Successfully reported this slideshow.
PROGRAM KLINIK METADON HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG1. Latarbelakan penubuhan Klinik Metadon Hospital Changkat Melintang   K...
II. Waktu operasi klinik    Hari bekerja : 8.00-11.00 pagi    Hari kelepasan am dan kelepasan mingguan : 8.00-10.30 pagiII...
V. Carta organisasi                      PENGARAH HOSPITAL UD54                      (DR LEE OI WAH)                      ...
VI POLISI KLINIKA . KRITERIA PENGAMBILAN PESAKIT         i. Setiap pesakit yang ingin memasuki program ini mestilah secara...
CARTA ALIRAN PROGRAM MMT                     HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG                            RUJUKAN/KERELAAN SENDI...
6
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Program klinik metadon hospital changkat melintang

2,280 views

Published on

Published in: Health & Medicine
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Program klinik metadon hospital changkat melintang

  1. 1. PROGRAM KLINIK METADON HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG1. Latarbelakan penubuhan Klinik Metadon Hospital Changkat Melintang Klinik Metadon Hospital Changkat Melintang telah mula menawarkan perkhidmatan terapi penggantian Methadon pada 15hb Jun, 2011 ekoran arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Tujuan klinik ini diadakan adalah untuk memberi perkhidmatan yang komprehensif dan bersepadu kepada kumpulan sasaran iaitu golongan penagih dadah heroin yang menggunakan cara suntikan. Selain daripada memberi terapi gantian Metadon, klinik ini juga diharapkan boleh dijadikan ”point of entry” untuk golongan sasaran tersebut untuk menikmati kemudahan- kemudahan kesihatan yang lain seperti saringan penyakit, rawatan kepakaran, kaunseling , program jatidiri dan sebagainya. Di daerah Perak Tengah, dianggarkan terdapat lebih daripada 300 orang penagih dadah yang berdaftar dengan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan. Kebanyakan pelanggan dalam Program Terapi Metadon ini terpaksa mendapatkan rawatan di Klinik Metadon Manjung, Hospital Batu Gajah dan Klinik Kesihatan Changkat Lada. Justeru itu, sebahagian besar bakal pelanggan tidak dapat mendapat rawatan yang sewajarnya kerana perkhidmatan yang tidak aksesible. Dengan tertubuhnya Klinik Metadon di Hospital Changkat Melintang, pelanggan dari kawasan Bota dan kawasan sekitarnya akan lebih aksesible kepada perkhidmatan tersebut. Klinik Metadon Hospital Changkat Melintang beroperasi dari stor Bilik Mayat yang telah diubahsuai dengan kos RM 2688.00. Berikutan dari kekangan terutamanya dari segi kewangan, pihak hospital hanya mampu menyediakan ruang dan prasarana yang terhad kepada pihak pelanggan.Kemudahan asas yang disediakan termasuklah ruangan temuramah oleh Penolong Pegawai Perubatan, ruangan pendispensan oleh Pegawai Farmasi dan pelanggan terpaksa menunggu di koridor yang tidak selesa. Selain daripada itu, pelanggan klinik ini terpaksa menggunakan tandas di surau yang terletak berhampiran untuk tujuan ujian air kencing. Walaubagaimanapun, kekuatan yang ada adalah lokasi klinik yang strategik iaitu berhampiran dengan pintu masuk kedua dan terletak berjauhan dari unit-unit klinikal lain yang boleh menjamin privasi kepada pelanggan tersebut. Adalah diharapkan bahawa sebuah bangunan baru yang lengkap dengan prasarana yang sewajarnya dapat dibangunkan pada masa hadapan. 1
