Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

contoh paperwork inovasi skkr 2015

Inovasi

  • Login to see the comments

  • Be the first to like this

contoh paperwork inovasi skkr 2015

  1. 1. PROJEK INOVASI SKKR 2015 SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG RAJA 84600, PAGOH, MUAR, JOHOR JBA 5029 PROJEK INOVASI KOKURIKULUM 2015 ‘ INOVASI TEMPURUNG KELAPA ‘
  2. 2. PROJEK INOVASI SKKR 2015 1.0 PENDAHULUAN: Kertas kerja ini dibuat bertujuan menyemarakkan semangat kreativiti dan inovasi dikalangan murid-murid SK Kampong Raja di samping meningkatkan tahap pencapaian akdemik dari segi jasmani, emosi, intelek dan mental murid-murid melalui projek inovasi yang cuba dilaksanakan. Melalui projek ini, ia sedikit sebanyak membantu menggalakkan murid-murid belajar sambil berhibur seterusnya meningkatkan pencapaian murid-murid melalui proses Pembelajaran dan Pemudahcara di dalam kelas. 2.0 OBJEKTIF: Projek ‘Inovasi Tempurung Kelapa’ ini diinspirasikan hasil cetusan idea secara kolaboratif di antara guru-guru pembimbing dan murid-murid dari Kelab Inovasi SK Kampong Raja. Antara objektifnya adalah seperti berikut: 2.1 Menggalakkan kebolehan murid untuk berfikir di luar ‘kotak’, kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah. 2.2 Memupuk jiwa cinta dan rasa menghargai murid terhadap kelestarian alam sekitar melalui penggunaan semula bahan-bahan terbuang dan kitar semula. 2.3 Menarik minat murid untuk belajar di dalam suasana yang ceria dan menyeronokkan serta tidak bosan sepanjang pembelajaran. 2.4 Meransang tahap ingatan murid-murid untuk meneguhkan memori (hafalan) pelajaran melalui bahan-bahan disekeliling dan bahan-bahan di luar dari buku-buku.
  3. 3. PROJEK INOVASI SKKR 2015 3.0 RASIONAL PROJEK: Rasional projek inovasi ini dijalankann adalah untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Projek ini adalah salah satu projek yang dapat menarik minat murid terhadap suasana di dalam kelas tentang sesuatu subjek. Murid-murid mendapat ilmu pengetahuan bukan sahaja dari buku-buku, tetapi juga dari bahan- bahan kitar semula yang mengandungi maklumat-maklumat berkaitan mata pelajaran murid-murid di dalam kelas. Guru-guru juga dapat menggunakan bahan ini sebagai bahan tambahan untuk slot peneguhan mata pelajaran di dalam kelas. 4.0 SKOP DAN LIMITASI PROJEK: Skop projek ‘Inovasi Tempurung Kelapa’ ini dicetuskan kesan inspirasi daripada bahan-bahan kitar semula. Bahan kitar semula yang dipilih melalui projek ini ialah tempurung kelapa. Memandangkan tempurung kelapa mudah diperolehi di kawasan sekitar sekolah, maka ia diambil sebagai bahan terbuang yang utama untuk diketengahkan. Ini kerana ia merupakan bahan yang unik, tidak mudah rosak, tahan lama dan memberi suasana baru di dalam kelas. 5.0 KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK: Skop projek ‘Inovasi Tempurung Kelapa’ ini adalah untuk kegunaan untuk murid belajar di dalam kelas. Ia juga boleh dijadikan sebagai ‘bahan santai’ untuk belajar terutamanya semasa guru tiada di dalam kelas. Sebagai contoh; tempurung-tempurung kelapa yang telah di cat dengan cantik akan digantungkan di siling atau di dinding kelas di mana tempurung-tempurung ini mengandungi maklumat mata pelajaran yang boleh dihafal seperti sifir, fakta-fakta sains dan matematik, peribahasa, makna perkataan dan sebagainya.
