disediakan oleh KPM.Kesimpulannya, guru-guru Sains dan Matematik mempunyai persepsi yang sangat baikterhadap penggunaan komputer dalam pengajaran sama ada dari segi penggunaanperisian kursus atau penggunaan internet. Namun, kekangan masa yang disebabkan tugas 14
  15. 15. yang begitu banyak di samping kemahiran dan pengetahuan yang terhad, maka guru tidakdapat menggunakan sepenuhnya kemudahan itu dalam pengajaran mereka.5.3 Penutup Penggunaan media komputer dan internet mempunyai potensi untuk menarikpelajar untuk lebih berminat dengan pengajaran dan pembelajaran kerana ia lebihmenarik dan bermakna. Dengan itu, para guru harus dibantu bagi membolehkan merekamenggunakan teknologi ini dalam pengajaran mereka supaya guru-guru Sains danMatematik ini dapat menyahut cabaran masa depan dengan lebih yakin. Walaupunpenggunaan teknologi menghadapi pelbagai halangan, ini tidak harus mematahkansemangat guru untuk menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains danMatematik. Salah satu aspek yang perlu diingati adalah teknologi hanya merupakansebuah alat untuk membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan ia samasekali tidak dapat menggantikan kedudukan guru sebagai seorang pendidik. Pendidikanhari ini adalah untuk kecemerlangan masa hadapan. 15
  16. 16. RujukanCriswell, J.R., (1989). Rethinking microcomputer instruction as part of teachereducation reform, Educational Technology, 23(11): 40–43.Cockcroft, W. H. (1986). Mathematics Counts. London: HMSODence,M.(1980). Toward defining the role of CAI: A Review Educational Technology.3:50-54.Fatimah Abu Bakar.(1980). Educational media in secondary schools: an examination ofexisting facalities and relationship between teacher variables and media utilization. Tesis.Sarjana Pendidikan. Pulau Pinang: USM.Kelman,P.(1983). Computers in teaching mathematics. Massachusetts Addison-WesleyPublication Company.Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan DasarPendidikan. Kajian Kesediaan Sekolah Menengah Melaksanakan Pengajaran danPembelajaran Berbantu Komputer. Kuala Lumpur : BPPDP,2003Artikel atas talian :http://www.apps.emoe.gov.my/.../2003%20(3)%20Kesediaan%20sekolah%20menengah%20melaksanakan%20p%20&%20p%20berba.pdfMaier,P., Barnett,L.,Warren,A,&Brunner,D.(1998). Using techology in teaching andlearning. Stirling, USA: Kogan Page.Norhayati Abd Mukti (2000),Computer Technology In Malaysia : Teacher’s BackgroundCharacteristics, Attitudes And Concerns, EJISDC (2000) 3, 8, 1-13 16
  17. 17. Jurnal atas talian : The Electronic Journal on Information Systems in DevelopingCountrieswww.ejisdc.org:8011/ojs2/index.php/ejisdc/article/view/20/20Norida Suhadi (2001). Tahap Penggunaan Komputer Dalam Proses Penghasilan BahanPengajaran.Satu Tinjauan di Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat. Tesis SarjanaUniversiti Putra MalaysiaNazamud-din Alias (2004), Taksiran Keperluan Penguasaan Teknologi Maklumat DiKalangan Guru Sains Dalam Perkhidmatan. Jurnal Penyelidikan MPBL. Jilid 5,2004Jurnal atas talian :www.mpbl.edu.my/inter/penyelidikan/jurnalpapers/Jurnal2004/nazam2004.pdfSham b. Ibrahim (2003). Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran Guru diDaerah Jelebu. Kertas Projek Sarjana Universiti Putra Malaysia. 17
  18. 18. KANDUNGAN1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Pernyataan Masalah 1 1.3 Objektif Kajian 2 1.4 Persoalan Kajian 2 1.5 Kepentingan Kajian 32.0 LITERATUR 2.1 Kajian Literatur 33.0 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 4 3.2 Rekabentuk Kajian 5 3.3 Sampel Kajian 5 3.4 Instrumen Kajian 54.0 DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 5 4.2 Bahagian A: Latarbelakang Responden 6 4.3 Bahagian B: Tahap Penggunaan Media dalam Pengajaran 8 4.4 Bahagian C: Tahap Penggunaan Media Komputer 10 4.5 Bahagian D: Kekangan dalam Penggunaan Media Komputer 115.0 ULASAN DAN CADANGAN 5.1 Ulasan 13 5.2 Cadangan 14 5.3 Penutup 15 18
  19. 19. Rujukan 16 19

×