  2. 2. II. Waktu operasi klinik Hari bekerja : 8.00-11.00 pagi Hari kelepasan am dan kelepasan mingguan : 8.00-10.30 pagiIII . Skop perkhidmatan • Pendispensan rawatan Metadon • Saringan untuk penyakit Hepatitis B, Hepatitis C dan HIV. • Active case detection untuk penyakit Tibi • Kaunseling (individu, berkumpulan, pengurusan stress, keagamaan) • Program Jatidiri • Rujukan untuk rawatan kepakaran seperti Klinik ID, Klinik Dada dsbnya. • Pendidikan kesihatanIV. Objektif klinik Objektif Am • Untuk mempertingkatkan status kesihatan dikalangan individu penagih dadah melalui rawatan gantian dengan Metadon. Objektif spesifik • Mengurangkan risiko berulang (relapse) dikalangan penagih • Mempertingkatkan status fizikal dan mental • Mengurangkan penularan jangkitan (HIV, Hep B & C ) dikalangan IVDU dan perkongsian jarum. • Mengurangkan kegiatan jenayah dikalangan penagih. • Meningkatkan usaha produktiviti dikalangan individu penagih dadah dan mengembalikan mereka kedalam aktiviti kemasyarakatan. 2
  3. 3. V. Carta organisasi PENGARAH HOSPITAL UD54 (DR LEE OI WAH) PEG. PERUBATAN UD44 (DR LIM SAY MIN) PEG. FARMASI UD41 (CIKHOONG CHOI LENG) PEN. PEG. PERUBATAN UD 29 (EN SHAFEIN b YAZIZ) PEMB. PERAWATAN KESIHATAN U3 (EN HUSSAIN) 3
  4. 4. VI POLISI KLINIKA . KRITERIA PENGAMBILAN PESAKIT i. Setiap pesakit yang ingin memasuki program ini mestilah secara sukarela. ii Pesakit yang mempunyai pergantungan / penagihan dadah mestilah stabil.Kes-kes kronik iaitu suntikan jarum melebihi 2 tahun, ataupun kegagalan semasa menjalani rehabilitasi di institusi-institusi komuniti. iii. Pesakit mestilah menerima atau mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan di dalam program ini. iv. Pesakit yang dahulunya gagal semasa dalam rawatan metadon atau Buphrenorpine.B. PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIPATUHI i. Tidak dibenarkan memandu kenderaan atau mengendalikan mesin setelah menerima dos sehinggalah anda betul-betul stabil. ii. Dinasihatkan membawa bersama rakan atau saudara yang terdekat bersama ini kerana mereka boleh memberi bantuan sekiranya anda mengantuk atau tidak stabil. iii. Dinasihatkan tidak mengambil pelbagai jenis dadah yang lain seperti valium,serepax, rohypol bersama dengan metadon kerana ia boleh membahayakan. iv. Setiap Pegawai Perubatan yang merawat anda, pastikan mereka mengetahui yang anda mengambil rawatan metadon.C. PEMBERHENTIAN PESAKIT DARI PROGRAM METADON i. Agresif Pesakit menggangu atau mendatangkan kecederaan kepada petugas – petugas kesihatan. ii. Aktiviti Pengedaran dan Penyalahgunaan Dadah Pesakit menjalankan aktiviti dan kegiatan mengedar, menjual,membeli atau memilikI dan menggunakan sebarang jenis dadah yang dilarang . iii. Cercaan / Kata-Kata Kesat Pesakit mengeluarkan kata-kata kesat atau cercaan kepada mana-mana pihak secara berulangkali dan mengganggu perjalanan atau keharmonian klinik. 4
  5. 5. CARTA ALIRAN PROGRAM MMT HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG RUJUKAN/KERELAAN SENDIRI TEMUBUAL / SOAL SELIDIK MEMENUHI YA TIDAK KRITERIATIDAK DITERIMA PENYERTAAN DAFTAR UNTUK SARINGAN PEMERIKSAAN RUTIN BERAT BADAN, TINGGI, TEKANAN DARAH, NADI JUMPA DOKTOR UJIAN DARAH (LFT, HIV, HEP B, HEP C, VDRL) TEMUJANJI 1 MINGGU MEMENUHI TIDAK KRITERIA YA DAFTAR JUMPA DOKTOR MULA TERAPI METADON (MENGIKUT GARIS PANDUAN YANG DITETAPKAN) (LAMPIRAN 1) 5
  6. 6. 6

×