Refleksi makropengajaran pendidikan seni

5,499 views

Published on

0 Comments
11 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
5,499
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
8
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
11
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Refleksi makropengajaran pendidikan seni

  1. 1. Refleksi P&P Pendidikan Seni Visual ( Makropengajaran )Kekuatan Melalui rangka perancangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini sedikitsebanyak dapat membantu saya bagi menjalankan tugas dengan lebih berkesan dan dapatmemudahkan saya. Selain itu, langkah-langkah dapat memberi banyak faedah kepada murid-murid dalam menarik minat mereka belajar dan menjalankan aktiviti dengan lebih efektif. Pada awalnya, saya dapati murid-murid telah memberi perhatian kepada saya. Apabilasaya mengeluarkan lirik lagu, mereka berasa hairan dan gembira. Mereka boleh melaluimenyanyikan lagu dan mendapatkan topik pengajaran dan pembelajaran hari ini. Murid-murid menggunakan dua teknik untuk menghasilkan kolaj ikan ini iaitu teknikmewarna dan teknik kolaj. Biasanya murid-murid hanya belajar satu teknik sahaja, tetapipengajaran hari ini telah meliputi dua teknik. Ini boleh membantu mereka mengaitkan fikiranmereka untuk menghasilkan sesuatu tugasan yang baik. Penglibatan murid-murid dalam meneroka alam hidupan laut “ikan” dapat meransangperkembangan fizikal, kognitif dan literasi mereka. Selain itu dapat memupuk nilai-nilai murnimisalnya cintakan alam sekitar. Secara keseluruhannya, rangka perancangan ini dapatmemberi banyak kesan positif kepada murid-murid.
  2. 2. Kelemahan Dalam proses pengajaran dan pembelajaran hari ini, sepatutnya saya perlumenggunakan bahasa Malaysia, tetapi terdapat sebahagian murid tidak faham arahan saya,oleh itu, saya terpaksa memberi arahan lagi dengan menggunakan bahasa Cina dan barulahboleh meneruskan langkah-langkah lain. Langkah pertama dimulakan apabila murid-murid tahu tajuk pengajaran danpembelajaran hari ini. Langkah ini tidak terlalu rumit kerana hanya memerlukan carta langkahserta penerangan yang berkaitan kolaj untuk menyebabkan murid-murid faham langkah-langkah menghasilkan kolaj ikan. Kemudian, saya menggunakan teknik kolaj dan mengaplikasikan penggunaan alat danbahan untuk membuat demontrasi kepada murid-murid. Saya pengolahan gambar ikan danbulatan untuk dijadikan perkembangan idea. Saya juga meminta murid-murid mengguntingkanrumpair untuk dijadikan perkembangan idea dan digabungkan menjadi satu perkembangan ideayang baru. Dalam langkah kedua, terdapat beberapa orang murid kata mereka tidak memahamilangkah langkah yang menghasilkan kolaj ikan. Tetapi mereka juga cuba mewarnakan gambardulu dan tanya lagi langkah yang mereka tidak faham. Pada akhir sekali, saya menanya soalan tentang menjaga kebersihan alam sekitar, sayaberasa murid-murid tidak mendengar soalan dengan teliti dan terus memberi jawapan tidak tahu.Ini telah menyebabkan saya rasa mereka ingin menyiapkan kolaj ikan sahaja, tanpa mengirahal yang lain. Saya berasa saya tidak memberikan masa yang cukup kepada murid-murid supayamereka boleh menyiapkan kolaj ikan tersebut. Ini telah mengingatkan saya supaya saya bolehmemberikan masa yang cukup kepada murid-murid pada pengajaran dan pembelajaran yangakan datang.
  3. 3. Langkah Mengatasi Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagimeningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dankekurangan dalam tugasan makro pengajaran, penambah baikan yang perlu saya dilakukanialah saya perlu memberikan masa yang cukup supaya murid-murid boleh menghasilkantugasannya lebih berkesan. Selain itu, saya sepatutnya haruslah jelas menerangkan langkah-langkah menghasilkankolaj ikan sebelum murid-murid bermula tugasannya. Saya juga boleh meminta murid yangtidak faham langkah-langkah tersebut keluar ke depan agar saya boleh membimbing mereka. Sebagai guru, saya juga perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagimemantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika proses pengajaran danpembelajaran berjalan. Kaedah ini sangat membantu saya dalam mengawal murid di dalamkelas, sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidak fahaman muridterhadap pelajaran secara seta merta. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalamproses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ia menunjukkan interaksi dan komunikasiyang berkesan antara guru dengan murid.

×