  4. 4. PROJEK INOVASI SKKR 2015 Apabila guru tiada di dalam kelas, murid-murid boleh menggunakan peluang dan masa lapang untuk membaca dan menghafal sebarang maklumat yang tergantung di tempurung kelapa di siling kelas masing-masing. Kajian juga menunjukkan, semakin kerap murid melihat dan menyebut sesuatu perkara, neuron-neuron saraf pada otak akan bertindak sebagai ‘perakam’ lalu memproses penglihatan dan bacaan tadi menjadi ingatan ( hafalan ). Umum mengetahui sistem hafalan formula dikalangan murid agak membosankan jika hanya melibatkan pensel dan kertas. Dengan itu, inisiatif seperti ini mungkin sekali menarik minat murid untuk menghafal kerana prosesnya melibatkan deria penglihatan dan perbuatan ( sebutan ). 6.0 SASARAN: 6.1 10 orang murid-murid perintis Tahap Dua dari Kelab Inovasi sekolah. 7.0 TARIKH / TEMPAT: • Bulan Oktober 2015 • Dewan SK Kampong Raja, Pagoh. 8.0 KOS PROJEK: 8. 1 Anggaran kos projek: ITEM KUANTITI HARGA TEMPURUNG KELAPA 20 BIJI / KELAS KITAR SEMULA KERTAS WARNA / BENDERA HIASAN MENGIKUT KEPERLUAN RM 50 TALI HIASAN / REBEN 5 GULUNG RM 20 PENYEMBUR WARNA / CAT PELBAGAI JENIS WARNA RM 100 PEN WARNA PELBAGAI JENIS WARNA RM 30 JUMLAH RM 200 8.2 Sumber Kewangan : Pelbagai ( Projek Inovasi ) 9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA:
  5. 5. PROJEK INOVASI SKKR 2015  PENASIHAT : EN ZULKARNAIL BIN ZAKARIA  PENGERUSI : EN MOHD FAISAL BIN A MANAP  NAIB PENGERUSI : EN ASYRAF BIN AHMAD BAJURI : PN HJH AZAH BT NAMAN  PENYELARAS PROJEK : NOOR SYAHIDAH BT SHABUDDIN  GURU BIMBINGAN : PN SITI MAHANUM BT HJ BEBIT :EN ABDUL RAZAK BIN ISMAIL :PN NORHAYATI BT MOEN :PN ZALINA BT ZAKARIA AHLI : 1. MOHD IRFAN BIN NOR HADI TAHUN 6 2. MOHD SYAHMI BIN MOHD NOR TAHUN 6 3. MOHD IKHWAN BIN AZMAN TAHUN 6 4. MUKHRIZ DANIEL BIN MOHD FADIL TAHUN 6 5. MOHD SYAHRIZAN BIN PINUEH TAHUN 5 6. MOHD AIDIL HAKIMI BIN DULHADI TAHUN 5 7. MOHD LUQMAN HAKEEM BIN ARIZAN TAHUN 5 8. MOHD EQMAL HAQEM BIN HISHAM TAHUN 5 9. ABU BAKAR BIN MOHD NAJAH TAHUN 4 10.MOHD AMIRUL AFIF BIN AZMI TAHUN 4
  6. 6. PROJEK INOVASI SKKR 2015 10.0 PELAN PERANCANGAN PROJEK MULA PENUBUHAN KUMPULAN PEMBINAAN PROJEK CADANGAN/PENYELIDIKAN PERINGKAT UJIKAJI HASIL UJIKAJI ( BERJAYA / GAGAL ) PELAKSANAAN PENILAIAN/ANALISA PENYERAGAMAN ANALISIS KELEMAHAN PENAMBAHBAIKAN A B
  7. 7. PROJEK INOVASI SKKR 2015 11.0 KESIMPULAN Segala keseluruhannya, projek inovasi ini sememangnya memerlukan semangat kerjasama berpasukan di kalangan ahli jawatankuasa pelaksana. Murid-murid perlu diasah kemahiran dan digalakkan untuk berbincang dan mengemukakan idea yang kreatif dan bernas dalam menjayakan projek ini. Perbincangan dengan guru penasihat adalah perlu untuk memantapkan dan mengembangkan idea menjadi lebih inovatif. Besarlah harapan agar segala perancangan yang telah diatur dapat memberi faedah kepada warga sekolah khususnya murid-murid SK Kampong Raja dalam memantapkan pencapaian akademik dan kokurikulum mereka. Semoga segala usaha bakti yang ikhlas diatburkan dalam projek ini mendapat ganjaran yang baik di sisi Allah demi memacu ke arah generasi berfikiran kritis dan inovatif.Insya Allah. Disediakan oleh, Disemak oleh, .............................................. ............................................. (NOOR SYAHIDAH BT SHABUDDIN ) ( EN MOHD FAISAL BIN A MANAP ) Penyelaras Kelab Kreativiti&Inovasi GPK Kokurikulum SK Kampong Raja, Pagoh SK Kampong Raja, Pagoh Disahkan oleh, ....................................... (EN ZULKARNAIL BIN ZAKARIA) GURU BESAR SK Kampong Raja, Pagoh
  8. 8. PROJEK INOVASI SKKR 2015 LAMPIRAN: GAMBAR-GAMBAR MENUNJUKKAN BAHAN-BAHAN TERBUANG DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN TAMBAHAN DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS.

×